Sabtu, 23 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lathhefa Dakwa Imigresen Arah Peguam Tandatangan Dokumen BM, Tengking Pengarah Suaram

Posted: 23 Jul 2011 08:00 AM PDT


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.

"Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut," katanya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi.

Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.

Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.

Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.

Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.

"Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.

"Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,
" jelas Latheefa.

Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.

Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.


 P/s: Kalau tidak bersalah mengapa halau peguam? AMAT MEMALUKAN!

Wanita Bersuamikan Lelaki Kacak Cepat "Puas"

Posted: 23 Jul 2011 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih 'cepat' dan 'kerap' mencapai kepuasan ketika berasmara, lapor berita Agensi.

Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena-mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan bahawa wanita mahu berasmara untuk hamil. 

Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya. 

Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.

Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding dengan pasangan yang kurang kacak.

Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih kerap mencapai kepuasan ketika atau selepas ejakulasi lelaki.

Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka.
 
"Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin," kata penulis dalam kajian yang disiarkan Jurnal Evolution and Human Behaviour.



Polis Kata Pajero Polis Tidak Langgar Mat Sabu, Betullah, Yang Langgar Kereta Waja Polis!

Posted: 23 Jul 2011 02:00 AM PDT


Saya petik:
NONE

[MK] Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,
" katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

Saleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

"Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Pemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

Sebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

P/s: Alahai policia! Bagi sesiapa yang mahu melihat video berkaitan dengan insiden Mat Sabu boleh berkunjung ke blog Milo Suam.

Dalam perkembangan terkini, pihak polis mengalu-alukan Mat Sabu menyaman mereka. Apa lagi!!!!




Artikel Washington Post tentang Penahanan Peguam Perancis di Malaysia

Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
[Washington Post] KUALA LUMPUR, Malaysia - Seorang peguam Perancis dikatakan telah dihantar pulang dari Malaysia pada hari Jumaat, dan kumpulan hak asasi manusia yang diwakilinya menuduh kerajaan menjadi paranoia selepas dia bercakap mengenai perbicaraan kes rasuah yang belum selesai di atas urus niaga kapal selam bernilai USD 1.2 bilion.

William Bourdon tiba di Pulau Pinang pada hari Khamis dan telah berucap pada majlis makan malam mengenai kes mahkamah Perancis yang telah menetapkan untuk perbicaraan pada bulan September ini, kata Cynthia Gabriel dari Suaram, kumpulan hak asasi Malaysia.

Apabila Bourdon tiba di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, "seorang pegawai polis telah datang untuk mendapatkan saya di dalam pesawat itu, dan kemudiannya mengiringi saya ke pejabat imigresen," Bourdon memberitahu kepada The Associated Press.

Selepas menunggu selama dua jam, beliau telah diberikan perintah pengusiran dan disuruh untuk mendapatkan tiket kapal terbang pulang di atas perbelanjaannya sendiri, dan akan di tahan di pusat tahanan lapangan terbang sementara waktu, katanya.

Pegawai-pegawai kerajaan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen pada hari Jumaat.

Suaram memfailkan aduan kepada pihak pendakwaan di Perancis pada tahun 2009 di atas tuduhan rasuah sebanyak 114 juta euro (USD 164 juta) kepada DCNS pembuat kapal yang dibayar oleh firma Malaysia Perimekar Sdn. Bhd. bagi memudahkan urus niaga kapal selam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menafikan tiada sebarang rasuah. Beliau adalah Menteri Pertahanan pada tahun 2002, ketika Malaysia membeli kedua-dua kapal selam Scorpene diesel elektrik sebagai sebahagian daripada penambah baikan untuk tentera laut. Kedua-dua kapal selam tersebut telah diterima.

Dalam ceramah Khamis itu, Bourdon memberi penerangan perkembangan terkini tentang status kes itu, tentang sistem kehakiman Perancis dan apa yang diharapkan dari perbicaraan itu, kata Gabriel.

"Dia tidak mendedahkan apa-apa yang berat. Ianya adalah suatu perbuatan paranoia, satu lagi tindakan tidak rasional oleh kerajaan. Mereka takut kepada bayang-bayang mereka sendiri," katanya.

Bourdon berkata telah memberitahu polis dia tidak memahami arahan pengusiran ini dan keputusan itu tidak mempunyai sebarang justifikasi. "Tiada penjelasan yang telah diberikan kepada saya," atau kepada wakil Kedutaan Perancis yang mengiringi, katanya.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya bertindak sebagai peguam yang bertanggungjawab penuh dengan tugas-tugas saya dan peraturan profesion saya, serta dengan undang-undang antarabangsa dan undang-undang negara," katanya dalam satu temu bual telefon.

Pegawai pertahanan Malaysia telah berkata bayaran yang telah dibayar kepada Perimekar adalah untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan. Tetapi ramai pengkritik berhujah bahawa Perimekar hzny ditubuhkan beberapa bulan sebelum kontrak itu ditandatangani, ia tidak mempunyai rekod dalam perkhidmatan kapal selam dan tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk menyokong kontrak.

Suaram berkata ia merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perimekar dan kerajaan Malaysia jika keoutusan mahkamah Perancis mengesahkan berlakunya rasuah oleh DCNS.

Ini boleh memalukan Najib dan menjejaskan usaha parti pemerintah untuk memperkukuh sokongan menjelang pilihan raya umum yang dijangka yang akan diadakan tahun depan.

Perimekar dimiliki oleh isteri kepada Abdul Razak Baginda, seorang tokoh kontroversi yang pernah menjadi pembantu dan teman rapat Najib.

Abdul Razak yang telah dibebaskan pada tahun 2008 telah bersubahat dalam kes pembunuhan bekas perempuan simpanan, seorang wanita Mongolia. Dia mengaku mempunyai hubungan sulit dan berkata wanita itu telah memeras ugut beliau. Wanita itu telah ditembak dan badannya diletupkan dengan bahan letupan tentera pada bulan Oktober 2006.

Dua anggota polis kemudiannya disabitkan kesalahan dan dihukum mati kerana membunuh wanita Mongolia itu, walaupun pendakwa raya gagal untuk menunjukkan apa-apa motif. Suaram telah berkata siasatan awal oleh peguam Perancis menunjukkan wanita Mongolia itu telah bekerja sebagai penterjemah untuk Abdul Razak dalam urus niaga kapal selam.

-- Penulis Associated Press, Pierre-Antoine Souchard telah menyumbangkan laporan ini dari Paris.
 P/s: AMAT MEMALUKAN!


Terjemahan: Pulakdah!

DBP Jamin Bekal Buku Teks Ikut Jadual, Masalah dengan Dawama Belum Selesai

Posted: 22 Jul 2011 09:30 PM PDT


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 23 Julai — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi jaminan pihaknya boleh membekalkan buku teks sekolah rendah dan menengah, nilainya mencecah jutaan ringgit, sebelum sesi persekolahan 2012 bermula meskipun terus dilanda 'perang dingin' dengan syarikat pencetak dan pengedar Dawama Sdn Bhd.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya ada cara untuk menangani isu tersebut walaupun berhadapan dengan dilema untuk membekalkan buku teks bagi sesi persekolahan tahun depan tepat pada masanya.

"Saya boleh beri jaminan buku akan sampai di sekolah sebelum sesi sekolah dibuka ... itu saya boleh beri jaminan. Bagaimana kami akan lakukan, kami ada caranya ... kami ada cara," kata beliau ringkas mengenai perkembangan isu membabitkan DBP dan Dawama.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

"Saya tahu mahu jawab, biar keadaan reda dulu," kata beliau.

The Malaysia Insider difahamkan DBP telah menghantar notis perundangan kepada Dawama mengenai isu ini pada Mei lalu. Pengurusan Dawama pula dikatakan telah menjawabnya awal bulan ini.

Buku teks membabitkan kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia dilihat paling kritikal selain mencetak dan memasarkan 10 majalah bulanan DBP.

The Malaysian Insider membawa laporan akhir bulan lalu, antara lain menyebut bahawa DBP dan Dawama kini berhadapan dengan 'perang dingin' — dipercayai meruncing akhir Jun, di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas.

The Malaysian Insider difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah.

DBP merupakan agensi yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pelajaran.

Ekoran 'perang dingin' itu, satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, pengurusan DBP pula berhadapan dengan dilema, kemungkinan tidak dapat menyediakan bekalan buku teks sesi persekolahan 2012-2013 menjelang Ogos ini.

Selain itu, ekoran masalah ini DBP juga buat julung kali tidak dapat mengeluarkan 10 majalah bulanan mereka bulan ini.

Menurut sumber, pada kebiasaanya buku-buku teks akan diedarkan kepada sekolah di seluruh negara antara empat hingga lima bulan sebelum sesi baru bermula, bermakna mulai bulan depan.

The Malaysian Insider difahamkan DBP sedang mengambil langkah untuk menerbitkan buku-buku teks menggunakan pihak ketiga.

Sumber itu juga berkata, hubungan tidak mesra itu wujud selepas DBP memutuskan untuk melantik pihak ketiga bagi mencetak buku-buku teks agar ia dapat dibekalkan kepada sekolah menjelang Ogos.

Malah difahamkan 'perang dingin' DBP dan Dawama meruncing sehingga ke tahap menutup 'pintu' kepada pengurusan agensi itu ekoran selepas kata dua Termuzi baru-baru ini — yang memberi satu tempoh kepada Dawama agar melakukan penambahbaikan dalam mengatasi masalah kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan sejak beberapa tahun lepas.

Termuzi bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang diberikan kepada Dawama untuk memperbaiki prestasinya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Awal Mei lalu, Gerakan Darurat Bahasa menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri dengan segera bertindak mengatasi masalah yang membelenggu DBP termasuk dakwaan bahawa ia mengalami kerugian berterusan dan sudah tidak lagi berintegriti.

Gerakan itu mengemukakan memorandum menyentuh isu penswastaan lima bahagian penting dalam DBP, pelantikan jawatan ketua pengarah, rasional penstrukturan semula Jabatan Sastera dan Bahagian Agama Falsafah dan Tamadun Islam dan pelantikan ahli Lembaga Pengelola yang perlu memenuhi kriteria kepakaran dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

Gerakan Darurat Bahasa yang merupakan gabungan 60 badan bukan kerajaan menggesa kerajaan agar mengkaji semula kedudukan DBP sesuai dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan media sebelum ini menyebut, sejak 2002 DBP telah kerugian antara RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun.

Termuzi sebelum ini berkata, sebelum penswastaan, secara purata DBP menerbitkan sebanyak 300 judul buku baru setahun dan purata terbitan buku cetak ulang adalah sebanyak 290 judul setahun berbanding selepas penswastaan apabila hanya 250 judul diterbitkan setahun manakala bagi buku cetak ulang sebanyak 95 judul sahaja yang diterbitkan.

Katanya, sebelum penswastaan itu juga hasil jualan bahan terbitan DBP pernah mencapai sehingga RM35 juta, malahan majalah Dewan Masyarakat misalnya, pernah mencecah jualan sehingga 150,000 naskhah.

Dawama ditubuhkan pada Oktober 1999 untuk mengambil alih aktiviti-aktiviti DBP yang diswastakan iaitu kerja pracetak, reka bentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002.

 P/s: Ambillah semula bahagian yang diswastakan kepada Dawama. Jadilah DBP gah seperti zaman kegemilangannya dahulu!


[Gambar] Robert Kuok dengan Bot RM13 Bilionnya?

Posted: 22 Jul 2011 08:00 PM PDT

 
Saya petik:
[Kosmo] LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Golden deck...The boat is covered in precious metals


The yacht's exquisitely designed dining area

Adakah Kes Aminurashid Senasib dengan Kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini? Sila Baca!

Posted: 22 Jul 2011 06:55 PM PDT

 
Saya petik:
 
Kematian AminulRasyid: Penembak Sebenar Tidak Dapat Dikenal Pasti

[Mstar] SHAH ALAM: Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berpendapat penembak sebenar yang telah menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah dalam satu kejadian tembakan tahun lalu, tidak dapat dikenal pasti.

Amidon, 60, menambah, ia ekoran keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini, telah menunjukkan terdapat dua penembak dan tiga buah kereta peronda polis (MPV) yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan kimia, terdapat dua senjata api telah dihantar untuk proses analisis. Ini menimbulkan pertanyaan kepada diri saya sebagai seorang pengamal sains forensik.

"Anak peluru daripada kepala mangsa tdak dapat dikenal pasti datang dari senjata yang mana. Perkara itu disahkan oleh Jabatan KimiaMalaysia bahawa anak peluru yang diterima daripada hospital tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana senjata," katanya pada Jumaat.

Amidon yang memberi keterangan selaku saksi pembelaan kedua juga memberitahu, salah satu aspek yang menggagalkan siasatan CSI Selangor adalah apabila tiada ujian sisa tembakan (GSR) dilakukan sebaik sahaja kejadian berlaku.

Menjawab soalan peguam Salim Bashir, Amidon juga berpendapat bahawa Pegawai Penyiasat Forensik daripada pasukan CSI Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Cif Inspektor Mazli Jusob @ Che Kob tidak melakukan siasatan yang 'begitu rapi' walaupun berpeluang untuk berbuat demikian kerana merupakan antara individu pertama yang tiba di tempat kejadian.

Beliau menambah, prosedur standard bagi kes tembakan melibatkan anggota polis juga tidak diikut dengan sempurna.

"Mengikut prosedur, senjata api, pakaian orang yang menembak dan kereta MPV yang terlibat perlu dirampas di tempat kejadian.

"Ujian GSR juga perlu dilakukan di tangan anggota-anggota MPV dan cermin belakang kereta mangsa (AminulRasyid maut selepas satu peluru menembusi cermin belakang kereta dan terkena di kepalanya) supaya analisis seterusnya dapat dilakukan sebaik mungkin.

"Mengikut prosedur, lakonan semula dengan menggunakan trajektori (ujian menentukan arah tembakan) perlu dilakukan untuk mendapatkan sudut tembakan sebelum kedudukan kereta mangsa diubah," katanya.

Seterusnya, Amidon juga memberitahu ujian trajektori yang dilakukan oleh pasukan CSI Selangor hanya 'sebahagian daripada apa yang sepatutnya dilakukan'.

Menjelaskan perkara itu, saksi menambah, trajektori terbabit hanya dilakukan pada bahagian kemasukan peluru di cermin belakang, sedangkana dalah lebih wajar jika ujian berkenaan dilakukan untuk mencari sudut tembakan.

"Dalam kes ini, CSI tidak menarik ke belakang sedikit kesan trajektori untuk mendapatkan sudut tembakan. Oleh itu, saya berpendapat lakonan semula kejadian tidak dilakukan sepenuhnya," katanya.

Amidon juga memberitahu, jika semua prosedur diikut dengan sempurna,anak peluru di dalam kepala mangsa akan dapat 'dikahwinkan' dengan senjata penembak yang telah menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga tersebut.

Semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani,saksi memberitahu bahawa kegagalan pihak CSI untuk mengutip peluruse cepat mungkin akan menjejaskan siasatan kerana terdapat kemungkinan peluru itu dipijak dan satu kesan calar boleh menjejaskan prosesanalisis.

Perbicaraan pada Jumaat juga menyaksikan Amidon yang terlibat dalam pelbagai kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu agak beremosi apabila kepakarannya dalam memberikan keterangan selaku pendapat kedua dipersoalkan oleh Idham.

"Dahulu keterangan saya digunakan oleh pihak pendakwaan. Tetapis ekarang... Saya minta maaf puan hakim. Hari ini saya dicemarkan," kata Amidon.

Idham kemudiannya meminta saksi untuk tidak mengikut emosi kerana tugas mereka di mahkamah adalah untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa.

Amidon yang terkenal dengan sifatnya yang gemar berdiri semasa memberi keterangan juga tidak bersetuju dengan cadangan Idham bahawa tidaka dil untuk beliau memberi komen terhadap PDRM memandangkan saksi kini tidak lagi berkhidmat dengan pasukan beruniform itu.

Beliau berkata: "Tidak patut untuk mengatakan saya tidak boleh memberi komen kerana jika tidak, bagaimana hendak maju? Saya berhak untuk memberikan pendapat, terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan."

Sebaik sahaja Amidon memberi keterangan, Salim memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memanggil saksi lain dan berhasrat untuk menutup pembelaan mereka.

Selain Amidon, pihak pembelaan juga memanggil Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan, Jabatan SiasatanJenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten KomisionerDatuk Razali Basri sebagai saksi untuk menyokong keterangan yangdiberikan oleh tertuduh, Koperal Jenain Subi.

Jenain, 49, didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11di sini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yangmemperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakandenda, jika sabit kesalahan....
 
 P/s: Dalam keterangan di atas, pihak polis yang menyiasat kes ini seolah-olah "sengaja cuai" apabila banyak prosedur siasatan tidak dipatuhi atau diabaikan sehingga sukar untuk mengenal pasti siapa yang melakukan tembakan sehingga membunuh Aminurasyid.

Adakah nasib Aminurasyid sama dengan TBH dan Ahmad Sarbini?
 
Berdasarkan berita di atas, jalan ceritannya menuju ke arah itu!!!
 

Siasatan di Perancis Tumpu Kaitan Altantuya-Scorpene

Posted: 22 Jul 2011 06:03 PM PDT

NONE


Saya petik:
[MK] Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.

 P/s: Patutlah rejim beria-ria menghalau peguam ini. AMAT MEMALUKAN!


Respons "bodoh" Zaid Hamidi dalam hal ini:
[Bernama] Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

P/s: Budak kecil pun tahu membidas kenyataan Zahid: Kalau telus, mengapa halau peguam yang menyiasat kes ini?

Tiada ulasan: