Bila Harimau Sudah Menaip... |
- Datuk Saifuddin Abdullah: Negara Dahulu, Bukan Parti
- Dr. Asri: Dari sisi terhebat akal beliau
- Malaysia perlukan PM baru
- Peserta PATRIOT ditinggal kekasih
Datuk Saifuddin Abdullah: Negara Dahulu, Bukan Parti Posted: 27 Jul 2011 11:36 AM PDT Pemimpin UMNO yang paling gua segani adalah Datuk Saifuddin Abdullah. Dia tak bodoh macam KJ dan tak bangang macam Azeez. Kalau ada 10 pemimpin UMNO seperti beliau, maka gua pasti akan naikkan panji- panji UMNO di blog ini dan TIDAK AKAN BERPOLITIK NEUTRAL LAGI. Ikut formula atuk gua, orang macam Datuk Saifuddin ni, hayat politiknya tak lama. Tak percaya, korang tunggu pasca PRU-13. Kepercayaan gua sekarang, selagi gua masih tengok kempen zaman tok Adam dalam RTM dan TV3 (tidak lupa Utusan), selagi itu gua percaya UMNO akan tewas teruk pada PRU-13. Itu gua yakin sangat-sangat! Sebab itu gua rasa tidak salah menegur pemimpin kerana pemimpin itu tidak maksum. Kaedahnya sahaja yang perlu kita fikirkan. Jika kaedah tidak beradab yang kita pilih, tidak juga ia salah kerana itu adalah hak kita bukan? Cuma, perlukah kita utamakan hak dan membawa imej buruk seorang Muslim? Gua juga selalu terlebih...maka gua juga tidak maksum. Akhir qalam, Salut buat Datuk Saifuddin kerana mengikis pandangan sinikal rakyat terhadap mentaliti pemimpin UMNO. |
Dr. Asri: Dari sisi terhebat akal beliau Posted: 27 Jul 2011 10:45 AM PDT Gua neutral walaupun dalam dompet gua ada kad keahlian satu parti yang semua orang kenal (bukan KITA). Gua pun pangkah ikut naluri gua. Salahkah gua kalau tidak bersetuju dan tidak menyokong pemimpin parti gua? Tidak. Gua bukannya dilahirkan untuk menjadi pengikut dan pak turut; gua dilahirkan untuk memimpin. Gua yakin perkara itu. Gua suka Dr. Asri sejak zaman beliau berdebat dengan Astora Jabat. Orang nak cop dia apa pun gua tak kisah. Dia tak pernah ajar gua benda tak baik. Kalau lu kata dia Wahabbi, lu kena dengar ceramah dia dulu. Setakat dengar cakap orang, lu tak layak nak hukum sesiapa. Macam ada seorang makcik di FELDA Palong 8, bercerita tentang konek Anwar Ibrahim. Bila gua tanya sumber mana dia dapat, dia kata Paklong Bidin yang cerita kat dia. Siap panggil "Nuar Belalai". Gua percaya Paklong Bidin adalah pembaca tegar blog Parpukari (gua sayang Parpukari...sebagai saudara seIslam). Gua bukan macam makcik tu bai. Lu betul gua angguk bersetuju. Kalau lu tak betul, takkan gua ontok ye tak? Gua tak betul pun gua rela dikritik. Ada pernah gua buang komen korang? Yang mencarut dan rasis tu gua pangkah la... Cerita gua dah habis..Dengar pendapat Dr. Asri pulak: |
Posted: 27 Jul 2011 10:14 AM PDT Sokongan 2/3 dari rakyat akan didapati Barisan Nasional seandainya Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sebelum PRU 13. Itu pandangan gua. Pandangan Dr. Ridhuan Tee pula begini: |
Peserta PATRIOT ditinggal kekasih Posted: 27 Jul 2011 10:03 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan