Selasa, 19 Julai 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Jika Kerajaan Betul-Betul Prihatin : Sistem Keselamatan Kereta Yang Diwajibkan

Posted: 19 Jul 2011 07:19 PM PDT

Orang putih ada bermacam guideline yang pengeluar kereta kena patuh kalau pengeluar nak jual kereta kat negara dia.Itu kena ada..ini kena ada...kena dapat NCAP rating brape2....emission kena ada level supaya tau road tax banyak mana....body rigidity kena ada level dia...impact collision kena absorb dan bermacam-macam lagi lah.

Tapi kat negara kita...asal ada tayar 4 bijik dan asal ada enjin dan boleh start,boleh jalan.

Dah 25 tahun Proton bukak,baru setahun (ke 2 tahun lepas atau belum lagi?aku tak ingat) kerajaan wujudkan akta kereta mesti ada airbag paling cikai pun satu untuk driver.Satu je wajib?Tu baru masuk cerita airbag,belum lagi masuk mengenai testing lain macam crash test yang wajib dilakukan oleh pengeluar kereta kita.Kita dah ada research institute on road safety,nama dia MIROS dekat Kajang dan diorang pun cuba2 wujudkan standard yang boleh memeberikan maklumat awal rating safety kepada pengguna nama dia MVAP.Cuma setakat ni apa yang dah dilakukan tu agak sedih la hasil dia tapi takpela..pelan-pelan kayuh.

Macam mana pun kita sendiri kena take action untuk belajar yang "safety measure" adalah perlu bila beli kereta.Cuma kenderaan local ni kebanyakannya masih lagi ketinggalan jauh berbanding kereta luar.Tapi part "handling" kita nombor satu lah pencanangnya...."pemanduan oleh Teratai.."

Berapa lama lagi nak pakai nama "Teratai" tu tak tau la...
Takkan tak yakin nak letak nama sendiri dekat produk sendiri kot?
Bukan "Teratai" tu anak syarikat Proton ke?

Tapi macam mana pun,apa yang aku harap kerajaan cuba wujudkan...adalah melahirkan industri automotif tempatan yang mempunyai guideline yang lebih strict...

1. Kereta kena ada 2 airbag minimum.
2. ABS dekat brek mesti ada.Motor pun ada ABS maa!
3. Body rigidity dapat absorb impact
4. Exhaust emission ada guideline tak lebih berapa2 gram
5. Active safety feature seboleh2 nya wajibkan,selain daripada ABS tadi..dapat traction control mmg cantik...

Nombor 5 tu optional la...Balik-balik bila tengok produk kita...features yang digembar-gemburkan...

1. Radio unit
2. Teh tarik hook
3. Berapa cup holder
4. Leather seat ke fabrik?
5. Pilihan kaler body
6. Ada GPS ke tak?

Kalau itu benda2 yang customer nakkan...pasang aje safety features dalam kereta dan biarkan aje dia tak tau sebenarnya benda2 tu wujud,itupun kalau kerajaan dah buatkan syarat wajib la. Part safety, negara kita memang kebelakang sket bab-bab passenger safety dengan environmental safety.

Tapi bila hal-hal ni dibangkitkan....mesti akan keluar cerita pasal pengguna tak nak bayar lebih.Alasan yang agak kelakar.Kalau semua kereta wajib ada 2 airbag....adakah harga airbag tu akan kekal sama kalau dibeli daripada supplier?Bila volume dah banyak beli,harga pasti akan dapat dikurangkan.Tak dapat banyak,mesti akan ada turun harga dia.Wajibkan aje.Bukannya sebab yang tak elok....sebab keselamatan jugak kan?

Dan apa guna cukai kenderaan yang tinggi tu?

Apa kata kerajaan turunkan sket cukai kenderaan untuk absorb cost of implementation untuk safety features,untuk orang Malaysia jugak.Turunkan la tax dekat cukai kereta local tu...satu kereta mau dekat ribu-ribu...jadi,daripada suruh rakyat bayar cukai semata-mata,apa kata kerajaan tolong sket rakyat....potong sket untuk kesejahteraan ramai rakyat Malaysia. Untuk kereta luar pulak,seciput aje kena potong kalau pasal cukai ni...tapi kereta luar kebanyakannya dah lengkap safety features dia...mesti ada 2 airbag dan brake ABS.

Wujudkan satu guideline mengenai kewajipan pengeluar kereta tempatan dalam menghasilkan produk diorang.Carbon emission kat negara kita ni memang tak ramai yang peduli...paling kuat pun JPJ aje test lori yang asap dia tebal sangat.

Nak jadi negara maju...
Tapi airbag dalam kereta pun standard dia SATU aje...Come on.
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,please...

ps - "Handling by Lotus"....sedap bunyi dia. Tapi kalau "Pemanduan oleh Proton" agak tak meyakinkan.......mula-mula. Tapi kalau dah orang selalu sebut dan jadi common..tak mustahil satu hari nanti Proton tak payah lagi pakai nama Lotus dalam point of sell product dia.

Tiada ulasan: