DIALOG RAKYAT |
- Saifuddin Dakwa Anggota Polis Ingkar SOP Banteras Bersih
- Takut Kebangkitan Rakyat, Najib Pusing Cerita
- Amaran IGP: Henti hasutan SMS, twitter, facebook
- Amaran IGP: Henti hasutan SMS, twitter, facebook
- LGE: Tindakan polis di perhimpunan buruk imej M'sia
- PKR: Tembak gas pemedih mata di KL Sentral 'perbuatan jenayah'
- Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara
- Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara
- PAS bangga dengan kebangkitan rakyat
- Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
- Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan
- Bersih 2.0 mahu Suhakam siasat tindakan polis
- Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta
- Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta
- Lakonan Khairy Jamaludin (KJ) ini boleh di katakan ke tahap professional.Lebih baik dari Rosham Noor ataupun arwah Tan Sri P Ramlee.
- PRU-13: Najib akan bubar Parlimen sebaik Umno sudah sedia
- Mahfuz, Salahuddin buat laporan cabar polis tangkap mereka esok
- Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia
- Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta
- Jenazah mangsa gas dikebumi pagi tadi
- Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri
- Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi
- Khairy dibebas lewat malam tadi
- Husam: Halang Samad Said serah memo bukti BN hina seniman
- PAS mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih
Saifuddin Dakwa Anggota Polis Ingkar SOP Banteras Bersih Posted: 10 Jul 2011 08:04 AM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin SHAH ALAM : Gambaran tidak tepat yang diberikan oleh Ketua Polis Negara bersabit tindakan polis membanteras perhimpunan Bersih membayangkan kemungkinan anggota polis melanggar Standard Operating Procedures (SOP) ketika melaksanakan tugas. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan-kenyataan Tan Sri Ismail Omar semalam adalah bercanggah dengan apa yang berlaku dan menggambarkan beliau sendiri tidak mengetahui situasi sebenar di lokasi kejadian. " Kalau seorang Ketua Polis Negara boleh memberikan maklumat yang tidak tepat, saya juga tertanya-tanya apakah status laporan yang disampaikan oleh KPN kepada Perdana Menteri, sudah tentulah tidak akan memberikan gambaran yang sebenar,"ujar beliau kepada Tv Selangor. Saifuddin berkata Ismail silap apabila memberitahu wartawan kononnya polis hanya melepaskan satu pusingan tembakan gas pemedih mata di Pudu dan tidak melepaskan sebarang tembakan di perkarangan Hospital Tung Shin. " Saya berada di lokasi Jalan Pudu semalam. Peserta himpunan diserang tiga kali oleh pasukan polis dengan tembakan gas pemedih mata. " Termasuklah di Hospital Tung Shin yang dinafikan oleh IGP dengan mengatakan itu bukannya prosedur polis," kat Saifuddin. Ismail semalam dalam satu sidang media di Bukit Aman mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah sehingga menimbulkan pelbagai pertikaian setelah diasak oleh wartawan. Ismail turut menafikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata di Stesen Sentral KualaLumpur. "Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," Ismail dipetik sebagai berkata. Namun apa yang berlaku, adalah sebaliknya. Hakikatnya, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah muka Anwar ketika baru hendak berarak dari Jalan Tun Sambathan, namun ia sempat dihalang oleh pengawal peribadi beliau, Fayad Al-Bakri. Akibat dari itu, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, penafian Ismail itu tidak mampu membohongi lensa kamera wakil media serata dunia yang setia mengikuti perarakan itu semalam. " Gambar boleh menceritakan 1001 cerita. Padahal apa yang berlaku semalam memang berlaku tembakan dari arah depan dan belakang di lokasi Stesen Sentral Kuala Lumpur," ujar Saifuddin yang turut melawat Anwar di Pusat Perubatan Pantai petang semalam. Dalam pada itu, pada malam tadi dan hari ini, media-media kawalan Umno-Barisan Nasional rata- ratanya memaparkan kenyataan Ismail di samping memuji kebijaksaan polis mengawal keadaan. Malah Ismail turut berkata, tidak ada satu pun kejadian yang tidak diingi berlaku dan polis menjalankan tanggungjawab dengan berhemah. Lebih malang dan menyayat hati, kematian salah seorang peserta demonstrasi Baharuddin Ahmad yang sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata umpama disorokkan. Hari ini jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah dengan dihadiri lebih 500 hadirin pelbagai kaum untuk memberi penghormatan terakhir. Diuja persoalan kepada Saifuddin, apakah yang cuba digambarkan melalui laporan-laporan media arus yang jauh menyimpang dari kejadian sebenar semalam, Saifuddin punya hujah yang cukup relevan. " Motifnya satu untuk memberi gambaran kononnya himpunan Bersih ini tidak mendapat sambutan rakyat. Hanya itu yang mereka cuba sampaikan," jawab beliau ringkas. Namun di sebalik itu, beliau sempat memberikan pesanan kepada Umno-Barisan Nasional dan polis bahawa rakyat pada hari ini tidak mudah untuk dimomok-momokkan dengan berita-berita yang bersifat tidak telus seperti yang dilaporkan oleh Tv3 dan Utusan Malaysia. " Cuma satu yang saya hendak sampaikan kepada Barisan Nasional dan juga polis ialah, mereka boleh membohongi rakyat pada satu-satu masa. Tetapi mereka tidak boleh membohongi rakyat selama-lamanya. Tambahan lagi dengan capaian media baru,"kata beliau. | ||
Takut Kebangkitan Rakyat, Najib Pusing Cerita Posted: 10 Jul 2011 07:59 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi PETALING JAYA : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan. Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia. Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini. " Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat. Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih. Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu. Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk. Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut. Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah. "Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar. Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan. Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13. "Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar. Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia. Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. | ||
Amaran IGP: Henti hasutan SMS, twitter, facebook Posted: 10 Jul 2011 07:54 AM PDT BERNAMA Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama. Beliau dilaporkan berkata perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera. "Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) ke-7 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru hari ini. Seramai 1,024 pelatih menerima pentauliah tersebut yang melibatkan 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh negara. Selepas perhimpunan itu katanya, terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan. Beliau berkata polis telah membebaskan dengan jaminan polis 1,667 orang yang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam. Katanya kertas siasatan akan dibuka terhadap mereka dan tindakan susulan akan diambil. Mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut katanya terdiri daripada 1,000 orang awam, pemimpin pembangkang dan 91 individu yang dilarang memasuki ibu kota tersebut, kata Ismail. Antara yang ditahan ialah penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya Mohamad Sabu. Mengenai dakwaan polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan itu Ismail berkata, pihaknya bertindak mengikut situasi dan gas pemedih mata dilepaskan polis selepas penyokong BERSIH cuba merempuh sekatan. Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata, adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan. "Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya. "Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan. "Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam," katanya. Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak. "Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya. Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri. Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman. Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan. "Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya. | ||
Amaran IGP: Henti hasutan SMS, twitter, facebook Posted: 10 Jul 2011 07:43 AM PDT BERNAMA Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama. Beliau dilaporkan berkata perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera. "Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) ke-7 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru hari ini. Seramai 1,024 pelatih menerima pentauliah tersebut yang melibatkan 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh negara. Selepas perhimpunan itu katanya, terdapat pihak menyebarkan hasutan dan provokasi melalui tiga medium tersebut termasuk kenyataan berunsur perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan. Beliau berkata polis telah membebaskan dengan jaminan polis 1,667 orang yang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur semalam. Katanya kertas siasatan akan dibuka terhadap mereka dan tindakan susulan akan diambil. Mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut katanya terdiri daripada 1,000 orang awam, pemimpin pembangkang dan 91 individu yang dilarang memasuki ibu kota tersebut, kata Ismail. Antara yang ditahan ialah penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya Mohamad Sabu. Mengenai dakwaan polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan itu Ismail berkata, pihaknya bertindak mengikut situasi dan gas pemedih mata dilepaskan polis selepas penyokong BERSIH cuba merempuh sekatan. Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata, adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan. "Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya. "Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan. "Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam," katanya. Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak. "Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya. Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri. Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman. Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan. "Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya. | ||
LGE: Tindakan polis di perhimpunan buruk imej M'sia Posted: 10 Jul 2011 07:35 AM PDT Susan Loone Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kekecewannya terhadap tindakan polis ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, yang didakwanya bertukar menjadi huru-hara selepas campurtangan pasukan itu. Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata nampaknya rakyat tidak boleh berhimpun secara aman tanpa terdedah kepada tindakan keras pihak polis. Bagaimanapun, dakwa beliau, keadaannya berbeza, jika ada penunjuk perasaan berarak membantah kerajaan Pakatan Rakyat atau pemimpinnya. Beliau memberi contoh demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini oleh kumpulan pro-Umno dan kumpulan hak Melayu seperti PERKASA dan Suara Anak Anak Malaysia, di mana wartawan didakwa turut diserang. "Tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam kejadian ini. Tidak ada tindakan, walaupun penunjuk perasaan cuba merampas jambatan Pulau Pinang dan menghalang lalulintas," katanya kepada pemberita di Komtar hari ini. | ||
PKR: Tembak gas pemedih mata di KL Sentral 'perbuatan jenayah' Posted: 10 Jul 2011 07:31 AM PDT Susan Loone PKR menuduh polis bertindak 'tanpa sebarang provokasi' ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral. Naib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata. Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding. Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka. Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah. | ||
Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara Posted: 10 Jul 2011 07:30 AM PDT
| ||
Peserta Bersih berhak dikalungkan wira negara Posted: 10 Jul 2011 07:30 AM PDT
| ||
PAS bangga dengan kebangkitan rakyat Posted: 10 Jul 2011 07:26 AM PDT
| ||
Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid Posted: 10 Jul 2011 07:20 AM PDT
| ||
Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan Posted: 10 Jul 2011 07:18 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA TERENGGANU — Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini. Katanya daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). "Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini. Menurut laporan Bernama Online, punca kejadian masih disiasat, namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu. "Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut," katanya. | ||
Bersih 2.0 mahu Suhakam siasat tindakan polis Posted: 10 Jul 2011 07:07 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya di ibu negara semalam. Beliau berkata, kejadian semalam tidak wajar berlaku dan ini merupakan masa untuk Suhakam bertindak. "Apa yang berlaku semalam tidak patut terjadi. Saya telah pun berbincang dengan Suhakam dan mereka akan buat tindakan lanjut," katanya selepas menziarahi mangsa yang mati akibat sesak nafas semasa himpunan Allahyarham Baharuddin Ahmad. Ambiga turut menyifatkan Baharuddin, ahli PAS kawasan Setiawangsa sebagai seorang hero kerana mati ketika berjuang. Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang cedera di lutut kanannya memberitahu, himpunan semalam disifatkan berjaya dengan kehadiran dalam jumlah yang besar walaupun pihak polis menutup hampir semua jalan ke ibu negara. "Polis bertindak kasar dengan memukul, menendang sehingga ada yang terbunuh akibat sesak nafas dengan gas pemedih mata, ia menunjukkan tahap polis kita seperti di dunia ketiga," katanya yang datang dengan berkerusi roda. Tambah beliau, suasana huru-hara yang disaksikan semalam sudah pasti dapat dielakkan jika pihak polis memberi peluang kepada mereka untuk berjalan dan berhimpun secara aman. "Kalau mereka bagi peluang berjalan, dua atau tiga jam dah boleh selesai. Ini juga menunjukkan pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) sangat primitif dan tidak bertamadun. Ia disaksikan oleh dunia yang mana orang ramai yang tidak bersenjata, berhimpun," katanya. Mengenai kecederaan pada lututnya, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, kecederaan yang dialami tidak serius tetapi menyukarkannya untuk berjalan. Katanya,"kalau saya duduk begini (di atas kerusi roda) tak sakitlah. Tapi kalau saya berjalan rasa sakit kerana legimen rosak. Untuk sembuh ambil masa sehingga dua, tiga minggu juga." Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil. Laporan semalam menyebut beliau ditahan setelah berlaku pelanggaran membabitkan kereta polis semasa dalam perjalanan ke Masjid Negara. Beliau juga menambah, pihaknya akan terus berjuang untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan menyerahkan kepada Bersih untuk langkah seterusnya. Selain beliau turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua naib presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa juga ditahan. | ||
Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta Posted: 10 Jul 2011 06:01 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya manakala Pemuda Umno pula menganjurkan perhimpunan balas memprotes gabungan itu. Beliau berkata perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah. "Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur," katanya dipetik Bernama Online hari ini. Mohd Ridzuan berkata pihaknya akan turun padang untuk menyiasat perkara itu sehingga hujung bulan ini, dan meminta semua peniaga membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialami serta menyerahkannya kepada bilik gerakan sementara yang diwujudkan di kawasan Masjid India. "Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini," katanya. | ||
Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta Posted: 10 Jul 2011 06:01 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta. Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya manakala Pemuda Umno pula menganjurkan perhimpunan balas memprotes gabungan itu. Beliau berkata perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah. "Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur," katanya dipetik Bernama Online hari ini. Mohd Ridzuan berkata pihaknya akan turun padang untuk menyiasat perkara itu sehingga hujung bulan ini, dan meminta semua peniaga membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialami serta menyerahkannya kepada bilik gerakan sementara yang diwujudkan di kawasan Masjid India. "Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini," katanya. | ||
Posted: 10 Jul 2011 05:26 AM PDT Norlina KL Sila baca kronologi lakonan Khairy di bawah ini; 1) Bila Bersih buat pengumuman akan mengadakan perhimpunan secara aman untuk menyampaikan satu petisyen kepada DYMM di Pertuan Agong, KJ membuat amaran yang kononnya Patriot-UMNO akan menentang hasrat itu dengan Perkasa. Nampaknya KJ boleh bersekongkol balik dengan Perkasa setelah buat satu lakonan yang begitu sempurna kononnya menghina pengikut Perkasa yg berkonsep anti bangsa-bangsa selain dari Pribumi. KJ bersandiwara ala-ala hina Ibrahim Ali (IA) tapi secara sulit KJ telah buat satu pakatan dengan AI&Perkasa untuk menentang Bersih.Sebagai permulaan, mereka telah mengadakan satu demonstrasi jalanan secara haram(tanpa permit) di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini dan diketuai oleh Ezam (Penderhaka Keadilan yang kini ahli UMNO). 2) Apabila DYMM Pertuan Agong bertitah agar Kerajaan dan Bersih 2.0 menyelesaikan perbalahan ini secara aman dan damai, KJ dengan sekelip mata bersetuju dengan Najib supaya perarakan ini di pindahkan ke stadium. Akibatnya, KJ membatalkan hasrat Patriot dan menyeru kepada PDRM agar permit diberikan kepada Bersih 2.0 supaya perarakan Reformasi Pilihanraya dapat dijalankan. KJ begitu prihatin walaupun PDRM pernah membatalkan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan Patriot di Stadium Merdeka sebelum ini. KJ turut boleh menjadi Juara Raja Lawak tahun ini bagi lakonan ini. Objektif Bersih 2.0 hanya untuk menyampaikan 8 resolusinya sebagai satu Reformasi Pilihanraya, agar ia lebih telus,adil dan tidak ada sebarang campur tangan oleh Kerajaan, kepada DYMM Pertuan Agong. Setelah Kerajaan mengendahkan titah Agong, KJ telah membuat keputusan 'pusingan 360 darjah' dengan memberi amaran bahawa Patriot akan menentang Bersih 2.0 jika ia meneruskan hasratnya berhimpun secara aman di Stadium Merdeka. Alasan kerajaan terutamanya Muhyiddin yang kononnya stadium ini stadium ini hanya untuk upacara rasmi sahaja termasuk Konsert Rock yang bakal diadakan pada malam 9hb Julai. Sekali lagi,lakonan KJ begitu menonjol kerana dia secara terbuka bersekongkol dengan AI&Perkasa untuk menghalang Bersih 2.0 dari meneruskan hajatnya pada 9hb Julai. 3) KJ cuba mengilusikan rakyat Malaysia, dengan watak lakonan yang baru pula, kononnya mengikuti Flotila Kemanusian Palestin dan Pemuda UMNO menyokong Perjuangan Palestin. Tapi,hajatnya tidak kesampaian.Hasrat KJ terbatal disebabkan dia tidak melakukan secara ikhlas dan tak bersemangat untuk menjayakan misi ini. Difahamkan peserta-peserta Flotilla yang lain masih meneruskan misi mereka dan mencari jalan penyelesaian untuk menyampaikan bantuan kemanusian ini. Tapi KJ pula mempunyai misi yang lebih penting lagi di KL berbanding dengan Kebebasan Palestin. Agaknya, disebabkan seruan Tuannya iaitu Najib dan Hishamuddin kot. 4) KJ sekali lagi memulakan sandiwara kononnya dia ditegah masuk ke KL dan telah mengunakan bahasa kesat 'WTF', dengan izin, ketika ditemuramah oleh wartawan di KLIA. KJ mengunakan perkataan itu kerana PDRM telah menindas Bersih 2.0,Patriot dan Perkasa dari berhimpun secara aman mengikut perlembagaan dan Charter Hak Kebebasan Berhimpun PBB. Nampaknya KJ menyokong perhimpunan Bersih.Namun, KJ telah menentang tujuan Bersih 2.0 dan berhimpun di Jalan Bukit Bintang walaupun dia tahu perhimpunan Bersih 2.0 tidak akan ke kawasan itu.Semuanya naik MPV dengan keadaan dikawal oleh pesilat-pesilat.Mungkin mereka dihantar oleh Omar Din kot. Berbeza sungguh dengan perhimpunan di Pusat Bandar kerana ramai penyokong yang tercedera malah ada kematian yang telah berlaku di sana.Ada di antara pemimpin pembangkang yang tercedera dan masuk ke hospital.Antaranya Ustaz Hadi Awang dan Anwar Ibrahim. Ini yang dikatakan Pemimpin berhati rakyat yang sanggup menempohi cabaran demi rakyat dan bukan seperti wira-wira Putera UMNO yang datang macam anak raja untuk berdemonstrasi. Segala perbuatan KJ hanyalah berlandaskan politik di mana begitu risau akan kehilangan kuasa&pengaruh. Begitu ketara lakunan KJ apabila dia berdemonstrasi dan kemudiannya ala-ala ditangkap oleh PDRM dan akhirnya dilepaskan tetapi lebih lambat berbanding dengan penyokong Bersih dan Pembangkang. Diharapkan semua orang sedar akan segala sandiwara lakunan KJ dan Kerajaan yang hebat ini. | ||
PRU-13: Najib akan bubar Parlimen sebaik Umno sudah sedia Posted: 10 Jul 2011 05:23 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia. Sehubungan itu, Presiden Umno meminta ahli-ahlinya agar bersatu padu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Kita akan menunjukkan bahawa Umno adalah (parti) terbaik di dunia... Hidup Umno! Hidup Barisan Nasional! 1 Malaysia!" kata Najib (gambar) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada program Majlis Penerangan Perdana Menteri di sini hari ini. Majlis itu diadakan sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara. Kira-kira 6,000 orang terdiri daripada ahli Umno, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan menghadiri program setengah hari ini, yang berkisar pada perkembangan semasa khususnya perhimpunan anjuran Bersih 2.0. Pemerhati melihat pertemuan pagi ini digunakan untuk menyegarkan semangat ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya umum ke-13. Semalam, Bernama menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen esok. Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka." "Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen Isnin ini (esok) supaya mengabaikannya sama sekali," katanya. Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. Spekulasi bahawa Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sudah lama kedengaran, tetapi ia terus meleset. Yang terbaru menyebut ia akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini mengambil kira perkembangan semasa termasuk keputusan pilihan raya umum Sarawak April lalu. Dewan Tertinggi BN mengadakan mesyuaratnya dua minggu lalu, tetapi difahamkan belum ada bayangan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam masa enam bulan ini. BN mempunyai mandat sehingga April 2013. | ||
Mahfuz, Salahuddin buat laporan cabar polis tangkap mereka esok Posted: 10 Jul 2011 05:19 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, semalam. Mahfuz (gambar), Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad. "Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia," katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari tadi. Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0. Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara semalam. Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0. "Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN," tegasnya. Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia. Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat semalam. Jelas beliau, "laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya." "Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan," katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini. Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral. Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya. | ||
Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia Posted: 10 Jul 2011 05:06 AM PDT Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih. "Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih," kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allaharham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam. "Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya. "Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak," kata Nik Aziz, yang turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa. Nik Aziz yang kembali dari Mekah petang ini terus mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Baharuddin, yang merupakan seorang ahli PAS. Selain itu, Nik Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 menambah, Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang berusaha untuk mencari orang yang benar-benar layak menjadi pemimpin melalui pilihan raya. "Kita nak pilihan raya yang bersih... jangan ada rasuah. Kalau dirasuah, menang pun tak boleh dibawa bekal ke syurga. Biarlah kita ini hidup berbeza dengan orang barat yang hidup semata-mata untuk dunia dan tidak memikirkan tentang akhirat," ujarnya. Susulan kepada Bersih 2007, Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan aman di ibu negara semalam dengan membawa lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya. Bagaimanapun kerajaan tidak memberikan permit meskipun Bersih 2.0 telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya diadakan di Stadium Merdeka. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun, gabungan itu mengisytiharkan himpunan itu berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara. Seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan. Antara tahanan itu termasuklah empat pemimpinan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden. | ||
Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta Posted: 09 Jul 2011 11:36 PM PDT
| ||
Jenazah mangsa gas dikebumi pagi tadi Posted: 09 Jul 2011 11:32 PM PDT
| ||
Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri Posted: 09 Jul 2011 11:31 PM PDT
| ||
Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi Posted: 09 Jul 2011 11:24 PM PDT
| ||
Khairy dibebas lewat malam tadi Posted: 09 Jul 2011 11:22 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, sebahagian daripada lebih 1,000 orang yang ditahan ketika perhimpunan di ibu negara semalam, telah dibebaskan lewat malam tadi. Menurut mesej-mesej Twitter yang dipantau, beliau yang mengetuai perhimpunan Patriot menentang Himpunan Bersih 2.0 ditahan di kawasan Bukit Bintang, dibebaskan dari balai polis Jinjang sekitar pukul 11 malam. Satu mesej Twitter mengatakan bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau dibebaskan 11.11 malam. "Saya baru sahaja dibebaskan dari lokap Jinjang," kata Khairy (gambar) dalam mesej Twitternya dan disambut rakannya dan pengikutnya. Sebahagian besar ahli politik, majoritinya dari Pakatan Rakyat, yang ditahan semalam ditempatkan di lokap itu, Ia termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu. | ||
Husam: Halang Samad Said serah memo bukti BN hina seniman Posted: 09 Jul 2011 11:20 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Datuk Paduka Husam Musa kesal dengan tindakan polis menghalang Sasterawan Negara Datuk A Samad Said daripada menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada wakil Istana Negara di Stadium Merdeka di akhir perhimpunan semalam. Malah tegas Naib Presiden PAS, tindakan itu membuktikan polis menghina status Samad yang telah diangkat menjadi seorang seniman terkemuka tanah air. "Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menerima memorandum tapi kita dihalang, malah Pak Samad (Samad) yang membawa memorandum itu sepatutnya dimuliakan dan bukannya dihalang selain turut terkena gas pemedih mata. "Kalau di negara asing sasterawan negara akan diraikan, Pak Samad ini bukan orang politik, beliau mempunyai sikap yang telus. "Sepatutnya Pak Samad menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara, namun dihalang berbuat demikian dan apa yang berlaku ini membuktikan kerajaan tidak mendengar suara seniman, ia sesuatu yang mendukacitakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS lewat malam tadi. Semalam, walaupun terpaksa berdepan dengan sekatan dan halangan termasuk gas pemedih mata, kira-kira 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 yang diiringi Samad tiba kawasan Stadium Merdeka sekitar 3.30 petang. Mereka tiba di Stadium Merdeka tanpa disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka yang sebahagian besarnya sudah ditahan polis. Bagaimanapun Husam turut berada dalam kumpulan itu. Kata Samad, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), namun dihalang berbuat demikian. Memorandum itu terkandung lapan tuntutan Bersih 2.0. Samad juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan itu sambil menyifatkan ia keganasan paling teruk pernah disaksikannya. Sehubungan itu tambah Husam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus melaksanakan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kerana ia tidak mustahil untuk dilakukan. Malah Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata tuntutan yang dibuat itu selari dengan demokrasi "zaman moden." "Tuntutan yang dibuat Bersih 2.0 ini boleh dibuat, seperti kempen 21 hari, akses media dan undi pos ia bukan perkara yang mustahil (untuk dilakukan). "Ia mesti dilakukan dan ia sesuai dengan demokrasi zaman moden tapi ternyata Datuk Seri Najib Razak dan SPR nak gunakan pilihan raya paling kotor dan paling banyak penipuan," katanya. | ||
PAS mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih Posted: 09 Jul 2011 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR — PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai "ganas" sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu. Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar) berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam. Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan. Jenazah Baharuddin akan dikebumikan selepas Zohor. "Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas. "Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia," kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi. Seramai 1,401 orang ditahan termasuk pemimpin Pakatan Rakyat semalam. Menurut pemimpin Bersih 2.0 perhimpunan semalam itu dianggap "satu kejayaan besar" dengan 50,000 peserta hadir memberikan sokongan walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara. Husam juga berkata, penahanan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan polis mempunyai "agenda politik." "Kita dukacita dengan penahanan Presiden PAS dan seolah-olah polis mempunyai agenda politik, malah kenyataan ketua polis negara juga mirip agenda politik," katanya. Sementara itu, Hadi dalam kenyataannya selepas dibebaskan berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 "kebangkitan lebih besar" akan berlaku. "Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. "Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan," katanya. Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Selain Hadi, pemimpin PAS yang turut sama ditahan ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Kesemuanya telah dilepaskan malam tadi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan