Nuffnang

Pengikut

DUNIACACAMARBA

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Pedang Terpacak di Dahi...

Posted: 29 Jul 2011 05:30 AM PDT


Zhang Bin pelajar berusia 15 tahun mungkin tidak akan melupakan saat-saat pedang Jepun yang terlepas dari tangan rakannya lalu hinggap di dahinya.

Doktor berpendapat Zhang bernasib baik kerana kebanyakan kes, mangsa yang menerima kecederaan sebegini berkemungkinan besar maut.

Remaja berasal dari Changsha, China ini dikhabarkan akan keluar wad dalam tempoh dua minggu.

P/s: Fuh!

Debat BERSIH dengan SPR: Ambiga ASAK Wan Ahmad

Posted: 29 Jul 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:

[MK] Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.
Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

P/s: SPR gebang tidak kena tempat!

Mudahnya Rosmah Jawab Isu Cincin RM24 Juta!

Posted: 29 Jul 2011 12:05 AM PDT


Blog dan portal berita pro-PR bagai nak rak menulis dan menyiarkan pelbagai dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan kontroversi cincin berlian yang dikaitkan dengan Rosmah, tiba-tiba dengan sempoi orang kena tuduh menjawab:

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh). 

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," kata Rosmah seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
 
Apabila OKT menjawab sesempoi itu, adakah SPRM dan pihak yang diamanahkan untuk menyiasat hal ini juga mengambil langkah yang sama. Dengan sempoi, pihak yang dipertanggungjawabkan memberitahu media, "Orang yang dikaitkan dengan hal ini telah menafikan tuduhan/laporan itu, maka kes ini dianggap tutup." Adakah kenyataan ini akan dikeluarkan oleh pihak-pihak terbabit?

Habis cerita? Sempoi sungguh!

Antara berita dan pendedahan yang disalin tampal dari portal dan blog tertentu berkaitan dengan isu ini:

 

 


Taktik Perogol Budak Bawah Umur Elak Hukuman: Janji Berkahwin dengan Mangsa

Posted: 28 Jul 2011 07:30 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak

[BH] KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.

Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi .

P/s: Fuh! Memang licik-lahanat jantan ini!

Wow, Penguat Kuasa Wanita MPS Belasah Lelaki Sampai Koma!!!!

Posted: 28 Jul 2011 06:40 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

Penguat kuasa wanita MPS membelasah lelaki menyebabkan koma

[SH] SELAYANG: Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa memukul orang awam 21 Julai lalu, bercuti.

Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, perkara tersebut dianggap serius biarpun kejadian difahamkan berlaku atas sebab-sebab peribadi.

"Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala memandang perkara ini secara serius. Bagaimanapun difahamkan dia (penguat kuasa wanita) melakukannya (membelasah) atas urusan peribadi.

"Isu ini sudah sampai ke pengetahuan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan beliau juga berharap perkara ini tidak hanya didiamkan kerana ia boleh menjejaskan nama baik MPS," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Julai, di bangunan MPS, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian ketika mengulas isu itu yang dibangkitkan ahli majlis semasa mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Ahli Majlis MPS, A Rahim Ahmad Kasdi.

Sementara tu, Ahli Majlis MPS, Lim Ching How menyifatkan kejadian tersebut serius memandangkan beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengaku suaminya koma akibat dibelasah dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mangsa dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital.

Menurutnya, jika benar penguat kuasa tersebut membelasah orang awam itu dalam kawasan MPS untuk urusan peribadi, tindakan tegas harus diambil terhadapnya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam 20 Julai lalu oleh penguat kuasa berkenaan bersama abang dan rakan kepada abangnya yang dikatakan ahli sebuah pertubuhan.

Terdahulu, kenyataan rasmi berhubung kejadian masih belum dapat dikeluarkan pihak MPS, berikutan ketiadaan Zainal Abidin ke mesyuarat semalam kerana urusan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berlakunya kejadian penguat kuasa wanita terlibat membelasah seseorang di kawasan MPS pada 20 Julai lalu di Balai Polis Selayang.


HKL Terbakar

Posted: 28 Jul 2011 05:45 PM PDT

Saya petik:
[HM] Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.

CEMAS...kelihatan orang awam menunggu di luar bangunan Hospital Besar Kuala Lumpur manakala jentera Bomba dan Penyelamat menghampiri pintu masuk bahagian kecemasan zon kuning berikutan kebakaran sebuah bilik yang menempatkan pesakit di ICU. Foto: Mohd Yusni Ariffin

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.

Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.

Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.

"Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal," katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.

Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

"Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT