Blog-list Malaysia |
- Khutbah Jumaat sasar lagi perhimpunan esok, dakwa hak Islam dipertikai
- Lelaki Kemboja ditahan bawa bahan buat letupan
- Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi
- Ibrahim Ali Sudah Terberak Dalam Seluar.. Hahaha
- Bersih cabar keputusan Putrajaya, minta mahkamah batal pengharaman
- Buat Kat Jalanan Tak Boleh.. Kat Stadium Pon Tak Boleh Jugak..
- Nazri Aziz: Patriot Pemuda Umno juga haram macam Bersih
- Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka juga
- Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh
- Wati syak pemandu ambil gambar bogel
- BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok
- Ordinan Darurat: Peguambela temui 6 tahanan PSM
- Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno
- Standard Ulamak Umno..
- Stadium Shah Alam juga perlu permit, kata polis
- Khairy: Polis semarak ketegangan dengan perintah larang masuk KL
- Zul Nordin Ada Dalam Senarai Blacklist?? Hahaha
- Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini
- Polis 'berkampung' di kampus Universiti Malaya
| Khutbah Jumaat sasar lagi perhimpunan esok, dakwa hak Islam dipertikai Posted: 08 Jul 2011 01:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai — Buat minggu kedua berturut-turut, khutbah Jumaat mengecam perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di ibu negara esok, tetapi hari ini ia mendakwa pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan dengan "mempertikaikan hak Islam dan memperalatkan Muslim." Khutbah kebangsaan yang diperoleh dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, golongan itu cuba dengan pelbagai helah dan cara. "Persoalan besar timbul di sini, siapakah sebenarnya golongan yang menjadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negara ini? "Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa," katanya. Khutbah itu tidak menyenaraikan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan. Bagaimanapun sebelum laporan media menjurus kepada sebahagian kepimpinan sekretariat Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat. Khutbah hari ini yang bertemakan "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan" mendakwa mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci ke atas pemerintah. Khutbah minggu lalu pula bertemakan "Memelihara Nikmat Keamanan", di mana ia memfokus ke atas perhimpunan yang dirancang untuk diadakan oleh Bersih 2.0 di ibu negara esok. Pergerakan Pemuda Umno dan Perkasa juga merancang mengadakan perhimpunan balas esok, tetapi dibatalkan. Kata khutbah itu lagi, pelbagai pendekatan mereka lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah. Malah katanya, tidak cukup dengan itu, mereka mempengaruhi rakyat melahirkan perasaan benci dengan melaungkan slogan tertentu dengan berbagai cara. "Inilah mereka yang sebenarnya, bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketelusan, menjadikan rakyat sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-harakan negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan," katanya. Justeru kata khutbah, mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan itu sebenarnya telah mengkhianati agama Allah s.w.t, terpesong daripada ajaran Rasulullah s.a.w., melakukan dosa yang besar dan menzalimi umat Islam serta keharmonian negara. "Justeru itu, sebagai umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara, diseru agar tidak bersama dengan golongan ini, jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan tipu daya mereka. "Marilah sama-sama kita mempertahankan setiap inci tanah air kita ini dari dicerobohi oleh musuh-musuh Islam, marilah sama-sama kita berganding bahu, bersatupadu, merapatkan saf, mengeratkan perpaduan di kalangan kita agar apa jua usaha pihak musuh untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara dapat digagalkan," katanya lagi. "Mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian agar jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan musuh Islam ini, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah. "Marilah sama-sama kita menjunjung titah khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu semua pihak pertahankan," kata khutbah yang merujuk kepada titah baginda Ahad lalu. Dalam titah itu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. Dipetik dari The Malaysia Insider |
| Lelaki Kemboja ditahan bawa bahan buat letupan Posted: 08 Jul 2011 12:54 AM PDT Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa polis mengadakan 'Ops Padam Bersih' di susur masuk Plaza Tol Tapah semalam. Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah. Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid. Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Shukri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan. Barang-barang yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan, katanya. Sementara itu dalam perkembangan lain, Shukri berkata polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat sepuluh lelaki berkumpul dan memakai baju kuning di kawasan perkuburan Cina, Kampung Sitiawan, Manjung, 120km dari sini malam tadi. Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian mendapati kesemua mereka telah menghilangkan diri. Siasatan di hadapan pintu masuk perkuburan Cina itu menemui 21 botol air mineral bersaiz 500ml yang diisi minyak petrol dan sumbu pelita, satu plastik hitam mengandungi 12 beg plastik kecil berisi butiran kecil warna hijau dipercayai baja, empat bateri jenama Sony saiz AA dan lapan helai T-shirt putih dengan perkataan 'kotor'. Sebuah pejabat Pusat Khidmat Aduan Pangkor bersebelahan dengan Pejabat Umno di Lumut juga telah disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali pagi ini. Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama |
| Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi Posted: 08 Jul 2011 12:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok. "Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan. "Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad'u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. "Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir. Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS. Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita. Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu. "Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya. Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti. Dipetik dari Harakahdaily |
| Ibrahim Ali Sudah Terberak Dalam Seluar.. Hahaha Posted: 08 Jul 2011 12:06 AM PDT PERKASA batal perhimpunan esok PERKASA telah membatalkan rancangannya untuk berhimpun esok kerana gagal mendapatkan permit polis, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Katanya, ia ekoran kegagalan PERKASA untuk mendapatkan kebenaran dari beberapa pihak pengurusan stadium yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan PERKASA. Berikutannya, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang telah mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Taman Tasik Titiwangsa. "Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis," katanya. Ditanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian. Pagi tadi, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata permohonan PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak. Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka. |
| Bersih cabar keputusan Putrajaya, minta mahkamah batal pengharaman Posted: 08 Jul 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sekretariat Bersih 2.0 hari ini memfailkan permohonan mencabar keputusan Putrajaya mengisytiharkan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai haram, yang dikuatkuasakan sejak 1 Julai lalu. Permohonan difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam tuntutan itu, yang dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, plaintif meminta kebenaran untuk memohon semakan kehakiman bagi lapan relif. Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga. Permohonan dibuat oleh Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga (gambar) dan 13 ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu. Mereka ialah Dr Ahmad Farouk Musa, S. Arul Prakkash, K. Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, S. Subramaniam, Datuk Dr Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin. Relif-relif yang dipohon termasuklah: • Perintah certiorari untuk memasukkan perintah bertarikh 1 Julai, yang dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 oleh responden pertama iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkan pergerakan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang ke Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan serta-merta • Satu deklarasi bahawa perintah tersebut adalah tidak sah dan terbatal dan tidak berkesan • Perintah larangan terhadap responden-respoden pertama dan kedua dan setiap satu daripada mereka yang melarang responden-responden pertama dan kedua tersebut dan setiap satu daripada mereka dan melalui pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen masing-masing dan semua individu yang bertindak di bawah kuasa dan arahan masing-masing daripada memasuki semua atau mana-mana premis, menggeledah dan menyita serta menahan semua atau mana-mana harta atau barang pemohon • Perintah mandamus terhadap responden-responden pertama dan/atau kedua untuk memaksa responden pertama dan atau kedua, dan setiap satu daripada mereka untuk membebaskan atau memulangkan kepada pemohon-pemohon kesemua kemeja-T, plakad, akhbar, buku, pekeliling, representasi bergambar, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, akaun, cogan, senarai ahli, mohor, lambang, jata atau apa-apa lagi dokumen atau penulisan atau objek sekali pun yang mengandungi logo dan perkataan Bersih 2.0 kepunyaan pemohon dan setiap satu daripada mereka yang telah disita. Mengikut permohonan yang dibuat hari ini, plaintif juga meminta agar perintah pengharaman digantung sementara menunggu perbicaraan dan pelupusan permohonan untuk semakan kehakiman ini. Dipetik dari Malaysia Insider |
| Buat Kat Jalanan Tak Boleh.. Kat Stadium Pon Tak Boleh Jugak.. Posted: 07 Jul 2011 11:36 PM PDT BERSIH gagal dapat permit himpun di Stadium Merdeka Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok. Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan. "Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai," katanya. Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil. "Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya. "Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit," kata Amar Singh. Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok "BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya," tulis BERSIH. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu. Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya". "Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission". Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini. Dipetik dari Mkini |
| Nazri Aziz: Patriot Pemuda Umno juga haram macam Bersih Posted: 07 Jul 2011 11:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan "Patriot" yang digerakkan oleh Pemuda Umno juga sebuah pertubuhan haram seperti Bersih 2.0 dan sewajarnya tertakluk kepada tindakan ditahan polis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa tidak akan ada pilih kasih dalam soal itu memandangkan kedua-dua kumpulan tersebut tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. "Sudah tentu mereka (Patriot) haram. (Peruntukan) undang-undang ini mudah. Di negara ini, jika anda mahu menubuhkan sebuah pertubuhan dan diiktiraf sebagai satu pertubuhan, anda kena mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan," kata beliau ketika dihubungi. Oleh kerana Patriot bukan merupakan badan yang didaftarkan, kata beliau, ahli-ahlinya sepatutnya sudah ditahan jika mereka telah mengadakan perhimpunan atau majlis di bawah nama itu. Polis boleh menahan mereka, ya. Tiada pilih kasih. Patriot bukan (badan) didaftarkan dan tidak boleh melakukan apa-apa di bawah namanya," kata beliau. Berkuat kuasa 1 Julai lalu, kerajaan telah mengharamkan Bersih 2.0 yang merupakan gabungan dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan. Lebih 200 orang telah ditahan kerana mengadakan aktiviti atau menyertai program anjuran Bersih 2.0 di seluruh negara sejak lebih dua minggu lalu. Patriot Pemuda Umno merupakan kempen pihaknya mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0 esok. Begitu juga Perkasa yang melancarkan Gerakan Aman 9 Julai. Bersih 2.0 meskipun sudah diharamkan dan telah dilarang mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, mereka bertekad meneruskan usaha mereka esok. Dipetik dari TMI |
| Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka juga Posted: 07 Jul 2011 10:50 PM PDT Di sebalik pengharaman perhimpunan dan tidak memiliki permit polis, Pemuda Umno akan terus berarak ke Stadium Merdeka esok. Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mereka masih merayu penolakkan permohonan permit, tetapi walau apa pun terjadi, mereka tetap akan berhimpun. "Kami akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi. "Kami masih berunding dan merayu polis untuk membiarkan kami berarak ke Stadium Merdeka," katanya sambil menambah keputusan muktamad untuk berarak ke stadium itu akan diputuskan pagi esok. Dipetik dari Mkini |
| Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh Posted: 07 Jul 2011 10:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok. Katanya, adalah tidak kena perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja. "Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily. Polis Kuala Lumpur semalam mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin termasuk Mahfuz memasuki beberapa kawasan di Kuala Lumpur esok, 9 Julai. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. Kawasan larangan berkenaan termasuk sekitar kawasan The Mall, KLCC, Sogo, Maju Junction, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan juga Istana Negara. Mengulas lanjut, Mahfuz memberitahu empat anggota polis datang ke rumahnya di Kedah malam tadi untuk menyerahkan notis perintah larangan itu. Beliau bagaimanapun enggan menandatangan notis itu ekoran larangan terhadapnya untuk ke pejabatnya di Jalan Raja Laut. "Saya tak tanda tangan sebab tak logik, malah saya enggan menerima notis itu. "Mereka kemudiannya letak notis tu dalam peti surat rumah saya," katanya. Dipetik dari Harakahdaily |
| Wati syak pemandu ambil gambar bogel Posted: 07 Jul 2011 08:12 PM PDT Minta rakan periksa jika ada kamera di bilik air SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu sahabat karibnya, pemandu beliau Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai Kamal pernah mengambil gambar beliau dalam keadaan bogel. Saksi Pendakwaan ke-16, tukang jahit, Habishah Bahari, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, pengakuan itu dibuat Sosilawati dalam perbualan melalui telefon pada malam 30 Ogos. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Idham Abdul Ghani, Habishah berkata beliau menerima tiga panggilan telefon daripada Sosilawati ketika beliau sedang berbuka puasa di rumah seorang rakannya. Idham: Apa yang dimaklumkan kepada awak pada malam itu? Habishah: Beliau beritahu saya pergi ke rumah beliau, masuk dalam bilik air, periksa ada kamera tersembunyi atau tidak. Idham: Cuba bagi tahu ayat yang digunakan. Habishah: Bila beliau telefon, beliau cuma cakap, "Wei. Aku tak percaya Kamal. Dia ada ambil gambar bogel aku. Kau pergi rumah aku. Masuk bilik air. Kau tengok ada kamera tertutup tak. Idham: Adakah perkataan 'Wei' itu satu kebiasaan pada awak? Habishah: Ya. Idham: Ketika terima panggilan itu, apa reaksi awak? Habishah: Saya jadi hairan, kenapa ayat beliau cakap Kamal ambil gambar bogel. Idham: Kenapa? Habishah: Sebab selama ini, tidak ada petunjuk atau petanda yang Kamal, (yang ada hubungan) pekerja dengan majikan, boleh ambil gambar bogel beliau (Sosilawati). Beliau berkata, kira-kira jam 11 malam hari sama, beliau pergi ke rumah Sosilawati yang terletak kira-kira 10 minit daripada rumahnya, dan ketika sampai anak-anak Sosilawati serta pembantu rumahnya ada di situ. Katanya, beliau meminta anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, memeriksa bilik air untuk mencari kamera tersembunyi yang dikatakan dan tidak masuk memeriksanya seperti yang diminta mangsa. Kira-kira dua jam kemudian, Habishah meninggalkan rumah mangsa untuk pulang sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lagi anak Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari, yang memaklumkan beliau dan kakaknya ke Shah Alam, bagi memeriksa kereta pegawai bank, Noorhisham Mohamad. Sebelum itu, Habishah berkata, beliau berasa bimbang dan tidak sedap hati selepas menerima panggilan ketiga daripada wanita itu, pada malam 30 Ogos lalu. Habishah yang sudah lama mengenali Sosilawati, berkata beliau berperasaan sedemikian selepas Sosilawati menggelarkan dirinya Kak Wati dalam panggilan terakhir yang diterimanya itu, sedangkan pada kebiasaan, jika tiada apa yang berlaku, rakannya itu guna perkataan 'aku' dan 'kau'. "Saya tiba-tiba jadi risau. Saya berdebar-debar dan tidak sedap hati, sebab beliau bercakap dengan nama Kak Wati dengan nada yang lembut, " katanya. Ketika ini, Habishah menangis menyebabkan Idham yang menyoalnya dalam pemeriksaan utama, memintanya bertenang dan menarik nafas serta bertanya sama ada beliau mahu berhenti sebentar. Habishah berkata, beliau mahu berhenti sebentar dan Hakim Datuk Akhtar Tahir menghentikan seketika prosiding berkenaan bagi membolehkan saksi bertenang. Apabila prosiding bersambung semula, Habishah menerangkan kepada mahkamah mengapa beliau risau dengan panggilan yang diterimanya. "Kalau beliau dalam keadaan risau atau bermasalah, beliau akan cakap Kak Wati. Dalam keadaan biasa, beliau cakap aku kau. Bila beliau sebut begitu, saya rasa susah hati. Saya dapat rasa ada sesuatu yang menyebabkan beliau rasa susah hati, " katanya. |
| BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok Posted: 07 Jul 2011 07:33 PM PDT Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok. Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik. "Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu. BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok. "Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan. "Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil." Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan. "Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya. Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya. Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu. Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil, "Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini," kata BERSIH 2.0. Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator. "Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak," katanya. Dipetik dari Malaysiakini ![]() |
| Ordinan Darurat: Peguambela temui 6 tahanan PSM Posted: 07 Jul 2011 06:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan peguam yang mewakili enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 di Plaza Tol Sungai Dua Pulau Pinang baru-baru ini bertemu anak guam mereka hari ini. Menurut salah seorang peguam, Edmund Bon, beliau dapat menemui anak guamnya, salah seorang daripada enam yang ditahan, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di Balai Polis Jinjang dekat sini apabila membuat protes. "Seramai lima anggota polis mengerumuni saya semasa saya bertemu anak guam," kata beliau yang menemui Dr Jeyakumar bersama peguam Redzuan Yusuf dalam satu sidang akhbar di Bangsar petang tadi. "Mereka (polis) membuat rakaman video ketika saya bertemu anak guam dan ini merupakan satu pencabulan hak terhadap Dr Jeyakumar untuk mendapatkan nasihat daripada peguam," kata beliau. Edmund turut mendedahkan bahawa laporan asal menyatakan bahawa penahanan mereka berkaitan dengan perhimpunan Bersih yang dijadualkan Sabtu ini. "Selain itu saya tidak nampak mengapa anak guam perlu digari semasa berjumpa dengan peguam," katanya lagi. Edmund mendakwa pihak polis bertindak dengan niat jahat. "Anak guam kami terlibat dalam kempen "Udahlah..bersara Barisan Nasional"…. tapi bukan berkempen untuk Bersih. "Oleh itu lebih baik mereka dibebaskan sebelum kerajaan dimalukan di mahkamah," kata Edmund berasaskan kepada fakta bahawa kesemua mereka disoal berkaitan Bersih dan aktiviti mereka yang lepas. Terus berjuang Sementara itu isteri Dr Jeyakumar, R Rani yang mewakili kesemua keluarga tahanan mendakwa penahanan mereka berenam ini umpama "bidak dalam drama orang lain" kerana mereka tidak terlibat dengan Bersih. "Kita akan meneruskan perjuangan membebaskan mereka," ujar Rani. Keenam-enam mereka ditahan semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Butterworth pada 2 Julai lalu atas tuduhan terlibat dengan anasir subversif setelah dibebaskan dari tahanan reman selama tujuh hari. Selain Dr Jeyakumar, pasukan peguambela turut bertemu tahanan-tahanan yang lain. Peguam B Maha dan Azri Malik bertemu tahanan M Saraswathy di Balai Polis Kepong; D Yudistira dan Fatimah Ismail bertemu R Sarathbabu di Balai Polis Dang Wangi; K Arumugam menemui A Letchumanan di Selayang; James Kong dan Lau Hui Hui menemui Sukumaran di Jalan Travers manakala Abdul Shukor Tachil dan Low When Zern menemui Choo Chon Kai di Petaling. Meskipun kesemua tahanan tidak diberikan kemudahan menggunakan pen, mereka sempat memberikan mesej kepada keluarga dan penyokong mereka. Edmund Bon menyatakan anak guamnya Dr Jeyakumar menyatakan bahawa aktivitinya hanya dibuat dalam kerangka demokrasi. Menurut para peguam, Chon Kai mahu perhimpunan Bersih diteruskan dan mendakwa penahanannya adalah tidak sah. Saraswathy pula mahu peguam dan ahli keluarganya berjuang untuk mendapatkan hak melawat manakala Sugumaran dan Letchumanan menyatakan bahawa mereka tidak bersalah. Sarathbabu pula menyatakan bahawa penahanannya hanya menjadikan dirinya lebih cekal untuk berjuang. Beliau turut merungut bahawa kuah ayam di Bukit Aman terlalu berminyak, menurut Yudistira. Sementara itu, Edmund mengumumkan bahawa permohonan 'habeas corpus' oleh pihak keluarga bagi mereka berenam akan dilakukan pada hari Isnin depan. "Satu lagi permohonan daripada pihak kami, para peguambela akan dibuat secepat mungkin," kata Edmund. Tags: Peguam Edmund Bon, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Ordinan Darurat 1969. Dipetik dari Warta Kerajaan Rakyat |
| Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno Posted: 07 Jul 2011 06:05 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Julai — "Kebebasan" Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan. Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri "tarik tali" dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu. "Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. "Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah," kata menteri berkenaan. Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. "Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram. "Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu," katanya. Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib. "Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah)," kata menteri itu. Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya." "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok. Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. "Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda. "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda. Dipetik dari Clara Chooi / Malaysia Insider |
| Posted: 07 Jul 2011 05:38 PM PDT ![]() |
| Stadium Shah Alam juga perlu permit, kata polis Posted: 07 Jul 2011 10:27 AM PDT Polis akan membenarkan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam di sini asalkan penganjurnya mendapat kebenaran untuk berbuat demikian. Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob bagaimanapun mengesahkan tiada permit dikeluarkan setakat ini kepada penganjur berkenaan. "Kita tidak menerima sebarang permohonan mendapatkan permit daripada mereka setakat ini bagi mengadakan perhimpunan di stadium. "Tetapi jika mereka mendapat permit, barulah mereka boleh meneruskannya dengan syarat perhimpunan itu diadakan dalam suasana aman dan mengikut undang-undang," katanya dipetik Bernama Online. The Malaysia Insider |
| Khairy: Polis semarak ketegangan dengan perintah larang masuk KL Posted: 07 Jul 2011 08:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini. Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya "diharamkan dari bandar raya beliau tinggal." "Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada)," kata Ahli Parlimen Rembau ini. Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka. "Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa. "Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul," katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen. Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati "saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan 'WTF'?" Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang. Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh. Dipetik dari Malaysia Insider ![]() |
| Zul Nordin Ada Dalam Senarai Blacklist?? Hahaha Posted: 07 Jul 2011 05:36 AM PDT |
| Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini Posted: 07 Jul 2011 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini. Perkasa Datuk Ibrahim Ali Datuk Ab Rahman Abu Bakar Syed Hassan Syed Ali Irawah Fahmi Ideris Roslan Kassim Sharifuddin Abd Hamid Dr Zubir Harun Ameir Hassan Datuk Ahmad Saad Ahmad Zaini Ismail Muhammad Zaid Md Arip Abdullah Mansor Zaira Jaafar Norkhaila Jamaludin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar Datuk Megat Firdouz Megat Junid Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Megat Zulkarnaian Omardin Rizalman Mokhtar Tengku Azman Tengku Zainol Abidin Lokman Noor Adam Datuk Abdul Azeez Rahim Ungku Saleh Ungku Jamal Arman Azha Abu Hanifa Tun Faisal Ismail Aziz Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan Mohamad Sabu Hishamuddin Md Rais Khairul Anwar Ahmad Zainuddin Maria Chin Abdullah Chua Tian Chang Kamarulzaman Mohamad Dr Mohd Hatta Md Ramli Syed Shahir Syed Mohamud Syed Ibrahim Syed Noh Teresa Kok Suh Sim Badrul Hisha Shaharin Shamsul Iskandar bin Mohd Akin Arutchelvam A/L Subramaniam Wong Chin Huat Ong Boon Keong Enalini A/P Elumalai Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim Datuk Khalid Yunus Datuk Zulkifli Noordin Dr Zubir Harun Datuk Seri Abd Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim Lim Kit Siang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Nurul Izzah Anwar Kohila Yanasekaran Zaid Kamaruddin Khoo Teng Swee Fadiah Nadwa Fikri Yap Swee Seng Salahuddin Ayub Datuk Mahfuz Omar Nasrudin Hasan Mazlan Aliman Dr Syed Azman Syed Nawawi Dr Dzulkifli Ahmad Dr Mujahid Yusof Khalid Abd Samad Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Azman Shapawi Abd Rani Suhaizan Kaiat Nor Azli bin Musa Mohd Firdaus Jaafar Loke Siew Fook Lau Wen San Mohd Azmin Ali Mat Shuhaimi Shafie Satipul Bahari Amamt Wan Hassan Mohd Ramli Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin Muhammad Hilman Idham Mohd Shukri Che Ab Razab Mohd Syukri Kamaruddin Ahmad Syazwan Muhammad Hasan Choo Chon Kai Sarasvathy Muthu Soh Sook Hwa Nurul Izham Nurul Anuar Abd Rahim Osman Mohd Sibri Ismail Mohd Lukam Muda Datuk Prof Kamaruddin Kachar Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah ![]() |
| Polis 'berkampung' di kampus Universiti Malaya Posted: 07 Jul 2011 05:07 AM PDT Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya hari ini mendedahkan beberapa skuad polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkampung di kampus mereka. Menurut mereka, tindakan itu dipercayai sebagai persiapan menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu ini. "Sesiapa yang memasuki kampus akan melihat seluruh kampus penuh dengan bas polis, lori dan juga trak FRU. Seluruh UM telah menjadi seolah-olah sekolah polis dan ini adalah mengarut. "Kami tidak tolak kemungkinan anggota polis dan FRU ini adalah dari negeri lain dan dikerahkan untuk menekan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini," kata badan tertinggi pelajar universiti itu. Polis dikatakan kini menghuni di asrama kediaman kolej 1, 2 dan 7 yang dibiarkan kosong kerana cuti semester akademik hujung tahun. Seorang kakitangan UM yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu Malaysiakini bahawa anggota polis masuk semalam dan akan menginap sehingga 12 Julai ini, iaitu empat hari setelah perhimpunan itu berakhir. Universiti Malaya, adalah satu-satunya universiti awam yang terletak di ibu negara. Ia hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari Istana Negara dan juga lokasi berkumpul himpunan BERSIH yang lain. Dipetik dari Mkini ![]() |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan