DIALOG RAKYAT |
- Pegawai merungut dipaksa hadir program PM
- Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib
- PKINK tuntut Bernama, Sinar mohon maaf
- Bersih: BN tak perlu menari ikut pembangkang, kata Muhyiddin
- Kes bunuh Sosilawati mula esok
- PSM buat laporan polis terhadap Hisham, IGP dan timbalan
- PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat
- Bersih 2.0: Lagi tangkapan bawah Ordinan Darurat?
- Bersih 2.0: Aliran tunai peserta RM30 juta, peniaga rugi hujah dangkal – Suhaizan
- KEADILAN Ranau terima 226 anggota baru
- Buku kompilasi kartun Zunar dilancar, sarat sindiran kepada Umno BN
- Bersih bukan pertubuhan tapi kempen- CheGuBard
- Tangkapan cetus kebangkitan anak muda,ini baru Ketua Pemuda PAS peringkat kawasan ditangkap
- Ordinan Darurat hina amalan demokrasi
- Majikan Boleh Ambil Terus Pembantu Rumah Tanpa Guna Ejen - Subramaniam
- Bengkel Untuk Bincang Penubuhan Parlimen Belia - Ahmad Shabery
- Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang
- Tiada Ruang Kepada Penganjur Perhimpunan Haram - KPN
- SLAMISASI MANGSA BIROKRASI DI SABAH
- AGENDA BORNEO UNTUK SIAPA?
- ORANG ISLAM MUDAH DIPERALATKAN
- Umno-BN takut Himpunan BERSIH kerana mereka sedang menipu
- PAS Terengganu 'panaskan badan' dengan dua demo pra-BERSIH
- Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih
- Polis tidak tolak kemungkinan lagi tangkapan mengikut Ordinan Darurat
Pegawai merungut dipaksa hadir program PM Posted: 03 Jul 2011 06:46 AM PDT
| ||
Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib Posted: 03 Jul 2011 06:43 AM PDT
| ||
PKINK tuntut Bernama, Sinar mohon maaf Posted: 03 Jul 2011 06:09 AM PDT
| ||
Bersih: BN tak perlu menari ikut pembangkang, kata Muhyiddin Posted: 03 Jul 2011 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak kesahihan Himpunan Bersih 2.0 sambil terus menggambarkan pergerakan itu yang menuntut pembaharuan pilihan raya sebagai alat pembangkang mahu menggulingkan kerajaan. Kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, seminggu sebelum ia merancang mengadakan Himpunan Bersih 2.0. "Mereka menghasut orang ramai agar pergi ke jalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Mereka tidak menghormati mandat majoriti, tetapi memilih untuk demokrasi jalan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa," kata beliau (gambar) ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2011 di sini hari ini. Pengerusi Wilayah Persekutuan BN ini berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini hanya satu tipu helah pembangkang sebagaimana didedahkan oleh BN. "Mereka tahu sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, pilihan raya yang demokratik tidak akan menjamin kemenangan mereka. "Jadi, parti-parti komponen Barisan Nasional tidak perlu menari ikut rentak mereka," katanya lagi. Muhyiddin bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada kebebasan beraman dan berhimpun dengan aman tetapi "kami tidak fikir orang ramai boleh diperdayakan." "Orang ramai perlu tahu hasrat sebenar mereka bukan untuk mengadakan perhimpunan aman tetapi mahu mecetuskan huru-hara dengan hasrat untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihan raya demokrasi," katanya lagi. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno memberitahu meskipun BN kalah dalam pilihan raya, parti-parti komponen tidak pernah melanggar peraturan permainan. | ||
Kes bunuh Sosilawati mula esok Posted: 03 Jul 2011 06:04 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Perbicaraan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan berlangsung selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi di sini bermula esok. Perbicaraan kes itu, yang mendapat perhatian umum dan liputan meluas media, akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dengan kira-kira 50 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan, demikian menurut laporan Bernama Online. Kes itu membabitkan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalah membunuh Sosilawati, 47 (gambar), pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas. Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Barisan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh. Perbicaraan kes itu sedikit sebanyak mengurangkan keresahan anggota keluarga kesemua mangsa yang telah menunggu hampir setahun untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku ke atas mereka yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah. Misteri kehilangan keempat-empat individu itu terungkai pada 12 Sept tahun lepas apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampak ke sebatang sungai berhampiran. Pada 21 Februari lepas, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas dua pekerja ladang, K.Sarawanan dan U.Suresh kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Okt tahun lepas. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukuman penjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliau mendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayah yang disifatkannya sebagai "amat serius". Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa. Sarawanan mengaku membakar mayat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Suresh mencampakkan abu mayat mangsa ke Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, pada 31 Ogos tahun lepas. Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yang bererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun. Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiap tuduhan, tetapi memerintahkan hukuman berjalan secara berturut-turut. Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka memanggil Sarawanan dan Suresh untuk memberi keterangan. | ||
PSM buat laporan polis terhadap Hisham, IGP dan timbalan Posted: 03 Jul 2011 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar. Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan. Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu. "Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam. "Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu. Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. "Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat. "Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain. | ||
PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat Posted: 03 Jul 2011 05:59 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— PAS mengingatkan Menteri Dalam Negeri mereka boleh mengarah polis untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara sehingga ia boleh mencetus pemberontakan dalaman. Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menghayati teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat. "Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya 'bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina'," kata beliau. "Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim berkata PAS juga mengecam tindakan terdesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar enam hari menjelang Himpunan Bersih Julai 9 ini. Justeru kata beliau Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam hak ssasi manusia, N Surendran. Menurut Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman, Hishammuddin telah mengarahkan pihaknya untuk mengharamkan Bersih 2.0 atas alasan bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dan menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang dengan menuntut supaya pilihan raya yang bebas dan adil diadakan. Putrajaya mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum. Tindakan Kementerian Dalam Negeri, kata Tuan Ibrahim, pada pandangan PAS adalah semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya. "Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan badan bukan kerajaan yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini," kata beliau. PAS, katanya juga melihat tindakan Kementerian Dalam Negeri ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan. Tuan Ibrahim berkata Hishammuddin sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihan raya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0. "Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara," tegas Tuan Ibrahim. | ||
Bersih 2.0: Lagi tangkapan bawah Ordinan Darurat? Posted: 03 Jul 2011 05:56 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PETALING JAYA — Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara. "Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya dipetik Bernama Online. Semalam, polis menahan Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu. Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis. Polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu, katanya. Dalam laporan berasingan Bernama Online, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai. Ismail menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis. Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara. "Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya di Butterworth. Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itu supaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis. Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh diguna pakai untuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan. | ||
Bersih 2.0: Aliran tunai peserta RM30 juta, peniaga rugi hujah dangkal – Suhaizan Posted: 03 Jul 2011 05:54 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Himpunan Bersih 2.0 merupakan ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing, disifatkan sebagai hujah paling dangkal abad ini. Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Ahmad Maslan bahawa himpunan pada 9 Julai ini menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Sebaliknya, kata Suhaizan, sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta. "Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. "Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. "Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. "Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini. Tambah Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata dijamin Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. "Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya. Menurutnya Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, parti-parti politik dan NGO seperti perkasa dan Pekida sepatutnya menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. "Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. "Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara," ujar beliau. Justeru itu katanya, beliau yakin masyarakat negara ini khususnya golongan muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. "Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. "Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. "Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa," tegasnya. | ||
KEADILAN Ranau terima 226 anggota baru Posted: 03 Jul 2011 05:52 AM PDT KEADILAN DAILY RANAU : KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau. Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar. "Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini," katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini. "Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu. "Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini," katanya. Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong 'Bersih' di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu. "Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu," katanya. Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107). | ||
Buku kompilasi kartun Zunar dilancar, sarat sindiran kepada Umno BN Posted: 03 Jul 2011 05:49 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Kompilasi kartun karya Zunar berjudul 'Even My Pen Has a Stand' dilancarkan dalam suasana meriah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam tadi. Tidak seperti September tahun lalu apabila beliau 'gagal' menghadiri pelancaran kompilasi bukunya, 'Cartoon-O-Fobia' kerana ditahan polis, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar al Haquekali kali ini hadir dengan lilitan tangan Bersih. Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin atau Chegubard dan ramai pimpinan badan bukan kerajaan (NGO). Ia amat bermakna dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di tengah-tengah gelora kezaliman dan tekanan pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong Himpunan Bersih 9 Julai ini. Acara itu dimulai dengan ucapan pelbagai pihak termasuk Pak Samad; wakil Kelab Kartunis Indipenden, Ronasina, Nurul Izzah dan Zunar sendiri. Suasana bertukar gamat apabila Zunar ketika memberi ucapan turut membawa peralatan melukis, antaranya botol dakwat dan botol pencelup berus dan mengakui ia memberi ilham untuk tajuk karya terbaru beliau. "Jika pen pun boleh mempunyai tempat berdiri, mengapa manusia sebaliknya?" kata beliau. Ketika menerang penggunaan dakwat dalam melukis kartunnya, beliau sempat menyindir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali apabila menyatakan: "Saya guna dakwat Cina dan dakwat India. Tak faham kenapa tiada dakwat Melayu. Ibrahim patut perjuangkan!" Karya terbaru Zunar itu adalah kompilasi karya sejak 1974 yang turut menceritakan perjalanan hidup beliau dan proses kematangan dalam berkarya. Ia adalah terbitan keempat Syarikat Kini Books Sdn Bhd yang dijual dengan harga RM25 dan menjadi satu-satunya buku karya Zunar yang belum diharamkan. Kebanyakan karya Zunar diharamkan atas alasan ia 'menjejaskan ketenteraman awam'. | ||
Bersih bukan pertubuhan tapi kempen- CheGuBard Posted: 03 Jul 2011 05:44 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), CheGuBard menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berfikiran dangkal apabila tidak tahu membezakan sebuah pertubuhan dengan satu siri kempen. Ia berikutan Hishammuddin semalam mengisytiharkan himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini sebagai satu pertubuhan haram. Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman semalam mengumumkan perisytiharan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. "Hishamuddin perlu jelas apa itu pertubuhan dan kempen, Bersih bukan sebuah pertubuhan tetapi kempen yang menuntut pilihan raya bersih. "Jika dulu pada 2007, kita mengadakan Bersih, mereka juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan mengatakan haram. "Mereka sekarang bukan bercakap atas kerangka undang-undang tetapi atas kerangka politik," kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Kata beliau, Bersih tidak memerlukan pertubuhan kerana ia diangkat atas gabungan pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sedangkan Patriot boleh disifatkan sebagai pertubuhan haram. "Tidak perlu pertubuhan, anggota dari Bersih sememangnya berdaftar, tetapi KDN perlu menilai sama ada kumpulan baju merah Patriot Pemuda Umno patut diharam. "Dalam Bersih, kita hanya tuntut lapan perkara dan memakai baju kuning, tidak perlu mengepung dan membuat kecoh seperti Patriot," ujarnya. Dalam pada itu, beliau menyifatkan pelbagai tindakan yang diambil kerajaan menunjukkan mereka kian takut dengan kemaraan rakyat yang memberi sokongan kepada Bersih. "Selepas satu-satu dikaitkan dengan Bersih yang sengaja dipropaganda oleh kerajaan sehingga mengaitkan fahaman komunis, ini pula langkah terbaru mereka bagi menggagalkan Bersih," kata beliau. | ||
Tangkapan cetus kebangkitan anak muda,ini baru Ketua Pemuda PAS peringkat kawasan ditangkap Posted: 03 Jul 2011 05:38 AM PDT PASPB Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli. Bekas Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh turut hadir Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat.
Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu. | ||
Ordinan Darurat hina amalan demokrasi Posted: 03 Jul 2011 05:35 AM PDT Menurut Anwar, sejak beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. PETALING JAYA: Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi Parlimen di negara ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Menurut Anwar, sejak beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. "Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada Sabtu ini merupakan perhimpunan aman. "Malahan Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan media hari ini. Namun demikian kata Anwar, gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang diharap dapat membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia. "Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain," katanya. Beliau mendesak pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Semalam, Dr Michael Jeyakumar dan bersama lima aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan selepas direman selama tujuh hari ditahan semula di Butterworth di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (EO) 1969. Lima aktivis PSM yang ditahan semula bersama Dr Michael Jeyakumar ialah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan R Sarathbabu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara. | ||
Majikan Boleh Ambil Terus Pembantu Rumah Tanpa Guna Ejen - Subramaniam Posted: 03 Jul 2011 05:34 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warganegara Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata perkara itumerupakan antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenaipengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Meilepas. "Contohnya kalau majikan itu ada pembantu rumah yang bekerja sekarang sudahtamat tempoh dan mahu pulang (ke negaranya), kemudian pembantu rumah itumempunyai angota keluarga yang mahu menggantikan tempatnya, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program "My Skills 2011"peringkat kebangsaan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Universiti Malaya di sini, Ahad. My Skills 2011 dianjurkan bersama oleh Pasukan Petugas Khas PelaksanaanJawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri dan MIC. Dr Subramaniam berkata kedua-dua negara sedang memperincikan perkara itutermasuk menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi oleh majikan sebelum iaboleh dilaksanakan. Selain itu, mengenai kadar bayaran pengambilan pembantu rumah oleh agensipekerja asing, beliau berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri telahmengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit bagi menjelaskan kadarbayaran baru. Beliau berkata daripada 100 agensi yang ditemui, lebih 30 agensi telahmenyatakan persetujuan untuk mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti yang terkandung dalam MoU itu. "Agensi-agensi yang bersetuju ini bolehlah mengambil pembantu rumah apabilapengambilan semula dibuka nanti, mereka yang tidak bersetuju kena tunggulah,"katanya. Mengenai program My Skills 2011, Dr Subramaniam berkata sebanyak 5,000kursus kemahiran ditawarkan kepada golongan belia India di beberapa institusikemahiran kerajaan termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB), Insitut Kemahiran Belia dan Negara dan Institut Latihan Perindustrian. Beliau berkata program itu yang menyediakan peluang latihan kemahiran secarapercuma secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan selain dapat mengurangkan kadar jenayah di kalangan belia India. | ||
Bengkel Untuk Bincang Penubuhan Parlimen Belia - Ahmad Shabery Posted: 03 Jul 2011 05:33 AM PDT BERNAMA SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan bengkel selama tiga hari mulai Selasa ini bagi membincangkan mengenai penubuhan Parlimen Belia, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata pada bengkel itu akan dikemukakan cadangan, pandangan danmaklum balas mengenai penubuhan Parlimen Belia. "Ini kerana perkara utama yang perlu kita teliti adalah dari segi umur, carapemilihan, tempat persidangan, beberapa kerap bersidang dan sebagainya. "Apa ruang lingkup, kita kena putuskan dulu. Prosesnya kita akan tentukan dalam perjumpaan (bengkel) tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 di sini Ahad. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan buatpertama kali dalam sejarah negara sebuah Parlimen Belia akan diwujudkan. Menerusinya golongan belia akan mempunyai saluran yang formal untukmenyampaikan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara kepada kerajaan. Ahmad Shabery turut menasihatkan para belia agar tidak menghadiridan memberi sokongan terhadap perhimpunan haram 9 Julai ini. Katanya kalau para belia positif dan rasional, mereka sudah tentu tidakakan menyokong tindakan itu. "Hanya mereka yang tidak tahu haja tuju sahaja yang akan menyertaiperhimpunan itu. Ini kerana tidak ada isu besar dan perlu melainkan kumpulantersebut seperti orang lemas yang teraba-raba atau mencapai apa saja yangtercapai," kata beliau. | ||
Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang Posted: 03 Jul 2011 05:32 AM PDT BERNAMA JELI: UMNO Kelantan hanya akan meletakkan calon yang berpotensi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, termasuk meletakkan calon yang tidak mempunyai kedudukan dalam parti. Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan membuatpenelitian dalam soal pemilihan itu dengan hanya meletakkan calon berwibawa bagi mewakili BN. "Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah ingatkan bahawa calonyang boleh menang sahaja akan diletakkan bagi mewakili BN, jadi saya selakuPengerusi Perhubungan Umno Kelantan akan membuat penelitian dalam soal ini. "Yang penting ialah tokoh berwibawa dan mampu meraih sokongan supaya kitaboleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Memperkasa Jeli' di Dewan Majlis Daerah Jeli di sini, Ahad. Mengenai lawatan Perdana Menteri ke Kelantan semalam, Mustapa yang jugaMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kehadiran begitu ramaiorang pada setiap program yang dihadiri Najib membuktikan bahawa usaha yangdilakukan oleh UMNO selama ini mula diterima rakyat. "Jumlah yang datang lebih 50,000 dalam tiga pertemuan (Najib) dengan rakyatdan saya gembira dan bersyukur kerana kerja-kerja kita telah menampakkan hasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan," katanya. | ||
Tiada Ruang Kepada Penganjur Perhimpunan Haram - KPN Posted: 03 Jul 2011 05:27 AM PDT BERNAMA BUTTERWORTH: Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis. Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara. "Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Jom Cegah Jenayah" di Pantai Bersih berhampiran dengan tempat rehat di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini. Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itu supaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis. "Saya lihat perhimpunan ini mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam.Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya. Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh diguna pakai untuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan. "Adalah menjadi keprihatinan saya bagi memastikan kehidupan masyarakat dilindungi, kami akan memainkan peranan kami sebagai pelindung masyarakat. Kita kena jaga undang-undang," tegasnya | ||
SLAMISASI MANGSA BIROKRASI DI SABAH Posted: 03 Jul 2011 05:25 AM PDT | ||
Posted: 03 Jul 2011 05:19 AM PDT SABAH KINI SETELAH 48 tahun Sabah 'dijajah' oleh Persekutuan Tanah Melayu, rakyat Sabah masih gagal mendapat autonomi sebagai sebuah 'Negara' di dalam 'Negara' dan terus dilayan sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Relevankah rakyat Sabah menyandarkan sisa-sisa harapan terhadap UBF yang diyakini mampu menjadi satu platform memperjuangkan 20 Perkara yang sudah lama bersemadi di lipatan sejarah? Berikut 7 Intipati Agenda Borneo untuk perbahasan pembaca Sabahkini.net Agenda Borneo No. 1 MENUNTUT supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan 'mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963' dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi; Agenda Borneo No. 2 MENUNTUT supaya formula pengagehan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik; Agenda Borneo No. 3 MENUNTUT supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo; Agenda Borneo No. 4 MENUNTUT supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan; Agenda Borneo No. 5 MENUNTUT supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak; Agenda Borneo No. 6 MENGATASI masalah pendatang tanpa izin (PTI)/IC Projek, permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin; Agenda Borneo No. 7 MENGKAJI kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan. | ||
ORANG ISLAM MUDAH DIPERALATKAN Posted: 03 Jul 2011 05:17 AM PDT KITA tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya? Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.
Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan. | ||
Umno-BN takut Himpunan BERSIH kerana mereka sedang menipu Posted: 03 Jul 2011 05:16 AM PDT Wartawan Buletin Memasukkan pengundi luar ke dalam senarai pengundi tempatan
| ||
PAS Terengganu 'panaskan badan' dengan dua demo pra-BERSIH Posted: 03 Jul 2011 05:15 AM PDT Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Walaupun terdapat tangkapan demi tangkapan dibuat berhubung penganjuran BERSIH 2.0, PAS Terengganu berjaya mengadanjurkan dua demo 'pemanas badan' (warming up). Sekurang-kurangnya dua himpunan diadakan oleh PAS Terengganu bagi 'memanaskan badan' sebelum menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan. PAS Kawasan Setiu mengadakan Himpunan 'pemanas badan' diperkarangan masjid dalam DUN Jabi. Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat 1 Julai telah disertai oleh 300 orang. [Gambar atas - Ustaz Rozali sedang berucap dalam Himpunan Pra-BERSIH di masjid Jabi] Antara pemimpin PAS Setiu yang hadir adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Setiu, Ustaz Rozali Mohamad dan Ketua Pemuda Ustaz Mohd Soufi Ismail. Manakala PAS Kawasan Dungun, meneruskan rancangan mengadadakan Himpunan pemanas badannya di Masjid Pulau Serai. Pada Khamis malam 30April, satu himpunan kecil serta solat hajat telah diadakan di hadapan balai polis Dungun, apabila Ketua Pemuda pemuda ditahan. Himpunan Pra-BERSIH yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri oleh Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik. [Gambar kanan - orang ramai yang berhimpun dalam Himpunan Pra-Bersih di masjid Pulau Serai Dungun] Lebih 400 orang hadir walaupun terdapat sekatan jalanraya oleh pihak polis, yang cuba menghalang orang ramai menyertai himpunan tersebut. | ||
Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih Posted: 03 Jul 2011 05:01 AM PDT MSO TAMPAKNYA semua usaha telah dilakukan untuk menghalang himpunan dan perarakan Bersih. Undang-undang, amaran, ugutan, tangkapan dan gangguan semuanya sudah dilakukan. Sebuah pertubuhan NGO juga tidak mampu untuk menghalang gelombang Bersih. Pemuda Umno jauh sekali berjaya untuk menyapu warna kuning dari melata. Majlis Fatwa Kebangsaan yang selalunya muncul untuk membuat fatwa dan memberi kata putus berhubung dengan aktviti agama juga keluar sama, ikut sama digunakan untuk menghalang Bersih. Majlis itu telah mengeluarkan himpunan Bersih adalah haram. ertinya agama juga digunakan untuk cegah Bersih. Hari ini pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencadangkan supaya pengerusi Bersih Ambiga Sareenesavan dilucutkan kerakyatan. Cadangan Ali ini pada saya paling bodoh dan paling tidak logik. Sekaligus ia mencadangkan pihak UBN khususnya orang Melayu benar-benar terdesak. Begitulah sikap orang Melayu kalau sudah terdesak mereka akan jadi emosional. Melayu yang berjiwa kecil tidak bijak menggunakan akal sebaliknya akan mencari kekuatan dengan menyumpah dan memaki hamun sambil memegang parang atau tombak. Cadangan Ali itu tidak tamadun dan menafikan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Sejarah kemerdekaan dan erti demokrasi mungkin tidak pernah dihafal oleh Ali Rustam yang masih berpegang kepada perangai Tuah dan Jebat. saya tidak tahu macam mana orang Umno Melaka boleh memberi kepercayaan kepada Ali untuk jadi ketua. Sebelum itu polis juga memanggil semua tokoh atau orang utama di sebalik Bersih. Berunding dan memberi kata dua. Tetapi tidak juga membuahkan apa-apa hasil. Ugutan dan amaran polis tidak sedikitpun menggetarkan hati mereka. Kenyataan timbalan ketua polis, Abdul Khalid Bakar bahawa pintu rundingan ditutup, tidak memberi bekas. Amaran itu tidak dihirau. Pertemuan, perjumpaan dan simpang siul membicarakan Bersih dalam laman sosial terus diadakan. Ini juga menunjukkan kata-kata polis tidak menjadi keramat lagi? Malahan Ambiga dan Maria Chin menegaskan Bersih tetap juga akan diadakan. Ini bererti mereka sudah sedia menghadapi apa saja hatta ditahan di bawah Isa. Inilah perjuangan yang sejati. Bagi mereka apa saja tindakan polis adalah pengharapan buat mereka yang sudah dapat mengira bahawa sebuah perjuangan itu harus dibayar dengan harga yang mahal. NGO Perkasa(m) yang seblum ini bukan lantang sudah diam membisu. Suara ketuanya sudah makin menjauh dan mengecil ke dalam telaga buta ataupun di hujung tanjung. Ketuannya sudah kehabisan idea dan hilang bahasa untuk belasah Ambiga dengan kata-kata jelek dan joruk. Keadaan ini membolehkan rakyat menilai siapa lebih berkualiti di antara mereka berdua. Usaha pasti akan dilakukan untuk halang Bersih. Kerajaan akan berikhtiar dengan apa saja. Mereka tidak mahu himpunan itu berlaku kerana ia akan memberi bala besar kepada UBN. Justeru mungkin ia akan sampai ke peringkat usaha terakhir menggunakan bomoh Siam. Tidak mustahil sebab orang Melayu percaya kepada tahayul termasuk mempercaya bahawa Umno saja yang boleh membela dan mempertahankan Melayu. Persatuan mempertahankan diri tradisional silat juga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kekeramatan ahli silat kononya memilik keris terbang, lembing melayang atau pun boleh menghembuskan musuh dengan angin puhhhhh... saja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka yang berfikir moden dan menggunakan ruang perlembagaan tidak sedikit pun gentar kepada keris karat orang Melayu yang membenci keris. Saya sudah kata dalam pertarungan orang Melayu hari ini dengan bukan Melayu, orang Melayu sudah kalah. Orang Melayu berjiwa kecil. Kekalahan terbaru orang Melayu ialah apabila melayangnya Tanjung Pagar kepada Singapura. Itgulah lambang dan simbil keaiban besar orang Melayu. Malangnya orang Melayu masih juga tidak sedarkan diri. Masih merasa hebat dan kuat hingga sanggup 'berbunuh' sesama sendiri. Mereka tidak sedar yang mereka sedang dihayungkan kepala orang pihak lain. Orang Melayu sudah jadi musang tenggalung yang dibuang telinga dan ditutup mata kemudian dilemparkan atas gelanggang. Berbalik kepada Melayu kuno yang hidup dengan keris dan bual besar corak pemikiran mereka sudah tidak relevan lagi. Dalam saat orang mempertahankan diri dengan human right, tetapi orang mereka masih memakai samping dan keris lagi. Ingatlah senjata kuno Melayu tidak akan diterima pakai dalam mahkamah dunia. (Baca kermbali apa yang saya catatkan sebelum ini dalam bab Melayu berjiwa kecil). Kesimpulan di hujung senja ini, pihak yang menentang Bersih sudah pun tewas. Kekuatan dan moral daripada gerakan itu kini sudah pun diperolehi oleh Bersih. Kalaupun Bersih tidak boleh dilakukan... tetapi Bersih sudah ada alasan besar, bahawa mereka gagal 'memasuki' istana kerana mereka disekat dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada. Rakyat yang sihat otak boleh membuat pertimbangan siapa yang benar dan haq di dalam soal ini. Sebab fakta dan hujah yang konkrit itu juga akhirnya akan menjadi ukuran. Dalam menangis tuntutan lapan perkara Bersih ini pihak kerajaan UBN sudah tersilap. Usaha mereka samalah cuba menandak air yang sudah melimpahi empangan. Usaha bodoh sebegini akhirnya akan melemaskan mereka di atas tanah yang datar yang sudah dilimpahi air | ||
Polis tidak tolak kemungkinan lagi tangkapan mengikut Ordinan Darurat Posted: 03 Jul 2011 04:29 AM PDT BERNAMA PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana pembabitan dalam anasir subversif. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara. "Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya. Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis. Katanya, polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu. Ditanya ulasan pihak luar berhubung tindakan polis terhadap penganjuran perhimpunan haram itu, Khalid berkata mereka sepatutnya tidak mempersoalkan tindakan polis berbuat demikian. Katanya, polis mempunyai alasan kukuh mengharamkan perhimpunan itu selain mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. "Kita haramkan perhimpunan itu tentunya ada sebab...kepada pihak luar yang komen macam-macam pasal tindakan kita bantah perhimpunan itu, nasihat saya tak payah masuk campur hal negara ini," katanya. Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran "Reuniting Families-Child Safety" oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie. Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dan Pengerusi RHB Bank Berhad, Tan Sri Azlan Zainol. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan