BERSIH Diteruskan, 100 Doktor dan 5000 Petugas Akan Membantu Posted: 01 Jul 2011 05:13 AM PDT
Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 1 Julai — Meskipun berhadapan dengan siri amaran dan dakwaan bahawa dipengaruhi oleh fahaman komunis, sekretariat Bersih menegaskan pihaknya akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil atas alasan pihaknya tidak mencabar sesiapa.
Polis pula menegaskan pihaknya akan memastikan perhimpunan 9 Julai ini tidak menjadi kenyataan manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) melarang orang ramai menjauhkan diri daripada pergerakan Bersih atas alasan ia dipengaruhi oleh agenda politik Pakatan Rakyat.
"Saya merayu kepada kerajaan agar bertindak rasional. Atasi isu-isu yang diletakkan di atas meja dan berikan kami satu penjelasan ... jangan serang pertubuhan madani.
"Mereka fikir mereka mematikan saraf kempen ini. Sebenarnya, ia sudah menjangkaui sekretariat ini. Rakyat adalah saraf," kata Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah di sini.
Premis Empower dan Women's Aid Organisation (WAO) bertindak sebagai sekretariat Bersih, yang diserbu oleh polis dua hari lalu.
Tujuh sukarelawan dipanggil untuk soal siasat selain bahan terbitan dan kemeja-T Bersih 2.0 dirampas oleh polis.
Gambar Samsiah Fakeh dan CD Abdullah, bekas pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya yang sudah diharamkan juga dirampas, dan ia digunakan untuk mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan itu dengan komunis.
Maria berkata dakwaan mengaitkan pihaknya dengan komunis satu tindakan mahu melemahkan pertubuhan tersebut.
Kini kesemua bahan berkaitan dengan Bersih 2.0 dianggap sebagai haram.
Maria berkata Bersih 2.0 yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan telah menghimpunkan 5,000 orang yang akan bertindak sebagai pekerja keselamatan manakala 100 doktor bertindak sebagai pasukan perubatan dan peguam untuk bertindak jika ada tangkapan.
"Jika ada sebarang keganasan, sudah pasti ia tidak akan datang dari Bersih," kata beliau sambil menambah, pihak polis seharusnya bekerjasama dengan mereka untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan aman.
Pengarah Eksekutif WAO Ivy Josiah berkata Bersih 2.0 tiada niat untuk mencabar kerajaan dan perhimpunan minggu depan dilihat sebagai satu ancaman.
"Kami tidak mencabar sesiapa. Kami hanya mahukan pilihan yang bebas dan adil. Ini bukan satu pertandingan," katanya.
|
Kita Kehilangan Stesen KTMB Tanjung Pagar Buat Selama-lamanya Posted: 01 Jul 2011 03:38 AM PDT Kita kehilangan Singapura, Pulau Batu Putih, blok minyak di Limbang, dan kini tanah dan Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. Salah siapa? DAP, PKR, PAS?
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.
Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.
Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.
Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.
Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?
"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.
"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.
Berkaitan: P/s: Sila ambil pengajaran! Pilihlah pemimpin yang tidak menggadaikan maruah bangsa dan negara. Dengar khabar, rakyat Singapura berlumba-lumba membeli hartanah di Johor.Dengar khabar sudah ada kedengaran "Singapore 2" di Johor.
|
Kerana Terdesak, TV, Radio Diarah 'Burukkan' BERSIH Posted: 01 Jul 2011 02:00 AM PDT
Saya petik: [MK] Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat. Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram. Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH. Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk "Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya. Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu "mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan." Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai "perhimpunan BERSIH" tetapi sebagai "perhimpunan haram" dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya. Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan. Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang |
Remaja Bergelut dengan Lelaki Bogel Posted: 01 Jul 2011 12:30 AM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia belasan tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dipukul, malah cuba diperkosa seorang lelaki 'gila seks' di sebuah tandas pusat beli-belah di Desa Petaling, kelmarin.
Bagaimanapun, selepas bergelut dengan lelaki berusia lingkungan 20-an dalam keadaan bogel itu lebih 30 minit, dia berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada orang ramai walaupun mengalami kecederaan.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, tindakan pantas pengurus dan pekerja pusat beli-belah berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila lelaki terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.
Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu untuk menonton wayang.
P/s: Hati-hati! Malaon air naik kepala kini bersepah dan ada di merata-rata!
|
Mat Bangla Pamer Aksi Lucah terhadap Guru Tadika Ditahan Posted: 30 Jun 2011 11:44 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [SH] TELUK INTAN - Gara gara tidak dapat menahan nafsu serakah, tiga lelaki dicekup Jabatan Imigresen kerana menunjukkan aksi lucah kepada lima wanita yang bertugas sebagai guru kelas tadika, di sini.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 29 tahun itu, dikatakan sering kali mempamer aksi lucah kepada lima guru berkenaan masing-masing berusia antara 20 hingga 25 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka diberkas serentak kira-kira jam 6.55 petang Selasa lalu menerusi Ops Sapu yang diketuai beliau sendiri.
"Mereka bekerja sebagai penjaga bangunan sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, di sini dan dikatakan mendiami salah sebuah premis yang bertentangan dengan bangunan kelas, tempat guru berkenaan mengajar. "Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu tidak tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini kelmarin.
Sinar Harian dimaklumkan, pelbagai aksi lucah yang ditunjukkan tiga lelaki itu bertujuan untuk menggoda guru tadika berkenaan.
Khairul Anuar berkata, kerana tidak tahan sering kali diganggu, guru tadika itu tampil membuat aduan kepada Jabatan Imigresen.
"Ini merupakan kes pertama yang diterima Pejabat Imigresen membabitkan aduan pendatang melakukan aksi lucah.
"Ada kemungkinan kes ini akan dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan menunjukkan aksi lucah itu," katanya.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen
1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun, denda RM10,000 dan enam sebatan.
Buat masa ini, kesemua lelaki berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Langkap selama 14 hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut.
|
[Panas] GERAKAN Akan Dibubarkan? Bergabung dengan MCA? Posted: 30 Jun 2011 07:30 PM PDT
Saya baca maklumat panas ini dari blog elit pro-UMCO. Berdasarkan sumber yang sangat dipercayainya, GERAKAN akan dibubarkan/bergabung dengan MCA. Presiden GERAKAN akan diberikan jawapan VP dalam MCA. Perkembangan ini menjadikan MCA sebagai parti tunggal yang memperjuangkan nasib kaum Cina dalam BN di Semenanjung. Bagaimana pula dengan ahlinya dari kaum India? Jurublog itu meramalkan mereka akan menyertai PPP atau mungkin MIC jika masih mahu bersama dengan BN. Selain menyertai komponen BN, jurublog itu meramalkan ahli GERAKAN akan menyertai DAP.
Jika maklumat yang disiarkan ini benar, anda akan dapat maklumat yang lebih lengkap melalui berita yang akan disiarkan dalam portal dan akhbar. P/s: Sejak kekalahan teruk GERAKAN di Pulau Pinang, banyak pihak menjangkakan GERAKAN tidak mampu bangun untuk menghadapi PRU 13. Namun tentu banyak pihak yang terkejut jika GERAKAN akan berkubur!!!
|
Cari Penyakit, Pinjam Duit Ah Long Ganti Duit Hantaran Posted: 30 Jun 2011 06:35 PM PDT
Saya petik: [HM] JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.
Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000. Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.
"Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi. "Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir," katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan