Selasa, 12 Julai 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Rogol Warga Emas di depan Suaminya Kena 14 Tahun, 6 Sebatan

Posted: 12 Jul 2011 08:16 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan terhadap peniaga susu segar yang didapati bersalah merogol seorang warga emas berusia 62 tahun, di hadapan suaminya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Mohamed Apandi Ali memutuskan rayuan Ahmad Nazari Abd Majid tiada merit untuk dipertimbangkan dan sehubungan itu tiada alasan untuk mengusik keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Ahmad Nazari, 48, yang mempunyai dua isteri dan lapan orang anak, menghadapi dua tuduhan merogol mangsa, seorang penoreh getah, di ladang getah di Kuala Muda, Kedah antara 7 pagi dan 8 pagi pada 13 Dis 2000 dan 27 Dis 2000.

Bagi pertuduhan pertama, dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar tetapi didapati bersalah bagi pertuduhan kedua dan dihukum penjara lapan tahun dengan dua sebatan rotan.

Pada 28 April 2009, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuan Ahmad Nazari terhadap sabitan dan hukuman. Sebaliknya Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjara kepada 14 tahun dan enam sebatan rotan selepas membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan terhadap hukuman tertuduh.

Ahmad Nazari diperintah menjalani hukuman penjara mulai 28 April 2009 kerana diikat jamin sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Pihak pendakwaan tidak merayu berhubung pembebasannya bagi pertuduhan pertama.

Berdasarkan fakta kes, Ahmad Nazari pergi ke ladang getah itu ketika mangsa sedang menoreh bersama suaminya. Dia membawa sebatang kayu yang besar dan cuba untuk memukul suami mangsa tetapi gagal.

Dia kemudiannya menarik mangsa ke dalam semak dan merogolnya dan insiden itu disaksikan oleh suami mangsa yang tidak setanding dengan kekuatan tertuduh dan tidak berupaya untuk membantu isterinya. Ahmad Nazari terus berlalu selepas merogol mangsa.

Mangsa pulang ke rumah tetapi tidak membuat laporan polis kerana beliau malu. Mangsa hanya membuat laporan polis pada Tahun Baru Cina tahun berikutnya, selepas anak lelakinya membawa mangsa membuat laporan polis.

Polis menjalankan siasatan dan menangkap tertuduh. Mangsa mengecam tertuduh dalam barisan kawat cam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya V. Shoba manakala Ahmad Nazari diwakili peguam Harpal Singh.


P/s: Bila fikir semula "kelahanatannya", 14 tahun itu adalah hukuman yang agak ringan!

[Video] Cincin Rosmah Bernilai RM73 Juta?? WOW! Sila Nafi Jika Tidak Benar!

Posted: 12 Jul 2011 06:16 AM PDT


Saya petik:
[FMT] PETALING JAYA: Sedang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi bergelut dengan gempa politik kesan dari perhimpunan Bersih 2.0, kini timbul pula dakwaan terbaru yang melibatkan isterinya, Rosmah Mansor.

Wanita Pertama yang sangat kuat bergaya ini telah didakwa mula memiliki sebentuk cincin berlian, yang bernilai sehingga mencecah USD 24 juta (RM73.48 juta) pada bulan April tahun ini.

Sebuah blog pro-Pakatan Rakyat, "Milo Suam" mendakwa bahawa cincin itu telah dihantar kepada Rosmah oleh kedai barangan kemas yang berpangkalan di New York-denda, Jacob & Co.


Cincin


Blog ini mendakwa cincin yang dikenali sebagai "Natural Fancy Blue Kusyen Gray Diamond Ring Cut" ini melalui kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan telah dilepaskan oleh pengurus operasi kastam yang dikenali sebagai Krishnan A.



Screenshot daripada komputer kastam telah mendedahkan bahawa cincin itu tidak dikenakan duti import ke atasnya.

Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin itu adalah USD 24.4 juta. Cerita tentang cincin ini juga telah merebak di kebanyakan blog pro-Pakatan Rakyat yang lain.

Menurut laman web Forbes, gelang "VVS2 berlian jernih yang dipasang pada cincin platinum dan dikelilingi oleh 414 butir berlian mikro (3.48 CTS)."

Sementara itu, "Milo Suam" turut mempersoalkan rasional Najib yang didakwa membeli barangan mahal ini untuk isterinya.

"SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri." kenyataan di blog tersebut.

Blog itu juga turut bertanyakan sama ada Najib telah menyalahgunakan kuasanya dalam memperuntukkan RM111 juta untuk Rosmah bagi program berorientasikan kanak-kanak dan wanita, Permata dalam Bajet 2011.

Jacob & Co adalah satu pengeluar di Malaysia melalui cawangan tempatan yang dikenali sebagai Yafriro Celebrer Le Temps Sdn Bhd, terletak di Galeri Starhill pusat membeli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang.

Ketika dihubungi, Yafriro enggan mengulas mengenai pembelian cincin yang didakwa milik Rosmah.
*Kredit: PulakDah!


P/s: Pendedahan yang sama juga dibuat oleh CheguBard di blognya, malah turut didedahkan dalam ceramahnya. Jika benarlah pendedahan itu, timbul persoalan, kalau cincin sahaja bernilai RM73 juta, agak-agak berapa harta mereka sekeluarga? Benar atau tidak? Halal atau haram? Segala-galanya terjawab di dalam kubur nanti!







Respons Ustaz Zamri Sertai BERSIH 2.0

Posted: 12 Jul 2011 05:02 AM PDT


Saya tidak menyiarkan gambar selebriti yang menghadiri program yang tidak mesra UMCO terutamanya yang bekerja dengan syarikat pro-UMCO kerana bimbang mereka dikenakan tindakan oleh syarikat tersebut. Memandangkan Ustaz Zamri sudah memberikan respons yang berani dan tegas, maka saya siarkannya di sini, walaupun puluhan blog sudah menyiarkannya terlebih dahulu.

Komen saya, syabas kerana berani menyatakan sokongan demi kebenaran dan keadilan.

Klik untuk besarkan imej.



P/s: Malang ada artis/selebriti "menyindir" BERSIH tanpa memperoleh maklumat tepat tentang perjuangan kempen ini.


Kemas Kini:
Seperti juga Wardina, Ustaz Zamri mula "diserang" dalam blog pencacai UMCO. Yang lawaknya, mereka tidak menjawab pun hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Zamri. Itulah pencacai, menulis apa-apa sahaja demi memuaskan hati bos.



Majlis Fatwa Kebangsaan: Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek

Posted: 12 Jul 2011 04:26 AM PDT


Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

"Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

"Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

"Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

"Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan," katanya.

P/s: Sila ambil perhatian!


Amnesty International: "Britain tidak harus memberikan ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk PM Malaysia".

Posted: 12 Jul 2011 03:15 AM PDT


Saya petik:
[TMI] Amnesty International mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, didakwa menyaksikan tindakan keras pihak berkuasa ke atas peserta perhimpunan.

Najib memulakan lawatan rasmi sulung ke Britain sejak menjadi perdana menteri hari ini.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.

"Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

"Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.

"David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima," katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika pemimpin nombor satu Malaysia itu melawat ke Rom minggu ini.

Selain itu, kata beliau, disebabkan tindakan pihak keselamatan seorang peserta Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia selepas terhidu gas pemedih mata dan disahkan meninggal dunia di hospital.

"Kerajaan Perdana Menteri Najib telah bertindak ke atas ribuan rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk berkumpul secarta aman.

"Keganasan yang dilakukan pihak berkuasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia tidak boled dibiarkan. Mana-mana perhimpunan selepas ini patut dibenarkan dan pihak berkuasa harus menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Guest, pihaknya menuntut pentadbiran Najib menyiasat kegagalan pihak keselamatan memberi bantuan segera kepada Baharuddin sebelum dia menemui meninggal dunia.

"Ia termasuk dakwaan mengatakan ambulans tiba di tempat kejadian satu setengah jam selepas Baharuddin jatuh pengsan," katanya.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

"Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat," kata Guest lagi.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Ekoran keganasan pihak keselamatan, banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan itu.

Hari ini, Dewan Pemuda PAS pusat akan membuat satu laporan rasmi kepada Suhakam berhubung tindakan keras pihak berkuasa semasa menangani peserta Himpunan Bersih 2.0.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, pihaknya mempunyai banyak bukti berhubung kekerasan yang digunakan pihak keselamatan semasa perhimpunan itu.

Dakwaan BERSIH Bayar Peserta: Azeez Menipu!

Posted: 12 Jul 2011 01:10 AM PDT

Kredit: Mohd Sanusi Md Nor


Abdul Azeez Abdul Rahim, orang kuat PATRIOT pada 11 Julai telah mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan oleh Mstar bahawa:
"Semalam, semasa saya di dalam lokap, saya jumpa dan tanya beberapa orang makcik dalam penjara, dia kata diapun tak tahu, orang bagi duit suruh datang, nampaknya terbukti ramai yang tertipu dengan permainan kotor mereka ini."
Benarkah dakwaan mamak UMCO ini? Sedangkan rata-rata media melaporkan tahanan BERSIH ditahan di Pulapol dan berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media, kesemua tahanan "tidak" ditahan di dalam lokap seperti didakwa oleh Azeez. Di Pulapol itu ada penjarakah? Seperkara lagi benarkah Azeez dibawa ke lokap, sedangkan banyak blog yang menyindir bahawa penahanan mereka hanyalah lakonan semata-mata.

Saya petik:
[MyNewsHub] KUALA LUMPUR – Walaupun terjadi pelbagai kekecohan sewaktu lebih 1,000 penyokong BERSIH 2.0 ditahan di sekitar ibu negara, pihak polis mengambil pendekatan bersifat kemanusiaan ketika membawa mereka ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) petang semalam.

Selain proses dokumentasi dijalankan dengan selesa, mereka yang ditahan juga diberikan makanan berbentuk 'buffet', diberi rawatan perubatan dan diberi peluang mendirikan solat dalam keadaan yang cukup tenang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar proses itu berjalan;

Tahanan tidak diletakkan di dalam lokap!!!

P/s: Kalau nak menipu, janganlah menampakkan kebodohan diri!

PAS: BERSIH 3.0 Jika SPR Tidak Laksana 8 Tuntutan BERSIH

Posted: 12 Jul 2011 12:08 AM PDT


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Julai — PAS memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.

Timbalan Presidennya Mohamad Sabu (gambar) berkata empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.

"Bersih kemukakan lapan dan empat tuntutan boleh dilakukan janganlah berdolak-dalih, kalau pilihan raya adil Barisan Nasional (BN) nak menang sampai bila pun, menanglah... kami tiada masalah terima kekalahan, yang kami tidak mahu adalah penipuan berlaku.

"Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera, kami akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi... ada tuntutan yang boleh disegerakan SPR dan kalau tiada perubahan, kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mohamad yang mesra dengan penggilan "Mat Sabu" berkata PAS akan terus memberikan sokongan terhadap tuntutan Bersih.

"Kami, dari PAS, akan terus menyokong tuntutan Bersih dan kami berterima kasih kepada peserta walaupun ada sekatan dengan pelbagai cara lebih 50,000 berjaya berada di Kuala Lumpur.

"Ini menunjukkan semangat rakyat begitu tinggi untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil, kita sebelum ini telah mengatakan bahawa ia adalah perhimpunan aman namun bertukar ganas apabila pihak polis mula serang orang ramai.

"Saya juga telah nyatakan bukan sekadar kawat berduri, bahkan kandang babi juga rakyat akan masuk jika ditembak dan ini terjadi apabila mereka masuk ke dalam hospital," katanya yang hadir dengan berkerusi roda.

Tegas beliau, polis telah bertindak ganas terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 dan ia melanggar etika agensi penguat kuasa yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat.

"Kalau polis beri kerjasama peniaga-peniaga akan bergembira, tapi berlaku kucar-kacir apabila polis dihantui Umno yang sedang lemas.

"Polis didoktrin oleh Umno, polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno-BN, patut polis jaga keselamatan tapi bertindak ejen Umno untuk buat provokasi," katanya.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Tambah Mohamad, Malaysia boleh disamakan dengan Myanmar kerana menyekat demokrasi dan menghalang kebebasan media yang yang telus.

"Media luar negara faham (apa yang berlaku), Singapura dulu seperti Malaysia tapi Singapura sudah berubah yang mana semua parti dibenarkan untuk akses kepada media.

"Di Asia hanya Malaysia dan Myanmar berada di tahap ini, di negara lain tiada tangkapan dan perhimpunan juga dapat permit," katanya.

Beliau yang mengalami kecederaan semasa dalam perjalanan untuk ke ibu negara berkata, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang.

Mohamad juga berkata segala program yang melibatkan diri akan dibatalkan untuk sementara waktu ekoran kecederaan yang dialaminya.

"Saya terpaksa menghadapi satu pembedahan Jumaat ini kerana ligamen saya koyak, jadi segala program saya akan dibatalkan buat sementara waktu," katanya.

Tambah beliau, PAS mengisytiharkan setiap Sabtu sebagai minggu Bersih dan meminta rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan memakai pakaian berwarna kuning. 

P/s: SOKONG!

[PANAS] BERSIH 2.0: PBB Anggap Malaysia Perlekeh Demokrasi. Tahniah Najib!!!

Posted: 11 Jul 2011 08:14 PM PDT

 
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Julai — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan."

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menggunakan rakaman video sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak beasas terhadap pasukan keselamatan.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebaskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.


P/s: Tahniah Regim BN



ScreenShot FB Budak UMT Hina dan Ubah Lirik Negaraku

Posted: 11 Jul 2011 06:42 PM PDT

Berita berkaitan:

Saya petik:
[Bernama] KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

P/s: Jika benar, budak itu menghina, mengugut, maka dia sememangnya kurang ajar dan sengaja mencari penyakit.Tidak mustahil juga akaun FB milik poenyamar/pencacai yang sengaja mahu memburuk-burukkan pihak lain kerana si "Farizal" ini juga ada menulis "bunuh najib razak anjing...". Gaya penulisannya tidak ubah seperti pencacai di FB.

 

[PANAS] Surat Rahsia Arahan Pejabat Perdana Menteri Kepada PDRM Tangani BERSIH2.0

Posted: 11 Jul 2011 04:50 PM PDT


Saya petik:
[TMI] Kuala Lumpur, 11 Julai - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan  pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri yang lain tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

* Kredit: Penterjemah


Tiada ulasan: