Blog-list Malaysia |
- Bodek UMNO Sampai Dalam Masjid
- Pemuda PAS hairan Perkasa dan Umno diam tapi MCA ‘lantang’
- Ali Rustam Tak Nak Cadang Lucutkan Kerakyatan Mereka Ni Ke?
- Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Kuning
- Bersih 2.0: PAS fail kes saman polis, Hishammuddin petang ini
- AJK PUTERI UMNO PARIT BUNTAR DITANGKAP BASAH
- JMM, Jaringan Melayu Merapu
- BERSIH Dari Kacamata CNN
- Mahkamah Bebas Gobala Walaupun Mengkasari Polis
- Berkecai konsep "kerajaan tolong muslim sahaja"
- Baju BERSIH: MP Bakri ditahan lagi
- Rakyat Malaysia Di London Gembira Menyambut Najib
- KUNING Sambut Najib Di London ??
- Hospital Islam P Pinang akan jadi realiti
- ’Pengundi hantu’ pernah gempar di mahkamah
- Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih
- BERSIH 2.0: Pengalaman Saya
- Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar
- Polis ancam nak bunuh saya
- Samad Said: Najib 'memang kejamlah'
- PAS Selangor mahu Pakatan anjur kempen kekal momentum Bersih
- "Kami sanggup jadi saksi keganasan polis"- pengakuan wira-wira rakyat
- Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno
- “Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.”
- Jual barang BERSIH, polis akan ambil tindakan
Bodek UMNO Sampai Dalam Masjid Posted: 15 Jul 2011 01:37 AM PDT Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno. Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu. "Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu. "Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan. "Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain. Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama "seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu." Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara. "Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna. "Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya," katanya. Malah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan. "Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan. "Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini," katanya. |
Pemuda PAS hairan Perkasa dan Umno diam tapi MCA ‘lantang’ Posted: 15 Jul 2011 12:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Umno dan Perkasa agar menyatakan pendirian mereka mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah yang memutuskan untuk mengharamkan sepenuhnya operasi pusat hiburan ketika Ramadan — yang mendapat tentangan hebat rakan komponen Barisan Nasional (BN), MCA. Menurut Exco Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar, tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu adalah satu perkara wajar dan mengikut lunas Islam. "Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti kafe siber, boling dan pusat snuker dibenarkan termasuk persembahan budaya agama masyarakat bukan Islam. "Dalam hal ini mengapa MCA harus melenting dengan larangan ini?" kata beliau dalam satu kenyataan. Katanya, larangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan hak asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi," katanya lagi. Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN. Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Azizan berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam. Selain MCA, rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP berkata penguatkuasaan enakmen itu harus dibatalkan sepenuhnya. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya. Mohd Firdaus menegaskan, MCA sepatutnya melihat implikasi baik ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan bukan bertindak secara melulu. "Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambah gejala sosial seperti zina, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini? "Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. kami menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya. Justeru kata Ahli Parlimen Jerai ini, pihaknya kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang tidak mengeluarkan sebarang respons terhadap serangan dilakukan MCA. "Dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Perkasa dan Umno sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN sendiri. "Ini adalah akibat apabila Umno yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih 'terkapai-kapai' dalam hendak memahami Islam. "Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya di bibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama," katanya. Oleh itu kata Mohd Firdaus, beliau menggesa Umno agar menasihati MCA untuk mengormati agama Islam. "Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit Umno tidak berani menegur rakan komponennya. "Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara," katanya. Sumber TMI |
Ali Rustam Tak Nak Cadang Lucutkan Kerakyatan Mereka Ni Ke? Posted: 15 Jul 2011 12:27 AM PDT Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain. Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra. Dipetik dari Malaysiakini |
Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Kuning Posted: 15 Jul 2011 12:17 AM PDT SHAH ALAM 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia ketika kunjungannya ke Buckingham, London. Sindiran yang dimaksudkan ialah apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam. Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais membayangkan tindakan itu sebagai kritikan terhadap dasar Najib. "Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu. "Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu," katanya kepada KeadilanDaily. Baca seterusnya disini |
Bersih 2.0: PAS fail kes saman polis, Hishammuddin petang ini Posted: 14 Jul 2011 11:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Julai — Mendakwa penahanan tanpa sah, PAS akan memfailkan kes saman sivil — yang pertama berkisar perhimpunan Bersih 2.0 ke atas polis dan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, saman itu dibuat kerana pihak berkuasa telah menahan seorang ahli parti Islam itu, tindakan yang disifatkan sebagai tidak mengikut undang-undang. Musafri Abdullah Azmi, 27, telah ditahan pada 24 Jun lalu kerana memiliki kemeja-T yang tertulis perkataan Bersih 2.0 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang. "Petang ini kita mewakili seorang ahli kita yang ditahan kerana memilik baju Bersih 2.0, dia telah ditahan secara salah. "Saman sivil ini dibuat kerana kita mahu tuntut ganti rugi dan mahu barang-barang yang dirampas dikembalikan semula kepada ahli kita," kata Zainal. Kata Zainal, pihaknya menamakan pegawai penangkap, Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai defendan. Tindakan petang ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang hendak dibawa oleh PAS, kata Setiausaha Lajnah Undang-undang parti itu, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Kami memutuskan untuk memfailkan kes di Selangor hari ini sebab kes pertama penahanan berlaku di Selangor, selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan bahawa bahan-bahan berkaitan Bersih 2.0 adalah haram," kata beliau. "Kes yang dibawa hari ini berkaitan dengan tahanan praperhimpunan Bersih, selepas ini akan ada banyak lagi kes," kata beliau lagi. Semalam, Juham Dewan Pemuda PAS pusat telah melancarkan kempen Aduan Keganasan Polis 9/7 yang bertujuan untuk mengumpul segala maklumat daripada orang awam berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur Sabtu lalu. Sementara itu, Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata melalui saman sivil itu pihaknya mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa segala bentuk penahanan dan rampasan dilakukan pihak berkuasa dalam isu Bersih 2.0 bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. "Kita nak mahkamah beri satu deklarasi bahawa penahanan ahli kita ini salah di sisi undang-undang sebab tiada undang-undang kata memakai baju itu salah, yang salah tidak pakai baju. "Kita juga mahu mahkamah beri satu deklarasi bahawa segala yang dirampas dipulangkan dan rampasan yang dibuat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta perlembagaan," katanya. Sejak 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara. Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, ramai aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Ahmad Zamri berkata, kempen secara besar-besaran itu adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suhakam Selasa lalu, di mana Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli serta segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan kepada peserta himpunan yang hadir secara aman dan tidak bersenjata. "Malah, peserta himpunan Bersih 2.0 tidak langsung melakukan sebarang provokasi terhadap pihak polis yang menjustifikasikan sebarang tindakan kekerasan digunakan terhadap mereka. "Pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital," katanya, "Segala aduan berupa maklumat, bukti-bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham iaitu 016-3126463, 016-3126473 dan 014-6451753 atau melalui e-mel rasmi Juham iaitu juhampusat@gmail.com dan fanpage fb 'Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia'. Dipetik dari Malaysia Insider |
AJK PUTERI UMNO PARIT BUNTAR DITANGKAP BASAH Posted: 14 Jul 2011 11:42 PM PDT AJK UMNO kena tangkap basah? Pulau Pinang : Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar. Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis. Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian. Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya. - paritbuntar Dipetik dari era pasca |
Posted: 14 Jul 2011 11:05 PM PDT JMM, Jaringan Melayu Malaysia elok ditukar kepada Jaringan Melayu Merapu. Sesuai dengan budaya dan pemikiran pemimpin pertubuhan ini yang merapu dan mengampu dalam memperkatakan isu politik di negara ini. Terbaru Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah menc adangkan Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS) kerana menyertai himpunan Bersih. JMM marah bukan kerana Ambiga tetapi kerana kuasa politik umno tergugat yang beliau ada kepentingan di dalam umno.Jika benar JMM memperjuangkan Melayu kenapa mereka diam membisu isu-isu pencabulan terhadap maruah melayu seperti isu tanah kampung baru, tanah rezab Melayu yang tergadai daripada 3 juta hektar selepas merdeka sekarang hanya berbaki 1.7 juta hektar. Mana suara JMM ketika tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura. Mereka menyinga ketika kepentingan umno hilang, tetapi menikus ketika hak Melayu tergadai. |
Posted: 14 Jul 2011 10:16 PM PDT Najib ulangi peserta BERSIH tidak dikasari Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara terhadap tindakan kerajaan ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum dengan hampir tidak ada langsung hubungan dengan semua penunjuk perasaan. Menurut akhbar New York Times, Najib memberitahu sekumpulan kecil wartawan di London jika kerajaan membenarkan perhimpunan jalanan seperti BERSIH 2.0, negara mungkin berhadapan dengan ketidak-stabilan. "Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo," kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu. Jika perhimpunan tidak dikwal, "anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku," katanya. Najib juga sekali lagi mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan "tekanan minimun dan langsung tidak ada hubung fizikal dengan peserta perhimpunan." Namun, Najib mengakui paling "maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir. BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya. |
Mahkamah Bebas Gobala Walaupun Mengkasari Polis Posted: 14 Jul 2011 09:52 PM PDT GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu. Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas. Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002. Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town. Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim. Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam. "Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis. "Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat," katanya. Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang tugas penjawat awam. Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam. "Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari," katanya. - Bernama |
Berkecai konsep "kerajaan tolong muslim sahaja" Posted: 14 Jul 2011 09:32 PM PDT BERSIH 2.0 : "Saya Terpegun Melihat Polis Memukul Melayu" Saya masih ingat, semasa zaman sekolah rendah, seorang budak Melayu yang gemuk dan comel menjadi sahabat baik saya. Bersama kami pergi dan balik dari sekolah, bersama kami bermain guli, buat bising, bersorak. Pernah sekali dia memberitahu emak saya bahawa saya membeli makanan ringan secara senyap-senyap di sekolah, dan saya dimarah emak saya selepas itu. Saya sangat marah pada ketika itu, namun akhirnya saya berbaik-baik juga dengannya. Namun, sepanjang saya membesar, saya disosialisasikan dalam masyarakat Cina di Malaysia. Ada perkara yang didedahkan kepada saya. Maka kasih dan sayang saya pada kaum Melayu berbaur dengan rasa benci. Benci dan ketakutan menyelubungi saya untuk 20 tahun. Dan pada 9 Julai 2011, kebencian dan syak wasangka saya terhadap orang Melayu yang terpendam dalam hati saya telah di-nyahkan! Empat hari sebelum perhimpunan, saya mengambil keputusan untuk menyertai perhimpunan ini. Yang paling membimbangkan saya ialah keluarga dan teman wanita saya. Saya yakin mereka tidak akan bersetuju dengan saya. Untuk dua hari saya runsing hal ini. Akhirnya saya membuat cubaan berani untuk mengajak teman wanita saya pergi bersama. Saya memberitahu bahawa itu kekuatan yang diletakkan Tuhan dalam hati saya. Saya harus berbuat demikian. Anggaplah kami pergi dating sambil berarak. Saya telah bersedia untuk dihujani teguran atau nasihatnya. Dia tanya kepada saya, betul nak pergi? Saya jawab, "Betul..." Dan dia bersetuju dengan saya! Pada saat-saat itu saya terperanjat, menatapnya dengan mata yang terbeliak. Kemudian ketakutan mula menular dalam hati saya. Kerana, betul kami nak pergi ni.... Baca seterusnya disini |
Baju BERSIH: MP Bakri ditahan lagi Posted: 14 Jul 2011 09:05 PM PDT Gara-gara terus mahu memakai baju T BERSIH 2.0, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam semalam. Pemimpin DAP itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar sambil membawa kekwa putih dan bunga raya. Ketika dihubungi, Er berkata beliau dan kumpulanya yang kira-kira 20 orang baru sahaja keluar dari pusat khidmat DAP Muar dan dalam perjalanan tiga buah trak FRU sedia menunggu di kawasan itu. "Polis tidak benarkan saya terus kerana saya pakai baju BERSIH. Tetapi apabila rakan saya beri baju lain, dan saya sarungkan baju itu, tapi polis tangkap saya juga," katanya kepada Malaysiakini. Menurut Er beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Muar dan hanya dibebaskan pada kira-kira jam 1 pagi tadi. Beliau dikehendaki melapor dirinya sekali lagi pada 15 Ogos nanti. Baju BERSIH miliknya itu juga dirampas. Er pernah ditahan pada 3 Julai lalu beserta lima ahli DAP kerana mengedarkan risalah berkenaan himpunan BERSIH yang telah diadakan pada 9 Julai lalu. Mereka ditahan di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera "Membersihkan sampah-sarap negara". Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan "Negara BERSIH Rakyat Bertuah" serta gambar penyapu dan penyodok. Dipetik dari Mkini |
Rakyat Malaysia Di London Gembira Menyambut Najib Posted: 14 Jul 2011 08:55 PM PDT |
KUNING Sambut Najib Di London ?? Posted: 14 Jul 2011 05:54 PM PDT |
Hospital Islam P Pinang akan jadi realiti Posted: 14 Jul 2011 08:45 AM PDT KEPALA BATAS, 14 Julai: Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi. Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi. Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. "Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang. "Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan. "Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi. Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima. "Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini. "Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang, Ellias Zakaria dan Timbalannya, Datuk Mohd Salleh Man. Dipetik dari Harakahdaily |
’Pengundi hantu’ pernah gempar di mahkamah Posted: 14 Jul 2011 06:43 AM PDT KOTA BHARU, 14 Julai: Pada 29 Jun 2009 Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasan Lah mengakui keterangan beberapa saksi pempetisyen 'ada orang lain yang mengundi menggunakan nama dua pemilih berdaftar'. Biar pun kes tersebut ditolak, namun beliau berpuas hati terhadap hujah ada orang lain yang mengundi menggunakan nama Yusof Harun dan Zainab Mat Jusoh pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, Disember 2008. Menurutnya mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan bagaimana perkara itu boleh berlaku. Sebelumnya pada 4 Januari 2009 PAS mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, 6 Disember 2008 ekoran wujud dakwaan beberapa penyelewengan. Pada pilihan raya kecil tersebut calon BN, Hanafi Mamat mengatasi calon PAS, Hanifa Ahmad dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan kelebihan 134 undi. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2008 Hanafi yang juga Ketua Umno Pasir Mas gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas majoriti 2,348 undi kepada Hanifa. Anehnya sehingga sekarang mengapa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar asyik menafikan kewujudan pengundi berganda. Malah mereka bermati-matian mempertahankan senarai daftar pemilih dikeluarkan SPR dianggapnya bersih dan tidak pernah wujud pengundi hantu. Perkara itu juga pernah dipertahankan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sehingga mendakwa pembangkang mencipta perkara tidak wujud. Mampukah mereka menolak hujah yang dikemukakan di mahkamah apabila ada pengundi yang datang mahu membuang pulang hampa kerana ada pihak lain sudah membuang undi menggunakan nama dan kad pengenalannya. Isu inilah yang diperjuangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Pada pilihan raya umum lalu juga ditemui seorang lelaki memiliki beberapa keping kad pengenalan yang pulang untuk membuang undi di Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh di Tanah Merah... (Ikuti pelbagai pendedahan dalam Harakah edisi cetak yang berada di pasaran sekarang. Juga ada pengakuan bekas pegawai kanan SPR). Dipetik dari Harakahdaily |
Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih Posted: 14 Jul 2011 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. "Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik," kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini. "Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum," katanya. Najib (gambar) juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk "mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik." Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari. Malaysia Insider |
Posted: 14 Jul 2011 05:17 AM PDT Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral. Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara 'illegal', BN mencuri harta rakyat melalui cara 'legal'. Setibanya kami di jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya. Mungkin juga saya dianggap sebagai 'pemandu pelancong' ataupun tourist guide. Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0. Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri! Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gaya! Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh. Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah. Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih. Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu 'terowong' tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami. Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami. Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu. Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa diatas. Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak 'lubang' di tepi dinding di sebelah kanan kami. Kami menuju ke lubang tersebut. Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau. Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau. Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya! Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN. Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah! Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan. Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri. Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak! Pemuda dari selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah. Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama. Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya. Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis. Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku. Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan. Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas. Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. "Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut" kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. "Kami sokong, tapi terpaksa menikus" katanya lagi. Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. "Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!" kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri. Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan. Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau 'separuh rabun' kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan. Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina? Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia! Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Dipetik dari Khalid Samad |
Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar Posted: 14 Jul 2011 04:58 AM PDT Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini. "Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan. "Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam. Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia". Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya. "Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus." Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu. Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan. Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai. Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Dipetik dari Malaysiakini |
Posted: 14 Jul 2011 04:23 AM PDT Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu. Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan. Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya. Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai. Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa,sedang berdiri di atas jalan. Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun. Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap. Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah). Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak serta anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu. Dipetik dari RAKYAT MARHAEN |
Samad Said: Najib 'memang kejamlah' Posted: 14 Jul 2011 03:47 AM PDT Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi. Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam". "Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. "Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya. Kepimpinan 'bangsawan' Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang. "Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang. "Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum". Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu. Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah". "Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat). "Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi. A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw. Dipetik dari mkini |
PAS Selangor mahu Pakatan anjur kempen kekal momentum Bersih Posted: 14 Jul 2011 03:34 AM PDT SHAH ALAM, 14 Julai — PAS Selangor percaya bahawa satu ceramah besar-besaran di stadium di sini akan membolehkan semangat Bersih 2.0 dikekalkan dan oleh itu, mahu Pakatan Rakyat menganjurkannya dalam waktu terdekat. Malah PAS Selangor juga mahu tokoh agama dipanggil memberi penjelasan bahawa perhimpunan Sabtu lalu adalah halal dan tidak bertentangan dengan agama. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) tindakan itu penting bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjelaskan apa yang berlaku pada 9 Julai dan menjawab maklumat tidak tepat disiarkan media arus perdana. "Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang mungkin, kami mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam. "Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih. Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan adil tidak berakhir pada 9 Julai, ia perjuangan berterusan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menjemput personaliti seperti Datin Paduka Marina Mahathir yang menghadiri perhimpunan tempoh hari. "Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya," kata Khalid. Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu walaupun berhadapan dengan siri tekanan dan halangan pihak berkuasa sejak sebulan lalu. Ia mendakwa berjaya menarik 50,000 tetapi dinafikan oleh pihak polis yang mengatakan bahawa hanya 6,000 orang hadir. Malaysia Insider |
"Kami sanggup jadi saksi keganasan polis"- pengakuan wira-wira rakyat Posted: 14 Jul 2011 03:01 AM PDT KUALA TERENGGANU - Ustaz Mohd Ramlan Mahmud, 27, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kemaman menyifatkan penahanan beliau ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai sebagai suatu kegembiraan kerana menjadi 'orang yang terpilih'.Beliau telah ditahan polis di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur semasa sedang menikmati sarapan pagi pada pagi. "Ketika itu sekitar pukul 10.00 pagi sekumpulan anggota polis dianggarkan seramai 20 orang sedang melakukan operasi pemeriksaan, mana - mana individu yang berada dalam kumpulan seramai 4 orang dan lebih akan diperiksa kad pengenalannya dan barang - barang yang dibawa bersama kita akan digeledah,"ujarnya ketika ditemubual oleh Buletinonline. (Gambar kanan - Ustaz Ramlan Mahmud sedang disoal siasat oleh seorang Pegawai Polis yang memegang tshirt berwarna kuning sebelun ditahan) Seorang lagi 'Wira BERSIH' dari negeri Terengganu adalah Saifudin Ibrahim, AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Buruk yang juga anggota PAS cawangan Masjid Hj Kadir. Saifuddin merupakan tahanan terakhir yang dibebaskan daripada 313 orang penyokong BERSIH dari negeri Terengganu yang ditahan pada Sabtu lalu. Ketika ditemui, dalam sambutan ringkas oleh sahabat-sahabat 'Al-Fateh Army' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam, 13 Julai, beliau tidak berasa apa-apa, malah 'suka' kerana ditahan menghadiri Himupnan BERSIH. "(perasaan) tak ada apa-apa, suka je, saya (dibebeaskan lewat) kerana dituduh menceroboh loji air SYABAS, di Bukit Nanas,"katanya. Ketika melarikan dari dari 'hambatan polis zalim' dalam Himpunan, beliau tersalah masuk ke kawasan yang didakwa oleh polis sebagai kawasan larangan. Sedangkan menurutnya, tidak ada apa-apa papan tanda atau amaran yang menunjukkan bahawa ia adalah satu kawasan larangan. Namun begitu, polis telah mendapatkan perintah reman selama tiga hari sehingga malam kelmarin, apabila Saifuddin dibebaskan tanpa syarat. Manakala, seorang Pemuda PAS dari Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Ibrahim Harun yang ditahan dijalan Pudu berhampiran Hospital Tung Shin sanggup menjadi saksi ke atas tindakan polis 'meyerang' hospital terbabit. "Memang betul-betul, polis tembak gas pemedih mata, kalau tak silap, mungkin 3 das, lepas tu tembak dengan meriam air kimia,"tegasnya ketika ditemui. Beliau yang juga AJK MTD Bukit Tunggal mendakwa, polis turut membelasahnya, walaupun beliau tidak melawan. Akibatnya, pipi beliau berdarah kerana dibedal, sepak dan terajang oleh polis yang disifatkannya zalim dan tidak berperikemanusiaan. Kesemua 313 orang yang ditangkap ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 dari Terengganu dianggap sebagai 'Wira' kerana berani bersama lebih 50,000 rakyat menuntut kerajaan merombak sistem pilihanraya supaya lebih bersih dan adil. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, mereka akan diraikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama yang lain, dalam satu Majlis sebelum Ceramah Perdana Pasca BERSIH yang akan diadakan di perkarangan Masjid Rusila, esok, Jumaat 15 Julai pada jam 9.00 malam "InsyaAllah, semua tahanan seramai 313 orang ini, kita akan raikan dalam suatu ceramah Perdana yang akan kita buat pada 15 Julai, hari Jumaat ini, di Masjid Rusila, "kita akan siarkan klip-klip video yang memaparkan kejadian Himpunan BERSIH, kita akan raikan tahanan yang kita anggap mereka ini sebagai wira-wira kita yang menjadi wakil kepada rakyat Terengganu untuk memperjuangkan hak,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan isu semasa di Jalan Hiliran, semalam 13 Julai.BO Dipetik dari PASPB |
Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno Posted: 14 Jul 2011 02:26 AM PDT 14 JULAI – Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan. Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO. Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh. Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka. Photos and & Videos Bersih 2.0 l Menangi iPad ( Klik di sini ) Rakan-rakan dan keluarga saya dari utara hingga selatan semuanya bertanya tentang Bersih, mereka mahu peserta demonstrasi aman itu sendiri menceritakan pengalaman dan bukan sekadar membeli akhbar lidah rasmi UMNO dan BN yang penuh cerita sandiwara dan bersikap berat sebelah. Tidak putus pesanan ringkas dan perbualan telefon yang bertanyakan khabar tentang peserta demonstrasi aman Bersih. Rakan dan ahli keluarga inilah yang dikategorikan sebagai "silent majority" yang sebenar, bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Najib semasa perhimpunan dalam dewan anjuran UMNO baru-baru ini bagi mengelirukan perhatian rakyat. Kenyataan Majlis Peguam telah menafikan segala momokan beberapa hari sebelum bermula perhimpunan Bersih oleh kumpulan-kumpulan NGO yang menjadi tunggangan UMNO serta beberapa wakil daripada parti komponen BN yang nyata meleset, malahan jangkaan mereka salah sama sekali. "Secara umumnya perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawan dan tenang, lebih utama lagi kami mendapati rakyat daripada pelbagai latar belakang dan seluruh negara menyertai perhimpunan tanpa sebarang konflik tercetus. "Ia nyata berbeza sama sekali dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan kebimbangan perhimpunan tersebut akan mewujudkan masalah perkauman atau kekacauan," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Selasa lalu. Mereka yang turun ke jalan raya pada 9 Julai itu merupakan rakyat yang menuntut perubahan, sejarah negara yang baru sudah dicipta daripada pelbagai bangsa dan umur yang turun pada hari tersebut. Semangat 31 Ogos 1957 semasa di dalam Stadium Merdeka ketika ini menjelma kembali untuk merasakan nikmat sebenar bersatu-padu serta kemakmuran dan permuafakatan yang sudah dikecapi untuk sekian lama. Kecaman ke atas Najib berlanjutan hingga ke pentas antarabangsa, daripada pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International kepada badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kepada suara media global. Turut bersama mengecam tindakan agresif pemerintahan Najib ialah penulis bebas kewangan Bloomberg, William Pesek yang mengherdik agenda perubahan yang dilaungkan Perdana Menteri semasa mula-mula memegang tampuk kuasa sebagai omong kosong. Dalam tulisan Pesek, beliau menyatakan, "Bagaimaman sesebuah negara boleh menangkap 1,700 rakyatnya semata-mata kerana memakai warna kuning? Adakah ini dipanggil demokrasi?" Bukan sahaja rakyat mentertawakan pemerintahan Najib, malahan ketika ini hampir segenap pelusuk negara sudah mengetahui kredibiliti sebenar sang perdana menteri yang tidak mendahulukan kepentingan dan hak rakyat. Bersih tidak mencalarkan imej Najib, malah beliau berpeluang menjadikan dirinya sebagai tokoh besar jika membenarkan perhimpunan aman itu diadakan secara teratur dan bersopan. Sebaliknya tindakan melulu oleh instrumen Najib di samping janji tak serupa bikin beliau sendiri yang mengakibatkan seluruh jentera kerajaan terpalit dengan kekotoran yang amat memalukan sekali. Bukan rakyat yang berpecah tetapi tembok perkauman yang sudah dipecahkan rakyat pada 9 Julai 2011. Tahniah dan salut untuk para peserta Bersih 2.0! Dipetik dari Roketkini |
“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.” Posted: 14 Jul 2011 01:48 AM PDT PAS: Kita harus galak bukan Islam terima al-Quran, bukan herdik KUALA LUMPUR, 14 Julai — PAS berpendirian bahawa mempelajari tentang al-Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. Justeru menurut Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Harun Taib al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia. "Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam," kata beliau dipetik HarakahDaily hari ini. Harun mengulas tindakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman kelmarin mempertikaikan Adun DAP kerusi Sekinchan Ng Suee Lim yang cuba mempergunakan hadis ketika perbahasan kelmarin. Dalam laporan hari ini Satim dipetik berkata beliau kesal dengan sikap membisu wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam berhubung perkara tersebut. Harun berkata, "bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam." "Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak mesra yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam," jelas Harun yang juga Adun Manir. Beliau menjelaskan, PAS bersikap 'menerang dan bukannya menyerang'. Justeru, katanya, Umno wajib sedar bahawa al-Quran dan hadis adalah sumber hukum. "Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS," katanya. Dipetik dari The Malaysia Insider |
Jual barang BERSIH, polis akan ambil tindakan Posted: 14 Jul 2011 01:26 AM PDT Polis akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo berkaitan perhimpunan haram Sabtu lepas kerana ia menyalahi undang-undang. Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-t atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali. "Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya ada laporan yang dibuat. "Sesiapapun tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Shah Alam hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penjualan tali leher mempunyai logo perhimpunan haram itu sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan