Isnin, 25 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Akhirnya Ibrahim Ali Akui PERKASA Hanya PERASAN

Posted: 25 Jul 2011 12:49 AM PDT

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali melahirkan kekecewaan kerana kehadiran anggotanya ketika perhimpunan di Tasik Titiwangsa pada 9 Julai lalu adalah kurang menggalakkan.

"Kemuncak 9 Julai saya pergi ke daerah Selangor dan bertemu jawatankuasa Perkasa peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun notis singkat dalam pertemuan pertama tidak sampai 60 peratus hadir.

"Pusingan kedua juga sama dan ketika itu kita harap dapat pamerkan Perkasa berlegar di Tasik Titiwangsa.


"Malangnya keadaan tidak menggalakkan. Kemungkinan sebab sekatan jalan raya," katanya katanya dalam majlis penutup Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2010 di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Pada perhimpunan 9 Julai lalu Perkasa memutuskan untuk bersiar-siar di Tasik Titiwangsa setelah permit mereka ditolak pihak polis.

Menyentuh mengenai kegagalan itu Ibrahim Ali berkata sekiranya perkara tersebut masih berterusan di kalangan anggota Perkasa tidak hairan sekiranya dua negeri iaitu Perak dan Selangor akan kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Politik Melayu

Menurut beliau kehadiran anggota Perkasa bagi kedua-dua negeri itu memberi makna besar kepada kelestarian kuasa politik Melayu.

"Kita tidak pandai putar belit seperti mereka…sampai akhirnya polis kena tayang video. Dulu mereka minta Suruhanjaya Diraja untuk kes Teoh Beng Hock, tapi bila dah tubuh mereka kata Suruhanjaya tidak betul.

"Jika dilihatlah peringkat bawahan keadaan seperti ini saya tidak taruh harapan terhadap Selangor.

"Kehadiran anggota di Perak dan Selangor memberi makna.. tidak perlu saya ulas kerana Perak dan Selangor kita perlu kuat untuk mendukung kuasa politik kekal terhadap orang Melayu.

"Tetapi jika ini keadaannya..saya tidak menaruh harapan malah Selangor akan jadi seperti Pulau Pinang dalam proses.

"Kalau Selangor gagal kita ambil alih, satu penggal lagi ia akan jadi pintu masuk kepada Pakatan… pada masa itu 23 tahun pun belum tentu kita dapat tawan maka memekiklah kita," katanya kepada kira-kira 500 anggota yang hadir. -FMT

Akhirnya SPR akui pengundi hantu

Posted: 25 Jul 2011 12:16 AM PDT

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.


Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

BIOMETRIK.. Adakah ianya konspirasi tertinggi antara KDN, JPN & SPR..???

Posted: 24 Jul 2011 05:28 AM PDT

Biometrik, Sistem yang menguntungkan Umnobn Menjelang PRU13


Dua juta rakyat asing berada di negara ini...

PRU 13 pun dah semakin hampir.... Jeng... Jeng... Jeng...

Kalau separuh dari dua juta itu sudah sersedia dalam data KDN?.... hangpa boleh buat andaian... KDN dan SPR kan adik beradik... hehehehe...


...Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.

Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik...
lanjut di-mso

Depa dah jadi warganegara Malaysia???... contoh bila anak mamak dah tersedak....




hehehehehehehe.... geng sekutu....

Dipetik dari Kedahlanie

Lain Kali Buat Kerja Pakai Otak.. Kan Dah Kena.. .Menteri Pun Lepas Tangan.. Padan Muka..

Posted: 24 Jul 2011 02:47 AM PDT

Nazri: 'Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard'

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.

Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.


Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.

"Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan," kata Nazri sambil menambah, "saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja."

"Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu," katanya lagi.

Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.

"Ikut dan contohilah mereka," kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.

"Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik," kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.

Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.

"Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.

"Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan," katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.

"Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah," katanya lagi.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Tiada ulasan: