DIALOG RAKYAT |
- 15 alat sulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat
- Lynas: Adnan perlekeh bantahan penduduk, pentingkan keuntungan
- Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN
- Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri?
- Zahid, Kalau Telus Kenapa Halang & Halau Bourdon?
- DEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?
- RapidKL rugi RM10 juta akibat kecurian kabel
- PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu?
- Malaysia juara tilawah al-Quran antarabangsa
- Tiada sebab saya perlu tipu, Mat Sabu anggap polis berbohong
- Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa
- Kenapa polis tak tayang insiden langgar Mat Sabu sepenuhnya??
- BERSIH 2.0 ; Alasan kerajaan dan polis umpama filem Seniman Bujang Lapok'
- TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"
- Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang
- UMNO juara celaru rakyat
- SPRM: 3 pegawai dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan
- Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene
- RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH
- ADUN wanita pertama S'wak meninggal dunia
- Najib sambut hari jadi ke-58 dengan 'pulut kuning'
- Retreat PAS Melaka rangka gerak kerja PRU 13
- Kes Teoh: Jangan persoal keputusan suruhanjaya, kata Najib
15 alat sulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat Posted: 23 Jul 2011 11:21 PM PDT WARKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang 'membuang' alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat. KONTROVERSI: Rakyat Malaysia, Fatine Young (nama asal Mohd. Fadzil Min Bahari), kiri ketika bersama 'suaminya' dari UK yang dinikahi sedikit masa dulu. Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara 'anu' tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan. "Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya. "Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang 'dipotong'. "Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok," katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini. Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap 'dibungkus' di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas. "Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang 'Pak Sheikh'. "Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur," katanya. Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja. "Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka. "Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana 'anunya' datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam," katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan. Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri. "Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka 'syarahan', termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu. "Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki," katanya. Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun. "Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri. "Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu," katanya. Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga. "Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda," katanya. -HMetro | ||
Lynas: Adnan perlekeh bantahan penduduk, pentingkan keuntungan Posted: 23 Jul 2011 11:17 PM PDT
WarkahDaily Siapa tak tahu, ekonomi Pahang berada dalam keadaan tenat tapi dengan kehadiran projek memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd di bumi Pahang, nampak semacam melegakan hati Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob. Projek pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang. Terdahulu, beliau bersama Badar yang merupakan NGO di bawah lajnah pengguna mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meluluskan pembinaan kilang tersebut. MITI diwakili setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan turut bersama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Lembaga Perlesenan Atom Negara Raja Abdul Aziz Raja Adnan selain wakil daripada JAS, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), kementerian kesihatan dan beberapa agensi lagi. Dalam pertemuan tersebut, Badar mempersoalkan beberapa perkara antaranya mengenai hubungan MITI dan MIDA sehingga tertubuhnya kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng. Mereka juga meminta MITI menjelaskan mengapa kelulusan membina kilang Lamp dikeluarkan pada 2007 sedangkan lesen pengilangan dikeluarkan oleh MITI pada 2008. Selain itu Badar turut mempersoal tindakan MITI mengeluarkan kelulusan lesen pengilangan sebelum kelulusan laporan EIA dikeluarkan pada 2008. "Masih banyak prosedur yang tidak jelas dalam pembinaan kilang ini yang sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya dari segi keselamatan penduduk berhampiran," katanya. Sehubungan itu, Badar juga mengadakan pertemuan dengan Lajnah Guaman PAS bagi mengemukakan tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang itu yang dikatakan sudah 65 peratus siap. Menurutnya juga, tidak terlalu awal untuk pihaknya menaruh harapan untuk menang jika tindakan undang-undang diambil berdasarkan pengalaman kemenangan penduduk Semenyih, Negeri Sembilan yang membantah pembinaan insinerator bagi pelupusan sisa pepejal pada 2007. "Saya melihat peluang untuk menang besar banyak prosedur yang tidak dipatuhi dan belum diikuti oleh Lynas seperti laporan EIA ataupun berkaiatn pembinaan kilang tidak lengkap," katanya yang merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting menbantah insinerator Broga. Tambahnya, penduduk Balok, Kuantan akan dijadikan plaintif dalam afidavit yang akan difailkan. Ketahui berkaitan Lynas | ||
Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN Posted: 23 Jul 2011 11:15 PM PDT http://idrisahmad.wordpress.com/ 2Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13. | ||
Istimewanya PATI, Hinanya Anak Negeri? Posted: 23 Jul 2011 11:14 PM PDT Oleh : RAHMAN IBRAHIM (sabahkini) BETAPA hinanya Anak Negeri Sabah kerana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tanpa teragak-agak menghantar jentolak untuk meranapkan rumah mereka di beberapa kampung di Likas, Inanam dan Sepanggar atas alasan rumah mereka adalah Setinggan; sinonim dengan pepatah Melayu, hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. | ||
Zahid, Kalau Telus Kenapa Halang & Halau Bourdon? Posted: 23 Jul 2011 10:55 PM PDT KELAB GREENBOC Zahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002. Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis. "Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna. Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan. "Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya. Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu. - Bernama Ulasan GB Hah, kalau telus kenapa halau peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin? Tindakan kerajaan menghalau peguam berkenaan JELAS menunjukkan kerajaan Malaysia bodoh dan bangang kerana dengan cara sedemikian nama Malaysia telah tercemar dan imej negara terjejas di mata dunia. Adalah jelas juga bahawa tindakan menghantar pulang peguam berkenaan adalah kerana ketakutan kerajaan rahsia pembelian kapalselam berkenaan terbongkar, berhubung-kait pula dengan kes kematian Altantuya yang melibatkan beberap figur utama pemimpin negara. Esok lusa - kebenaran PASTI terbongkar juga walau cuba dihalang dengan pelbagai cara! | ||
DEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal? Posted: 23 Jul 2011 10:54 PM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin SHAH ALAM : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai. Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini. " Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal. " Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13. Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat. "Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata. Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan. "Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi. Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini. " Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful. " Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi. Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya. Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih. Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. | ||
RapidKL rugi RM10 juta akibat kecurian kabel Posted: 23 Jul 2011 10:35 PM PDT BERNAMA Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling. "Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini. "Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya. Mengenai program latihan kecemasan itu, Bukhari berkata program itu turut melibatkan kerjasama antaranya pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memberi pendedahan kepada kakitangan RapidKL ketika berhadapan dengan situasi kebakaran di stesen LRT. "Ini adalah latihan kebakaran pertama bagi tahun ini yang melibatkan 300 orang kakitangan RapidKL termasuk anggota polis dan bomba. Kita juga merancang untuk membuat latihan ini di LRT Kelana Jaya pada bulan September tahun ini," katanya. RapidKL juga merupakan pengendali perkhidmatan bas RapidKL dan bas perantara. | ||
PAS: Mengapa mahu siarkan selepas dua minggu? Posted: 23 Jul 2011 10:31 PM PDT MALAYSIA KINI Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad. "Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media. Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu. Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan. "Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu. "Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," katanya. Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting. "Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya. Nasib polis
Video polis sahih RTM dan TV3 | ||
Malaysia juara tilawah al-Quran antarabangsa Posted: 23 Jul 2011 10:28 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan dari Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di ibu negara malam tadi. Amirrahman dan Suraya juga muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Laporan Bernama Online menyebut johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus. Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan. Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan. Majlis tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia. Sementara itu, Amirrahman, 29, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau amat bersyukur dengan kejayaan itu meskipun kurang sihat pada hari pembacaan sekali gus dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Beliau berkata kemenangan itu akan menjadi pendorong mendidik generasi muda agar bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu al-Quran. Suraya, 39, juga mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu setelah menjadi johan qariah pada peringkat kebangsaan dan pernah mendapat tempat naib johan peringkat antarabangsa pada 2002. "Cita-cita saya telah tercapai untuk menjulang kejuaraan pada peringkat antarabangsa selepas berehat dari bidang tilawah selama sembilan tahun," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | ||
Tiada sebab saya perlu tipu, Mat Sabu anggap polis berbohong Posted: 23 Jul 2011 10:18 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu mempertahankan dakwaannya ke atas polis sebelum ini bahawa motosikal diboncengnya telah dirempuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu. Sehubungan itu Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" (gambar) berkata, beliau tiada sebab untuk berbohong berhubung nasib dialaminya tiga minggu lalu. "Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," kata Mohamad dalam temu bual dibawa oleh Harakah keluaran terbaru dengan tajuk muka depan "Jumpa di mahkamah" dan tajuk di muka kedua "Timbalan Presiden PAS anggap polis berbohong". Justeru kata Mohamad, kesemua imej dan rakaman yang dikeluarkan oleh polis mengenai kemalangan melibatkan beliau pada 9 Julai lalu adalah tidak benar. "Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan. "Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," kata beliau dalam temu bual terbaru ini. Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera. Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamen yang terkoyak. Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa Mohamad dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menghalang hasrat Mohamad yang dilapor mahu menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Bersih. Kata beliau, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri. "Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional," kata beliau. "Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) . . . terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian," katanya. Laporan media kelmarin menyebut Mohamad telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada PDRM kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal diboncengnya. Sehari sebelum itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid pada sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin nombor dua PAS itu. "Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero," katanya. Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mohamad. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan. Mengenai keadaannya sekarang, Mohamad berkata, "Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukkan besi sudah pun selesai." "Selepas seminggu pembedahan iaitu pada 15 Julai lalu, saya sudah boleh meletakan kaki kanan ke lantai, tidak macam mula kena dulu terpaksa, dipapah atau bertongkat tanpa meletakan tapak kaki ke lantai sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian lutut," kata beliau lagi. Dalam perkembangan yang sama, Mohamad yakin Suhakam akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung aduan yang dibuat minggu lalu. "Sebab itu kita ada suruhanjaya penyiasat, kehakiman atau badan Suhakam. Namun saya beri kepercayaan kepada Suhakam kerana ia lebih telus membuat siasatan kerana ia bersikap tengah daripada siasatan polis. "Jika polis tidak kasar bagaimana boleh ada kematian, kecederaan seperti saudara (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad yang menerima jahitan di kepala, sahabat kita dari Balik Pulau yang menerima 20 jahitan luar dan bahagian dalam mulut, pengiring Datuk Seri Anwar dan banyak lagi. "Sedangkan perhimpunan kita aman, tidak membawa apa-apa barangan sehingga mengakibatkan pihak polis bertindak di luar batasan," kata beliau. Ditanya sama ada perhimpunan tempoh hari sudah memadai, Mohamad berkata, "tidak memadai lagi untuk kita berpuas hati sebab sampai saat ini SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) belum pun berbincang untuk menerima tuntutan Bersih 2.0, begitu juga kerajaan yang berkuasa." "Mereka berdiam diri tetapi cuba mengalih pandangan rakyat dengan cerita kononnya pembangkang memperkudakan Bersih 2.0 di samping membuat tuduhan polis bertindak jahat dan keterlaluan. "Sekiranya SPR atau kerajaan masih berdegil tidak mustahil satu lagi kebangkitan rakyat Bersih 3.0 akan bergema dengan kumpulan yang lebih besar. Apa pun kita tunggu dalam masa tiga bulan akan datang," katanya. | ||
Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa Posted: 23 Jul 2011 10:16 PM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa. Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan. "Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir. Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan. Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. "(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990. Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu. Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR. Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka. "Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir. | ||
Kenapa polis tak tayang insiden langgar Mat Sabu sepenuhnya?? Posted: 23 Jul 2011 05:32 PM PDT Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu. Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13. | ||
BERSIH 2.0 ; Alasan kerajaan dan polis umpama filem Seniman Bujang Lapok' Posted: 23 Jul 2011 05:29 PM PDT KUALA TERENGGANU - Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sehingga Oktober depan, anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menyoal Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak dari manakah gas pemedih mata yang digunakan oleh polis menembak peserta BERSIH 2.0 dibeli. Ahli Parlimen Machang berkata demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Khalid Bakar yang tidak menafikan dakwaan gas tersebut adalah sama sebagaimana yang digunakan pasukan keselamatan Israel untuk menembak pejuang Palestin. [Gambar - Saifuddin ketika menyampaikan ceramah di MTT, dengan cara popularnya, memancarkan gambar-gambar di skrin melalui LCD, menjadikan khalayak lebih jelas tentang sesuatu isu] | ||
TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI" Posted: 23 Jul 2011 05:23 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah. Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawan anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan. Ada BERSIH kisah? Sepanjang hari Perhimpunan BERSIH yang aman kemudiannya `tidak diaman'kan itu berlangsung, mana muka Ibrahim Ali? Tok Guru Silat? Dikatakan geng-geng Tok Guru Silat sebenarnya hadir dengan sejumlah 50,000 orang lengkap bertanjak dan berkeris telanjang tanpa sarung tetapi mereka menggunakan ilmu ghaib. Sebab itu mereka tidak kelihatan walaupun seekor. Di mana pula geng-geng PERKASA? Dengar khabarnya mereka berkumpul sejumlah 20, 000 ditolak 19, 980 orang berkumpul di sebuah restoren minum teh sambil menonton TV menayangkan drama BERSIH 2.0. Anak buah Ali Rustam? Mungkin terkandas bas atau sedang menonton video Eskay di rumah Rahim Tambi. Maka, memang wajar Ibrahim Ali diberi penghormatan atas nama Anugerah Ibrahim Ali. Jika UITM tidak berselera mahu iktiraf anugerah tersebut, saya fikir ada baiknya anugerah atau piala itu diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Sewaktu sekolah tersebut mengadakan sukan olahraga nanti, kita berikan kepada murid yang berjaya menjadi johan `melompat katak' paling tinggi atau paling kerap melompat. Saya harap idea bernas saya ini diterima sebaik mungkin demi menjaga nama Ibrahim Ali yang kita sayangi itu./wfauzdin.blogspot.com | ||
Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang Posted: 23 Jul 2011 05:19 PM PDT MSO SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa? Sekali pandangan persetujuan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih. Apa yang Bersih tuntutan ialah antara lain akses media yang adil, penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, membersihkan pendaftaran yang bertindah dan bertindang dan sebagainya. Adapun pengenalan biometerik yang dipersetujui Najib itu tidak pun termasuk dalam tuntutan itu. Kenapa Najib bermurah hati membenarkan atau memperkenalan sesutau yang tidak dituntut? Tentu ada motifnya. Selalunya beruk tidak akan hingguk 'selongennya' kalau tidak ada mengada. Jadi rakyat jangan terkeliru dengan kemurahan hati Najib itu. Walaupun dia baru berjumpa dengan orang paling suci dalam agama Kristian, Pope Benedict tetapi persetujuan memberikan SPR menggunakan sistem biometerik itu tidak menggambarkan kesucian dan kekudusan hati Najib. Ia ada undang di sebalik batu di sebalik kesediaan untuk memenuhi tuntutan. Kebenaran atau pengenalan sistem itu adalah untuk keuntungan UBN dalam pilihan raya. Harus difaham UBN tidak akan melalu sesuatu yang melabakan pembangkang, hatta apa yang dilakukan itu afalah tuntutan dan kehendak undang-undang. Sebaliknya demi menghalangkan pembangkan UBN sedia merogol dan meliwat apa saja undang-undang. UBN terpaksa melakukan itu kerana keadaan waktu ini sangat terdesak. Saya kira Najib tidak ikhlas untuk membersihkan pilihan raya negara ini. Najib dan sukusakatnya termasuk Mahathir Mohamad tahu kalau pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, telus dan adil UBN sudah lama bungkus dan hanyut. Tidak payahlah Najib bersumpah laknat untuk mengatakan pilihan raya ini bersih, adil dan telus. Mungkin dia boleh menipu mereka yang kahil maklumat ataupun sudah kabur mata kerana taksub kepada pemimpin kerajaan. Kenapa Najib mudah bersetuju memberi kebenaran kepada SPR menggunakan sistem berkenaan? Kita akan denga ulasan daripada pemimpin-pemimpin politik pembangkang selepas ini. Esok mungkin ramai yang memberi pandangan terhadap isu ini. Tetapi apa yang saya nampak kerana sistem itu akan mengguntungkan UBN sebab itulah ia diperkenalkan. Menerusi sistem ini UBN akan mendapat pengundi 'hantu'. Pengundi hantu ini terlebih dahulu didaftarkan atau melalui sistem berkenaan. Tidak syak lagi sistem biometerik yang bakal menelan ratusan juta ringgit itu adalah tali hayat terakhir UBN sebelum tersembam. Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka. Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik. Proses ini sedang berlaku sekarang ini. Tanya kepada 300 agensi yang diberi tanggungjawab (berbayar) melakukan pemutihan ini, ada yang jujur menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Misalnya satu keluarga Pati dari Indonesia yang menjadi rakan kepada seorang rakan saya dengan bangga menceritakan yang beliau sudah mendapat kad pengenalan biru negara ini. Apakah erti semua ini. Jadi apabila mereka diberikan kad pengenalan mereka akan mempunyai suara untuk mengundi. Bila sistem biometerik digunakan pada hari mengundi tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka kerana data peribadi mereka sudah pun dimasukan dalam sistem bimeteri berkenaan. Sebaliknya apa yang akan menjadi masalah ialah kepada pengundi asal yang lahir dan membesar di negara ini yang beberapa kali pernah mengundi. Tidak mustahil apabila sistem biometerik digunakan nanti mereka tidak dapat mengundi kerana ditunjukkan oleh sistem itu sebagai tidak sah. Sistem tali hayat UBN ini boleh menggelapkan mana-mana pengundi yang dikenal sebagai pengundi tegar oposisi. Penggunaan sistem biomterik ini adalah tektik dan strategi terbaru UBN untuk menang dan memastikan kuasanya yang sudah meniru itu kekal. Sebenarnya pengumuman Najib hari ini adalah tidak ubah seperti lagak orang yang senganja mendedahkan apa yang sudah berada dalam terang. Protes terhadap pendaftaran Pati ini sudah pun kecoh dan kecur sebelum ini. Beberapa pendedahan telah pun dibuat berhubung kerja jahat UBN ini. Tetapi ia dinafikan hidup-hidup oleh SPR dan juga UBN. Saya rasa sekiranya SPR bersetuju dan akur dengan tawaran Najib itu ia akan mendatangkan bala besar kepada pembangkang. Usah bersih untuk mewujudkan pengundian bersih dan adil bukan saja tidak tercapai tetapi akan jadi lebih kotor dan hampak dari yang ada sekarang ini. Nah, baik Bersih, parti-parti pembangkang perlu memastikan sistem biometerik - yang akan menjadi 'berukmeterik' ini tidak dilaksanakan. Kalau ia dilaksana saya bolehlah menganggap usaha itu sebagai rampasan kuasa oleh UBN ke atas negara ini melalui sistem atau tidakan haram yang dihalalkan. Biometeri adalah berukmeterik | ||
Posted: 23 Jul 2011 05:09 PM PDT PASPBMARANG - Umno adalah satu puak yang sangat suka sekiranya orang ramai keliru dengan sesuatu perkara penting kerana itulah peluang terbaik mereka untuk menangguk di air keruh. Contoh yang terbaik adalah isu yang ditimbulkan mereka dengan mengatakan bahawa PAS sudah membuang dasar Islamnya semata-mata kerana tunduk kepada DAP dengan pengenalan tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan baru-baru ini. Mereka dengan sengaja memainkan isu itu melalui sodaldu-sodaldu mereka di merata-rata tempat dengan harapan isu itu akan mengelirukan masyarakat dan mempercayai bahawa Islam bukan lagi dasar yang diperjuangkan PAS. Dalam ceramah yang diadakan di PASTI Bukit Payong semalam,Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merungkaikan kekeliruan itu dengan memberikan perbezaan antara dasar dengan tema muktamar. Beliau menjelaskan bahawa dasar PAS dalam perlembagaannya,fasal 3 dengan jelas menyebut dasar PAS adalah Islam, sekaligus membuktikan dasar PAS masih meletakkan Islam di tempat teratas. Manakala tema muktamar pula adalah untuk menjelaskan halatuju tahunan parti yang sentiasa berubah setiap tahun. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menyentuh isu berkaitan BERSIH 2.0 dimana menurutnya situasi ketika perhimpunan aman itu menjelaskan kepada masyarakat bahawa Umno membenci orang melayu. "Mengapa ketika tangkapan dibuat, mereka menangkap pemimpin melayu sahaja?Sedangkan Lim Kit Siang ada,Lim Guan Eng ada, tapi tak ditangkap, mengapa? Sebab mereka nak tipu rakyat sedangkan sebenarnya mereka benci kepada pemimpin melayu yang lain dari mereka. Dalam ketika lain mereka kata mereka membela melayu,"terang beliau. Ustaz Mohd Nor menegaskan, PAS sentiasa berusaha menjelaskan kepada rakyat perkara yang sepatutnya rakyat tahu kerana PAS adalah parti yang bertanggungjawab dan tidak mahu memperbodohkan rakyat hanya kerana ingin berkuasa. Beliau mengakhiri ceramahnya dengan memberi peringatan terutamanya kepada Umno bahawa hidup ini bukan sekali di atas dunia ini sahaja,tetapi kita akan hidup sekali lagi dan dihisab oleh Allah sebelum kita dihantar samada ke syurga atau ke neraka. Ceramah itu turut disertai oleh Badrul Hisham Shaharin (CheGu Bard) dan Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai). Majlis kemudiannya dihangatkan pula oleh CheGu Bard (kanan) dengan pendedahan-pendedahan berserta fakta-fakta yang cukup merimaskan Umno BN. Antaranya ialah apabila Umno mengamuk memainkan isu ketuanan melayu kerana Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng dari DAP. Sedangkan ketika Umno mempunyai 15 kerusi DUN, dan Gerakan hanya bertahan dengan lapan kerusi pada tahun 2004, mereka dengan lapang dada mengangkat Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri. Menurut CheGu Bard yang juga Ketua Cabang Rembau, ini kerana asalkan puak-puak Umno dapat projek mereka tak kisah kalau melayu hancur sekalipun. "Dalam isu tanah Kampung Baru, di Parlimen, Lim Kit Siang yang tentang cadangan untuk mengagihkannya kepada bukan melayu, akan tetapi pemimpin Umno setuju nak bagi.Ini ke melindungi hak melayu?,"tanya beliau. Antara lain pendedahan yang dibuat ialah berkenaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri Malaysia yang dia anggap saing tak tumpah seperti Imelda Marcos isteri bekas Presiden Filipina yang begitu gila berbelanja. Juga berkenaan penyelewangan pemberian tanah di Felcra Sungai Malau, Perak yang telah diberikan kepada kroni yang tidak layak. Bagi memahamkan pendengar tentang definasi demokrasi yang sebenar, beliau menerangkan dalam demokrasi sebenarnya kerajaan yang sepatutnya takut kepada rakyat. Bukannya rakyat yang takutkan kerajaan seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Beliau kemudiannya menggesa agar pendokong-pendokong PR agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan penyokong Umno bagi menyampaikan maklumat kepada mereka. Ini kerana penyokong Umno telah dipesongkan pemikiran mereka oleh Umno daripada mendapat maklumat sebenar. Manakala penceramah terakhir, Ustaz Firdaus Jaafar (kiri)pula yakin dan percaya bahawa pasukan polis boleh dibentuk menjadi lebih berhemah apabila PR memerintah. Dan rakyat pasti tidak akan benci dan takut lagi kepada polis lagi dengan imej mereka yang sepatutnya melindungi rakyat dan lebih bersikap profesional. Menyentuh berkenaan individu yang menfailkan saman kepada kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi, beliau hairan apa yang biro agama dan ulamak muda Umno lakukan. Sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti yang melindungi Islam. Berkenaan isu larangan pusat hiburan beroperasi dalam bulan ramadhan di Kedah pula, beliau berkata Umno dan MCA sendiri bercelaru dan tak sekata sesama mereka. Umno setuju dengan kerajaan PAS Kedah untuk tidak membenarkan orang Islam dari memasuki pusat hiburan sedangkan MCA pula kata larangan itu menafikan hak asasi manusia. Tetapi di Melaka,Umno tidak pula halang cadangan kerajaan negeri untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan dari pukul satu kepada pukul tiga. Mengakhiri pidatonya, beliau meyakinkan pendengar bahawa PAS memerintah tidak dengan cara politik kampung seperti Umno, tetapi PAS mengangkat demokrasi | ||
SPRM: 3 pegawai dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan Posted: 23 Jul 2011 05:06 PM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011. *Kenyataan daripada SPRM berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock. | ||
Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene Posted: 23 Jul 2011 04:52 PM PDT Susan Loone EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia. Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan. Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)." Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya. Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi, tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya? Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut. Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi. Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut. Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi. Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah. Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu. | ||
RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH Posted: 23 Jul 2011 04:45 PM PDT BERNAMA Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai. "Sehubungan itu, RTM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu menyiarkan perkara sebenar kepada masyarakat. "Dan saya yakin setakat ini (video) yang telah diberikan oleh PDRM, ia sahih dan boleh digunakan sebagai maklumat am dan khusus kepada masyarakat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Tampin di Dewan Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Gemencheh, dekatTampin, hari ini. Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga anggota Parlimen Tampin dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Khalid Ramli. Mengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian. | ||
ADUN wanita pertama S'wak meninggal dunia Posted: 23 Jul 2011 04:44 PM PDT BERNAMA Tokoh politik veteran Sarawak yang juga wanita pertama menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Tra Zehnder, meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching kerana sakit tua. Mendiang Tra, 84, meninggalkan tujuh anak. Beliau menjadi ADUN dari tahun 1960 hingga 1963 dan merupakan pengasas kepada persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), sebuah perkumpulan wanita Dayak negeri yang masih aktif dan berpengaruh sehingga kini, pernah menjadi sebagai setiausaha kehormat pada tahun 1960 sebelum dilantik menjadi presiden (1964-1966). Pada tahun 1962, mendiang mewakili Sarawak Dayak National Union (SDNU) dalam mesyuarat pembentukan Suruhanjaya Cobbold dan juga wanita pertama menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (1996-2002). Beliau adalah juga wanita pertama dilantik sebagai Iban Temenggong, satu jawatan ketua kaum tempatan negeri, bagi Bahagian Kuching mulai Julai 1988 hingga Februari 1996. Antara sumbangan besar mendiang kepada Sarawak khasnya masyarakat Dayak ialah dalam menjadikan sambutan Gawai Dayak sebagai sambutan peringkat nasional dan majlis rasmi kerajaan. Mendiang juga telah mencadangkan agar 1 Jun setiap tahun dijadikan hari sambutan perayaan Gawai Dayak sebagai pengiktirafan kepada masyarakat kaum Dayak yang terdapat di Sarawak dan sehingga kini diraikan setiap tahun pada 1 dan 2 Jun. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata mendiang Tra telah banyak berjasa kepada pembangunan Sarawak terutama sekali pembangunan sosio ekonomi wanita dan patut dijadikan contoh kepada wanita zaman sekarang. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, Taib, yang juga Presiden PBB, turut mengucapkan takziah dan menganggap mendiang Tra akan meninggalkan legasi yang akan diingati sampai bila-bila dalam sejarah negeri ini. Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah berkata salah satu legasi yang ditinggalkan oleh mendiang kepada sejarah pembangunan negara dan negeri ialah aspek mengekalkan kebudayaan dan warisan Sarawak. "Beliau banyak memberi inspirasi kepada wanita di negeri ini," katanya sambil menambah mendiang Tra ialah seorang yang suka merendah diri dan bersopan-santun. | ||
Najib sambut hari jadi ke-58 dengan 'pulut kuning' Posted: 23 Jul 2011 04:24 PM PDT BERNAMA Umno Negeri Kedah hari ini mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbang itu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya. Hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin parti-parti komponen BN Kedah dan Perlis serta pemimpin kerajaan negeri Perlis selain kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum. Sebaik memasuki balai ketibaan VIP itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membacakan doa selamat tiba. Kemudian hadirin yang ada menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Najib sebelum Perdana Menteri memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim. Perdana Menteri lahir pada 23 Julai 1953. Selepas majlis itu, Perdana Menteri dan isteri serta rombongannya bertolak ke Perlis untuk memulakan lawatan kerja. Sementara itu, Najib memulakan lawatan kerjanya ke Perlis dengan melawat pasar sehari atau lebih dikenali di negeri ini sebagai nat, di Balai Baru, Beseri pada kira-kira 10.50 pagi. | ||
Retreat PAS Melaka rangka gerak kerja PRU 13 Posted: 23 Jul 2011 04:15 PM PDT
| ||
Kes Teoh: Jangan persoal keputusan suruhanjaya, kata Najib Posted: 23 Jul 2011 04:07 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KANGAR – Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak sepatutnya mempersoalkan keputusan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock kerana ia dibuat berdasarkan kebenaran. Dipetik Bernama Online, Perdana Menteri berkata suruhanjaya itu yang ditubuhkan di atas nama Yang di-Pertuan Agong merupakan sebuah badan yang bebas, adil dan mempunyai kredibiliti, dan sebarang kesimpulan yang dicapainya "adalah dalam bentuk kebenaran." "Jangan persoalkan kesimpulan (yang dibuat oleh suruhanjaya itu) kerana ianya akan menggagalkan tujuan penubuhan RCI (suruhanjaya)," katanya. Beliau berkata jika rakyat berterusan mempersoalkan kepada kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu, "apa lagi alternatif lain yang ada" untuk menjalankan siasatan bagi menyiasat kematian Teoh. Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai suara-suara yang masih tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu mengenai punca kematian Teoh bahawa dia membunuh diri, termasuk keluarga Teoh, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Perlis di sini hari ini. Najib yang mengadakan lawatan sehari ke Perlis hari ini berkata mereka yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kredibiliti. Suruhanjaya itu diberi tanggungjawab menyiasat punca kematian Teoh, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Mengenai tiga pegawai penyiasat SPRM yang didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada, Najib berkata tindakan terhadap mereka perlu dibuat mengikut peraturan pentadbiran dan undang-undang sedia ada. Perdana Menteri berkata siasatan perlu dijalankan sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan