DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 6
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 5
- [Video] BERSIH 2.0 di Melbourne dan Auckland
- "10 Ribu" PATRIOT "Gegar" KL!!!
- BERSIH 2.0: 1667 Peserta Ditahan, Sekurang-kurangnya 50 Ribu yang Hadir
- Perserta BERSIH 2.0 Meninggal Dunia kerana Sesak Nafas Gas Pemedih Mata Polis
- [Video/Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 4
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 3
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 2
- Pak Samad Kata Agong Perkenan Terima Pestisyen, Polis Halang. Siapa yang Lebih Berkuasa? UMCO atau Agong?
- DSAI & Khalid Samad Cedera
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 1
- [Gambar] BERSIH 2.0 di Melbourne Australia
- Laporan Awal AFP/Kompas tentang BERSIH 2.0, Ambiga Rupa-rupanya Penerima Women of Courage 2009
- BERSIH 2.0 LIVE: Suka Duka BERSIH 2.0 dengan Hampir 1500 Orang Ditahan Polis!
- Senarai Terkini Jalan yang Ditutup Sekitar Kuala Lumpur
- [Gambar] BERSIH 2.0: Suasana KL Umpama Darurat
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 6 Posted: 09 Jul 2011 01:08 PM PDT | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 5 Posted: 09 Jul 2011 12:03 PM PDT | ||||
[Video] BERSIH 2.0 di Melbourne dan Auckland Posted: 09 Jul 2011 11:00 AM PDT Saya petik: [TVS] Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Video: | ||||
"10 Ribu" PATRIOT "Gegar" KL!!! Posted: 09 Jul 2011 08:59 AM PDT P/s: Malaysia Kini dan portal berita lain menganggarkan peserta PATRIOT hanya sekitar 300 orang. Apabila mereka baca MK dakwa hanya 300 peserta yang hadir, jurublog pencacai dan media perdana melenting. Tidak mengapalah, saya naikkan jumlahnya 10 ribu. Moga-moga mereka dapat tidur lena apabila melihat angka 10 ribu!!! Seperkara lagi, banyak jurublog persoal, mengapa banyak sangat muka macam diimport dari India atau Bangladesh? Cuba tengok:
| ||||
BERSIH 2.0: 1667 Peserta Ditahan, Sekurang-kurangnya 50 Ribu yang Hadir Posted: 09 Jul 2011 08:42 AM PDT Perangkaan rasmi polis menyatakan sebanyak 1 667 orang ditangkap dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 hari ini - rekod paling besar pernah dicatatkan dalam sejarah negara. Jumlah yang ditangkap termasuklah wanita dan kanak-kanak lapor Keadilan Daily. Dalam perhimpunan hari ini, polis bertindak ganas dengan menahan, menghalang, menangkap dan mencederakan peserta himpunan dan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa lokasi di ibu negara. Malah orang ramai termasuk pimpinan Pakatan Rakyat sendiri turut mengalami kecederaan akibat kekasaran polis. Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh pasukan polis ketika beliau berada di sekitar KL Sentral. Turut cedera, pengawal peribadi Anwar yang cuba melindungi Ketua Pembangkang itu. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad cedera di kepala selepas terkena tembakan balang (Canister) gas pemedih mata FRU. Antara yang ditangkap termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ditahan di KL Sentral. Selain itu Pengerusi Bersih, S Ambiga turut ditahan polis. Antara pimpinan Pakatan yang ditahan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. Tangkapan dilapor dilakukan di sekitar Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka. Polis menjadikan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang sebagai tempat tahanan. Menurut KD, meskipun berdepan dengan tindakan ganas dan keras pihak berkuasa, ribuan peserta tidak berganjak untuk terus berhimpun di ibu negara. Sebahagian peserta perhimpunan, berjaya mengiringi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menuju ke Stadium Merdeka. Meskipun yang lain berpecah kepada beberapa kumpulan akibat halangan polis, mereka berjaya bergabung di beberapa lokasi, misalnya di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Lebih 10,000 peserta pula berhimpun di KLCC. BERSIH dalam kenyataannya menyatakan himpunan ini berjaya mencapai matlamat dengan mengganggarkan sekurang-kurangnya 50,000 orang hadir dalam himpunan ini. P/s: Bab mengira ini jangan tanya jurublog UMCO, RTM, TV3, Utusan & geng! | ||||
Perserta BERSIH 2.0 Meninggal Dunia kerana Sesak Nafas Gas Pemedih Mata Polis Posted: 09 Jul 2011 08:13 AM PDT
Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59 meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini lapor Keadilan Daily. Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setiawangsa, Rusni Malan. Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika hambatan pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu. Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia. P/s: DCM mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat. Al fatihah! | ||||
[Video/Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 4 Posted: 09 Jul 2011 06:15 AM PDT Video: Jurublog UMCO mendakwa hanya orang Melayu menyertai BERSIH 2.0. Sila tonton video ini! P/s: Adakah hanya 100 orang? atau 1000 orang? atau 10 000 orang? atau 100 000 ribu orang? Jangan tanya Utusan, TV3, RTM atau jurublog pencacai! Najib kata penyokong BERSIH hanyalah "kumpulan kecil". Fuh! Ketua Polis Negara menyedapkan hati Najib dan menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa peserta BERSIH 2.0 hanya sekitar 6000. Walhal yang ditangkap sekitar 1500 orang. Cuba lihat gambar di atas! Buta mata, buta hati!. Blog pencacai lagilah, tajuk yang digunakan oleh mereka "Pembangkang Gagal!". Syok sendiri! Boleh lenakah tidur malam ini atau malam esok dengan memutarbelitkan fakta BERSIH 2.0? Bayangkan kalau: LRT tidak disekat dan ditutup, permit bas tidak dibekukan, surat pekeliling tidak dikeluarkan kepada warga IPTA, kakitangan awam, JPA, dan agensi awam yang lain, tiada sekatan jalan raya, tiada usaha menakut-nakutkan rakyat, tiada pemeriksaan di dalam kereta api dan bas ekpress, dll? | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 3 Posted: 09 Jul 2011 05:30 AM PDT | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 2 Posted: 09 Jul 2011 05:00 AM PDT | ||||
Posted: 09 Jul 2011 04:00 AM PDT Saya petik:
| ||||
Posted: 09 Jul 2011 03:44 AM PDT
P/s: KPN menafikan DSAI tercedera angkara polis. Katanya, "Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar." Tidak malukah dia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini? | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 1 Posted: 09 Jul 2011 03:07 AM PDT | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0 di Melbourne Australia Posted: 09 Jul 2011 02:37 AM PDT Gambar: Wan Ahmad Faiz Lebih kurang 2000 berhimpun menyokong Bersih 2.0 di Federation Square, Melbourne. P/s: 1Dunia menyokong BERSIH 2.0!!! | ||||
Laporan Awal AFP/Kompas tentang BERSIH 2.0, Ambiga Rupa-rupanya Penerima Women of Courage 2009 Posted: 09 Jul 2011 02:35 AM PDT | ||||
BERSIH 2.0 LIVE: Suka Duka BERSIH 2.0 dengan Hampir 1500 Orang Ditahan Polis! Posted: 09 Jul 2011 02:15 AM PDT
Pemimpin yang ditahan polis: Mahfuz, Salahuddin Ayop, Fuziah Salleh, Azmin, Khalid Jaafar, Mat Sabu, Tian Chua, Hadi Awang, Ambiga, Maria Chin. Anwar Ibrahim dilaporkan tercedera semasa di KL Sentral. Anak Anwar Nurul Izzah (tidak ditahan) dan Nurul Hana ditangkap. Dr Dzukelfly ditahan. Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai. Sivarasa dan Ngeh Kok Ham ditahan. Nurul Iman anak DSAI ditahan. GILA!!! SUHAKAM: SUHAKAM akn memntu kdn di sekitar KL hubungi SUHAKAM 03-26125600/Ameer: 012-3291423/Simon: 012-3290683/Lee: 012-3291536/Azizah: 012-2067406 Malaysia Kini: TERKINI: 4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan. Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin. Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka. 4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel. 4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini. 4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana. Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ. 3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan. Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan. 3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0. 3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai. 3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan. Ramai yang lari mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri. Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni. Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka. 3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen. Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan. Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu. 3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin. Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU. Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu. Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak. Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan. 3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang. 3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com. Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com 2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan cedera di lutut. 2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan. 2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap. Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi. 2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan ringan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - ditahan. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk SAmbiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap. 2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita. 2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang. 2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar. Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai. 2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong. Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka. Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap. 2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!". 2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!" tetapi dihalang oleh police. Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis. Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka. 2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak. Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka. Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan. 1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak. Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya. Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak. 1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang. Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka. Mereka berkemungkinan bertembung dengan kumpulan BERSIH 2.0. 1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur. 1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini. Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula. 1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru. Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air. Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan. 1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat] 1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai. Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang. 1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap. "Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya. Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar". Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai. 1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain. 1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka. 1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua. Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap. 1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita. 1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42. Kronologi penuh di sini. Harakah Daily: TERKINI: Harakahdaily RT @bersih2 Pak Samad Said di sidang media: "Saya rasa perhimpunan aman kita hari ini amat berjaya." Harakahdaily: MP Shah Alam, Khalid Samad dikejarkan ke PPUM setelah cedera di kepala terkena tembakan peluru gas pemedih mata Harakahdaily: Dari Keadilandaily.. Perarakan diteruskan sedang melepasi Menara Sunway jalan Ampang Harakahdaily: Seorang peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan bertugas Harakahdaily: Ngeh Ko Ham dan Sivarasa ditahan oleh polis Harakahdaily: Najwan Halimi: 20k berarak di Jalan Hang Jebat dipimpin oleh Chua Jui Meng, Hatta Ramli. Harakahdaily: DAP: Bukit Bendera MP Liew Chin Tong and Kepong MP Tan Seng Giaw and thousand others seeking shelter at Tung Shin Hospital Harakahdaily: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton. Harakah Daily: Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Kronologi penuh di sini. The Malaysian Insider (Terjemahan): TERKINI: Twitter- IGP Ismail Omar give breakdown of 1,401 arrests - 1,273 men, 115 women, 12 boys & 1 girl. Twitter- Police say that that a total of 924 people, including 49 women, arrested up to 3.30pm today. Twitter: BERSIH - PKR confirms that Anwar Ibrahim's daughter Nurul Iman held by police. Twitter- PKR says Anwar Ibrahim being taken on a stretcher to Hospital Pantai. Twitter- Another Bersih group led by PAS' Husam Musa arrive at Stadium Merdeka. Crowd now totals some 1,000 people. Twitter - PKR says Nurul Izzah not arrested, with her father Anwarrahim & mother Wan Azizah in hotel room. Twitter - Police say 672 arrested, including 48 female up to 2.30pm. Twitter: - Sivarasa leads crowd to sit down in front of Chinese maternity hospital in Jalan Pudu in stand off with riot police. Twitter: BERSIH - National laureate A. Samad Said leads small group to link with crowd at Stadium Negara. Twitter - Police arrest Umno Youth chief Khairy Jamaluddin & committee member Lokman Adam. Twitter- Anwar Ibrahim has returned to KL Sentral. Twitter: - Crowd of 300 Patriot members marching down at one end of Jalan Bukit Bintang. Twitter- PAS president Hadi Awang heading towards Menara Maybank, where water cannon & tear gas was fired. Twitter: BERSIH - Some 300 have arrived outside Stadium Merdeka, waiting for more to assemble. Twitter: PKR's Batu MP Tian Chua arrested by police. Twitter: BERSIH - Bersih 2.0 leaders break through three lines of policemen in KL Sentral to head towards Stadium Merdeka. Twitter: BERSIH - Heavy rain in Stadium Merdeka as policemen at barricades put on raincoats, seek shelter in police trucks. Twitter: BERSIH - Police begin chasing Bersih supporters around Maybank HQ. Twitter: Polis tembak meriam air di Menara Maybank - 10 ribu orang berarak ke Stadium Merdeka Twitter: BERSIH - 504 sudah ditahan - Mat Sabu turut ditahan. Twitter: BERSIH - Orang ramai di sekitar Masjid India kibar belon kuning dan baju kuning. Twitter: Khalid Jaafar turut ditahan. Twitter: Presiden PAS tiba di Hilton KL. Twitter: Pemimpin Bersih bersama pemimpin PR berada di Hilton KL untuk sidang media. Kehadiran polis yang banyak di luar hotel. Twitter: Polis arah orang ramai tanpa tiket kereta api meninggalkan Stesen Kereta Api Lama. Twitter: Polis berada di Stesen Kereta Api Lama, Orang ramai yang berada di situ dihalau oleh polis. Twitter: Sekitar pukul 10.20 pagi, polis telah menahan 5 lelaki, 3 perempuan di Sogo. Semua dibawa ke Pulapol Jalan Semarak. Twitter: Hampir semua gerai ditutup di jalan Masjid India. Kedai di Jalan Bukit Bintang ditutup kecuali McDonalds & KFC. Pavilion & Lot 10 Twitter: Polis pakai pakaian biasa kelihatan di Stesen Monorail Maharalela. Twitter: Polis memeriksa semua kenderaan memasuki KLCC. Twitter: - Jalan masuk ke Midvalley dari Jalan Klang Lama ditutup, polis buat lencongan ke lebuh raya KL-Seremban. Kronologi penuh di sini. Twitter Terpilih: TERKINI: Malaysian Digest: Bersih supporters are now making their way to KLCC Dr Mohd Asri Tahniah BERSIH krn bersurai dgn aman. Mengotakan kata! AmizudinSharpshooter: Arahan bersurai dikeluarkan oleh Dr. Hatta Ramli.. Arahan kpd teman2 semua utk bersurai.. Malaysian Digest: A Samad Said who was heading to Istana Negara to seek audience with Agong were denied by FRU Goenawan mohamad: Di Malaysia, spt di Singapura, orang dapat ditahan tanpa diadili utk selama-lamanya - berdasar UUD keamanan (ISA) Berita Harian: Kumpulan keempat yang diketuai Naib Presiden PAS, Husam Musa tiba di Stadium Negara Keadilan Daily Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis Shuhaimi Shafiei DSAI baru di pukul dan dikasari sebentar tadi. Pengawal beliau pecah bibir. Ayuh segera ramaikan di jalan stadium. Umno sudah gila!! Gila!!! Anwar Ibrahim: NGOs in Asia and Europe condemn Najib Raja Petra Kamarudin: Maria Chin and Ambiga arrested. Malaysia Chronicle: BERSIH UPDATE: Hadi Awang arrested Raja Petra: Para pemimpin bersih telah mula bergerak dari Hotel Hilton menuju ke Stadium Negara che'GuBard: Pimpinan dap juga di jln pudu Syed Husin Ali: Selepas sidang akhbar semua pemimpin akan bergerak ke Stadium Merdeka. Kami akan bersama rakyat. Bersedia untuk ditangkap utk tegakkan hak. Keadilan Daily by zunarkartunis: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditangkap dan di bawa ke Pulapol Jalan Semarak. Fuziah Salleh: Di tahan dlm truck polis. A Samad Said: Enjit-enjit semut siapa polis naik atas; enjit-enjit semut siapa Bersih kena cantas! Mohamed Azmin Ali: Saya sudah berjaya tiba di "forbidden city of KL. (P/s: Khabarnya sudah banyak pemimpin PR berada di KL termasuk Mat Sabu dan pemimpin PR yang lain.) Sharifah Shahidah by rafiziramli Elakkan dari turun di KL Sentral. Polis & SB berkeliaran & tangkapan rambang dilakukan. Pakcik2 PAS jgn pakai kopiah Staronline: Polis sudah tangkap 236 orang termasuk 8 wanita. (tjmhn) Staronline: 13 ditahan di Masjik Jamek. (tjmhn) Staronline: Banyak orang berkumpul berhampiran Masjid Negara. Banyak anggota polis di situ. Lebih banyak trak polis ditempatkkan di Istana Negara. (tjmhn) Drs.Khalil Idham Lim: Jalan mahameru dari bulatan pahang kenderaan berbaris panjang sbb ada sekatan Drs.Khalil Idham Lim: Jalan sekitar parlimen lengang, lencongan ke dataran merdeka ditutup. Sharifah Shahidah: Tangkapan secara rambang tlh bermula di KL Sentral pd jam 10.30 am..penumpang LRT dibawa terus ke dlm truck. [RapidKL]10.15am - Station Hang Tuah (Aliran Ampang) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak akan berhenti di stesen berkenaan. AmizudinSharpshooter: Tangkapan di KL Sentral sudah bermula. Mohammad Nizar: Awal2 najib hentam Bersih kata ngo dan himpunan haram, tapi dia jemput guna stadium utk bersih berkumpul,mana ada kredibiliti? Chang Lih Kang: Banyak polis kelihatan di Pasar Seni. Helikopter berlegar-legar. (Terjemahan) Nik Nazmi: laporan: penangkapan oleh polis sudah bermula di Kg Baru. Org sedang makan ditarik ke dlm trak. @ Masjid India suasana tegang, polis ramai. CheGu Bard: Jgn berada di 'hot spot' terlalu awal.. Hati2 elak tangkapan awal..elak sbarang keganasan,bukan tunjuk kuat tp prtegas tuntutan P/s: DUNIA sedang menyaksikan ketakutan/kerakusan/kekerasan Regim BN hari ini. | ||||
Senarai Terkini Jalan yang Ditutup Sekitar Kuala Lumpur Posted: 08 Jul 2011 07:33 PM PDT Yang berikut ialah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini: 1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru 2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban 3. Bulatan Sungai Besi 4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu 5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu 6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar 7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi 8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak 9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar) 10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora 11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi 12. Bulatan Kampung Pandan 13. Jalan Selatan 14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang 15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang 16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92 17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng 18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton 19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor 20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda 21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso) 22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang 23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo 24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng 25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC 26. Jalan Tun Razak/Perkeso 27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz 28. Jalan Tun Razak/Parking IJN 29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru 30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL 31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang 32. Bulatan Pahang 33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang 34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling 35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh 36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat 37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail 38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching 39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell) 40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat) 41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra 42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut 43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman 44. Jalan Mahameru/susur Parlimen 45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen 46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara) 47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani 48. Jejambat Wisma Tani 49. Jalan Mahameru/susur Carcosa 50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers 51. Jalan Bangsar/Jalan Travers 52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama) 53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara 54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan 55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U) 56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra 57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman 58. Jalan Sulaiman (KTM) | ||||
[Gambar] BERSIH 2.0: Suasana KL Umpama Darurat Posted: 08 Jul 2011 06:22 PM PDT Bersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan [MK] Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam. Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa. Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ. Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini. "Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki," katanya. Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya. "Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung," kata Nizar. Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur. "Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah. "Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini. Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik. "Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya," kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak. Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang. Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran. "Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami," katanya. -mkini TERKINI!! 0640 hrs - Semua hotel yang digeledah malam tadi sudah dipenuhi dgn SB dan polis beruniform dan mereka menunggu di hadapan jalan bagi memastikan peserta Bersih tidak keluar (yang disyaki) 0710 hrs - Keseluruhan jalan masuk ke pusat bandaraya KL sudah ditutup KECUALI kenderaan polis yang meronda terutamanya di Jalan Raja Laut, Lebuhraya Mahameru, Jalan Bukit Bintang dan KLCC. Laluan dari arah utara dikhabarkan sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta kerana sekatan jalan masih berkuat kuasa! 0738 hrs - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dikhabarkan sudah berada di sebuah lokasi di pusat bandaraya sambil makan sarapan pagi bersama dengan puluhan Sukad AMK yang bertugas. 0802 hrs - Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberitahu bahawa Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di Jalan Pudu telah ditutup laluan masuknya! Ini bermakna polis sudah berkawal di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Cochrane. 8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju Masjid Negara. Geng kita sudah ramai yang berada dekat stesen ktmb yang lama. mereka masih cool dalam kedai mamat. polis sudah nampak gelabah. ayuh kawan, ada masa lagi. tolong dengar arahan dari pihak kita. jumpa kat sana nanti. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan