Biaqpila |
- PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Timbalan
- BERSIH PUNCA GEMPA BUMI
- PAYAH-PAYAH SANGAT BUAT KAT SEPANYOL LA
- Roadblock Itu Perang Saraf?
- Gempaq!!! Pembekal Molotov Cocktail Akui Ingin Untung Lebih
- KL Sesak Teruk Kerana Sekatan Polis
| PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Timbalan Posted: 07 Jul 2011 03:00 PM PDT ![]() SHAH ALAM 7 JULAI : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat satu laporan polis keatas Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berikutan tindakan pihak berkuasa itu menuduh aktivis Bersih memiliki beberapa bahan dan senjata yang dirampasnya baru-baru ini. Laporan tersebut juga bertujuan bagi menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu. "Meskipun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis atas kejayaan memberkas suspek dan menemui senjata berbahaya, sebaliknya timbul banyak keraguan orang ramai tentang sejauh mana ketelusan pihak polis atas isu tersebut," katanya. "Laporan ini ditujukan kepada dua penama tersebut kerana merekalah yang bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan mereka haurs bertanggungjawab atas pendedahan ini," beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini. Baru-baru ini negara digemparkan dengan kenyataan Polis Kuala Lumpur dan Selangor yang mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur. Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu. Senjata itu ditemui disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam. Mengulas lanjut perkara terbabit, Mazlan menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka dalam melindungi rakyat secara holistik dan bukannya terus menjadi boneka kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) demi kepentingan politik mereka. Justeru, Mazlan menyifatkan agenda polis melumpuhkan gerakan rakyat seperti konspirasi terancang pada peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Memali dan Operasi Lalang hanyalah taktik lapuk yang hanya mengundang kebencian rakyat. "Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu yang kemudiannya disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang untuk membuktikan ada pihak-pihak yang ingin melakukan huru-hara dalam negara ini,"ujarnya. "Ini juga membawa maksud bahawa kononnya penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk pengisytiharaan Darurat boleh digunakan sebagai langkah pecegahan. Jika ini lah perancangannya, amat malang sekali dalam sistem demokrasi berpelembagaan," katanya lagi. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 07 Jul 2011 07:32 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 7 Julai — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Mindanao, Filipina pada pukul 11.15 pagi hari ini. Tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan untuk kawasan Sogo,Masjid Kg. Baru serta Stadium Merdeka ekoran kejadian tiga gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina awal pagi ini. "Tiada ancaman tsunami pada Sabah," demikian menurut kenyataan itu.Namun mereka menjumpai 6 helai baju T Bersih di tempat gempa bumi tersebut.Selain daripada itu turut dijumpai beberapa bilah parang serta buluh runcing.Air minuman koktail di dalam botol plastik turut dijumpai di beberapa kawasan yang merasai gegaran lemah tersebut. Menurut seorang Professor Kangkung, dengan itu Bersih dikaitkan dengan kejadian gempa tersebut.Bersih juga dikaitkan dengan komunis sejak akhir-akhir ini.Kah!kah!kah! -UTUSEKS MELOYA/TV3SUKU KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| PAYAH-PAYAH SANGAT BUAT KAT SEPANYOL LA Posted: 07 Jul 2011 03:00 AM PDT DEY MACHA!!! KAT JALANRAYA TAK BOLEH KAT STADIUM PUN TAK BOLEH PAYAH-PAYAH SANGAT KITA BUAT KAT SEPANYOL KAH! KAH! KAH! BIAWAK PUN LIDAH BERCABANG DUA SAJA INI DAH LAPAN CABANG PUNYA LIDAH KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT ![]() Polis membuat sekatan jalanraya di merata tempat bermula hari ini(semalam). Di KL khabarnya telah menyebabkan kesesakan teruk,yang ingin saya tarik perhatian ialah exercise roadblock oleh polis ini adalah sesuatu yang disengajakan dan sebahagian daripada perang saraf/psywar. Apakah objektif utama? Tujuan nombor wahid ialah untuk memberikan gambaran buruk lagi bobrok kepada BERSIH vis-a-vis PR. "Nah,lihat sahaja kesengsaraan yang kamu perlu hadapi kerana BERSIH.jika tidak ada BERSIH nescaya kamu tidak akan lalui pengalaman sebegini,jem yang teruk". Roadblock ini dan kesemua sarana perangsaraf kebelakangan ini hanya memberikan satu tujuan iaitu untuk mempalitkan BERSIH dengan warna yang hodoh-menyusahkan rakyat dsb-dan sebagai suatu yang disebut didalam ilmu perang saraf membina kesan bola salji (snowball effect) bagi mengolah persetujuan (baca:kemarahan dan kejengkelan) rakyat terhadap BERSIH dan juga PR. Makanya kita bijaksana meneliti dan membaca pergerakkan bidak-bidak catur agar dapat pula memahami dan mengarifi strategi mereka. ![]() ANTARA PENYEBAB KESESAKAN DI PAGI HARI KETIKA ORANG RAMAI NAK PI KERJA... Polis mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya Damansara-Puchong berhampiran Plaza Tol Sunway di Petaling Jaya pada Rabu. Sekatan jalan raya dilakukan menjelang perhimpunan Bersih, Sabtu ini. Foto AZHAR MAHFOF/The Star sumber fb KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Gempaq!!! Pembekal Molotov Cocktail Akui Ingin Untung Lebih Posted: 06 Jul 2011 09:00 PM PDT ![]() Seorang pembekal molotov cocktail hari ini mengaku bahawa beliau telah melanggar akta pembuat molotov cocktail 1966 pindaan 2011 kerana menggunakan botol plastik dalam pembuatan bom botol itu baru-baru ini. Beliau berkata tujuan beliau berbuat begitu ialah kerana ingin mengambil komisyen yang lebih kerana harga botol plastik lebih murah daripada botol kaca."Orang jual beli kapal selam pun boleh ambik komisyen lebih,takkan gua tak boleh",katanya selamba badak.Beliau sedar akan kebodohan yang dilakukannya itu namun akibat kenaikan harga botol kaca,tiada apa yang dapat dielakkannya daripada menggunakan botol plastik. Sementara itu Persatuan Pembuat Molotov Cocktail Sedunia yang dihubungi berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap pembekal yang bangang itu kerana telah memalukan industri tersebut.Seluruh dunia kini sedang bergelak ketawa dengan insiden bangang tahap jingga itu. Berdasarkan rekod persatuan itu,tidak ada mana-mana negara termasuk dunia ketiga yang mengamalkan pembuatan molotov cocktail menggunakan botol plastik kerana ianya akan membakar botol itu sendiri ketika dinyalakan dan botol itu juga tidak akan pecah berderai seperti botol kaca bila ianya dibaling."Kena kepala pun tak benjol",kata wakil persatuan itu..Kah!kah!kah! -UTUSEKS MELOYA KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| KL Sesak Teruk Kerana Sekatan Polis Posted: 06 Jul 2011 06:00 PM PDT ![]() Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan