Ahad, 3 Julai 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DEMO INI TAK HARAM PULAK BAGAIMANA YA UMNO BUAT FATWA?

Posted: 03 Jul 2011 09:33 AM PDT

Penangkapan Senator Umno Mohamad Nor semasa protes di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONE"Kerajaan Pulau Pinang dikejutkan dengan pembohongan terang-terangan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa Umno tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1 Julai di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, yang teruk menganggu lalulintas sepanjang 10km (di mana pesertanya) menyerang dua wartawan dari akhbar Cina," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan
ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".

"Rakaman Video perhimpunan haram dan tangkapan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis kerana perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah pengecut kerana cuba menafikan penglibatannya dan merupakan satu peringatan klasik pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.

NONE"Adakah Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli Umno dan dilantik oleh Umno menjadi Senator?

"Ezam mengancam bahawa tiada perlu menunggu pilihan raya umum
dan mahu melakukan lebih banyak protes untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.

"Di mana rasa hormat Umno kepada demokrasi dan mandat saya yang dipilih secara sah sebagai ketua menteri Pulau Pinang?" Kata Lim.

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

Posted: 03 Jul 2011 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

-- BERNAMA

GOTONG ROYONG PUN SALAHKA? APALA NI..

Posted: 02 Jul 2011 10:43 PM PDT

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

johor dap arrested by police bersih 030711 01Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di
pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

johor dap arrested by police bersih 030711 02Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

Mengecam Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Posted: 02 Jul 2011 06:42 PM PDT

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.
Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.
Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.
Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Tiada ulasan: