dollah yankee |
Orang di Kg.Baru,KL kena perlu bersabar,PAS sedang melakukan sesuatu Posted: 19 Jul 2011 05:17 PM PDT Kebanyakan pengundi-pengundi Titiwangsa tak kira melayu, tak kira cina atau hindu,begitu terasa akan kehilangan arwah Dr.Lo'Lo' yang telah meninggal dunia kelmarin dulu dan banyak dari mereka kata mereka kini macam anak ayam yang tak ada ibu. Mereka kini tidak ada wakil lagi yang akan membawa suara pengundi-pengundi Titiwangsa kerana kerusi itu akan dibiarkan kosong sehingga lah pilihanraya umum ke-13 nanti. Memandangkan Kampung Baru KL berada dibawah kerusi parlimen Titiwangsa, maka pengundi-pengundi dan orang-orang melayu di situ lah yang amat terasa dengan kepergian Dr.Lo'Lo'. Ini kerana bila kerajaan umporno telah memberi laluan kepada projek pembanggunan Kampung Baru, Dr.Lo'Lo' lah orang yang telah banyak membantu dan menggalas tanggung jawab besar di mana projek pembanggunan Kg.Baru ini telah menjadi satu isu besar dan tidak dapat di nafikan yang beliau telah menjalankan tugas itu dengan begitu baik sekali untuk memastikan yang kebajikan orang-orang melayu di Kg.Baru di jaga, di lindungi dan di pelihara untuk pengekekalannya. Kini suara untuk itu di parlimen sudah tidak ada lagi, sudah tidak akan di dengar lagi. Jadi sementara menunggu pilihanraya umum ke-13 yang entah bila akan tiba, siapa kah yang akan di pertanggung jawabkan untuk mengambil alih sementara tempat Dr.Lo'Lo' itu?? PAS kena dan perlu buat sesuatu. dollah yankee - Al Fatehah...dari Allah dia datang,kepada Allah dia pergi, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin..Amin! |
Posted: 19 Jul 2011 05:09 AM PDT AL FATEHAH buat keluar allahyarhamah Dr.Lo'Lo'...jadi demi menghormati arwah Dr.Lo'Lo', hari ini gurkah-gurkah nak 'take a break about politic'... hari ini nak cerita pasal Pok-Kei... Nampaknya gurkah-gurkah di'port' memang tertinggal bas, sebab baru hari ni ada dengar cerita pasal benda yang bernama Pok-Kei ini dari seorang pemandu lori kargo yang kebetulan bersarapan di sebelah meja kami yang nilainya dikatakan boleh mencecah harga ratusan ribu ringgit sedangkan demam pok-kei ini dah lama dah pun. Gurkah-gurkah memang payah laa nak percaya bab-bab benda yang karut-marut macam ni sebab tidak ada bukti saintifik menunjukan ia telah berjaya mengubati penyakit AIDS, atau pun tidak ada bukti menunjukan yang ada orang yang dah pernah jual pok-kei itu dan telah mengaut keuntungan hasil jualan itu. Di katakan pok-kei ini mendapat nama kerana bila ia berbunyi...ia berbunyi "Pok-Kei..Pok-Kei..Pok-Kei.." tak berhenti-henti. Setelah bertanyakan kepada 'Pak Haji Google' baru lah di ketahui yang nama saintifiknya ialah 'Tokay-Geckho', warna Pok-Kei ini pula kelabu kebiruan dan ada yang mempunyai tompok-tompok warnah merah, warna oren dan warna putih, bila tengok pada gambar Pok-Kei ini gurkah-gurkah kata memang spesis ini cukup cantik. Tak hairan lah kalau di barat sana ramai yang menyimpannya sebagai binatang peliharaan. Kenapa nilainya dikatakan begitu tinggi? Kalau ikut cerita dogeng mulut ke mulut, lidah pok-kei ini di katakan boleh mengubati penyakit AIDS, itu yang menyebabkan harganya boleh mencecah sampai RM25 ribu-RM35 ribu untuk seekor pok-kei yang beratnya 300 gm. Wow..! setengah kati harga 35 ribu ringgit? Kalau laa Pok-Kei itu beratnya 2 kg? Tak payah buat kerja lain laa... Setahu gurkah-gurkah lah dah banyak individu perseorangan atau badan-badan seperti Yayasan Bill & Melisa Gates dan lain-lain telah membelanjakan wang mereka berjuta-juta dollar melakukan penyelidikan mencari ubat AIDS ini, tapi sampai hari ini tak dapat dapat. Kalau betul pok-kei ini boleh mengubat penyakit AIDS, gurkah-gurkah percaya yang Bill & Melisa Gates tak akan teragak-agak untuk melabur segala wang ringgit dan tenaga mereka membeli pok-kei pok-kei ini. Tak mau percaya pun tak boleh juga sebab ada gurkah bagi tahu di Myanmar bulan lepas tentera mereka telah merampas Pok-Kei yang bernilai 4.5 juta ringgit yang di katakan hendak di hantar ke Malaysia dan China. Manakala di Philipina, gerila Abu Sayaf telah menculik seorang rakyat Malaysia yang ke sana kerana mahu membeli Pok-Kei dan mereka telah menuntut bayaran tebusan sebanyak 6 juta ringgit. Kerana nak beli Pok-Kei yang bernilai beratus ribu ringgit malaon ni sanggup pergi sampai ke dalam hutan tempat persembunyian gerila Abu Sayyaf??...GILA! dollah yankee - Dah dengar macam-macam..cula tupai, kote harimau, hempedu beruang, saluran kencing ular sawa, tanduk badak, air mani gajah... AllahHuakhbar!! tak ada satu pun benda-benda ini ada keluar dalam Journal Kesihatan kata berkhasiat untuk perubatan. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan