Rabu, 20 Julai 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Film Review : KL Gangster

Posted: 20 Jul 2011 08:22 PM PDT

Selama ni aku kagum dengan filem aksi Thailand..macam cerita Bang Rajan atau Ong Bak 1 atau Tom Yum Goong.Tapi bila tengok filem KL Gangster membuatkan aku terasa macam tengah tengok filem Thailand.Gaduh ala tomoi mixed dgn silat pun nampak ada jugak.Aku tak tau la apa nama seni dia sebab aku bukan seorang martial arts punya peminat.Cuma aku suka tengok orang bertumbuk.

Scene-scene bergaduh hand to hand dia memang terbaik.Tapi scene tembak menembak nampak kelakar...seluruh filem ni kalau buat scene gaduh tanpa senjata api lagi menarik.

Character wise...ada 2 watak yang memorable,Ajib dan Jai.Watak Aaron Aziz agak tipikal samseng insaf,banduan nak mulakan hidup baru..tapi part gaduh,dia nombor satu..terbaik.

Tapi sayangnya pengarah filem nak berlakon jadi abang taiko besar samseng jahat.Entahlah..aku rasa..watak dia memang dalam skrip seolah-olah takde personaliti sangat...stereotaip orang jahat yang tidak noble.Kalau dimasukkan sket unsur2 "nobility" dalam wataknya..maksudnya..dia lebih berprinsip,watak Shark akan jadi lebih bermakna.

Satu-satunya kelemahan paling ketara dalam filem ini yang membuatkan filem ini nampak sedikit cacat berbanding filem Ong Bak adalah daripada segi editingnya yang agak lemah.

Skrip yang disampaikan walaupun dengan berkesan oleh pelakon tetapi penonton tidak diberikan masa untuk digest shot2 dan mesej yang ada kerana editing filem ini yang seolah-olah mahu "menumbuk" penonton laju-laju.Setiap babak amat pantas berlalu dan bercakap gaduh..bercakap gaduh...cakap..cut terus muka karakter lain..sambung cakap.

Dan kelemahan paling ketara adalah jalan cerita yang agak simple..tanpa tunjuk pun apa yang King buat dekat mak Shark..siapa Malek?...siapa King?...apasal Malek taiko besar?....kenapa semua orang menyampah dengan Malek?...kenapa Jai boleh jadi samseng?...kenapa Ajib setia dengan Malek?....kenapa kamceng sangat Fadil dengan Malek?....adakah Fadil itu samseng atau sekadar poyo-poyo?

Terlalu banyak persoalan yang timbul...
Mungkin memerlukan prequel.
Mana tahu dapat double kutipan...
Boleh lawan kutipan filem 2 Alam.

Apa-apa hal pun..scene gaduh mmg best.Cuma terlalu koreograf,nampak tak natural sebab kongsi gelap pandai main martial arts.Improve jalan cerita..improvekan editing...mampu pergi jauh.

Pernah baca komik Jejak Wira?Pacing dia sama la dengan filem ni.Dialog,gaduh..dialog..tumbuk.Watak hidup semata-mata untuk bertumbuk antara satu sama lain.Tapi KL Gangster jauh lagi bagus daripada filem Dragon Tiger Gate.

Rating :
10/10 sebagai filem aksi semata-mata
7.5 sebagai sebuah filem lengkap.

Tiada ulasan: