BRIGED MP SEGAMBUT |
- CAKAP INI ORANG BOLEH DIPERCAYAI
- DEMO YG INI BARU HALAL KAN?
- Baju kuning salah, merah Patriot tak apa
- SIAPA YG TAK TAHU MALU NI!!!?
- MASA AGUNG TUK CAMPUR TANGAN?
CAKAP INI ORANG BOLEH DIPERCAYAI Posted: 01 Jul 2011 09:05 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa peguam profesional tidak perlu terlibat dengan demonstrasi jalanan. Ini kerana, katanya, Malaysia sebagai negara berdaulat mempunyai undang-undang dan perlembagaan sendiri. "Justeru, kita hendaklah bertindak secara rasional dan profesional bukannya emosianal, tanpa perlu menggadai harga sebuah keamanan dan keharmonian yang kita perolehi hasil perjuangan para pejuang bangsa, agama dan negara," katanya. Teguran Najib itu dipercayai bagi membendung perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH yang dirancang pada 9 Julai ini di ibu negara. Menjelang tempoh itu, pelbagai pihak - termasuk aktivis peguam - ditahan dan diarah polis memberikan keterangan atas pelbagai alasan, termasuklah menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan memakai baju BERSIH. Berucap ketika merasmikan konvensyen peguam syarie kedua di Kuala Lumpur hari ini, Najib turut menegaskan keperluan mengukuhkan perpaduan dan keamanan negara.| Katanya, dengan mengambil kira semangat Piagam Madinah di zaman Nabi Muhammad, beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia berpaksikan Rukun Negara bagi menjamin hasrat itu. "Piagam Madinah merupakan perjanjian berunsurkan jaminan keselamatan dan keharmonian penduduk dalam sebuah negara," katanya. Bercakap di hadapan 1,000 peguam syarie daripada seluruh negara, Najib yang kelihatan segak bersongkok berkata, profesyen guaman sama ada syariah atau sivil amat dihormati serta berpengaruh dalam masyarakat. | ||
Posted: 01 Jul 2011 07:43 AM PDT Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan. Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat. Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'. Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit. Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis. Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan. Bertindak ganas Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV. Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri. Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara. "Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya. Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik. Kesesakan teruk Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup. Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka. Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai. | ||
Baju kuning salah, merah Patriot tak apa Posted: 30 Jun 2011 08:50 PM PDT
| ||
Posted: 30 Jun 2011 06:47 PM PDT Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri. Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak. "Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau. "Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi. Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan. "Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit". "Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya. | ||
Posted: 30 Jun 2011 04:48 PM PDT Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari. "Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu. Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan. Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009. "Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan