Jumaat, 8 Julai 2011

.

.


Sesudah Subuh

Posted: 07 Jul 2011 06:04 PM PDT

Apakah Malam Ini Ada Penangkapan?

Kurang 24 jam himpunan Bersih akan bermula. Esok ibu kota Kuala Lumpur yang disayangi akan ceria dipenuhi rakyat yang dahagakan keadilan yang mengenakan tenda warna kuning. Para perserta Bersih akan ramai-ramai keluar ke jalan raya. Mereka akan keluar dari celah-celah dan lorong yang ditidak diketahui.

Mereka keluar satu satu macam kelatu keluar dari lubang pesembunyiannya sebaik hujan berhenti. Mereka akan berjalan dan terbang sambil menyanyikan lagu rakyat yang seni katanya memabakar semangat membela negara dan diri sendiri.

Malam semalam mereka sudah membuat latihan, cara berlari, cara mengelak pukulan dan juga cara-cara untuk melaung menuntut agar SPR melunasi kehendak mereka.

Ada juga yang belajar melaung dan mencari kata-kata keramat untuk dikumandangkan esok. Najib.. pembohong, Najib pengecut... PM tidak ada telor... Najib tunduk kepada Hishamuddin ... dan seribu kata-kata menghina dan mengejek lagi akan bergema, bergabung meriuhkan suasana ibu kota. Esok Kuala Lumpur menyambut pesta kegilaan rakyat.

Selain itu ada juga yang akan melaung SPR menjadi pak sanggup kepada Umno... SPR adalah komponen BN ke 14... Aziz Yusuf papet dan macam-macam lagi.

Dicelah-celah gema laungan itu akan kedenaran seruan Hidup..hidup.. hidup rakyat.. Hidup... hidup... hidup Ambiga...Mampus mampus Brahim Ali... dan macam-macam lagi. Simpang siur riuh randah akan berlaku esok semuanya akan bergulung dalam semburan gas pemedih mata dan ketukan cota di kepala rakyat tidak berdosa. Sekalian polis akan jadi singa dan harimau lapar besok!

Malam tadi juga polis membuat perhitungan dan semakan terakhir. Polis telah membuat mahabsah apakah tindakan sebelum ini memberi kesan. Larangan dan perintah-perintah yang dikeluarkan dikaji apakah diakur rakyat atau menjadi bahan ejekkan.

Malam tadi juga Timbalan Ketua Polis Negara sudah tidak tidur. Hanya terlelap menjelang Subuh semula kemudian bangun.. terus ke pejabat tanpa menyentuh sarapan. Beliaulah di antara orang paling walang selepas Perdana Menteri. Kerana apa-apa yang berlaku esok menjadi tanggungjawabnya.

Kalau ia memberi kemenangan kepadanya, baik... tetapi esok kalau ada setitik darah rakyat yang luka Abu Bakar Khalid kena bertanggungjawab. Didoakan semuga usahkan darah, kulit rakyat pun tidak akan mengelupas biarlah pesta kuingan esok berjalan lancar dan mulus.

Semua pegawai tertinggi Polis bertemu sekali lagi di meja bulat pagi ini dan terus membuat rumusan rumusan apa yang akan berlaku esok. Mereka terus merancang bagaimana hendak mengatasi dan menyelesaikan himpunan Bersih dengan baik. Polis Malaysia benar-benar teruji tatkala ini.

Pro dan kontra juga mungkin berlaku di kalangan pegawai tinggi polis. Ada yang merasakan tindakan Khalid Abu Bakar silap dan ada yang menyokong. Ada mengatakan cara-cara Khalid tidak ubah tindakan penguasa di zaman sebelum Merdeka sewaktu British. Tetapi ada pula mengatakan penjajah pun tidak sekejam itu tindakan yang diambil hari ini.

Kita mahu tanya kalau itu sikap dan suasana dalam polis mereka sedang bekerja untuk siapa? Apakah benar mereka ingin menjaga keselamatan atau pun semata-mata ingin menjadi kekuasaan parti politik dan Perdana Menteri? Jawabannya ada dalam dada ketua polis negara dan timbalannya?

Tidak ada sesiapa yang bagi tahu maklumat dan membaca apa yang di sebalik kepala polis yang disaluti topi yang tertera perkataan Allah dan Muhammad. Tetapi firasat saya penuh yakin penangkapan akan bermula malam ini.

Apakah penangkapan akan menyelesaikan segala masalah? Sekali lagi ditegaskan tidak... penangkapan menjadi rakyat lebih berani dan bersemangat. Jadi esok kalau polis dan negara mencatat sejarah terbesar dengan membuat penangkapan lebih 5,000 jangan rasa anih atau terkejut. Negara kita sedang berkira ke arah.

Cuma apa yang disedihkan kalau polis mencipta sandiwara mereka-reka bukti untuk menganiayakan rakyat itu adalah paling didukacitakan. Harap polis mempraktikan slogannya, Tepat dan Betul. [wm.kl.9:15 am 08/07/11]

Susupan Petang

Posted: 07 Jul 2011 02:35 AM PDT

Polis Sebotaj Jatuhkan Najib?

POLIS Kuala Lumpur telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang 99 orang pemimpin dan 66 individu daripada menghadiri himpunan Bersih. Permohonan mendapat larangan ini dibuat oleh polis Kuala Lumpur. Tindakan terbaru ini menunjukkan kerajaan semakin terdesak dengan suara rakyat yang digelombangkan menerusi Bersih.

Antara mereka yang dihalang ialah Presiden Bersih, S Ambiga, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Mursyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Pemimpin lain sehingga kini tidak disebut.

Tetapi dipercayai bilangan itu akan bertambah dari masa ke semasa, yang akhirnya berakhir dengan larangan ke atas seluruh himpunan berkenaan. Polis dipercayai akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menangkap sesiapa saja yang berlegar di sekitar lokasi himpunan Sabtu (lusa).

Turut sama disenaraikan dalam larangan itu ialah Presiden Perkasa(m), Inchik Ibrahim Ali. ketua Pemuda Umno yang tudak ada kuasa Khairy Jamaluddin dan beberapa yang lain. Sebenarnya polis tidak perlu pun melarang pemimpin Perkasa(m) kerana ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Tetapi kenapa larangan itu dibuat untuk menunjukkan polis adil? Ha.. ha.

Secara tidak langsung tindakan polis itu mengikhtiraf pemimpin-pemimpin berkenaan sebagai hebat dan sangat merbahaya kepada UBN. Sudah pasti kalau himpunan Bersih berjaya dan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kerajaan mereka inilah yang akan jadi pemimpin utama. Dari satu segi pemilihan polis menyenaraikan nama-nama itu memang tepat. Jadi kepada pemimpin politik yang tidak disenaraikan mereka tidak berhak menerima 'anugerah' wira Bersih.

Tindakan terbaru itu akan tambah menimbulkan kemarahan orang ramai. Nampaknya kerajaan pimpinan Najib Razak tidak menghirau pandangan pemimpin tua, Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangan tekanan terhadap Bersih akan menyebabkan Umno akan dimarahi rakyat. Kata Mahathir rakyat akan menyuarakan kemarahan mereka terhadap Bersih dalam pilihan raya akan datang.

Kandatipun polis telah menghalang tokoh-tokoh rakyat tadi saya yakin dan percaya mereka tidak akan menghiraukannya. Orang seperti Ambiga dan Mohamad Sabu akan tetap mengepalai himpunan berkenaan. Saya juga yakin mereka kini sudah berkhayal untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Isa). Sebenarnya itulah pejuang tulen yang tidak mudah kecut perut dan menggeletar. Sesungguhnya kezaliman hanya boleh dihadapi oleh orang yang berani saja.

Kalau orang-orang ini ditangkap ia membayar harga yang mahal kepada perjuangan untuk rakyat. Dan apakah pula yang rakyat akan hadiahkan kepada mereka. Disaat kritikal begini pengorbanan rakyat untuk bersama mereka adalah penting.

Lihat kepada keadaan yang semakin tegang, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan akta zalim itu terhadap mereka yang menggerakkan Bersih. Tindakan terbaru ini juga merupakan perang saraf yang menuju kepada kemuncaknya. Sekiranya pemimpin Bersih gentar atau takut ia boleh menyebabkan himpunan itu gagal. Kemungkinan mereka ditangkap sudah dibayangkan sejak awal-awal lagi.

Itu perkiraan pihak berkuasa. Tetapi lain pula dikalangan rakyat. Penangkapan ke atas mereka akan menjadikan negara ini tidak akan senang untuk selamanya setidak-tidaknya menjelang pilihan raya umum akan datang. Gelombang yang bakal berlaku di masa akan datang adalah terhebat dan belum pernah berlaku, baik di zaman Mahathir atau Abdullah Badawi. Najib semacam berhajat benar mencatat sejarah.

Sebenarnya tempoh perkhidamtan Najib menjadi semakin pendek, dan demam UBN semakin panas mungkin akan membawa sawan selepas ini.

Persoalan dari sisi lain apakah dalam keadaan hari ini polis juga bersekongkol dengan rakyat untuk menjtatuhkan kerajaan UBN pimpinan Najib? Ada kemungkinannya? [wm.kl.5:45 pm 07/07/11]

Tiada ulasan: