DIALOG RAKYAT |
- Kronologi Saya Di Himpunan Bersih
- Ismail Omar Baik Diam... Nanti Sakit Jantung Lagi
- Nurul Izzah: Polis sasar ke arah orang ramai
- 'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'
- Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang
- Mangsa gas pemedih mata meninggal
- Presiden PAS dibebaskan
- Mat Sabu dakwa ditahan selepas dilanggar kereta polis
- Ketua Bersih Ambiga dibebas
- Samad Said: Bersih sangat berjaya, kerah 50,000 meskipun BN haling
- Darurat: Dewan Ulamak PAS kecam Utusan
- Laman Twitter rasmi Keadilan Daily -SIRI 4
- Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 3
- Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka
- Khairy, Lokman Adam ditahan polis
- Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 2.
- Kumpulan Bersih tiba di Stadium Merdeka
- Himpunan BERSIH 2.0 di luar negara berjalan lancar, meriah dan mendapat kerjasama polis
- LANGSUNG Bersih 2.0: Polis arah tangkap peserta himpunan
- 30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan
- Lima MP Pakatan ditahan, ribuan penyokong Bersih menuju pusat KL
- Himpunan Bersih 2.0 sudah bermula di Melbourne
- Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 1.
- Kuala Lumpur ‘sambut’ peserta himpunan aman, polis ganggu orang awam
- Bersih 2.0 : Jumlah Tangkapan Meningkat, Ratusan Ditahan (Kemaskini)
Kronologi Saya Di Himpunan Bersih Posted: 09 Jul 2011 07:31 AM PDT MSO Alhamdullilah saya baru selamat sampai ke rumah. Tiada apa-apa kecederaan cuma asap gas pemedih mata masih berbau di tubuh. Semalam saya keluar jam 3:00 petang untuk mencari tempat strategik untuk melaporkan himpunan Bersih dan sekali untuk sama-sama bergerak dan berarak bersama rakyat. Pagi tadi jam 7:00 pagi saya sudah turun dari hotel dan meninjau setiap jalan raya khususnya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sejak tengah malam tadi jalan Tuanku Abdul Rahman sama seperti menuju ke lokasi himpunan ditutup kepada semua lalu lintas. Persimpangan Sogo dan Pertama Kompleks berhimpun si gagak hitam berkuku besi (polis) sekitar 500. Jam 10:00 pagi keadaan masih tenang. Di Sogo kerana kawalan ketat ia lumpuh sama sekali. Saya sendiri juga sempat ditanya dan diperiksa oleh polis. Pergerakan bermula di Brickfields. Jam 10:00 pagi sudah ada laporan peserta perarakan di sana telah diberkas polis. Dari Bricfields inilah kemudian himpunan bergerak ke Pasar Seni. Pasar Seni menjadi lokasi himpunan para pemimpin, sebab itu ramai yang kena tangkap di sini. Antara yang terawal ditangkap ialah Sallahuddin Ayub dan ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang datang bersama anaknya. Begitu juga di kampung Baru. Kebanyakan yang berhimpun di situ ialah peserta dari Kelantan yang menginap di hotel di Chow Kit dan juga Kampung Baru. Sekitar jam 11:00 pagi sudah ada beberapa orang yang membawa baju Bersih telah ditangkap. Saya sempat melihat seorang berjubah dan berserban putih di bawa atas land rover polis melalui Pertama Kompleks. Saya percaya dia ditangkap di Kampung Baru. Semasa land rover itu berhenti di trafik light saya terdengar yang ustaz berkenaan memprotes dan mengatakan sesuatu kepada si gagak hitam berkuku besi. Jam 11:00 pagi saya masih berlegar di Sogo di samping mendapat maklumat dari beberapa lokasi lain. Sementara mahu bergerak sempat membeli kasut kerana tidak selesa pakai sandal. Menjelang pukul 12:00 sdr Rushdan Mustafa yang sudah di perkarangan stadium memberi maklumat peserta sudah cuba memasuki Stadium Merdeka. Menurutnya orang ramai sudah pun dapat menembusi jalan yang ditutup ke Stadium. Disebabkan sekitar Sogo keadaan tidak begitu menceritakan. Ia lumpuh... kerana itu saya bersama Dr Wan Suhaimi, ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan beberapa yang lain mula bergerak menuju ke lokasi panas. Destinasinya masjid Jamek. Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawal segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbit masing-masing. Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka. Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad. Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan. Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000. Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan. Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning. Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka. Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan. Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata. Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium. Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu. Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka. Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur. Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap. Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka. Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan. Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain. Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang. Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka. Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam. Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan. Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang. Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30. Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran. Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium. Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook. Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian. "Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis. "Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya. Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium. Dekat pukul 5.15 petang sewaktu saya berhinjuk-hinjuk untuk melangkah pulang, tiba-tiba adik ipar Zarir menelefon minta ke hotel Midah, katanya di situ Pak Samad Said bersama komiti Bersih siap untuk mengadakan kenyataan akhbar. Sebelum sidang akhbar itu usai saya bersama dua rakan dan seorang budak Terengganu yang tersesat menampak untuk pulang. Kumpulan gagak hitam bercemperia selepas bom yang dibedilnya disambut dan dikembalikan semula ke arah mereka. Tembakkkkk..... rakyat... | ||
Ismail Omar Baik Diam... Nanti Sakit Jantung Lagi Posted: 09 Jul 2011 07:26 AM PDT MSO Sebelum Utusan dan media arus perdana membuat bohong besar esok mengenai himpunan Bersih hari ini, Ketua Polis Negara, Ismail Omar telah cuba menjadi burung belatuk, mengulas mengenai Bersih. Katanya himpunan Bersih hanya didua tempat saja di Puduraya dan jalan Loke Yew. Saya tidak pasati apakah beliau mendapat penjelasan dari timbalannya Khalid Abu Bakar yang kini sudah macam anti klimek dan menjadi pekak dengan tiba-tiba. Atau pun beliau mendapat penjelasan dan laporan yang palsu dari ketua polis Kuala Lumpur. Itulah jadinya kalau ketua polis hanya memantau dari jendela Bukit Aman dan tidak berani turun ke bumi. segala laporan dan maklumat yang diterimanya tidak betul dan melencung jauh. Saya rasa saya lebih bertanggungjawab dari beliau. Saya turun dan berputar ke segenap lokasi himpunan berkenaan. Baca laporan saya (koronologi) rasanya lebih adil dan benar daripada laporan anak buah Ismail Omar. Ada empat lokasi besar himpunan, Pasar Seni, perkarangan Masjid Jamik, di Jalan Petaling, dan perkarangan Stadium Merdeka. Inilah kualiti polis kita bercakap selalu bohong dan menipu orang ramai. Kalau hendak gambarkan negara ini aman dan polis berjaya kawal himpunan pun jangan sembunyikan fakta. hari ini semua orang cerdik dan bukan bodoh. Begitu juga katanya tidak ada tembakan gas pemedih mata di Jalan Puduraya? Omar boleh tengok video yang profesional tangkap dan jangan yang polis ambil. Kalau polis ambil banyak fakta yang disembunyikan seperti mana pembohong polis ada peserta himpunan yang bawa senjata dan cocktail. Belajarlah menjadi baik dan menjadi seorang Islam. Kalau polis tunduk, akur dan cium kaki pemimpin hari ini, tetapi jangan sampai kaki sebayan (busuk) pun sanggup dicium. Saya mahu ketua polis negara saksi gambar yang dipaparkan dalam blog, mengenai himpunan yang dipukul dan diperlakukan macam anjing kurap. Rasanya sesetengah tindakan polis jauh lebih buruk dari salakan anjing. Saya setuju kalau polis mengawal himpunan Bersih untuk tidak menular kemudian rakyat mengoncangkan pemerintahan hari ini. Tetapi lakukan secara berada dan ingatlah kepada perkataan atau kalimah yang tertera di topi berbunyi Allah - Muhammad. Kalau kalimah itu sudah tidak dihormati buang dan ganti dengan kalimah lain | ||
Nurul Izzah: Polis sasar ke arah orang ramai Posted: 09 Jul 2011 05:58 AM PDT MALAYSIA KINI Perangkaan rasmi polis setakat jam 3.30 petang tadi, menunjukkan 924 orang telah ditangkap pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Daripada jumlah itu 49 adalah wanita. PAS pula mendakwa tidak kurang 300 pemimpin dan ahlinya juga ditangkap. Pakatan Rakyat juga membidas tindakan ganas polis hari ini sehingga mencederakan pemimpinnya dan juga rakyat yang cuba berhimpun secara aman. Mereka termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Selain mereka, turut menjadi mangsa adalah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila kanister gas pemedih mata ditembak di belakang kepalanya. Di Kampung Baru, pintu pagar masjid itu ditutup, manakala di Masjid Negara, orang ramai diarahkan mengosongkan majid itu termasuk mereka yang ingin menunaikan solat. | ||
'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis' Posted: 09 Jul 2011 05:31 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis. Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini. "Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. "Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu. Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya. "Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok. Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka. | ||
Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang Posted: 09 Jul 2011 05:28 AM PDT
| ||
Mangsa gas pemedih mata meninggal Posted: 09 Jul 2011 05:22 AM PDT
| ||
Posted: 09 Jul 2011 05:19 AM PDT
| ||
Mat Sabu dakwa ditahan selepas dilanggar kereta polis Posted: 09 Jul 2011 05:10 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR– Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini. Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini. Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini. "Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau. "Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan," katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini. Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap. "Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang," katanya lagi. Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham. Sivarasa menambah, "hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok." | ||
Posted: 09 Jul 2011 03:12 AM PDT KUALA LUMPUR – Ketua Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dibebaskan oleh polis kira-kira 6.30 petang ini dan beliau menekankan, rakyat Malaysia telah menunjukkan keberanian menghadapi tindakan menakut-nakutkan kerajaan. Kata beliau, penyertaan luar dugaan adalah petanda "kita tidak mahu dibuli oleh sesiapa." "(Ini menunjukkan) tindakan kasar menakut-nakutkan (orang ramai) tidak akan berjaya," kata beliau. Ambiga ditahan selepas bertolak dari kawasan KL Sentral untuk menuju ke Stadium Merdeka – lokasi akhir menyempurnakan perhimpunan Bersih 2.0. Sehubungan itu bekas presiden Majlis Peguam itu berkata Bersih 2.0 kini telah menjadi satu gerakan, yang bukan sahaja mewakili pembaharuan pilihan raya, malah menjadi simbol kehendak publik yang mahukan proses demokratik yang lebih matang. | ||
Samad Said: Bersih sangat berjaya, kerah 50,000 meskipun BN haling Posted: 09 Jul 2011 02:45 AM PDT GALERI FOTO BERSIH 2.0 ( SILA KLIK ! ) THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pemimpin Bersih 2.0, dengan diwakili Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini berkata, perhimpunan mereka "satu kejayaan besar" dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini," kata beliau pada sidang media petang ini. "Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh," kata beliau lagi. MENYUSUL LAGI | ||
Darurat: Dewan Ulamak PAS kecam Utusan Posted: 09 Jul 2011 02:37 AM PDT
| ||
Laman Twitter rasmi Keadilan Daily -SIRI 4 Posted: 09 Jul 2011 02:31 AM PDT KeadilanDaily Keadilan Daily Lebih 1,000 peserta himpunan aman dinafikan akses kpd peguam, menyalahi Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, kata Fadiah Nadwa Fikri dr LFL KeadilanDaily Keadilan Daily Dijangkakan 50,000 hadir. Walau gagal serah memorandum, @bersih2 akan teruskan kempen dgn cara berhemah. Antaranya pemakaian baju kuning. KeadilanDaily Keadilan Daily Nurul Izzah kesal tindakan ganas polis: KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kesal deng... http://bit.ly/nC5JVY KeadilanDaily Keadilan Daily Sidang media bersama J/kuasa Pemandu @bersih2 di perkarangan Hotel Midah. Himpunan berjaya. http://yfrog.com/kedpdstj KeadilanDaily Keadilan Daily Anggota polis masih berlegar di sekitar KLCC. Aktivis Bersih pula dilaporkan sudah bersurai di depan KLCC. abdulhadiawang TG Hj Abdul Hadi admin: dalam truck di balai Polis Jinjang, kepong. http://fb.me/1824a0CAS KeadilanDaily Keadilan Daily Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini. KeadilanDaily Keadilan Daily Polis beserta trak FRU menembak air kimia ke arah orang ramai di KLCC, meskipun mereka mulai hendak bersurai. zulhabri zulhabri Polis menembak air kimia walaupun peserta sudah mulai hendak bersurai @BERSIH_live http://lockerz.com/s/118446332 kamalhr Kamal HR Angin reformasi berhembus di Malaysia.. Follow @anwaribrahim & @KeadilanDaily, TLnya seru2 euy, mirip2 Indonesia 98.. REFORMASI..!!! KeadilanDaily Keadilan Daily Tian Chua: Presiden Pas, Abdul Hadi sedang berada dalam trak polis, di Balai Polis Jinjang. Sekurangnya 100 ditahan si sana. KeadilanDaily Keadilan Daily Polis terus gempur peserta himpunan @bersih2 yang dalam perjalanan pulang di Masjid Negara hingga ke Pasar Seni KeadilanDaily Keadilan Daily Trak polis mula di tiba di KLCC untuk menyuraikan ribuan orang ramai yang membanjiri sekitar. KeadilanDaily Keadilan Daily Pimpinan Pakatan, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard, Dr Chua Jui Meng, Syed Shahir, Nasruddin Tantawi kini bersama ribuan peserta di KLCC KeadilanDaily Keadilan Daily Jkuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Bukit Aman. KeadilanDaily Keadilan Daily Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. zulhabri zulhabri http://lockerz.com/s/118440989 Ribuan di hadapan KLCC, Hatta Ramli, Chegubard , Chua Jui Meng, , Nasruddin Tantawi ... http://tmi.me/cKQcC KeadilanDaily Keadilan Daily RIbuan peserta mula berhimpun di depan KLCC, bilangannya dijangka terus meningkat. KeadilanDaily Keadilan Daily Polis menyerbu peserta himpunan @bersih2 yang mahu pulang dihadapan Dewan KLSCAH KeadilanDaily Keadilan Daily Dr Hatta Ramli dan Chegu Bard bersama himpunan rakyat di depan KLCC. Mereka menyanyikan lagu Negaraku. KeadilanDaily Keadilan Daily Mkini- Jawatankuasa pemandu Bersih, diketuai A. Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada YDPA, selepas dihalang polis | ||
Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 3 Posted: 09 Jul 2011 01:27 AM PDT KeadilanDaily Keadilan Daily Pimpinan Pakatan, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard, Dr Chua Jui Meng, Syed Shahir, Nasruddin Tantawi kini bersama ribuan peserta di KLCC KeadilanDaily Keadilan Daily Jkuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Bukit Aman. KeadilanDaily Keadilan Daily Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. zulhabri zulhabri http://lockerz.com/s/118440989 Ribuan di hadapan KLCC, Hatta Ramli, Chegubard , Chua Jui Meng, , Nasruddin Tantawi ... http://tmi.me/cKQcC KeadilanDaily Keadilan Daily Ribuan peserta mula berhimpun di depan KLCC, bilangannya dijangka terus meningkat. KeadilanDaily Keadilan Daily Polis menyerbu peserta himpunan @bersih2 yang mahu pulang dihadapan Dewan KLSCAH KeadilanDaily Keadilan Daily Dr Hatta Ramli dan Chegu Bard bersama himpunan rakyat di depan KLCC. Mereka menyanyikan lagu Negaraku. KeadilanDaily Keadilan Daily Mkini- Jawatankuasa pemandu Bersih, diketuai A. Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada YDPA, selepas dihalang polis KeadilanDaily Keadilan Daily @Tantawi100 Ketua Pemuda PAS perarakan kearah KLCC http://lockerz.com/s/118439140 KeadilanDaily Keadilan Daily Doa dibacakan oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Beliau memohon kesejahteraan peserta himpunan @bersih2 KeadilanDaily Keadilan Daily Ribuan sedang menuju ke arah KLCC sambil melaungkan Bersih dan Reformasi! http://lockerz.com/s/118438724 BERSIH_live BERSIH_live GEMPAR !!!: PERSERTA PATAH KAKI AKIBAT KEKASARAN POLIS DI HADAPAN HOSPITAL TUNG SHIN @bersih2 #bersihpichttp://twitpic.com/5nf054 KeadilanDaily Keadilan Daily Perarakan diteruskan sedang melepasi Menara Sunway jalan Ampang http://lockerz.com/s/118437634 KeadilanDaily Keadilan Daily Datuk Seri Anwar dan pengawal peribadinya di hantar ke Pantai Medical Centre. KeadilanDaily Keadilan Daily YB @simtzetzin sedang memberi ucapan. Ribuan peserta @bersih2 berkumpul di hadapan KLSCAH http://yfrog.com/keuyxlj KeadilanDaily Keadilan Daily Ribuan peserta himpunan @bersih2 berarak di Jalan Sultan http://yfrog.com/kik3smqj KeadilanDaily Keadilan Daily Suaram kutuk intimidasi polis. Berhimpun secara aman adalah hak yang termaktub dlm plembagaan. Suaram tuntut bebaskan tahanan dgn segera! KeadilanDaily Keadilan Daily Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar KeadilanDaily Keadilan Daily Majlis Peguam menyelar tindakan kasar polis terhadap peserta himpunan @bersih2. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan malam ini @BERSIH_live KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut. | ||
Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka Posted: 09 Jul 2011 12:49 AM PDT GALERI FOTO BERSIH 2.0 ( SILA KLIK ! ) THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka. Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi. Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu. Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank. Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi. Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka. Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai. Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama. | ||
Khairy, Lokman Adam ditahan polis Posted: 09 Jul 2011 12:47 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan polis sementara penyokong-penyokong Bersih 2.0 melangkah dalam jumlah besar ke arah pusat bandar raya petang ini. Maklumat yang diterima menunjukkan Ahli Parlimen Rembau ditahan bersama ahli jawatankuasa eksekutif pergerakan itu Lokman Adam. Mereka mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 dengan nama Patriot bersama beberapa ratus pengikutnya di Bukit Bintang. | ||
Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 2. Posted: 09 Jul 2011 12:35 AM PDT KeadilanDaily Keadilan Daily Ribuan peserta himpunan @bersih2 berarak di Jalan Sultan http://yfrog.com/kik3smqj KeadilanDaily Keadilan Daily Suaram kutuk intimidasi polis. Berhimpun secara aman adalah hak yang termaktub dlm plembagaan. Suaram tuntut bebaskan tahanan dgn segera! KeadilanDaily Keadilan Daily Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar KeadilanDaily Keadilan Daily Majlis Peguam menyelar tindakan kasar polis terhadap peserta himpunan @bersih2. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan malam ini @BERSIH_live KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut. ShuhaimiShafiei Shuhaimi Shafiei 'Lapisan' kedua sila ambil tempat sekarang, Pimpinan utama sudah di tahan. 'Lapisan' ketiga sila standby. Lawan terus sampai Pasar Seni KeadilanDaily Keadilan Daily Peserta himpunan kembali berhimpun. Disusun oleh Dr Hatta Ramli & Datuk Chua Jui Meng http://yfrog.com/kll8qydj KeadilanDaily Keadilan Daily Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni. KeadilanDaily Keadilan Daily Dua anak perempuan Datuk Seri Anwar- Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis! KeadilanDaily Keadilan Daily Tong gas pemedih mata ditembak secara terus ke arah Anwar, pengawal peribadinya cedera parah KeadilanDaily Keadilan Daily Sebahagian peserta himpunan dilapor telah mula membanjiri Stadium Merdeka. KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis. KeadilanDaily Keadilan Daily Sehingga jam 2 petang, sumber PDRM menyatakan 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita. KeadilanDaily Keadilan Daily Wartawan TV Selangor, Radzi Razak cedera di kaki kerana dikasari polis. http://yfrog.com/keug1ij KeadilanDaily Keadilan Daily Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis. anwaribrahim Anwar Ibrahim Minor injury,waiting for doctor. Ambiga,Nurulzzah,N Hana(my youngest daughter)arrested KeadilanDaily Keadilan Daily Polis melepaskan tembakan gas terus ke arah Anwar, Haji Hadi dan Kit Siang KeadilanDaily Keadilan Daily Polis sekat jalan depan Pasar Seni utk halang sekitar 1000 peserta Bersih yg ingin berarak ke Pudu. http://lockerz.com/s/118422965 KeadilanDaily Keadilan Daily Latest: Polis 'menunggu' bsama 10 trak di hadapan Central Market. http://lockerz.com/s/118423584 KeadilanDaily Keadilan Daily Datuk Seri Anwar dilapor cedera semasa terkena tembakan gas. Manakala pengawal peribadi beliau cedera dipukul. KeadilanDaily Keadilan Daily Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Beliau kini dikatakan kembali semula ke Hilton KeadilanDaily Keadilan Daily Pengerusi Bersih, Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Maria ChinAbdullah ditangkap polis KeadilanDaily Keadilan Daily Polis lepaskan puluhan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Hujan lebat, namun peserta himpunan @bersih2 masih terus bertahan KeadilanDaily Keadilan Daily Trak FRU menghalang perarakan orang ramai yang datang dari arah KL Sentral. Gas-gas pemedih mata dilepaskan. KeadilanDaily Keadilan Daily Trak-trak FRU di Stadium Merdeka mula bergerak menuju ke pusat bandar, dipercayai untuk mengganggu peserta himpunan berhampiran Puduraya KeadilanDaily Keadilan Daily Polis dilapor bertindak ganas dengan mengheret dan memukul orang ramai di depan Pudu Raya. Seorang cedera dengan kepala berdarah. simtzetzin Sim Tze Tzin Police said they have 10k strong to lock down KL. They failed. Rakyat 100,000! KeadilanDaily Keadilan Daily Tidak kurang 15,000 orang berarak di hadapan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Razak, meski polis melepaskan gas-gas pemedih mata. KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri menyelar tindakan polis menghalang himpunan dan menangkap termasuk Wanita. KeadilanDaily Keadilan Daily Puluhan ditangkap di sekitar Puduraya. W/pun peguam pemerhati telah nyatakan hak, polis masih teruskan. Hujan renyai di kawasan sekitar KeadilanDaily Keadilan Daily Polis di StadiumMerdeka bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing daripada hujan lebat | ||
Kumpulan Bersih tiba di Stadium Merdeka Posted: 09 Jul 2011 12:27 AM PDT Hujan lebat menyebabkan polis dan FRU lari lintang-pukang mencari tempat berteduh dan meninggalkan kawasan jagaan dihadapan Jalan Stadium. KUALA LUMPUR: Tanpa menghiraukan hujan lebat, penyokong Bersih 2.0 sudah mula membanjiri Jalan Petaling dan Jalan Maharajalela, menghampiri Jalan Stadium kira-kira pukul 2.25 petang. Sementara polis dan FRU pula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Stadium. Hujan lebat menyebabkan polis dan FRU lari lintang-pukang mencari tempat berteduh dan meninggalkan kawasan jagaan dihadapan Jalan Stadium. Mulai jam 1.38 tengahari tadi, polis mula mengetatkan kawalan dipersimpangan Jalan Maharajalela-Jalan Stadium dengan berkubu dan meletakkan pagar dawai berduri. Mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana mendapat khabar terdapat kumpulan penyokong Bersih 2.0 yang sedang mara dari arah Jalan Petaling. Manakala unit Pasukan Polis Simpanan (FRU) sudah bersedia didalam trak dihadapan Balai Polis Tun H.S.Lee. Disebabkan Stadium Merdeka dikawal ketat polis dari Jalan Merdeka dan Jalan Maharajalela, orang awam dipercayai penyokong Bersih 2.0 mula berlegar dan berkumpul disepanjang Jalan Petaling disini. Setakat ini 15 peguam pemerhati daripada Bar Council berjaya mohon daftar masuk ke Jalan Stadium daripada polis. Setakat jam 11.15 pagi tadi, keadaan di sekitar Stadium Merdeka di sini kelihatan terkawal. Polis dilihat melakukan sekatan jalan raya dipersimpangan Jalan Maharajalela dan Jalan Stadium. Manakala kira-kira 30 anggota polis dan tentera beserta trak kelihatan berlegar dan bersiap sedia diluar pintu masuk stadium. Sementara diruang udara stadium pula kelihatan helikopter polis berlegar setiap lima minit. Walaupun pihak polis membuat tangkapan dan melepaskan gas pemedih mata, para penyokong Bersih dijangka berarak dan berkumpul di Stadium Merdeka dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang hari ini. | ||
Himpunan BERSIH 2.0 di luar negara berjalan lancar, meriah dan mendapat kerjasama polis Posted: 08 Jul 2011 11:43 PM PDT PASPB Himpunan BERSIH 2.0 di luar negara sedikit pun tidak menghadapi ganguan dari polis malah telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Di bawah adalah gambar - gambar himpunan di beberapa bandaraya di Ausralia : Himpunan BERSIH 2.0 di Melbaurne Di bawah Himpunan BERSIH di Brisbane Ucapan pemimpin NGO Australia Sokongan kepada BERSIH 2.0 Rakyat Malaysia di luar negara menyokong BERSIH 2.0 Mendengar ucapan sokongan kepada pilihanraya bersih dan adil di Malaysia Meriah dengan selingan lagu kebebasan dan keadilan Dataran yang menjadi tumpuan himpunan menyokong BERSIH 2.0 Inilah pandangan rakyat Australia terhadap Malaysia | ||
LANGSUNG Bersih 2.0: Polis arah tangkap peserta himpunan Posted: 08 Jul 2011 11:38 PM PDT
| ||
30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan Posted: 08 Jul 2011 11:34 PM PDT
| ||
Lima MP Pakatan ditahan, ribuan penyokong Bersih menuju pusat KL Posted: 08 Jul 2011 11:25 PM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Sementara lima Lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari, ribuan penyokong Perhimpunan Bersih 2.0 berarak ke pusat bandar raya untuk Stadium Merdeka. Kumpulan dari pelbagai lokasi — kawasan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Pudu-Bukit Bintang memfokus kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank-Kompleks Kota Raya sebelum meneruskan perarakan mereka ke Stadium Merdeka yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Di kawasan berhampiran Menara Maybank, peserta Perhimpunan Bersih 2.0 cuba dileraikan oleh FRU dengan melepaskan gas pemedih mata, tetapi mereka melawan menyebabkan FRU berundur dan tembakan gas pemedih mata susulan dilepaskan. Kira-kira 12.45 tengah hari tadi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di stesen KL Sentral. Selain mereka tiga wakil rakyat lain turut ditahankan. Dua daripada mereka ialah ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga ditahan. Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral. Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang. The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur. Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni. Perhimpunan Bersih 2.0 berhadapan dengan perhimpunan balas Pemuda Umno, yang menggerakkan Patriot dengan disertai kira-kira 200 hingga 300 orang. Mereka berkumpul di kawasan Bukit Bintang. | ||
Himpunan Bersih 2.0 sudah bermula di Melbourne Posted: 08 Jul 2011 11:18 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia. Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing. Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury. Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza. Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat. | ||
Laman Twitter rasmi Keadilan Daily - SIRI 1. Posted: 08 Jul 2011 11:11 PM PDT KeadilanDaily Keadilan Daily Puluhan ditangkap di sekitar Puduraya. W/pun peguam pemerhati telah nyatakan hak, polis masih teruskan. Hujan renyai di kawasan sekitar KeadilanDaily Keadilan Daily Polis di StadiumMerdeka bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing daripada hujan lebat KeadilanDaily Keadilan Daily Peserta himpunan aman melepasi kawalan polis di Masjid India dan menuju Stadium Merdeka menerusi IPD Dang Wangi KeadilanDaily Keadilan Daily Orang ramai terpaksa bersolat di dlm KTM KL kerana tidak dibenarkan memasuki Masjid Negara. http://lockerz.com/s/118414947 BERSIH_live BERSIH_live Kebanyakkan gambar yang terkumpul di twitter @BERSIH_live boleh dilihat melalui bersihlive.blogspot.com :) KeadilanDaily Keadilan Daily Tangkapan ke atas peserta himpunan aman Bersih yang kini mencecah 500 orang jauh lebih banyak dari jumlah keseluruhan penyokong Patriot! tianchua Tian Chua #BERSIH leaders coming out of hotel, joining the masses http://lockerz.com/s/118411775 KeadilanDaily Keadilan Daily Rakyat sudah tidak berganjak. Orang ramai datang dari pelbagai arah dan penjuru. Rakyat mara terus, menuntut pilihan raya adil dan bebas. KeadilanDaily Keadilan Daily Tinjauan berhampiran Masjid Bukhary Jln Hang Tuah polis menghalang umat Islam menunaikan solat Zuhur di masjid KeadilanDaily Keadilan Daily FRU menyembur air kimia. Peserta himpunan mengundur ke Jalan Petaling dan Jalan Pudu http://yfrog.com/kfg04zj KeadilanDaily Keadilan Daily Berdekatan Masjid India, polis tahan seorang wanita yg merakam gambar 4 polis menahan seorang lelaki sehingga butang baju lelaki itu terbuka KeadilanDaily Keadilan Daily Orang ramai dihalau 'polis' dilarang bersolat di Masjid Negara http://lockerz.com/s/118410413 nikabdulaziz Nik Abdul Aziz [admin] Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir. http://fb.me/LTMjOad7 KeadilanDaily Keadilan Daily FRU menyembur air kimia, namun peserta @bersih2 berkumpul kembali http://yfrog.com/ki4sjrj KeadilanDaily Keadilan Daily Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema. KeadilanDaily Keadilan Daily Pengerusi Bersih, Ambiga dilapor akan mula bergerak bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Stadium Merdeka dari Hotel Hilton KeadilanDaily Keadilan Daily Pemeriksaan beg sedang dilakukan sebelum dibenarkan solat di Masjid Negara http://lockerz.com/s/118408016 KeadilanDaily Keadilan Daily Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir http://yfrog.com/khh7thij KeadilanDaily Keadilan Daily Peserta himpunan Bersih dari Petaling Street berpatah semula ke Jalan Tan Cheng Lock selepas bertembung dengan sekatan jalan raya KeadilanDaily Keadilan Daily Awal pagi ini lima perarakan berasingan bermula: Menara Maybank, Sogo, Petaling Street, Masjid Jamek, Kompleks Daya Bumi KeadilanDaily Keadilan Daily Peserta himpunan @bersih2 di hadapan Puduraya. AJK Pas Pusat, Dr Hatta Ramli sedang berucap http://yfrog.com/kibsuzlj KeadilanDaily Keadilan Daily Lebih 5000 berkumpul di hadapan menara Maybak http://yfrog.com/kjfjszaj KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan ahli MPP, Khalid Jaafar dilaporkan ditahan polis KeadilanDaily Keadilan Daily Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditangkap dan di bawa ke Pulapol Jalan Semarak. KeadilanDaily Keadilan Daily Salah seorang aktivis di tangkap memiliki Tshirt Bersih http://lockerz.com/s/118399798 zulhabri zulhabri Polis melepaskan gas pemedih mata pada crowd di hadapan Agro Bank http://lockerz.com/s/118397262 KeadilanDaily Keadilan Daily Sesi penangkapan bermula di sekitar Pasar Seni. http://lockerz.com/s/118399250 KeadilanDaily Keadilan Daily Kira-kira 100 anggota polis sedang menuju ke arah Pasar Seni untuk tangkapan http://lockerz.com/s/118397447 KeadilanDaily Keadilan Daily Lebih 1,500 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka. KeadilanDaily Keadilan Daily Polis menahan pergerakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya KeadilanDaily Keadilan Daily Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob dilaporkan dibawa ke Balai Polis Jinjang KeadilanDaily Keadilan Daily Orang ramai sudah mula berhimpun di sekitar jalan menuju Stadium Merdeka. Trafik dan anggota polis semakin ramai menunggu peserta himpunan KeadilanDaily Keadilan Daily Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral KeadilanDaily Keadilan Daily FRU beri arahan "bersurai, atau kami akan tembak" http://lockerz.com/s/118392239 KeadilanDaily Keadilan Daily Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek dan trak FRU yg diparkir di kawasan berhampiran mula bergerak | ||
Kuala Lumpur ‘sambut’ peserta himpunan aman, polis ganggu orang awam Posted: 08 Jul 2011 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Bandar Kuala Lumpur yang senyap sunyi semenjak malam semalam dan dipenuhi sekatan jalan di merata tempat mula kembali 'meriah' dengan kehadiran peserta himpunan aman Bersih yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. Namun, polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan mula mengganggu orang awam yang ada di antaranya keluar pada hujung minggu untuk membeli-belah bersama keluarga. Menurut sumber, sehingga kini dilaporkan seramai 441 orang telah ditangkap polis, terdiri daripada orang awam dan peserta himpunan aman. Peserta perhimpunan sudah berada di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi lagi. Berikut adalah laporan lintas langsung dari beberapa tempat himpunan akan mula berarak: 1.50 tengahari: Tinjauan berhampiran Masjid Bukhary Jln Hang Tuah polis menghalang umat Islam menunaikan solat Zuhur di masjid. 1.46 tengahari: Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga memaklumkan 10 wakil Bersih akan mengadap Yang DiPertuan Agong menyerahkan memorandum. 1.44 tengahari: Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua – kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru. 1.43 tengahari: Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar orang ramai ke dalam kawasan Masjid India. 1.36 tengahari: Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir. 1.32 tengahari: Polis lepas gas pemedih mata ketika azan di Masjid India. Jemaah solat dengan mata pedih. 1.30 tengahari: Selepas sidang media di Hotel Hilton, pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan bergerak ke Stadium Merdeka. 1.20 tengahari: Rasmi dari polis: 514 ditangkap (478 lelaki dan 36 wanita) 1.17 tengahari: Lebih 5,000 lagi berkumpul di dataran Menara Maybank. 1.15 tengahari: Kira-kira 5,000 peserta berarak dari Petaling Street ke Stadium Merdeka. Bilangannya dijangka terus meningkat dari pelbagai arah. 1.10 tengahari: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Pakatan Rakyat mengutuk keganasan polis. Bersih bersama pimpinan Pakatan mengadakan sidang media di Hotel Hilton. Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sasterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua. 1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain. 1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. 12.56 tengahari : Polis melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai di depan Agro Bank 12.55 tengahari: Kira-kira 100 anggota polis sedang menuju ke arah Pasar Seni untuk melakukan tangkapan 12.50 tengahari: Lebih 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka, lapor Malaysiakini. 12.50 tengahari: Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya. 12.42 tengahari: menurut malaysiakini, Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai setakat ini. 12.40 tengahari : FRU dan Polis melepaskan tembakan di hadapan Agro Bank. 12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang. 12.36 tengahari Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek. Trak FRU yg diparkir di kawasan berhampiran mula bergerak. 12.30 tengahari: Kumpulan peserta himpunan dari Masjid Negara dilaporkan telah bergabung dengan kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka. 12.15 tengahari : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia di Hilton KL untuk berarak ke Stadium Merdeka. Turut bersama beliau adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. | ||
Bersih 2.0 : Jumlah Tangkapan Meningkat, Ratusan Ditahan (Kemaskini) Posted: 08 Jul 2011 10:24 PM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin KUALA LUMPUR :Tinjauan yang dilakukan Tv Selangor di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan jalan-jalan utama yang lazimnya sesak, kini lengang ekoran sekatan yang dilakukan oleh polis untuk menghalang berlangsungnya himpunan Bersih 2.0. Seawal jam 7.00 pagi, beberapa jalan utama telah ditutup dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkumpul di beberapa kawasan yang menjadi laluan para demonstran. Sebahagian besar polis kini ditempatkan di sekitar pusat membeli belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek. Siaran Langsung :
12:10 pm : Setakat ini 29 orang ditahan di Stadium Negara. Seorang daripadanya perempuan. Difahamkan mereka akan dibawa ke Pusat Latihan Polis Pulapol, Jalan Semarak. 11:50 am : 21 orang setakat ini ditahan di Stadium Negara. 11:40 am : Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut. Di serata Kuala Lumpur, lebih 230 orang awam sudah ditahan. 11:25 am : Polis bertindak menghalau orang awam yang berada di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM). 11.20 am : Di hadapan Masjid Jamek, FRU menggunakan penghadang untuk menutup jalan utama dari Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka. Sementara itu, di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) kelihatan penuh dengan penyokong yang dipercayai peserta Bersih. Namun keadaan masih tenang tanpa sebarang penangkapan.Polis kelihatan berkawal dipintu keluar dan masuk stesen KTM. Polis turut memeriksa keretapi yang berhenti di laluan Kuala Lumpur dipercayai cuba mengesan penyokong Bersih. 11.00 am : Lebih kurang 300 anggota polis pelbagai unit berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo. Sogo masih dibuka. Walau bagaimanapun, kedai-kedai berhampiran ditutup atas faktor keselamatan. 10.30 am : Masjid Jamek. Trak polis dan FRU berkampung di sini. Sepuluh orang awam, empat daripadanya yang baru turun dari LRT ditahan polis. 10.00 am : Di Sogo, lima orang ditahan polis. Difahamkan polis kini sedang berkawal di sekitar rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain yang nama mereka disenaraihitam dari memasuki Kuala Lumpur hari ini. 9.40 am : IPK Kuala Lumpur mengesahkan 21 orang ditangkap setakat ini. Pengesahan dibuat oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf. 9.38 am : 18 ditahan di kampung Baru kerana dipercayai penyokong Bersih 2.0 8.00 am : Tinjauan Tv Selangor di sekitar jalan Tan Cheng Lock di sekitar Pudu Raya, Petaling Street, Pasar Seni menyaksikan polis berkawal ketat. Sekurang-kurangnya 10 trak polis dan satu balai polis bergerak berkampung di ditu. Sebuah helikopter juga dilihat berlegar-legar di sekitar ibu negara. 12:30 - Kira- kira lima ribu orang kini sedang bergerak meninggalkan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM). Mereka dipercayai menuju ke ibunegara. Polis hanya memerhati. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan