Briged Al-Akhdor LR2 |
- Dah pencen baru bersuara......
- Utusan belum perlu bayar tunggakan bonus lagi
- Manusia Pelik Di Dunia
- PM Turki kurangkan hubungan dengan Israel jika enggan minta maaf
Dah pencen baru bersuara...... Posted: 28 Jul 2011 02:00 AM PDT "Mengapa mereka hanya bersuara diambang persaraan? Pertama Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai campur tangan pihak ketiga didalam tugas PDRM, boleh rujuk di sini dan sini. Berikut merupakan antara ucapan beliau. "Semua jenis orang mengganggu, orang-orang dari kementerian itu sendiri, orang-orang luar yang berkepentingan seperti orang-orang yang mahu melakukan perkara-perkara yang tidak betul - mereka akan cuba untuk mengganggu" "kementerian yang saya sebutkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sudah tentu kementerian lain yang tidak boleh memberikan saya arahan " "Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar. "Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang" "Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan. "Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi. "Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," Kedua Bekas Hakim Makamah Tinggi Sibu, Ian HC Chin, pernah mendedahkan ugutan Perdana Menteri, Dr.Mahathir untuk memecat mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi pihak kerajaan. Antara petikan dari beliau. Rujuk di sini dan sini.
"Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan (keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997) dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit. "Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors). "Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes 'MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493' dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang," katanya dipetik oleh The Borneo Post. "Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah. "Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan. "Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan. "Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin. Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman. "Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching. "Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu. "Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara," "Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak. "Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman. "Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan," Ketiga Bekas Hakim Makamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, pernah mendedahkan bahawa hakim menjadi 'alat' kepada eksekutif yang melantik mereka. Antara petikan beliau. Boleh rujuk sini dan sini. Sebagai contoh, beliau berkata apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan. Sri Ram berkata campurtangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa. Kuasa untuk menentukan salah atau tidah serta menghukum adalah eksklusif di tangan badan kehakiman dan Sri Ram berkata tanggungjawab itu tidak sepatutnya dinodai oleh eksekutif. |
Utusan belum perlu bayar tunggakan bonus lagi Posted: 27 Jul 2011 11:00 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Utusan Melayu (M) Bhd bagi mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan yang mengarahkan syarikat akhbar milik Umno itu membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di kamarnya pagi ini. "Mahkamah menetapkan 14 September bagi mendengar permohonan semakan kehakiman," katanya. Utusan Melayu diwakili oleh peguam S Rutheran. Pada 24 Mei Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya. Presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan. Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan Tahunan 2009nya, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121. "Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009. "Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya. Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta. NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lalu apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu. NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd. |
Posted: 27 Jul 2011 06:33 PM PDT Manusia pelik Di Dunia, Manusia hantu, Manusia seram, Manusia aneh, Manusia misteri, Manusia berhantu, Manusia menakutkan, Manusia kisah seram, Manusia filem seram, Manusia cerita seram, Manusia cerita, Manusia gambar, Manusia foto, Manusia lagu, Manusia latar belakang, Manusia misteri nusantara, Manusia cacat Lama rambut Lagi janggut Kuku Terpanjang
Lagi hidung Manusia yang paling menonjol mata |
PM Turki kurangkan hubungan dengan Israel jika enggan minta maaf Posted: 27 Jul 2011 04:30 PM PDT Rabu, 27/07/2011 - Akhbar Turki, Hurriyet melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan menggunakan Pelan "B" jika usaha baru-baru ini bagi mendapatkan permohonan maaf dari Israel gagal. Erdogan mengancam untuk terus melemahkan hubungan yang sudah retak dengan Israel dengan mengurangkan lagi wakil diplomatik Turki di Tel Aviv berikutan Israel menolak untuk meminta maaf atas serangan maut tentera laut mereka ka atas kapal Turki- Mavi Marmara, membayar pampasan kepada keluarga mereka yang mati dalam serangan serta membatalkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza. Sembilan rakyat Turki terbunuh dalam serangan terhadap kapal itu dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan berikutan sekatan unilateral Israel ke atas Semenanjung Gaza. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan