Khamis, 21 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


FRU GUna Pemedih Mata ISRAEL, Latheefa Koya Ada Bukti!

Posted: 21 Jul 2011 07:00 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem  saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat  Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

"Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

"Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.
Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.


P/s: Apa lagi nak dikatkan oleh Tim. KPN?

Kreativiti Semasa Terkial-kial Menjawab Soalan Matematik

Posted: 21 Jul 2011 05:15 AM PDT


P/s: DUNIACACAMARBA!

Anugerah Ibrahim Ali: VC UiTM Berdolak Dalik

Posted: 21 Jul 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
NONE
Sahol Hamid
[MK] Naib canselor UiTM Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung Anugerah Ibrahim Ali yang kontroversial pada 9 Jun lalu, meskipun ia belum diluluskan oleh senat universiti berkenaan.

Sesalinan surat dengan tajuk 'Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali Bersempena Konvokesyen UiTM' yang diperolehi oleh Malaysiakini menunjukkan ia diedarkan kepada semua kampus universiti itu, jabatan dan fakultinya di seluruh negara.

"Adalah dimaklumkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah menawarkan diri untuk menaja sejumlah RM5,000 setahun kepada pelajar untuk dianugerahkan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memertabatkan bangsa.

"Beliau mencadangkan supaya anugerah ini diberikan setiap kali konvokesyen kecuali jika tiada calon yang layak.

Turut dilampirkan bersama dengan pekeliling itu adalah garis panduan Anugerah Ibrahim Ali dan borang pencalonnya.

Sahol Hamid juga meminta maklumat berhubung perkara itu disebarkan kepada para pelajar dan borang pencalonan yang telah diisi dengan lengkap dihantar kepada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) sebelum 1 Julai.

Mengulas perkembangan itu, Sahol Hamid ketika dihubungi Malaysiakini berkata surat pekeliling itu hanya bertujuan mendapatkan reaksi para pensyarah.

Katanya, ia juga bertujuan melihat sama ada terdapat pencalonan untuk anugerah berkenaan.

Kenyataan naib canselor UiTM itu bercanggah dengan apa yang ditulisnya pada laman sosial Facebook semalam yang berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.

Katanya, anugerah itu perlu dibawa kepada Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.

Menurutnya lagi, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan.

Peguam Perancis Sedia Dedah Pembelian Scorpene

Posted: 21 Jul 2011 02:30 AM PDT


Saya petik:
french lawyer William Bourdon
William Bourdon
[MK] Peguam Perancis William Bourdon mendarat di Pulau Pinang hari ini. Beliau dijadual berucap pada majlis makan malam anjuran Suaram malam ini dengan tujuan mengutip derma.

Pesawat yang membawa dari KLIA tiba pada jam 10.25 pagi dan beliau memasuki negeri ini tanpa sebarang halangan.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel, yang mengiringi Bourdon dalam lawatan itu berkata peguam itu juga tidak menghadapi sebarang masalah di Imigresen KLIA apabila mendarat lewat malam semalam.

"Segalanya okay. Beliau hanya keletihan dan memerlukan sedikit rehat," katanya kepada Malaysiakini.

William Bourdon dijadual berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam ini. Penceramah lain termasuk Cynthia, pemimpin vetera DAP Lim Kit Siang, naib presiden PKR Tian Chua dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis makan malam ini dan dua lagi acara yang sama di Ipoh dan Kuala Lumpur, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


P/s: Ada yang berdebar-debar sampai nak pecah jantung!

[PANAS] Suruhanjaya Diraja: Kematian Teoh Beng Hock Akibat Bunuh Diri

Posted: 21 Jul 2011 12:00 AM PDT


Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

P/s: Terkejut? Saya tidak terkejut! Pemuda ini disiasat kerana kononnya terlibat rasuah melibatkan RM2000 lebih. Pemuda ini juga bakal berkahwindengan tunangnya dalam masa terdekat sebelum kejadian. Pemuda ini juga bakal menjadi bapa yang dikandung oleh tunangnya. Mereka kata mendiang bunuh diri...


Pasangan Terkejut Jumpa Bangkai "Raksasa Laut" di Pantai

Posted: 20 Jul 2011 11:20 PM PDT




Pasangan Margaret dan Nick Flippence terkejut apabila mereka menemui bangkai reput "raksasa laut" ketika berjalan-jalan sekitar pantai di Bridge of Don, Aberdeen. 

 "Kami terkejut," kata  Flippence.

 "Oh Tuhanku, apakah haiwan ini?" ungkap Flippence ketika menemui bangkai tersebut.  

"Bangkai ini tidak seperti haiwan lain, hampir kelihatan seperti haiwan prasejarah," katanya kepada The Sun.

Namun jurucakap Muzium Natural History berkata, "Kami telah bercakap dengan salah seorang kurator mamalia dan dia berpendapat bahawa haiwan itu mungkin ikan paus daripada jenis killer whale atau pilot whale
.

P/s: Sekali pandang, tidak nampak pula seperti ikan paus.



Memalukan...Cadang Anugerah Guna Nama Sendiri, Ibrahim Ali Angkat Bakul Sendiri

Posted: 20 Jul 2011 09:10 PM PDT


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 20 Julai: Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam.

Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan.

"UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga.

"Proses bukan muda dan mengambil masa di senate - ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM," terang beliau di laman Facebook beliau.

Semalam, IMPAK menyiarkan info mengenai bahawa pecalonan untuk Anugerah Ibrahim Ali, yang menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran yang ditaja Ibrahim sendiri telah dibuka kepada pelajar UiTM.

Anugerah Ibrahim Ali dikatakan untuk dianugerahkan kepada mereka yang menunjukkan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Berita yang awal diledakkan di laman web Malaysiakini telah menerima pelbagai reaksi yang berbentuk sindiran dan kritikan kepada anugerah tersebut.

Antara yang memberikan pandangan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga bekas pensyarah di UiTM, yang memberikan prediksi bahawa anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

"Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!

"Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal," katanya.

Namun begitu, dalam penjelasan Sahol hari ini, beliau seolah-olah mempersalahkan IMPAK yang terlebih dahulu mengumumkan perkara ini, walaupun ia masih di peringkat cadangan.

"Namun, terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan web. UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah.

"Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi," katanya.

Semakan Harakahdaily sebentar tadi turut mendapat laman web IMPAK telah mengeluarkan butiran mengenai Anugerah Ibrahim Ali.

P/s: MEMALUKAN!!! Cermin mukalah!

Raja Petra Dakwa Pegawai SPRM Denda Ahmad Sarbini Berdiri di Kaki Lima Tingkap, Sebelum Terjatuh!!!

Posted: 20 Jul 2011 08:12 PM PDT


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

"Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

"Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

"Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

"Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

"Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,"
dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

 P/s: Peguam UMCO ini sepatutnya meminta polis menyiasat dakwaan Raj Petra, bukan secara emosi mengatakan dakwaan Raja Petra sebagai sampah.



Jangan Lupa Debat Ambiga - SPR 26 Julai 2011!

Posted: 20 Jul 2011 07:35 PM PDT


Menurut Malaysia Kini, Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.



Tiada ulasan: