Ahad, 10 Julai 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anak Perempuan Mahathir Di Perhimpunan BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 12:06 AM PDT

Video : Bersih 2.0 - 9 Julai 2011

Posted: 09 Jul 2011 11:38 PM PDT

BERSIH 2.0 - Antara 2 Darjat..

Posted: 09 Jul 2011 11:13 PM PDT


Perhatikan gambar bagaimana lemah lembutnya polis bertindak terhadap puak pemimpin UMNO. Sehingga kelihatan bukan polis menangkap Khairy Jamaludin (KJ) tetapi KJ yang berjaya menangkap 2 orang anggota polis. Mungkin KJ nak bawa mereka ke rumah pak mentua dia. Polis siap posing lagi dengan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya berarak 200 meter secara aman. Kah!Kah!Kah! Inilah imej pemuda UMNO yang cakap berdegar-degar tu. Demikianlah cara layanan, lakonan serta sikap polis Malaysia. KJ pulak betul-betul kelihatan seperti beruk.

Baca seterusnya disini

709 Bersih Rally

Posted: 09 Jul 2011 10:22 PM PDT

BERSIH 2.0 - Ibrahim Ali Nyorok Dalam Kain Bini..

Posted: 09 Jul 2011 09:42 PM PDT

Ke Mana Salentia Menghilang?

Semalam puas Murai terbang hampir ke seluruh sudut di perkarangan stadium Merdeka lokasi himpunan Bersih untuk mencari kalibat Salentia dan gengnya. Murai mahu tenguk seramai mana puak-puak Salentia pergi berkokok di situ untuk menghalang Bersih. Murai mahu tenguk berapa banyak darah yang tumpah dan berapa ramai dari kalangan himpunan Bersih yang bengkak kerana digodam oleh puak-puak Salentia.

Murai mahuy kira berapa Cina dan India yang dibunuh oleh puak-puak Salentia. Kerana kalau ikutkan cakap dan bual mereka, seolah mereka akan pancung seorang demi seorang, kemudian menghisap darahnya. Apa tidaknya kalau bercakap kekebuk kata orang.


Murai nak rakam peperangan di antara puak ini. Murai bawa kamera besar untuk tujuan itu. Malangnya semua sudut dan tempat yang Murai pergi usahkan kaki Salentia, kelibat batang hidup pun tak kelihatan. Ke mana dia menyerok pun tidak tahu. Habis longkong, kolong dan tempat busuk Murai buka dan belek takut-takut dia ada terselit, tak juga jumpa.

Selepas bertanya orang barulah Murai tahu bahawa yang Salentia tidak datang. Tidak berani datang. Dia menggunakan berbagai helah untuk menghalalkan rasa takutnya. Murai sudah tahu tektik ini kerana bukan baru Murai mengenalinya. Bukan saja tapak kaki, kalau terbau kentutnya Murai tahu yang ketut itu kentutnya. Kentut Salentia bukan saja busuk tetapi pahit!

Salentia hanya besar mulut sahaja jiwa lebih kecil dari jiwa semut. Cakap dia berdengar degar tahu lekat di gelegar. Kenapa tidak dia hanya berani dengan mengupah orang saja, Berani dengan senjata duit.

Baru ni dia bakar gambar Ambiga di depan tangganya di Pasir Mas, berani di laman rumah sendiri, Tetapi kecut perut dan tidak berani kalau di luar rumah, Mungkin dia tidak pergi semalam dia takut Ambiga jolok matanya dengan lidi.

Katanya dia dan kumpulannya buat himpunan jauh di stadium Merdeka, di Taman Tasik Titiwangsa. Barangkali kalau himpun disitu senang, bila polis serang mudah untuk terjun ke dalam tasik dan menyelam. Al maklumlah dia bijak bak melompat dan tenggelam sambil minum air ini.

Khabarnya dalam himpunan puak Salentia di Taman Tasik Titiwangsa itu mengalahkan himpunan Bersih yang mencecah puluhan ribut. Menurut maklumat yang Murai terima katanya lebih 23 orang yang berhimpun di taman itu. Bolehlah baca Utusan tentu angka yang ditulisnya mencecahkan ratusan ribu. Riuh rendah bunyinya dengan berbagai irama nyanyian selepas hujan.

Malangnya Salentia tidak juga kelihatan di situ. Dia sendiri tidak hadir dan diserahkan kepada anak buahnya saja. Ke mana dia menghilang tidak diketahui... cuma apa yang Murai dapat agakkan mungkin dia melompat masuk ke dalam tempang budu di bawah dapur rumahnya. Melarikan diri kerana takut apabula mendengare bumi Kuala Lumpur sudah digegarkan oleh Bersih.

Apakah haiwan ini sudah keluar dari pesembunyiannya? Sama-samalah tunggu Murai rasa hari ini dia akan mengulas dan memberi komen, seperti biasalah...bila berhenti hujan dia akan mula berkokok dan akan merayap semula ke bumi Allah ini untuk mencari ungas, lipas, lipan dan kalkatu untuk dibahamnya. Salentia biasanya akan berkokok bila lapar.

Murai: Hairan kerana masih ada lagi orang yang mengikutnya dari belakang.

Dipetik Dari Mohd Sayuti Omar

71 Ribu Pengundi Baru Di Selangor.. GILA BABI KE APA SPR NIE..??

Posted: 09 Jul 2011 08:59 PM PDT

Dilaporkan jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang. Pertambahan jumlah pengundi itu melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.

PAS Selangor telah mengemukakan bantahan terhadap peningkatan pengundi yang terlalu ketara itu kepada SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, namun sehingga kini SPR masih belum diberikan tindakan sewajarnya.

Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia dan merupakan tulang belakang perkembangan ekonomi negara. Dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan Umno-BN Selangor tidak keruan sehingga terpaksa melantik presiden Umno-BN pusat, Datuk Seri Najib untuk mengetuai Umno-BN Selangor.


Dikhabarkan sebelum ini, Najib bertindak 'membakar' semangat pemimpin dan ahli Umno-BN Selangor agar berusaha sedaya upaya untuk merampas kembali Selangor daripada PR.

Najib menyebut, Umno-BN perlu guna segala jenis 'senjata' termasuk guna pengundi luar (rakyat asing) sebagai pemilih untuk rampas negeri Pakatan Rakyat dan kekalkan kuasa sedia ada. Baca di sini.

Tak mustahil, tindakan yang sama turut dilakukan Umno-BN untuk merampas Selangor seperti yang dilakukan Umno di Terengganu dalam usaha merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.

Selagi SPR membisu, semakin bertambah keyakinan yang badan pengurus pilihanraya itu berusaha memberi kemenangan mudah kepada Umno-BN dalam pilihanraya akan datang. SPR dilihat terlampau menyebelahi Umno-BN dalam usaha parti pemerintah itu kekal berkuasa.

Itu adalah salah satu dari apa yang ketua regim Umno katakan sebelum ini bahawa Umno akan melakukan apa sahaja demi menawan kembali Selangor.

Bukan Umno kalau tidak menipu dan bukan SPR kalau tidak bersekongkol dengan Umno demi kelangsungan kuasa umno bn.

Dipetik dari sini

Perjalanan Terakhir Seorang Pejuang..

Posted: 09 Jul 2011 08:35 PM PDT

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)

(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)

(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)

Ribuan Hadir Beri Penghormatan Buat Allahyarham Baharudin Ahmad!!

Posted: 09 Jul 2011 07:59 PM PDT

Menziarahi jenazah Baharuddin Ahmad di Au3 Keramat bersama saudara Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah, Dato' Ambiga, dan pemimpin lain

Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang sudah tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.


Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi.

Harakahdaily.

PAS mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih

Posted: 09 Jul 2011 07:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai — PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai "ganas" sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar) berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam.


Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.

Jenazah Baharuddin akan dikebumikan selepas Zohor.

"Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas.

"Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia," kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk pemimpin Pakatan Rakyat semalam.

Menurut pemimpin Bersih 2.0 perhimpunan semalam itu dianggap "satu kejayaan besar" dengan 50,000 peserta hadir memberikan sokongan walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara.

Husam juga berkata, penahanan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan polis mempunyai "agenda politik."

"Kita dukacita dengan penahanan Presiden PAS dan seolah-olah polis mempunyai agenda politik, malah kenyataan ketua polis negara juga mirip agenda politik," katanya.

Sementara itu, Hadi dalam kenyataannya selepas dibebaskan berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 "kebangkitan lebih besar" akan berlaku.

"Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar.

"Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan," katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain Hadi, pemimpin PAS yang turut sama ditahan ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Kesemuanya telah dilepaskan malam tadi.

Dipetik dari Malaysia Insider

BERSIH Atau Hishamuddin Yang Tak Hormat Titah Agong?

Posted: 09 Jul 2011 07:15 PM PDT

Hisham: BERSIH 2.0 tak hormat titah Agong

Penganjur perhimpunan haram di ibu negara hari ini ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau kesal dengan tindak-tanduk kumpulan itu namun bersyukur dengan langkah yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengelak berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah serta kehilangan nyawa.

"Pihak polis juga telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik walau dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi," katanya dalam satu kenyataan.


Hishammuddin berkata kumpulan itu sehingga di saat akhir, jelas tidak mengambil inisiatif untuk berhimpun secara aman di salah sebuah lokasi yang tetap, walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan mereka boleh berbuat demikian di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Nasihat serta pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak dipatuhi dan ditolak bulat-bulat oleh mereka, katanya.

Beliau berkata tindak-tanduk mereka yang terlibat dalam perhimpunan hari ini jelas mempunyai niat menghuru-harakan negara, selain berharap ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

Hishammuddin berkata kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran dalam insiden hari ini, manakala penganjur perhimpunan hilang peranan serta gagal mengawal keadaan.

"Bukan lagi soal SPR yang timbul, tapi sebaliknya penglibatan pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda yang jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

"Mereka terus-menerus melaungkan 'Reformasi' dan mencetuskan kacau ganggu," katanya sambil menambah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang dicetuskan.

Beliau berkata pembangkang ternyata bertujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan dengan satu matlamat, iaitu agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

"Pembangkang mahu agar Malaysia dilihat sebagai tidak stabil, dan ini akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik," katanya.

Hishammuddin berkata polis melaksanakan tugas di bawah lunas undang-undang dan beliau berpuas hati dengan tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan serta undang-undang.

"Kerajaan mempunyai sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk menegakkan undang-undang negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mempertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, prinsip ketertinggian perlembagaan serta kedaulatan undang-undang melalui penggunaan segala peruntukan undang-undang sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat.

Hishammuddin juga bersyukur kerana pihak berkuasa melakukan siasatan rapi dan berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya pada perhimpunan semalam.

"Kebimbangan saya bahawa kemungkinan ada pihak ketiga, termasuk pertubuhan antarabangsa asing, akhirnya tidak kelihatan dan tidak berpeluang untuk mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku disebabkan ketegasan pihak PDRM," katanya.

Dipetik dari Mkini

BERSIH 2.0: Suka Duka 7 ("Kemesraan" Pasukan beruniform)

Posted: 09 Jul 2011 07:04 PM PDT





































Sumber pelbagai. Kredit: SS

Dipetik dari batu8bendangsiamonline

Bersih rally lost direction, says Hishammuddin

Posted: 09 Jul 2011 06:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 9 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein thanked the police tonight for keeping the Bersih 2.0 rally under control and claimed the group's electoral reform agenda has been outshined by Pakatan Rakyat's (PR) political propaganda.

In a statement, the home minister said this afternoon's events clearly showed that the group's criticisms against the Election Commission (EC) had failed to emerge as the primary purpose of today's rally.

"The question of the EC no longer arises. Instead, it is the involvement of opposition party leaders that became more pronounced than the agenda they claimed to have before this.


"They (protestors) shouted 'Reformasi' and wreaked havoc. This gathering clearly lost its direction and its organisers must be held responsible for the events that occurred," he said.

Hishammuddin also said the group had defied the Yang di-Pertuan Agong's advice by insisting on staging its rally in Stadium Merdeka, pointing out that the government had already agreed that the event could be held in any stadium outside the capital.

"To the very end, this group clearly did not take the initiative to assemble peacefully at a specific location although the government repeatedly gave its assurance they could meet anywhere, any stadium outside of Kuala Lumpur," he said.

The Umno vice-president claimed that opposition leaders today were "hoping" to be arrested by the police in order to cast the authorities in a bad light.

"The opposition only wants Malaysia to be seen as unstable and at the end, this will only bring negative effects to our economy and topple a democratically-elected government," he said.

Of the thousands that turned up at today's rally, a total of 1,401 were arrested, including prominent leaders like Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenevasan and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hishammuddin thanked the thousands of riot police deployed across the city centre today, saying they had acted within their jurisdiction when they clamped down hard on protestors.

He expressed relief that none of the untoward incidences he had feared had occurred, and credited the police for this, saying they were "brave, fair and prudent".

Dipetik dari Malaysia Today

Malaysia cracks down on protesters

Posted: 09 Jul 2011 06:35 PM PDT

Mahaguru 'Kerusi Roda' Cabar Anwar

Posted: 09 Jul 2011 06:00 PM PDT

La Rupanya Mahaguru Silat Ada. Baru Dengar Suara Hari Ni

Mahu tahu motif diteruskan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri
Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam, untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.


"Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan?

"Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa rundingan boleh diadakan, apatah lagi beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Dia bukannya pemimpin jalanan sehingga perlu meneruskan perhimpunan itu. Mengapa perlu menimbulkan huru-hara dan pernahkah dia terfikir apa yang akan berlaku sekiranya tercetus pergaduhan dengan bangsa lain disebabkan perhimpunan itu," katanya semalam.

Omardin yang juga Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut berada di Bukit Bintang semalam menyertai Himpunan PATRIOT yang disifatkannya sebagai benteng pertahanan kerajaan bagi menghadapi pihak pembangkang yang berhasrat menimbulkan kekacauan.

Dipetik dari Kerabu Bersuara

BERSIH 2.0 - Pejuang Gagah Berani 'PONDAN' Lari Lintang Pukang Dihambat FRU

Posted: 09 Jul 2011 05:43 PM PDT







Kah..kah..kah.. lari lintang pukang diorang ye.Maklumlah bukannya pernah ada pengalaman camni.Apa yang lebih memalukan,habis bendera jalur gemilang mereka buang.Nasib baiklah abang Polis tolong angkat.

Bendera negara tak penting apa apa pun selamatkan diri dulu !!! muahahaha...Patriot konon baru dah kena gas sikit bendera lambang kedaulatan negara berterabur atas jalanraya.Cakap je berdegar2 ekor bergelumang taik uwekkk!!!

Identiti langsung takde,laungan mereka pun tiru Pakatan Rakyat punya khakkk ptuihhhh....memalukan..

Dipetik dari btmmari

BERSIH 2.0 - Mangsa Kezaliman Polis

Posted: 09 Jul 2011 05:10 PM PDT

Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi

Posted: 09 Jul 2011 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.

Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.


Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Dipetik dari Harakahdaily

BERSIH 2.0 - Video

Posted: 09 Jul 2011 08:01 AM PDT





Anwar Bohong.. Dia Sedap Tidur Di Rumah Masa Himpunan BERSIH..

Posted: 09 Jul 2011 06:50 AM PDT

IGP: Tak benar Anwar cedera


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Sumber Malaysiakini

Kronologi Saya Di Himpunan Bersih

Posted: 09 Jul 2011 06:37 AM PDT

Alhamdulilah saya baru selamat sampai ke rumah. Tiada apa-apa kecederaan cuma asap gas pemedih mata masih berbau di tubuh. Semalam saya keluar jam 3:00 petang untuk mencari tempat strategi untuk melaporkan himpunan Bersih dan sekali untuk sama-sama bergerak dan berarak bersama rakyat. Pagi tadi jam 7:00 pagi saya sudah turun dari hotel dan meninjau setiap jalan raya khsusnya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sejak tengam malam tadi jalan Tuanku Abdul Rahman sama seperti menuju ke lokaso himpunan ditutup kepada semua lalu lintas. Perismpangan Sogo dan Pertama Kompleks berhimpun si gagak hitam berkuku besir (polis) sekitar 500.

Jam 10:00 pagi keadaan masih tenang. Di Sogo kerana kawalan ketat ia lumpuh sama sekali. Saya sendiri juga sempat ditanya dan diperiksa oleh polis. Pergerakan bermula di Brickfiles. Jam 10:00 pagi sudah ada laporan peserta perarakan di sana telah diberkas polis. Dari Bricfield inilah kemudian himpunan bergerak ke Pasar Seni


Pasar Seni menjadi lokasi himpunan para pemimpin, sebab itu ramai yang kena tangkap di sini. Antara yang terawal ditangkap ialah Sallahuddin Ayub dan ahli Parlimen Kuantan, Fauzian Salleh yang datang bersama anaknya.

Begitu juga di kampung Baru. Kebanyakan yang berhimpun di situ ialah perserta dari Kelantan yang menginap di hotel di CVhow Kit dan juga Kampung Baru. Sekitar jam 11:00 pagi sudah ada beberapa orang yang membawa baju Bersih telah ditangkap. Saya sempat melihat seorang berjubah dan berserban putih di bawah atas land rover polis melalui Pertama Komplkes. Saya percaya dia ditangkap di kampung Baru. Semasa land rover itu berhenti di tarfik ligt saya terdengar yang ustaz berkenaan memprotes dan mengatakan sesuatu kepada si gagak hitam berkuku besi.

Jam 11:00 pagi saya masih berlegar di Sogo di samping mendapat maklumat dari beberapa lokasi lain. Sementara mahu bergerak sempat membeli kasut keran tidak selesa pakai sendal.

Menjelang pukul 12:00 sdr Rushdan Mustafa yang sudah di perkarangan stadium memberi maklumat perserta sudah cuba memasuki Stadium Merdeka. Menurutnya orang ramai sudah pun dapat menebusi jalan yang ditutup ke Stadium.

Disebabkan sekitar Sogo keadaan tidak begitu menceritakan. Ia lumpuh... kerana itu saya bersama Dr Wan Suhaimi, ahli Parlimen Ketereh Abdul Aziz Kadir dan beberapa yang lain mula bergerak menuju ke lokasi panas. Destinasinya majsid Jamek.

Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantai telefon bimbing masing-masing.

Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih... dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka.

Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kehilangan. Rupa ianya diuselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad.

Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan.

Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertemperian dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000.

Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan.

Himpunan bercempiran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-bantuk dan ada yang termuntah kuning.

Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostaran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topik beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat mempin para himpunan menuju ke stadium Merdeka.

Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagah hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan.

Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagah hitam bersiap sedia. Mereka membidik senampang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bender kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Saya 'terkanjar' ke belakang di menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiran lari akhirnya bersatu semula dipinggi Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Pataling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedal bedal. Golongan dawai duri juga di tarikh mengelilingi stadium.

Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamik tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu.

Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya perserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan Banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka.

Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Mybank. Dari persimpangan Mybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur.

Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Mybank. Jumlahnya ribuan dan suasannya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkat.

Dalam masa semasa juga beberapa helikopter membuat pusingan O dari dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membela jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka.

Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriok pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan.

Tetapi alhamdilah kumlupan itu juga dari Bersih mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hata Ramli dan yang lain-lain.

Suasah ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikana dalam suasana perang.

Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka.

Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mata ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam.

Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadilaan. Para himpinan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan.

Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang.

Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi sekuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpun. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30.

Kejadian seperrti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran.

Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka begerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium.

Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook.

Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapor tujuh keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian.

"Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawa polis.
"Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya.
Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembeleh, di bawah masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium.

Dekat pukul sewaktu saya berhinjuk-hinjuk untuk melangkah pulang, tiba-tiba adik ipar Zarir menelefon minta ke hotel Midas, katanya di situ Pak Samad Said bersama komiti Bersih siap untuk mengadakan kenyataan akhbar.

Sebelum sidang akhbar itu usai saya bersama dua rakan dan seorang budak Terengganu yang tersesat menampak untuk pulang. [wm.kl.7:00 pm 09/07/11]

Dipetik dari Sayuti Omar

(LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU!

Posted: 09 Jul 2011 06:13 AM PDT


Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasi oleh sekumpulan FRU.
dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasi sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap polis di kawasan Hentian Pudaraya.


Orang ramai yang berada disitu cuba mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.



Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.


akhirnya 'Cable tight' polis berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.


Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan


Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi


Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??

Dipetik dari DPPWP

PM bersyukur perhimpunan tidak bawa kesan serius

Posted: 09 Jul 2011 06:00 AM PDT

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara hari ini tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

"Mereka (yang tidak menyertai perhimpunan haram) merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, dan mereka juga telah terima nasihat yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dan juga kerajaan.


"Saya ingin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya dan saya berharap apa yang telah berlaku hari ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia," katanya.


Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud.

Perdana Menteri berkata kerajaan cuba mengelakkan kejadian sedemikian yang jelas menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur daripada berlaku.

"Kita tawarkan sebuah stadium untuk adakan perhimpunan itu tapi malangnya saya amat kesal mereka telah tolak tawaran itu.

"Ini jelas menunjukkan niat dan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan publisiti yang seluas-luasnya, sebab itulah mereka nak berarak juga di tengah-tengah bandar kerana mereka nak beri gambaran bahawa Malaysia tidak ada kestabilan politik dan mereka eksploit isu ini sebanyak mungkin," katanya.

Beliau berkata sekiranya apa yang dituntut adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, maka ia tidak berbeza sama sekali dengan kehendak kerajaan.

Perdana Menteri kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang inginkan pilihan raya yang adil dan bersih.

"Kita telahpun amalkan pilihan raya sedemikian rupa selama ini, di samping itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sanggup lakukan penambahbaikan atas perkara-perkara yang masih lagi dipertikaikan.

"Umpamanya kalau mereka masih syak adanya pengundi hantu maka SPR akan laksana sistem biometrik untuk pastikan tidak ada pengundi hantu sama sekali dan perkara lain boleh bincang dengan SPR dan kerajaan," katanya.

Najib berkata tunjuk perasaan dan demonstrasi secara haram ataupun demonstrasi jalanan bukan jalan terbaik untuk mencapai impian sebenar mereka.

"Kita lihat selain bebankan rakyat, slogan mereka telah bertukar kepada slogan reformasi dan bukan lagi slogan berkaitan pilihan raya. Ini adalah antara bukti jelas bahawa motif mereka adalah motif politik dan tuntutan reformasi pilihan raya adalah alasan untuk mereka adakan perhimpunan haram," jelasnya.

Dipetik dari Malaysiakini

Ketua Polis Negara Baru Keluar Hospital Dah Cakap Menipu

Posted: 09 Jul 2011 05:40 AM PDT

IGP: Hanya 6,000 sertai himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sementara Bersih 2.0 mengisytiharkan telah berjaya menarik kehadiran 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara.

Ketika bercakap pada sidang media di Bukit Aman kira-kira 6 petang tadi, Ismail berkata, anggotanya telah bertindak secara profesional dalam mengawal pergerakan peserta perhimpunan hari ini.

"Jika ada dakwaan penganiayaan, buat laporan polis," katanya.


Kata beliau, penunjuk perasaan hanya dapat berhimpun di kawasan Puduraya, Dataran Maybank dan di luar Stadium Merdeka – lokasi yang menjadi sasaran Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya adil dan bebas.

Ismail berkata setakat 6.40 petang tadi, seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

"Kesemua yang ditahan dilayan dengan baik... kami beri makanan," kata Ismail.

Ketika ditanya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa turut cedera dalam tindakan polis, Ismail berkata, "Anwar Ibrahim tidak berada di Puduraya... dia tidak ditahan."

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, mereka yang mengadakan perhimpunan sudah bersurai mulai 5 petang, namun polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan keadaan kembali tenteram seperti sedia kala.

Menjelang 6 petang, beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila peserta demonstrasi meninggalkan lokasi tersebut.

Tinjauan mendapati polis masih meneruskan sekatan jalan raya di jalan utama menuju pusat bandar raya.

Ismail memberitahu keadaan sekitar bandaraya terkawal mulai 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memantau keadaan.

Di Stadium Merdeka, beberapa trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat meninggalkan lokasi, manakala peserta perhimpunan sudahpun bergerak dari kawasan tersebut kira-kira 5 petang.

Premis perniagaan di sekitar Bintang Walk, Bukit Bintang kembali beroperasi sejak 3.30 petang manakala pelancong asing dilihat berada di kawasan yang menjadi tumpuan.

Dipetik dari The Malaysia Insider

Kereta Polis Langgar Mat Sabu Sebelum Menahan Beliau

Posted: 09 Jul 2011 05:28 AM PDT

Menyebabkan Mat Sabu tidak boleh berdiri sendiri

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.


Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

"Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

"Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan," katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

"Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang," katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Tuan Guru Haji Hadi dan Ambiga sudah dibebaskan petang tadi.

Sivarasa menambah, "hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok."

Dipetik dari abushahid.wordpress.com

Mangsa gas pemedih mata meninggal

Posted: 09 Jul 2011 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini masih berada di HKL.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

-harakahdaily

Tiada ulasan: