Blog-list Malaysia |
- Jakarta Post: Malaysia rich but not free
- Tahap Pemikiran Muhyiddin Setaraf Ibrahim Ali
- PBB selar Malaysia kerana perlekeh demokrasi
- 'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar'
- YB Ibrahim Ali: Panglima Perang
- My Bersih 2.0 Experience - Marina Mahathir
- BERSIH 2.0 - Walking With People
- Shamsul Amri: Isu Bersih munasabah, Putrajaya pula guna taktik Perang Dingin
- A compilation of 25 videos on the BERSIH rally of 9th July 2011
- Ambiga Tidak Dengar Pun Pekikan Ibrahim
- Lim Guan Eng Macam Anjing Salak Bukit La..
- DUN S'gor: Kejutan kuning dari ADUN BN
- Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media
Jakarta Post: Malaysia rich but not free Posted: 11 Jul 2011 10:35 PM PDT Jakarta's representative to a regional human rights commission has called Malaysia's response to Saturday's Bersih rally a violation of human rights despite the Najib administration's attempts to explain its actions to its Southeast Asian neighbour.Indonesia's representative to the Asean Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR), Rafendi Djamin, told the Jakarta Post yesterday that Putrajaya's reaction to the rally for free and fair elections was "so overwhelming that they violated human rights principles in their efforts to control freedom of expression. Indonesia's oldest English daily has been critical of the Barisan Nasional (BN) administration's handling of the matter, calling the country "rich but not free" and "labouring under the "old paradigm that says you can have development or democracy, but not both" in an editorial today. This comes despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak taking the unusual step of sending Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor to Jakarta to insist that the Bersih rally was just a ruse by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is popular as a Muslim leader in Indonesia. "(The arrests) should not have happened. Every single citizen should have the right to … express their opinions and assemble," said Rafendi, who is also the executive director of Indonesia's Human Rights Working Group. Rafendi added that such demonstrations were not unusual ahead of expected elections "but no repressive measures such as arrests were carried out against demonstrators. On the other hand, (the Malaysian government) had already begun arresting people one week before (Saturday's rally)." "If violence takes place like this here (in Indonesia), at the end of the day, civilians who are unarmed will be the victims," he said. But Tengku Adnan, who was tourism minister from 2006 to 2008, stuck to his party's line and blamed Pakatan Rakyat (PR) for the rally and denied there was electoral fraud as claimed by Bersih 2.0, the coalition of 62 groups that had organised the rally. Bersih had claimed a turnout of 50,000 for the street demonstration which went ahead without police permission, resulting in nearly 1,700 arrests, scores injured and the death of a PKR leader's husband. The electoral reforms movement decided to take to the streets despite previously accepting Najib's offer to move the street rally to a stadium after the government refused to allow the gathering to take place in Stadium Merdeka. This came after the Yang di-Pertuan Agong called on the government a week ago to execute its duties fairly and for it to meet Bersih and discuss the issue of free and fair elections. Tuanku Mizan Zainal Abidin had intervened after a police dragnet that had seen over 100 arrests, the raiding of the Bersih secretariat and confiscation of Bersih-related materials in the space of a week. The first Bersih rally in November 2007 also saw tens of thousands being dispersed by police with tear gas and water cannons. It was said to have been a key factor in a general election called just four months later, which saw BN losing its customary two-thirds hold of Parliament, ceding 82 seats and five state governments in its worst showing ever at the polls. Dipetik dari Laman KL-Today |
Tahap Pemikiran Muhyiddin Setaraf Ibrahim Ali Posted: 11 Jul 2011 09:52 PM PDT Duhai Udin anak Yassin MAAFLAH saya akan jadi mudah panas kepala bila orang bercakap tidak betul dan mengikut makrib sebenarnya mengenai Bersih. Saya bukan salah seorang ahli jawatankuasa yang merancang mengadakan himpunan raksasa itu. Saya hanya seorang rakyat biasa yang ada sedikit kemahiran menulis, mencatat dan menganalis peristiwa politik negara. Itu saja tentang saya. Maka atas kedudukan itu saya akan gunakan bakat dan kudrat yang Allah anugerahkan ini setakat mana termampu mudah-mudahan boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara demi kebaik semua. Saya merasakan apa yang dilakukan Bersih adalah sesuatu yang baik dan perlu disokong. Kita jangan melihat kepada elemen yang ada disekeliling Bersih itu, dan terlalu prejudis kepada perjuangannya, tetapi lihat kepada tujuan dan matlamatnya.Sesiapa pun yang baik baik UBN atau Pakatan Rakyat dapat mengambil kesempatan dari apa yang Bersih lakukan. Usahanya bukan untuk mana-mana pihak. Matlamatnya untuk membersihkan pilihan raya di negara ini. Membersihkan demokrasi agar demokrasi kita kelihatan Bersih dan mengikut lunas-lunas demokrasi yang sewajarnya yang kita semua harapkan. Kalau demokrasi dan pilihan raya kita Bersih, semua rakyat akan bangga dan mendapat nikmatnya. Negara kita akan menjadi contoh sebagai negara demokrasi yang paling bersih dan murni. Itulah yang kita pejuangkan selama ini. Ketelusan dan pencapaian itulah yang dilaungkan oleh perdana menteri. Kenapa dengan Bersih Apa masalahnya dengan Bersih? Kenapa UBN takut kepda Bersih. Kenapa Najib Razak gerun dengan himpunan Bersih. Kenapa SRP liat dan sukar untuk melayani tuntutan Bersih. Apakah tuntutan itu tidak munasabah dan bohong? Sejuring kebenaran pun tidak ada. Atau SPR sememangnya menjadi keldai bodoh dungu kepada parti memerintah? Di manakah kebebasan SPR sebagai sebuah suruhanjaya? Apakah kewujudannnya hanya 'taklik kafirun' saja?Ingatlah penipuan tidak akan menmang selamanya kerana manusia boleh ditipu sekali atau dua kali tetapi tidak untuk tiga kali. Dalam konteks tuntutan Bersih ini saya tidak begitu nampak akan fungsi dan peranan suruhanjaya yang dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong ini. Maaflah. Suruhanjaya ini sudah menjadi seperti syarikat (agen) yang mengeluarkan sijil halal untuk endorsekan bahan makanan seperti mana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Ianya dikuasai oleh eksekutif sahaja, pengerusi dan setiausaha. Sementara ahli atau anggota suruhanan jaya lain membisu dan makan gaji buta saja. Sudah sampai masanya anggota suruhanjaya ini bersuara. Menerima dan membincang apa saja cadangan untuk kebaikan suruhanjaya ini demi memartabatkannya. Jangan serahkan kepada Pengerusi dan anak buahnya saja. Jangan hanya menjadi tukang anggup dan mengesahkan apa yang dikemukakan oleh eksekutif. Kalau begitulah keadaannya elok anggota suruhanjaya ini dihapuskan saja, wang rakyat boleh diselamatkan. Pada saya mereka yang menentang tuntutan Bersih adalah mereka yang sama sekali tidak faham apa itu Bersih dan tuntutannya. Yang kedua yang sengaja membantah kerana mereka yang menyediakan diri untuk 'dirukah' oleh kuasa politik. Orang ini tidak ada integriti dan ia tidak layak menduduki sebuah suruhanjaya. Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menyemak balik hal ini. Kalau mereka tidak berani bersuara ini bermakna mereka merosak amanah rakyat dengan kedudukan itu. Setiap orang yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu mereka angkat sumpat berikrar untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Malang hari ini anggota suruhanjaya hidup macam orang yang menyembunyikan telor dalam kilas saja. .... Meleret jauh apa yang hendak difokus dalam catatan ini. Saya kata saya panas kepala tadi. Kenapa jadi panas kepala pagi ini bila membaca kenyataan Udin anak Yassin - Muhyuddin Yassin, yang marahkan kepada Bersih. Tahap pemikiran dan politik Udin anak Yassin ini sama dengan Inchik Ibrahim Ali saja. Kata Udin anak Yassin, Bersih tidak menghiraukan nasihat Yang di-Pertuan Agong yang melarang agar tidak diadakan himpunan tetapi terus mengadakan himpunan dijalan. Saya nak tanya Udin anak Yassin, yang saya kira dia bukan keturunan Orang Asli di zaman 30-an. Kenapa Bersih mengadakan himpunan dijalanan. Kenapa? Kenapa? Budak bodoh yang tegencat akal pun tahu sebabnya ialah kerana kerajaan (polis) tidak membenarkan stadium merdeka untuk dijadikan tempat berhimpun. Mulanya Najib telah mencabar Bersih agar diadakan di stadium tertutup, katanya menjeritlah sampai ke pagi. Tetapi akhirnya cabaran itu bila disahut Najib berdalih seribu kali ia terserah kepada keselamatan. Maka polis digunakan. Polis dijadikan jamban tahi untuk menyekat Bersih. Walhasilnya polis yang kena maki dan kena hamun malam dan siang, siang dan malam - dari subuh ke isyak dari isyak ke zohor. Tidak ada sudut untuk ketua polis negara dan timbalannya hendak sorotkan muka hari ini terhadap apa yang berlaku. Apakah ini tidak difahami oleh Udin anak Yassin. Polis pun satu hal tidak sedikit pun membantah dan memberi nasihat yang baik. Ketua polis tidak ada keyakinan dalam hal ini melainkan menjadikan gas dan belatan untuk menyekat rakyat. Tektik provokasi yang sering digunakan CIA atau KGB sudah tidak berkesan lagi. Polis harus menukar tektik lain mengambil pendekatan berbaik sangka di antara satu sama lain. Seharusnya ketua polis sedar perangai dan sikap orang Melayu. Orang Melayu kalau didekati, dijinak mereka akan tunduk dan hormat sampai ke bumi. Kalau orang Melayu semua jadi jinak maka tidaklah orang Cina dan India jadi besar kepala dan berani untuk berarak kerana mereka tahu di mana bumi mereka berdiri. Tetapi apabila orang Melayu ikut sama atau menjadi ketua maka mereka akan jadi beranilah. Lainlah polis kena bijak, ketua polis negara harus menggunakan pendekatan dan maslahatnya sendiri. Bukalah Quran dan hadith akan berjumpalah formula dan kaedahnya di sana. Duhai Udin anak Yassin anda adalah bakal perdana menteri Malaysia kalau usia Umno masih ada. Kalau takdir hari ini Najib mati kerana kapal terbang yang dinaikinya jatuh, atau beliau sakit andalah akan dinobat sebagai perdana menteri. Khabar Najib sedang mengalami satu kecederaan yang memerlukan rawatan. Bulan Ogos nanti beliau dikatakan akan berihat di hospital? Sebagai bakal PM seharus anda bergaya dalam mengeluarkan kenyataan dan mengkritik musuh ada. Apa guna anda membanggakan diri sebagai anak cikgu Yassin yang hafiz Quran tetapi telatah dan gelagat anda macam anak tokoh yang didik oleh kolonis sahaja? Katanya anda sendang mengupah sekalian orang untuk menulis buku tentang kehebatan bapa anda dalam agama dan perjuangan Melayu. Berapa jumlah upah itu, Udin? Please bezakan diri anda dengan diri pemimpin yang lain. Saya bimbang kalau anda juga terikut dengan rentak politik bodoh, politik kebudak-budakan dan politik ala-ala Inchik Ibrahim yang suara kuat tetapi akal 'dompok' menyebabkan anda akan turut dikecam rakyat. Apa guna kalau kita duduk di atas kerusi tinggi kalau hari-hari kita dicemuh rakyat. Apa guna? Tidak memberi sedikpun kita mendiami rumah indah kalau seluruh peralatan dalam rumah itu mencemuh dan meluat dengan kita. Sekian untuk ini Udin anak Yassin kita jumpa lagi. [wm.kl.11:50 am 12/07/11] Sumber MSO |
PBB selar Malaysia kerana perlekeh demokrasi Posted: 11 Jul 2011 09:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu. Frank La Rue, pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi, lapor KeadilanDaily. PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah 'mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan'. Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai. Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi. Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyukarkan peluang ia dipilih semula. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan pihak berkuasa bertindak ganas terhadap orang ramai Sabtu lalu, meskipun rakaman video di internet menunjukkan sebaliknya. Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 orang ditangkap pihak berkuasa. Dipetik dari Harakah daily |
'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar' Posted: 11 Jul 2011 07:55 PM PDT Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak. Sebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi. Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kiri diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menucuk. "Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti. "Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup. "Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas," kata Fayyadh kepada Malaysiakini. Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar. Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menucuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih. Tulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika cuba melarikkan diri. "Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersadung di sebuang lubang dan terjatuh. Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga, kata Fayyadh. Dipetik dari Malaysiakini |
YB Ibrahim Ali: Panglima Perang Posted: 11 Jul 2011 05:55 PM PDT Ibrahim Ali panglima perang Sana sini asyik tembelang Mati akal pemimpin meradang Ibarat onak di celah kangkang Ibrahim Ali panglima perang Wira pentas beraksi garang Hanya mulut berapi-api Hati kecut bukan jantan sejati Ibrahim Ali panglima perang Kesana kemari menabur tuba Melayu, Cina, India semuanya pening Benci haloba tiada yang laba Ibrahim Ali panglima perang Hanya bicara dengan buku lali Apa guna berbaju Melayu sekarang Bersilat pun tidak, bersopan jauh sekali Ibrahim Ali panglima perang Riuh tak habis, gegar tak sudah Di Kampung Baru tempik nak serang Di medan juang kecut takdek kaedah Ibrahim Ali panglima perang Bermimpi ibarat Mat Jenin alpa Dahlah Agong tak nak jumpa, Najib pun tak nak tegur sapa Ibrahim Ali panglima perang Membawa malu warga Kelantan Usah lagi bising terang-terangan Nanti di kasi macam lembu jantan Oleh Awang Tak Selamat dari akhbar Utusan Meloya MToday |
My Bersih 2.0 Experience - Marina Mahathir Posted: 11 Jul 2011 10:29 AM PDT I have to say that the night before I had many many misgivings, especially after reading about the army doing exercises with the FRU. Could the government seriously be contemplating shooting their own people? Who knows? My stomach was in knots thinking about the many young people I knew who were intent on going, including my daughter. Would I be able to forgive myself if something happened to them? After seeking advice from various friends, I finally decided that I could not stay safely at home while my daughter, friends and colleagues faced possible danger. I had to walk with them. Besides even if I stayed home, I would have spent all my time worrying. So I had to go. A friend who lived in the city offered to be my protector and together we devised a plan on what to do. Hubby was supportive and gave some advice on how to stay safe. My neighbours also wanted to come along. So fairly earlyish, my friend drove over to get me with no problem and we headed back into the city. Do these people look like hooligans to you? Baca Selanjutnya disini |
BERSIH 2.0 - Walking With People Posted: 11 Jul 2011 08:31 AM PDT |
Shamsul Amri: Isu Bersih munasabah, Putrajaya pula guna taktik Perang Dingin Posted: 11 Jul 2011 07:29 AM PDT BANGI, 11 Julai - Sementara isu-isu dibawa Bersih adalah "munasabah", pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara, kata Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. Sehubungan itu jelas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat. "Saya mengatakan poin bahawa perikatan yang memerintah masih berurusan menggunakan cara traditional, yang menggunakan konsep Perang Dingin, kita bukan berurusan dengan komunis," kata beliau. Oleh itu kata beliau, pentadbiran Najib perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan. "Kesemua lima komponen bersepadu antara satu sama lain... ini yang diabaikan, bukan lagi soal sekuriti tradisional," kata Shamsul Amri ketika ditemui selepas majlis pelancaran kajian bertemakan "Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara" dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia, Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sini hari ini. Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat. Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000. Seminggu sebelum itu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai satu badan haram manakala segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga diumumkan sebagai haram. Berkaitan dengan perhimpunan ini juga lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis. Shamsul Amri, yang terkenal sebagai penganalisis politik di lokal dan global diajukan soalan mengenai cara kerajaan khususnya pihak berkuasa polis menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu. Dalam pandangannya, Shamsul Amri, ahli akademi jurusan sosiologi dan pengasas Institut Kajian Etnik berkata, isu-isu yang dibawa oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang munasabah. "Isu-isu yang diketengahkan oleh Bersih 2.0 adalah isu-isu yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ini isu-isu yang berterusan, dari segi kebebasan berhimpun dan bersuara. "Ia satu perkara yang berterusan dan ia tidak akan berakhir di sini," kata beliau lagi. Malangnya kata beliau, kerajaan yang memerintah ketinggalan zaman dan sangat perlahan dalam memberikan respons kepada isu-isu yang wujud. "Mereka sudah begitu biasa dengan respons ketika zaman Perang Dingin," kata beliau. Katanya, jika anda meneliti manual latihan sama ada polis ataupun tentera, ia sama seperti yang digunakan ketika era darurat. Dalam komennya beliau juga mempersoalkan pendirian pasukan keselamatan menangani perhimpunan aman. "Apabila publik mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ini, mengenai isu Palestin, adakah polis datang? Tidak. Jadi, mengapa mereka datang sekarang (Sabtu lalu)?" kata beliau. Mengenai tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan semalam, kata beliau, mereka bertindak cepat kali ini. "Beliau (Najib) akan lebih banyak melakukan perkara ini," katanya lagi. Ketika ditanya mengenai kelahiran ikon-ikon baru ekoran perhimpunan Bersih 2.0 seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Shamsul Amri berkata: "Ikon adalah ikon." "Mereka tidak memberi kesan ke atas perubahan kecuali mereka bertanding dalam pilihan raya dan menang... Datuk Ambiga tanding di Kuala Lumpur," katanya. "Pada akhirnya, ia berkenaan dengan menterjemahkan dalam bentuk undi," kata beliau menjawab soalan sama ada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberi kesan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 kelak sebagaimana disaksikan pada 2007/2008. Pilihan raya umum ke-12 2008 diadakan beberapa bulan selepas Bersih 2007. Sehubungan itu Shamsul Amri juga berkata, trend pengundian negara ini akan dipengaruhi oleh corak kempen dalam tempoh berkempen. Beliau juga mengakui bahawa mesej yang diperoleh daripada perhimpunan Bersih 2.0 ialah kesedaran publik bahawa mereka berkuasa dalam menentukan arah aliran pembaharuan dalam kerajaan. "Bagi mereka, saya boleh mengundi untuk memilih siapa saya mahukan. Sekarang saya boleh mengatakan apa saya mahukan?" katanya. "Persoalan di sini ialah sama ada terdapat ruang publik untuk saya melakukan yang ini," katanya lagi sambil menambah, "jawapanya ialah ya dan tidak." "Mereka boleh melakukan, tetapi bukan di jalan raya, tetapi di kawasan lain," jelas beliau yang turut meramalkan bahawa akan ada lebih banyak perhimpunan dan perarakan seperti yang disaksikan Sabtu lalu. "Ini bukan yang terakhir. Ini bukan tentang soal bangkangan. Orang ramai sudah mula berani, tetapi juga rasional dan munasabah," kata beliau. Dipetik dari The Malaysia Insider |
A compilation of 25 videos on the BERSIH rally of 9th July 2011 Posted: 11 Jul 2011 07:05 AM PDT 1. BERSIH VIDEO: Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011 2. BERSIH VIDEO: Firing on the Rakyat 3. BERSIH VIDEO: Tear Gas Fired Into Tung Shin Hospital 4. BERSIH VIDEO: Walking With People 5. BERSIH VIDEO: The battle for Jalan Pudu (Parts 1 & 2) 6. BERSIH 2.0 overcomes the police state 7. Bersih 2.0 Video : The Truth 8. VIDEO: Bersih 2.0 worldwide 9. VIDEO: Bersih London 2011 Rally Parts 1 - 7 10. VIDEO: Malaysian police action brutal says opposition leader 11. VIDEO: Protesters, police clash in Malaysia 12. VIDEO: Bersih 2.0 London 13. VIDEO: Bersih Sydney - You Little Brown Eyes You at Sydney Town Hall, July 9 2011 14. VIDEO: Bersih 2.0 Pro-democracy Rally at KLCC 15. VIDEO: Bersih 2.0 2011 16. VIDEO: Bersih 2.0 17. VIDEO: Bersih 2.0 : Supporters gather in numbers 18. VIDEO: Bersih 2.0 : Tear gas and water cannons fired 19. VIDEO: BERSIH 2.0 rally in hongkong 20. VIDEO: Bersih 2.0 Singapore. Speakers corner. 09 JULY 2011 21. VIDEO: Perhimpunan Bersih 2.0 Melbourne 22. VIDEO: Man of the Match Bersih 2.0 23. VIDEO: Bersih 2.0 Today July 9 2011 Malaysia Kuala Lumpur KL Rallies 24. VIDEO: Bersih 2.0. Sabtu 9 July 2011 25. VIDEO: Bersih 2.0 / 9 - july - 2011 ( Al-jazeera ) Dipetik dari Malaysia Today |
Ambiga Tidak Dengar Pun Pekikan Ibrahim Posted: 11 Jul 2011 06:37 AM PDT SAYA bersetuju benar dengan bedalan sektariat Suaram Fadiah Nadwa Fikri yang menyifatkan Inchik Ibrahim Ali sebagai orang yang ketinggalan zaman ekoran ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas itu mahukan kerakyatan Ambiga dilucutkan. Katanya saranan Ibrahim itu sebagai mengarut. Alasan Inchik Ibrahim kerana Ambiga melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Mungkin orang akan terkising-kising sendiri apabila mendengar kata-kata Inchik Ibrhaim itu, bila masa Ambiga menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Inchik Ibrahim membuat kesimpulan apabila Ambiga terus mengajak rakyat berhimpun di perkarangan stadium Merdeka itu sebagai menderhaka. Sebenarnya Incik Ibrahim perlu menilik mukanya sendiri sebelum dia menyerang dan memberi saranan supaya kerakyataan Ambiga dilucutkan. Cari tempurung bulu kencing dan tilik muka sendiri. Apakah dia sengaja membengongkan diri dengan apa yang berlaku. Bukankah Ambiga telah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan himpunan itu setelah Agong mengeluarkan titah melarang himpunan itu. Hasil dari menghadap Agong itu Ambiga dan Bersih mendapat 'perkenan' dari Agong. Inchik Ibrahim tidak boleh melompat masuk ke dalam istana negara kerana itu beliau tidak tahu apakah butir-butir perbualan di antara Ambiga, A Samad Said dan Zaid Kamaruddin pada hari itu. Inchik Ibrahim berada jauh entah di mana saat pertemuan itu diadakan. Jadi kalau Inchik Ibrahim hanya berada diluar sahaja usahlah mentafsirkan apa yang berlaku di dalam istana. Katanya beliau cuba juga memohon untuk menghadap tetapi tidak mendapat perkenankan, bukan saja Agong tetapi penjaga pintu istana siang-siang lagi sudah menghalangnya. Oleh kerana itu kalau kita tidak tahu butir bicara janganlah berlagak menjadi serba tahu. Dunia hari ini bukan dunia tanpa pintu seperti dulu lagi, tetapi dunia hari ini sudah tidak berpintu. Begitu juga kalau kita penakut dan pengecut usahlah berlagak jadi berani dan jaguh. Kenapa Inchik Ibrahim tidak kelihatan bersiar-siar di mana-mana lokasi semasa himpunan Bersih Sabtu lalu seperti mana yang diura-urakan? Seperkara lagi Incik Ibrahim selalu memberi contoh tentang apa yang berlaku di Thailand. Katanya kalaulah apa yang dilakukan oleh Ambiga itu berlaku di Thailand sudah lama Ambiga kena halau dari luar negeri dan dilucutkan kerakytan. Saya masih teringat ayat itulah yang Ibrahim katakan kepada saya sewaktu saya menulis buku mengkritik Sultan Kelantan tahun 1996. Katanya, "mu ni kalau di alik Siam lama dah kena pacung atau dibuh dalam guni campak ke laut." Dalam buku itu saya kritik Sultan Ismail Petra pada masa itu kerana baginda campur tangan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Gara-gara buku itu saya disiasat polis di bawah Akta Hasutan. Tetapi Alhamdulilah saya bukan saja dibungkus dalam guni tetapi setelah disiasat tidak ada pun pendakwaan. Nasib baik Sultan Kelantan tidak dengar idea Inchik Ibrahim itu, kalau tidak saya dipancung oleh banginda. Bagi Ibrahim ayat atau penggunaan frasa itu kepada Ambiga adalah mainan mulut gatalnya. Dia tidak pun tahu undang-udang dan adat istiadat raja, tetapi suka dan mudah mengatakan orang lain menderhaka dan melanggar titah sultan. Hakikat yang berlaku dalam konteks Kelantan bukan saja dihukum raja, tetapi darjah kebesaran beliau yang membawa gelaran Datuk ditarik balik. Jadi siapa sebenarnya yang menderhaka, yang menjadi penyucuk dan batu api di dalam negara ini. Saya, Ambiga atau Inchik Ibrahim Ali? Kepada Ambiga usahlah peduli dengan apa yang dilontorkan oleh Ibrahim Ali. Hari ini semua lapisan rakyat negara ini yang cintakan keadilan dan kebersihan menyokong tindakan anda bersama rakan-rakan dalam Bersih. Sabtu lalu tebukti apabila lebih 50,000 yang datang segenap jerung negeri berhimpun dan berarak secara aman. Puak Inchik Ibrahim yang diwar-warkan mempunyai ratusan ribu hanya berhimpun 32 orang sahaja nun jauh di pinggir Kuala Lumpur di sebuah gerai di Titiwangsa. Kononya 50 buah yang membawa ahli pertubuhan disekat polis itu adalah wayang kulit tanpa belulang saja. [wm.kl.7:50 pm 11/07/11] Dipetik dari mso |
Lim Guan Eng Macam Anjing Salak Bukit La.. Posted: 11 Jul 2011 05:37 AM PDT Guan Eng mahu Ibrahim Ali, Ali Rustam hina Ambiga dihukum KUALA LUMPUR, 11 Julai – Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tindakan tegas ke atas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dan perkauman ke atas ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga. "Selain itu, kami juga menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menunjukkan komitmen terhadap slogan 1 Malaysia dengan menuntut agar Ali Rustam digugurkan sebagai Ketua Menteri Melaka. "Kenyataan-kenyataan oleh Ali Rustam ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak berpatutan dengan jawatannya," kata Setiausaha Agung DAP ini dalam satu kenyataan. Lim yang juga Ketua Menteri Melaka berkata jika Hishammuddin dan Najib gagal untuk mengambil tindakan, ini bermakna mereka dan ahli-ahli Umno yang lain juga bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut. "Diam tanpa setuju," katanya. Dalam kes ini, kata beliau, bukan Umno sahaja tidak bertanggungjawab tetapi semua parti komponen BN lain yang berdiam diri juga tidak bertanggungjawab. "Jika mereka tidak menyebut perkataan bantahan dan menuntut agar tindakan terhadap kenyataan berbau kebencian ini diambil terhadap rakyat Malaysia, ini bermakna mereka juga tidak relevan dan berkesan," katanya. Lim menambah, semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sudah bosan dengan penipuan dan perkauman yang tiada kesudahan oleh Umno dan konco-konconya. "Kami menuntut agar tindakan diambil terhadap kenyataan berbau zalim, yang bukan sahaja menghina peribadi Datuk Ambiga tetapi juga satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia secara am dan masyarakat India khususnya," katanya lagi. Lim memberitahu rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan yang tidak bertamadun oleh Ibrahim dan Ali yang mahu taraf warganegara Ambiga dibatalkan. "Kenyataan Ali Rustam yang berbunyi 'adalah lebih baik kehilangan seorang daripada kehilangan banyak nyawa' merupakan ancaman berselindung secara halus dan benar-benar tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Menteri yang dipilih," katanya. "Kenyataan biadap sedemikian masih belum disiasat dan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak berpelembagaan dengan bersifat perkauman dan menghasut," katanya lagi. Dipetik dari TMI |
DUN S'gor: Kejutan kuning dari ADUN BN Posted: 11 Jul 2011 05:14 AM PDT Seorang ADUN BN menjadi 'merah padam' apabila tidak menyedari telah memakai tali leher kuning ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini, ketika penyokong kerajaan bercakap menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin. Subahan Kamal (BN-Taman Templer) cuba mencelah ketika ketua whip, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) sedang membahaskan rang undang-undang bekalan tambahan. Dalam ucapan pembukaan, Azmin memuji peserta perhimpunan tersebut, terutama rakyat Selangor, Sabtu lalu, dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyertai ribuan peserta lain di 'kota larangan' Kuala Lumpur - yang merujuk kepada perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang, termasuk Azmin sendiri. Ini menarik perhatian Subahan (kanan), tetapi sebelum sempat beliau menghabiskan ayat pertama, Azmin segera mencelah, dengan menyamakan warta tali leher ADUN BN itu dengan sokongan kepada BERSIH 2.0, yang menggunakan kuning sebagai warna pilihan. "Terima kasih, Taman Templer, kerana memakai tali leher kuning," kata Azmin, menyebabkan Subahan terhenti bercakap. Subahan yang kelihatan tergamam kedengaran berkata beliau tidak menyedari yang dia memakai tali leher belang kuning-hitam. Sejurus kemudian, Subahan sekali lagi cuba mencelah, dengan mendakwa warna tali leher itu bukan warna BERSIH tetapi warna "Harimau Malaya", atau pasukan bola sepak negara yang memakai jersey hitam kuning. Dipetik dari Malaysiakini |
Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media Posted: 11 Jul 2011 03:02 AM PDT Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka "dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas". "Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami. "Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini. Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air ke perkarangan Hospital Tung Shin Hospital, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan. "Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di perkarangan Hospital Tung Shin itu. Dipetik dari Mkini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan