Rabu, 27 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ust Zamri Di BERS✔H, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran"

Posted: 27 Jul 2011 03:46 AM PDT

KELAB GREENBOC

Adik & Al-Quran dihentikan siaran


Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

"Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

"Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

"Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

"Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

"Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

"Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum," katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

"Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan," katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

Ulasan GB

Cukup bebal dan bangang jawapan Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy:

"Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

"Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,"


Sedangkan penyertaan Ustaz Zamri ke Bersih sebenanrnya lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada TV9 sendiri apabila yang dikatakan "ikon" itu ada bersama-sama rakyat ... dan rakyat sepastinya menyokong program yang dihoskan oleh ikon tersebut.

Berbanding dengan pihak atas Prime Work itu sendiri atau Penerbit Eksekutif TV9 tersebut, Ezzah Aziz Fawzy, orang lebih mengenali dan menonton TV9 kerana rancangan itu dikendalikan oleh Ustaz Zamri, bukan kerana mereka-mereka di Prime Work atau Penerbit Eksekutifnya.

Sekarang lebih bertambah benci rakyat untuk menonton TV9.

Kepada Ustaz Zamri, teruskan perjuangan dan beristiqamah... rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan pengarah-pengarah dan penerbit TV9 itu.

TV9 bakal bankrap, apabila setiap peserta himpunan Bersih memboikot siaran TV berkenaan.

Golongan muda terbeban akibat inflasi

Posted: 27 Jul 2011 03:45 AM PDT

Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta.



PETALING JAYA: Hasrat Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan membawa kesan negatif kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka.

"Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 basis point) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda.

"Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta," kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan.

"Peningkatan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya jumlah hutang adalah lebih tinggi," terangnya.

Katanya, kesan berganda daripada peningkatan ini akan dirasa apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya.

"Kenaikan ini sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda, apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selaras dengan kenaikan harga barang," jelas beliau.

Rafizi berkata, walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.

Bagaimanapun beliau menyambut baik kenyataan terbuka Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa masalah inflasi di

Malaysia perlu diberi perhatian serius seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 25 Julai lalu.

"Kenyataan beliau yang berterus terang mengenai masalah kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat itu sangat berbeza dengan dolak dalih pimpinan BN yang sehingga kini tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenaikan harga barang yang mendadak adalah satu masalah serius di negara ini," katanya.

PAS dakwa miliki bukti 500 senarai pengundi bertindih

Posted: 27 Jul 2011 03:43 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat.



KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendakwa memiliki bukti sebanyak 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih, kesan daripada
kegagalan sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat.

"Kita juga sudah pergi berjumpa dengan individu yang dikesan terbabit dan mereka turut mengakui nama mereka tersenarai lebih satu kawasan.

"Kita telah berjumpa dengan SPR bagi mendapatkan penjelasan dan mereka mengakui kewujudan apa yang ditemui PAS Selangor ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Hussam berkata, pihaknya berikrar akan terus membongkar senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih dari semasa ke semasa.

"Ini hanya satu permulaan, kita akan dedahkan senarai nama ini pada mesyuarat pimpinan tertinggi PAS pada 7 Ogos depan," katanya.

Beliau berkata disebabkan kelemahan sebegini, pihaknya tetap bertegas menolak cadangan sistem biometrik yang hanya menampakkan lagi
kelemahan SPR menangani masalah ini dan menghalalkan penyelewengan yang berlaku sekarang termasuk isu pengundi hantu.

Sistem biometrik


Selain menelan belanja kos yang mahal, Hussam berkata sistem biometrik juga dilihatnya sebagai satu cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa sebagai pemerintah dalam pilihanraya akan datang.

"Umno-BN semakin terdesak. Talian hayat mereka kini bergantung kepada pengundian berulang kali melalui penggunaan sistem biometrik," katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menekankan penggunaan dakwat kekal merupakan kaedah terbaik menangani situasi ini, seperti yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Kita hairan kenapa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) bertegas mahu guna sistem biometrik dengan kos yang terlalu tinggi berbanding dakwat kekal," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata kawasan Parlimen Titiwangsa yang kehilangan wakil rakyatnya, Almarhum Dr Lo' Lo' Ghazali pada 17 Julai lalu akibat komplikasi kanser paru-paru akan dijadikan kawasan angkat oleh PAS Pusat.

Katanya, Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju memilih ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, dan Hussam bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Manakala bagi isu pembangunan Kampung Baru, pihaknya memberi tanggungjawab itu kepada Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu sebagai penyelaras.

'Saya tak tipu’ – Mat Sabu

Posted: 27 Jul 2011 03:40 AM PDT

"Tidak ada sebab saya berbohong mengenai kemalangan itu sehingga menyebabkan kesihatan saya terjejas," kata Timbalan Presiden PAS.



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tetap menafikan dakwaan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid yang mengatakan dirinya berbohong berhubung insiden pelanggaran kenderaan semasa Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Salleh dalam taklimatnya semasa tayangan video Bersih 2.0 di Bukit Aman 21 Julai lalu berkata, berdasarkan siasatan melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan motosikal yang dibonceng Mat Sabu membuat pusingan 'U' selepas Pajero polis membuat pintasan, lalu
melanggar 'fender' Pajero terbabit sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Menepis dakwaan Salleh itu, Mat Sabu menegaskan insiden 'pelanggaran' itu tetap wujud antara motosikal yang dinaikinya dengan polis, namun bukan dengan Pajero tetapi dengan Proton Waja.

Beliau mengulas mengenai kekeliruan ini berkata tidak ada sebab bagi dirinya untuk berbohong mengenai kemalangan itu sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas dan menyukarkan pergerakannya melakukan kerja parti.

Perkara itu dibuktikan melalui laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang dikemukakannya bertarikh 14 Julai lalu, antaranya:

"Sebaik sahaja tiba disekitar kawasan Jalan Bangsar, saya dan pemandu motosikal yang saya naiki telah dikepung oleh dua buah kereta polis (Waja) dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

"Kereta Waja polis tersebut kemudiannya telah melanggar motosikal yang saya naiki dan motor yang saya naiki telah terjatuh.

'Kaki kanan saya dilanggar'


"Kaki kanan saya juga telah dilanggar oleh bahagian depan Waja polis tersebut mengakibatkan saya tidak berupaya untuk berjalan dan terpaksa dipapah oleh dua orang untuk dibawa masuk ke dalam sebuah Pajero polis," kata Mat Sabu dalam laporannya itu.


Beliau turut kesal dengan kenyataan Salleh yang mengatakan dirinya hanya mengalami cedera ringan dilutut, sama seperti kecederaan akibat bersukan dan hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar serta keupayaannya memakai kerusi roda untuk bergerak turut dipersoalkan.

Mat Sabu dalam laporan polis bagaimanapun mempersoalkan tindakan rawatan pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL), antaranya:

"Saya merasa amat aneh pihak HKL menyatakan saya tidak mengalami kecederaan yang serius sedangkan apabila saya pergi ke Hospital Pakar KPJ di Shah Alam saya dimaklumkan oleh doktor bahawa ligamen saya telah terkoyak dan saya perlu melakukan pembedahan pada hari Jumaat (15/7/2011).

"Saya mengesyaki pihak hospital telah diminta oleh pihak polis untuk melepaskan saya untuk dibawa ke balai polis Jinjang meskipun pihak hospital tahu bahawa keadaan kecederaan yang saya hadapi tidak mewajarkan saya dibawa semula ke balai polis dan saya sewajarnya dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut," katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau kesal kerana polis kini digunakan sebagai alat Umno-Barisan Nasional (BN) dengan menuduh dirinya berbohong mengenai insiden itu dan meminta polis merujuk semula laporan polis yang telah dibuatnya pada 14 Julai lalu, iaitu seminggu sebelum polis menayangkan video terbabit di Bukit Aman dan membuat ulasan mengenainya.

MPK larang wanita Islam kerja sebagai GRO

Posted: 27 Jul 2011 03:39 AM PDT

BERNAMA

Hasil kajian mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.


KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak Jaip, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Di samping itu, kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya.


5 alasan bodoh pencacai UMNO menolak dakwat kekal

Posted: 27 Jul 2011 03:36 AM PDT

PASPB


Jika melayari blog-blog pencacai Umno, maka anda akan berjumpa 5 alasan di bawah yang digunakan pencacai umno untuk menolak penggunaan dakwat kekal :

1. Pengundi yang tiada tangan tidak boleh mengundi kerana tiada jari

http://kakiheboh.com/pictures/modified_bikes/armless-biker.jpg
" Bang, kenapa sedih tak pergi mengundi ?"

"Orang Umno kata tak boleh mengundi sebab tak ada jari nak calit dakwat" - Pengundi

" La, kalau tak da jari tangan, calit kat jari kaki. kalau tak ada jari kaki , calit la kat mana-mana anggota badan. Tok sah ikut la hasutan bodoh pencacai Umno tu"

2. Pengundi kemungkinan akan ditangkap dan dicalitkan dakwat di jarinya , jadi tak boleh mengundi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs314.snc3/28376_116788271678989_100000434492909_190119_6459999_n.jpg
" Ada pencacai Umno tangkap kami, calit dakwat kat jari , jadi tak boleh mengundi" - Pengundi

" Kalau Umno calit jari tu sebelum hari mengundi, buat laporan polis . Laporan tu bawa la ke pusat mengundi sebagai bukti jari kena calit awal oleh puak pencacai Umno bukan kerana dah mengundi"

3. Pengundi akan ditangkap dan dipotong jari supaya tidak boleh mengundi

http://1.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/TVAUvsOaEYI/AAAAAAAAOPo/eJI8ZD6nGWI/s1600/papua+2.jpg
" Pak Cik kenapa jari kena potong "

" Pencacai Umno potong tak bagi mengundi, tapi depa silap potong jari manis dan jari hantu bukan jari telunjuk. Pak Cik masih boleh mengundi "- Pengundi

" Kalau depa potong jari telunjuk pun boleh mengundi Pak Cik , tapi tak kan zalim sangat pencacai Umno sampai sanggup potong jari, potong tangan "

4. Jika dakwat tumpah di pusat mengundi maka semua pengundi di pusat itu tidak boleh mengundi



" La kenapa dakwat tumpah , orang belakang tak boleh mengundi " - pengundi

" Tak kan la SPR teruk sangat sampai tak simpan bekalan dakwat "

5. Dakwat kekal akan menyebabkan pengundi tidak boleh sembahyang

http://akta.files.wordpress.com/2007/07/celupjari.jpg

" Ambil air sembahyang tak sah , macam mana nak sembahyang " - pengundi

" Fatwa mana pencacai Umno ambil ,kata tak sah. Orang Islam di Indonesia guna dakwat sama untuk mengundi sah ja sembahyang. Pencacai Umno yang buat dakwaan ini pun tah sembahyang tah tidak?"

Sebarang cadangan SPR tidak akan menjadi kerana Barisan Nasional

Posted: 27 Jul 2011 03:32 AM PDT



PASPB


SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali pertama mempersoalkan tekad Barisan Nasional ke arah menambah baik proses pilihanraya negara ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata sebarang cadangan SPR tidak akan menjadi realiti jika Barisan Nasional enggan menggunakan kuasa majoritinya di Parlimen meluluskan pindaan undang-undang berkenaan.

Wan Ahmad menjelaskan undang-undang tertentu tertentu perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sebarang reformasi proses pilihanraya dapat dijalankan secara mutlak.

Bagaimanapun cadangan sedemikian tidak akan ke mana tanpa didokong oleh BN yang mempunyai kuasa majoriti di Parlimen.

"Apa yang kami boleh buat ialah memberi cadangan kepada Peguam Negara. Peguam Negara kemudian akan draf usul untuk dibawa kepada kerajaan, untuk didebatkan di Parlimen. Apa jadi kepada wakil rakyat Parlimen disana?," kata Ambiga

"Benda-benda yang merangkumi dasar dan undang-undang penting jelas dalam bidang kuasa pemerintah yang dilantik rakyat. Mereka mempunyai hak menentukan," tambah beliau.

Beliau berkata demikian pada wacana mengenai hala tuju sistem pilihanraya di Shah Alam susulan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Wan Ahmad berkata cadangan untuk memperkasakan sistem pilihanraya banyak bergantung kepada kerjasama daripada parti pemerintah.

"Contohnya jika kerajaan membantah usia minima untuk mengundi adalah 21 tahun, maka apa sahaja cadangan yang di usulkan, kalau mereka tidak setuju, ia tidak boleh dibawa untuk kelulusan Parliament," kata beliau.

Wan Ahmad menjelaskan SPR tidak mampu bertindak secara langsung keatas salahlaku pilihanraya kerana pemerintah tidak memberikan kuasa penguatkuasaan kepada badan itu.

Katanya SPR sekadar ditetapkan sebagai badan mengendalikan pilihanraya manakala kuasa penguatkuasaan terletak sepenuhnya di tangan polis.

Proses mengemaskini data warganegara yang layak mengundi untuk dimuatkan dalam daftar pemilih SPR pula bergantung kepada maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Kami bukan agensi penguatkuasa, Menurut Perlembagaan, SPR hanya badan menguruskan pilihanraya.

Wan Ahmad menambah perjalanan pilihanraya negara masih tertakluk kepada undang-undang kawalan seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis, Akta Penerbitan dan Media Cetak, serta Akta Hasutan.

"Apabila urusan pilihanraya dijalankan, ia tidak tertakluk kepada undang- undang SPR sahaja, tetapi juga undang- undang agensi lain," kata beliau.

Tunaikan 8 tuntutan Bersih, tak perlu belanja ratusan juta untuk sistem biometrik

Posted: 27 Jul 2011 03:29 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR– Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi pilihan raya akan datang membuktikan kenyataan Pakatan Rakyat selama ini memang benar dan betul bahawa memang wujud pengundi hantu serta amalan jahat mengundi berulang kali.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu yang bertujuan mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali juga membuktikan suara rakyat melalui perhimpunan aman Bersih 2.0 terpaksa diterima oleh kerajaan Barisan Nasional.

"Kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen Bersih 2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini.

"Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud," kata sekretariat berkenaan melalui satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi pihak sekretariat oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Rami; Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Sekretariat Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kemampuan sistem biometrik untuk menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini di samping kosnya yang menelan belanja ratusan juta ringgit yang akan membebankan rakyat.

"Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.

"Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan," kata kenyataan itu.

Lebih penting lagi, menurut para pemimpin Pakatan berkenaan, adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana asasnya sudah salah – iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah.

Jika kad pengenalan sahaja menjadi asas, ia akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, para pemimpin Pakatan tersebut mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu kerana sudah ada penyelesaian yang lebih baik melalui penggunaan dakwat kekal yang lebih mudah, murah dan berkesan.

"Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi," kata mereka.

Menurut kenyataan itu juga, sistem biometrik bakal menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada.

Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi, tambah kenyataan itu.

"Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui Bersih 2.0," kata para pemimpin Pakatan berkenaan.

Dengan itu, mereka mendesak SPR supaya kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui Bersih 2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, serta memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Sistem pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

Akrab SPR dan BN

Posted: 27 Jul 2011 03:24 AM PDT

Oleh Amaluddin Zhafir

Dalam satu majlis dialog yang panas di Shah Alam semalam, terbongkar sudah hakikat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan suara kepada Barisan Nasional apabila timbalan pengerusi suruhanjaya tersebut Datuk Wan Ahmad Wan Omar tersasul menyebut 'kemesraan' hubungan badan yang sepatutnya bebas itu dengan parti pemerintah.

"Barisan Nasional tak hentam SPR," katanya disambut teriakan 'boo' oleh para hadirin sewaktu dialog berkenaan.

"Kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman," antara yang disebutnya dengan lantang dan jelas.

Dalam wacana "Apa Selepas 9 Julai" yang dikelolakan oleh Sinar Harian dan Karangkaf semalam, terdapat beberapa input yang boleh difikirkan rakyat Malaysia, antaranya berkaitan sistem biometrik, pengundi yang telah meninggal dunia, SPR dan hubungannya dengan parti-parti politik Malaysia serta ketelusan dan kebebasan SPR sendiri.

Sistem biometrik

Di awal pembukaan dialog, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan sebagai ahli panel menekankan bahawa sistem biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan BN tidak boleh digunakan jika pilihan raya berlaku awal tahun depan kerana SPR perlu menerangkan kepada rakyat tentang penggunaan sistem itu dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya, sistem biometrik ini juga perlu lebih canggih memandangkan ia akan digunakan secara berterusan dan cepat pada hari pengundian.

Bagaimana pun, Wan Ahmad menjelaskan bahawa salah satu tujuan untuk melaksanakan sistem biometrik ialah kerana mahu 'maju ke hadapan' dari sudut teknologi.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa 12 angka nombor kad pengenalan MyKad akan dijadikan batu penanda kepada sistem biometrik pada pilihan raya.

Selain itu, beliau menambah bahawa penggunaan dakwat kekal tidak sesuai dengan keadaan negara sekarang, apa lagi mengambil contoh negara lain seperti India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, kerana penggunaan dakwat kekal juga boleh dimanipulasi.

Beliau menyoal hadirin bagaimana jika awal pagi, pengundi yang datag awal sudah dicalit jarinya dengan dakwat kekal, sedangkan pengundi tersebut belum mengundi. (Mungkin beliau tidak terfikir pegawai SPR boleh memeriksa semua jari pengundi sebelum diberikan kertas undi)

Ambiga yang terkenal dengan sikap terbukanya menyatakan kesediaan Bersih untuk duduk berbincang dengan SPR tentang hal itu tanpa mengorbankan lapan tuntutan Bersih bagi mewujudkan pilihan raya bebas, adil dan bersih.

Pengundi yang telah meninggal dunia

"Saya tidak boleh membayangkan kita (Malaysia) tidak boleh merekodkan (kematian) sedangkan sistem kita terlalu canggih," jelas Ambiga.

Katanya kecanggihan sistem yang digembar-gemburkan kerajaan termasuk sistem canggih biometrik nampak hebat tetapi lemah kerana gagal merekodkan kematian pengundi. (Kerana itu Pakatan Rakyat telah banyak kali membangkitkan isu di mana dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, "orang mati" masih boleh mengundi)

Wan Ahmad yang meneruskan tradisi kepimpinan SPR hanya mampu memberi jawapan yang 'standard' iaitu Jabatan Pendaftaran Negara yang menyimpan rekod orang yang sudah meninggal dunia.

Persoalannya ialah, jika benar SPR ingin meningkatkan kredibiliti mereka, kenapa SPR tidak bekerjasama dengan JPN?

Pilihan raya 'baik'

Wan Ahmad menempelak Bersih kononnya tidak memperjuangkan sesuatu yang 'baik' sedangkan soalnya, siapa yang tidak mahu perkara yang baik, dan yang lebih melucukan, beliau sebagai wakil SPR mengeluarkan kata-kata ini:

"Barisan Nasional juga mahu (pilihan raya) yang baik."

Dalam percubaan untuk menutup malu SPR, beliau menuduh rakyat pula yang didakwanya membuat persepsi yang salah. SPR cuba mempertahankan diri, tetapi ditembak pula dari pelbagai sudut.

Dengan itu beliau berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak menghentam SPR seperti mana barisan pembangkang.

Jelas Wan Ahmad, Barisan Nasional juga mengkritik SPR, tetapi kritikan mereka itu tidak dicanang di dalam media.

Justeru itu, Ambiga membalas tentang kritikan BN terhadap SPR itu dengan berkata: "(Sebaliknya) kita (Bersih) yang kena serang (oleh kerajaan)."

Menurut Ambiga, Bersih diadakan kerana tekanan selepas melihat pilihan raya Sarawak baru-baru ini yang penuh dengan rasuah dan tipu helah oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

Oleh itu, adalah sangat jelas SPR kelihatan tidak telus seperti 'teguran' moderator Wan Saiful berhubung cara bercakap wakil SPR itu yang ketara partisannya terhadap BN.

Rumusan

Dalam wacana yang sedikit huru-hara itu akibat emosi orang ramai yang tak tahan dengan jawapan mandom wakil SPR itu, Wan Ahmad kelihatan sedikit kaget dan tertekan.

Walau pun tekanan orang ramai itu mungkin tak seteruk tekanan yang dikenakan oleh para pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mendiang Teoh Beng Hock, tetapi kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Wan Ahmad itu adalah sangat ketara sifatnya membela BN.

Kenapa? Mungkin, seperti apa yang dijelaskan di awal wacana, Wan Ahmad mengakui SPR secara keseluruhannya dikongkong dan ditekan oleh kerajaan melalui pelbagai undang-undang termasuklah Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

Mungkin Wan Ahmad perlu diingatkan bahawa SPR adalah badan yang bebas dan ianya dilantik serta ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong agar pilihan raya bebas, bersih dan telus, dan sepatutnya hanya bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukannya Perdana Menteri atau Kabinet atau mana-mana parti.

Justeru itu adalah sangat tidak wajar apabila Wan Ahmad mengulang-ulang kenyataan bahawa SPR tidak ada kuasa untuk mengawal kepincangan pilihan raya kerana ianya bukan dapat meyakinkan rakyat Malaysia pun, tetapi sebaliknya akan membuatkan rakyat lebih meluat dengan SPR.

Kerana itu juga pertubuhan Bersih bosan mahu bertemu dengan SPR yang akan terus mengulang jawapan yang sama semata-mata kerana ia takut untuk berkata yang benar di depan Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Dan bukti betapa meluatnya rakyat Malaysia, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut hadir dalam wacana semalam, pemimpin perlu peka dengan tiga realiti sekarang – kemunculan media baru, kesedaran sosial baru, dan penyertaan rakyat dalam perubahan demokrasi.

Adakah belum jelas bahawa SPR tidak nampak atau buat-buat tidak nampak lagi, walhal pemimpin generasi muda UMNO itu pun bolehkan sedar, apatah lagi sebuah badan profesional yang bebas dan kononnya 'telus itu?

Mungkin kerana itu SPR hanya menjadi pak turut apabila kerajaan BN mencadangkan sistem biometrik tetapi marah apabila Bersih mencadangkan lapan idea untuk membersihkan pilihan raya di negara ini.

Lain diminta, lain pula diberikan; seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab. Bersih hanya menuntut kerajaan supaya – membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, memberi akses media bebas dan adil, memberi masa berkempen minimum 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghapuskan politik kotor.

Apa yang 'kotor' sangat dengan tuntutan Bersih itu? – Roketkini.com

Dakwat kekal pilihan terbaik jangka masa terdekat – NIEI

Posted: 27 Jul 2011 03:21 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang adalah pilihan terbaik buat masa ini untuk mengatasi masalah daftar pengundi yang tidak bersih.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung, National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.

"Dalam jangka masa terdekat, dakwat kekal adalah pilihan terbaik," kata beliau merujuk kepada perbandingan antara penggunaan dakwat kekal dan juga sistem biometrik yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya lagi, penggunaan dakwat kekal sudah dilaksanakan di banyak negara Asia yang lain seperti Afghanistan, Bangladesh, dan India.

"Dakwat kekal ini sudah diterima di peringkat antarabangsa jadi negara-negara ini juga mengikut amalan yang baik," katanya yang pernah memantau pilihan raya di negara-negara berkenaan.

Semalam, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevesan berkata, kebimbangan NGO itu adalah sistem biometrik akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ke13.

Ini kerana jangkaan beliau bahawa sistem baru itu memerlukan percubaan dan kajian secara mendalam selain ia perlu dijelaskan kepada rakyat.

Ambiga berkata demikian pada wacana "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, bersama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar

Mengulas mengenai program seumpama itu, Amin berkata ia merupakan satu langkah yang baik dan perlu diadakan selalu antara SPR, NGO dan parti-parti politik.

"Debat semalam bagus, perlu adakan selalu, sebab ia amalan biasa dalam negara demokrasi. Penglibatan perlu ada antara Bersih dan SPR," katanya.

Pengawal peribadi Anwar beri keterangan susulan keganasan polis

Posted: 27 Jul 2011 03:20 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Al Bakqry tiba di balai polis Jalan Travers untuk memberikan keterangan susulan laporan yang dibuatnya minggu lalu.

Fayyadh diiringi peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri

Ia berhubung tindakan ganas polis yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada perhimpunan aman Bersih 2.0, 9 Julai lalu..

Fayyadh yang kelihatan tenang dan memakai kemeja hitam tiba kira-kira jam 2.40 petang dengan diiringi peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Beliau sebelum ini mengalami kecederaan teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya nya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan polis tepat ke arahnya.

Tembakan gas itu dilepaskan di KL Sentral ketika perhimpunan aman 9 Julai lalu berlansung.

Latheefa ketika ditemui di perkarangan balai polis ditemui berkata, Fayyadh sepatutnya tidak perlu hadir kerana masih dalam tempoh rawatan. Namun, polis mengeluarkan notis 111 yang mengehendakinya untuk memberi keterangan.

"Notis 111 kebiasannya diberi kepada mereka yang terlibat dalam kes jenayah.

"Tapi, beliau tiada pilihan dan terpaksa memberikan keterangan dan kami datang atas asas notis tersebut. Polis macam tak boleh bersabar," kata Latheefa.

Sementara itu peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata tembakan kanister gas pemedih mata yang terkena Fayyadh, tepat dihalakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada itu.

"Fayyadh memegang tangan kiri Anwar dan beliau bergerak ke hadapan untuk menghalang peluru yang jelas dilihatnya menuju kepada Datuk Seri Anwar.

"Malah Fayyad menyatakan beliau masih boleh nampak ada lagi kanister gas pemedih mata yang melepasi aras kepala mereka ketika kumpulan tersebut mengundur ke eskalator ," katanya.

Fadiah berkata, 30 soalan yang diajukan dengan keterangan diberikan berhubung kejadian dan lokasi oleh pegawai penyiasat ASP Arikrishna.

EO sama zalim dengan ISA – Sivarasa

Posted: 27 Jul 2011 03:17 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, perlaksanaan Ordinan Darurat (EO) adalah sama zalim dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).


Ini kerana perlaksanaan dua akta ini membolehkan penahanan individu oleh polis selama 60 hari tanpa perbicaraan, dengan alasan kononnya mengancam Keselamatan negara.

"Akta ini adalah zalim kerana kuasa yang telah diberikan oleh pemerintah terhadap polis untuk menangkap seseorang yang kononnya tanpa membuktikan kesalahannya terlebih dahulu,"

"Penahanan individu dalam tempoh yang panjang tanpa bicara dan dibuktikan kesalahan sememangnya melanggar prinsip hak asasi manusia," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Menurutnya, EO juga melanggar prinsip keadilan yang termaktub dalam semua agama di mana untuk menghukum seseorang perlu dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu.

Tambah beliau, pelaksanaan undang-undang seperti ini mengundang amalan rasuah untuk lebih berleluasa. Ini kerana sebelum ini beliau pernah mendapat laporan dari keluarga tahanan yang terpaksa memberikan wang kepada pihak berkuasa untuk melepaskan mereka yang ditangkap di bawah EO.

Katanya, amalan rasuah sukar dikesan dan penyalahgunaan akta ini akan menyebabkan penindasan terhadap orang ramai semakin bertambah.

Hari ini, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan lima lagi aktivis parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO, dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Kata Anwar, alasan kerajaan menahan enam individu terbabit kerana terlibat dengan aktiviti subversif, ternyata merupakan satu helah pemerintah untuk memburukkan Bersih 2.0 semata-mata.

SPR Gesa Laksana Reformasi Total, Bukan Setakat Biometrik

Posted: 27 Jul 2011 03:15 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menggesa kerajaan untuk melakukan reformasi pilihan raya secara menyeluruh sepertimana yang dituntut oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan di bawah Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pakatan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan hanya membuat pindaan kecil seperti sistem biometrik yang hanya menambah masalah melalui pertambahan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebaliknya melakukan reformasi total.

"SPR wajib kembali kepada lapan tuntutan yang disuarakan melalui Bersih 2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

"Sistem pilihan raya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat,"tulis kenyataan media itu.

Kenyataan media itu dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.

Selain kos yang tinggi, sistem biometrik yang dicadangkan oleh SPR juga menghapuskan sistem timbang tara yang memberi ruang kepada setiap parti politik untuk memastikan sesebuah pilihan raya itu berlangsung dengan telus dan adil.

"Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

"Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui Bersih 2.0,"tulis kenyataan media itu lagi.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun pada 9 Julai lalu untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

Dengan keberanian rakyat itulah, maka SPR dan kerajaan kata Pakatan akhirnya akur bahawa sememangnya masalah pengundi hantu dan pengundian berulang berlaku di negara ini.

"Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

"Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.

"Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13,"tulis kenyataan media itu lagi.

Oleh itu, Pakatan percaya hujah bahawa penggunaan sistem biometrik hanya menambah masalah punya asas yang kukuh.

"Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi,"tulis kenyataan itu.

Buktikan Wahabi Itu Fahaman Pengganas - JIM

Posted: 27 Jul 2011 03:14 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


SHAH ALAM : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpendirian ulamak tidak seharusnya dikaitkan dengan mana- mana fahaman terutamanya isu pengganas.

Justeru pengerusinya, Zaib Kamaruddin menegaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertanggungjawab menjawab dan membuktikan penglibatan kesemua individu yang disenaraikan berpotensi menjadi pengganas, seperti yang didakwa.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang membangkitkan isu tersebut, sejak awal tahun lalu harus menjelaskan kepada masyarakat tentang kesan fahaman itu samada dari sudut Feqah atau institusi gerakan.

Ini kerana menurut beliau Wahabi ternyata bukan sebuah pertubuhan yang didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Al-Maunah dan Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan pengganas.

Namun jelas beliau sekiranya sesetengah pihak menganggap fahaman Wahabi bertentangan dengan pegangan As-Sunnah Wal-Jamaah maka ianya perlu dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum bertindak 'melabel' mana- mana individu.

"Kalau misalnya dikatakan individu tersebut mempunyai ciri-ciri (Wahabi) sedemikian, kita perlu melihat adakah ianya salah atau bertentangan dengan Islam.

"Jadi saya mendapati masalah label begini digunakan dengan bebas tanpa (disiasat) betul-betul," kata beliau.

MKN dalam satu mesyuarat baru- baru ini dikatakan telah meminta agensi- agensi agama negeri dan para mufti memantau perkembangan fahaman Wahabi.

Antara individu yang disenaraikan untuk dipantau termasuk bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda yang menyertai Pemuda Umno tahun lalu.

Dr Juanda dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini menyifatkan ianya sebagai tuduhan liar selain menuntut penjelasan kerajaan mengenai perkata itu.

Katanya beliau sudah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai perkembangan terbaru, namun masih belum mendapat sebarang respon.

Zaid kemudian berpendapat bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada bekas mufti dan mufti Perlis itu tidak munasabah memandangkan kedua- dua mereka merupakan pemimpin agama yang dihormati selain menjalani kehidupan normal.

"Bagi saya tindakan yang tidak bertanggungjawab kalau kita melabel orang dengan sewenang-wenangnya.

Justeru beliau menggesa agar kerajaan benar- benar memastikan samada kesemua individu tersebut berpegang kepada amalan Wahabi kerana sekiranya tidak, maka ianya akan menimbulkan syak wasangka oleh masyarakat.

"Bagaimana boleh melabel Dr Asri atau Dr Juanda yang menjadi mufti sebagai Wahabi? Adakah mereka ini turut dikaitkan dengan terrorisma sedangkan kita tahu kehidupan mereka amat telus bagi saya," ujar beliau.

Ekstremis Islam dan pakar letupan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), Nordin Mat Top antara individu yang pernah dikaitkan dengan ajaran Wahabi.

Beliau dipertanggunjawabkan terhadap serangan Hotel JW Marriot Jakarta (2003), Kedutaan Australia di Jakarta (2004), Bali (2005) dan Hotel Ritz Carlton (2009).

Nordin mati pada 17 September 2009 dalam satu serangan oleh pasukan polis Indonesia di Jawa Tengah.

Sehubungan dengan itu Zaid yang menganggap tuduhan yang dilemparkan kepada individu yang tersenaraikan adalah serius selain berisiko tinggi apatah lagi cuba dikaitkan dengan terrorisma.

"Langkah seterusnya perlu dipastikan samada mereka benar-benar Wahabi atau tidak. Jadi (perkara) akan bawa masalah dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang tidak sewajarnya dibebankan dengan perkara tersebut," ujar beliau lagi.

Makna dan pengaruh mendalam: Perarakan Tunjuk Perasaan 709

Posted: 27 Jul 2011 03:11 AM PDT

SUARAM JB


Walaupun menghadapi pelbagai penipuan, halangan, ugutan, dan berikutan dengan represi yang menyeluruh oleh golongan pemerintah UMNO-BN, di bawah kepimpinan betul dan kebijaksanaan kolektif yang ditonjolkan oleh BERSIH 2.0 dan di bawah sokongan dan penyertaan yang berani oleh rakyat pelbagai kaum, "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" telah diadakan dengan berjayanya di pusat jantung Malaysia, Bandaraya Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Hishammudin Hussein telah menggerakkan sejumlah besar pasukan FRU yang serba lengkap dengan pelbagai senjata untuk menyekat jalan di sekitar kawasan perhimpunan, memasang dawai berduri di sekitar pintu masuk Stadium Merdeka, serta menggerakkan ribuan anggota polis untuk melakukan penangkapan dan menyuraikan rakyat yang berkumpul di merata tempat. Akibatnya hanya beberapa ribu penyokong BERSIH berjaya menebusi benteng sekatan polis dan berjaya sampai ke kawasan sekitar Stadium Merdeka. Perhimpunan aman tidak dapat diadakan di destinasi bersejarah dan bermakna yang ditetapkan oleh BERSIH 2.0 ini. Tanpa pilihan lain, lebih kurang 50,000 rakyat yang hadir terpaksa berdemonstrasi di tengah-tengah jalan raya untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati.

Walaupun adanya perintah larang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai yang diperoleh oleh polis daripada mahkamah, dan ugutan ditahan jika memasuki Kuala Lumpur, tetapi Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0 yang lain tidak tunduk kepada ugutan itu. Akhirnya mereka telah ditahan dan ditangkap di tengah perjalanan kerana tetap menghadiri perhimpunan. BERSIH 2.0 mengumumkan bahawa penyerahan "Memorandum 8 Tuntutan Reformasi Sistem Pilihan Raya" terpaksa ditangguhkan akibat daripada tindakan ganas dan zalim oleh Kerajaan BN dibawah pimpinan Najib.

Dengan wujudnya perpaduan dan kerjasama erat antara rakyat jelata terutamanya kaum Melayu, Cina dan India, "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" kini berkembang menjadi satu Perarakan Tunjuk Perasaan memberangsangkan yang memberi tamparan hebat kepada helah dan ugutan perkauman serta serangan daripada golongan hegemoni UMNO, demi menuntut reformasi sistem pilihan raya dan pendemokrasian politik.

Jika dilihat punca asasnya, berlakunya "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" adalah disebabkan oleh sikap UMNO-BN yang mengabaikan terus 8 tuntutan massa yang adil, munasabah, dan sah dari segi undang-undang tentang reformasi sistem pilihan raya yang dikemukakan melalui BERSIH 2.0. Ia turut disebabkan oleh tindakan Najib memungkir janjinya sendiri yang sebelum ini membenarkan perhimpunan 709 diadakan di stadium dan represi ganas pihak polis terhadap pemimpin dan peserta perhimpunan.

"Perarakan Tunjuk Perasaan 709" merupakan tindakan bersama tiga kaum utama di Malaysia berdasarkan satu matlamat umum, iaitu mereformasikan sistem pilihan raya, dan merealisasikan pilihan raya yang bersih dan adil. Ianya boleh disifatkan satu perjuangan massa sebenar yang ulung kali dalam sejarah Malaysia. Berlakunya perhimpunan ini dan perkembangannya mempunyai makna dan pengaruh yang cukup mendalam terhadap gerakan hak asasi dan demokrasi di negara kita pada masa kini dan masa depan. Penerangannya seperti di bawah:

1. Rakyat Jelata Telah Sedar Akan Ketidakadilan dan Penipuan "Peraturan" Sistem Pilihanraya

Perarakan Tunjuk Perasaan 709 melambangkan bahawa:
(1) Melalui penglibatan diri dalam pilihan raya sejak kemerdekaan 54 tahun yang lepas, rakyat jelata telah sedar dengan ketidakadilan dan penipuan "peraturan" (iaitu akta, sistem dan prosedur pilihan raya yang tidak adil) sistem pilihan raya yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan (yang lepas) dan Kerajaan BN (kini) yang didominasi oleh UMNO di bawah aturan penjajah British.

(2) Rakyat jelata telah mempelajari daripada pengalaman hidup sendiri bahawa, selagi wujudnya "peraturan" pilihan raya yang dilaksanakan oleh golongan pemerintah untuk membela kepentingan diri sendiri, rakyat jelata tidak akan berpeluang untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan yang membela kepentingan rakyat.

(3) Daripada kesengsaraan yang dialami sejak 54 tahun yang lalu, rakyat jelata telah mempelajari bahawa golongan pemerintah hegemoni UMNO merupakan punca utama kepada masalah seperti diskriminasi dan penindasan perkauman, korupsi, penyalahgunaan kuasa, jurang kekayaan semakin besar serta ketidaktenteraman masyarakat. Pemimpin-pemimpin Parti komponen BN yang lain (terutamanya MCA, Gerakan, SUPP dan MIC) sanggup menjadi pengikut dan bersekongkol dengan pemerintahan hegemoni UMNO dan bermusuhan dengan rakyat.

(4) Rakyat jelata telah menyedari bahawa, bila tibanya masa yang sesuai, kita mesti menghalau golongan hegemoni yang telah memerintah sepanjang 54 tahun ini keluar dari arena politik, barulah rakyat mempunyai harapan untuk hidup dengan lebih baik.

2. Rakyat Sedar Bahawa Helah Dan Ugutan Perkauman UMNO Akan Ditumpaskan Dengan Perjuangan Berani

Setiap kali rakyat bangkit menyuarakan tuntutan, golongan pemerintah, tidak kira Perikatan atau BN, pasti akan balas dengan ugutan politik yang penuh dengan fahaman perkauman melampau, iaitu mengancam dan menakutkan rakyat dengan isu-isu palsu ciptaan mereka. Tindakan pemerintah tersebut sudah menjadi tabiat mereka yang tidak pernah dilepaskan. Kepada rakyat, ini adalah perbuatan zalim yang biasa.

Pada bulan September 2000, Perdana Menteri masa itu, Mahathir mengalami tekanan yang cukup kuat apabila berdepan dengan "Suqiu" iaitu "Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia". Mahathir telah panggil satu pertemuan dengan barisan pimpinan "Suqiu" yang diketuai oleh Quek Suan Hiang, iaitu pengerusi Dong Jiao Zong (Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina dan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia Malaysia). Dalam perjumpaan tersebut, Mahathir mengugut dan menakut-nakutkan mereka agar mereka berkompromi. Ini adalah perbuatan buruk siku balasan pimpinan BN terhadap Jawatankuasa "Suqiu" selepas menang dalam Pilihan Raya Umum tahun 1999. (Sebelum pilihanraya tahun 1999, BN telah bersetuju dengan tuntutan rayuan tersebut untuk memancing undi masyarakat Cina.)

Pada masa yang sama, Mahathir melalui pimpinan MCA dan Gerakan giat menyebarkan mesej ugutan kepada anggota Jawatankuasa Rayuan "Suqiu" dan pimpinan pertubuhan Cina yang lain-lain bahawa "Sekiranya rayuan 'Suqiu' tidak diketepikan oleh Jawatankuasa rayuan 'Suqiu' itu, pertempuran antara kaum pasti akan berlaku".

Di samping itu, Pemuda UMNO beramai-beramai berulangkali meneriak "Bakarkan Dewan Perhimpunan Cina Selangor", "Orang Cina Balik Tong San" dan sebagainya, dengan liar sekali. Golongan pemerintah hegemoni UMNO yang diketuai oleh Mahathir telah menakut-nakutkan seluruh masyarakat melalui propaganda "Rayuan 'Suqiu' menghakis hak istimewa Kaum Melayu", "Rayuan 'Suqiu' menimbulkan huru-hara masyarakat" dan sebagainya. Dengan itu, mereka berjaya menumpaskan gerakan rayuan 'Suqiu' yang dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1987, Najib Razak (Perdana Menteri sekarang) telah memberi ucapan beremosi yang berbau perkauman di hadapan kain rentang yang berbunyi "BASAHKAN KERIS DENGAN DARAH CINA" (lihat laporan berita Merdeka Review dalam Bahasa Cina di http://www.merdekareview.com/news.php?n=9969) dalam satu perhimpunan ramai dihadiri oleh hampir 10 ribu orang Melayu yang dipanggil oleh Najib sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO dalam kehangatan isu guru yang tidak erti Bahasa Mandarin dilantik untuk memegang jawatan tinggi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina).

Najib menafikan bahawa dia pernah membuat kenyataan "BASAHKAN KERIS DENGAN DARAH CINA" yang berbaur hasutan ini, tetapi secara terbuka, Najib telah memberi sokongan kepada seruan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang menggalakkan ahli-ahli Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang kononnya dianggotai oleh 4 juta ahli supaya menyertai perarakan kumpulan Patriot yang dipimpin oleh Pemuda UMNO demi mempertahankan istana negara apabila BERSIH 2.0 mengumumkan secara rasmi "Perhimpunan 709 akan diadakan di Stadium Merdeka".

Najib mempergunakan jentera Negara (terutamanya institusi keganasan dan media massa yang dimiliki atau dikawal oleh karajaan) dan pertubuhan di bawah naungan kerajaan seperti PERKASA untuk menakut-nakutkan rakyat berbilang kaum agar menjauhkan dari BERSIH 2.0 dan gerakan reformasi pilihanraya yang dipimpin oleh BERSIH 2.0. Akan tetapi, plot Najib nyata tidak membawa hasil.

"Perarakan Tunjuk Perasaan 709" telah menunjukkan: rakyat jelata sudah sedar bahawa sekiranya rakyat jelata berani berjuang, ugutan perkauman UMNO akan menerima tamparan hebat. Ugutan perkauman yang dilancarkan oleh golongan pemerintah hegemoni UMNO dalam kejadian 709 menimpa maut apabila berdepan dengan kepimpinan BERSIH 2.0 yang unggul dan tindakan massa yang tegas.

3. "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" Mempertingkatkan Kesedaran Massa dan Memajukan Kerjasama dan Perpaduan Pelbagai Kaum

"Perarakan Tunjuk Perasaan 709" merupakan perjuangan massa dalam menuntut demokrasi dan hak asasi manusia yang mencatat saiz penglibatan rakyat terbesar sejak negara kita merdeka pada 54 tahun yang lepas. Penyertaan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum (terutamanya tiga kaum majoriti, iaitu Melayu, Cina dan India dan juga sebilangan kecil kaum Iban dan Kadazan) dan pelbagai lapisan masyarakat (antaranya buruh, petani, penjaja, pakar pelbagai bidang, peniaga, pengajar dan penuntut institusi pengajian tinggi, tokoh bidang seni dan sastera, tokoh politik dan parti politik, pesara dan sebagainya) serta berbagai-bagai penganut agama dan kepercayaan (majoritinya penganut Islam, Hindu, Kristian, Buddha dan kepercayaan masyarakat yang lain-lain) dijangka melebihi 50 ribu orang.

Menjelang tengahari hari 9 Julai, orang ramai mula menyertai kumpulan perarakan dari semua arah. Kumpulan perarakan yang begitu besar ini menuju ke tempat perhimpunan, iaitu Stadium Merdeka, dengan aman dan berdisiplin. Sepanjangan perjalanan, peserta menyampaikan hasrat umum rakyat berbilang kaum dalam menuntut reformasi pilihanraya dengan jelas melalui laungan lantang slogan "HIDUP BERSIH!", "HIDUP REFORMASI!", "HIDUP RAKYAT!" dan sebagainya.

Ada di kalangan peserta yang memakai kemeja-T berwarna kuning, dicetak dengan perkataan "BERSIH 2.0" dan ada yang mengikatkan kain berwarna kuning, dicetak dengan perkataan "BERSIH 2.0" di kepala. Ada juga peserta memegang bendera negara yang pelbagai saiz. Barangan lain tidak kelihatan, termasuk kain rentang yang biasanya dijadikan lengkapan asas perarakan juga jarang kelihatan.

Golongan pemerintah hegemoni UMNO menganggap kumpulan perarakan yang aman sebegini sebagai "perusuh dan pengganas". Pasukan FRU yang serba lengkap digerakkan untuk "melanyani" peserta perarakan secara kejam dengan bantuan Water Canon dan gas pemedih mata yang kuat.

Seramai 1,667 orang telah ditahan, termasuk pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0 seperti Ambiga selaku pengerusi BERSIH 2.0, dan juga pemimpin-pemimpin parti pembangkang Parlimen. Bilangan orang yang ditahan dalam kejadian ini mencatatkan rekod tertinggi (dalam satu operasi) dalam sejarah negara kita. Tindakan penindasan dan penahanan secara besar-besaran tersebut menimbulkan kemarahan massa dan kritikan pendapat umum masyarakat yang meluas. Oleh itu, pihak polis terpaksa melepaskan kesemua 1,667 orang yang ditahan itu dalam tempoh 24 jam selepas ditahan sekaligus mencatat rekod paling memalukan dalam sejarah operasi polis.

Harus dinyatakan di sini bahawa salah seorang peserta yang bernama Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia selepas jatuh pengsan dalam perarakan kerana tidak tertahan tindakan kejam polis dan serangan gas pemedih mata.

Untuk mengejar dan menyuraikan peserta-peserta perarakan, yang mencari perlindungan di kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin dihadapan Puduraya selepas dihalau oleh polis, FRU melepaskan air bertekanan tinggi dan gas pemedih mata ke kawasan hospital tersebut tanpa mempertimbangkan keselamatan pesakit, ibu yang mengandung dan bayi.

Tindakan penindasan yang begitu kejam ini telah menimbulkan kemarahan yang hebat di kalangan masyarakat umum, dan dikritik habis-habisan dilaman web. Atas desakan tersebut, Liow Tiong Lai selaku Menteri Kesihatan terpaksa tergesa-gesa mengaturkan satu kenyataan terbuka Lembaga Pengarah Hospital Tung Shin yang mengisytiharkan "Hospital Tung Shin dan pesakitnya tidak dibidik gas pemedih" dengan harapan dapat melepaskan kerajaan dan pihak polis daripada bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Liow Tiong Lai mempertahankan tindakan kejam FRU dengan kata-kata berikut, "pihak polis masuk ke dalam hospital untuk membawa pendemonstrasi yang cedera ringan untuk mendapatkan rawatan!".

Liow Tiong Lai lagi "mengarut" tanpa rasa malu bahawa, "peristiwa seperti ini boleh dielakkan sekiranya perhimpunan haram BERSIH tidak dijalankan." Siapa yang akan percaya dengan "percakapan bohong" ini? Pada 13 Julai, 11 orang doktor (antaranya terdiri daripada doktor yang berkhidmat di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin), membuat kesaksian bersama yang mengaku telah menyaksikan insiden tersebut dengan mata sendiri.

Begitu ramai peserta yang menyaksikan FRU melepaskan air bertekanan tinggi dan gas pemedih mata ke arah hospital telah memuat naik gambar dan catatan kejadian ke laman web. Kesemua catatan, kesaksian dan gambar tersebut telah menjadi "bukti" dan "aduan" yang mustahil diputar belit atau dibasmi oleh Liow Tiong Lai, atau sesiapapun (termasuk Chua Soi Lek, pengerusi MCA yang cuba berdalih untuk menolong Liow). Biarlah pertubuhan dan individu (terutamanya Liow Tiong Lai, Chua Soi Lek dan sebagainya) yang memutar belitkan fakta demi melepaskan tanggungjawab kerajaan dan polis, membalas dan menjawab satu demi satu bukti-bukti dan aduan-aduan yang tidak dapat dinafikan itu!

Orang ramai telah menyaksikan atau mengalami sendiri semangat "kita adalah sekeluarga" dalam Perarakan Tunjuk Perasaan kali ini. Semangat tidak ternilai ini telah ditunjukkan dengan sepenuhnya oleh kesemua peserta dalam Perarakan Tunjuk Perasaan ini terutamanya semasa orang ramai mengalami tindakan ganas FRU.

Orang ramai tidak kira Melayu, India, Cina ibarat yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing, telah saling memberi sokongan dan galakan, membantu satu sama lain, agar tegas menyempurnakan tindakan menyuarakan tuntutan pada hari itu. Dalam perarakan ini, massa telah mengalami latihan yang menyentuh hati. Perarakan ini juga adalah proses pendidikan yang mempertingkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum. Latihan dan didikan ini pasti akan menjadi asas kebendaan dan spiritual yang kukuh kepada perjuangan menuntut demokrasi dan hak asasi manusia, yang lebih besar atau lebih sengit pada masa akan datang.

Oleh demikian, "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" pasti akan memberi pengaruh yang mendalam dan berpanjangan dalam mempertingkatkan kesedaran massa dan memperkuatkan perpaduan dan kerjasama di antara kaum Melayu - Cina - India dan kaum-kaum lain.

4. Perarakan Tunjuk Perasaan 709 Menggalakkan Perkembangan Gerakan NGO ke arah yang betul


Dalam proses mengerakkan "perhimpunan dan perarakan demokrasi 709" sehingga tercetusnya "Perarakan Tunjuk Perasaan 709", kepimpinan cemerlang Ambiga, pengerusi BERSIH 2.0, dan pemimpin-pemimpin lain telah meraih kepercayaan penuh massa dan mendapat sokongan meluas rakyat berbilang kaum. Seterusnya membolehkan Perarakan Tunjuk Perasaan kali ini memainkan peranan yang penting dan pengaruh yang meluas, sekaligus dapat mendalamkan perkembangan refomasi pilihanraya dan gerakan demokrasi dan hak sivil. Dengan kebijaksanaan kepimpinan dan ketegasan perjuangan yang ditunjukkan, kepimpinan Ambiga kini menjadi role model dalam gerakan NGO.

BERSIH 2.0 merupakan gabungan yang dibentuk oleh 62 badan bukan kerajaan (NGO) (atau selalu dikenali sebagai "kumpulan masyarakat sivil/madani") yang sah di Malaysia, yang bertujuan memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil. BERSIH 2.0 bukan satu parti politik dan bukan di bawah naungan mana-mana parti politik.

BERSIH 2.0 wujud dengan tujuan memperjuangkan hasrat rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Ia bukan wujud untuk membantu mana-mana parti politik memenangi pilihanraya atau memenangi kuasa pemerintahan. Oleh itu, BERSIH 2.0 tidak dikuasai dan tidak menerima arahan daripada mana-mana parti politik atau pemimpin parti politik.

Maka, kenyataan dan kelakuan Ambiga dan pemimpin-pemimpin lain BERSIH 2.0 dalam usaha memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil, sudah tentu berdasarkan kepentingan rakyat pelbagai kaum, pandangan bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani dan keputusan muktamad jawatankuasa pemacu BERSIH 2.0. Kedudukan bebas dan otonomi BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan bukan kerajaan harus dipegang setiap masa.

Pendirian non-partisan yang berdasarkan kepentingan rakyat ini, bukan sahaja mudah memberi keyakinan dan diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan lapisan, ia juga tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dan toleransi dengan pelbagai parti politik dan pelbagai agama. Oleh itu, himpunan 709 untuk mengutarakan 8 tuntutan refomasi pilihanraya berubah menjadi "Perarakan Tunjuk Perasaan 709".

Ini merupakan hasil daripada pendirian dan pandangan BERSIH 2.0 yang mendokong aspirasi dan mengutamakan kepentingan rakyat berbilang kaum pelbagai lapisan, dan yang selaras dengan harapan dan kepentingan parti-parti politik dan pelbagai agama. Ia juga adalah hasil daripada sokongan rakyat berbilang kaum dari pelbagai lapisan, parti-parti politik dan agama-agama. "Hasil" ini dimiliki oleh semua dan harus dikongsi oleh pelbagai pihak.

Tujuan BERSIH 2.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil sudah jelas dinyatakan, dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng telah mengisthiharkan "Kami(PKM) telah bersumpah taat setia kepada Yang Dipertuan Agong", "Kami(PKM) telah bersetuju meninggalkan keganasan, perjuangan bersenjata dan segala-galanya" dalam kenyataan 10 poinnya pada 4 Mac 2005, (Sebelum ini, PKM telah menandatangani 'Perjanjian Damai Hatyai' dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, dan telah meletakkan dan menghapuskan segala senjata serta membubarkan pasukan tenteranya).

Akan tetapi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mempergunakan satu kempen roadshow selama 3 hari (dari 24 Jun hingga 26 Jun), yang bertema "Udahlah tu…Bersaralah!(BN)" yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). KDN sengaja menyamakan dan cuba mengelirukan kempen anjuran PSM ini dengan gerakan refomasi pilihanraya BERSIH 2.0, agar orang ramai salah anggap bahawa BERSIH 2.0 turut bermotif "tamatkan pemerintahan BN sekarang juga" seperti PSM.

Pihak polis telah menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar Devaraj, dan 5 orang pemimpin PSM lain dibawah Ordinan Darurat (EO). Pihak polis mendakwa meraka (PSM) berniat untuk "memerangi Yang di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan semula fahaman komunis" dengan hanya berdasarkan beberapa helai kemeja-T warna merah yang bertulis nama pemimpin-pemimpin PKM(Chin Peng dan Rashid Maidin). Ini amat lucu dan tidak masuk akal.

Insiden diatas sudah tentu telah memberi tamparan hebat kepada PSM. Pada masa yang sama, ia juga telah memburukkan nama BERSIH 2.0 dan gerakan refomasi pilihanraya. Keadaan ini ternyata telah membawa kesan buruk kepada BERSIH 2.0 dan gerakan refomasi pilihanraya.

Laungan lantang slogan "Bersih, Bersih! Hidup Bersih!" dalam "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" jelas membayangkan aspirasi rakyat menuntut refomasi pilihanraya dan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Dalam "Perarakan Tunjuk Perasaan 709", tiada banner dan bendera parti politik, nama dan slogan parti politik juga tidak kedengaran. "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" direstui oleh rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Ia adalah satu aksi yang matang dan berjaya.

Pendek kata, "Perarakan Tunjuk Perasaan 709" pasti akan mempegaruhi perkembangan gerakan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dalam negara kita menuju kearah yang betul.

*Kenyataan (Ketiga) Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor

Lagi Peneroka Jengka Saman Felda

Posted: 27 Jul 2011 03:08 AM PDT

TVS NEWS


PAHANG : Seramai 253 lagi peneroka di kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi terhadap Felda kerana manipulasi serta penipuan yang dilakukan agensi itu terhadap mereka.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Suhaimi Said berkata, dengan pertambahan jumlah tersebut ia menjadikan saman terhadap Felda meningkat kepada 964 orang.

Menurut Suhaimi, setiap peneroka menuntut RM458,000 kerugian yang ditanggung sejak 15 tahun lalu, berhubung Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

Katanya, ia termasuk tindakan Felda Palm Industries yang tidak mengira hasil tandan kelapa sawit peneroka yang dihantar kepada pengilang terbabit, dengan alasan buah kepala sawit muda dan mengkal.

Sementara itu Suhaimi dalam blognya berkata, Pengurus dan pegawai-pegawai dari beberapa Pejabat Felda di sekitar Jengka sedang giat menjalankan kempen mengugut peneroka Felda yang memfailkan saman mereka seperti di Felda Jengka 8, Jengka 3 dan Jengka 18.

Di antara ugutan yang digunakan ialah penafian kepada peneroka-peneroka itu ke atas bonus tahunan dan "duit raya," kata Suhaimi yang peguam dan aktivis peneroka sejak 1970 an.

"Namun peneroka-peneroka tidak mempedulikan ugutan ini kerana sejak mereka memulakan tindakan menyaman Felda, peratusan perahan KPG mereka telah berjaya dinaikkan dari 18% kepada 21%, dan kenaikan ini sudah melebihi bonus tahunan dan hari raya yang boleh mereka terima," katanya.

Pada 17 Jun lalu, seramai 711 peneroka rancangan Jengka memfailkan saman sebanyak RM344 juta berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Felda sebelum ini turut disaman di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka sejak 15 tahun lalu dibayar mengikut OER yang rendah dengan purata 18.5 peratus.

Namun kadar sebenar OER didapati lebih tinggi apabila mereka menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh Felda Palm Industries.

Dengan perbezaan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30,912 bagi tahun 2008 sahaja.

Dari kaca mata PSM: Sugu rakan seperjuangan yang berani

Posted: 27 Jul 2011 03:05 AM PDT

PSM


Sugumaran atau lebih dikenali sebagai "Sugu" adalah anak kepada Munisamy a/l Maniam dan Sinnamah a/p Sinniah. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1961. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah pekerja ladang. Tahap pendidikan beliau adalah sehingga Tingkatan 3. Walaupun berbekalkan tahap pendidikan yang boleh dikatakan rendah, namun beliau mempunyai tahap pengalaman yang luas. Beliau bekerja sebagai juruteknik dan juga menolong ibu bapa untuk menoreh getah.

Jika kita melihat sejarah perjuangan Komrad Sugu (gambar kanan), pada tahun 1986 iaitu ketika beliau berusia 25 tahun, beliau telah mula menyertai "Kalvikuzhu" dan telah mengorganisasi pusat tuisyen di lima buah ladang di Sungai Siput.

Ketika beliau berusia 30 tahun iaitu pada tahun 1991, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dan beliau telah dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi ahli "Alaigal". Tujuan asas beliau menyertai Alaigal adalah untuk menperjuangkan hak pekerja ladang yang ditindas. Beliau juga telah berjuang untuk kesaksamaan para petani, peneroka Bandar dan secara umumnya masyarakat yang ditindas.

Beliau telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis kerana penglibatan beliau dalam perjuangan yang suci ini. Walaupun begitu, semangat beliau masih segar dan beliau tidak akan berganjak sehingga hak yang dituntut tidak diperoleh.

Ketika beliau berusia 37 tahun iaitu pada 1998, beliau telah menjadi ahli Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Ketika beliau berusia 47 tahun iaitu pada 2008, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Parti Sosialis Malaysia cawangan Sungai Siput. Jawatan ini memang sesuai untuk beliau kerana penglibatannya dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat yang tertindas. Pada 4 Jun 2011, Kongres PSM telah diadakan di mana beliau telah dipilih menjadi Ahli Pusat PSM.

Beliau memang terkenal di kalangan ahli PSM dan masyarakat untuk kerana bakat menyanyi yang beliau ada. Boleh dikatakan dalam setiap program PSM, beliau akan menyanyikan lagu-lagu perjuangan yang memang diminati oleh orang ramai.

Walaupun beliau begitu giat dalam perjuangan, namun beliau tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarganya. Beliau begitu berdedikasi dan memberi kepentingan dalam memberikan pendidikan, kemudahan, dan juga kewangan kepada anak-anaknya.

Secara totalnya, Komrad Sugu merupakan salah satu tunjang dalam perkembangan Parti Sosialis Malaysia. Beliau mempunyai semangat yang begitu tinggi dan berani berdepan dengan polis untuk memperjuangkan hak pekerja dan masyarakat.

Kini, beliau telah ditahan di bawah Akta zalim EO=ISA. Sudah hampir sebulan beliau ditahan. Sebab yang diberikan adalah sebab yang bodah. Keluarga mereka sedang menanti kepulangannya. Namun, semangat kita tidak akan luntuh. Kita akan berjuang berhabis-habisan.

Salam Perjuangan!
*Ravindran & S. Munusamy. Tulisan ini dipetik dari laman PSM.


Apabila Sugu ditangkap pada 2 Julai, beliau bercakap kepada saya melalui telefon. Beliau berkata, "Saya OK, sila pastikan siapa-siapa yang boleh bawa ibu saya ke hospital." Mindanya masih sarat dengan kesihatan ibunya yang semakin kritikal sejak bulan lalu.

Kemudian saya berjumpa dengan Sugu apabila beliau datang untuk kes Protes kenaikan minyak di mahkamah, di mana kami ditangkap bersama ketika itu. Beliau dibawa masuk dengan tangannya digari. Beliau dan Saras menerima tepukan yang gemuruh apabila melangkah ke dalam mahkamah. Sugu masih memakai baju T-shirtnya "Udahlah", memanjat ke atas kerusi dan menjerit "Hidup Rakyat!", "Udahlah Bersaralah BN". Saya rasa tindakan itu adalah berani untuk seseorang yang ditahan tanpa perbicaraan.

Saya mengenali Sugu untuk beberapa tahun, dan beliau sememangnya rakan seperjuangan yang rajin. Sentiasa taat kepada perjuangan dan matlamat. Sentiasa yakin dengan kuasa rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau lebih berusaha untuk membaca dan menulis. Semangat ini harus dipuji memandangkan beliau hanya mengkaji sehingga tingkatan tiga, tetapi ini tidak menghalang tekadnya. Di mahkamah beliau memberitahu saya, bahawa polis menyoalnya, apa itu sosialisme? Beliau menjawab membuat kerja umbi dan membantu mereka yang miskin.

Satu lagi, anak beliau juga sangat aktif dalam aktiviti parti dan kerja akar umbi. Sugu memandang ianya sesuatu yang penting, dan sering menggalakkan anaknya untuk terlibat sepenuhnya. Hari ini, ketika beliau ditahan, keluarganya bekerja sepenuhnya untuk memperjuangkan pembebasannya.

Sugu memainkan peranan memimpin dalam banyak aspek, sebagai anggota PSM negeri Perak, penyelaras program hari Buruh, dan sentiasa menjadi perunding dengan polis apabila demonstrasi dijalankan di Perak. Penahanan terhadap beliau dan lain-lain adalah salah, dan kesemua orang mengetahuinya. Saya pasti Sugu akan lebih kuat dan tabah apabila dibebaskan. Tabah, rakan seperjuangan, sementara kita memperjuangkan pembebasan kamu!

*Arutchelvan ialah Setiausaha Agung PSM. Tulisan ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Inggeris.

Sistem Biometrik: Terlalu mahal, tiada timbang tara, terlalu lama untuk dilaksanakan

Posted: 27 Jul 2011 03:04 AM PDT

Pakatan Rakyat |

Mewakili Sekretariat PakatanRakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang-kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkantahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH 2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrikyang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulangkali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH 2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekalkerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

*Kenyataan daripada sekretariat Pakatan Rakyat, diwakili Mohd Hatta Md Ramli (Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS), Liew Chin Tong (Setiausaha Antarabangsa DAP) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR).

Fahmi Reza: 709 adalah jari tengah kepada elit pemerintah

Posted: 27 Jul 2011 02:57 AM PDT

Lim Hong Siang

Reaksi kerajaan Barisan Nasional terhadap BERSIH 2.0 mencungkil ketidakpuasan orang ramai, terutamanya orang muda, yang melihat bagaimana elit pemerintah semakin hari semakin tidak mewakili rakyatnya. Kerajaan telah menyalahgunakan institusi awam untuk menjaga kepentingan diri - termasuk memanipulasikan media, mempergunakan polis untuk menguasai rakyat, seolah-olah dirinya raja yang mana rakyat kena ikut cakapnya.

"Jadi, 9 Julai (perhimpunan BERSIH 2.0) tu, is a big middle finger (jari tengah) to them, sebenarnya. It's a big f*** you to them juga. Ya, dia suruh kita jangan pakai yellow (kuning), we say f*** you, kita akan pakai apa-apa baju yang kita nak pakai. They said you tak boleh turun ke jalan, we say f*** you, this is our country, this is our rights. Dan kita akan jalan, whether you like it or not, because we are only exercising our rights untuk kebebasan berhimpun."

Demikianlah kata-kata Fahmi Reza (gambar kanan), Pengarah filem "10 tahun Sebelum Merdeka" dalam forum "Sebelum & Selepas 709: Apa Kata Anak Muda?", anjuran bersama Free Public Forum Malaysia (FPF), Amnesty International Malaysia, dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Ramai panelis dan hadirin yang bersetuju, malah kagum dengan kejayaan rakyat Malaysia untuk menembusi sekatan polis dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0, lebih-lebih lagi dibadai dengan ugutan, amaran keras dan sebagainya daripada pihak pemerintah sebelum 709.

Selain Fahmi Reza, forum ini membariskan bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysiam Shazni Munir; Faisal Aziz dari Amnesty International, Setiausaha Pentadbiran DEMA, Wong Swee Nee, aktivis JERIT dan PSM Bawani, dan Afif dari IDEAS sebagai ahli panel. Diskusi yang bertindih dengan forum isu Teoh Beng Hock (di bangunan yang sama diskusi diadakan), candle light vigil untuk EO6 (di Dataran Merdeka) semalam, menarik kira-kira 80 orang.

Beberapa orang hadirin yang berkongsi pandangan dalam sesi soal-jawab menyahut apa yang dikatakan Fahmi, iaitu reaksi kerajaan terhadap BERSIH yang mengeruhkan keadaan. Seorang hadirin mendakwa dirinya tersinggung dengan label negatif yang dilontarkan Perdana Menteri terhadap peserta perhimpunan sebagai pengkhianat (traitor), kurang ajar dan sebagainya, sedangkan beliau hanya berhimpun untuk meluahkan pandangannya.

"BERSIH" menjadi buah mulut

Perhimpunan BERSIH 2.0 disertai mereka yang berasal dari latar belakang yang pelbagai, malah ramai antara mereka yang turun ke jalan raya buat kali pertama, menurut pengamatan Fahmi Reza. Beliau melihat 709 mungkin petanda awal manifestasi kebangkitan rakyat, khususnya orang muda; bagaimanapun mengingatkan bahawa sama ada kebangkitan itu mampu diteruskan atau dimatikan bergantung kepada usaha kita semua.

Faisal Aziz (gambar kanan) yang terakhir berucap untuk pusingan pertama, mendahului dengan "ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia, kerana "terma demokrasi itu kini diraihkan di jalan raya, dan bukan hanya di buku sahaja". Beliau menyifatkan penyertaan perhimpunan sungguh menggalakkan, terutamanya "anak-anak muda yang tak pernah terlibat dengan organisasi human rights, atau organisasi seperti IDEAS, ataupun tampil ke depan untuk berdiskusi intelek, atau discourse intelektual lain."

Menurut pemerhatian Faisal, anak-anak muda yang tidak menyentuh soal politik dalam sembang-sembang teh tarik mereka sebelum ini, kini semakin "celik" dan mula berbincang mengenai "BERSIH". Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangannya terhadap penduduk kampung yang lebih terpengaruh dengan maklumat media arus perdana, di mana mereka enggan berbincang mengenai "BERSIH".

Namun, pengalaman Bawani agak berbeza, beliau mendapati orang-orang kampungnya yang sebelum ini tidak bercakap pasal politik, kini bercakap pasal "BERSIH". "Sekurang-kurangnya mereka tahu sesuatu mengenai BERSIH, lebih baik daripada langsung tidak tahu apa-apa mengenainya," kata Bawani. Mungkin ia bukan kesedaran yang tinggi, tetapi memadai buat peringkat permulaan, kata Bawani.

709 lebih daripada 8 tuntutan BERSIH

Afif pula bersetuju dengan Fahmi, bahawa makna perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 lebih daripada lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0. Beliau menghurai bagaimana masalah yang menimpa rakyat dalam kehidupan harian, misalnya inflasi, korupsi, penyelewengan dan sebagainya telah mendorong mereka untuk turun ke jalan raya.

Swee Nee pula menuduh bahawa media yang sepatutnya memupuk kesedaran masyarakat terhadap "lapan tuntutan BERSIH', mengalihkan tumpuan kepada isu-isu seperti "sama ada BERSIH haram", "adakah BERSIH mendapat permit perhimpunan", "siapa dalang di sebalik BERSIH" dan sebagainya, ketika membuat liputan sebelum perhimpunan 709.

Afif mengambil kesempatan untuk menyanggah logik kerajaan bahawa hak berhimpun golongan minoriti perlu dinafikan demi kepentingan majoriti. Beliau menyimpulkan bahawa apabila kita menafikan hak segelintir orang minoriti, pada masa yang sama kita juga akan menafikan hak semua orang. Beliau mengambil contoh 709, "Untuk menafikan (hak) 50 ribu orang yang masuk KL itu, polis telah menafikan (hak) ratusan ribu orang yang duduk dan nak masuk KL."

Impak BERSIH: Sebelum atau selepas 709?

Shazni Munir memberi pandangan bahawa bilangan yang turun pada 709 sebenarnya tidak penting, tetapi impaknya merebak kepada rakyat yang neutral dan tidak turun ke jalan raya selepas 709 - apabila rakyat menyaksikan sendiri bagaimana mereka yang mahu menyampaikan pandangan dilayan sebegitu rupa oleh polis dan kerajaan.

Faisal bersetuju dengan pandangan Shazni (gambar kanan), bahawa orang ramai mula berfikir sama ada lapan tuntutan BERSIH itu relevan, atau terlalu berat untuk dilaksanakan selepas 709. Impak BERSIH lebih terasa selepas 709 berikutan keganasan polis, yang menyebabkan orang ramai mula bersimpati terhadap BERSIH, pada masa yang sama, cuba menyelami apa sebenarnya BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, ketika mengulas pandangan yang dilontarkan Shazni Munir, seorang hadirin menganggap impak BERSIH telah bermula sebelum perhimpunan pada 9 Julai. Penangkapan mereka yang berbaju kuning, kerajaan yang berdolak-dalih dalam isu stadium - telah memaksa orang di atas pagar untuk membuat satu pendirian, menurutnya.

Beliau turut membangkitkan bagaimana peranan Facebook untuk menghapuskan ketakutan rakyat sebelum 709. Apabila laman sosial ini ditenggelami dengan gambar profile berwarna kuning, atau dengan badge BERSIH 2.0, maka ia memberi makna bahawa orang ramai berada bersama BERSIH, dan keadaan ini membantu untuk menyingkirkan rasa takut pada diri mereka yang menyokong BERSIH - kerana solidariti yang diberikan warga internet.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Dakwa Cubaan Bunuh Anwar, Peguam Disoalsiasat

Posted: 27 Jul 2011 02:54 AM PDT

Ditulis oleh Anna Farina Abdul Rauf


KUALA LUMPUR : Peguam N. Surendren disoal siasat polis bersabit dakwaannya bahawa terdapat cubaan membunuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendren pada mulanya hadir di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur bagi mengiringi pengawal peribadi kepada Anwar, Fayyahd Afiq Albakqry, memberikan keterangan kepada polis berhubung dakwaannya menjadi mangsa kekerasan polis semasa himpunan aman Bersih 2.0, 2 minggu lalu.

Surendren yang ditemui di luar balai polis berkata, soalan- soalan yang diajukan polis kepadanya tidak relevan.

Beliau sebelum ini mendakwa tindakan polis melepaskan tembakan peluru gas pemedih mata tepat kearah muka Anwar adalah siri terbaru untuk membunuh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau juga berkata, insiden itu seolah- olah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

Dalam perkembangan lain, sehingga jam 4 petang tadi, Fayyahd masih lagi disoal siasat.

Fayyahd sebelum ini membuat laporan polis setelah mengalami keretakan tulang pipi akibat mahu melindungi Anwar yang menjadi sasaran tepat tembakan gas pemedih mata oleh polis di KL Sentral 9 Julai lalu.

Beliau yang ditemani Pengarah Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya sekitar jam 2.30 petang tadi.

Sejuru selepas itu, kelihatan peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri dan peguam N. Surendren yang turut hadir bagi memberikan sokongan kepada Fayyahd.

Pada kejadian tersebut, dikatakan pihak polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata di kawasan terowong di KL Sentral tanpa sebarang amaran.

Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata.

Biometrik Hanya Boleh Dilaksana Jika Senarai Daftar Pengundi Bersih

Posted: 27 Jul 2011 02:53 AM PDT

Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Penggunaan sistem Biometrik hanya akan boleh dilaksanakan jika senarai data dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikemaskini dan dibersihkan daripada elemen pengundi hantu dan sebagainya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata SPR sebenarnya tidak memahami permasalahan pokok dan enggan memahami mengapa Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan sistem ini.

"SPR tak faham masalah sebenarnya. Sebenarnya ialah biometric ini boleh dilaksanakan dengan syarat bahawa data yang ada pada SPR itu telah dikemaskini.

Maknanya ada data yang benar- benar sahih baru kita boleh laksanakan biometrik," jelasnya.

Suhaizan berkata SPR bukan sahaja dikritik kerana mempunyai senarai pengundi yang dicemari dengan puluhan ribu pengundi hantu malah turut memiliki senarai pengundi klon.

Pengundi klon adalah fenomena dimana seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza dengan mempunyai dua nombor kad pengenalan.

Ini membolehkan individu itu mengundi sebanyak dua kali tanpa dapat dikesan pegawai SPR dan pemerhati pilihan raya.

Suhaizan berkata, pihaknya berjaya mengesan banyak kes pengundi klon dalam senarai daftar pemilih SPR sendiri.

"Dalam kes ini kita dapat bertemu dengan banyak kes tapi kita hanya keluarkan hanya tiga kes dulu di mana kes ini adalah satu nombor kad pengenalan lama tetapi dimiliki dua individu.

"Dua individu ini pula adalah kita syak adalah orang yang sama. Seperti nama Murugan a/l Subramaniam dan Mariam binti Su. Mereka ini mengundi di kedah. Dua-dua ini punya dua identiti. Mempunyai IC lama yang sama tetapi mempunyai dua IC baru yang berlainan. Jadi ia mempunyai hak mengundi dua kali. Itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya sebenarnya," jelas Suhaizan.

Suhaizan berkata, masalah ini berpunca daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak mengemaskini senarai nombor kad pengenalan dalam sistem mereka.

SPR pula menyerap senarai nombor kad pengenalan itu, tanpa memeriksanya terlebih dahulu sehingga terlepas pandang kewujudan pengundi klon ini.

Suhaizan berkata apa yang menjadi masalah, sebaik sahaja SPR memasukkan senarai nama itu kedalam sistem daftar pemilih, ia sukar untuk dikeluarkan semula.

"Dan sekarang masalahnya ialah bila dia dah masukkan mengikut Seksyen 14 Peraturan Pilihan Raya tidak mudah untuk kelakan dari daftar pemlih itu. Itu sebagai prementasi iaitu dia ada hak . Masalahnya sekarang bagaimana SPR nak keluarkan dari daftar pemilih ini dan apa haknya nak keluarkan,"

Sehubungan itu, Suhaizan bersama Setiausaha DPP, Khairul Faizi Ahmad membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, hari ini berhubung perkara itu dan meminta agar polis segera menyiasat perkara tersebut.

"Ini adalah hasil daripada satu penemuan yang telah kami jumpai dalam laman SPR sendiri bagaimana berlakunya pertindihan dan juga penipuan-penipuan dalam kad pengenalan yang menunjkkan telah wujud pengundi hantu tu dalam daftar SPR," kata Kahirul Faizi.

Laporan itu dibuat susulan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui wujudnya klon nombor kad pengenalan pengundi berdaftar dalam senarai daftar pemilihnya.

Wan Ahmad sebelum ini menerusi akhbar The Star, bertarikh 24 Julai lalu, mengesahkan kewujudan pengundi klon, seperti yang didakwa pimpinan Pakatan Rakyat.

Laporan berita tersebut bertajuk "EC: Help us purge 'clone' from electroral roll."

Wan Ahmad juga dilaporkan meminta parti politik atau mana- mana individu tampil memberikan maklumat kepada SPR kononnya untuk membersihkan daftar pengundi tersebut.

PM, Isteri Digesa Beri Kerjasama, Elak Sapina

Posted: 27 Jul 2011 02:51 AM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang


SHAH ALAM : Lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diingatkan agar tidak terus mengelak untuk memberi keterangan sekaligus terhindar dari dikenakan sapina oleh mahkamah dalam perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 8 Ogos depan.

Peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair berkata, mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan.

"Kami boleh memohon sapina dari mahkamah. Sapina ini adalah satu order (kuasa) kepada mahkamah untuk mereka menghadapkan diri di mahkamah.

"Permohonan ini adalah untuk memohon supaya pihak pendakwa membekalkan atau mengesahkan kehadiran Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, dua pegawai polis dan Hasanuddin supaya dibawa ke mahkamah untuk di temuramah oleh kami," tegasnya.

Hari ini, Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Sebelum ini, Sankara Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

Pada 13 Julai, hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu ketua pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pengadu kes itu ialah saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwar bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Elak Pesalah Terlepas, PKR Gesa RCI Kes Sarbani

Posted: 27 Jul 2011 02:50 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


PETALING JAYA : Bagi mengelakkan hal sama berulang dalam kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Terdahulu keluarga mangsa juga turut menyatakan pendirian sama mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Bagaimanapun kerajaan hanya bersetuju menubuhkan inkues bagi menyiasat misteri kematian Allahyarham.

Lantaran tidak mahu mereka yang bersalah terlepas dari tanggungjawab, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau menyokong sepenuhnya usaha keluarga Allahyarham yang mahukan keadilan di atas kematian bekas penolong pengarah Kastam Selangor itu.

"Polis Diraja Malaysia telah menolak sebarang tindakan terhadap tiga orang pegawai SPRM yang dinamakan di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Teoh Beng Hock, Hishamuddin Hashim, Mohamad Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus memandangkan polis menganggap mereka tidak menyalahi sebarang undang-undang dan bergantung kepada siasatan dalaman SPRM. Pun begitu SPRM hanya menggantung ketiga-tiga individu tersebut,"kata Nik Nazmi.

"Sebenarnya mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan iaitu homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh (culpable homicide not amounting to murder) dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

"Harus diingat permintaan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Teoh Beng Hock juga memakan masa yang lama dan hanya selepas keputusan koroner yang tidak muktamad dan tekanan politik barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhannya,"tambahnya lagi.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, laporan Suruhanjaya Diraja dalam kes Teoh Beng Hock mendedahkan kepada awam bagaimana teknik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan prosedur siasatan sehingga menyebabkan Beng Hock tertekan lalu bertindak membunuh diri.

Rumusan yang dibuat Oleh Suruhanjaya Diraja itu sebulat suara memutuskan bahawa ketiga-tiga pegawai SPRM bertanggungjawab di atas kematian mendiang.

"Bagaimanakah pengumuman penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dapat mengembalikan imej dan kewibawaan SPRM apabila jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri?

"Memandangkan isu ini isu serius yang sudah timbul berkali-kali, nyata sekali siasatan dalaman bukanlah penyelesaiannya. Seperti kata pepatah Inggeris, who will guard the guards? Jadi kalau SPRM yang buat salah, kalau panel itu dipengerusikan oleh ketua pesuruhanjaya SPRM. Sejauh mana kewibawaan siasatnya,"kata beliau lagi.

Minggu lalu, isteri kepada Allahyarham Sarbani, Maziah Manap membuat laporan polis menggesa pendedahan blogger terkenal, Raja Petra Raja Kamaruddin disiasat.

Dalam lapan entrinya, Raja Petra antara lain berkata, Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbani ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

"Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbani memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbani tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau.

Dakwaan ini dikatakan dalam tulisannya ketika inkues masih berjalan. Inkues yang sedang berehat dua minggu akan disambung awal bulan depan.

Kematian Sarbani, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Selangor telah mengejutkan banyak pihak.

Allahyarham ditemui meninggal dunia di Pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.

Undi Bertindih : Biometrik Bukan Penyelesaian, Kata Ambiga

Posted: 27 Jul 2011 02:49 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


SHAH ALAM : Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.

Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini.

"Saya risau kerana sistem biometrik akan bergantung sepenuhnya terhadap JPN yang tidak boleh mengesan orang mati. Saya ada masalah dengan itu," kata beliau.

Justeru, saranan supaya SPR memperkenalkan dakwat kekal untuk mengelak isu pengundi bertindih adalah jauh lebih rasional, murah dan mudah untuk dilaksanakan.

Parti Keadilan Rakyat baru- baru ini mengenalpasti lebih 1,607 pengundi yang sudah mati di Perak tetapi masih disenaraikan dalam daftar SPR.

SPR sering dikecam bersabit dakwaan- dakwaan bahawa daftar pengundi dimanipulasi bagi membolehkan pengundian dua kali oleh individu sama atau kes individu menggunakan butiran pihak lain untuk mengundi.

Ambiga hari ini tampil di sebuah wacana untuk membincangkan hala tuju sistem pilihanraya susulan perhimpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

Hadir sama di wacana itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar termasuk Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Ambiga seterusnya mempersolkan sama ada SPR mampu melaksanakan sistem biometrik menjelang pilihan raya umum yang dijangka di adakah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Ia melibatkan jumlah teknologi yang besar. Sistem ini akan mudah tergendala kerana melibatkan sistem yang rumit," ujar beliau.

Beliau seterusnya menyarankan SPR mengorak langkah melaksanakan pendaftaran pengundi undi secara automatik apabila seseorang mencapai usia 21 tahun.

Ambiga gusar sistem yang ada sekarang akan menafikan hampir 3.5 juta pengundi hak untuk mengundi, semata- mata kerana nama- nama mereka tidak sempat diwartakan dalam daftar pengundi terbaru.

"Kita perlu mengorak langkah untuk memastikan (mereka boleh mengundi) dan bukan halang mereka. Untuk daftar pengundi mudah tapi (untuk mengundi mereka) terpaksa menunggu beberapa bulan. Tiga juta orang (kemungkinan) tidak boleh mengundi dan itu melanggar perlembagaan," ujarnya lagi disahut tepukan para hadirin.

Bahas P'raya : Ambiga Dan Wan Ahmad Hadapi Keadaan Panas

Posted: 27 Jul 2011 02:47 AM PDT

Ditulis oleh Mohd Hafiizh Mokhtar


SHAH ALAM : Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan terpaksa berdepan dengan cemuhan hadirin dalam debat mengenai hala tuju sistem pilihanraya negara.

Datuk Wan Ahmad di 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf.

Manakala Ambiga menjadi sasaran hadiran yang mendakwa kononnya Bersih tidak mengambilkira kepentingan rakyat dalam menganjurkan perhimpunan seperti pada 9 Julai lalu.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak boleh dipersalahkan atas dakwaan- dakwaan bahawa sistem pilihanraya pincang dan tidak telus.

"Jangan anggap SPR sebagai musuh," rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang usang.

"Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Tiada ulasan: