Khamis, 28 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Dengan Muka Tak Malu Masih Dambakan Kerjasama Dengan PAS

Posted: 27 Jul 2011 08:09 PM PDT

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.

"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.


"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.

Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.

- Bernama

Najib Perlu Nilai Tindakan Polis

Posted: 27 Jul 2011 07:39 PM PDT

SEBUAH protal berita hari ini melaporkan polis telah menangkap sekumpulan lelaki berbaju kuning di Setesen Pusat Keretaapi (KL Centeral) di Kuala Lumpur atas laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau.

Menurut laporan itu polis membuat tangkapan kerana ada laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau semasa perdana menteri dan rombongan tiba di setesen pusat keretapi itu dengan Ekspres Link dari Putrajaya untuk merasmikan satu upacara kibar bendera Malaysia sempena Medeka.

Pihak lain pula memberi tahu tujuan kedatangan lelaki jantan berbaju kuning itu adalah untuk menyerahkan memorandum Bersih yang menuntut lapan perkara kepada perdana menteri.

Saya kira ramai yang jadi keliru dengan tindakan polis ini kerana ianya semacam bertentangan dengan hasrat perdana menteri yang melaungkan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Apakah hendak serah memorandum pun tidak boleh dan menjadi kesalahan?


Rasanya Najib perlu membuat tegruan atas tindakan polis ini yang telah melakukan kesilapan dengan tindakan melampau dalam usaha untuk menjaga kedudukan dan kekuasaannya. Bagi saya tindakan polis yang berlebih atau terlebih aji ni moto ini tidak banyak memberi kebaikan dan membantu Najib. Tindakan menghalang rakyat - tidak kira dari fraksi mana untuk menyerahkan apa-apa demokumen kepada PM sebagai satu halangan yang tidak tamadun.

Apa salahnya kalau lepaskan kumpulan lelaki jantan itu. Biarlah dia nak serah memorandum kepada perdana menteri mereka. Najib adalah perdana menteri semua lapisan rakyat negara ini. Terlalu prejudis sangat pun tidak boleh. Tindakan polis itu menyebabkan orang menganggap Najib semacam hak polis saja. Pemilikan secara sendiri berhad oleh polis terhadap Najib tidak patut berlaku.

Saya tidak fikir ia mendatangkan mudarat apa-apa kalau Najib terima memorandum itu. Proses penyerahan itu juga tidak akan memakan masa sampai setegah jam. Lepas serah tentu kumpulan lelaki jantan itu akan beredar dan kekecohan pun tidak berlaku. Sudah sampai polis menggunakan kebijaksanaan dan bukan menggunakan kusa istimewa yang ada kepada mereka.

Apakah penangkapan itu kerana soal keselamatan atau pun soal keaiban? Selama ini kita dengar kerajaan melaungkan yang negara ini dalam keadaan selamat. Tidak ada pengganas dan kekacauan yang berlaku. Semua wujud disebabkan berkat pemerintahan BN. Tetapi anihnya bila hanya 10 lelaki jantan nak serah memorandum kita sudah mula gelabah dan menafikan hak mereka.

Sejak tindakan polis menyelesaikan himpunan Bersih lagi saya sudah sangsi dengan polis. Ada semacam tindakan polis sengaja untuk menyusahkan kerajaan khasnya memberi malu kepada Najib. Seperti mana saya kata kalau polis tidak begitu dikejar bayangan ketakutan mungkin 'rusuhan' dan 'kekecuhan' yang berlaku tempoh hari tidak terjadi. Bersih tidak mengelombang menjadi isu yang menyebabkan Najib dan UBN tidak nyenyak tidur.

Misalnya kalau polis membenarkan penggunaan Stadium Merdeka himpunan akan berlaku dengan aman. Perserta himpunan akan jadi agresif atau besemangat bila mana hasrat merka dihalang. Kereta polis, Fru, blatan atau pun trak water cannon yang diatur di tengah jalan lebih membakar semangat mereka. Sebenarnya psywar polis itulah menjadikan orang ramai lebih bersemangat.

Keadaan inilah menyebabkan saya tefikir mungkin ada unsur-unsur cuba hendak memburuk atau sebotaj Najib yang turut dilakukan oleh polis. Tetapi orang akan bekata dan bertanya bagaimana dengan Hishamuddin Hussein yang jadi menteri jaga polis. Bukankah dia juga sepulu Najib? Mana bisa?

Itu tidak pelik dan ganjil kerana sebelum polis bertindak demikian sudah pasti Hishamuddin dipusing terlebih dahulu. Kita juga tahu sejauh mana tahap intelegent Hishamuddin.

Berbalik kepada peristiwa di setesen pusat keretapi tadi, Najib hendak berhati-hati dan tidak sangat medengar kepada nasihat polis. Walaupun semua itu dilakukan bagi menjamin keselamatannya, tetapi Najib kena fikir dan analisa juga apakah pengawalan keselamatan berlebihan untuk dirinya seperti itu tidak menjejaskan maruah dan prospek politiknya.

Mungkin ramai yang tidak mahu tengok Najib menjadi PM terpendek negara ini. Mat Maslan sudah mula bercakap hai ini komen mengenai sistem biometeri. [wm.kl.8:11 pm 27/07/11

mso.

PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih

Posted: 27 Jul 2011 07:09 PM PDT

PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu.

Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali.


Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan.

Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah.

Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani.

Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian.

Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih.

Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi.

Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan.

Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya.

"Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau.

Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). -tvsnews

Biometrik - Muhyiddin Bercakap Lagi.. Kutuk PAS

Posted: 27 Jul 2011 03:21 PM PDT

Biometrik: Kenyataan Muhyiddin Tidak Berasas

"hackKenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6 daripada 1,145 laman web yang dinilai diperingkat kebangsaan jelas membuktikan bahawa PAS menjuarai penggunaan Teknologi Maklumat di dalam segala bentuk urusan khususnya yang berkaitan dengan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.


Keputusan PAS menolak Biometrik adalah daripada kajian yang teliti. PAS tidak menolak kemajuan. PAS tidak pernah menolak Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi jika ia menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat khususnya kepada sektor ekonomi. PAS menolak Biometrik kerana jelas, masalah pengundi hantu dan pengundi berganda tidak akan dapat diselesaikan melalui Biometrik serta dilihat sebagai satu lagi helah' projek baru' yang cuba 'dihalalkan' oleh sebuah pemerintah yang diketahui rakyat menjuarai ketirisan di dalam menguruskan kewangan Negara.

Cukuplah dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene yang meragukan, kerugian Sime Darby sebanyak RM1.5 Billion, penyelewengan PKFZ dan sebagainya, rakyat sudah cukup muak dengan parti pemerintah yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh.

Satu lagi projek Barisan Nasional (BN) yang akan memenuhkan perut kroni-kroni mereka tanpa ada sekelumit pun hasilnya kepada rakyat.

Malah, cadangan itu dilihat cuba membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu, satu permainan kotor SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dengan berselindung disebalik ketelusan dan integriti.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa Sistem Biometrik yang dicadangkan SPR adalah untuk memperbaiki pendaftaran dan pengesahan pengundi serta mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundi berganda jelas membuktikan bahawa kenyataan PAS sebelum ini bahawa masalah pengundi hantu dan pegundi berganda sememangnya wujud. Malah kenyataan itu juga membuktikan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak tahu dimanakah punca masalah pengundi berganda dan pengundi hantu itu serta solusi yang tepat dan relevan untuk diketengahkan. Hakikat satu kenyataan yang tidak bebas dan berbaur politik.

Biometrik hanyalah kaedah pengesahan kali ke-2 selepas MYKAD. Dengan menggunakan kaedah cap jari yang unik, MYKAD juga mempunyai No.Kad Pengenalan yang unik di mana tidak mungkin lebih daripada seorang akan mempunyai Cap Jari dan No.Kad Pengenalan yang sama. Selepas pengesahan MYKAD, pengesahan kali ke-2 akan digunakan dengan menggunakan Cap Jari untuk memadankan Cap Jari itu dengan No.Kad Pengenalan di mana kedua-duanya perlulah dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR atau oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA masing-masing.

Malah Cap Jari itu juga boleh dimasukkan oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA mereka dan kemudiannya disalinkan ke PENGKALAN DATA SPR. Begitu juga sebaliknya.

Kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai oleh SPR milik kaedah yang sedia ada seperti di JPN dan di KWSP di mana No.Kad Pengenalan telah dipadankan dengan Cap Jari pemegang MYKAD dan pencarum KWSP di dalam PENGKALAN DATA mereka.

Rakyat harus tahu, sebelum mana-mana pengesahan dilakukan, No.Kad Pengenalan dan Cap Jari haruslah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam PENGKALAN DATA.

Terbukti, paparan daftar pengundi SPR yang berganda, dengan No.Kad Pengenalan yang sama di beberapa tempat mengundi yang berbeza serta memiliki lebih dari satu No.Kad Pengenalan Baru walaupun merujuk kepada No.Kad Pengenalan Lama yang sama jelas membuktikan bahawa maklumat berganda yang dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR dan JPN ke dalam PENGKALAN DATA adalah puncanya. Mungkin secara tidak sengaja dan mungkin juga dengan sengaja. Yang mana satukah harus rakyat percaya dengan tahap krisis keyakinan yang sedia ada?

Krisis keyakinan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh parti yang memerintah dan bukannya SISTEM BIOMETRIK. Cadangan SPR dan Kerajaan Barisan Nasional(BN) terlalu jauh dihadapan sehingga lupa kepada perkara pokok yang harus ditangani terlebih dahulu. Adakah kegopohan itu kerana mereka tertekan? Adakah kerana KUASA dilihat sebagai HARTA persendirian, sehingga matlamat menghalalkan cara? Tan Sri Muhyiddin sudah lupa dengan KRISIS KEYAKINAN itu sehingga beliau sendiri berfikiran ORTODOK.

SISTEM BIOMETRIK hanyalah aplikasi capaian yang digunakan sebagai pengesahan peringkat Ke-2 selepas pengesahan MYKAD. Manipulasi kepada PENGKALAN DATA khususnya kepada No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang dimasukkan terdedah luas untuk dikhianati lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang dilihat tidak bebas dan tidak bersih di dalam mengendalikannya.

Selagi perkara pokok tidak diatasi, selagi itu penggunaan dakwat kekal serta 7 cadangan BERSIH 2.0 RELEVAN buat masa ini.

(Penulis mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas di dalam pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya pembangunan aplikasi di dalam pelbagai sektor industri khususnya Perkilangan, Perladangan, Minyak dan Gas.)

Tranungkite

Keakraban SPR dan BN Terserlah

Posted: 27 Jul 2011 07:29 AM PDT

Dalam satu majlis dialog yang panas di Shah Alam semalam, terbongkar sudah hakikat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan suara kepada Barisan Nasional apabila timbalan pengerusi suruhanjaya tersebut Datuk Wan Ahmad Wan Omar tersasul menyebut 'kemesraan' hubungan badan yang sepatutnya bebas itu dengan parti pemerintah.

"Barisan Nasional tak hentam SPR," katanya disambut teriakan 'boo' oleh para hadirin sewaktu dialog berkenaan.

"Kita (SPR) memang ada hubungan yang baik dengan Bukit Aman," antara yang disebutnya dengan lantang dan jelas.

Dalam wacana "Apa Selepas 9 Julai" yang dikelolakan oleh Sinar Harian dan Karangkaf semalam, terdapat beberapa input yang boleh difikirkan rakyat Malaysia, antaranya berkaitan sistem biometrik, pengundi yang telah meninggal dunia, SPR dan hubungannya dengan parti-parti politik Malaysia serta ketelusan dan kebebasan SPR sendiri.


Sistem biometrik

Di awal pembukaan dialog, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan sebagai ahli panel menekankan bahawa sistem biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan BN tidak boleh digunakan jika pilihan raya berlaku awal tahun depan kerana SPR perlu menerangkan kepada rakyat tentang penggunaan sistem itu dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya, sistem biometrik ini juga perlu lebih canggih memandangkan ia akan digunakan secara berterusan dan cepat pada hari pengundian.

Bagaimana pun, Wan Ahmad menjelaskan bahawa salah satu tujuan untuk melaksanakan sistem biometrik ialah kerana mahu 'maju ke hadapan' dari sudut teknologi.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa 12 angka nombor kad pengenalan MyKad akan dijadikan batu penanda kepada sistem biometrik pada pilihan raya.

Selain itu, beliau menambah bahawa penggunaan dakwat kekal tidak sesuai dengan keadaan negara sekarang, apa lagi mengambil contoh negara lain seperti India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, kerana penggunaan dakwat kekal juga boleh dimanipulasi.

Beliau menyoal hadirin bagaimana jika awal pagi, pengundi yang datag awal sudah dicalit jarinya dengan dakwat kekal, sedangkan pengundi tersebut belum mengundi. (Mungkin beliau tidak terfikir pegawai SPR boleh memeriksa semua jari pengundi sebelum diberikan kertas undi)

Ambiga yang terkenal dengan sikap terbukanya menyatakan kesediaan Bersih untuk duduk berbincang dengan SPR tentang hal itu tanpa mengorbankan lapan tuntutan Bersih bagi mewujudkan pilihan raya bebas, adil dan bersih.

Pengundi yang telah meninggal dunia

"Saya tidak boleh membayangkan kita (Malaysia) tidak boleh merekodkan (kematian) sedangkan sistem kita terlalu canggih," jelas Ambiga.

Katanya kecanggihan sistem yang digembar-gemburkan kerajaan termasuk sistem canggih biometrik nampak hebat tetapi lemah kerana gagal merekodkan kematian pengundi. (Kerana itu Pakatan Rakyat telah banyak kali membangkitkan isu di mana dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, "orang mati" masih boleh mengundi)

Wan Ahmad yang meneruskan tradisi kepimpinan SPR hanya mampu memberi jawapan yang 'standard' iaitu Jabatan Pendaftaran Negara yang menyimpan rekod orang yang sudah meninggal dunia.

Persoalannya ialah, jika benar SPR ingin meningkatkan kredibiliti mereka, kenapa SPR tidak bekerjasama dengan JPN?

Pilihan raya 'baik'

Wan Ahmad menempelak Bersih kononnya tidak memperjuangkan sesuatu yang 'baik' sedangkan soalnya, siapa yang tidak mahu perkara yang baik, dan yang lebih melucukan, beliau sebagai wakil SPR mengeluarkan kata-kata ini:

"Barisan Nasional juga mahu (pilihan raya) yang baik."

Dalam percubaan untuk menutup malu SPR, beliau menuduh rakyat pula yang didakwanya membuat persepsi yang salah. SPR cuba mempertahankan diri, tetapi ditembak pula dari pelbagai sudut.

Dengan itu beliau berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak menghentam SPR seperti mana barisan pembangkang.

Jelas Wan Ahmad, Barisan Nasional juga mengkritik SPR, tetapi kritikan mereka itu tidak dicanang di dalam media.

Justeru itu, Ambiga membalas tentang kritikan BN terhadap SPR itu dengan berkata: "(Sebaliknya) kita (Bersih) yang kena serang (oleh kerajaan)."

Menurut Ambiga, Bersih diadakan kerana tekanan selepas melihat pilihan raya Sarawak baru-baru ini yang penuh dengan rasuah dan tipu helah oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

Oleh itu, adalah sangat jelas SPR kelihatan tidak telus seperti 'teguran' moderator Wan Saiful berhubung cara bercakap wakil SPR itu yang ketara partisannya terhadap BN.

Rumusan

Dalam wacana yang sedikit huru-hara itu akibat emosi orang ramai yang tak tahan dengan jawapan mandom wakil SPR itu, Wan Ahmad kelihatan sedikit kaget dan tertekan.

Walau pun tekanan orang ramai itu mungkin tak seteruk tekanan yang dikenakan oleh para pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mendiang Teoh Beng Hock, tetapi kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Wan Ahmad itu adalah sangat ketara sifatnya membela BN.

Kenapa? Mungkin, seperti apa yang dijelaskan di awal wacana, Wan Ahmad mengakui SPR secara keseluruhannya dikongkong dan ditekan oleh kerajaan melalui pelbagai undang-undang termasuklah Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

Mungkin Wan Ahmad perlu diingatkan bahawa SPR adalah badan yang bebas dan ianya dilantik serta ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong agar pilihan raya bebas, bersih dan telus, dan sepatutnya hanya bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukannya Perdana Menteri atau Kabinet atau mana-mana parti.

Justeru itu adalah sangat tidak wajar apabila Wan Ahmad mengulang-ulang kenyataan bahawa SPR tidak ada kuasa untuk mengawal kepincangan pilihan raya kerana ianya bukan dapat meyakinkan rakyat Malaysia pun, tetapi sebaliknya akan membuatkan rakyat lebih meluat dengan SPR.

Kerana itu juga pertubuhan Bersih bosan mahu bertemu dengan SPR yang akan terus mengulang jawapan yang sama semata-mata kerana ia takut untuk berkata yang benar di depan Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Dan bukti betapa meluatnya rakyat Malaysia, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut hadir dalam wacana semalam, pemimpin perlu peka dengan tiga realiti sekarang – kemunculan media baru, kesedaran sosial baru, dan penyertaan rakyat dalam perubahan demokrasi.

Adakah belum jelas bahawa SPR tidak nampak atau buat-buat tidak nampak lagi, walhal pemimpin generasi muda UMNO itu pun bolehkan sedar, apatah lagi sebuah badan profesional yang bebas dan kononnya 'telus itu?

Mungkin kerana itu SPR hanya menjadi pak turut apabila kerajaan BN mencadangkan sistem biometrik tetapi marah apabila Bersih mencadangkan lapan idea untuk membersihkan pilihan raya di negara ini.

Lain diminta, lain pula diberikan; seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab. Bersih hanya menuntut kerajaan supaya – membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, memberi akses media bebas dan adil, memberi masa berkempen minimum 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghapuskan politik kotor.

Apa yang 'kotor' sangat dengan tuntutan Bersih itu? – Roketkini.com

Video polis Bersih 2.0 tak laku

Posted: 27 Jul 2011 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.


Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.

Harakahdaily

Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini

Posted: 27 Jul 2011 06:08 AM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.


"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.

SPR menelanjangkan kerajaan BN

Posted: 27 Jul 2011 05:59 AM PDT

Melihat video Apa Selepas 9 Julai ramai yang bersetuju bahawa Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR dilihat terlalu mempertahankan institusi yang diwakilinya. Tidak ada sebarang nada merendah diri terhadap apa jua kekurangan atau kelemahan pada SPR. Dia seolah meminta dikasihani dengan selalu menjawab bahawa SPR tidak mempunyai kuasa untuk memenuhi segala tuntutan Bersih 2.0 walaupun bersetuju bahawa sebahagian dari tuntutan itu adalah wajar.

Satu soalan cepumas dari moderator sendiri, Wan Ji yang bertanya adakah SPR bersetuju bahawa segala permasalahan berkaitan dengan mengadakan piliharaya yang bersih adalah sebenarnya berpunca dari kerajaan yang memerintah? Datuk Wan Ahmad sebagaimana yang diduga cuba mengelak untuk menjawab persoalan tersebut. Jawapannya selalu berkisar pada keterbatasan kuasa SPR. Barangkali bosan dengan jawapan yang begitu klise Datuk Ambiga bertanya jika SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perjalanan pilihanraya pihak manakah pula yang sepatutnya memainkan peranan memantau piliharaya? Datuk Ambiga berpendapat SPR sebenarnya mempunyai kuasa tetapi tidak menjalankan peranan mereka. Jika benar-benar SPR beriltizam mengadakan satu piliharaya yang bersih serta adil Bersih 2.0 serta rakyat semua akan menyokong SPR. Malang sekali itu tidak berlaku.


(p/s: Jika SPR tidak ada kuasa menjalankan piliharaya yang adil serta bersih barangkali kita mungkin boleh mengharapkan pasukan polis untuk berunding. Tapi belum pun butir bicara bermula pihak polis akan mengeluarkan arahan.

KAMU SEMUA DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK BERSURAI. JIKA TIDAK KAMI AKAN GUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA KAMU SEMUA BERSURAI. KLING…KLING…KLING LOCENG FRU PUN BERBUNYI. TAK SEMPAT NAK TENGOK JAM DAH 5 MINIT KE?

Atau barangkali satu jabatan di sebelah pejabat Perdana menteri. Orang cakap Jabatan FLOM. Dengar cerita jabatan ini cukup berpengaruh. Terutama sekali bab-bab membeli-belah tanpa tawar menawar dan tiada cukai pulak tu. Setakat RM 24 juta tu bila-bila masa boleh lulus.

Itulah Malaysia tanah air ku. Ayat yang selalu Abang Mat (Mohammad Sabu) cakap. Malang sekali orang kampong dan orang Felda cukup berkenan dengan situasi ini.

http://dun26bangi.blogspot.com

Ini bukan KEPALA BUTOH, tapi PUKIMAK!

Posted: 27 Jul 2011 04:25 AM PDT


REMBAT! REMBAT apa saja yang boleh di-REMBAT. Sebelum Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya, MEREKA akan REMBAT mana yang patut!

Baru sangat-sangat kita dengar cerita dan cadangan nak tukar jet-jet MiG29, lepas tu cerita nak 'make-over' duit syiling pula timbul.

Gurkah-gurkah di'port' pun tertanya-tanya sesama sendiri, apa kah PERLU? di-tukar bentuk duit syiling kita ini dalam keadaan kantung kewangan negara yang dah nak mamposss??


Tak pernah pun gurkah-gurkah ini ada dengar yang orang ramai serta rakyat kita komplen kata duit syiling kita ini terlalu berat untuk di-usung dalam poket atau pun warna duit syiling itu macam haramjadah.

Tak kan lah hanya kerana bentuk duit syiling yang baru ini yang lebih ringan dan sedikit kecil adalah alasan yang munasabah dan alasan yang siuman untuk mereka tukarkan??

Gurkah-gurkah pun tertanya-tanya lagi sesama sendiri, apakah Bank Negara telah mengambil kira implikasi dan kos-kos yang bakal ditanggung untuk mereka menukarkan duit syiling bentuk baru ini??

Bila dah di-tukar kepada syiling yang lebih ringan dan bentuk yang sedikit kecil itu, macam mana pula dengan jabatan-jabatan kerajaan atau pihak-pihak berkuasa majlis perbandaran tempatan akan menyelesaikan masalah baru yang bakal timbul kepada pengguna atau rakyat ketika rakyat mahu menggunakan meter parking yang menggunakan duit-duit syiling??

Apakah parking-parking bermeter yang menggunakan dan menerima duit syiling lama ini juga perlu di-tukar agar boleh menerima duit syiling bentuk baru ini?? Kalau laa parking meter ini juga kena tukar, mak oii!! gurkah-gurkah boleh bayangkan berapa banyak pula kos nak ganti parking meter yang baru!! Berapa banyak pula lagi duit yang akan di-REMBAT untuk projek nak ganti parking meter yang lama?? Bila dah tiga empat benda ini tak memuaskan hati gurkah-gurkah, mereka pun kata KEPALA BUTOH!

HARAM JADAH! dekat kita, kita dinasihat supaya berjimat-cermat atau ikat perut dalam menghadapi inflasi.

dollah yankee -
Tak baik kata KEPALA BUTOH.. kita orang melayu yang beradab kita kena kata..PUKI MAK!Kah..Kah..Kah..


dollah yankee

Video Penangkapan Ketika Menyambut Najib Razak Di KL Sentral

Posted: 27 Jul 2011 03:45 AM PDT

Buka kamus kalau tak faham demonstrasi- Saifuddin Abdullah

Posted: 27 Jul 2011 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat 'Apa Selepas 9 Julai' yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam.

"Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan," kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.

Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.


Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu.

Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan.

"Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad," katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan.

Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.

"Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi.

"Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan.

"(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah," kata Saifuddin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17707

Tiada ulasan: