Perogol Menangis Teresak-esak. Mengapa? Baca! Posted: 19 Jul 2011 06:00 AM PDT | Pandai pula pakai kopiah! |
Saya petik: [SH] KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menangis teresak-esak sejurus mengetahui bapanya gagal menjelaskan wang jaminan sejumlah RM8,000 yang ditawarkan hakim selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, 18, dari kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan bapanya yang hadir semasa pertuduhan, gagal menjelaskan jumlah wang jaminan ditawarkan kerana tidak cukup wang.
Bapanya yang bekerja sendiri difahamkan hanya mempunyai sebanyak RM2,000 dan meminta diberikan masa untuk mencari wang bagi mencukupkan jumlah yang ditawarkan oleh hakim Azman Mustapha.
Sebelum itu, tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dengan sengaja merogol teman wanitanya, gadis di bawah umur pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.
Bagaimanapun, hakim Azman menetapkan 12 September depan sebagai tarikh keputusan kes untuk menunggu laporan akhlak tertuduh memandangkan ketika kejadian, dia masih di bawah umur.
Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmud.
Mengikut fakta kes, tertuduh pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu diantara jam 11 malam hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, kampung Pengkalan Maras, Kuala Terengganu dengan sengaja melakukan rogol terhadap mangsa yang juga teman wanitanya berumur 16 tahun.
Kejadian bermula pada 19 Disember, kira-kira jam 7.30 petang, apabila mangsa keluar bersama tertuduh yang dikenali Akim untuk pergi ke rumah sepupu tertuduh di kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Setelah sampai di rumah terbabit, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah sepupunya itu dan pada 20 Disember, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa bersama tertuduh telah tidur bersama di dalam bilik di rumah berkenaan.
Semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh telah meraba dan mencium bahagian anggota badan mangsa.
Selepas itu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa telah mandi bersama tertuduh di dalam bilik mandi di rumah itu dan ketika itulah, mangsa telah dirogol tertuduh.
Perbuatan tertuduh terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya selepas didesak, sejurus keluarganya ternampak mangsa pulang ke rumah bersama tertuduh pada hari sama kira-kira jam 12 tengah hari.
P/s: Ingat remaja di atas teresak-esak menangis kerana INSAF akan perbuatan merogol teman wanitanya , rupa-rupanya dia menangis kerana bapanya tidak cukup wang untuk menjaminnya keluar sementara menunggu perbicaraan.
Saya tidak ada rasa belas kasihan terhadap orang macam ini! Orang seperti ini perlu dikenakan tindakan yang paling keras. |
"Dr Lo Lo yang Saya Kenali" - Prof Dr Asri Posted: 19 Jul 2011 05:00 AM PDT
Saya petik: [MK] Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.
Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.
Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.
Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.
Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.
Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.
Peringatan jawatan mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.
Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.
Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut "Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
"Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.
"Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat".
Itulah antara kandungan email beliau.
Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.
Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau. Masuk Umno
Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.
Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.
Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.
Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.
Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: "Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada".
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.
Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.
Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:"Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama". Cabaran duniaSaya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: "mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno. "Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno". Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: "Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. "Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno". Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya. Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin. Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'. Hamba Allah yang baik
Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.
Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.
Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.
Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik".
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.
Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.
Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.
Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.
Ustaz sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.
Antara yang beliau kata; "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana".
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.
Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.
Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.
Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.
Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.
P/s: Menginsafkan, mengharukan!
|
365 Penganut Kristian Tulis Surat kepada Pope Lahirkan Kegusaran Lawatan Najib ke Vatican Posted: 19 Jul 2011 04:00 AM PDT
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican semalam.
Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.
Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom semalam bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wisma Putra.
Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.
Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.
Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.
Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.
"Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.
"Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu yang dipetik Keadilan Daily.
Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib
"Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka.
Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.
Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.
P/s: Tiba-tiba Najib melawat Vatican selepas Regim BN berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan dengan penganut dan agama Kristian di negara ini. Misalnya, isu "jihad" terhadap Kristian yang dilaungkan oleh Ibrahim Ali baru-baru ini. Takkan tiada udang di balik batu? |
Aduhai, Janda Datang Bulan Diliwat Kekasih Mabok-Berahi! Posted: 19 Jul 2011 01:15 AM PDT
Saya petik: [SH] KULIM - Berang kerana pelawaan untuk melakukan hubungan intim ditolak, seorang lelaki 29 tahun bertindak ganas sebelum meliwat kekasihnya di sebuah rumah sewa satu tingkat berhampiran Taman Angsana.
Mangsa seorang ibu tunggal 31 tahun dan sudah mempunyai anak.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam apabila mangsa datang ke rumah suspek bersendirian.
Mangsa yang bekerja sebagai pekerja industri enggan melayan nafsu suspek kerana datang bulan. Suspek kemudiannya bertindak agresif.
"Suspek yang marah kemudiannya meliwat mangsa. Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya. Suspek kemudiannya mengugut akan menyebarkan rakaman hubungan seks luar tabii yang dilakukan kepada umum atau mencederakan anak mangsa sekiranya membuat laporan polis.
"Takut dengan ugutan dibuat, mangsa menghubungi bekas suaminya dan menceritakan apa yang berlaku," katanya Sinar Harian.
Semalam kira-kira jam 2.30 pagi ketika suspek berada di stesen minyak di Taman Angsana, dia bertembung dengan bekas suami mangsa dan berlaku pergelutan.
Bekas suami mangsa kemudiannya memaklumkan tentang kejadian itu kepada Balai Polis Inisiatif Bandar Selamat (IBS) Taman Selasih.
Anggota polis IBS bersama ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman itu kemudiannya menahan suspek dan menghubungi unit MPV untuk membawa suspek ke Balai Polis Kulim.
Suspek ditahan lokap manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan dia diliwat.
P/s: Katak pengkhianat di Kulim perlu mengambil tindakan untuk membantu janda ini! |
Wow, Kepala IKIM Kata Pedulikan Remeh-Temeh (Usaha Cegah Maksiat)! Posted: 19 Jul 2011 12:45 AM PDT
Saya petik: [MK] Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata di sebalik isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar.
"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.
"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Menurutnya, Ramadan bulan yang sangat mulia dan istimewa untuk meningkatkan spiritual umat Islam dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang agama.
"Jadi sudah pastilah, hak agama itu... mengapa kita nak menafikan, tetapi kita mestilah hormat-menghormati (antara satu sama lain)," katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas secara terperinci mengenai keputusan kerajaan Kedah berhubung isu larangan kepada pusat hiburan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan...
P/s: Hal mencegah/mengurangkan maksiat dikatakan hal yang remeh-temeh? Eloklah orang yang mengeluarkan kenyataan ini menggunakan jawapan yang sama ketika bersoal jawab di depan Allah nanti.
Dalam masa yang sama, DCM bersetujulah dengan pandangan KP IKIM ini bahawa hak bukan Islam mestilah dihormati, namun pada hemat DCM, meneguk arak, bersosial melampau sampai ke lewat malam juga bukan sahaja menyalahi moral, malah turut dilarang oleh agama lain.
|
Memalukan...KDN Tapis Majalah "The Economist" kerana BERSIH 2.0 Posted: 19 Jul 2011 12:15 AM PDT
Saya petik: [MK] Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
"The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.
Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.
Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.
P/s:
Kata kuncinya, JIKA BENAR KDN menghitamkan artikel di The Economist...
maka tindakan tersebut sangat mengejutkan dan sudah tentunya amat memalukan negara. Tidak pernah berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi, pihak yang berkaitan menyaring/menghitamkan berita yang disiarkan oleh sesebuah majalah hanya kerana melindungi dakwaan salah laku kerajaan dan polis. Tindakan mengharamkan sesebuah majalah atau buku pun diambil jika kandungannya memaparkan/menerbitkan teks berunsur lucah, menyentuh sensitiviti agama atau kaum, dan sebagainya bukannya kerana mengkritik tindakan agensi kerajaan.
Dahulu, majalah luar negara kadang kala disaring kerana menyiarkan gambar yang memaparkan imej keterlaluan. Tindakan itu pun jarang-jarang dilakukan selepas majalah-majalah ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Tidak pernah pula, setahu DCM, pihak berkuasa menghitamkan berita yang memerihal salah laku kerajaan dan pihak polis dalam sesuatu hal. Apa yang dilakukan oleh Regim BN ini mungkin sama teruknya atau lebih teruk lagi seperti yang dilakukan di China atau di Korea Utara!
Persoalannya: jika benar laporan di The Economist itu tidak benar, mengapa kerajaan tidak menyaman majalah itu? Tindakan menghitamkan teks dan bukannya mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah itu membuktikan apa-apa yang ditulis benar dan cuba disembunyikan daripada rakyat. Biarpun begitu, tindakan itu sebenarnya tidak langsung menjejaskan sumber maklumat rakyat yang mahu melihat kebenaran!
|
Suami Lalok-Berahi Belasah Isteri Kerana Tegur Cuba Ceroboh Bilik Adik Posted: 18 Jul 2011 11:00 PM PDT
Saya petik: [HM] KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan. Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.
Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram. Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.
"Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.
"Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa," katanya. Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.
"Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. "Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
P/s: Memang lahanat!
|
Peserta BERSIH 2.0 Mahu Saman Berita Harian Posted: 18 Jul 2011 09:30 PM PDT
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR 18 JULAI : Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu. Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi "perusuh guna senjata, batu, lawan polis" adalah tidak benar. Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan "Ajak" berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa. Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk "Peaceful (Aman)?" pada muka depan. "Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya. "Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya," kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider. Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu. Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan. Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank. "Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat," kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu. Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau. "Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya. Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat. "Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika. "Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya. Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.
P/s: Tindakan media itu jelas berniat JAHAT. Tindakan Ajak untuk menyaman akhbar itu amat-amat disokong. Tindakan akhbar pencacai mengedit gambar untuk memuaskan hati UMCO bukanlah suatu yang baru. Persoalannya, apa tindakan KDN?
|
Kes Rogol Amah: Sharpshooter Diarah Bayar Rais RM400 Ribu Posted: 18 Jul 2011 08:44 PM PDT
Saya petik: [Mstar] KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin, memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais.
P/s: Lawak kerana Rais tidak berani menyaman sumber cerita, iaitu Migrant Care Indonesia. NGO ini juga mengedarkan kenyataan yang mengaitkan nama Rais secara terang-terangan. Mengapa Pak Menteri ini tidak berani menyaman sumber berita?
Bagi yang tidak tahu, artikel yang disiarkan di blog Sharpshooter ini disalin tampal dari Harakah Daily. Sumber berita HD ini pula berdasarkan pendedahan pihak Migrant Care. Artikel yang sama turut diulang siar oleh ratusan blog dan laman sesawang.
|
Ashraf TIDAK BOLEH JADI Aleesha Posted: 18 Jul 2011 08:15 PM PDT
Saya petik: [HM] KUALA TERENGGANU: "Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah."
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.
Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.
"Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini," katanya. Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs....
| |
[Kosmo] KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.
Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
"Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat," kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
"Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan," kata beliau ketika membacakan keputusan itu.
Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
"Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman," ujarnya.
P/s: Sila ambil iktibar!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan