Rabu, 20 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Gua Tak Yakin Pengerusi SPR Akan Hadir.. Bosnya Tak Bagi Punyala..

Posted: 20 Jul 2011 12:54 AM PDT

Debat Ambiga - Wan Ahmad 26 Julai ini


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.


Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.

Ini Peserta BERSIH Ke POLIS ?? Ganas Semacam Je..

Posted: 19 Jul 2011 07:23 PM PDT



Sumber di sini

BERSIH 2.0 - Agong Akhirnya Terima Memo

Posted: 19 Jul 2011 05:55 PM PDT

Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.

Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.

'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.


Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.

Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.

Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.

Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.

Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.

'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.

Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.

Dipetik dari Greenboc

Tukar jantina: Ashraf ‘rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik’

Posted: 19 Jul 2011 05:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Bagaimanapun kata Ashraf (gambar), 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Ashraf yang lebih mesra dipanggil "Aleesha" berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.


"Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi.

"Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman," katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Ashraf, yang ditemui di Kuala Terengganu, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, dia mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan.

Malah katanya, ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujung.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, menurut laporan Berita Harian juga, ibu Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.

Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, dia dan suami, Abdul Aziz mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

"Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina," katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

"Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Mekah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

"Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Ashraf.

"Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat," kata Abdul Aziz.

"Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Ashraf.

"Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian," katanya.

Video BERSIH 2.0 Hampir Siap - Ketua Polis Negara

Posted: 19 Jul 2011 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Tan Sri Ismail Omar mengumumkan polis hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara (gambar) mahu orang ramai tidak membuat spekulasi ataupun tanggapan mengenai insiden-insiden yang dilaporkan ketika perhimpunan tempoh hari di ibu negara.

"Saya sangat yakin laporan akan lengkap tidak lama lagi dan saya akan memanggil anda (organisasi media) ke sidang video. Kami akan menunjukkan video di sini bagi anda melihat," katanya.


"Kami tidak mahu menyembunyikan apa-apa sebab orang ramai ada hak untuk mengetahui," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.

Awalnya, Ismail tidak mahu kenyataan beliau direkodkan tetapi kemudian bercakap kepada pemberita atas permintaan mereka mengenai perkara tersebut.

Ismail memberi jaminan bahawa polis akan cuba sedaya upaya mereka untuk memastikan tiada aspek yang disembunyikan ketika siasatan.

Malah Ismail juga berkata, enam jawatankuasa yang telah ditubuhkan akan menyiasat kesemua aspek mengenai perhimpunan 9 Julai termasuk temu bual dengan pegawai-pegawai polis yang bertugas pada hari tersebut, menemu bual orang ramai dan saksi, penelitian secara mendalam berkenaan kesemua gambar dan video yang diambil.

Sehubungan itu, Ismail menggesa orang ramai tampil dengan maklumat jika ada untuk membantu siasatan.

"Saya menggesa orang ramai, jika mereka ada gambar, video daripada kamera atau telefon bimbit... serahkan kepada polis, jadi kita boleh kaji dan menilai setiap yang berlaku untuk membuat rumusan kami," katanya.

Menurut Ismail, pihaknya telah memulakan siasatan minggu lalu dan bekerja sepanjang masa untuk melengkapkan hasil siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat termasuk gambar dan video tentang perhimpunan Bersih 2.0 boleh die-mel ke alamat pusatmediapdrm@rmp.gov.my atau menghubungi polis menerusi talian 03-22668321 atau 03-22668320.

Selain polis, Kementerian Kesihatan juga menyiasat dakwaan bahawa pihak polis menyasarkan pekarangan Hospital Tung Shin ketika melepaskan gas pemedih mata dan air berasid dalam menyuraikan perhimpunan 9 Julai.

Seorang peserta juga meninggal dunia selepas pengsan ketika melarikan diri daripada tindakan polis di kawasan KLCC. Baharuddin Ahmad meninggal dunia di hospital.

Malaysia Insider

Kaum Cina, jika anda melihat keadaan sebegini, apa perasaan anda? ? ?

Posted: 19 Jul 2011 02:25 AM PDT

Catatan Penghargaan Kepada Unit Amal Malaysia

Catatan dibawah ditulis oleh seorang warga malaysia berbangsa cina sebagai tanda penghargaan kepada Unit Amal Malaysia.

[Kami memberikan penghormatan kepada ahli sukarelawan PAS! Terima kasih kerana melindungi kami Cina! ]

Untuk menghadiri demonstrasi bersih, saya tidak memohon igin dari "Menteri Dalam Negeri" saya, kerana saya tahu dia tidak akan berikan, sebab hujung tahun kami akan berkahwin, jika terdapat apa-apa berlaku, dia pasti akan marah.
...
Saya juga tidak memohon izin dari "Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri" saya, kerana saya tahu memang kena marah nanti, lagipun saya tidak mahu mereka orang tua bimbang tentang saya. Jadi saya kata kepada "Menteri Dalam Negeri", 8 haribulan saya akan pulang ke kampung.

Keesokan harinya, saya bangun awal kira-kira 8.30am, terus memandang keluar dari tingkap. Wow! Cukup tenang!


Pada masa itu, saya rasa kerajaan BN telah berjaya!
Selepas sarapan, masa sudah pun 11am, saya meninggalkan hotel ke tempat pertemuan.
Masih tenang, tidak ada apa apa berlaku. Saya rasa macam kecewa, adakah Cina benar-benar penakut?

Dengan cara ini, 500 ~ 600 orang mula mengarah ke stadium Merdeka!

Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa kedai, kami ampai tangankepada pelancong, ingin mereka untuk menyertai kami, begini lah kami berjalan kaki sampai ke LRT, pasukan kami telah menghampiri lebih daripada 2000 orang!

Sejurus selepas tiba LRT, terdapat satu lagi kumpulan orang menyertai kami, saya berasa manis hati kerana ramai kita tidak takut ugutan kerajaan, dan semua orang berani keluar! ! !

Pada masa itu, bilangan orang berkumpul sudah jauh melebihi 6000 orang! Ia boleh dikatakan sekurang-kurangnya sepuluh ribu orang di stesen ini, tidak termasuk pusat pengumpulan yang lain!

Tidak lama kemudian, kumpulan FRU mula semburkan air kepada kami, orang ramai tidak lari tetapi terus menjerit slogan! Lepas itu, FRU mula melancarkan tear gas.



Apabila pusingan ketiga serangan tear gas, saya telah penat dan basah seluruh badan, dan juga berpisah dengan rakan-rakan saya. Saya pun masuk ke Hospital Tong Wah untuk berehat.

Semasa berehat, saya terfikir bukanlah penyelesaian berada di sini, kerana polis yang "tidak kemanusiaan" mungkin masuk hospitak menangkap orang. Lagi pun rakan pasukan saya dan saya telah berpisah!

Oleh yang demikian, saya pun meninggalkan hospital. Tidak lama kemudian, saya terjumpa pasukan saya.

Kami mula berbincang bagaimana untuk melarikan diri dari sini. Tetapi FRU sedang gila, menembak tear gas kea rah hospital!!!

Pada masa itu, tiba-tiba pasukan sukarelawan PAS berjaya memberi satu laluan kepada kami dan membolehkan orang ramai meninggalkan tempat itu dengan jalan dari bukit!

Di sini, saya sangat berterima kasih kepada pasukan sukarelawan PAS, mereka memberi keutamaan kepada kaum wanita dan kaum Cina! Walaupun mereka dipukul oleh polis, masih mereka melindungi kaum wanita dan kaum Cina dan menyelamatkan kami! ! ! !

Pada masa ini, saya fikir, MCA dan Gerakan selalu menakutkan kaum Cina dengan kes 513 tetapi pasukan sukarela PAS melindungi kami dengan mengorbankan diri!

Kaum Cina, jika anda melihat keadaan sebegini, apa perasaan anda? ? ?

Jangan tertipu oleh MCA dan Gerakan yang selalu bersentuh kaum lagi! ! !
Saya tidak menyesal menghadiri Bersih 2.0 ini.

Dan saya berasa bangga! ! !
Jika Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak mengubah, saya akan keluar lagi! ! !

By: True One Malaysia 一个真正的马来西亚 (http://www.facebook.com/pages/True-One-M​alaysia-%E4%B8%80%E4%B8%AA%E7%9C%9F%E6%A​D%A3%E7%9A%84%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E8%A5%BF​%E4%BA%9A/236800959675686)

Dipetik dari sini

Pakai t-shirt Bersih sebagai baju tidur pun kena tangkap

Posted: 19 Jul 2011 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 JULAI – Hanya di Malaysia sahaja kejadian pelik tapi benar ini boleh berlaku. Empat anak muda yang bercuti di Cameron Highlands telah ditangkap polis kerana memakai t-shirt Bersih sebagai baju tidur di dalam sebuah hotel.

Teh Hoong Keat, Lan Suet Ling and Chin Kah Wai – ketiga-tiganya pembantu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok – dan seorang rakan mereka telah berkunjung ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.

Pada tengah malam, seorang kakitangan hotel datang ke bilik salah seorang mereka untuk meminta mereka tukar bilik kerana dikatakan "bising" dan mengganggu satu keluarga yang di bilik sebelah.

Mereka terima nasihat itu dengan baik dan bertukar bilik. Tidak sampai 10 minit kemudian, pintu bilik yang baru itu pula diketuk dan apabila pintu dibuka, tercegat 13 orang yang terus menyerbu masuk ke dalam bilik mereka.


Menurut Teh, apabila ditanya, seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa atas nama "Ketua Inspektor Basar Safar" dan memberitahu bahawa pihak hotel telah memanggil polis kerana nampak ada orang memakai t-shirt Bersih.

"Kami dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cameron Highlands atas alasan isu keselamatan awam dan kami kena tunggu selama tiga jam," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Kemudian ketua inspektor yang sama datang kembali dan memberita bahawa mereka dibenarkan pulang tanpa perlu memberi sebarang keterangan atau menandatangani apa-apa borang atau surat.

Apabila t-shirt Bersih mereka dipulangkan, pegawai polis itu berkata, "'you pakailah ikut suka hati you."

Keempat-empat mereka terpaksa menahan kesejukan angin bukit di pagi-pagi buta dengan hanya memakai t-shirt dan seluar pendek. – Roketkini.com

Tiada ulasan: