DIALOG RAKYAT |
- 'Terima kasih PM sebab tak bunuh kami'
- Jabatan Penuntut jangan jadi keldai Umno
- Bersih: Yayasan T'ganu jangan main politik kotor
- Bersih 2.0: Putrajaya respons kritikan media asing
- MTUC, MEF bantah akta gaji minimum baru dilulus Parlimen
- Pengawal keselamatan dituduh bunuh pelajar perempuan 16 tahun
- Khalid Samad gesa Hisham dedah kos operasi himpunan 9 Julai
- Lima lelaki Amerika Latin disyaki curi berlian di KLIA ditahan
- Inkues Sarbaini: Pegawai forensik tolak elemen bunuh diri dan dibunuh
- Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain
- BERS✔H 2.0 Juga Bergema Di Amerika
- Kim Quek: Hakim berat sebelah
- Mahkamah Tinggi ketepi hukuman terhadap Gobala
- 300 pengusaha pusat hiburan Kedah bakal rugi
- PAS fail saman polis, Hishamuddin petang ini
- Retak tulang dagu, patah dua gigi, terima 20 jahitan angkara polis
- Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno
- Bersih: Amerika pandang berat, HRW gesa siasat keganasan polis
- Ratu Elizabeth pakai ‘kuning’ untuk sindir, perlekeh Najib, Rosmah
- BERSIH 2.0 membersihkan stigma dan ketakutan masyarakat Cina Malaysia terhadap demonstrasi
- Catatan seorang penuntut IPTA: Polis beri isyarat sertai perhimpunan?
- Kekerasan polis: Pemuda PAS bersama SUHAKAM
- A Samad Said ; Najib 'Memang Kejamlah'
- Doktor : Kami Beri Banyak Bukti Jika Dicabar
- Pakai Baju Bersih,MP Bakri Ditahan Kali Kedua
'Terima kasih PM sebab tak bunuh kami' Posted: 15 Jul 2011 04:03 AM PDT
| ||
Jabatan Penuntut jangan jadi keldai Umno Posted: 15 Jul 2011 04:00 AM PDT
| ||
Bersih: Yayasan T'ganu jangan main politik kotor Posted: 15 Jul 2011 03:58 AM PDT
| ||
Bersih 2.0: Putrajaya respons kritikan media asing Posted: 15 Jul 2011 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR — Pentadbiran Najib akhirnya mula memberi respons kepada kritikan-kritikan pedas media asing berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Dalam suratnya kepada Wall Street Journal, Putrajaya berkata Malaysia benar-benar sebuah negara demokrasi. Wall Street Journal merupakan antara akhbar asing yang mengkritik cara Putrajaya ekoran tindakan keras digunakan oleh polis dalam meleraikan ribuan penunjuk perasaan di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia. Wisma Putra telah menafikan dakwaan Wall Street Journal dengan berkata "penunjuk perasaan di Kuala Lumpur telah berhadapan dengan "intimidasi" dan "ditekan" oleh pasukan keselamatan, sebagaimana disiarkan Selasa lalu. "Untuk mendakwa bahawa perhimpunan Sabtu lalu bermakna Malaysia bukan negara demokrasi adalah silap," kata Penolong Setiausaha Kementerian Luar Ahmad Rozian. Menurut Ahmad, mengambil kira prestasi parti-parti pembangkang ketika pilihan raya umum lalu, "peti undi kekal saluran berkuasa dalam politik Malaysia." Meskipun Ahmad mengakui bahawa Perlembagaan Malaysia menyediakan peruntukan untuk mengadakan perhimpunan aman, "penganjur-penganjur protes memilih untuk menolak" tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) agar perhimpunan diadakan stadium berkapasiti besar, yang membolehkan ia diadakan tanpa menjejaskan keselamatan dan mengganggu kehidupan rakyat biasa Malaysia. Sebaliknya kata beliau, penganjur meminta penyokong berhimpun di stadium yang kecil meskipun pada hakikatnya kemudahan itu tidak dapat digunakan. Penganjur perhimpunan Bersih 2.0 memohon mahu menggunakan Stadium Merdeka. Bersih 2.0 menerima tawaran Najib agar perhimpunan diadakan di stadium selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong ekoran titah nasihat baginda pada 3 Julai agar segala isu diselesaikan menerusi perundingan. Bagaimanapun pentadbiran Najib berkata pihaknya bersedia untuk memberi permit polis jika penganjur sanggup mengadakannya di mana-mana stadium di luar ibu negara. Dalam penjelasannya Ahmad berkata, dalam menghadapi ribuan oang yang cuba memasuki lokasi yang tidak sesuai di kawasan yang padat penduduk, polis terpaksa bercampur tangan untuk menyuraikan kumpulan yang hadir. "... tugas itu menjadi lebih sukar dengan kehadiran sekumpulan penunjuk perasaan minoriti yang mahu cetuskan keganasan," kata Ahmad lagi. Perhimpunan Bersih 2.0 susulan kepada kempen akhir 2007 mendapat liputan media asing termasuk BBC, Guardian, Al-Jazeera, Straits Times dan Jakarta Post. Dalam temu bual dengan CNN semalam, Najib berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya Selain itu, pentadbiran Najib juga menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Indonesia untuk menjelaskan pendirian kerajaan. | ||
MTUC, MEF bantah akta gaji minimum baru dilulus Parlimen Posted: 15 Jul 2011 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR— Meskipun sudah terlewat, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bersatu suara menggesa Putrajaya mengkaji semula rang undang-undang berkaitan gaji minimum yang baru diluluskan oleh Parlimen. Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 — yang akan membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum dan Putrajaya memberi jaminan akan dilaksanakan akhir tahun ini, telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi Parlimen yang baru shaja berakhir. Perkembangan ini dilihat kemungkinan akan melewatkan pelaksanaan gaji minimum, malah ada suara ia kemungkinan tidak akan menjadi kenyataan. MTUC melahirkan rasa tidak puas hati ekoran tiga perkara manakala MEF pula menggariskan dua aspek penting. "Ini kali pertama nampaknya MTUC dan MEF melahirkan pendirian yang sama mengenai pelaksanaan gaji minimum," kata Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan kepada The Malaysian Insider. Sementara kedua-dua badan itu berpandangan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa yang luas dalam melaksanakan undang-undang ini, MEF berkata pihaknya tidak berpuas hati kerana menteri boleh meminda atau membatalkan mana-mana perintah mengenai gaji minimum dengan arahan kerajaan bila-bila masa. MTUC dan MEF juga tidak bersetuju dengan jumlah keanggotaan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara yang menampakkan seolah-olah wakil pekerja dan majikan adalah "golongan minoriti" dalam membuat keputusan sedangkan ia berkaitan dengan majikan-pekerja. Daripada 29 anggota majlis wakil pekerja dan majikan masing-masing mempunyai lima orang, malah mereka tidak semestinya mewakili MTUC dan MEF. Sebaliknya mereka boleh dilantik daripada kalangan mana-mana kumpulan pekerja dan majikan, bukannya suara entiti seperti MEF, kata Shamsuddin. MTUC pula berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kongres itu hanya boleh mengesyorkan dua nama wakil mereka sedangkan ada lima wakil pekerja dalam majlis tersebut. Seorang wakil datang dari Kesatuan Pekerja-pekerja Perladangan Kebangsaan manakala wakil pekerja Sabah dan Sarawak akan diputuskan oleh kerajaan, bukannya MTUC, kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor. Selain itu, MTUC juga tidak bersetuju dengan tarikh pelaksanaan gaji minimum yang akan dilaksanakan berdasarkan budi bicara kerajaan mengikut sektor, wilayah dan pekerjaan. Sedangkan MTUC mahu dasar gaji minimum kebangsaan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara. Ketikan mengulas lanjut Shamusuddin berkata, "kami mahu kerajaan mengkaji balik atau meminda rang undang-undang yang sudah pun diluluskan." "Rang undang-undang ini baru diluluskan dan belum diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan... jadi, kami rasa masih ada masa bagi kerajaan memperbetulkan peruntukan-peruntukan yang tidak adil ini," kata Shamsuddin lagi. Ketika ditanya sama ada MEF menolak rang undang-undang itu, Shamsuddin memberitahu: "Kami tiada kuasa untuk menolak." "Tetapi kami mahu kerajaan mengkaji balik, meminda akta ini," katanya lagi sambil menegaskan, MEF dan MTUC tidak diajak berbincang secara formal apabila rang undang-undang ini digubal. Katanya, MEF pernah menyertai sesi perbincangan makmal dan bengkel mengenai gaji minimum tetapi tidak selepas itu. "Sepatutnya apa-apa undang-undang berkaitan dengan pekerja dan menyentuh kepentingan majikan perlu dibincangkan dalam mesyuarat tiga pihak iaitu di NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan), tetapi ini tidak dilakukan," katanya. Perkara itu turut diakui oleh Halim sambil berkata, NLAC tidak bersidang sejak Mei 2010. NLAC merupakan badan tiga pihak membincangkan isu-isu perburuhan. "Kami mengambil keputusan tidak bersetuju dengan sebahagian besar peruntukan... peruntukan-peruntukan yang memberi kuasa yang terlalu besar kepada menteri dan mengecilkan peranan MTUC dalam soal perundingan," kata Halim kepada The Malaysian Insider. Kepimpinan MTUC terkejut apabila rang undang-undang itu dibaca kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat. MEF pula menyedari keseluruhan kandungan rang undang-undang itu selepas ia dibaca kali pertama di Dewan Rakyat. Dalam nada yang kecewa, Halim berkata, "kami sebagai badan kesatuan sekerja, mewakili pekerja telah diketepikan." "Kami merasakan kerajaan telah mengetepikan peranan MTUC," kata beliau. MTUC mengambil pendirian itu pada mesyuarat khas majlis amnya Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu yang sudah lama dinantikan. The Malaysian Insider difahamkan rata-rata kebanyakan pemimpin MTUC terkejut dengan keputusan pentadbiran Najib membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat. "Mengikut rekod yang ada pada MTUC, kami tidak pernah dipanggil berbincang mengenai rang undang-undang ini... itu yang kami rasa terkilan, seolah-olah kami dibelakangkan," kata Halim lagi. Ketika ditanya sama ada MTUC menolak, Halim memberitahu: "Kami tidak mengatakan kami menolak, tapi kami tidak puas hati dengan rang undang-undang ini." Sejurus selepas Dewan Rakyat membahas dan meluluskan rang undang-undang itu, kata beliau, MTUC dan MEF telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meminda rang undang-undang itu. Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 membolehkan sebuah badan bebas Majlis Perundingan Gaji Negara ditubuhkan. Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, majlis itu berfungsi untuk mengkaji dan menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara kerajaan, pekerja dan majikan. "Majlis ini akan dibantu oleh kumpulan profesional dalam Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada pakar ekonomi, statistik dan sosial," katanya. Beliau berkata, menurut rang undang-undang itu, majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan. | ||
Pengawal keselamatan dituduh bunuh pelajar perempuan 16 tahun Posted: 15 Jul 2011 03:53 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER JOHOR BARU— Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Masai bulan lalu. Tertuduh, D. Kalaiselvan, 46, hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor. Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh. Kes berkenaan akan disebut semula 20 September ini. Laporan Bernama Online menyebut, mengikut kertas pertuduhan dia didakwa membunuh Nur Rahayu Qomarodin di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun lalu. Kalaiselvan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Keluarga mangsa turut melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi kes berkenaan.
| ||
Khalid Samad gesa Hisham dedah kos operasi himpunan 9 Julai Posted: 15 Jul 2011 03:51 AM PDT SHAH ALAM — PAS Selangor mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi membanteras perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai lalu. Timbalan Pesuruhjayanya Khalid Samad (gambar) berkata, beliau mendapat maklumat perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit. "Hishammuddin perlu dedahkan berapa perbelanjaan yang digunakan Kementerian Dalam Negeri sepanjang operasi itu berjalan. Kita nak tahu sejak dari mula operasi sampai habis. "Sebab kalau kita lihat berapa banyak anggota keselamatan digunakan sepanjang operasi itu termasuk pada 9 Julai, ia juga termasuk perbelanjaan makan dan minum kerana saya difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula terhadap empat individu termasuk Hishammuddin berhubung tangkapan yang dilakukan ke atas ahli parti Islam itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini. Sebelum perhimpunan 9 Julai berlangsung - yang melibatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pemuda Umno, polis telah mengerahkan anggotanya untuk mengambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0, Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan. Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri menarik balik semua pengisytiharan pengharam terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T. Semalam Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo perhimpunan haram pada Sabtu lalu kerana ia menyalahi undang-undang. Beliau berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-T atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali. | ||
Lima lelaki Amerika Latin disyaki curi berlian di KLIA ditahan Posted: 15 Jul 2011 03:50 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM— Lima lelaki rakyat Amerika Latin ditahan polis, dipercayai suspek dua kes curi berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di kawasan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa dalam dua kes itu membabitkan enam lelaki dari Hong Kong merupakan pemilik barangan kemas dan berlian, yang baru selesai mengadakan pameran di Kuala Lumpur pada 7 hingga 10 Julai lalu. Beliau berkata kes pertama berlaku pada kira-kira 8 pagi, 11 Julai lepas, ketika empat lelaki pemilik barangan berharga itu sedang menunggu masa untuk berlepas balik ke negara mereka dan singgah sebentar di sebuah tandas. "Tiga daripada lelaki itu masuk ke dalam tandas manakala seorang rakan mereka menunggu di luar bersama tiga beg yang mengandungi barangan kemas dan berlian bernilai RM257,040 yang diletakkan di atas sebuah troli. "Tiba-tiba datang seorang lelaki warganegara Amerika Latin menepuk bahu mangsa dan berpura-pura bertanyakan sesuatu, beberapa saat kemudian mangsa yang tidak faham dengan pertanyaan itu mendapati dua beg di atas troli telah hilang," katanya dipetik Bernama Online. Mohd Adnan berkata kes kedua berlaku pada kira-kira 8.45 pagi pada hari yang sama membabitkan seorang lelaki juga dari Hong Kong yang sedang menunggu rakannya yang memesan makanan di sebuah restoran makanan segera di Balai Berlepas KLIA. Beliau berkata mangsa yang sedang duduk di restoran meletakkan dua bagasi berisi barangan kemas dan berlian bernilai RM1.4 juta di sebelah kirinya apabila secara tiba-tiba ditegur seorang wanita warganegara Amerika Latin menggunakan modus operandi yang sama dengan kes pertama. Katanya, selang beberapa minit selepas wanita itu berlalu mangsa tersedar satu daripada bagasinya telah ditukar dengan beg lain yang mengandungi beberapa helai pakaian dan rambut palsu. "Sebaik menerima laporan daripada kesemua mangsa, gerakan terus dijalankan dan polis berjaya menahan lima lelaki dipercayai anggota sindiket yang sama dan suspek bagi kedua-dua kes terbabit," katanya. Mohd Adnan berkata tangkapan pertama dilakukan pada 12 Julai kira-kira pukul 6.20 petang di depan sebuah pasar raya di Petaling Jaya membabitkan empat lelaki warganegara Amerika Latin berumur antara 25 dan 50 tahun yang menaiki kereta yang disewa oleh mereka. Keesokannya, polis menahan seorang lelaki juga warganegara Amerika Latin berusia 32 tahun pada kira-kira 12.30 pagi di sebuah restoran di Sunway, katanya. "Kita masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek dan beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai terbabit dalam kes itu masih diburu. Sehingga kini polis belum menemui barangan curi terbabit," katanya. Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan. | ||
Inkues Sarbaini: Pegawai forensik tolak elemen bunuh diri dan dibunuh Posted: 15 Jul 2011 03:46 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Pegawai Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di presmis SPRM Kuala Lumpur April lalu tidak membunuh diri dengan terjun ataupun dibunuh, demikian menurut pegawai forensik hari ini. DSP Sharul Othman Mansor berkata berdasarkan penelitiannya di kawasan kejadian, Allahyarham Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. Sharul, saksi kedua memberitahu mahkamah bahawa keadaan Sarbaini di tempat kejadian iaitu dengan mukanya menghala ke arah tingkap menunjukkan tiada kemungkinan dia ditolak. Para hari kejadian, Sarbaini bertemu dengan pegawai SPRM di tingkat tiga dan ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu. Malah Sharul berkata, pasukannya menemui beberapa kesan retakan dan kesan tapak kasut pada dinding pantri di tingkat tiga dan bilik di sekitar serta di luar pantri. Selain itu, Sharul juga memberitahu mahkamah koroner baahwa tiada tanda adanya pergelutan. "Jika ada pergelutan, maka akan ada tanda-tanda kotor di pantri, kesan kasut dan cap jari," kata beliau sambil menambah sudah pasti ada tanda-tanda kotor pada badan mangsa dan juga kesan koyakan pada bajunya. Sharul juga memberitahu bahawa Allahyarham Sarbaini telah menggunakan masa sepenuhnya untuk keluar dari tingkap sebab dia pernah berada di bilik pertemuan dengan pegawai SPRM sebelum ini dan kemungkinan sudah biasa dengan keadaan sekitar. Menurut beliau, pemeriksaan pihaknya juga menunjukkan bumbung gelanggang badminton kelihatan selari dengan tingkap. "Ia kelihatan dekat tetapi sebenarnya sembilan kaki (tiga meter) jauh dari hujung tingkap," katanya lagi. Sharul juga berkata beliau ada menemui kesan cat pada tali pinggang dan seluar Allahyarham Sarbaini. Sehubungan itu, Sharul bersetuju dengan tafsiran peguam SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa keterangannya menunjukkan kematian Sarbaini bukan kerana membunuh diri ataupun dibunuh. "Pada pendapat saya dia keluar dengan perlahan dan senyap kerana dia ditinggalkan berseorangan serta biasa dengan bilik-bilik di aras tiga. "Saya percaya dia bukan keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Saya setuju bahawa tingkap disebelah kiri di pilih kerana ia paling dekat dengan bumbung dan sinki diperlukan sebagai tempat bertenggek," katanya. Terdahulu ketika memberi keterangan pada hari pertama Inkues, Sharul menyatakan pendapatkan kepada Mahkamah Koroner bahawa hasil pemeriksaannya mendapati Allahyarham Sarbaini cuba keluar dari tingkap pantri di aras tiga kemudian cuba melompat ke bumbung di sebelah kiri dan terjatuh. Saksi bersetuju bahawa berdasarkan saiz badan, arwah boleh keluar dari tingkap tersebut dan tingkap sebah kiri dipilih kerana ia paling hampir dengan bumbung dan kedudukan tingkap yang tinggi memerlukan sinki sebagai tempat bertenggek. Sharul juga bersetuju bahawa jam yang dipakai arwah tercabut adalah perkara biasa bagi orang yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi. Katanya dia percaya bahawa arwah jatuh dengan kaki dahulu kemudian terhempap ke depan. "Sarung telefon bimbit tidak terkesan kerana ia terletak di bahagian tepi pinggang (menunjukkan sisi kiri) dan tidak dihempap oleh tubuh simati. "Saya juga percaya ketika jatuh si mati menghadap ke pantri bukan membelakangi pantri," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Hanim Rashid. Saksi ke 26, Ketua Unit Alkohol dan Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri Hassan maklumkan hasil ujian ke atas semua spesimen urin, darah, kandungan isi perut arwah yang diterimanya tiada kandungan dadah, racun atau racun perosak ditemui. Katanya bagi spesimen tiub darah yang dianalisa kandungan alkohol dikesan tetapi bukan pada paras ketara. Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya. Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani sehingga hari ini. Inkues akan disambung pada 2 Ogos ini. | ||
Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain Posted: 15 Jul 2011 03:38 AM PDT SHAH ALAM — Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah." Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan. Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu. Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula. Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil. Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan. Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor. Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya. "Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula. Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama. "Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami," katanya. Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain. Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara. Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu. Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. | ||
BERS✔H 2.0 Juga Bergema Di Amerika Posted: 15 Jul 2011 03:36 AM PDT KELAB GREENBOC
Solidariti antarabangsa menyokong himpunan BERSIH 2.0 berterusan dengan rakyat negara ini di Amerika Syarikat menghantar memorandum dan tandatangan kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC. Dokumen menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pembaharuan pilihan raya dikemukan oleh Phebie Thum dan diterima oleh Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Khair Bahari Ahmad yang mewakili Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaludin Jarjis yang tidak hadir. Sabtu lalu, selain Kuala Lumpur, perhimpunan BERSIH 2.0 turut diadakan di Washington DC, New York City, Los Angeles, San Francisco, Chicago dan Portland. Sekitar 350 rakyat Malaysia berkumpul bagi meluahkan sokongan kepada rakan-rakan BERSIH 2.0 di Malaysia manakala 270 menandatangani memorandum itu. Selain menyokong tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka juga mahu semua aktivis BERSIH, termasuk enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dibebaskan. Rakyat Malaysia juga mahu SPR membenarkan mereka yang bekerja di luar negara mengundi secara pos. Tiga ahli parlimen Pakatan - Johari Abdul (Sungai Petani ), Jeff Ooi (Jelutong) dan S Manikavasagam (Kapar) - serta ADUN Perak Chang Lih Kang (Teja) hadir bersama. -mk Ulasan GB Di mana-mana penjuru dunia nampaknya BERS✔H sudah dilaungkan. Samada kerajaan UMNO BN dan para pemimpinnya suka atau tidak suka, pembersihan WAJIB dulakukan terhadap sistem pilihanraya kendalian SPR. BERSIH kali ini lebih berjaya dari BERSIH 1.0 kerana BERSIH 2.0 disertai lebih meluas dan merentasi pelbagai kaum. Momentum itu akan lebih besar selepas ini JIKA kerajaan masih terus memekakkan telinganya dan SEBENARNYA.... itulah bunga-bungan kejatuhan UMNO BN. | ||
Posted: 15 Jul 2011 03:34 AM PDT Permohonan beliau bagi mengisytiharkan rampasan dan seterusnya pengharaman bukunya sebagai tidak sah dan terbatal telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. PETALING JAYA: Pengarang buku "The March to Putrajaya" yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat penghakiman yang berat sebelah. Kim Quek, 72, atau nama sebenar beliau Yong Thye Chong berkata, beliau= (hakim Rohana Yusof) membuat keputusan yang berat sebelah kerana mengenepikan hujah yang dikemukakan oleh peguamnya sama sekali. "Ini merupakan satu penghakiman yang salah dan cacat dan saya amat kecewa dengan keputusan ini," ujar beliau dalam satu kenyataan media. Permohonan beliau bagi mengisytiharkan rampasan dan seterusnya pengharaman bukunya sebagai tidak sah dan terbatal telah ditolak oleh mahkamah tersebut hari ini. Ujar beliau, "penghakiman ini memberi isyarat bahawa tidak dapat dinafikan terdapat tangan-tangan politik yang mencengkam sistem kehakiman yang mahu keputusan itu memihak kepada mereka. "Ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak asasi mereka yang dijamin di bawah Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan, termasuk kebebasan bersuara, melalui salah guna kuasa Eksekutif, yang dilindungi oleh sistem kehakiman yang patuh kepada arahan mereka," jelas beliau. Salah guna kuasa Eksekutif Beliau berkata, "adalah jelas sekarang ini, kita tidak boleh mengharapkan institusi-institusi yang ada, termasuk kehakiman, untuk menjaga kepentingan rakyat dan untuk memastikan rakyat benar-benar menikmati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. "Keadaan ini mendesak kita untuk berusaha membuat perubahan yang drastik iaitu melalui pertukaran kepimpinan negara," tegas beliau. Menurut beliau, penghakiman yang dibuat hari ini juga menolak permohonan pelukis Zunar untuk membatalkan pengharaman ke atas dua bukunya dalam satu penghakiman yang sama. "Kami berdua bertekad untuk terus berjuang dalam sudut perundangan sehingga akhir walaupun peluang yang ada untuk mendapat keadilan terlalu tipis. "Usaha kami merupakan sebahagian dari gerakan politik yang lebih besar bertujuan untuk mencari kehidupan baru di negara ini, buat diri kita sendiri dan juga generasi yang akan datang," tambahnya. Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan tanpa sebarang kos kartunis politik Zunar, portal berita MalaysiaKini dan penulis Kim Quek mencabar KDN yang telah mengharamkan penerbitan karya mereka. Zunar, 49, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dan MalaysiaKini masing-masing mewakili buku kompilasi karya kartun yang diharamkan KDN iaitu "1 Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun." Manakala buku 'March to Putrajaya: Malaysia's New Era is At Hand' karya Kim Quek, di bawah penerbitan Oriengroup Sdn Bhd turut diharamkan dan 33 buah salinan buku tersebut dirampas. | ||
Mahkamah Tinggi ketepi hukuman terhadap Gobala Posted: 15 Jul 2011 03:30 AM PDT Hakim membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000. GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu. Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas. Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town. Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim. Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam. "Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis. "Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat," katanya. Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang tugas penjawat awam. Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam. "Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari," katanya. | ||
300 pengusaha pusat hiburan Kedah bakal rugi Posted: 15 Jul 2011 03:22 AM PDT Dewan Perhimpunan Cina Kedah berkata, mereka akan mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran tindakan MB Kedah melarang mereka beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. ALOR SETAR: Lebih 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah bakal menanggung kerugian jutaan ringgit ekoran tindakan kerajaan negeri melarang mereka beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock berkata ini kerana mereka bukan saja kehilangan pendapatan tetapi juga masih perlu membayar gaji pekerja dan sewa premis. Malah, Cheng memberitahu pemberita hari ini lebih 6,000 pekerja juga berhadapan kemungkinan diberhentikan kerja jika majikan mereka tidak mampu menanggung kos. "Rata-rata pengusaha terkejut dengan tindakan yang dibuat kerajaan negeri menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang persediaan untuk berhadapan dengan kerugian yang bakal ditanggung. "Kami akan menghantar satu memorandum dalam masa terdekat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memberi kelonggaran kepada mereka untuk menjalankan perniagaan seperti biasa," katanya di sini. Sementara itu, bekas Mufti Kedah Datuk Hasbullah Abdul Halim berkata tindakan kerajaan Kedah mengharamkan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadhan merupakan tindakan yang wajar bagi mengekang umat Islam berkunjung ke situ pada bulan puasa. "Umat Islam tidak perlu ke pusat hiburan bagi menghilangkan rasa tekanan di tempat kerja sebaliknya mereka boleh mencari sumber hiburan lain bersama keluarga yang tidak menjurus kepada maksiat. "Tegahan ke atas orang Islam bukan hanya berdasarkan kepada undang-undang sahaja malah mereka perlu menyedari bahawa perintah Allah sudah jelas melarang umatnya melakukan perkara berbentuk maksiat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara ini. | ||
PAS fail saman polis, Hishamuddin petang ini Posted: 15 Jul 2011 03:20 AM PDT PASPB KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan kes saman sivil ke atas Menteri Dalam Negeri yang bersangkut-paut dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Mahkamah Shah Alam petang ini. Portal The Malaysian Insider memetik, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said sebagai berkata, saman itu dibuat kerana pihak berkuasa telah menahan seorang ahli parti Islam itu, tindakan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang. Musafri Abdullah Azmi, 27, telah ditahan pada 24 Jun lalu kerana memiliki kemeja-T yang tertulis perkataan Bersih 2.0 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang. "Petang ini kita mewakili seorang ahli kita yang ditahan kerana memilik baju Bersih 2.0, dia telah ditahan secara salah. "Saman sivil ini dibuat kerana kita mahu tuntut ganti rugi dan mahu barang-barang yang dirampas dikembalikan semula kepada ahli kita," kata Zainal. Kata Zainal, pihaknya menamakan pegawai penangkap, Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai defendan. Tindakan petang ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang hendak dibawa oleh PAS, kata Setiausaha Lajnah Undang-undang parti itu, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi portal berkenaan. "Kami memutuskan untuk memfailkan kes di Selangor hari ini sebab kes pertama penahanan berlaku di Selangor, selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan bahawa bahan-bahan berkaitan Bersih 2.0 adalah haram," kata beliau. "Kes yang dibawa hari ini berkaitan dengan tahanan praperhimpunan Bersih, selepas ini akan ada banyak lagi kes," kata beliau lagi. Semalam, Juham Dewan Pemuda PAS pusat telah melancarkan kempen Aduan Keganasan Polis 9/7 yang bertujuan untuk mengumpul segala maklumat daripada orang awam berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu. Sementara itu, Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata melalui saman sivil itu pihaknya mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa segala bentuk penahanan dan rampasan dilakukan pihak berkuasa dalam isu Bersih 2.0 bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Kita nak mahkamah beri satu deklarasi bahawa penahanan ahli kita ini salah di sisi undang-undang sebab tiada undang-undang kata memakai baju itu salah, yang salah tidak pakai baju. "Kita juga mahu mahkamah beri satu deklarasi bahawa segala yang dirampas dipulangkan dan rampasan yang dibuat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta perlembagaan," katanya. | ||
Retak tulang dagu, patah dua gigi, terima 20 jahitan angkara polis Posted: 15 Jul 2011 03:14 AM PDT PASPB Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ. Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul. Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut. Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah. "Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya. Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya. "Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala," katanya. Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu. Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000. Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0. Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman. Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis. | ||
Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno Posted: 15 Jul 2011 03:11 AM PDT Oleh Muhamad Izwan Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan. Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO. Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh. Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka. Rakan-rakan dan keluarga saya dari utara hingga selatan semuanya bertanya tentang Bersih, mereka mahu peserta demonstrasi aman itu sendiri menceritakan pengalaman dan bukan sekadar membeli akhbar lidah rasmi UMNO dan BN yang penuh cerita sandiwara dan bersikap berat sebelah. Tidak putus pesanan ringkas dan perbualan telefon yang bertanyakan khabar tentang peserta demonstrasi aman Bersih. Rakan dan ahli keluarga inilah yang dikategorikan sebagai "silent majority" yang sebenar, bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Najib semasa perhimpunan dalam dewan anjuran UMNO baru-baru ini bagi mengelirukan perhatian rakyat. Kenyataan Majlis Peguam telah menafikan segala momokan beberapa hari sebelum bermula perhimpunan Bersih oleh kumpulan-kumpulan NGO yang menjadi tunggangan UMNO serta beberapa wakil daripada parti komponen BN yang nyata meleset, malahan jangkaan mereka salah sama sekali. "Secara umumnya perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawan dan tenang, lebih utama lagi kami mendapati rakyat daripada pelbagai latar belakang dan seluruh negara menyertai perhimpunan tanpa sebarang konflik tercetus. "Ia nyata berbeza sama sekali dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan kebimbangan perhimpunan tersebut akan mewujudkan masalah perkauman atau kekacauan," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Selasa lalu. Mereka yang turun ke jalan raya pada 9 Julai itu merupakan rakyat yang menuntut perubahan, sejarah negara yang baru sudah dicipta daripada pelbagai bangsa dan umur yang turun pada hari tersebut. Semangat 31 Ogos 1957 semasa di dalam Stadium Merdeka ketika ini menjelma kembali untuk merasakan nikmat sebenar bersatu-padu serta kemakmuran dan permuafakatan yang sudah dikecapi untuk sekian lama. Kecaman ke atas Najib berlanjutan hingga ke pentas antarabangsa, daripada pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International kepada badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kepada suara media global. Turut bersama mengecam tindakan agresif pemerintahan Najib ialah penulis bebas kewangan Bloomberg, William Pesek yang mengherdik agenda perubahan yang dilaungkan Perdana Menteri semasa mula-mula memegang tampuk kuasa sebagai omong kosong. Dalam tulisan Pesek, beliau menyatakan, "Bagaimaman sesebuah negara boleh menangkap 1,700 rakyatnya semata-mata kerana memakai warna kuning? Adakah ini dipanggil demokrasi?" Bukan sahaja rakyat mentertawakan pemerintahan Najib, malahan ketika ini hampir segenap pelusuk negara sudah mengetahui kredibiliti sebenar sang perdana menteri yang tidak mendahulukan kepentingan dan hak rakyat. Bersih tidak mencalarkan imej Najib, malah beliau berpeluang menjadikan dirinya sebagai tokoh besar jika membenarkan perhimpunan aman itu diadakan secara teratur dan bersopan. Sebaliknya tindakan melulu oleh instrumen Najib di samping janji tak serupa bikin beliau sendiri yang mengakibatkan seluruh jentera kerajaan terpalit dengan kekotoran yang amat memalukan sekali. Bukan rakyat yang berpecah tetapi tembok perkauman yang sudah dipecahkan rakyat pada 9 Julai 2011. Tahniah dan salut untuk para peserta Bersih 2.0! – Roketkini.com | ||
Bersih: Amerika pandang berat, HRW gesa siasat keganasan polis Posted: 15 Jul 2011 03:09 AM PDT Amerika Syarikat memandang berat pendekatan ganas yang dilakukan pihak berkuasa ketika perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu dan berkata, ia akan memantau perkembangannya. Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner berkata, rakyat Malaysia sepatutnya dibenarkan berhimpun dan menyatakan pendapat dalam negara yang mengamalkan demokrasi. "Kami berpendirian adalah hak rakyat untuk secara bebas menyatakan aspirasi demokratik mereka dan menyatakan pendapat mereka secara bebas," "Saya menegaskan bahawa ia adalah perhimpunan aman. Jadi kami prihatin; kami akan terus meninjau keadaan secara dekat," katanya seperti dilapor BBC. Sementara itu, badan Pemantau Antarabangsa Human Rights Watch (HRW) pula menggesa siasatan terbuka dengan segera diambil, berhubung pendekatan keras pihak polis. Ia termasuk siasatan terhadap kematian seorang peserta akibat serangan gas pemedih mata dan kelewatan bantuan oleh pasukan perubatan. Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata, pentadbiran Najib juga perlu menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras dalam himpunan Bersih, termasuk menangkap lebih 1,600 rakyat yang berhimpun. Pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas, menunjukkan Malaysia memperlekehkan demokrasi. Sementara itu, terdapat desas desus mengatakan Perdana Menteri Britain, David Cameron membatalkan majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini- berikutan tekanan antarabangsa. Laman-laman blog turut mendakwa tidak ada hamparan karpet merah ketika Najib tiba ke negara itu, malah kedatangannya juga tidak disambut Cameron di lapangan terbang Farnborough, London. Sebaliknya Najib disambut Wakil Khas Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong. Najib dijadual melakukan lawatan rasmi ke United Kingdom, atas jemputan Cameron, bermula 12 hingga 15 Julai. | ||
Ratu Elizabeth pakai ‘kuning’ untuk sindir, perlekeh Najib, Rosmah Posted: 15 Jul 2011 12:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemakaian kuning Ratu Elizabeth ketika menyambut Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kunjungan hormat ke Istana Buckingham, London semalam, menunjukkan kritikan sinis terhadap Perdana Menteri itu. Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais berkata, pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan adalah kritikan terhadap dasar dan tindakan Najib. "Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu. "Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu," katanya kepada KeadilanDaily. Hishamuddin adalah pengkritik sosial dan pengkaji semiotika iaitu ilmu mengenali tanda dan makna melalui komunikasi objek dan persembahan. Gambar menunjukkan Najib sedang tunduk bersalaman dengan Ratu Elizabeth di sebuah bilik pertemuan itu dilaporkan agensi berita Bernama. Satu lagi gambar menunjukkan Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond turut memakai tali leher kuning, ketika Najib dan Rosmah melawat Bangunan Stesyen Kereta Api London. Malah, Najib tidak disambut dengan hamparan permaidani merah apabila tiba di Lapangan Terbang Farnborough, London, malah kedatangannya tidak disambut Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali pada kiriman twitter menulis, pula berkata, tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak. "Demonstrasi di depan pejabat Datuk Bandar, majlis makan tengah hari yang dibatalkan dan Ratu memakai pakaian kuning ketika Najib dan Rosmah membuat kunjungan hormat. Tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak," katanya. | ||
BERSIH 2.0 membersihkan stigma dan ketakutan masyarakat Cina Malaysia terhadap demonstrasi Posted: 14 Jul 2011 09:58 PM PDT 9 Julai 2011 membuka satu lembaran baru dalam proses pendewasaaan demokrasi di Malaysia. Puluhan ribu rakyat Malaysia melepasi segala rintangan sekatan polis dan ugutan kekerasan untuk berhimpun dan berarak demi satu matlamat bersama - sistem pilihanraya yang BERSIH. Apa yang lebih signifikan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini ialah ia bukan sahaja berlangsung di Kuala Lumpur malah di berpuluh bandaraya di seluruh dunia di mana rakyat Malaysia menetap. | ||
Catatan seorang penuntut IPTA: Polis beri isyarat sertai perhimpunan? Posted: 14 Jul 2011 09:51 PM PDT Saya tertarik dengan pengalaman yang ditulis oleh saudara Chen Shu Yong yang disiarkan oleh MerdekaReview pada 12 Julai 2011. Maka saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya yang turut menyertai himpunan rakyat BERSIH pada tarikh keramat 9 Julai. Mujur garam tidak ditemui... Beg-beg kami diperiksa. Saya bersyukur polis tidak menjumpai garam yang disimpan dalam beg kawan walaupun mereka memeriksa dengan agak teliti. "Allah selamatkan kami," desis hati saya. Kalau garam tersebut dijumpai polis, saya yakin itu akan jadi sebab untuk mereka menahan kami. Pada masa itu saya lihat ramai lagi anak-anak muda yang diperiksa. Lelaki muda yang mengambil gambar tadi dimarahi seorang polis lelaki, "kenapa kamu ambil gambar?!!" Ada seorang remaja cuba bersoal jawab dengan polis namun dibalas dengan jawapan "kita tunggu black maria sampai!". Ada orang mandi di surau? Polis beri isyarat? BERSIH 2.0: Kebangkitan orang muda! Baca: Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS Baca: Kisah 709 seorang paderi: Air mata saya mengalir demi tanahair ini Baca: Lagi catatan seorang peserta Cina: Saya terpegun melihat polis memukul Melayu *MAR ialah seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tajuk asalnya BERSIH 2.0: Kebangkitan generasi muda. Gambar-gambar di atas diambil di beberapa tempat pada 9 Julai 2011, tidak semestinya dari KL Sentral, di mana penulis berada. | ||
Kekerasan polis: Pemuda PAS bersama SUHAKAM Posted: 14 Jul 2011 09:48 PM PDT Pemuda PAS melahirkan rasa terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana sudi menerima kunjungan daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS pada 12 Julai baru-baru ini. | ||
A Samad Said ; Najib 'Memang Kejamlah' Posted: 14 Jul 2011 09:45 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi. Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam". "Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. "Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya. Kepimpinan 'bangsawan' Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang. "Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang. "Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum". Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu. Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah". "Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat). "Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi. | ||
Doktor : Kami Beri Banyak Bukti Jika Dicabar Posted: 14 Jul 2011 09:44 PM PDT TVS NEWS Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux semalam. "Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan. "Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam. Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia". Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya. "Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus,"kata beliau, yang dipetik dari laporan portal Malaysiakini. Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam semalam dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu. Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan. Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai. Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. | ||
Pakai Baju Bersih,MP Bakri Ditahan Kali Kedua Posted: 14 Jul 2011 09:33 PM PDT TVS NEWS MUAR :Gara-gara terus mahu memakai baju T Bersih 2.0, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam semalam. Pemimpin DAP itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar sambil membawa kekwa putih dan bunga raya. Ketika dihubungi, Er berkata beliau dan kumpulanya yang kira-kira 20 orang baru sahaja keluar dari pusat khidmat DAP Muar dan dalam perjalanan tiga buah trak FRU sedia menunggu di kawasan itu. "Polis tidak benarkan saya terus kerana saya pakai baju Bersih. Tetapi apabila rakan saya beri baju lain, dan saya sarungkan baju itu, tapi polis tangkap saya juga," katanya kepada Malaysiakini. Menurut Er beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Muar dan hanya dibebaskan pada kira-kira jam 1 pagi tadi. Beliau dikehendaki melapor dirinya sekali lagi pada 15 Ogos nanti. Baju Bersih miliknya itu juga dirampas. Er pernah ditahan pada 3 Julai lalu beserta lima ahli DAP kerana mengedarkan risalah berkenaan himpunan BERSIH yang telah diadakan pada 9 Julai lalu. Mereka ditahan di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera "Membersihkan sampah-sarap negara". Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan "Negara BERSIH Rakyat Bertuah" serta gambar penyapu dan penyodok. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan