DIALOG RAKYAT |
- Catatan 709: Propaganda murahan tidak laku
- Orang Muda Suara Dan Kuasawan Kepada Negara', Kata Pak Samad
- 100 Laporan Polis Desak Aktivis PSM Dibebaskan
- TPM: Siar segera rakaman video perhimpunan 9 Julai
- Najib melakukan lawatan kerja ke Rom
- Penarik kereta dakwa ditampar ketika buat aduan
- MCA anggap isu pusat hiburan sandiwara PAS-DAP
- Agong seru ambil panduan Quran Hadis
- Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan
- Salam Bersih dari Kuala Lumpur ke Kota New York
- Shabery dakwa Pakatan guna Bersih sebagai alasan jika kalah PRU
- Lim: Pulau Pinang perkenal Program Anak Emas, insentif RM100
- Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi
- Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN
- Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar, Dakwa Suaram
- Ramadan: Kementerian pantau harga barang
- Liverpool atasi M'sia 6-3
- Sambutan kemerdekaan ditunda ke 16 Sept
- PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0
- Larangan: PAS dapatkan penjelasan Kedah esok
- Rais beri Astro amaran, atasi gangguan siaran atau hadapi padah
- MB: Penantian 1,000 pembeli rumah Alam Perdana selesai akhir tahun
- Kita mahu kebebasan media, Mahfuz jawab Najib
Catatan 709: Propaganda murahan tidak laku Posted: 17 Jul 2011 03:30 AM PDT Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan. Islam lebih kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apalagi bentuk sebuah negara. Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau). Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".
Baca: Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS Baca: Catatan seorang penuntut IPTA: Polis beri isyarat sertai perhimpunan? Baca: Lagi catatan seorang peserta Cina: Saya terpegun melihat polis memukul Melayu Baca: Kisah 709 seorang paderi: Air mata saya mengalir demi tanahair ini Baca: Kisah 709 seorang pendeta Buddha: Berjalan untuk mencari kedamaian Baca: Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti" **Aishah ialah penulis blog anak muda-DISKOPI. MerdekaReview mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih. | ||
Orang Muda Suara Dan Kuasawan Kepada Negara', Kata Pak Samad Posted: 17 Jul 2011 03:25 AM PDT TVS NEWS GOMBAK : Genap seminggu selepas perhimpunan Bersih 2.0, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meneruskan mesejnya dengan menegaskan hanya golongan muda yang mampu membawa perubahan kepada corak kepimpinan negara. Justeru, beliau menekankan corak kepimpinan itu boleh diubah melalui pilihan raya yang demoktratik. "Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara. "Cuma, kuasa untuk berubah masih lagi dikuasai sekelompok bangsawan. Mengapa tidak kita kawal ia dengan pilihan raya supaya kuasawan pula yang naik," kata beliau kepada The Malaysian Insider pada ceramah sempena pelancaran 'Yellow Saturday' anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini malam tadi. A Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad turut berharap agar golongan tua dapat mengubah fikiran dan memberi peluang kepada golongan pelapis untuk mencuba tampuk pimpinan. "Saya berharap pilihan raya akan datang, orang-orang yang tua ini boleh berubah fikiran mereka. Berilah waktu kelompok yang lebih bawah yang datang dari bawah menjadi ketua supaya tidak sia-sia pilihan raya akan datang. "Berilah suara kita. Berilah undi kita supaya kita tidak tinggal di dunia yang penuh dendam," katanya. Sejak sebulan lalu, Samad di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa dilihat sebagai "ikon baru". Pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu, Pak Samad telah membacakan sebuah puisi "Unggun Bersih", sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut. Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di setelah dihalang dengan sekatan ketat pihak polis. Malah, katanya beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai "satu kejayaan besar" kerana berjaya menarik puluhan ribu rakyat pada 9 Julai lalu. | ||
100 Laporan Polis Desak Aktivis PSM Dibebaskan Posted: 17 Jul 2011 03:16 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang PETALING JAYA : Lebih 100 laporan polis dibuat diseluruh negara sehingga lewat petang semalam bagi mendesak pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (EO) sejak beberapa minggu lalu. Pengerusinya, Dr Nasir Hashim berkata, kesemua laporan itu dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan(NGO), cawangan PSM serta Parti Rakyat Malaysia(PRM) dari seluruh negara. Menurut Dr Nasir, laporan polis itu dibuat ke atas tiga individu iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalanya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Beliau yang pernah ditahan di bawah ISA juga berkata, cara tahanan di bawah EO sama seperti ISA yang penuh dengan tekanan. Malah, katanya tindakan kerajaan menggunakan Ordinan Darurat (EO) menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan enam aktivis parti itu untuk mengaburi mata rakyat. Dr Nasir Hashim berkata, aktivis PSM tidak seharusnya ditahan di bawah EO kerana mereka bukan penjenayah sebaliknya bergerak di bawah parti yang sah. "EO adalah digunakan untuk penjenayah yang teruk, tapi ini adalah masalah politik. Kenapa ia ditahan dibawah EO? Tapi soal siasat bersifat ISA," soalnya. " Kami berpendapat bahawa tahanan EO ini dianiaya dan berniat jahat, kerana tidak ada tuduhan dibuat keatas mereka. Dan jika ada tuduhan, kami mahu mereka dibawa kemuka pengadilan untuk pendakwaan," tegasnya. Namun ujarnya, apa yang menjadi kebimbangan PSM kini adalah keadaan kesihatan kesemua aktivisnya ketika berada dalam tahanan polis. " Apa yang paling merisaukan kami adalah ada ahli PSM yang ditahan mengalami masalah kesihatan seperti Dr Jeyakumar Devaraj yang mana telah dua kali dimasukkan ke hospital berhubung masalah jantung. Akibat dari penahan itu masalah dia bermasalah dan beliau baru saja keluar dari IJN,"katanya memberitahu Tvselangor. Polis sebelum ini mengesahkan bahawa mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan. Antara enam aktivis PSM yang ditahan itu adalah ahli parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar, timbalan pengerusinya M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu. Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah". Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM). Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini. | ||
TPM: Siar segera rakaman video perhimpunan 9 Julai Posted: 17 Jul 2011 03:11 AM PDT BERNAMA Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas, kata timbalan perdana menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro-pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan."Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putarbelit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan itu Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan itu. Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka "tahu apa yang diputarbelitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang." . Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini. "Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman. "Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya. Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal BERSIH yang kini sudah beralih kepada isu lain. | ||
Najib melakukan lawatan kerja ke Rom Posted: 17 Jul 2011 03:09 AM PDT BERNAMA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai hari ini. Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Anggota rombongan yang lain ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan ketua paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. Ia merupakan perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002. Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif 'Pergerakan Sederhana Global'. Turut menjadi agenda ialah usaha bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu. Najib mengakhiri lawatan rasmi ke United Kingdom pada Jumaat. | ||
Penarik kereta dakwa ditampar ketika buat aduan Posted: 17 Jul 2011 03:08 AM PDT BERNAMA Seorang penarik kereta mendakwa ditampar tanpa sebab oleh seorang pegawai polis ketika sedang membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran mengenai kejadian keretanya yang disamun. Muhamad Darul Adzuha Muhamad Darawi, 29, berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang Rabu lepas, bahagian belakang kepalanya ditampar pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan di hadapan beberapa anggota polis lain di pejabat pertanyaan balai tersebut. Dakwanya, pegawai polis itu kemudian mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di IPD berkenaan sebelum beliau sekali lagi ditampar di bahagian pipi kirinya, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini. Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan. | ||
MCA anggap isu pusat hiburan sandiwara PAS-DAP Posted: 17 Jul 2011 03:01 AM PDT BERNAMA MCA menyifatkan isu penutupan pusat hiburan sepanjang Ramadan di Kedah sebagai sandiwara politik antara PAS dan DAP bagi memenangi hati pengundi Cina di negeri itu.Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata isu itu sengaja dimainkan bagi membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa DAP mempunyai pengaruh terhadap PAS. "DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang berhubung isu itu kerana akhirnya mereka (DAP) akan dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuangkan dan diputuskan oleh PAS," katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini. Beliau yang sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung MCA Melaka 2011 diminta mengulas mengenai kesediaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu dengan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah, bagi memastikan isu tersebut berakhir dengan situasi menang-menang. Kerajaan Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan agar semua premis hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan bagi mencegah umat Islam mengunjunginya. Mengulas lanjut, Dr Chua berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan PAS itu mencabul hak bukan Islam untuk berhibur. Mengulas perkara berlainan, Dr Chua menyangkal pendapat yang mengatakan judi menjadi amalan masyarakat Cina. "Judi bawa impak negatif kepada masyarakat, malahan kalau ikut kata-kata masyarakat Cina dahulu menyebut 'lebih baik mempunyai seorang anak yang cacat daripada mempunyai anak yang kaki judi'," katanya. Isnin lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Mohamed Yunos Husin ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri berkata judi tidak boleh disekat kerana kegiatan itu budaya masyarakat Cina. | ||
Agong seru ambil panduan Quran Hadis Posted: 17 Jul 2011 02:58 AM PDT
| ||
Pengerusi SPR terus dakwa Bersih tak jujur, didalangi Pakatan Posted: 17 Jul 2011 02:57 AM PDT KUALA LUMPUR— Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan "tidak benar-benar ikhlas." "Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu," kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini. Aziz (gambar) juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik. Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya. "Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang," kata beliau. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat. Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat. "Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi. "Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi," kata Aziz sambil menambah, "jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali." Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi. "Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu? "Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik," kata Aziz lagi. Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya "seolah-olah sudah menjadi parti politik." Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram. Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi. "Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-bari ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu. "Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?" katanya. Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor. Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu "kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor." "Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain," kata beliau lagi. | ||
Salam Bersih dari Kuala Lumpur ke Kota New York Posted: 17 Jul 2011 02:52 AM PDT Nurul Syaheedah, USA agi hari yang cerah disinar mentari,dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir. Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu. Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia. Semenjak 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957. Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing. Tetapi, sejarah hitam 1969 mengajar bagaimana nafsu kuasa pihak yang mahu mengangkat satu ketuanan telah mengikat kembali kebebasan demokrasi dengan akta darurat berlapikkan hujah perkauman menjadi nyata. Mimpi merdeka bertukar ngeri kotor lagi menghampakan. Masya Allah, kita dijajah kembali bukan sahaja dengan dilarutkan demokrasi tetapi jauh lebih dasyat kerana minda dan jiwa dijajah hipokrasi sebuah nasionalisma sempit lagi menghimpit. "Inilah nasib kisah orang melayu, Hujah lapuk lagi palsu diterima bulat generasi minda yang lesu, Korupsi, Kolusi, Konspirasi depan mata biar diam membisu, Sibuk bersubahat menghalang rakyat berhimpun untuk bersatu, Yang mahu Negara Bersih dan bukan kiasu, Suruh semua bersyukur buta sejarah yang lalu, Tetapi buat lupa dosa kerajaan yang aib lagi tidak malu, Ibarat kisah si Luncai dengan labu-labu..Biarkan..Biarkan" Mana boleh dibiarkan......dibiarkan begitu sahaja? Oleh itu tahun 2011 menyusul di atas usaha gergasi 2007 untuk mengembalikan jiwa Malaysia yang berbilang bangsa melalui pilihanraya bebas dan adil menjadi agenda murni patriot jitu negara. Oleh itu hak demokrasi berani bertembung dengan tamparan kuku besi otokrasi yang tidak mahu negara Bersih daripada dijajah hipokrasi demokrasi penuh korupsi. Oleh itu kuning menjadi haram, bersih pula dikotorkan dan rakyat terus ditakutkan dengan cerita momok konon mengancam bangsa oleh pemangsa khayalan ciptaan ilusi jiwa muflis bersongkok tinggi. Mana boleh dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja? Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan menuntut janji demokrasi sebenar. Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan membebaskan ekonomi untuk semua. Tanggal 9 Julai bermulalah perjuangan memerdekakan minda dan jiwa daripada penjajah otokrasi Putrajaya. Mana boleh dibiarkan....dibiarkan begitu sahaja? Tepat jam 10 pagi bermulalah tiupan panggilan Bersih pada 9 Julai 2011 di Melbourne, Australia yang terus bergilir mengelilingi dunia secara aman sehingga tiba di Kuala Lumpur di mana patriot pertiwi yang ramai berhimpun damai diserang bertubi-tubi oleh penjajah baru biru yang tidak bersantun lagi lupa diri serta ikrar suci menjaga rakyat dahulu dan bukan diutamakan bersubahat bersama tuan berbibir merah jambu berambut kelabu. Tepat jam 10 pagi setibanya giliran tiupan Bersih di Kota New York, 12 jam selepas Kuala Lumpur yang masih basah berdarah lagi pedih berasap memahat sejarah; Bersih disambut dengan kain rentang kuning memanjang dan semangat Malaysia Muhibah yang baru. Mana boleh dibiarkan.....biarkan begitu sahaja? Maka tuhan dan dunia menyaksikan melalui YouTube, Facebook, Twitter mahupun SMS; pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara patriot dan penjajah dan antara Bersih dan Kotor. Maka Patriot Bersih beribu ditangkap, berjuta menunggu sedangkan 'Patriot' Kotor hanya beratus beratur paksa manakala juak berjuta menyorok di belakang tengkolok hanya taat berolok membuat bising seperti ayam berkokok menunggu disembelih keris tumpul lagi bengkok oleh puak pemakai songkok tinggi yang ghaib kehadiran tersesat di jalanan sebagai alasan balasan dosa nista pahlawan palsu berjiwa lesu. "Ada Bersih, Ada Kotor, Yang takut berkata karut, Yang berani sanggup digari, Akhirat nanti jawablah sendiri, Buku di tangan kanan atau kiri, Orang berani tidak takut mati, Kerana niat suci didalam hati, Berjuang demi Ilahi." Memang benar pagi hari yang indah menjadi petanda sejarah baru diukir. Cahaya mentari menerangi kegelapan penindasan serta pepohon hijau demokrasi memberi teduh kepanasan kezaliman, kicaun burung penuh kesyukuran perjuangan murni baru dimulakan dan warna-warni bunga ibarat berbagai bangsa bersama untuk menjadikan Malaysia Bebas, Bersatu dan Bersih. Insya Allah, Malaysia Muhibbah Merdeka sudah lahir bersih dari kekotoran pengkhianat bangsa-pemungkir janji-pemecah amanah-penghasut durjana. Terima kasih Bersih yang penuh cinta untuk pertiwi dan dengan penuh sayu salam AlFatihah untuk wira Baharudin yang gugur merintis perjuangan menuju kebebasan agar dipenuhi janji merdeka yang sebenar! Pesanan Peringatan bersama dari Thomas Jefferson: "Apabila Rakyat takut kepada kerajaan, Ia dinamakan Penjajahan (tyranny), Apabila Kerajaan takut kepada Rakyat, Itu Namanya Kemerdakaan (Liberty)" Masih mahu dibiarkan.....dibiarkan begitu sahaja? | ||
Shabery dakwa Pakatan guna Bersih sebagai alasan jika kalah PRU Posted: 17 Jul 2011 02:50 AM PDT KUALA LUMPUR — Datuk Ahmad Shabery Cheek mendakwa Pakatan Rakyat mengeksploitasi perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini sebagai alasan untuk menjustifikasikan kemungkinan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13. Menteri Belia dan Sukan ini menekankan siri kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil, antaranya di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau sejak pertengahan 2009. "Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka," kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini. "Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul," kata beliau. Dalam tulisan yang muncul di Mingguan Malaysia ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan "tidak benar-benar ikhlas." "Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu," kata Aziz. Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik. Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya. "Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang," kata beliau. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat. Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat. Shabery melahirkan pandangan yang seiring dengan kenyataan Aziz apabila ditanya mengapa beliau menganggap perhimpunan anjuran Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan pada 9 Julai lalu, sebagai gimik politik. "Hadi pergi. (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu telah pergi. Anwar Ibrahim pergi. Ini antara mereka yang telah pergi. Pakatan Rakyat menggunakan Datuk Ambiga dan Ambiga menggunakan Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita kemudian. Apabila ditanya Bersih 2.0 juga ada mengundang Barisan Nasional (BN) agar sertai bersama, ahli Majlis Tertinggi Umno ini menjawab: "Mengapa anda mahu berarak?" "Kami tidak mahu mencapai kemenangan menerusi kaedah yang dipertikaikan. Legitimasi adalah penting. "Orang tidak akan berunding dengan kita jika kita berkuasa menggunakan penipuan," kata beliau. Bagaimanapun Ahli Parlimen Kemaman ini mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem pilihan raya semasa, antaranya pengundi di luar negara tidak boleh mengundi. "Umumnya, sistem kita masih merupakan sistem yang memberikan legitimasi kepada mereka yang menang," kata Shabery. | ||
Lim: Pulau Pinang perkenal Program Anak Emas, insentif RM100 Posted: 17 Jul 2011 02:46 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Pulau Pinang menimbang untuk memberi bayaran RM100 menerusi Program Anak Emas bagi bayi-bayi baru lahir mulai tahun ini. Bayaran wang tunai akan dibuat kepada salah seorang ibu bapa yang merupakan pengundi Pulau Pinang, kata ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar). "Kerajaan negeri Pakatan Rakyat menimbang memberikan RM100 wang tunai 'one-off' kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibu bapa merupakan pengundi Pulau Pinang. "Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Kata Lim, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 'one-off' urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri tahun lalu demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir. "Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik. "Sungguhpun pemberian 'one-off' RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," katanya lagi. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sebanyak RM20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. "Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87 peratus engan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri," katanya lagi. Katanya, sumber kewangan program baru Anak Emas Pulau Pinang ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan negeri menjalankan kempen antirasuah yang dipuji oleh Transparency International. "Program baru ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan antara RM5 hingga RM10 juta setiap tahun," katanya. | ||
Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi Posted: 17 Jul 2011 02:45 AM PDT AMPANG— Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara. Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka. "Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan. "Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini. Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. "Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan. "Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib. Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi). Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan. "Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu. Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. | ||
Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN Posted: 17 Jul 2011 02:43 AM PDT TERKINI AMPANG — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja. Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Bagaimana kata Hadi (gambar), undang -undang itu telah "diperbetulkan" agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. Ujar beliau, pusat hiburan di Kedah dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramada dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis itu. "Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat. "Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat. "Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk," katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka. Jelas Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan. Sebelum ini Azizan berkata pihaknya memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini. Azizan berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya satu dasar baru. Kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Tambah Azizan, di bawah enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. Hari ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, undang-undang BN membenarkan pusat hiburan dibuka namun tidak melarang orang Islam memasuki premis itu. "BN buka pusat hiburan tapi tak tengok orang Islam masuk atau tidak," kata sambil menegaskan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak. Sementara itu, Sanusi berkata premis-premis pusat hiburan sudah memberi jaminan tidak akan membenarkan orang Islam masuk sepanjang bulan Ramadan. Tambah beliau, premis pusat hiburan juga secara sukarela bersetuju dengan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka. "Operator (pusat hiburan) sudah janji tidak akan benarkan orang Islam masuk dan mereka sedia maklumkan tentang tindakan yang boleh dikenakan. "Ini adalah hal pentadbiran dan ia tidak ada kena-mengena dengan ahli politik... dan kita serah kepada pihak penguatkuasa untuk memantau," sambil menambah pihak penguat kuasa yang dimaksudkan adalah polis dan pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Sementara MCA dan Gerakan membantah langkah itu sejak awal minggu ini. | ||
Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar, Dakwa Suaram Posted: 16 Jul 2011 05:25 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini. Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel. Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu. Sebelum ini, syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris. Komisyen lumayan itu disifatkan oleh pembangkang sebagai pendapatan "atas angin" untuk Perimekar hanya kerana hubungan Abdul Razak dan Najib yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan. Abdul Razak dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2005. Beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan Altantuya namun dilepaskan daripada tuduhan itu. Dua anggota polis disabit membunuh bekas model itu pada tahun 2007. Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar. "Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini," tambah beliau. Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan. | ||
Ramadan: Kementerian pantau harga barang Posted: 16 Jul 2011 05:23 PM PDT BERNAMA Menjelang sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, golongan peniaga diingat agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang engkar terhadap amaran itu. Beliau juga mengingatkan pengguna agar tidak membuat pembelian yang membazir hingga mencetuskan kegairahan peniaga bertindak menaikkan harga barang. "Kementerian sentiasa memantau keadan ini dan berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat ke setiap pejabat kementerian sekiranya berlaku kenaikan harga," katanya selepas merasmikan Karnival Pengguna dan Rakan Alam Sekitar 2011 peringkat Parlimen Gerik di Pengkalan Hulu. Beliau berkata setiap kali menjelang musim perayaan, kementerian sentiasa peka dan akan bertindak segera jika ada maklumat peniaga menaikkan harga barangan keperluan. | ||
Posted: 16 Jul 2011 05:22 PM PDT MALAYSIA KINI Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, hari ini.Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81). Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93). Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad. LIVERPOOL: Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam. Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen). | ||
Sambutan kemerdekaan ditunda ke 16 Sept Posted: 16 Jul 2011 05:09 PM PDT BERNAMA Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan. "Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 September) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di Kuala Lumpur, hari ini. Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan. Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka. Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas. "Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini," katanya. Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan. Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang. Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan. | ||
PAS lancar kempen teruskan memontum Bersih 2.0 Posted: 16 Jul 2011 05:08 PM PDT
| ||
Larangan: PAS dapatkan penjelasan Kedah esok Posted: 16 Jul 2011 05:07 PM PDT
| ||
Rais beri Astro amaran, atasi gangguan siaran atau hadapi padah Posted: 16 Jul 2011 05:06 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Astro. Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Dipetik Bernama Online, Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran. "Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini. Rais berkata antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut. "Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran fi... bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang," katanya. Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan. Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen. Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran. "Di Malaysia kita bermula dengan enam ke 10 minit bagi sejam rancangan dan saya yakin pada masa ini SKMM sedang meneliti jumlah minit iklan di Astro agar tidak melebihi had 10 minit yang dibenarkan bagi setiap sejam rancangan," katanya. Sebelum ini pemantauan SKMM juga menujukkan Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersil, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersil dalam sehari. | ||
MB: Penantian 1,000 pembeli rumah Alam Perdana selesai akhir tahun Posted: 16 Jul 2011 05:02 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 pembeli rumah di Alam Perdana, Kuala Selangor kini mampu menarik nafas lega apabila projek yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan disiapkan sepenuhnya akhir tahun ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemaju kini sedang menyiapkan kerja-kerja akhir seperti melakukan kemasan dan penyambungan paip, sebelum kunci diserahkan kepada pembeli. Katanya, pembeli juga diberi pilihan untuk menjual rumah mereka kepada pemaju pada harga semasa. "Bagaimanapun, mereka hanya boleh menjualnya selepas rumah ini siap sepenuhnya. Pemaju akan membeli mengikut harga pasaran semasa dan kerana itulah kita mengarahkan pemaju menjaga kualiti supaya rumah ini boleh dijual pada harga tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, Khalid berkata, walaupun projek tersebut diambil alih kerajaan negeri dan diberi nafas baru, harga rumah tetap dikekalkan pada harga ketika rumah itu dijual kira-kira 10 tahun lalu. Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengambil tanah tapak projek Alam Perdana kerana pemaju gagal menyiapkan projek itu dan tidak membayar premium tanah ketika penukaran status guna tanah dari pertanian kepada pembangunan. Pemaju Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd (LBCN) bagaimanapun bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan tetapi perlu membayar RM41 juta kepada Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor sebagai cagaran. LCBN juga bersetuju untuk membayar tunggakan bayaran kepada 383 peneroka asal tanah berkenaan sekiranya mendapat keuntungan hasil dari projek yang dipulihkan itu dan memberi jaminan untuk menyiapkan projek perumahan Alam Perdana di Kuala Selangor, yang terbengkalai sejak sedekad lalu. Mereka juga diberi tempoh enam hingga 18 bulan untuk menyiapkan projek tersebut, kata beliau. Justeru, Khalid berkata, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang keuntungan dari pemulihan projek terbengkalai ini. "Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri terhadap rakyat yang telah lama menderita dan menanggung kesusahan kerana perlu membayar pinjaman setiap bulan kepada bank sedangkan rumah tidak siap," ujarnya. | ||
Kita mahu kebebasan media, Mahfuz jawab Najib Posted: 16 Jul 2011 04:19 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER GOMBAK— Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin dengan memberitahu bahawa cara berpolitik yang sebenar dan intelektual ialah melalui kebebasan media, yang gagal dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, dengan adanya kebebasan media rakyat akan dapat mengakses segala maklumat dengan tepat dan tidak berat sebelah. "Dia (Najib) bercakap mengenai 'kami bentangkan kes kami dan pembangkang kemukakan kes mereka'. Apa yang kita mahukan ialah maklumat yang bebas," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini. "Selain tuntutan Bersih, kita juga menuntut media yang bebas. Jika tidak, rakyat yang inginkan berita yang benar pun sukar kerana media yang sedia ada memutarbelitkan cerita. "Media yang bebas mesti ada. Dengan itu barulah kita dapat berpolitik secara intelektual. Bukan dengan cara bentangkan kes," kata beliau pada ceramah perdana sempena pelancaran 'Yellow Saturday' oleh PAS Wilayah Persekutuan — seminggu selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang membawa warna kuning. Putrajaya telah mengharamkan kemeja-T warna kuning Bersih 2.0 Bersih 2.0 juga telah diisytiharkan sebagai haram. Dalam satu kenyataan di London kelmarin, Najib berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. "Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan," katanya. "Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri. Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi)." Mahfuz menambah tumpuan utama Pakatan Rakyat juga kini ialah untuk mendapatkan gelombang yang lebih besar menghadapi pilihan raya akan datang. Katanya, dengan kehadiran golongan muda pada himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu, jelas menunjukkan golongan itu kini telah bangkit. "Antara manfaat yang kita dapat lihat daripada himpunan Bersih lalu ialah sebanyak 70 peratus yang hadir ialah daripada golongan muda. Inilah kebanggaan Malaysia. Anak-anak muda kini bangkit untuk pertahankan masa depan negara," ujarnya. Tambah Mahfuz, kehadiran lebih 50,000 menunjukkan rakyat kini inginkan satu pilihan raya yang bersih kerana pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang paling tidak demokratik. "Rakyat sekarang sudah sedar mengenai sikap sebenar polis pada himpunan lalu dan kerana tindakan polis itu juga ia membangkitkan kebencian rakyat kepada BN dan Umno yang mahukan pilihan raya yang bersih. "Kita juga perlu hayati apa yang dituntut bersih. Jangan pergi himpunan sahaja tetapi tidak hayati lapan tuntutan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan