Khamis, 14 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pak Samad: "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah"

Posted: 14 Jul 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[MK] Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat di melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan"berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa,"
katanya dengan nada sinis. 

P/s: Sokong dan salut!!!! Pak Samad menghabiskan sisa usianya berjuang demi keadilan, ada orang itu, sudah lanjut usia tetapi masih mahu menfitnah dan menipu!!!



AS Kecam Tindakan Keras terhadap BERSIH, Pantau Perkembangannya

Posted: 14 Jul 2011 03:00 AM PDT


Saya petik:
[AFP] Amerika Syarikat memandang berat tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap peserta perhimpunan yang disokong pembangkang hujung minggu lalu dan berkata ia akan memantau perkembangannya.

Polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya Sabtu lalu dan menangkap lebih 1,600 orang.

Seorang lelaki meninggal dunia semasa perhimpunan tersebut. Keluarganya berkata dia pengsan selepas lari untuk mengelak gas pemedih mata, manakala polis berkata dia meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

"Kita mempunyai beberapa kebimbangan," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita. "Kami... terus menyokong hak rakyat untuk bebas menyuarakan aspirasi demokratik masing-masing dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

"Kami akan terus memantau rapat keadaan tersebut," kata Toner.

Malaysia telah berjanji untuk menyiasat dakwaan terhadap keganasan polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertahankan polis, dengan berkata perhimpunan itu merupakan satu muslihat untuk mencemarkan imej negara.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengecam tindakan keras tersebut dan menggesa Amerika dan negara-negara lain supaya mengenakan tekanan ke atas Malaysia untuk memastikan akauntabiliti.

"Kerajaan Malaysia perlu menjalankan segera siasatan yang adil dan telus terhadap dakwaaan kekerasan yang melampau dan tangkapan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York dalam satu kenyataan.

Malaysia sedang berusaha untuk membina hubungan erat dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mendekati rantau Asia Tenggara.

Malaysia dan Amerika telah lama menjadi rakan dagangan utama tetapi hubungan politik antara keduanya tidak selesa, terutama semasa 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik lantang dasar luar negara Amerika.

Amerika juga memandang berat layanan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan sekali lagi berdepan dalam perbicaraan mengenai dakwaan liwat, yang merupakan satu kesalahan di negara majoriti Islam ini.

Anwar berkata tuduhan itu bermotifkan politik.

Obama menjemput Najib ke Washington pada April 2010 untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear dan menemui beliau di luar persidangan tersebut. Setiausaha Negara Hillary Clinton melawat Malaysia pada bulan November.

Kredit: MK

P/s: Dalam hal ini, DCM bersetuju dengan pandangan AS, walaupun negara itu menyokong keganasan di serata dunia demi kepentingan Israel. Biarpun kritikan mereka terpilih dan berat sebelah, namun dalam isu BERSIH mereka mengkritik perkara yang benar.

Pencacai UMCO akan menggunakan isu Palestine, Afgahannistan dan sebagainya untuk memperlekehkan pandangan AS ini. Tidak kurang mengaitkan dengan dengan kepentingan DSAI, maklumlah beliaukan ejen "Yahudi" sedunia.






Najib dan Suami ke AS 10-16 April Beli Cincin Berlian?

Posted: 14 Jul 2011 01:43 AM PDT

Tuuuu diaaaaa!!!!!

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Amerika Syarikat bermula 10 hingga 16 April- tarikh yang sama berlian berharga RM24.4 juta dibeli.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, mereka terbang ke negara itu untuk lawatan kerja ke Washington dan New York.

Mengikut laporan media 9 April lalu, Najib bersama Rosmah, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Mereka turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ketika di lapangan terbang.

Semalam, SAMM membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengenai bukti yang mengaitkan Rosmah dengan
pembelian berlian berkenaan.

Malaysiakini hari ini melaporkan berlian berkenaan berharga RM73 juta.

Namun Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, harga berlian itu bernilai RM24 juta berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh beliau.

Maklumat itu diperolehi pada 16 April lalu melalui satu unit belian "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang dibawa masuk melalui KLIA.

Berlian itu dieksport dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York

Nilai yang diistiharkan bagi berlian itu ialah RM 24,458,400.00, dengan catatan cukai RM0.

"Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan,
" kata Chegu Bard dalam kenyataan medianya semalam.

Menurut Chegu Bard, belian tanpa cukai itu mengingatkan kembali kepada usaha kerajaan memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan di parlimen.

"Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup," katanya.

P/s: Semakin banyak yang terburai, sila jawab!!!



[PANAS] Gelang "Zebra Safari" yang Menyerupai Milik Isteri PM Berharga RM1.65 Juta

Posted: 14 Jul 2011 12:05 AM PDT


Sepasang gelang tangan dengan 3 424 batu berlian yang didakwa dimiliki oleh isteri PM bernilai RM1.65 juta. Nilai itu didedahkan oleh Syarikat Jacob & Co. Dalam e-mel jawapan yang dihantar kepada FMT, syarikat barang kemas yang berpangkalan di New York itu menjelaskan bahawa harga sepasang gelang tangan itu bernilai AS540 000 (RM1.65 juta). Jacob & Co berkata setiap gelang emas putih 18k disaluti 1,712 batu permata dan seberat 137.31 gram.

Sambung bacaan anda di FMT di sini.

WOW!

P/s: Kalau benar, siapa beri isteri PM wang sebanyak itu untuk membeli barangan kemas mewah? Gaji suaminya sudah tentu tidak mencukupi untuk membayar harganya!



PM Britain Batalkan Jamuan Makan Tengah Hari Sempena Lawatan Najib? Mengapa? Baca!

Posted: 13 Jul 2011 08:57 PM PDT


Menurut blog Tukar Tiub/Jalan Pulang yang memetik laporan daripada wartawan Filipina, Perdana Menteri Britain, David Cameron dikatakan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan laporan yang sama, terdapat sekumpulan kecil aktivis yang melancarkan protes susulan tindakan mesra polis menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.


Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut.

Semalam, ketibaan Najib di London disambut TANPA karpet merah yang lazimnya dihamparkan untuk pemimpin penting sesebuah negara. Malah, pegawai yang menyambut Najib dan rombongan hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Rujuk sini.
 
Jika benar dakwaan ini, maka sambutan dingin kerajaan Britain itu amat memalukan Regim BN!

Saya petik:
We have been writing to the Home Secretary here (Theresa May) and the UK Parliamentary Working Group on Malaysia and Human rights. Today we received a response from Bill Cash (Chair of the UK PArliamentary Working Group on malaysia) to say he will take up this matter urgently with the Foreign Office.

We also got a small group together to protest today during lunchtime outside Downing Street as Cameron was meant to have lunch with Najib (But think it was cancelled as Cameron got bogged down with PM question time).

Anyway we didn't see Najib bt we had a lot of yellow posters and banners and picketed along the broad lines of 'Malaysia stop abusing human rights ' and 'Stop detention without trial', 'Free all detainees now' , 'Mr cameron hear our plea, tell Najib to set them free' ;).

Sila baca! Menarik!

PM NAJIB's TYRANNY FOCUS ON BRIBES , MURDER - phil.star.com - pilipina (jarious bondoc)

Whom the gods wish to destroy they first make . . . Mad it was for Malaysian Prime Minister Najib Razak to prime the police into thinking days prior that last Saturday's opposition protest in Kuala Lumpur was illegal, and that seized firebomb stashes would have been used. Madder still, for him to have the 20,000 marchers tear-gassed and 1,667 arrested.

The rally was to call for electoral reforms, a domestic issue that attracted only the Malaysian press. But when riot squads aimed teargas canisters at opposition leader Anwar Ibrahim's head, actually hitting his aide's eye, and causing the fatal heart attack of one demonstrator, the event drew world attention. Now international groups are denouncing the mayhem as proof of Najib's disregard for human rights. Worse, there's sudden global interest in an imminent subpoena of Najib to a Paris trial on kickbacks in purchasing three French submarines in 2002, and the consequent murder of a Mongolian socialite in 2006.

Malaysia's parliament will have no choice but to take up the brutal dispersal. Najib's home minister's claim has been debunked that police performed their duties "with bravery, fairness and integrity." Narratives jibe that marchers were on their way to a downtown stadium from different parts of the capital when confronted with teargas and chemical-laced water cannons. Even if the storm does not affect next year's setting of national polls, the fallout predictably will hurt Najib.

Najib allegedly has concocted sexcapades to bring down arch foe Anwar. Not only has the scheme backfired, Najib is now himself under fire for immorality. Trial is to begin of French arms giant DCN-Armaris for bribery in the 2002 submarine sale to Malaysia through then-defense minister Najib. Commissions supposedly came in three tranches: first euro 30 million upon contract signing, then euro 114 million subcontracted to an unknown firm owned by Najib's security adviser Razak Baginda, and last euro 2.5 million. From reports, Najib, Baginda, and their purported shared Mongolian girlfriend Altantuya Sharibu motored around France after sealing the deal. Najib and now London-based Baginda will be summoned to Paris as soon as a judge is assigned to the case this month or next.

The bribery worsened into kidnapping-murder when Altantuya raucously tried to collect her euro 350,000-share from Baginda in 2006. Najib's jealous wife Rosmah forbade the men from paying her a single cent, provoking Altantuya to picket their manor. Two Najib bodyguards abducted the pregnant Altantuya, shot her dead in the woods, and burned the corpse with military explosives. Party mates nevertheless made Najib prime minister in 2009. The bodyguards confessed and were convicted last year; Baginda was acquitted. Prosecutors, defense lawyers, and the judge were forbidden from mentioning the sleazy submarine deal during the trial. Still, Najib got an international black eye.

France has no power to compel the attendance of Najib or Baginda. But it can demand the truth from DCN-Armaris. The Malaysia Chronicle recently quoted Kuala Lumpur politicians as saying that if Najib snubs the trial he would in effect tell the world that he's guilty as charged.

And the world will be watching, now that Najib has turned the spotlight on himself with last weekend's tyrannical squashing of dissent.
Kredit: Tukar Tiub/Jalan Pulang


Aduhai, Lelaki Kantoi Khalwat dengan KAKAK IPAR!

Posted: 13 Jul 2011 07:15 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.

Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).

Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.

"Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya," katanya.

P/s: GIla!


Isu "Serangan" Hospital Tung Shin & Hospital Bersalin Cina: 11 Doktor "Kantoikan" Polis, Menteri KDN, Liow Tiong Lai, & Chua Soi Lek!!!

Posted: 13 Jul 2011 05:40 PM PDT



Saya petik:

[MK] Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.


P/s: Rupa-rupanya dua buah hospital diserang pemedih mata dan meriam air policia!

Salut kepada doktor-doktor ini yang tegas menegakkan kebenaran! Walaupun kita tahu ada segelintir doktor yang sanggup menggadaikan prinsip dan kebenaran kerana takut hilang jawatan atau gentar dengan ugutan mereka yang berkuasa, namun mereka berani. Salut!

Di mana mereka yang terlibat memutarbelitkan fakta mahu menyembunyikan muka?



Wow, BESARnya Buaya!!!!

Posted: 13 Jul 2011 04:00 PM PDT


Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang-jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide lapor AP.

Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian dalam kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung. Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
 
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong. Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

"Buaya itu sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya," katanya.

Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: