Ahad, 10 Julai 2011

dollah yankee

dollah yankee


Sial punya ketua!

Posted: 10 Jul 2011 06:34 PM PDT

Orang lain cukup bersemangat sampai berpeluh ketiak-ketiak tunggu dia dari pagi-pagi lagi. Tapi dia dok ada dalam rumah.

"Kita akan berkumpul di Tasik Titiwangsa dan ingat..jangan masuk ke dalam bandaraya sebelum tengahari". Arahan Ibrahim Ali kepada ahli-ahli Perkasa dua hari sebelum perhimpunan bersih 2.0.

Tunggu punya tunggu punya tunggu...last last.. ahli-ahli perkasa yang dalam 20-30 orang tu terpaksa jadi penunggu sebab ketua mereka panglima Ibrahim Ali tak datang sebab dia telah membuat pendekatan yang berbeza dengan berarak dalam rumah dengan anak bini daripada turun ke jalan raya. Dia telah menghabiskan pagi itu dengan hanya memerhati dari rumah.

"Orang lain boleh kata apa pun dekat saya, boleh kutuk saya, boleh 'chamdek' saya, boleh kata saya tak ada telor, boleh kata saya cuma cakap saja besar. Tapi akhir kalam, siapa yang cerdik? siapa yang bodoh? siapa yang jadi juara?...KahKahKah..!".

"Sebenarnya polis telah menalipon saya dan merayu-rayu dekat saya supaya jangan turun ke jalan raya sebab polis nak fokus kepada peserta Bersih 2.0, jadi kalau perkasa turun juga ke jalan raya hari itu, dah tentu lah polis akan hilang fokus mereka kepada peserta Bersih 2.0 sebab nak jaga saya dan ahli-ahli perkasa yang lain".

dollah yankee -
macam ni punya ketua...berlambak boleh dapat kat chow kit dengan bukit bintang

Tiada ulasan: