Isnin, 4 Julai 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Patriot, Bersih 2.0, Perkasa: Dua Kali Lima

Posted: 03 Jul 2011 08:04 PM PDT

Panjang lebar tarbiah dari Mahaguru 58 aku baca. kalau masih tak faham, aku boleh kategorikan diri aku sebagai bengap dan bodoh. Kesimpulan dari tarbiah beliau, ditambah dengan video yang dikepilkan bersama, perjuangan di bawah kafir, perempuan dan kaedah menegur pemerintah wajiblah menurut tatacara Islam. Noktah.

Jikalau Bersih 2.0 itu HARAM, maka perhimpunan dan perarakan anjuran PERKASA dan PATRIOT juga HARAM.  Hukum Islam, tiada siapa pun yang boleh 'dikronikan'. Salah tetap salah.

Cukup muak dengan PERKASA, cukup muak dengan style gangsterisme Pemuda UMNO dan cukup muak dengan BERSIH 2.0. Sampaikan berita pasukan bolasepak Harimau Malaya sudah tidak penting di Buletin Utama lagi.

Kalau hidup menyusahkan orang, lebih baik kalian mati dipijak masa kecil dulu.

Sesiapa sahaja yang berhimpun, melakukan provokasi dan berarak pada 9hb Julai nanti, diharap pihak polis dapat lakukan sesuatu.Sesuatu yang akan diingat sampai bila-bila.

Pihak kerajaan juga diharap usah terlalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan poyo dan mencabar rakyat. Percayalah, tidak pernah ada kemustahilan senario kejatuhan kerajaan melalui jalanraya boleh berlaku di Tanah Melayu.


Tiada ulasan: