Selasa, 19 Julai 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Abdul Aziz, SPR dan amalan demokrasi di Malaysia

Posted: 19 Jul 2011 07:32 AM PDT

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

Saya ingin merujuk terus tulisan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusaazlann yang mendakwa bawa kepimpinan BERSIH 2.0 adalah "tidak benar-benar ikhlas" dan mendakwa mereka didalangi parti politik.

Beliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan "mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu."

Logik yang beliau pakai adalah "Penganjur BERSIH mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur BERSIH sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang.

"Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi... Jadi, sekarang sudah jelas BERSIH didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik."

Bagi saya hujah yang digunapakai oleh Abdul Aziz adalah amat dangkal serta menjelaskan lagi kepada umum bahawa SPR adalah tidak bebas, tidak telus dan memihak. Siapa sebenarnya yang didalangi atau diperalatkan?

Dan siapakah sebenarnya yang telah bersekongkol dengan parti politik? BERSIH atau SPR? Persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh beliau bukannya soal pimpinan BERSIH dilihat bersama pembangkang atau tidak.

Memesongkan fakta

Persoalan besar adalah soal ketelusan dan keadilan dalam prosess pilihan raya dan demokrasi di negara kita!

Dalam hal in beliau tidak menjawab persoalan pokok yang telah dikemukakan oleh BERSIH 2.0 dan seolah-olah cuba memesongkan fakta dengan meletakkan kesalahan kepada parti pembangkang di negara kita.

Isu besar yang seharusnya diperbNONEincangkan secara rasional dan terbuka adalah lapan tuntutan asas BERSIH yang sememangnya telah sejak sekian lama diperjuangkan oleh pimpinan pembangkang di negara kita.

Apakah Abdul Aziz tidak peka dengan keraguan yang kian memuncak dari kalangan banyak pihak terhadap peranan SPR apakan ia benar-benar menjalankan tugas mereka secara 'telus, beramanah serta adil' dalam mengendalikan pilihan raya di negara kita?

Keraguan rakyat umum ini berlaku apabila SPR dilihat gagal menjalankan tugas mengendalikan pilihan raya secara adil, beramanah dan telus. Malahan lebih parah lagi SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-BN.

azlanSelain daripada lapan tuntutan asas BERSIH, bakyak lagi persoalan besar yang seharusnya di jawab oleh pihak SPR sendiri. Pengalaman pembangkang pasca pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila Umno mngalami kemerosotan teruk dalam pilihan raya tersebut patut menjadi pengajaran besar kepada ketelusan SPR sendiri.

Tan Sri Abdul Aziz sepatut merujuk semula ratusan muksurat Hansard Parlimen yang membuktikan bagaimana isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan di Parlimen pada waktu itu adalah semata-mata untuk memastikan kemenangan Umno/BN tanpa langsung mengambil kira peruntukan Peraturan dan Undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Campurtangan Agong

SPR juga dilihat gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu yang di anggap sebagai kubu kuat pembangkang seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sedangkan penambahan kerusi ketara telah dilakukan di negeri Johor, Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Umno/BN.

NONEBegitu juga dengan isu perlantikan 'pembantu tadbir SPR' yang mana pengerusi SPR sendiri telah mengeluarkan arahan bertulis agar melantik mereka dari kalangan anggota Puteri Umno.

Mujurlah pada saat itu saya sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu bersama ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah dibekalkan surat arahan tersebut dan kami telah mendedahkan 'niat jahat' pengerusi SPR pada waktu itu.

Cuba Abdul Aziz rujuk kembali berapa kali kami dari pembangkang telah berdailog dan membuat bantahan kepada SPR? Arahan tersebut hanya ditarik balik oleh SPR apabila kami mengemukakan bantahan akhir melalui Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Perancangan kotor ini telah mencemarkan lagi kredibiliti serta kedudukan SPR yang sememangnya layak digelar sebagai 'alat dan kuda tunggangan' Umno-BN.indelible ink 020607

Cadangan saya kepada Abdul Aziz adalah merujuk kembali empat tuntutan Bersih terutamanya 'penggunaan dakwat kekal' menjelang pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Tidakkah Pengerusi SPR pada waktu itu cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat palsu' yang telah ditemui.

Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu.

Media berat sebelah

Begitu juga dengan persoalan 'akses media yang bebas dan adil'.

Apakah Tan Sri Aziz 'buta mata dan buta hati' apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?

NONEApakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang? Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malaysia.

Ya, kalau beginilah taraf serta hujah seorang yang bergelar Pengerusi SPR yang sepatutnya di lihat telus, tidak memihak dan adil, maka cadangan saya adalah seeloknya SPR yang ada ini dibubarkan dan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR berhenti dan terus sahaja terjun dalam kancah politik partisan di negara kita.

Biarlah rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan ketelusan menjadi hakim kepada kepincangan yang terus menerus berlaku ini. Bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tidak mungkin disorok lagi.

Penulis adalah penolong setiausaha agung, PAS

Tegur Pemimpin Hak Rakyat Jelata

Posted: 19 Jul 2011 07:28 AM PDT

Oleh A Kadir Jasin

KITA belajar daripada ibu bapa kita. Bernasib baiklah anak-anak yang mehttp://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/07/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpgmpunyai ibu bapa yang sempurna – akal, tubuh badan, kesihatan, iman dan moral. Jadi, benarlah kata pepatah, bapa borek anak rintik. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Saya adalah anak emak dan ayah saya. Salah satu ilmu dan panduan yang ayah saya ajarkan ialah "dengar teguran dan jangan takut menegur."

Dulu kita jaga tepi kain orang. Apabila di masjid atau surau, kita memang jaga tepi kain orang. Kalau tepi kain orang kena najis dan lumpur atau carik sehingga dedah aurat, kita tegur. Kita tidak mahu najis dan kekotoran seorang jemaah mencacat solat berjemaah.

Kita jaga tepi kain jiran-jiran kerana kita tidak mahu anak-anak mereka jadi budak jahat dan ganggu ketenteraman kampung.

Kita bagi tahu mereka dan kita tegur anak-anak mereka. Mereka tidak marah kepada kita. Silap hari bulan, anak yang diadukan itu yang kena tempeleng. Saya pun pernah ditegur atau, dalam bahasa jalanan hari ini, kena sound, oleh jiran-jiran kerana buat bising, curi buah rumia (kundang) Pak Su Salleh atau kurang sopan di majlis kenduri. Saya terhutang budi kepada mereka kerana menjaga tepi kain keluarga saya.

Hari ini, jaga tepi kain menjadi ungkapan kotor. Silap-silap kena maki atau penumbuk di muka. Dulu kita jaga tepi kain orang demi kebaikan kerana adat berjiran saling tegur-menegur dan ingat-mengingati.

Hasil ajaran itu, saya tidak berasa bersalah menegur, apatah lagi menegur orang yang kita pilih, kita upah dan kita restui untuk memimpin kita.

Sama ada secara sulit atau secara terbuka, secara lisan atau melalui tulisan, saya sentiasa menjaga tepi kain mereka kerana kalau kain mereka penuh najis, bagaimanakah mereka boleh "mengimamkan" kita.

Tidak kira Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Muhammad Muhammad Taib, Abdul Rahim Tamby Chik atau Dr Khir Toyo dan ramai lagi saya tegur.

Saya mulakan dengan "menegur" mereka secara sulit. Seelok-eloknya secara bersemuka kerana saya perlu menjaga air muka mereka. Ada kalanya saya mengutus surat.

Ketika pilihan raya umum 1999 dan selepasnya saya "menegur" pendekatan dan cara kerajaan dan Barisan Nasional menangani isu Anwar.

Saya terpaksa "menegur" kerana selama hampir 16 tahun – sebagai wartawan dan pengarang – antara tugas wajib saya adalah mempromosikan Anwar.

Ketika di puncak kemasyhurannya, Anwar adalah "untouchable" dan "could do no wrong" – tidak boleh dicuit dan tidak mungkin melakukan kesalahan. Segala bisikan saya – seperti bisikan ramai orang lain – ditolak sebagai iri hati dan fitnah.

Apabila saya menulis sebuah pojok mengenai Brutus menikam Julius Caesar dari belakang dalam kolum "Kunta Kinte" Berita Harian, ia diberhentikan serta-merta. Waktu itu, media massa difrancaiskan kepada Anwar. Pengarang lantikan Anwar amat berkuasa.

Menegur dan Ditegur

Saya "menegur" mengenai beban peribadi pemimpin BN akibat gerak-geri mereka, campur tangan ahli keluarga mereka dan perniagaan anak-anak mereka.

Selepas PRU 1999, giliran saya pula "disound" kerana "menegur" kaedah kempen iklan BN dan ingkar arahan. Turut kena "sound" adalah Quek Leng Chan yang ketika itu menguasai kumpulan akhbar Nanyang.

Menjelang pertengahan tahun 2000 saya mendapati saya tidak dapat lagi meneruskan tugas sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP tanpa kehilangan saki-baki kredibiliti saya. Maka saya pun meletakkan jawatan. Quek pula menjual kepentingannya dalam Kumpulan Nanyang.

Apabila Anwar berucap kepada badan pemikir swasta Amerika, Council on Foreign Relations di New York ketika Krisis Kewangan Asia sedang memuncak (September, 1998 ), saya berada di situ dan "menegur" beliau.

Saya berkata, walaupun penghujahan beliau mengenai teori "constructive destruction" ciptaan Joseph Schumpeter dalam tesisnya mengenai kapitalisme, sosialisme dan demokrasi pada tahun 1942 mendapat sambutan hangat daripada audiens Amerika, ia mungkin tidak disenangi bosnya di Kuala Lumpur.Ringkasnya, Anwar dan penulis ucapannya menganggap Krisis Kewangan Asia 1997/98 sebagai kemusnahan yang membina.

Kemudian, ketika saya bersama beliau di dalam kamarnya di hotel JW Marriott, Washington DC, Anwar mendapat panggilan daripada kawan akrabnya, Michel Camdessus, yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Sekali lagi saya "sound" beliau dengan mengatakan yang bosnya di Kuala Lumpur tidak begitu senang hati dengan percubaan campur tangan IMF.

Saya "sound" Abdullah mengenai cara beliau mengawal media massa, Mohd Najib mengenai rumah tangganya (seperti pernah saya katakan, saya kenal Mohd Najib sejak 1977), Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pengagihan tanah negeri untuk pembangunan dan Abdul Rahim mengenai gaya hidupnya.

Saya mengingatkan Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pendahulu mereka yang jatuh kerana skandal dan rasuah.

Tegur Bukan Kerana Benci

Saya tegur kerana saya berasa itu tanggungjawab saya. Sebagai wartawan dan pengarang media arus perdana ketika itu, beban mereka adalah beban saya.

Tentulah tidak semua mereka suka saya menegur mereka. Apatah lagi apabila teguran itu menyentuh hal-hal peribadi dan keluarga mereka. Dan kita tentulah tidak popular dengan membuat teguran itu.

Tetapi bagi saya mudah saja, seorang pemimpin yang tidak bersedia ditegur atau tidak mengendahkan teguran lambat-laun akan tersesat jalan, ditolak oleh rakyat jelata dan mungkin juga diheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagilah apabila berlaku pertukaran parti yang memerintah.

Lihatlah apa yang berlaku di Thailand dan Taiwan, dan kini di negara-negara Arab. Lihatlah apa yang terjadi kepada Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Atau yang lebih dekat, Suharto di Indonesia.

Pendek kata, pendirian saya mudah saja dan saya kerap mengulanginya. Kita pilih pemimpin melalui pilihan raya. Kita beri mereka kepercayaan. Kita beri mereka upah. Kita bayar cukai. Kita tidak pernah pilih isteri, anak-pinak, suku-sakat dan sahabat-handai mereka.

Kita beri kuasa kepada mereka bukan untuk difrancaiskan kepada kaum keluarga, sahabat-handai dan FOPM.

PS: Mengenai Mohd Najib menjalin perhubungan diplomatik dengan Vetican, saya dapati berita pesanan rungkas The Star yang berbunyi "Najib meets Pope and announces diplomatic ties with the Vetican to help promote values of moderation and harmony" sangat memeranjatkan.

  1. Adakah selama ini kita tidak mempromosi dan mengamalkan nilai-nilai sederhana dan harmoni?
  2. Apakah Islam, agama rasmi Persekutuan, dan budaya Melayu, teras budaya kebangsaan, tidak menekankan kesederhanaan dan keharmonian;
  3. Apakah kita memerlukan bantuan Vetican untuk mempromosikan nilai-nilai sederhana dan harmoni?; dan
  4. Bukan semua orang Kristian Malaysia berkiblatkan Vetican. Bancian penduduk tahun 2000 menunjukkan ada 9.1 peratus penganut Kristian yang terdiri daripada Anglican, Baptist, Bretheren, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Katolik.

Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com

Bersih tuntut dakwat kekal, bukan biometrik

Posted: 19 Jul 2011 07:26 AM PDT

"Sila laksana pilihan raya yang adil dan terima tuntutan Bersih, jika tidak mahu rakyat berdemo," kata Idris Ahmad.



PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa jika beliau tidak mahu rakyat berdemo, maka sila laksana pilihan raya yang adil dan terima tuntutan Bersih.

"Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena fikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun rakyat ditakutkan dengan berbagai ugutan.

"Beliau tidak boleh mendabik dada kononnya Barisan Nasional (BN) kuat jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihan raya berjalan dengan adil.

"Bebaskan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti.

"Beri peluang untuk Pakatan Rakyat (PR)menggunakan televisyen untuk membentang polisi dan rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara," kata Idris.

Menurut Idris yang merupakan bekas Ketua Penerangan PAS, demonstrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai adalah setelah usaha perundingan dan perbincangan yang dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwat kekal.

"Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

"Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam PRU akan datang untuk menunjukkan pilihan raya di negara ini adil. Seolah-olah kita meminta teh, tetapi yang dibawanya kopi," jelas Idris.

Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan Rakyat

Posted: 19 Jul 2011 07:24 AM PDT

Bagaimanapun, menurut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, kerajaan negeri perlu berwaspada dengan ancaman BN khususnya Umno untuk merampas negeri itu.



PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat berkeyakinan dapat mengekal kerajaan negeri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata beberapa ahli Parlimen negeri itu hari ini.

Bagaimanapun, menurut mereka kerajaan negeri perlu berwaspada dengan ancaman Barisan Nasional (BN) khususnya Umno untuk merampas negeri itu.

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sokongan semasa pengundi Melayu masih memihak kepada PAS.

"Tetapi saya mengingatkan supaya kita jangan leka dan berfikir bahawa Umno dan BN tidak boleh merampas Pulau Pinang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

"Namun saya percaya rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan gembira kerana sebahagian besar janji pilihan raya telah dapat ditunaikan," katanya.

BN sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang dalam PRU ke 13 kelak.

Bagi PKR, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang dibuat oleh Umno negeri.

Oleh itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan hasrat BN merampas negeri Pulau Pinang dalam PRU akan datang sebagai mimpi di siang hari.

Propaganda dan fitnah

"BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial.


"Dakyah bahawa hanya Umno yang menjadi juara Melayu hanya omong kosong dan tidak boleh dipakai," katanya.

Mengenai gangguan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu terhadap kerajaan negeri, Yusmadi berkata, ia hanya kumpulan nakal yang membuat propaganda tetapi tidak akan bertahan lama.

"Umpama bunyi petir yang kuat tetapi tidak ada hujan," tambahnya.

Beberapa kumpulan terutama Umno dan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang sering kali mendakwa kerajaan DAP meminggirkan orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan semua dakwaan tersebut.

Kenyatan Nazri tak masuk akal

Posted: 19 Jul 2011 07:23 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Dari Pembaca FMT, via e-mail

Tadi saya membaca kenyataan menteri Nazri Abdul Aziz berkata EO perlu untuk menyekat komunis dan dalam kes PSM6 ini, mereka dalam possesi t- shirt Chin Peng.

Kenyataan menteri tak masuk akal langsung.

Saya menyertakan gambar dan bukti untuk menangkis kenyataan menteri itu tidak berasas:


Ada gambar Mao Zedong dan Tun Razak bersalam dan di bawah gambar itu ada logo BN dan pangkah (x). Gambar ini terpapar di pejabat seorang Adun BN di Perak.

Buku-buku tokoh-tokoh haluan kiri seperti Chin Peng, memoir Abdullah CD, memoir Rashid Maidin, memoir Samsiah Fakeh dan memoir Suriani masih dijual di kedai-kedai buku. Perkara ini telahpun di dedahkan oleh bekas MB Perak Dato Seri Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Adalah biasa t-shirt seperti mana menteri kata itu dijual dalam pasaran. Maka adakah hanya kerana memiliki t-shirt sedemikian wajar dituduh sabagai komunis? Bagaimana pula dengan penjual buku dan t-shirt? Dalam Sinar Harian pada Julai 8, 2011, seorang penulis menyatakan bahawa bahan-bahan ini ada dalam pasaran dan mudah di perolehi.

Pusat hiburan di bulan Ramadan: UMNO-BN mahu ikut kata DAP?

Posted: 19 Jul 2011 07:13 AM PDT

Komentar Roketkini


Apabila kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan usaha kebaikan dan keadilan untuk semua kaum dan agama, ia sudah tentu akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk menutup kegagalan sendiri, maka UMNO-BN melalui media kawalan mereka cepat-cepat menabur fitnah untuk memperlekehkan kejayaan Pakatan Rakyat. Melalui propaganda adu domba, perencanaan mereka sama saja seperti fitnah zaman Perang Dingin.

Kepada orang Melayu dikatakan "PAS ikut kata DAP"; kepada orang bukan Melayu dikatakan "DAP ikut telunjuk PAS" – semuanya dengan hasrat supaya rakyat yang mereka anggap tidak faham atau tidak mempunyai akses teknologi maklumat akan terus merasa takut dan bimbang.

Yang terbaru adalah isu kerajaan negeri Pakatan Kedah pimpinan PAS yang memperjelaskan keputusannya membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang bulan Ramadan untuk orang bukan Islam sahaja.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: "Orang UMNO buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk."

Benar sekali penjelasan beliau kerana dalam kesibukan media kawalan UMNO-BN menabur fitnah, mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri pimpinan UMNO telah membenarkan orang Islam masuk keluar pusat-pusat hiburan pada setiap masa, termasuk pada bulan Ramadan.

Seperti mana yang menjadi budaya UMNO-BN, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat nampak, media kawalan pemerintah pusat terus cuba membohongi rakyat.

UMNO-BN tidak peduli tentang usaha dialog antara kaum serta agama. Sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa cuba mencari jalan tengah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan bersama untuk kepentingan semua rakyat.

Sebagimana yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu badan pemantau jika ia mahu memastikan orang Islam tidak masuk ke pusat hiburan selaras dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

"Undang-undang boleh digubal, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan, macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka," katanya.

Daripada memfitnah PAS dan DAP, kerajaan UMNO-BN patut melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan dilakukannya kepada pusat-pusat hiburan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada bulan Ramadan ini?

Adakah ia akan menutup semuanya dan menghalang hak orang bukan Islam untuk memasukinya, atau ia juga mahu "ikut telunjuk DAP" dengan membenarkan hanya orang bukan Islam memasuki premis-premis berkenaan?

Anugerah Ibrahim Ali atau anugerah untuk Ibrahim Ali?

Posted: 19 Jul 2011 06:56 AM PDT

Oleh Muhammad Zir


Jika ada pengiktirafan untuk mahasiswa yang dinamakan Anugerah Pak Sako, Anugerah Usman Awang atau Anugerah Pendita Za'aba bagi mana-mana kolej atau universiti di Malaysia, pasti ibu bapa atau diri si penerima itu akan merasa bangga, kembang berbunga dan mekar mewangi.

Kerana apa? Kerana ikon-ikon itu sememangnya diperakui kehebatan pemikiran, sumbangan idea dan karya mereka yang telah terbukti menjadi suatu tinta mata air ilmu pengetahuah buat anak-anak bangsa.

Begitu juga kisahnya dengan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan 1950.Ia adalah cetusan idea Dato' Onn Jaafar untuk membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu.

Menjelang Merdeka, RIDA telah menubuhkan Dewan Latihan RIDA yang menawarkan kursus-kursus perniagaan, perakaunan dan kesetiausahaan. Kemudian, Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada 1965 telah mencapai rumusan untuk menukar nama RIDA kepada Majlis Amanah Rakyat atau MARA, dan dengan itu Dewan Latihan RIDA juga bertukar wajah menjadi Maktab MARA.

Pada akhir 1960-an, ia sekali lagi bertukar nama menjadi Institut Teknologi MARA, yang lebih dikenali dengan gelaran 'Institut Tolong Melayu'. Sejak tahun 2000, ia telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hasrat asal penubuhan RIDA tidak lain dan tidak bukan untuk manfaat anak-anak bangsa yang datang dari kaum Bumiputera bagi mendapat latihan secara professional demi membangunkan taraf hidup orang-orang Melayu. Itu hakikat penubuhan dan perjuangannya.

Dato' Onn sendiri, kita ketahui sebagai seorang nasionalis yang amat mengambil berat tentang tahap pendidikan kaum Melayu zaman itu. Justeru, penubuhan RIDA yang kini dikenali sebagai MARA telah mewujudkan ITM dan UiTM yang merupakan sebahagian dari hasrat murni beliau.

Kini, zaman telah berubah. Niat asal untuk membantu meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera telah bertukar menjadi institusi untuk satu kaum sahaja tanpa mengira paras kemiskinan, kemampuan dan keperluan.

Walau pun UiTM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui hasil sumber negara dan wang cukai rakyat pelbagai kaum, institusi untuk membantu pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah telah menjadi medan untuk kumpulan-kumpulan ultra kaum menyebarkan dakyah mereka.

Dengan itu, datang cadangan untuk memberi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang "memperjuangkan bangsa".

Pemberian anugerah pada zaman ini, rata-ratanya sekadar untuk syok sendiri. Dengan kata lain, untuk memuaskan nafsu dan publisiti politik. Tidak ada kewajaran dalam hujah ilmiah.

Namun tidak mengapa, kerana itu adalah hak mutlak universiti terbabit, sama ada anugerah murahan seperti itu akan menjatuhkan imej institusi terlibat, ia terpulang kepada mereka yang bertanggungjawab meluluskannya.

Mungkin dari satu sudut, Anugerah Ibrahim Ali ini sudah kena pada masa dan tempatnya kerana pemimpin Perkasa itu sememangnya seorang tokoh besar dalam politik Malaysia pada masa kini. Beliau antara ahli politik paling banyak melompat parti dan paling kerap mengubah prinsip perjuangan.

Penerima anugerah itu pasti bangga dikaitkan dengan Ibrahim Ali yang mampu membuktikan kepada masyarakat Melayu bahawa politik melompat ke sana dan ke mari mengikut selera peribadi serta menyemai rasa benci dengan kaum-kaum lain adalah sesuatu yang hebat dan patut menjadi teladan.

Sepatutnya UiTM sudah lama mewujudkan anugerah seprestij ini; mungkin perlu diperkenalkan sewaktu Ibrahim Ali meninggalkan UMNO untuk menyertai Semangat 46, atau selepas meninggalkan Semangat 46 untuk kembali bersama UMNO, atau meninggalkan UMNO sekali lagi untuk menziarahi dan mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara.

Atau mungkin, selepas Ibrahim Ali menang pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS, dan kemudian mengecam dan mengutuk PAS yang kini bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Begitu hebat sekali anugerah ini sehingga dapat kita samakan dengan Hadiah Nobel versi Ketuanan Melayu.

Dan jangan kita lupa bahawa UiTM sememangnya sebuah institusi pengajian tinggi yang paling tepat untuk mengadakan anugerah sebegini. Secara tidak langsung, dengan adanya anugerah ini, Universiti Malaya atau Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya akan semakin jauh ketinggalan dalam arus popular pemberian anugerah.

Mungkin dengan adanya Anugerah Ibrahim Ali ini, rating UiTM akan naik mendadak di kalangan universiti-universiti terkemuka di dunia.

Mahasiswa yang menerima anugerah ini pasti menggegarkan dunia dengan semangat anti-demokrasi, anti-kebebasan, anti-meritokrasi, anti-pilihan raya bebas, adil dan bersih, serta menjadi pendukung Ketuanan Melayu.

Dan secara tidak langsung, UiTM yang lahirnya dari RIDA dan MARA akan menjadi penyumbang kepada penghasilan insan-insan yang akan menjadi ahli dan pewaris Perkasa yang suatu masa nanti bakal mencabar UMNO.

Di sinilah terletaknya kebijaksanaan Ibrahim Ali yang memperkudakan institusi seperti UiTM, demi mencapai cita-cita politiknya.

Mungkin pemimpin Perkasa itu sedar bahawa dengan sekadar, jika ada, Piala Ibrahim Ali bagi pertandingan futsal di peringkat daerah, ia adalah terlalu kecil berbanding dengan kebesaran, ketokohan dan ego kepimpinannya.

Jika Dato' Onn masih hidup, pasti berlinangan air matanya.

Pas malu kerajaan Melaka lanjut operasi pusat hiburan

Posted: 19 Jul 2011 06:55 AM PDT

KEADILAN DAILY

MELAKA: Kerajaan Umno-BN Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut berasa malu kerana merestui keputusan melanjutkan operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidik berkata, Melaka sepatutnya mencontohi langkah yang diambil kerajaan Kedah bagi mengelakkan pusat hiburan dikunjungi umat Islam sepanjang Ramadan.

"Cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Melaka supaya dapat mengekang masyarakat Islam terus terjerumus dengan keadaan mungkar ini apatah lagi dalam bulan mulia.

"Saya turut berasa malu apabila bangsa lain turut tidak bersetuju dengan tempoh operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi kerana boleh meningkatkan gejala maksiat dan jenayah," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa MCA dan Gerakan tidak mempertikai Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan Umno.

Sedangkan Pas di Kedah katanya, hanya menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa Ramadhan.

"Sewaktu enakmen ini diluluskan tentulah kajian telah dibuat, tapi minda MCA dan Gerakan tidak timbul pun soal ada agenda untuk menubuhkan negara Islam," ujarnya merujuk kepada kenyataan MCA di Kedah.

Media pada 17 Julai lalu melaporkan kerajaan Kedah membatalkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 bagi menutup bar, disko dan kelab karaoke pada Ramadan yang akan datang.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berkata larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan tidak pernah ditarik balik.

Sebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja.

Bersih tidak pandang ringan untuk adakan himpunan lagi- Ambiga

Posted: 19 Jul 2011 06:54 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, S. Ambiga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan satu lagi himpunan aman sekiranya kerajaan gagal memenuhi tuntutan NGO itu untuk melaksanakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.


Sekaligus, beliau menafikan laporan media sebelum ini bahawa himpunan seperti itu tidak akan diadakan lagi selepas 9 Julai.

"Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini).

"Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang),"

"Kami akan terus mengambil langkah-langkah sedemikian untuk memberi tekanan berhubung soal pembaharuan sistem pilihan raya tetapi apa yang kami harapkan ialah penglibatan aktif bersama pihak berkuasa dalam perkara ini," kata beliau seperti dilapor The Malaysian Insider hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, kerajaan telah "mengabai perkara" sewajarnya dengan mengeluarkan ugutan dan bahawa lebih banyak halangan ke atas perhimpunan-perhimpunan pada masa depan sedangkan sewajarnya pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani tuntutan yang diketengahkan pada 9 Julai lalu.

Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan iaitu pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, masa kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menamatkan politik kotor.

Perhimpunan anjuran NGO itu pada 9 Julai lalu menyaksikan pelbagai tekanan dan halangan oleh pihak berkuasa, termasuk menangkap orang ramai yang berpakaian kuning.

Pada hari himpunan dijalankan polis bertindak ganas dengan menutup jalan, menyerang peserta himpunan dengan gas pemedih mata dan semburan kimia, membelasah orang ramai dan menangkap lebih 1,600 peserta.

Malah ia turut mengorbankan seorang peserta, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan gas oleh pasukan polis.

Najib jumpa Pope: Penganut Kristian tulis surat nyatakan kebimbangan

Posted: 19 Jul 2011 06:53 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican 18 Julai lalu.

Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.

Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom 18 Julai lalu, bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wismaputra- Gambar Reuters

Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.

Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.

Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.

Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

"Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

"Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013," tulis mereka dalam surat itu.

Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

"Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia," kata mereka.

Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.

Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya, Najib membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.

Bersih: Tak perlu nafi, bukti keganasan polis banyak di internet – Nik Nazmi

Posted: 19 Jul 2011 06:52 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sudah terlambat untuk kerajaan menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang kononnya dilakukan peserta himpunan Bersih 9 Julai lalu.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan peserta perhimpunan itu.

Ia susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis segera menyiarkan rakaman itu, kelmarin.

Sebaliknya, kata Nik Nazmi, kerajaan sepatutnya menjawab dahulu rakaman mengenai keganasan polis yang banyak disiarkan di internet seperti laman Youtube dan Facebook.

"Sudah terlambat untuk menyiarkan bukti-bukti yang menafikan keganasan polis. Beliau (Rais Yatim) sepatutnya melihat bukti yang telah lama disiarkan di internet," katanya kepada Keadilandaily.

Katanya, banyak bukti menunjukkan peserta mengalami kecederaan akibat keganasan polis termasuk kes peserta yang patah kaki dan diikat tangannya tetapi dibiarkan begitu saja tanpa diberi rawatan secepat mungkin.

"Saya juga hairan kenapa kerajaan yang mempunyai peruntukan yang berjuta-juta ringgit tapi mengambil masa yang lama untuk menyiarkan video bukti tersebut," katanya yang juga ADUN Seri Setia.

Tambahnya, rakyat juga mempersoalkan kredibiliti RTM yang diketahui lebih suka menyebarkan propanda dengan menyiarkan berita dan iklan yang memberi imej buruk terhadap perhimpunan Bersih.

"Kerajaan perlu ingat kerana RTM bukanlah UMNO yang punya, kerana yang membayar cukai adalah rakyat yang sebahagian menyokong pembangkang.

"Apa pun propaganda yang dibuat dari Kerajaan selepas ini, rakyat sudah lagi tidak percaya kerana RTM sudah tidak lagi mempunyai kredibiliti," katanya.

Selepas Bersih, Imej Malaysia terus tercemar di mata dunia- Yusmadi

Posted: 19 Jul 2011 06:49 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar



KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusuf berkata, Malaysia tidak mungkin berperanan seperti negara-negara maju sekiranya terus mencabuli hak asasi dan demokrasi di negara ini.

Katanya, kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil iktibar selepas kritikan dan imej buruk yang digambarkan media antarabangsa berhubung keganasanan polis semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Tambah beliau, kecaman masyarakat antarabangsa mengenai layanan keras pihak berkuasa terhadap peserta perhimpunan aman itu, dianggap memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

"Kita telah menerima teguran termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty International. Kita harap ini bukanlah imej yang mahu digambarkan kepada dunia tentang Malaysia," kata Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cuba memadamkan fakta dan berita mengenai laporan berkaitan perhimpunan itu yang disiarkan oleh majalah antarabangsa The Economist.

Anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam Twitter nya hari ini, The Economist keluaran 16 Julai telah disaring dan dipadamkan oleh KDN.

Yusmadi dalam pada itu turut mengulas layanan baik oleh kerajaan di luar negara terhadap peserta perhimpunan itu di lebih 30 bandaraya di seluruh dunia.

Antaranya London, Washington, Los Angeles, New York, Seoul, Melbourne, Taiwan, Bangkok, Kaherah dan Paris.

Ia mencerminkan tahap demokrasi matang yang diamalkan di negara-negara tersebut.

KDN padamkan laporan mengenai himpunan Bersih pada majalah The Economist keluaran 16 Julai

"Dalam masa sama wakil kerajaan Malaysia menunjukkan 'perhubungan awam' yang baik kepada rakyat sendiri di mata kerajaan dan media asing," kata Yusmadi merujuk 'sikap baik' Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyantuni peserta himpunan Bersih di kota London.

"Begitu juga sikap yang sama dtunjukkan diplomat di Kedutaan Malaysia di Washington DC," kata Yusmadi.

Namun, kata Yusmadi, apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya apabila kerajaan menggunakan polis dan undang-undang untuk melakukan hambatan kepada rakyat yang mahu menuntut keadilan.

"Sedangkan undang-undang sepatutnya membela dan melindungi kita. Berbanding dengan rakyat Malaysia di luar negara, nampaknya hak mereka lebih terjamin," katanya.

Mat Sabu belum pulih sepenuhnya selepas serangan polis

Posted: 19 Jul 2011 06:43 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lepas.

Mat Sabu menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam bagi membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak 15 Julai lalu.

Sebatang skru besi telah dimasukkan ke dalam lutut Mohamad Sabu akibat dilanggar Polis ketika himpunan aman Bersih. 9 Julai lalu

Ketika dihubungi, Mat Sabu berkata beliau kini mampu melangkah beberapa tapak tetapi belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak.

Bagaimanapun katanya, beliau akan menjalankan aktiviti dan menghadiri ceramah anjuran Pakatan Rakyat seperti biasa.

"Alhamdullilah keadaan saya bertambah baik tapi masih belum pulih sepenuhnya. Orang dah berumur 50 tahun ke atas ni memang ambil masa untuk pulih" katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Sewaktu pembedahan, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Beliau juga mengulas kenyataan pemimpin Umno- BN yang membela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya telus sehingga Pakatan berjaya memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau betul SPR telus, Pakatan Rakyat telah memerintah negara. Dan kalau betul BN menang dengan proses pilihan raya yang adil, mereka boleh teruskan (pentadbiran)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala akibat ditembak kanister gas pemedih mata akan membuka jahitan di kepalanya esok.

"InsyaAllah, saya akan ke Hospital Universiti di Petaling Jaya esok untuk membuka jahitan di kepala,"

"Alhamdulillah, tiada kesan sampingan dan semakin beransur pulih" katanya ketika dihubungi keadilandaily.

Tambahnya, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa dan berterusan dengan aktiviti atau program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Khalid Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS menyelar penafian Kerajaan UMNO-BN dan pihak polis terhadap keganasan yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman itu.

"Mereka (UMNO-BN) hanya sekadar boleh menafikan tapi pada hakikatnya rakyat telah nampak dengan bukti video tersebar dilaman Youtube," katanya.

FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei

Posted: 19 Jul 2011 05:53 AM PDT

KEADILAN DAILY



Oleh: Ahmad Fadli

SHAH ALAM: Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.


Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil'in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada.


Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin.

Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

"Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan)," katanya.

"Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat," kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

"Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri," kata Shuhaimi.

Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka

Posted: 19 Jul 2011 05:51 AM PDT

Soh Sook Hwa


Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.

Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.

Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.

Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.

Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?

Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.

"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"

Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".

Dua penjara; dua neraka

Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"

Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"

Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.

Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.

Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.

Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang

Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.

"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"

Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"

Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.

Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.

Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.

Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal...

*Soh Sook Hwa (gambar kanan) adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan

Posted: 19 Jul 2011 05:47 AM PDT

MerdekaReview


Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur.

Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".

Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut.

Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM

Ketua Pembangkang Johor desak Hamid letak jawatan Pengerusi PAC

Posted: 19 Jul 2011 05:45 AM PDT

Boo Cheng Hau


Saya merayu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor agar menyiasat tuduhan saya terhadap Hamid "salahguna kuasa" sebagai Pengerusi PAC Johor semasa persidangan Dewan Negeri Johor pada 1 Julai lalu sebab beliau memulakan pembinaan sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pelan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Saya mempersoalkan integriti Hamid seterusnya menjawat Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) Johor kerana beliau, gagal mematuhi undang-undang sedia ada malahan melanggar peraturan-peraturan bangunan kerjaan tempatan walaupun beliau mengetahui tindakan beliau bercanggah dengan undang-undang, di mana pelan bangunan sewajarnya diluluskan oleh PBT sebelum pembinaan.

Saya ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAC khasnya Pengerusinya sewajar mempunyai integriti yang kukuh kerana peranan PAC adalah memeriksa akaun-akaun agensi-agensi kerajaan termasuk PBT, yakni sebarang tindakan agensi-agensi kerajaan termasuk PBT akur prosidur, garis panduan dan undang-undang dalam proses menanangi hal-ehwal kewangan, perlesenan dan akaun.

Maklumat yang didapati oleh pihak saya menunjukkan Hamid, semasa menjawat Pengerusi PAC, telah membina sebuah rumah dijangka bernilai RM 1.5 hingga 2.5 juta bila siap dibina di Bandar Simpang Renggam tanpa kelulusan pelan bangunan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam.

Oleh itu, integriti beliau sebagai Pengerusi PAC perlu disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor. Selain itu, saya juga mencabar Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman menjelaskan pendirian beliau sama ada Hamid masih memperolehi integriti dan keyakinan awam untuk memegang jawatan Pengerusi PAC selanjutnya.

Menurut siasatan saya, rumah Hamid bertapak di atas tanah pertanian Lot 152 Mukim Ulu Benut yang masih belum diubah syarat kepada tanah perumahan tetapi di dalam kawasan operasi PBT. Ini bermakna kelulusan pelan bangunan oleh PBT diwajibkan untuk pembinaan rumah selepas lot tanah berkenaan ditetapkan sebagai kawasan operasi PBT.

Menurut carian persendirian di Pejabat Tanah Daerah Kluang, Abdul Hamid Abdul Rahman didapati mempunyai syer sebanyak 53/854 daripada lot tanah 152 yang seluas 2.16 hektar (5.3375 ekar), iaitu 14,426.6 kaki persegi atas lot tanah tertsebut. Nilai tanah beliau dijangka RM 280,000 dan bangunan banglo beliau dijangka bernilai di antara RM 1.5 hingga 2.5 juta bila siap dibina.

Saya tidak mempersoalkan kemampuan Hamid untuk memiliki sebuah rumah yang bernilai RM 1.5 hingga 2.5 juta sebab syarikat beliau Hamid Sawmill Sdn. Bhd. dikurniakan hutan simpanan kekal seluas 2,024 hektar pada tahun 2007 dengan kayu balak dijangka bernilai di antara RM 150 juta hingga RM 250 juta untuk tujuan pembangunan projek Ladang Hutan Getah.

Akan tetapi, integriti beliau perlu disiasat sebab gagal mematuhi undang-undang di mana pelan bangunan rumah kediaman baru beliau perlu diluluskan oleh PBT sebelum pembinaan dimulakan.

Walaupun saya diarah keluar dari Dewan Negeri semasa persidangan Dewan Negeri Johor pada 4 Julai serta dituduh membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau, saya memohon kepada Speaker Dewan Negeri Mohamad Ali Hassan selaku Pengerusi Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya menyiasat semula tuduhan saya dalam persidangan Dewan Negeri serta memutuskan sama ada Hamid Abdul Rahman, ADUN Machap, masih menguasai integriti dan keyakinan awam demi memegang lagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira raya.

Selain itu persoalan sama ada beliau menggunakan pengaruh beliau sebagai Pengerusi PAC Johor untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan berkenaan perlu disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor.

Saya juga menyeru secara terbuka, demi mempertahankan integriti PAC Negeri Johor, Hamid supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor.

*Kenyataan media oleh Boo Cheng Hau selaku ADUN Skudai memerangkap Ketua pembangkang Dewan Negeri Johor, Ahli PAC Johor.

Bersih 2.0 : IGP Kata Siasatan Hampir Siap, Akan Tunjuk Rakaman Video

Posted: 19 Jul 2011 05:39 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Tan Sri Ismail Omar mengumumkan polis hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara mahu orang ramai tidak membuat spekulasi ataupun tanggapan mengenai insiden-insiden yang dilaporkan ketika perhimpunan tempoh hari di ibu negara.

"Saya sangat yakin laporan akan lengkap tidak lama lagi dan saya akan memanggil anda (organisasi media) ke sidang video. Kami akan menunjukkan video di sini bagi anda melihat," katanya.

"Kami tidak mahu menyembunyikan apa-apa sebab orang ramai ada hak untuk mengetahui," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.- The Malaysian Insider

Bersih 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku..

Posted: 19 Jul 2011 05:37 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


SHAH ALAM : Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.

Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Justeru beliau menganggap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus terputus hubungan dengan rakyat jika berterusan menunding jari ke arah kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah menuntut reformasi pilihan raya.

"Yang terus terhantuk ini BN sebab sampai sekarang masih belum jumpa satu jalan bagaimana untuk goncang keyakinan rakyat bahawa Bersih ini berjalan dalam keadaan aman dan berhasrat baik," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Rafizi tidak menolak usaha pihak tertentu mencari jalan mencemuh imej perhimpunan Bersih seraya menutup tindakan keterlaluan yang dilakukan oleh anggota polis pada hari kejadian.

"Hakikatnya semua orang tahu yang turun (perhimpunan) Bersih itu berniat berjalan dengan aman. Kalau tidak kerana polis mengambil pendekatan keras dan kasar, perhimpunan hari itu adalah aman dan akan diingati sebagai perhimpunan yang berbilang kaum," tambah beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu.

Katanya, gesaan itu dibuat bagi menangkis kecaman masyarakat termasuk media alternatif dan asing yang mendakwa polis bertindak kejam ke atas peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.

Muhyiddin sebaliknya menunding jari ke arah rakyat yang dianggap mencetuskan provokasi terhadap anggota polis selain melontarkan kata-kata kesat.

Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu.

Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit.

Mengulas hal itu, Rafizi berpendirian, taktik kuno Umno-BN dengan memanipulasi fakta dan imej untuk menghalalkan perbuatan kasar polis gagal memberi impak kepada rakyat.

Ini kerana menurut beliau rata-rata masyarakat terdedah kepada sumber maklumat internet yang meluas sekaligus mampu menilai antara kesahihan dan penipuan.

Katanya lagi, video yang disiarkan di laman Youtube merupakan hasil rakaman peserta-peserta yang hadir dan kebanyakkannya terdiri daripada rakyat jelata.

"Sebab itu seperti saya sebut tadi kita tidak takut dengan propaganda BN sebab ceritanya terus bertukar tanpa bukti yang dibawa kepada rakyat," katanya.

Jelasnya, walaupun terdapat segelintir masyarakat yang masih mempercayai propaganda Umno-BN namun ianya tidak akan merubah landskap politik Malaysia.

Ini kerana menurut beliau, hampir 60 peratus pengundi atas pagar bergantung kepada maklumat alternatif selain media arus perdana.

"Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka," tambahnya lagi.

Khalid : Siapa Ibrahim Ali Mahu Jadi Ikon?

Posted: 19 Jul 2011 05:36 AM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad


SHAH ALAM : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)itu bukanlah nama yang asing lagi dalam arena politik negara.

Malah tindak-tanduk beliau mempertahankan institusi Melayu kerap kali diragui dan bercanggah dengan perjuangan masyarakat Melayu sendiri.

Terbaru, beliau dengan angkuh mengatakan akan membawa 15 ribu ahli Perkasa turun di jalanan menentang Bersih 2.0, namun membatalkannya di saat akhir.

Malah Ibrahim terdahulu mengugut kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan itu dan mahu mereka tinggal di dalam rumah di samping menyediakan stok makanan kerana "apa sahaja boleh berlaku" pada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan,"beliau dipetik sebagai berkata.

Malah Ibrahim juga sebelum itu mencabar akan melancarkan perang salib terhadap penganut Kristian yang mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini walhal Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya melakukan kehancuran.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak Mei lalu, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam" hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang tidak terbukti kesahihannya.

Malah Utusan juga ketika itu hanya memetik penulis blog sahaja.

Perbuatan Ibrahim itu mendapat kritikan keras banyak pihak termasuk pimpinan dalam seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Khalid juga berpendapat, pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UitM) meremehkan status ikon yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa di institusi terbabit.

UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Butiran terperinci mengenai anugerah berkenaan telah dimuat turun oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM di laman webnya.

Jelas Khalid, tindakan UiTM menerima tawaran Ibrahim itu sekaligus bercanggah dengan visi institusi pendidikan itu sendiri yang mahu menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

"Jenis pengurusan dan pentadbiran universiti yang ditugaskan untuk mencorakkan pelajar Bumiputera dan boleh terima tawaran sebegitu, maka mereka akan merosakkan pemikiran anak-anak Bumiputera kita ini,"ujar beliau.

"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.

Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka

Posted: 19 Jul 2011 01:59 AM PDT

Elissa Helmy


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu.

NONEPresidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

NONE"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.

"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu.

Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka.

NONE"Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah.

"Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu.

"Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya.

Menteri: Terpulang IPT bertindak ke atas pelajar

Posted: 19 Jul 2011 01:59 AM PDT

BERNAMA


Kementerian Pengajian Tinggi akan menyerahkan kepada pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan terhadap pelajar masing-masing yang ditahan polis semasa menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

khaled nordinMenterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bentuk tindakan atau hukuman terhadap pelajar berkenaan bukan ditentukan oleh kementerian tetapi dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Kementerian tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil dan diploma sempena Konvokesyen Keenam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim (PTSB), di Kulim, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa seramai 21 pelajar dari beberapa IPT ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram tersebut.

Dari jumlah itu, 14 orang merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tujuh lagi ialah pelajar IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir.


Dr Lo'lo' yang saya kenali

Posted: 19 Jul 2011 01:37 AM PDT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut "Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

"Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

"Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat".

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: "Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada".

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:"Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama".

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: "mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

"Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno".

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: "Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

"Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno".

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik".

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana".

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalam

2012 diisytihar Tahun Melawat Kelantan

Posted: 19 Jul 2011 01:34 AM PDT

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir


KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi akan menganjurkan program Tahun Melawat Kelantan pada 2012 sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong.

Kali terakir program Tahun Melawat Kelantan (TMK) diadakan pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada Tahun Melawat Kelantan 2008 bilangan pelancong yang datang hampir enam juta.

"Tahun hadapan akan adakan lagi Tahun Melawat Kelantan dengan mensasar kedatangan pelancong lebih ramai melalui kerjasama pelbagai pihak," katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan negeri menganjur Karnival Seni Budaya Kelantan bertemakan 'Seni Disanjung, Budaya Dikendong, Syariat Dijunjung' di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Takiyuddin juga berkata, Kelantan mensasar seramai 5.8 juta pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Serambi Mekah tahun ini.

Katanya, sehingga April lalu seramai dua juta pelancong mengunjungi Kelantan.

Manakala tahun lalu seramai 5.3 juta pelancong tempatan dan asing berkunjung ke negeri ini.

Sementara itu, Ahmad berharap penggiat seni dan budaya Kelantan perlu menggerakkan bidang berkenaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.

"Tiada erti kalau seni dan budaya yang diperjuangkan tetapi di akhirat kelak mendapat balasan dosa," ujarnya.

Kes di Kedah bukti PAS konsisten dengan dasarnya

Posted: 19 Jul 2011 01:31 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, PAS sentiasa konsisten dalam perjuangannya untuk Islam di negara ini sebagaimana yang terbukti dalam isu pusat hiburan di Kedah.

Ketika mahu laksanakan Islam, PAS juga mengambil kira hak orang bukan Islam.

Apa yang berlaku di Kedah, katanya, adalah kerajaan negeri Kedah memberikan hak kepada bukan Islam di samping meminta orang bukan Islam menghormati hak orang Islam.

"Hak Islam adalah menghalang umatnya membuat maksiat. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk mematuhi peraturan Islam. Yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah adalah melaksanakan enakmen yang ada," katanya.

Menurut enakmen yang digubal semasa kerajaan BN lagi tetapi tidak pernah dilaksanakan, kerajaan negeri berhak untuk menutup semua pusat hiburan seperti disko, karaoke, bar dan lain-lain termasuk yang dimilki oleh bukan Islam semasa bulan Ramadhan.

Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini mengumumkan akan melaksanakan enakmen itu dalam bulan Ramadhan akan datang ini.

Namun, pemilik pusat hiburan ini serta parti-parti politik membantahnya dengan berkata, ia melanggar hak mereka.

Ekoran itu, selepas mendengar bantahan mereka dan mengkaji permohonan mereka, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membenarkan ianya diteruskan dengan syarat orang Islam tidak di benarkan masuk.

Namun, Umno melalui media mereka mendakwa PAS tunduk kepada DAP.

Inilah yang diperjelaskan oleh Abdul Hadi dalam sidang wawancara khas untuk Harakah dan Harakahdaily semalam.

"Kita berhak namun, dalam masa yang sama kita tidak boleh halang hak bukan Islam. Mereka pula memintanya, jadi kita kena bagi hak itu untuk kalangan mereka sahaja.

"Kita pula meminta mereka menghalang orang Islam masuk dan jika mereka gagal berbuat demikian, kita boleh tutup dan tarik balik lesen mereka," jelas Abdul Hadi dalam wawancara khas itu.

Abdul Hadi juga menjelaskan, banyak pihak mendesak agar perkara ini dilaksanakan lama dahulu iaitu selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Kedah.

"Kita kena faham, di Kedah PAS memimpin kerajaan campuran bukan PAS saja. Ia berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan," kata beliau menjelas kenapa ia baru hendak di laksanakan selepas beberapa tahun memerintah.

PAS juga, katanya, mengambil kira hak orang bukan Islam di negeri Kedah.

"Namun, barang yang kita tidak dapat semua, tak boleh kita tolak semua, ia hendaklah dilaksanakan ikut bidang kuasa," kata Abdul Hadi.

Tiada ulasan: