DIALOG RAKYAT |
- Azhar tuntut keadilan kematian Baharuddin
- Duhai Udin anak Yassin
- Jamuan negara sempena tamat tempoh Agong dicadangkan di Istana Negara baru
- Karpal perlu bela diri pertuduhan menghasut: Pendakwaan
- BN dilanda Xantho Phobia
- MB Pahang: Saya pun boleh buka akaun Facebook raih sokong PM
- Bersih 2.0: Suhakam adakan inkuiri awam, dijangka mula bulan depan
- Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah
- Semakan Nama Calon Latihan Khidmat Negara (PLKN 2011/2012)
- Rosmah Mansor Banyak Duit?
- Gaji Kakitangan Awam Naik 10 Peratus?
- Seorang rakyat Malaysia mahu Najib berundur setiap 5 saat
- DUN lulus usul, kutuk kegagalan BN bina jambatan ketiga di Klang
- Saya dipukul ketika ditahan bersama Sarbaini- saksi
- Pena adalah senjata tercanggih
- Kisah dua demokrasi: Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri
- UMNO halang penganut agama lain dekati Islam
- Media, macam-macam ada.
- Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno
- Dewan S'gor Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco Dahulu
- Gambar terbaru Fayad Al-Bakri , mangsa tembakan polis
- Utusan Si Pembohong tuduh laporan akhbar asing bohong
- USNO akan saingi UMNO di Sabah, tapi ROS tak luluskan lagi penubuhan USNO
- 'Agih peruntukan negara ikut peratusan cukai’
Azhar tuntut keadilan kematian Baharuddin Posted: 14 Jul 2011 07:37 AM PDT
| ||
Posted: 14 Jul 2011 07:32 AM PDT MSO MAAFLAH saya akan jadi mudah panas kepala bila orang bercakap tidak betul dan mengikut makrib sebenarnya mengenai Bersih. Saya bukan salah seorang ahli jawatankuasa yang merancang mengadakan himpunan raksasa itu. Saya hanya seorang rakyat biasa yang ada sedikit kemahiran menulis, mencatat dan menganalisis peristiwa politik negara. Itu saja tentang saya. Maka atas kedudukan itu saya akan gunakan bakat dan kudrat yang Allah anugerahkan ini setakat mana termampu mudah-mudahan boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara demi kebaikan semua. Usahanya bukan untuk mana-mana pihak. Matlamatnya untuk membersihkan pilihan raya di negara ini. Membersihkan demokrasi agar demokrasi kita kelihatan Bersih dan mengikut lunas-lunas demokrasi yang sewajarnya yang kita semua harapkan. Kenapa dengan Bersih Apa masalahnya dengan Bersih? Kenapa UBN takut kepda Bersih. Kenapa Najib Razak gerun dengan himpunan Bersih. Kenapa SPR liat dan sukar untuk melayani tuntutan Bersih. Apakah tuntutan itu tidak munasabah dan bohong? Sejuring kebenaran pun tidak ada. Atau SPR sememangnya menjadi keldai bodoh dungu kepada parti memerintah? Di manakah kebebasan SPR sebagai sebuah suruhanjaya? Apakah kewujudannnya hanya 'taklik kafirun' saja?Ingatlah penipuan tidak akan menang selamanya kerana manusia boleh ditipu sekali atau dua kali tetapi tidak untuk tiga kali. Dalam konteks tuntutan Bersih ini saya tidak begitu nampak akan fungsi dan peranan suruhanjaya yang dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong ini. Maaflah. Suruhanjaya ini sudah menjadi seperti syarikat (agen) yang mengeluarkan sijil halal untuk endorsekan bahan makanan seperti mana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Ianya dikuasai oleh eksekutif sahaja, pengerusi dan setiausaha. Sementara ahli atau anggota suruhan jaya lain membisu dan makan gaji buta saja. Sudah sampai masanya anggota suruhanjaya ini bersuara. Menerima dan membincang apa saja cadangan untuk kebaikan suruhanjaya ini demi memartabatkannya. Jangan serahkan kepada Pengerusi dan anak buahnya saja. Jangan hanya menjadi tukang angguk dan mengesahkan apa yang dikemukakan oleh eksekutif. Kalau begitulah keadaannya elok anggota suruhanjaya ini dihapuskan saja, wang rakyat boleh diselamatkan. Pada saya mereka yang menentang tuntutan Bersih adalah mereka yang sama sekali tidak faham apa itu Bersih dan tuntutannya. Yang kedua yang sengaja membantah kerana mereka yang menyediakan diri untuk 'dirukah' oleh kuasa politik. Orang ini tidak ada integriti dan ia tidak layak menduduki sebuah suruhanjaya. Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menyemak balik hal ini. Kalau mereka tidak berani bersuara ini bermakna mereka merosak amanah rakyat dengan kedudukan itu. Setiap orang yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu mereka angkat sumpah berikrar untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Malang hari ini anggota suruhanjaya hidup macam orang yang menyembunyikan telor dalam kilas saja. .... Meleret jauh apa yang hendak difokus dalam catatan ini. Saya kata saya panas kepala tadi. Kenapa jadi panas kepala pagi ini bila membaca kenyataan Udin anak Yassin - Muhyuddin Yassin, yang marahkan kepada Bersih. Tahap pemikiran dan politik Udin anak Yassin ini sama dengan Inchik Ibrahim Ali saja. Kata Udin anak Yassin, Bersih tidak menghiraukan nasihat Yang di-Pertuan Agong yang melarang agar tidak diadakan himpunan tetapi terus mengadakan himpunan dijalan. Saya nak tanya Udin anak Yassin, yang saya kira dia bukan keturunan Orang Asli di zaman 30-an. Kenapa Bersih mengadakan himpunan dijalanan. Kenapa? Kenapa? Budak bodoh yang terencat akal pun tahu sebabnya ialah kerana kerajaan (polis) tidak membenarkan stadium merdeka untuk dijadikan tempat berhimpun. Mulanya Najib telah mencabar Bersih agar diadakan di stadium tertutup, katanya menjeritlah sampai ke pagi. Tetapi akhirnya cabaran itu bila disahut Najib berdalih seribu kali ia terserah kepada keselamatan. Maka polis digunakan. Polis dijadikan jamban tahi untuk menyekat Bersih. Walhasilnya polis yang kena maki dan kena hamun malam dan siang, siang dan malam - dari subuh ke isyak dari isyak ke zohor. Tidak ada sudut untuk ketua polis negara dan timbalannya hendak sorotkan muka hari ini terhadap apa yang berlaku. Apakah ini tidak difahami oleh Udin anak Yassin. Polis pun satu hal tidak sedikit pun membantah dan memberi nasihat yang baik. Ketua polis tidak ada keyakinan dalam hal ini melainkan menjadikan gas dan belatan untuk menyekat rakyat. Tektik provokasi yang sering digunakan CIA atau KGB sudah tidak berkesan lagi. Polis harus menukar tektik lain mengambil pendekatan berbaik sangka di antara satu sama lain. Seharusnya ketua polis sedar perangai dan sikap orang Melayu. Orang Melayu kalau didekati, dijinak mereka akan tunduk dan hormat sampai ke bumi. Kalau orang Melayu semua jadi jinak maka tidaklah orang Cina dan India jadi besar kepala dan berani untuk berarak kerana mereka tahu di mana bumi mereka berdiri. Tetapi apabila orang Melayu ikut sama atau menjadi ketua maka mereka akan jadi beranilah. Lainlah polis kena bijak, ketua polis negara harus menggunakan pendekatan dan maslahatnya sendiri. Bukalah Quran dan hadith akan berjumpalah formula dan kaedahnya di sana. Duhai Udin anak Yassin anda adalah bakal perdana menteri Malaysia kalau usia Umno masih ada. Kalau takdir hari ini Najib mati kerana kapal terbang yang dinaikinya jatuh, atau beliau sakit andalah akan dinobat sebagai perdana menteri. Khabar Najib sedang mengalami satu kecederaan yang memerlukan rawatan. Bulan Ogos nanti beliau dikatakan akan berihat di hospital? Sebagai bakal PM seharus anda bergaya dalam mengeluarkan kenyataan dan mengkritik musuh ada. Apa guna anda membanggakan diri sebagai anak cikgu Yassin yang hafiz Quran tetapi telatah dan gelagat anda macam anak tokoh yang didik oleh kolonis sahaja? Katanya anda sedang mengupah sekalian orang untuk menulis buku tentang kehebatan bapa anda dalam agama dan perjuangan Melayu. Berapa jumlah upah itu, Udin? Please bezakan diri anda dengan diri pemimpin yang lain. Saya bimbang kalau anda juga terikut dengan rentak politik bodoh, politik kebudak-budakan dan politik ala-ala Inchik Ibrahim yang suara kuat tetapi akal 'dompok' menyebabkan anda akan turut dikecam rakyat. Apa guna kalau kita duduk di atas kerusi tinggi kalau hari-hari kita dicemuh rakyat. Apa guna? | ||
Jamuan negara sempena tamat tempoh Agong dicadangkan di Istana Negara baru Posted: 14 Jul 2011 07:30 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Jamuan negara sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Disember ini dicadangkan diadakan di Kompleks Istana Negara baru, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta di sini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata jika kompleks itu siap sepenuhnya bulan depan, beliau akan memohon kepada Kabinet supaya jamuan negara diadakan di situ. "Kami melihat daripada sudut persiapan sama ada boleh diadakan jamuan negara untuk majlis besar tersebut, jadi peralatan yang kami lihat menunjukkan bahawa Istana Negara baru itu boleh disiapkan menjelang Ogos," katanya selepas menghadiri Majlis Santai Makan Tengahari bersama menteri anjuran Media Prima Berhad di sini, hari ini. Rais turut menyatakan rasa puas hatinya melihat hiasan dalaman kompleks itu mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh menjadi khazanah kepada negara. Pagi tadi, Rais meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi pembinaan Kompleks Istana Negara baru bernilai RM800 juta itu. Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Rais, yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta pegawai Jabatan Kerja Raya, kemudian meninjau ke bangunan utama kompleks itu. Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta), bagi menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1928. Pelantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Disember 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya. Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh sama. | ||
Karpal perlu bela diri pertuduhan menghasut: Pendakwaan Posted: 14 Jul 2011 07:28 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini dimaklumkan bahawa peguam, Karpal Singh perlu membela diri bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak. Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, berkata hakim yang mendengar itu terkhilaf apabila membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu kerana pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap peguam berkenaan. Beliau berkata, Karpal mempersoalkan hak mutlak dan bidang kuasa Sultan Perak ketika sidang akhbar di pejabatnya pada 6 Februari 2009, yang jatuh di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948. Noorin berkata demikian pada pendengaran rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun tahun lalu, yang membebaskan peguam itu tanpa dipanggil membela diri, di depan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Maarop, Datuk Clement Alan Skinner dan Datuk Mohamad Apandi Ali. Beliau berkata, Mahkamah Tinggi juga gagal menentukan sama ada perkataan yang disebut Karpal berkecenderungan ke arah hasutan dan bersifat menghasut. Noorin turut membangkitkan isu ketidakpuasan hati rakyat berhubung kenyataan peguam itu sehingga menyebabkan 103 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Karpal, yang juga pengerusi DAP. "Kenyataan akhbar itu juga menyebabkan pelbagai cacian terhadap Sultan Perak dipaparkan di laman web rasmi kerajaan negeri berkenaan," katanya. Karpal Singh dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama antara 12 hingga 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sementara itu, peguam Jagdeep Singh Deo berkata, rayuan pendakwaan perlu ditolak kerana Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul kerana Karpal sekadar memberi pandangan berdasarkan undang-undang, selain meminta Sultan berkenaan bertindak mengikut Perlembagaan Perak. Jagdeep dan Karpal akan menyambung hujah mereka esok. | ||
Posted: 14 Jul 2011 04:09 AM PDT
| ||
MB Pahang: Saya pun boleh buka akaun Facebook raih sokong PM Posted: 14 Jul 2011 04:07 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER RAUB — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini. "Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ," katanya dipetik Bernama Online hari ini. Beliau mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul lebih 100,000 suara rakyat mendesak Perdana Menteri berundur ekoran perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur. Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang. "Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional," katanya. | ||
Bersih 2.0: Suhakam adakan inkuiri awam, dijangka mula bulan depan Posted: 14 Jul 2011 04:04 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Suhakam akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata orang ramai dan pihak berkuasa akan dipanggil memberi keterangan masing-masing ketika inkuiri kelak. Inkuiri dijangka akan diadakan bulan depan. Khaw berkata Suhakam yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang pihaknya telah kumpulkan. Khaw mengumumkan demikian selepas menerima memorandum daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.Beliau dan dua lagi pesuruhjaya Suhakam iaitu Muhamad Sha'ani Abdullah dan James Nayagam mendengar keterangan awal daripada peserta Bersih 2.0, yang mendakwa mereka berhadapan dengan kesakitan fizikal dan penganiayaan secara lisan ekoran pendekatan keras pihak polis. Salah seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Liew Seng Tat, sebahagian daripada kumpulan yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin berkata, dia ada nampak anggota polis menendang dan memijak beberapa peserta. Katanya, anggota polis yang mengambilnya dari hospital itu ke lokap Pulapol secara berulang kali menampar pada mukanya walaupun tiada sebarang unsur provokasi atau sebab-sebab munasabah, dan dia dipukul menggunakan kayu dan ditumbuk di muka ketika melepasi garisan FRU. Liew berkata seorang lagi anggota FRU mengambil tuala kotor yang basah dengan air berasid dan mengenakan pada mukanya. "Saya boleh dengar dia kata, 'ambil ini'. Apa berlaku selepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu sebab muka saya pedih dan saya tidak boleh membuka mata saya," katanya kepada panel tiga anggota Suhakam hari ini.Seorang lagi peserta perhimpunan Bersih 2.0, yang hanya mahu dikenali sebagai Arun berkata, dia dipukul oleh polis ketika cuba meleraikan tindakan pihak berkuasa menahan seorang lagi peserta yang tidak melakukan sebarang provokasi. "Mereka menundukkan saya, menggari saya terus dan memukul," katanya. Dia juga berkata seorang lagi anggota polis berkata, "bunuh dia." Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang turut hadir berkata, lutut kanannya cedera selepas kereta polis merempuh motosikal yang beliau membonceng. Bersih mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara. Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik. Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata. Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung. | ||
Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah Posted: 14 Jul 2011 04:03 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM— Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman ditahan di rumahnya 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas perintah waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil. Ini adalah kali ketiga Raja Azmi, 52, isteri pemain badminton negara Jalani Mohd Sidek, dikenakan waran tangkap bagi kes yang sama kerana gagal hadir ke mahkamah. Laporan Berita Harian menyebit dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Lim Yee Lan membenarkan Raja Azmi diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sebagai syarat supaya dia hadir dalam perbicaraan kes akan datang pada 22 Julai ini. Pada Ogos tahun lalu, Raja Azmi ditahan kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta. Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem "Dalam Botol" itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai 2010 yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut. | ||
Posted: 14 Jul 2011 04:03 AM PDT Penerbit filem Raja Azmi ditahan gagal hadir mahkamah July 14, 2011 SHAH ALAM, 14 Julai — Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman ditahan di rumahnya 12 tengah hari tadi dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas perintah waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadir perbicaraan kes saman sivil. Ini adalah kali ketiga Raja Azmi, 52, isteri pemain badminton negara Jalani Mohd Sidek, dikenakan waran tangkap bagi kes yang sama kerana gagal hadir ke mahkamah. Laporan Berita Harian menyebit dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Lim Yee Lan membenarkan Raja Azmi diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sebagai syarat supaya dia hadir dalam perbicaraan kes akan datang pada 22 Julai ini. Pada Ogos tahun lalu, Raja Azmi ditahan kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta. Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan waran tangkap terhadap penerbit filem "Dalam Botol" itu kerana kegagalannya hadir pada 12 Julai 2010 yang menyebabkan prosiding mahkamah terganggu sekali gus mengakibatkan kelewatan perbicaraan kes tersebut. | ||
Semakan Nama Calon Latihan Khidmat Negara (PLKN 2011/2012) Posted: 14 Jul 2011 02:36 AM PDT Bagi adik-adik yang dah tak sabar-sabar nak menghadiri sesi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda semua boleh mula membuat semakan nama untuk sesi PLKN 2012 hari ini. Ada 2 cara untuk membuat semakan samada menggunakan SMS ataupun Online.Berikut adalah cara-cara membuat semakan nama PLKN. Semakan Secara Online PLKN
Semakan secara SMS PLKN
Kepada yang berjaya, tahniah kami ucapkan dan ikutilah program PLKN ini dengan jatidiri dan juga semangat yang jitu. Update!!! Sistem Online dan Server Khidmat Negara mengalami masalah kesesakan traffik. | ||
Posted: 14 Jul 2011 02:33 AM PDT Selama ini, kita hanya mendengar khabar angin yang Rosmah Mansor,isteri Perdana Menteri, menghabiskan duit rakyat dengan belanja sakan.Namun hari ini, kita akan dapat melihat sedikit bukti mengapa cakap-cakap orang ramai selama ini berasas. Rosmah Mansor selama ini, ramai yang kurang percaya bila kami katakan bahawa ada asas dalam dakwaan bahawa beliau memang mempunyai banyak duit untuk berbelanja,terutamanya bila beliau keluar ke luar negara.Lihat gambar dibawah: Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai gambar di atas dan kami serahkan kepada anda, pembaca setia BeritaSemasa untuk membuat penilaian dan berkongsikan pandangan masing-masing mengenai sikap Rosmah Mansor ini. | ||
Gaji Kakitangan Awam Naik 10 Peratus? Posted: 14 Jul 2011 02:30 AM PDT Rasanya, masih ada di antara penjawat-penjawat awam di luar sana masih lagi mengharap akan kenaikan gaji bagi kakitangan awam tahun ini.Untuk itu, kami ada berita baik untuk penjawat-penjawat awam semua. Mengikut maklumat yang diterima dari sumber-sumber yang sah, kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal berlaku dan kenaikan ini berkemungkinan paling tinggi pun, hanya naik sebanyak 10 peratus sahaja, dimana kenaikan 10 peratus mungkin hanya melibatkan kakitangan kumpulan sokongan C,manakala untuk kumpulan sokongan B dan kumpulan profesional, kenaikan bakal berlaku rendah dari yang dinyatakan. Pelbagai mesyuarat telahpun dibuat sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi untuk membincangkan perkara ini, dan keputusannya hampir dimuktamadkan.Cuma mengikut maklumat yang diberitahu, kenaikan gaji kakitangan awam ini mungkin berlaku samada sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya. Mengikut situasi semasa, pada pendapat kami, kenaikan ini bakal berlaku sebelum pilihanraya dilakukan.Mungkin kenaikan ini juga bakal dilihat sebagai "gula-gula" pilihanraya umum ke-13 nanti. Kami amat menyambut baik kenaikan ini kerana berdasarkan sentimen serta situasi semasa dan keadaan, serta kenaikan harga barang dan kos hidup, kenaikan gaji bagi kakitangan awam ini amat perlu. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami,namun perlu diingat, penetapan gaji minimum bagi kakitangan swasta juga bakal dilaksanakan.Oleh itu, dari apa yang kami lihat, ia membawa satu keadaan positif di mana ianya sekurang-kurangnya akan dapat meringkan sedikit beban kos hidup yang meningkat hari ini. Walauapapun, kami mengharap agar kenaikan gaji bagi kakitangan awam dan swasta ini, bakal dilaksanakan secepat mungkin.Namun begitu, kami juga berharap agar kerajaan dapat memantau mengenai tindakan pengusaha dan peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam ini nanti. Apa pendapat anda pula tentang kesan yang bakal berlaku sekiranya gaji kakitangan awam naik? | ||
Seorang rakyat Malaysia mahu Najib berundur setiap 5 saat Posted: 14 Jul 2011 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5 (refresh) ditekan. Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong. Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan. Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan. Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil. Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya. Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa. | ||
DUN lulus usul, kutuk kegagalan BN bina jambatan ketiga di Klang Posted: 14 Jul 2011 02:26 AM PDT (Oleh: Sidiqin Omar) SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara meluluskan usul untuk mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Pusat yang enggan membina jambatan ketiga di Klang. Usul itu dibawa ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan bagi membantah kegagalan kerajaan BN membina projek berkenaan seperti dijanjikan sejak 2008. "Kerajaan Pusat menjadikan projek pembinaan jambatan di Klang sebagai usaha memancing undi Barisan Nasional. Perkara ini dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12 diadakan iaitu pada 4 Mac 2008. "Tetapi, sehingga hari ini projek yang kononnya akan siap dalam tempoh dua setengah tahun itu tidak pernah dimulakan," kata Manoharan ketika membawa usul tersebut. Pandangan itu dipersetujui oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat lain yang turut menyelar sikap pilih kasih Barisan Nasional melaksana projek pembinaan infrastruktur di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti Selangor. Sementara itu ADUN Hulu Klang, Saari Sungib yang mencelah ketika usul dibacakan bercadang supaya penduduk di Klang berpakaian kuning dan berhimpun di tapak cadangan jambatan sebagai tanda protes. "Kita harap Majlis Perbandaran Klang, kakitangannya dan penduduk di Klang boleh memainkan peranan. "Rakyat di Klang tidak boleh duduk diam dan kita tak boleh tunggu wakil rakyat dari daerah Klang sahaja yang berjuang," kata Shaari Sungib. Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew mencelah, projek pembinaan jambatan ketiga yang merentasi Sungai Klang di tengah bandar itu difahamkan berjumlah RM 230 juta. Menurutnya, Upacara pecah tanah pada masa itu dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu bersama bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo. Katanya, Projek pembinaan jambatan dengan menaiktaraf jalan sepanjang 3.8 kilometer itu meliputi 2 kilometer jalan baru dan jambatan sepanjang 0.5 kilometer. "Projek ini bukan sahaja untuk memancing undi, tapi projek 'mee segera'. Selepas mereka gagal mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-12, maka projek dihentikan serta merta. "Ini adalah ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat negeri Selangor," tegas Ronnie. | ||
Saya dipukul ketika ditahan bersama Sarbaini- saksi Posted: 14 Jul 2011 01:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang disiasat bersama Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad memberitahu, beliau dipukul ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik. "Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul," kata Abdul Rahim Abdul Kadir seperti dilapor Malaysiakini. Manakala portal malaysianinsider pula melaporkan, ketika dalam tahanan, Rahim turut mendakwa dipaksa membuat pengakuan menerima rasuah dan dilarang bersolat ketika disiasat. "Pegawai-pegawai (SPRM) bercakap dengan suara yang tinggi dan menengking ke arah saya, malah mengugut saya agar saya boleh membuat pengakuan," katanya pada inkues kematian Allahyarham Sarbaini. Ketika disiasat, Abdul Rahim juga mendakwa mendengar jeritan ketika beliau disoal siasat di dalam sebuah bilik. "Saya tidak boleh ingat bila, tetapi ada (kedengaran) jeritan dan bunyi kuat di bilik sebelah ketika mereka merakamkan kenyataan saya sehingga saya tidak boleh dengar (apa-apa)," katanya lagi. Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues yang diketuai majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner. Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang dijumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu. Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1 April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B. Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April. | ||
Pena adalah senjata tercanggih Posted: 14 Jul 2011 01:46 AM PDT Oleh Amaluddin Zhafir 11 JULAI – Ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui "penderitaan" yang dibawakan oleh Sasterawan Negara (sekarang lebih mesra dengan gelaran Sasterawan Rakyat) A Samad Said berkaitan istilah baru ciptaan beliau, iaitu "carma" atau cari makan yang ditujukannya kepada golongan intelektual, seniman, wartawan dan yang sama jenis dengannya. Memetik dari MerdekaReview, Samad Said berkata: "Daripada medium mainstream, Bersih 2.0 itu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan Bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata 'carma', cari makan." Samad yang dibawa ke balai polis sewaktu pelancaran Bersih 2.0 berhubung puisinya "Unggun Bersih" juga memperkatakan tentang sajak sebagai senjata. Dalam apa-apa keadaan, sama ada tekanan politik, sosial, agama, atau pun ekonomi, puisi dan seni secara keseluruhannya memang upama setajamnya mata pedang. Ketika Asas 50 dilahirkan dengan tema Seni Untuk Masyarakat melalui tokoh-tokohnya seperti Usman Awang, Samad Ismail, Asraf dan lain-lainnya, Samad Said waktu itu dikatakan "menjauhkan diri" daripada politik semasa dan lebih dalam dunia seninya. Walau beliau sendiri adalah anggota Asas 50, karya-karya dikatakan lebih kepada seni untuk seni. Mungkin Samad sendiri tidak suka dengan tanggapan tersebut tetapi nyata beliau tidak dianggap peneraju Seni Untuk Masyarakat. Mungkin selepas lebih 40 tahun, Samad telah tersedar betapa pentingnya seni atau puisi sebagai makanan ruji kepada masyarakat dalam membentuk tamadun yang lebih berakal, dan berilmiah. Apatah lagi dalam kongkongan kuasa yang tidak senang dengan kebebasan bersuara dan berekspresi di Malaysia masa kini. Malangnya puisi terlalu dianggap sempit oleh segolongan rakyat Malaysia, Melayu secara umumnya, seolah-olah karya seni sastera tidak banyak bezanya dengan lirik lagu-lagu pop yang berkumandang setiap hari di radio dan TV. Kerana "Unggun Bersih" yang dilihat mungkin bahaya bagi minda Melayu, Samad selepas selesai dari "perbincangan" dengan pihak polis baru-baru ini, telah memberitahu wartawan bahawa puisi sudah dianggap sebagai senjata. Dan langsung serta-merta masyarakat yang "berpuisi" turut melatah seolah-olah baru sehari dua puisi ini dianggap sebagai senjata. Sebahagian orang Melayu seperti "sudah terhantuk baru terngadah," tetapi malangnya terngadahnya itu tidak dilengkapi dengan sedikit bantuan ilmu, maka jadilah berita sensasi di dada-dada akhbar maya bahawasanya "puisi sudah dianggap sebagai senjata". Sedangkan sejarah sudah menceritakan perihal puisi yang menikam tepat ke hati sang pemerintah. Mengambil contoh penyair Rusia, Osip Mandelstam telah dibuang dan diseksa di Siberia sehingga mati hanya kerana menulis sebuah puisi bertajuk "Epigram Stalin" perihal komunisme dan kezaliman di negara bekas empayar Soviet itu. Epigram Stalin tanah ini berbicara dan kita tak mendengar tak kedengaran dari sepuluh langkah, kata-kata menghilang
yang kita dengar adalah pendaki Kremlin pembunuh upahan dan sekumpulan jagal
setiap jemarinya tebal, montel, gagah setiap patah katanya adalah besi berat menghempap
ada kecoa tertawa di bibir atas, pada wajahnya pada butnya ada kilau yang tak akan pudar
dari kilau but itu, terpantul wajah-wajah tuan-tuan berleher-ayam yang berlutut mengelilinginya
satu mengicau, yang lain mengiau, yang lain lagi mengisak dia menghalakan jari telunjuk lalu omong kosong
dia menjatuhkan hukuman semudah mengulum strawberi dengan lidahnya, dia bisa saja memeluk mangsanya seperti sahabat lama dari rumah
(Terjemahan oleh Wahyudi Mohd Yunus) Bagaimana pun, rakyat Malaysia haruslah berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah, bahawasanya setelah lebih 50 tahun, barulah mereka sedar kepentingan puisi itu. Tetapi sedarkah pula semua bekas Menteri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bahawa di Malaysia, sejak tamadun Tanah Melayu wujud, sudah beribu-ribu penyair yang "kurang ajar" terhadap penguasa di seantero dunia? Sekadar renungan, saya memetik sedikit petikan puisi oleh Sasterawan Negara, Usman Awang, bertajuk "Melayu".
Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan
Yang mungkin, jika Usman masih berada di muka bumi sekarang ini, beliau juga akan dipanggil oleh polis minggu lalu dan…tak mungkin Usman Awang akan keluarkan kenyataan berbunyi "puisi sebagai senjata", kan? Namun, tidak ada yang terlambatnya dalam hidup ini. Sebagaimana Bersih 2.0 yang hanya mahu pilihan raya yang adil dan bersih, tidak ada salahnya jika penyair dan peminat mereka baru sedar tentang kuasa sajak dan puisi itu. Biarlah kita setengah abad terlewat kerana ia belum terlambat untuk sajak dan pusi mencari ruang di hati kita bagi menggerakkan tubuh yang sudah terlalu lama tidur dibuai propaganda anti-kebebasan dari atas puncak kuasa. | ||
Kisah dua demokrasi: Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri Posted: 14 Jul 2011 01:40 AM PDT Oleh Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi Pengenalan Tujuan utama esei ini adalah untuk memulakan hujahan seni bina mengenai cadangan 'seni bina demokratik' dalam rujukan bahasa reka bentuknya. Ini bukan esei tentang sama ada sebuah negara itu bersifat demokrasi, kurang sifat demokrasi atau pun bersifat 'demokrasi-feudal', contohnya, sebuah negara yang memaparkan demokrasi dalam perlembagaannya tetapi tidak mempraktikkan semangatnya. Ini adalah esei tentang seni bina, dituju terutama kepada arkitek untuk menggalakkan mereka untuk berhenti seketika sebelum menunaikan kerja dan mengikut kemahuan klien yang kaya dan berkuasa seperti kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Saya percaya apa saja hasil sesuatu projek seni bina dilaksanakan, ia mempunyai tandatangan arkitek yang membawa kepada kejayaan atau kegagalan projek berkenaan. Arkitek bertanggungjawab kerana dia mengikut sahaja apa kemahuan klien. Arkitek bertanggungjawab kerana tidak berunding dengan akademik atau pakar yang relevan dalam bidang seni bina. Profesionnya bertanggungjawab kerana tidak memiliki pandangan atau tidak berani untuk menyuarakannya. Saya telah memilih untuk menulis pendapat saya mengenai perbandingan di antara bangunan Parlimen dan pejabat Perdana Menteri yang megah di Putrajaya. Pertama sekali saya akan menerangkan pendapat saya bahawasanya bangunan Parlimen mempunyai banyak sifat-sifat yang saya anggap bersifat demokrasi berbanding bangunan di Putrajaya. Mengapa hujah ini menjadi suatu isu? Apabila saya melihat bangunan Putrajaya, saya berpendapat yang ia adalah bangunan feudal yang 'hebat' dan biasanya akan dicontohi oleh bandar-bandar lain di negara ini, termasuk majlis perbandaran tempatan. Terbukti benar kata-kata saya apabila Pulau Pinang di bawah kerajaan Barisan Nasional dulu telah mengumumkan pembinaan Putrajaya versi tersendirinya; perkataan 'Putrajaya' sekarang bersinonim dengan seni bina impian perbandaran, kubah dan dalam semua perkara. Majlis Perbandaran Skudai, tempat tinggal saya dan di mana UTM berada sekarang, menghias jalan rayanya dengan perhiasan pejalan, tiang lampu berseni dan lanskap seni arca yang mahal. Saya tidak berniat untuk berkata apa-apa tentang Melaka kerana ia seperti satu harapan yang sudah musnah di mana bandarayanya dihias dengan pokok plastik berwarna kuning dan merah secara rejimen. Ia seperti satu persaingan untuk menjadi yang paling besar, paling mewah dan paling megah untuk mengikut jejak langkah Putrajaya yang bersinar-sinar dan baru. Semua perkara ini berlaku dalam keadaan di mana terlalu sedikit usaha dibuat untuk meletakkan pejalan kaki secara selamat di jalan raya, lalu lintas yang selamat untuk kanak-kanak sekolah, perpustakaan komuniti dan cawangan yang mencukupi, tempat komuniti dan perabut awam di mana orang awam boleh menggunakannya. Adakah arkitek dibutakan dengan kejahilan, pembayaran atau tiada sifat keberanian untuk tidak berkata apa-apa tentang isu-isu begini? Dimanakah suara Pertubuhan Arkitek Malaysia? Apa kata mereka? Pengajaran utama esei ini adalah seni bina bersifat demokrasi telah lenyap kerana apa yang dapat dilihat adalah seni bina untuk yang terpilih dan bukan untuk umum. Referens etnik tunggal Saya ingin membuat perbandingan seni bina bersifat demokrasi di antara pejabat PM di Putrajaya dan bangunan Parlimen dari persoalan referens etnik dalam seni bina. Pada pendapat saya tentang seni bina bersifat demokrasi, seseorang sama ada menggunakan semua referens etnik atau tidak, perlu mencari referens secara keseluruhan. Untuk menitikberatkan satu referens etnik yang khusus ialah sifat, bukan dari perlembagaan yang memastikan kadar hak sama rata untuk semua. Memang benar Malaysia adalah negara majoriti orang Melayu dengan penghormatan kepada sejarah, tetapi adakah perlu menjeritkan mesej itu sampai tahap menggegarkan gegendang telinga? Bangunan Putrajaya dengan kubah cuba membawa warisan Muslim di mana ia kembali ke etnik asal Melayu dalam lagak yang serius. Bangunan Parlimen, dengan stail antarabangsa, mengatakan tiada referens etnik dan kembali kepada warisan tropika sebagai tema dominan. Prisma yang timbul coraknya di atas podium mengatakan secara universal warisan atap tradisional kepada kebanyakan kumpulan etnik dalam wilayah ini. Walau pun beberapa arkitek tidak akan setuju dengan cadangan saya terhadap pendekatan eklektik etnik yang berbagai, tokoh-tokoh semantik seni bina seprti Michael Graves dan Charles Jencks akan setuju dengan saya bahawasanya suatu pendekatan seperti itu dapat hidup dengan sendirinya. Regionalisme dan tanggungjawab Seterusnya, mari kita melangkah masuk alam regionalisme seni bina. Regionalisme sebagai suatu pendekatan mendapat sokongan di kalangan arkitek selepas krisis tenaga. Le Corbusier, mula memaparkan teduhan dari cahaya matahari, 'pembinaan tingkap peti telur dan ketulan tebal konkrit yang terdedah dalam bangunan seperti gereja Ronchamp, Monastery La Tourette dan rumah pangsa Marseille'. Di Malaysia, eksperimen dengan regionalisme menghasilkan beberapa bangunan indah seperti Masjid Negara dengan penggunaan kawasan serambi yang luas, pengudaraan dan pencahayaan bersertakan perhimpuanan dinding telus bagi ventilasi. Bangunan Parlimen tidak banyak persamaan sifatnya seperti Masjid Negara tetapi ia mempamerkan 'kulit nenas' yang terkenal di mana ia dikatakan berfungsi sebagai perlindungan dari cahaya matahari. Ia menunjukkan ada usaha penjimatan tenaga dengan kaitan kepada penyejukan menara pejabat tetapi mesej demokrasi jelas kelihatan: "Anda tidak dibenarkan menyalahgunakan wang rakyat yang diamanahkan kepada pemimpin yang dipilih". Wang itu kepunyaan rakyat yang merupakan 'boss' sebenar. Apa yang bangunan Putrajaya tunjukkan dalam referens pengendalian wang rakyat? Tidak terdapat usaha apa pun yang dapat dilihat untuk membina sebarang jenis alat penteduhan atau serambi yang mampu berfungsi sebagai platform kemesraan rakyat. Seni bina keistanaan ini menunjukkan bahawa pemimpin berhak 'membazirkan' wang rakyat. Pakaian imperial Bagi perkara ketiga, saya ingin fokus kepada bahasa 'kesultanan' atau 'imperial' yang digunakan di seni bina Putrajaya yang bertentangan dengan seni bina lazim business as usual bangunan Parlimen. Dalam penulisan dan ceramahnya, Frank Lloyd Wright sering memberi kritikan seni bina monumental di Washington D.C. Dia dipenjarakan selama sehari apabila enggan menarik balik komen-komennya pada seni bina bandar Madison. Wright hanya merasakan jika hendak meniru seni bina yang datangnya dari rejim aristokratik atau autokratik masa lalu, ia bukan usaha yang sebenar untuk mempamerkan sifat baru demokrasi yang memberi kuasa pentadbiran kepada rakyat dan bukan golongan elit. Seni bina Wright memilih keberatan asimetri dari yang simetri, kegunaan ekspresi kerendahan diri yang melintang ke bumi dan penggunaan bahan tempatan sebagai produk ekonomi yang berkualiti mengikut keadaan cuaca. Sifat-sifat seni bina istana simetri hierarki yang kuat dengan bahan mahal dan perhiasan diletakkan di antara latar belakang lanskap kebun yang mewah jelas kontra imejnya dengan Rumah Parlimen di London. Saya merasakan perasaan bangsa (nation)yang kuat dan pasti apabila saya melihat bangunan Parlimen di London kerana ia mudah diakses oleh orang awam. Bangunan itu hampir ke jalan raya dan itu saja sudah banyak memperkatakan tentang pemikiran bangsa bersifat demokrasi. Untuk mereka yang cuba untuk berhujah tentang kebaikan keselamatan dalam format keseragaman istana Perancis, saya ingin menyatakan bahawa dalam sesebuah demokrasi, keselamatan yang terbaik bukanlah dinding, latar dan pengawasan elektronik, tetapi dengan idea bahawa jika seorang pemimpin meninggal dunia, ramai lagi yang boleh mengambil alih. Ia bukan seperti monarki di mana kewujudan zuriat yang banyak diharapkan sepenuhnya pada anak, jadi sebuah seni bina bersifat demokrasi tidak berlindung di sebalik dinding yang tebal dan latar. Ia bertemu di jalan di mana orang ramai bersiar dan ia menonjolkan suatu kebenaran bahawasanya inilah kerajaan rakyat untuk rakyat dan ditadbir oleh rakyat. Bangunan Parlimen di Malaysia tidak berpura-pura menjadi istana jika seseorang datang menghampiri dari pelbagai arah. Walau pun ia agak bersifat elit pada lokasinya di pertengahan lanskap indah, terdapat banyak cara untuk membaiki konsep ini dalam seni bina masa hadapan dengan memberi penghormatan kepada orang ramai. Selain itu, sesiapa yang mampu berfikir boleh mengesahkan bahawa selepas kejadian 11 September 2001 di Amerika Syarikat, tidak ada peluang atau sebab untuk sesiapa 'bersembunyi' di sebalik dinding seni bina sebagai alasan keselamatan. Kesimpulan Terdapat banyak lagi perkara yang saya mahu sampaikan tentang cadangan seni bina bersifat demokrasi dengan referens khas kepada Malaysia. Dalam buku Konsep Perbandaran Islam: Suatu Gagasan Alternatif, saudara Rosdan Abdul Manan dan saya berfikir tentang idea kawasan awam di pertengahan bandar utama di mana pihak berkuasa memerlukan keizinan rakyat untuk masuk. Bangunan bandar dan masjid akan diturunkan ke perimeter dalam keadaan asimetri. Kawasan awam atau medan ialah wasiat pada idea demokrasi sebagai kuasa kepada rakyat. Kami juga mencadangkan untuk meletakkan kawasan perkuburan bersebelahan kawasan awam tersebut dalam lingkungan pemandangan dari pejabat eksekutif. Ini adalah untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin yang terlupa bahawa mereka hanya manusia biasa dan kuasa yang dipegang mereka hanyalah sementara. Bangunan Parlimen dibina semasa zaman kegemilangan moden di mana referens bersifat metafora tidak diterima. Ia tidak dapat menolong apa yang telah terjadi sekarang. Saya akan merujuk kepada usaha idea demokrasi Parlimen sebagai suatu usaha yang 'tidak sengaja' dalam ketiadaan kajian yang serius tentang pengaruh reka bentuk bangunan Parlimen. Sebaliknya, Putrajaya adalah suatu aksi yang disengajakan. Dalam satu pandangan, mesej feudal yang ia sampaikan memang selaras dengan "demokrasi ala Malaysia" di mana para pemimpin tidak menghiraukan idea 'kuasa kepada rakyat'. Tetapi, sebagai seorang Melayu beragama Islam dan berwarga Malaysia, saya tidak dapat menerima bahasa seni bina ini sebagai penjelmaan ideal semangat asal Perlembagaan Persekutuan. Bahasa seni bina yang hanya menggunakan bahasa satu etnik sahaja menggambarkan ciri autokratik, dan bukan demokratik. – Roketkini.com
Penulis adalah Profesor Jabatan Seni Bina di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia | ||
UMNO halang penganut agama lain dekati Islam Posted: 14 Jul 2011 01:37 AM PDT Roketkini.com SHAH ALAM – Perlakuan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang menghalang seorang Adun DAP daripada memetik petikan hadis dalam sidang Dewan Negeri, mencerminkan mentaliti cetek UMNO terhadap Islam. Adun Sekinchan Ng Suee Lim berkata, tindakan Satim menyekat beliau menyebut petikan hadis adalah untuk menunjukkan kononnya agama Islam itu adalah hak milik UMNO sahaja. "Islam merupakan agama yang bersifat global, iaitu untuk semua, dan sesiapa pun boleh mempelajari ajaran Islam." "Saya tak pernah berniat hendak memperlekehkan atau mempersendakan agama Islam kerana bagi saya Islam adalah agama yang murni," katanya kepada Roketkini. Jelas Ng lagi, tindakan Satim itu ternyata salah dan berdasarkan pemikiran yang sempit. "Bila dia sekat saya dari memahami Islam, itu jelas bercanggah dengan budaya Islam sendiri," katanya. Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada Selasa lalu, Ng menyatakan bahawa beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya. Hujah Ng adalah untuk menjelaskan mengenai Skim Mesra Usia Emas yang mencapai perkembangan memberangsangkan tanpa sebarang rungutan oleh para peserta dan penerima skim tersebut. Namun, belum pun beliau sempat memetik hadis tersebut, Satim telah mempertikaikan tentang kesahihan hadis yang belum dibacakan Ng itu. Satim ketika ditemui wartawan dipetik sebagai berkata: "Kenapa Ng mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri." Bagaimana pun, Ng berkata sebagai seorang yang bukan beragama Islam, jika disekat untuk memahami Islam, sampai bila-bila pun orang bukan Islam tidak akan memahami Islam. "Kalau orang ramai tidak memahami Islam, bagaimana mereka hendak mendapat hidayah?" soalnya. Apabila Satim dan Adun BN Kuang Shukur Idris menimbulkan kekecauan dalam Dewan dengan tidak mahu membenarkan sesi diteruskan, Speaker Teng Chang Khim tidak ada pilihan kecuali mengarahkan mereka keluar Dewan. Dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, beliau menyelar tindakan Shukur yang menjerit-jerit dalam Dewan dengan mengeluarkan perkataan kesat seperti 'bodoh' kepada Speaker. "Lebih malang lagi, sikap Ketua Pembangkang tidak ubah seperti 'tin kosong'; hanya berbunyi tetapi hampas isinya. "Rakyat Selangor yang kini dewasa politiknya pasti akan menjadikan hari ini sebagai kayu ukur bagi menentukan nasib mereka pada Pilihanraya Umum ke-13. "Sesungguhnya tanggungjawab kita semua menjaga kemuliaan Dewan yang mulia ini dan jangan sampai ianya tercemar sekali lagi," katanya. | ||
Posted: 14 Jul 2011 01:36 AM PDT Oleh Aishah Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya -Sulalatus Salatin Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu berdasarkan rumpun bahasa Austronesia atau bangsa Nusantara. Ada yang mengatakan asal Melayu itu dari Sumatera, Borneo, Taiwan dan lain-lain lagi. Pokoknya, Melayu itu merangkumi satu wilayah yang amatlah besarnya. Sungguh banyak perdebatan tentang definisi ke-Melayu-an dan 'bangsa' Melayu. Dan masih berlarutan. Ada juga berpendapat Melayu bukanlah sesuatu yang esensi yang diwarisi tetapi dibentuk. Melayu merupakan identiti sosial, kata mereka. Namun, evolusi 'Melayu' itu telah semakin disempitkan di sini, di Malaysia – budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Melayu dalam definisi lama tidak lagi terikat dengan istilah Melayu-Islam pada zaman Melayu moden ini yang mempunyai kepentingan politik UMNO. Dan alam Melayu juga melahirkan karya-karyanya sendiri. Antara karya agung ialah Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Sulalatus Salatin banyak mengajarkan kepada kita nilai keadilan, pemerintahan, kasih sayang. Adikarya ini menunjukkan kepentingan sejarah bukan satu. Terdapat pelbagai sisi penceritaan yang memerihalkan isu-isu setempat, etnik dan gender. Sebaliknya pembentukan sejarah pada hari ini terhasil daripada praktis budaya dan pertarungan kuasa pada masa lampau. Dalam proses ini, tidak mustahil jika adanya pengkategorian subjek – protagonis-antagonis. Subjek yang kemudiannya akan dilekat sebagai pengkhianat-pembela negara dan macam-macam jenama lagi. Dan digunakan untuk pelbagai tujuan dan tafsiran. Tidak mustahil juga akan wujud satu jalur tafsiran 'sejarah', sejarah yang mendukung status quo. Begitu kita khuatir dengan peranan yang dimainkan orientalis terhadap gagasan dan karya kita. Kita juga dihadapkan dengan penjajahan dari dalam, pemerintah. Penjajahan dilakukan atas maksud tertentu. Dan perlunya untuk menundukkan yang dijajah. Orientalis melahirkan pelbagai teks kolonial etnosentrik yang perlu diruntuhkan mesejnya – cabarannya membaca semula teks peribumi yang terhasil sepanjang zaman penjajahan dengan sedar. Teks tradisional Melayu yang ada juga adalah teks yang sudah diubah dan dimodenkan oleh panitera sejak ratusan tahun lalu. Inikan pula tulisan di media, buku-buku teks di sekolah serta laporan-laporan kerajaan dengan label 88/1972. Sang pemerintah menggunakan aparatus seperti media untuk melaksanakan kepentingan politik dan menjayakan hegemoninya. Peri pentingnya media ini dalam membina dan meruntuh imej pemimpin..atau isterinya, tidak boleh disangkal siapa-siapa. Kebenaran itu hanya mainan mereka yang punya kuasa. Dan menjadi satu cabaran untuk masyarakat merekonstruk cara pikir sedia ada. Semua orang cuba menjadi utusan Tuhan dan mengatakan mereka akan membela yang tertindas, tepinggir dan terkebelakang. Oleh itu, wawasan kita harus lebih tajam. Utusan palsu tidak mati dan terhenti pada zaman Abu Bakar as-Siddiq. Secara simboliknya, media kini juga demikian – utusan palsu. Bukan pemangkin fikiran rakyat, hanya pembantut yang membantutkan fikiran. Tak perlulah dihairankan, memang itu sifat yang diingini sang pemerintah. Kerana mereka hanya dapat menguasai dengan mudah setelah rakyat itu dapat dibodohkan dan kebenaran itu dapat dimomokkan. Persoalannya, sejauh manakah kuasa 'penjajah' yang mengambil bentuk baru ini berjaya memenjarakan kudrat kepengarangan? Di mana peranan yang harus dikerjakan oleh media sebagai semak dan imbang kelakuan pemerintah? – Roketkini.com | ||
Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno Posted: 14 Jul 2011 01:34 AM PDT Oleh Muhamad Izwan Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan. Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO. Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh. Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka. Rakan-rakan dan keluarga saya dari utara hingga selatan semuanya bertanya tentang Bersih, mereka mahu peserta demonstrasi aman itu sendiri menceritakan pengalaman dan bukan sekadar membeli akhbar lidah rasmi UMNO dan BN yang penuh cerita sandiwara dan bersikap berat sebelah. Tidak putus pesanan ringkas dan perbualan telefon yang bertanyakan khabar tentang peserta demonstrasi aman Bersih. Rakan dan ahli keluarga inilah yang dikategorikan sebagai "silent majority" yang sebenar, bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Najib semasa perhimpunan dalam dewan anjuran UMNO baru-baru ini bagi mengelirukan perhatian rakyat. Kenyataan Majlis Peguam telah menafikan segala momokan beberapa hari sebelum bermula perhimpunan Bersih oleh kumpulan-kumpulan NGO yang menjadi tunggangan UMNO serta beberapa wakil daripada parti komponen BN yang nyata meleset, malahan jangkaan mereka salah sama sekali. "Secara umumnya perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawan dan tenang, lebih utama lagi kami mendapati rakyat daripada pelbagai latar belakang dan seluruh negara menyertai perhimpunan tanpa sebarang konflik tercetus. "Ia nyata berbeza sama sekali dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan kebimbangan perhimpunan tersebut akan mewujudkan masalah perkauman atau kekacauan," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Selasa lalu. Mereka yang turun ke jalan raya pada 9 Julai itu merupakan rakyat yang menuntut perubahan, sejarah negara yang baru sudah dicipta daripada pelbagai bangsa dan umur yang turun pada hari tersebut. Semangat 31 Ogos 1957 semasa di dalam Stadium Merdeka ketika ini menjelma kembali untuk merasakan nikmat sebenar bersatu-padu serta kemakmuran dan permuafakatan yang sudah dikecapi untuk sekian lama. Kecaman ke atas Najib berlanjutan hingga ke pentas antarabangsa, daripada pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International kepada badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kepada suara media global. Turut bersama mengecam tindakan agresif pemerintahan Najib ialah penulis bebas kewangan Bloomberg, William Pesek yang mengherdik agenda perubahan yang dilaungkan Perdana Menteri semasa mula-mula memegang tampuk kuasa sebagai omong kosong. Dalam tulisan Pesek, beliau menyatakan, "Bagaimaman sesebuah negara boleh menangkap 1,700 rakyatnya semata-mata kerana memakai warna kuning? Adakah ini dipanggil demokrasi?" Bukan sahaja rakyat mentertawakan pemerintahan Najib, malahan ketika ini hampir segenap pelusuk negara sudah mengetahui kredibiliti sebenar sang perdana menteri yang tidak mendahulukan kepentingan dan hak rakyat. Bersih tidak mencalarkan imej Najib, malah beliau berpeluang menjadikan dirinya sebagai tokoh besar jika membenarkan perhimpunan aman itu diadakan secara teratur dan bersopan. Sebaliknya tindakan melulu oleh instrumen Najib di samping janji tak serupa bikin beliau sendiri yang mengakibatkan seluruh jentera kerajaan terpalit dengan kekotoran yang amat memalukan sekali. Bukan rakyat yang berpecah tetapi tembok perkauman yang sudah dipecahkan rakyat pada 9 Julai 2011. Tahniah dan salut untuk para peserta Bersih 2.0! | ||
Dewan S'gor Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco Dahulu Posted: 14 Jul 2011 01:31 AM PDT PASPBLepas ni pencacai UMNO dalam kerajaan negeri tak boleh dah sabotaj kerajaan Selangor melalui perobohan rumah ibadatSHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu meluluskan usul supaya sebarang tindakan untuk meroboh atau memindahkan rumah ibadat Islam dan bukan Islam perlu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Untuk itu, kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut. Usul yang dibawa oleh M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang dewan itu juga menggesa Kerajaan Negeri untuk menentukan semua masjid, surau, kuil Hindu, tokong Cina, gereja dan semua rumah ibadat lain kekal di tempat asal masing-masing. Usul itu disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kg Tunku), Gan Pei Nei (PKR-Rawang)dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang). Manoharan juga berkata, sudah sampai masanya garis panduan pembinaan rumah ibadat Islam dan bukan Islam di taman-taman perumahan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pemaju milik kerajaan negeri dan bukan hanya pemaju swasta. Lee semasa membahaskan usul berkenaan berkata, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telahpun mengeluarkan pekeliling bahawa rumah ibadat bukan Islam yang dibina sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan tanpa persetujuan Exco negeri. Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - BERNAMA | ||
Gambar terbaru Fayad Al-Bakri , mangsa tembakan polis Posted: 14 Jul 2011 01:25 AM PDT PASPB Gambar terbaru mangsa peluru getah dan bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri. Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.- milosuam.blogspot.com Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim. | ||
Utusan Si Pembohong tuduh laporan akhbar asing bohong Posted: 14 Jul 2011 01:22 AM PDT PASPB Menurut akhbar itu, media asing terutama portal pembangkang di negara ini begitu berani membuat laporan yang tidak benar kerana begitu yakin kerajaan melalui KDN tidak akan mengambil tindakan. Akhbar itu mendakwa, dua portal berita tempatan Malaysiakini dan The Malaysian Insider sealiran dengan akhbar luar membuat laporan palsu mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu. Utusan Malaysia dalam rencana pengarang hari ini mendakwa kedua-dua portal itu membuat banyak laporan palsu ketika perhimpunan Bersih berlangsung bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata masyarakat dan mencemarkan Malaysia di pentas antarabangsa. Katanya, sikap tidak beretika dan melampau media-media berkenaan tidak harus dibiarkan dan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendedahkan bukti apa sebenarnya berlaku pada Sabtu lalu amat dialu-alukan. "KDN tidak harus lagi berlembut dengan media-media seumpama itu yang dalam setiap laporan mereka tidak ada yang baik mengenai kerajaan dan Malaysia. "Dalam soal ini kita tidak mahu lagi mendengar hujah atau amaran tetapi kesudahannya tiada tindakan tegas diambil," lapor Utusan Malaysia. Menurut akhbar itu, kalaupun kerajaan cuba 'berbaik-baik' dengan mereka dengan memberikan maklumat dan fakta yang tepat dan sahih, mereka tidak akan menggunakannya. Sebaliknya mereka akan mencari fakta lain yang boleh memburuk-burukkan imej kerajaan dan Malaysia serta tetap mendengar putar belit pembangkang.Bagaimanapun, melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik. Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang- undang pilihan raya yang tidak adil. "Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil. "Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-Barisan Nasional. "Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau," kata Wan Nik Wan Yusoff, pengkaji politik di pejabat Menteri Besar Kelantan . Misalnya akhbar Berita Harian telah menggunakan 'imej jadian' dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel. Ala media Israel "Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0," tambahnya. Beliau berkata, media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan telah mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0. Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal dan menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar 5,000 atau 6,000 orang sahaja. "Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang,? soal Wan Nik. Menurutnya, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad. "Kematian beliau dikatakan akibat sakit jantung, sedangkan ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar," tegasnya. "Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau. "Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip. "Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk S Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil," ujarnya. Addin : Salah satu sebab lagi Utusan Meloya tertekan di sebabkan hasil jualan akhbarnya merosot, jikalau tidak kerana dana yang di suntik oleh Umno mungkin Utusan Meloya dah lama gulung tikar. | ||
USNO akan saingi UMNO di Sabah, tapi ROS tak luluskan lagi penubuhan USNO Posted: 14 Jul 2011 01:21 AM PDT PASPB Presiden penaja Parti Baru Sabah Bersatu (Usno) Datu Badaruddin Datu Mustapha optimis bahawa pertubuhan itu mampu memberi saingan sengit jika mereka layak bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.Malah Datu Badaruddin mendakwa persaingan itu lebih di antara Usno dengan Umno. "Kami seratus peratus yakin bahawa kami boleh memberikan persaingan. Mengapa? Ini adalah kerana Umno takut pada Usno di Sabah," kata Badaruddin pada sidang media di Kota Kinabalu, baru-baru ini. "Kita minta agar permohonan pertubuhan ini didaftarkan sebagai parti politik diluluskan, dan selepas ini kita akan tahu samada Umno boleh melawan Usno atau tidak." Beliau merujuk kenyataan seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah bahawa sekiranya ada pihak yang ingin membuat bising, maka pihak itu hendaklah tampil bertanding dalam pilihan raya. Datu Badaruddin mendakwa Usno menghadapi kesukaran mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah parti politik sejak lima tahun yang lalu. "Umno takut sebab Usno yang bawa Umno ke Sabah. Kami hanya ingin menghidupkan semula Usno. Banyak ahli-ahli Usno di Pantai Timur Sabah yang tidak pernah masuk Umno, " katanya sambil berkata bahawa ahli-ahli Usno suatu ketika dahulu pernah menerima Umno dengan hati terbuka tetapi sekarang telah dilupakan oleh parti semenanjung itu. Badaruddin mendakwa Usno di Sabah ketika ini mempunyai lebih 100,000 orang dan beliau yakin ia akan diterima semakin ramai rakyat Sabah apabila didaftarkan sebagai sebuah parti politik kelak. "Kami telah diminta oleh para penyokong untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai parti politik kerana kebanyakkan mereka merasa sedih disebabkan permintaan permulaan untuk mendaftarkan pertubuhan ini sebagai kelab telah ditolak. Mandi alang-alang basah." Pada tahun 2006, permohonan untuk menubuhkan Usno dalam bentuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Bermula dari detik itu, usaha tanpa henti terus dilakukan dan akhirnya pada 26hb Oktober 2010, Usno telah berjaya didaftarkan di ROS. ROS kemudiannya memaklumkan bahawa urusan pendaftaran Usno telah selesai di peringkat negeri dan telah dihantar ke peringkat persekutuan. Akhirnya pada 28 Jun lalu, wakil daripada Usno yang bertandang ke Putrajaya, telah dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran diperingkat ROS telah selesai dan kini dirujuk keperingkat Kementerian Dalam Negeri(KDN). Walaubagaimanapun, Datu Badaruddin meletakkan harapan yang tipis bahawa pendaftaran pertubuhan itu sebagai parti politik akan diluluskan. "Tipis tapi yakin. Kalau tidak diluluskan, kita akan tengok bila tiba masanya nanti, " katanya sambil melahirkan hasrat pertubuhan itu untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Katanya, ketika ini, pertubuhan itu juga belum membuat sebarang pakatan dengan parti-parti lain bagi menghadapi pilihan raya. Keputusan selanjutnya, samada pertubuhan ini akan memohon menyertai Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, akan dibuat selepas pertubuhan ini didaftarkan, kata Datu Badaruddin.KL-TODAY | ||
'Agih peruntukan negara ikut peratusan cukai’ Posted: 14 Jul 2011 01:15 AM PDT MB Selangor berkata kegagalan Kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan itu menyebabkan perbezaan jurang agihan di setiap negeri adalah besar. DUN SELANGOR SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan perlu mengagihkan peruntukan negara secara adil dengan mengambil kira peratusan cukai yang dikutip mengikut setiap negeri. Khalid berkata kegagalan Kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan itu menyebabkan perbezaan jurang agihan di setiap negeri adalah besar. "Kerajaan Persekutuan sekarang dalam tempoh 30 tahun ini tidak amalkan satu sistem agihan untuk tentukan sumber rakyat diseluruh negara. Sebab itu jurang agihan sumber di negeri-negeri sangat besar. "Setiap agihan ini perlu mengambil kira jumlah cukai yang dibayar oleh negeri. Agihan itu perlu diberi mengikut pembangunan negeri sama ada negeri itu maju atau tidak," katanya semasa menjawab soalan lisan Hasimah Sidom (BN-Morib) mengenai apakah kerajaan negeri akan memperluas pemberian subsidi pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini. Beliau berkata kerajaan Persekutuan dijangka berbelanja lebih RM20 bilion pada tahun 2011 untuk menampung pelbagai subsidi rakyat berbanding kerajaan Negeri yang berbelanja RM152 juta setahun. Menurut Khalid, pemberian air percuma tidak diterjemahkan sebagai subsidi, namun ia adalah tanggungjawab kerajaan Negeri untuk memberi hak asasi kepada rakyat. "Penyusunan semula air, nilai harta yang dimiliki Selangor sebahagian kecil diterjemah sebagai pemberian air percuma. Harga air sesuai dengan kehendak dan penggunaan. Dua puluh meter pada penggunaanya akan diberi percuma……lebih 20 meter bukan percuma. Lebih banyak guna lebih tinggi kos. Air dan tenaga tidak boleh dianggap sebagai subsidi tetapi ia hak asasi rakyat. Maka air percuma tidak akan diterjemah sebagai subsidi. "Itu sikap kita (kerajaan Negeri) dengan penyusunan industri air di Selangor kerana cara penswastaan yang dibuat sebelum ini tidak ambil kira rakyat. Kerajaan yang mementingkan rakyat akan memberikan hak asasi, dan rakyat ada hak untuk hidup bagi membangunkan keluarga mereka," katanya. Beliau turut mengingatkan ahli Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat agar mengambil sikap baru ke arah pembangunan negara Malaysia dengan mengambil kira asas kebajikan rakyat. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan