Tiada Hamparan Karpet Merah untuk Najib di UK. Kah kah kah! Posted: 13 Jul 2011 08:00 AM PDT | Sekadar hiasan. |
| Berita Harian |
| Star Online |
Kredit: Manjung Mari | NST Online |
Banyak orang ternanti-nanti gambar Najib turun dari kapal terbang apabila sampai di UK hari ini. Mengapa? Apa kaitannya dengan karpet merah? Sila baca di sini.
Menurut jurublog Mahjung Mari yang menonton berita petang tadi, Najib hari ini yang tiba di UK untuk lawatan rasminya disambut TANPA karpet merah, malah wakil UK yang menyambutnya di lapangan terbang hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Apa kelas? Najib ialah PM, bukan menteri biasa. Semuanya mungkin angkara "kemesraan" polis melayan peserta BERSIH 9 Julai lalu. Jika benar tiada karpet merah, pengalaman yang dihadapi Najib itu sungguh memalukan! P/s: Patutlah gambar Najib ketika tiba di UK tidak dipaparkan secara penuh!
|
Kenali Jacob Pengusaha Barang Kemas yang Dikaitkan dengan Isteri PM Posted: 13 Jul 2011 07:03 AM PDT
Saya petik: [ FMT] PETALING JAYA: Pengasas barangan mewah Jacob & Co didakwa menjadi tempat kegemaran Rosmah Mansor kerana dapat memenuhi citarasa pelanggan sepertinyanya yang penuh warna-warni. Dikalangan selebriti luar, Yakub Arabo, seorang Yahudi kelahiran Uzbekistan, dimana namaya menyebabkan ramai orang yang berduyun-duyun ke rangkaian kedai-kedai mewahnya diantaranya seperti Beyonce Knowles dan David Beckham. Individu-individu lain yang turut meminati Yakub ialah rappers terkenal 50 Cent, Diddy, Kanye West serta selebriti lain seperti Jennifer Lopez dan Naomi Campbell. Arabo begitu popular dalam permainan video "Def Jam: Fight for NY" sebahagian daripada hadiah menanti penjahat yang mengumpul wang tunai terbanyak, dan mempunyai pilihan untuk membeli barangan kemas darinya. Selain dari itu, namanya juga kerap muncul dalam pelbagai lagu-lagu rap. Terkenal dengan jam tangan mewah bertatahkan berlian dan barang kemas yang chunky, Jacob & Co memiliki 46 cawangan di seluruh negara, tentunya untuk mereka yang mempunyai poket yang 'sangat dalam'. Arabo telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun, dan telah keluar daripada sekolah menengah untuk mendaftar dalam kursus reka bentuk barang kemas selama enam bulan. Ketika berusia 21 tahun, dia telah membuka kiosk di Kaplan Jewelry Exchange. Bermula pada tahun 1990-an, dia mula mereka bentuk kemasa untuk artis-artis hip-hop. Rekod jenayah Tetapi disebalik semua kilauan dan glamor, ada juga kisah gelap Arabo. Beliau telah dituduh terlibat dengan jenayah termasuk pengubahan wang haram dan memiliki harta curi. Pada Jun 2006, dia telah ditangkap oleh FBI di atas dakwaan bahawa dia 'membersihkan' berjuta-juta wang untuk ahli-ahli geng dadah terkenal yang berpengkalan di Detroit, Black Mafia Family, dan dia juga didapati gagal melaporkan pembelian tunai yang besar kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS. Arabo, yang juga mempunyai butik di kompleks membeli-belah mewah Bukit Bintang di sini, mula menjadi perhatian di Malaysia selepas beberapa penulis blog pro-pembangkang mendakwa Rosmah telah membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM73 juta daripada salah satu butiknya di New York. Apabila laporan itu disiarkan di FMT dan di kebanyakan blog, terdapat beberapa pengulas yang mendakwa bahawa laman web Jacob & Co telah membuang gambar Rosmah daripada senarai selebritinya, bagaimanapun ia tidak dapat disahkan. Hari ini, lagi gambar-gambar Rosmah bersama set gelangnya yang menawan dan mirip dengan rekaan mewah Yakub "Zebra Safari" telah dikeluarkan oleh blogger, dan pakar-pakar turut mendakwa bahawa nilainya agak tinggi. NGO pro-Pakatan Rakyat NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah memfailkan laporan terhadap cincin berlian Rosmah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Rosmah, dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa ini sedang berada di UK.
Kredit: PulakDah! |
Selepas Beg Tangan, Cincin Berlian, Jurublog/Media Dedah Pula Gelang Mewah yang Menyerupai Milik Isteri PM. Posted: 13 Jul 2011 06:02 AM PDT Saya petik:
[ FMT] KUALA LUMPUR: Satu lagi tuduhan timbul melbatkan isteri Perdana Menteri, kali ini berkenaan set gelang berlian gelang yang dianggarkan oleh pakar-pakar industri bahawa ia bernilai sangat tinggi. Semalam, beberapa blogger pro-pembangkang mendakwa bahawa Rosmah Mansor telah membeli cincin dari pusat barang kemas yang berpengkalan di New York Jacob & Co bernilai RM73 juta. Blogger telah mengenal pasti item berkenaan sebagai "Natural Fancy Blue Kusyen Gray Diamond Ring Cut". Ia juga dikatakan telah dilepaskan melalui kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan April tahun ini. Paparan pada komputer kastam mendedahkan bahawa cincin itu tidak dikenakan duti import ke atasnya. Hari ini, seorang lagi blogger yang dipanggil "Semut dan Papan Kekunci" telah menyiarkan gambar Rosmah sedang memakai gelang yang menakjubkan serupa dengan Jacob & Co "Zebra Safari Collection".Laman web barangan kemas tersebut menyatakan bahawa gelang Zebra ini dicetak dengan berlian dari koleksi Safari, "menamplkan turapan berlian hitam dan putih seberat 65.77 dalam 18k karat dengan emas putih."
|
|
Apabila FMT memeriksa dengan peniaga berlian tempatan, didapati harga untuk batu berlian berkualiti tinggi tu bernilai sehingga RM100,000 perkarat, tetapi gemologis yang enggan dikenali itu memberi pendapat bahawa item yang direka oleh pereka tertentu boleh menjadikan ia bernilai lebih tinggi.
"Tambahan pula, apabila item tersebut datangnya dari sebuah organisasi yang dihormati seperti Jacob & Co, harganya mungkin lebih tinggi kerana jenama," katanya.
Sementara itu, blogger itu juga menunjukkan bahawa Jacob & Co dimiliki oleh seorang ahli perniagaan Yahudi, Yakub Arabo.
Dalam isu ini, blogger itu turut mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sering menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Israel, sedangkan "isterinya membelanjakan wang berjuta-juta membeli barangan kemas Yahudi."
Dalam perkembangan lain, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan anti-rasuah terhadap Rosmah kerana didakwa memiliki cincin berlian USD 24 juta.
Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin telah mengetuai kumpulannya untuk membuat laporan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Pulau Pinang.
Badrul menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan serta-merta ke atas laporannya.
Kredit: PulakDah! P/s: Fuh!
|
Artis-artis Ini Tidak Sokong BERSIH 2.0 Posted: 13 Jul 2011 05:00 AM PDT Kredit: MalaysiaDigest
P/s: Demokrasi! Masing-masing boleh memberikan pendapat dan menyatakan pendirian. Cuma, saya tidak setuju seseorang itu memberikan pandangan tanpa merujuk pelbagai sumber sehingga pandangan yang diberikan itu jauh bertentangan dengan matlamat sebenar sesuatu., misalnya BERSIH. Malangnya rujukan mereka ialah media pencacai!
|
BOIKOT Kopitiam! Posted: 13 Jul 2011 04:00 AM PDT Jika tiada Sijil Halal, mengapa kebanyakan kopitiam memaparkan logo halal di premis masing-masing?
Saya tidak mahu menulis panjang-panjang. Sikap pemilik kopitiam jelas tidak jujur malah berniat jahat menipu pelanggan yang beragama Islam. Memang lahanat! Jadi boikot sahajalah kopitiam-kopitiam ini yang bukan sahaja menjual makanan yang agak mahal harganya, malah dikhuatiri mengandungi bahan yang tidak halal!
|
Kenali 'wirawati' BERSIH 2.0 - Auntie Anne Posted: 13 Jul 2011 03:00 AM PDT
Saya petik:
[MK] Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.
Wanita itu adalah seorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.
Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Auntie BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.
Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.
Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
"Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.
"Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu."
Katanya, Auntie Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.
"Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu," kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.
Malaysiakini sempat mewawancara Auntie Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih "mudah jika berjalan seorang diri".
"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun," katanya.
"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya." P/s: SALUT! |
KENYATAAN MEDIA - SAMM Desak SPRM Siasat Cincin Berlian !! Posted: 13 Jul 2011 02:30 AM PDT KENYATAAN MEDIA SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
13 JULAI 2011
DESAK SPRM SIASAT DAN TAMPIL MENYATAKAN HASIL SIASATAN
Hari ini kami telah tampil mewakili gerakan anak muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai.
Menurut maklumat yang kami perolehi pada 16 April 2011 yang lalu satu unit belian "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" telah dibawa masuk melalui KLIA dan nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00. Belian itu di beli (eksport) dengan sebuah syarikat Jacon & co yang berpengkalan di New York. Ia dibawa masuk ke Malaysia menggunakan menggunakan nama Jeremy Beh Sin Tee tetapi sebaliknya nama "H.E Datin Seri Paduka Rosmah Mansor" turut tertera dalam ruangan penerima. Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan. Maka SAMM mendesak agar SPRM mengadakan siasatan secara telus dan tampil untuk menyatakan hasil siasatannya. Setiap kali kenaikan harga dan seumpamanya maka Perdana Menteri Malaysia sering menasihatkan rakyat supaya mengubah cara hidup. Tahu atau tidak kamu bahawa rakyat sudah tidak mampu lagi untuk mengubah cara hidup yang sudah sedia sempit. Kamu dan keluargalah yang seharusnya mengubah cara hidup kamu atau kami rakyat harus mengubah kamu. Berdasarkan bukti yang diperolehi kemasukan belian bernilai RM 24.4 j itu juga mencatatkan cukai RM 0. Jika diingat kembali ini mungkin ada kaitan dengan usaha meluluskan belanjawan negara yang memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan diparlimen. Berlian bernilai RM24.4j tidak kena cukai tetapi perkhidmatan seperti Astro, telekomunikasi termasuk makan direstoran rakyat dicukai. Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup. Sekian. che'GuBard 0176688404
|
Bursa Saham NAIK Menjelang BERSIH 2.0, Tampaknya Pelabur Asing Sokong BERSIH! Posted: 13 Jul 2011 02:00 AM PDT
Saya petik:
[MK] Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Katanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.
"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua. Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.
Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.
Sehubungan itu, Pua menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dilaporkan mendakwa BERSIH memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.
Kedua-dua pemimpin utama MCA itu menganggarkan kerugian sektor pelancongan negara akibat perhimpunan haram Sabtu lepas mencecah lebih RM100 juta.
P/s: Pening BN! Fakta ini harus disembunyikan daripada pengetahuan orang kampung dan penyokong tegar BN. Penganalisis ekonomi "kang kung" akan memainkan peranan! Selamat menggebang! |
Laman FB itu bukan Carta Undian! Kalau Tidak Pandai FB, Jangan Tunjuk Bangang!! Posted: 13 Jul 2011 12:27 AM PDT
Seorang demi seorang panglima UMCO-PERKASA-BN bersuara sumbang di media mempertahankan bos mereka. Maklumlah pilihan raya sudah dekat. Selain mahu dicalonkan, ada juga yang bersuara sampai nak pecah anak tekak kerana terpalit dengan kontroversi. Maklumlah, mereka mahu membayar budi.
Kali ini, Ketua UMCO Cheras. Katanya dalam akhbar di atas, perhimpunan BERSIH gagal, justeru kumpulan yang menyokong BERSIH mahu membuat provokasi. Dalam keratan akhbar di atas, dia memandaikan diri untuk memberikan komen tentang laman FB yang mendesak Najib meletakkan jawatan: 100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation. Seorang lagi pemimpin UMCO mahu menyedapkan hati sendiri dan menipu rakyat. Dia fikir, penyebaran maklumat pada zaman sekarang sama seperti tahun-tahun 70-an atau 80-an. Dia tidak tahu pak cik di kampung kini sudah ada yang pandai bereksperimen dengan Google.
Biarlah dia dengan retorik mengampunya. Cuma saya tertarik dengan dakwaannya,"Orang yang sama boleh menyatakan undian mereka berulang kali kerana identitinya tidak diketahui," katanya mengulas laman internet "100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation " (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur).
Jangan gelak! Apalah bangangnya pemimpin UMCO ini! Adakah dia tidak ada akaun Facebook? Fahamkah dia tentang konsep dan rupa bentuk laman FB yang lazimnya dibina untuk menyokong atau membantah sesuatu atau dibina untuk laman kelab peribadi atau syarikat. Untuk menyokong atau menyertai laman itu, pengguna FB perlu menekan butang "LIKE". Kalau 100 ribu orang menekan butang "LIKE" maka 100 ribu oranglah yang menyukainya.
Fakta yang perlu diperbetulkan ialah laman ini bukan laman undian yang membolehkan orang menekan butangnya berulang kali. Setiap pengguna FB hanya boleh menekan SEKALI sahaja butang "LIKE" itu. Jadi alasan bodoh yang mengatakan bahawa orang boleh menekan berulang kali jelas menunjukkan orang kuat PERKASA/UMCO ini bangang IT.
Apabila data menunjukkan bahawa 100 ribu orang menyertai laman itu, maknanya 100 ribu pengguna FB mahu Najib meletakkan jawatan. Terkini, jumlah pengguna FB menyertai laman ini sudah menghampiri 180 000 orang. Bagi sesiapa yang mahu menyokong laman itu sila klik sini. Pergilah belajar IT dengan jurublog pencacai, jangan sampai memberikan komen seperti budak tadika di akhbar. Cuma saya nak tulis di sini: Kalau betullah PM kita popular, apa kata dia bertanding di kawasan Parlimen sekitar KL? Rasa-rasanya tidak ada masalah untuk dia menang besar! Bukankah semua orang UMCO kata dia popular? Kah kah kah!
P/s: Di laman blog pencacai UMCO, mereka memberikan alasan bahawa yang banyak menyokong laman itu ialah orang Cina. Mereka turut memberikan anggaran, kalau tidak silap saya, mereka mendakwa 90% penyokong laman itu berbangsa Cina. Wow, 100% gebang.
|
Drama Liwat II: Anwar Bela Diri 8-26 Ogos Posted: 12 Jul 2011 09:15 PM PDT Saya petik: [MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.
Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.
Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.
Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.
|
Lelaki Kemaruk Sugar Mummy, Belasah Isteri depan Rakan Posted: 12 Jul 2011 08:58 PM PDT
Saya petik: [HM] JOHOR BAHRU: Gara-gara hubungan intim dengan 'sugar mummy' terbongkar, seorang suami di Skudai di sini, sanggup menumbuk muka isteri serta membelasahnya biarpun wanita itu masih dalam pantang, semalam.
Mangsa hanya dikenali sebagai Ita, 29, berkata, kejadian berlaku pada jam 5 pagi selepas dia menegur suaminya, seorang penganggur kerana lewat pulang ke rumah semata-mata mahu menemani seorang wanita yang juga bekas majikan lelaki terbabit.
Menurut Ita, rahsia itu terbongkar selepas seorang rakan karib suami yang simpati dengannya mendedahkan kegiatan lelaki terbabit melayan isteri seorang ahli perniagaan berusia 40-an.
"Saya terkilan dengan sikap suami yang bukan saja pulang awal pagi malah bebas membawa rakan lelakinya ke rumah. "Berikutan itu saya menegur dan menasihatkannya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, suami terus melenting sebelum menumbuk muka menyebabkan kening kanan saya berdarah, suami juga menolak dan membelasah saya di depan rakannya," katanya.
P/s: Jantan, jantan! Ada yang muda cari yang tua! |
Warga Indonesia Demo di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta Sokong BERSIH 2.0 Posted: 12 Jul 2011 07:53 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 13 Julai — Dilihat tindakan membantah langkah kerajaan Malaysia menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, kira-kira 20 warga Indonesia mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.
Sekumpulan rakyat Indonesia pernah mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia sebelum ini berhubung isu membabitkan Malaysia dan Indonesia.
Usaha Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bersih dan adil turut disambut rakyat Malaysia di beberapa negara lain.
Menurut laporan Jakarta Globe hari ini, mereka yang menyertai perhimpunan di depan Kedutaan Malaysia semalam melaungkan "bersih", malah peserta yang mewakili pertubuhan Gabungan Pertubuhan Sivil Untuk Malaysia Bersih turut membawa sepanduk tertulis "Bersih Malaysia Bersih Indonesia".
Malah menurut laporan itu, peserta perhimpunan seolah-olah bertindak membersihkan pintu pagar kedutaan dengan pencuci lantai dan berus.
Selain itu, ada peserta yang turut memakai topeng daripada animasi kanak-kanak popular Malaysia iaitu "Upin & Ipin".
Salah seorang peserta berkata perhimpunan itu tidak bermaksud mahu kerajaan Indonesia bercampur tangan tetapi ingin mengingatkan pentadbiran Susilo agar memenuhi janji-janji yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu diikuti kejatuhan presiden Suharto.
"Indonesia juga harus mendesak sistem demokrasi di Malaysia kerana ia boleh menjejaskan ramai rakyat Indonesia di Malaysia dan ini satu peringatan kepada Indonesia supaya tidak kembali seperti dahulu," kata Haris Azhar, pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), dengan merujuk kepada ribuan warga negara itu yang bekerja di Malaysia.
Kontras, satu pertubuhan yang terdiri daripada Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (Elsam), Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Lembaga Bantuan Hukum (LBH) dan Kumpulan Hak Asasi Manusia serta beberapa pertubuhan lain.
Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.
Wakil Elsam, Wahyudi menuntut pihak berkuasa Malaysia membebaskan semua tahanan yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Aktivis itu berkata perhimpunan hujung minggu lalu mengingatkan tentang reformasi di Indonesia pada 1998.
"Sebagai negara berjiran, Indonesia perlu menjadi contoh kepada Malaysia," katanya.
Sementara itu, Nurkholis Hidayat dari LBH berkata, gabungan tersebut berkemungkinan akan mengadakan satu perhimpunan walaupun tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi dengan Bersih 2.0.
"Kami lakukan ini sebagai menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, kami membantah penahanan aktivis Malaysia yang berhimpun secara aman di atas prinsip itu," katanya. P/s: TK!
|
Mati Kerana Berebut Perempuan Posted: 12 Jul 2011 05:55 PM PDT Saya petik: [HM] KLANG: Gara-gara berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh sebelum seorang daripada mereka mati ditikam di dada dan paha kanan di hadapan koridor sebuah premis di Jalan Meru, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, warga Indonesia berusia 21 tahun dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu maut ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek juga warga negara sama.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.55 tengah hari dan apabila bergegas ke sana mangsa didapati sudah meninggal dunia.
"Hasil siasatan kami mendapati mangsa ditikam dengan sebilah pisau di bahagian dada dan paha kanan, manakala terdapat sedikit kesan luka pada pergelangan tangan kirinya akibat ditetak.
"Mangsa dikatakan sedang berjalan dengan seorang wanita warga Indonesia sebelum dia dikejar suspek di lorong belakang premis manakala seorang lagi suspek dipercayai menunggu di motosikal.
"Mangsa melarikan diri ke dalam sebuah bengkel kereta yang terletak bersebelahan dengan premis itu sebelum dia terjatuh dan ditikam dua kali," katanya.
Mohamad Shukor berkata, motif pembunuhan dipercayai kerana dendam akibat merebut teman wanita dan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja-T berwarna putih serta berseluar jeans biru cerah.
"Kami masih menjalankan siasatan menerusi CCTV yang dipasang di premis berdekatan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek. Polis meminta agar orang ramai yang melihat kejadian tampil memberi kerjasama dalam siasatan," katanya.
|
Lelaki Dibelasah "Suami Kedua" Isteri Posted: 12 Jul 2011 05:20 PM PDT
Saya petik:
[HM] AMPANG JAYA: Usaha seorang suami untuk mendapatkan semula isteri yang meninggalkannya sejak sembilan bulan lalu berakhir dengan insiden di luar dugaan apabila dia cedera di muka, telinga dan bibir apabila dipukul seorang lelaki yang mendakwa sudah berkahwin dengan wanita itu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ismail, 39, berkata kejadian berlaku ketika dia bersemuka dengan pasangan berkenaan di sebuah rumah di Pandan Jaya di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.
"Lelaki itu berkata dia sudah berkahwin dengan isteri saya, sedangkan saya tidak pernah menceraikannya," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, selain dipukul dengan kayu hingga cedera di muka, telinga dan bibir, lelaki berusia 26 tahun itu turut memintanya wang sebanyak RM2,500. "Katanya, wang itu untuk membiayai kos perkahwinan mereka dan mahu membayar sewa rumah yang didiaminya bersama isteri saya," katanya.
Ismail berkata, isterinya yang berusia 29 tahun dan dikahwini sejak 1995 mula berubah sikap sejak mengenali lelaki terbabit sehingga tergamak meninggalkannya pada Oktober tahun lalu. "Tanpa diduga, saya terserempak dengan mereka di sebuah pasar malam dua minggu lalu. Ketika itulah lelaki terbabit berkata dia sudah berkahwin dengan isteri saya.
"Dakwaan itu mengejutkan kerana saya tak pernah menceraikan isteri dan masih menyayanginya," katanya.
Malam kelmarin, Ismail bersemuka dengan isterinya dan lelaki itu di sebuah rumah di Pandan Jaya kerana mahu mendapat penjelasan lanjut serta memujuk isterinya kembali ke pangkuannya. "Lelaki itu bukan saja tidak membenarkan isteri saya mengikut saya, malah saya dipukul dengan kayu di muka, telinga dan bibir hingga cedera dan mendapat rawatan di Hospital Ampang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan