Blog-list Malaysia |
- Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun
- Kekecohan Di KOMTAR.. UMNO Masih Nak Berbohong?
- Lagi Ahli Parlimen Ditangkap Polis
- Tahan MP Sg Siput guna Ordinan Darurat hina demokrasi, kata Anwar
- 4 juta ahli silat jadi 'perisai negara'
- STADIUM JIKA BN MENANG DI KELANTAN
- Tapak stesen teksi Pasir Puteh tak pernah dijual
- Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng
- Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih
- BERSIH 2.0 Hukumnya HARAM Sama Sekali..
- MP Sg Siput Dan Lima Yang Lain Ditahan Di Bawah Akta Darurat
Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun Posted: 02 Jul 2011 11:51 PM PDT Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda "Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli. Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu. Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu. Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi. Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka. Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi. klik DI SINI untuk gambar-gambar di tempat kejadian & himpunan aman hadapan Balai Polis Dungun" Dipetik dari Tranungkite |
Kekecohan Di KOMTAR.. UMNO Masih Nak Berbohong? Posted: 02 Jul 2011 09:45 PM PDT Penahanan Ezam Mohamad Nor membuktikan UMNO Pulau Pinang terlibat himpunan Haram Penahanan Senator UMNO, Ezam Mohamad Nor membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang takut untuk menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi pada 1 Julai 2011 di Komtar dan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lalulintas sepanjang 10km dan menyerang dua wartawan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang terkejut dengan pembohongan terang- terangan dan terbuka oleh Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa UMNO tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1/7/2011 di Komtar dan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10km dan menyerang dua wartawan dari akhbar Cina. Daripada cuba untuk menafikan dan menutup penglibatan UMNO, Datuk Zainal sepatutnya memohan maaf kepada rakyat di atas penglibatan UMNO ini. Rakaman video perhimpunan haram dan penahanan Senator UMNO, Ezam Mohd Nor oleh pihak polis ketika perhimpunan haram membuktikan UMNO adalah penakut untuk menafikan penglibatan mereka dan mengingatkan kepada pepatah Melayu, "baling batu sembunyi tangan". Adakah Datuk Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli UMNO dan dilantik oleh UMNO untuk menjadi Senator? Ezam telah mengecam bahawa tidak perlu menunggu pilihan raya dan mahu melakukan lebih banyak bantahan untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri lebih awal. Di mana letaknya kehormatan UMNO terhadap demokrasi dan mandat saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang sah? Apa yang lebih keji ialah media arus perdana seperti The News Straits Times (NST) terlibat dengan pembohongan UMNO dan tidak menyiarkan berita bahawa Senator UMNO, Ezam telah ditahan oleh polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. NST juga tidak menyiarkan berita 2 wartawan diserang oleh ahli UMNO atau penunjuk perasaan yang telah menghalang lalu lintas di tengah- tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan hampir 10km. UMNO Pulau Pinang dan Ketua Pemuda UMNO Negeri juga turut hadir dalam perhimpunan haram tersebut. 7 orang yang ditahan bersama- sama dengan Ezam termasuklah Ketua Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin. Ini membuktikan sekali lagi bahawa UMNO bekerjasama rapat dengan perkauman dan anti- bukan Melayu. Gerakan, MCA atau MIC mesti menerangkan mengapa mereka masih menyokong UMNO yang bekerjasama rapat dengan organisasi yang mengamalkan perkauman seperti Perkasa yang melabelkan wanita nenek moyang Cina sebagai pelacur dan nenek moyang India sebagai pengemis dan anjing. Polis Pulau Pinang mesti mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan serius menyerang dua wartawan yang sedang mengambil gambar. Kedua- dua wartawan tersebut telah membuat laporan polis dan menyediakan bukti orang yang menyerang mereka dan kenderaan masing- masing. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan hanya akan mengesahkan lagi persepsi masyarakat terhadap sikap double- standard yang pihak polis hanya akan bertindak terhadap penyokong PR tetapi tidak mengambil tindakan terhadap UMNO yang berarak dan mengganggu lalu lintas atau memukul wartawan. Dipetik dari d'perbatasan |
Lagi Ahli Parlimen Ditangkap Polis Posted: 02 Jul 2011 09:15 PM PDT Bakri MP Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'. Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai. Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah". "Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu. Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu. "Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut. Dipetik dari Mkini |
Tahan MP Sg Siput guna Ordinan Darurat hina demokrasi, kata Anwar Posted: 02 Jul 2011 07:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis menahan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat sambil menyifatkan ia satu penghinaan kepada amalan demokrasi negara. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pembangkang itu menegaskan penahanan Michael selaku wakil rakyat bertentangan dengan amalan demokrasi dan institusi berparlimen negara. Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari penahanan tanpa perbicaraan. "Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3 (1) dan Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat. "Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan satu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi Parlimen negara ini. "Beliau selaku ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil," kata Anwar. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain. Tegas Anwar (gambar), Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah dikecam dan difitnah dengan gerakan subversif. "Sedangkan sudah beberapa kali sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 ini merupakanperhimpunan aman. "Malah sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan, akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan," katanya. Justeru kata Ketua Umum PKR, Putrajaya harus melaksanakan semua tuntutan yang dikemukakan Bersih demi kebaikan rakyat dan negara. Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Oleh itu, kata Anwar, beliau menggesa Putrajaya membebaskan segera kesemua aktivis yang ditahan termasuk Michael dan lima yang lain. "Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10," katanya. Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan. Malah polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0. Dipetik dari - The Malaysia Insider |
4 juta ahli silat jadi 'perisai negara' Posted: 02 Jul 2011 06:01 PM PDT Sedia berdepan tindakan agresif BERSIH (Berita Harian) - Lebih empat juta ahli Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sedia menjadi 'perisai negara' pada perhimpunan haram anjuran BERSIH, Sabtu ini bagi berdepan tindakan agresif yang mungkin dicetuskan ahli gabungan itu. Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai sebuah gerakan yang berpaksi dan mendaulatkan perlembagaan negara, PESAKA akan sentiasa memastikan Malaysia aman dan makmur. "Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba atau berniat menghina dan menafikan lima prinsip Rukun Negara yang terkandung dalam perlembagaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. "Pada masa sama, kami makin tidak berpuas hati serta tercabar dengan kebiadapan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang sejak dulu berterusan menghina Melayu dan Islam sehingga berani merancang perhimpunan haram. "Justeru, PESAKA memberi amaran keras kepada Ambiga supaya menghentikan rancangan menganjurkan perhimpunan haram, Sabtu ini atau berdepan kemungkinan berlakunya kekacauan melampau seperti 13 Mei 1969," katanya selepas menghadiri perjumpaan dan mesyuarat bersama guru-guru silat Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Perguruan PESAKA yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju dan 211 guru silat lincah seluruh negara. Omardin pula berkata, jika Ambiga berdegil ingin meneruskan perhimpunan haram itu, PESAKA berjanji akan bertindak dan melakukan apa saja untuk memastikan kestabilan negara terpelihara. "Ambiga perlu bertanggungjawab 100 peratus atas segala implikasi atau kejadian buruk yang bakal berlaku kepada rakyat dan negara akibat perhimpunan haram itu," katanya. Sementara itu, Persatuan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membantah perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, semalam. Persatuan yang menaungi lebih 2,000 peniaga di sekitar Jalan TAR sebulat suara menolak perhimpunan itu diteruskan kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka. Pengerusinya, Che Kamarudin Ibrahim berkata, demonstrasi jalanan bukan saja melumpuhkan kerancakan ekonomi malah merugikan golongan penjaja, peniaga dan negara. Sebelum penyerahan memorandum itu, kira-kira 1,000 tandatangan peniaga dan orang awam berjaya dihimpunkan bagi menyatakan bantahan perhimpunan haram di kawasan terbabit. Satu laporan polis turut dibuat di IPD sama bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak polis jika perhimpunan itu diteruskan, Sabtu ini. Dipetik dari - MToday |
STADIUM JIKA BN MENANG DI KELANTAN Posted: 02 Jul 2011 05:10 PM PDT PERSATUAN ULTRAMAN MALAYSIA SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT NAJIB TENTANG PEMBINAAN STADIUM BARU DI KELANTAN JIKA BN MENANG PILIHANRAYA.... BANTUAN ULTRAMAN DIPERLUKAN BAGI MENJAGA STADIUM YG BAKAL DIBINA DIKELANTAN BAGI MENGELAK BERULANG KEJADIAN SERANGAN RAKSASA SEPERTI YG BERLAKU DI STADIUM SULTAN MIZAN DI TERENGGANU... SAMPAI SAAT INI STADIUM SULTAN MIZAN BELUM DIBAIKI TETAPI SUDAH BERJANJI UNTUK MEMBINA STADIUM BARU....BOLEH CAYA KE? Dipetik dari - Cuping Merah |
Tapak stesen teksi Pasir Puteh tak pernah dijual Posted: 02 Jul 2011 08:47 AM PDT Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini. Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan YAB Perdana Menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK. Kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali. PKINK pada sebarang masa tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh. Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran. Apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut. YAB Perdana Menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka. Sudah tentu Perdana Menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata. Selaku rakyat Malaysia, saya merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga YAB Perdana Menteri menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapan beliau. Saya menggesa agar Perdana Menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau. Selain itu, ia juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal. Saya yakin, jika Perdana Menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 9 julai ini. Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihanraya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan. Saya yakin Kerajaan Negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya. Mengenai kononnya majlis Perdana Menteri di Pasir Puteh dihadiri oleh puluhan ribu rakyat jelata, amat malang kerana lawatan yang penting seperti itu hanya dimeriahkan oleh kerahan paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. Buktinya, semuanya 'dipakaikan' baju merah yang dibekalkan terlebih dahulu. Tidak ada tanda kedatangan sukarela atas pilihan sendiri tetapi datang 'berjemput' siap 'beruniform'. Lebih menggelikan hati bila bangunan rasmi pejabat kerajaan persekutuan di Wisma Persekutuan telah 'ditawan' oleh Barisan Nasional dengan dipenuhi oleh bendera parti itu. Ternyata, kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan dan jika inilah sikap BN yang terus menggunakan premis, harta dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti mereka tanpa segan silu, ia perlu terus ditolak oleh rakyat yang cintakan amalan politik yang telus, bersih, amanah dan amalan politik kepartian yang melampau. Penulis adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan juga naib presiden PAS Dipetik dari - Malaysiakini |
Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng Posted: 02 Jul 2011 07:20 AM PDT TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang. "Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng. Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini. Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam. Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas) Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat. Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni. "Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi. Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya. Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau. Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan. Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau. Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus. "Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya. Dipetik dari - Harakahdaily |
Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih Posted: 02 Jul 2011 06:46 AM PDT TAMPAKNYA semua usaha telah dilakukan untuk menghalang himpunan dan perarakan Bersih. Undang-undang, amaran, ugutan, tangkapan dan gangguan semuanya sudah dilakukan. Sebuah pertubuhan NGO juga tidak mampu untuk menghalang gelombang Bersih. Pemuda Umno jauh sekali berjaya untuk menyapu warna kuning dari melata. Majlis Fatwa Kebangsaan yang selalunya muncul untuk membuat fatwa dan memberi kata putus berhubung dengan aktviti agama juga keluar sama, ikut sama digunakan untuk menghalang Bersih. Majlis itu telah mengeluarkan himpunan Bersih adalah haram. ertinya agama juga digunakan untuk cegah Bersih. Hari ini pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencadangkan supaya pengerusi Bersih Ambiga Sareenesavan dilucutkan kerakyatan. Cadangan Ali ini pada saya paling bodoh dan paling tidak logik. Sekaligus ia mencadangkan pihak UBN khususnya orang Melayu benar-benar terdesak. Begitulah sikap orang Melayu kalau sudah terdesak mereka akan jadi emosional. Melayu yang berjiwa kecil tidak bijak menggunakan akal sebaliknya akan mencari kekuatan dengan menyumpah dan memaki hamun sambil memegang perang atau tombok. Cadangan Ali itu tidak tamadun dan menafikan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Sejarah kemerdekaan dan erti demokrasi mungkin tidak pernah dihafal oleh Ali Rustam yang masih berpegang kepada perangai Tuah dan Jebat. saya tidak tahu macam mana orang Umno Melaka boleh memberi kepercayaan kepada Ali untuk jadi ketua. Sebelum itu polis juga memanggil semua tokoh atau orang utama di sebalik Bersih. Berunding dan memberi kata dua. Tetapi tidak juga membuahkan apa-apa hasil. Ugutan dan amaran polis tidak sedikitpun menggetarkan hati mereka. Kenyataan timbalan ketua polis, Abdul Khalid Bakar bahawa pintu rundingan ditutup, tidak memberi bekas. Amaran itu tidak dihirau. Pertemuan, perjumpaan dan simpang siul membicarakan Bersih dalam laman sosial terus diadakan. Ini juga menunjukkan kata-kata polis tidak menjadi keramat lagi? Malahan Ambiga dan Maria Chin menegaskan Bersih tetap juga akan diadakan. Ini bererti mereka sudah sedia menghadapi apa saja hatta ditahan di bawah Isa. Inilah perjuangan yang sejati. Bagi mereka apa saja tindakan polis adalah pegnharapan buat mereka yang sudah dapat mengira bahawa sebuah perjuangan itu harus dibayar dengan harga yang mahal. NGO Perkasa(m) yang seblum ini bukan lantang sudah diam membisu. Suara ketuanya sudah makin menjauh dan mengecil ke dalam telaga buta ataupun di hujung tanjung. Ketuannya sudah kehabisan idea dan hilang bahasa untuk belasah Ambiga dengan kata-kata jelek dan joruk. Keadaan ini membolehkan rakyat menilai siapa lebih berkualiti di antara mereka berdua. Usaha pasti akan dilakukan untuk halang Bersih. Kerajaan akan berikhtiar dengan apa saja. Mereka tidak mahu himpunan itu berlaku kerana ia akan memberi bala besar kepada UBN. Justeru mungkin ia akan sampai ke peringkat usaha terakhir menggunakan bomoh Siam. Tidak mustahil sebab orang Melayu percaya kepada tahayul termasuk mempercaya bahawa Umno saja yang boleh membela dan mempertahankan Melayu. Persatuan mempertahankan diri tradisional silat juga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kekeramatan ahli silat kononya memilik keris terbang, lembing melayang atau pun boleh menghembuskan musuh dengan angin puhhhhh... saja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka yang berfikir moden dan menggunakan ruang perlembagaan tidak sedikit pun gentar kepada keris karat orang Melayu yang membenci keris. Saya sudah kata dalam pertarungan orang Melayu hari ini dengan bukan Melayu, orang Melayu sudah kalah. Orang Melayu berjiwa kecil. Kekalahan terbaru orang Melayu ialah apabila melayangnya Tanjung Pagar kepada Singapura. Itgulah lambang dan simbil keaiban besar orang Melayu. Malangnya orang Melayu masih juga tidak sedarkan diri. Masih merasa hebat dan kuat hingga sanggup 'berbunuh' sesama sendiri. Mereka tidak sedar yang mereka sedang dihayungkan kepala orang pihak lain. Orang Melayu sudah jadi musang tenggalung yang dibuang telinga dan ditutup mata kemudian dilemparkan atas gelanggang. Berbalik kepada Melayu kuno yang hidup dengan keris dan bual besar corak pemikiran mereka sudah tidak relevan lagi. Dalam saat orang mempertahankan diri dengan human right, tetapi orang mereka masih memakai samping dan keris lagi. Ingatlah senjata kuno Melayu tidak akan diterima pakai dalam mahkamah dunia. (Baca kermbali apa yang saya catatkan sebelum ini dalam bab Melayu berjiwa kecil). Kesimpulan di hujung senja ini, pihak yang menentang Bersih sudah pun tewas. Kekuatan dan moral daripada gerakan itu kini sudah pun diperolehi oleh Bersih. Kalaupun Bersih tidak boleh dilakukan... tetapi Bersih sudah ada alasan besar, bahawa mereka gagal 'memasuki' istana kerana mereka disekat dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada. Rakyat yang sihat otak boleh membuat pertimbangan siapa yang benar dan haq di dalam soal ini. Sebab fakta dan hujah yang konkrit itu juga akhirnya akan menjadi ukuran. Dalam menangis tuntutan lapan perkara Bersih ini pihak kerajaan UBN sudah tersilap. Usaha mereka samalah cuba menandak air yang sudah melimpahi empangan. Usaha bodoh sebegini akhirnya akan melemaskan mereka di atas tanah yang datar yang sudah dilimpahi air. [wm.kl.7:30 pm 02/07/11] Dipetik dari - mso |
BERSIH 2.0 Hukumnya HARAM Sama Sekali.. Posted: 02 Jul 2011 06:25 AM PDT Hisham isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini. Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah ROS Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966. Menurut beliau, siasatan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan BERSIH 2.0 bukan pertubuhan yang didaftarkan. Kenyataan itu berkata BERSIH 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini. Selain itu, katanya BERSIH 2.0 juga telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu. Aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 juga dikatakan telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum. Dipetik dari - Malaysiakini |
MP Sg Siput Dan Lima Yang Lain Ditahan Di Bawah Akta Darurat Posted: 02 Jul 2011 05:07 AM PDT Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Darurat setelah mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Aruchelcan ketika dihubungi Tv Selangor mengesahkan hal itu sebentar tadi. " Ya beliau ditahan di bawah Akta Darurat bersama lima yang lain. " Mereka tadi dibebaskan dan mereka akan dibawa ke Bukit Aman pukul empat petang ini,"kata beliau. Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Dr Jeyakumar pada 25 Jun lalu ditahan polis bersama 31 yang lain ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang tadi. Namun mereka ditangkap semula oleh anggota polis Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan. Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini - TVS NEWS |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan