BRIGED MP SEGAMBUT |
- PM diminta berdialog dengan BERSIH
- Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan
- BERSIH mohon mengadap Agong
PM diminta berdialog dengan BERSIH Posted: 04 Jul 2011 07:26 AM PDT Ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengadakan dialog dengan BERSIH 2.0. Senator Dr Syed Husin Ali berkata, titah Yang di-Pertuan Agong semalam bermaksud bahawa Seri Paduka berharap terdapat perbincangan antara kedua-dua pihak. "Saya hendak tengok sama ada PM akan ikut nasihat Agong. SPR (Surujanjaya Pilihan Raya) sudah tutup pintu. Sekarang antara BERSIH dan perdana menteri," katanya. Bercakap dalam sidang media di lobi Dewan Negara, Syed Husin bagaimanapun tidak dapat menjawab sama ada perhimpunan 9 Julai akan diteruskan atau tidak. "(Untuk dialog) setahu saya pada 8 hari bulan, perdana menteri dan isteri ke lapangan terbang. Sama ada perhimpunan 9 Julai diteruskan atau tidak, saya tidak dapat menjawabnya," katanya. Bekas timbalan presiden PKR juga berkata, keputusan lanjut berhubung perhimpunan itu terletak pada BERSIH 2.0 sebagai penganjurnya. "Keputusannya sudah tentu akan dibuat berdasarkan respons daripada rakyat sendiri," katanya. Dewan tolak usul Turut hadir dalam sidang media itu Senator S Ramakhrisnan daripada DAP dan Senator Mumtaz Md Nawi daripada PAS. Kesemua mereka, kecuali perempuan, memakai tali leher kuning tanda sokongan pada BERSIH. Malah, Syed Husin sendiri memulakan sidang medianya dengan ucapan "selamat tengah hari bersih". Sementara itu, mengulas tangkapan terhadap aktivis parti politik dan NGO, termasuk bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan suspek sehingga 60 hari, Syed Husin berkata perkara itu tidak boleh dilakukan kerana belum digazet. "(tindakan itu) seolah-olah mengharamkan warna kuning. Ia sebenarnya tidak boleh berlaku kerana belum digazetkan," katanya. Menganggap tindakan itu "keterlaluan sangat", Syed Husin mengingatkan bahawa undang-undang negara tidak boleh diletakkan di atas perlembangan yang menjamin kebebasan berhimpun secara aman. Sementara itu, Ramakhrisnan pula memberitahu, speaker Dewan Negara telah menolak usulnya untuk membincangkan tentang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini. "Parlimen merupakan saluran terbaik untuk membincangkan perkara ini. Mereka cakap sila guna saluran yang betul. Parlimen tolak, Dewan Negara tolak, jadi tiada tempat untuk disalurkan," katanya. |
Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan Posted: 04 Jul 2011 05:19 AM PDT Datuk Ibrahim Ali berpendapat kumpulan pendesak Melayu PERKASA perlu meneruskan perhimpunan mereka pada 9 Julai sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan demonstrasinya. Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 6 Julai ini. "Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai presiden PERKASA," katanya. Ibrahim (kanan) juga menyifatkan cadangan itu sebagai mengikut rentak BERSIH. "Kita ikut (tindakan) BERSIH saja. Kalau BERSIH A, kita A. Kalau BERSIH B, kita B," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Bagaimanapun, katanya, pendiriannya itu tidak bermakna tidak akur pada titah Yang di-Pertuan Agong. 'Ambiga biadap' Ini kerana, katanya, PERKASA mahu memastikan keselamatan negara terjamin dan imej negara tidak terjejas dengan perhimpunan itu. Perkara lain, seperti tempat perhimpunan atau permit polis diserahkan kepada 40 jawatankuasa PERKASA untuk memutuskannya. Ditanya tentang kenyataan Pengerusi BERSIH S Ambiga (kiri) yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim berkata tindakan itu tidak mengikut budaya Melayu. "Esok kalau ada pihak lain hendak buat tunjuk perasaan, suruh batal, hendak jumpa (Yang di-Pertuan) Agong juga. "Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong," kata Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "biadap". Oleh yang demikian, tambahnya, PERKASA tidak akan memohon mengadap Agong, kecuali dititahkan. Memorandum mahasiswa Sementara itu dalam sidang media yang sama, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka sebagai "Mahasiswa Aman" turut menyerahkan memorandum membantah perhimpunan pada 9 Julai ini kepada Ibrahim. Jurucakap kumpulan itu, Akmal Saufi Mohd Khalid (kanan, bertali leher) berkata perhimpunan kali berbeza dengan 2007 apabila tiga pihak dijangka bertembung. "Bukanlah kami (menyebelahi) pada satu-satu pihak, kami adalah mahasiswa yang neutral yang mementingkan dan merisaukan keselamatan rakyat Malaysia," katanya. Selepas menerima memorandum itu, Ibrahim sempat berseloroh dengan bertanya sama ada Akmal akan turut berdemo. "Tidak," jawabnya ringkas sambil membuat isyarat tangan menolaknya. |
Posted: 04 Jul 2011 02:34 AM PDT Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar hari ini permohonan untuk mengadap Seri Paduka. "Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini. Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong. Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0. Walaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau dimaksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang. Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "Ya". |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan