Khamis, 28 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Milik Siapa Syarikat ini??

Posted: 28 Jul 2011 08:15 AM PDT

Dengan berbekalkan RESTU secara hitam putih dari Najib mereka berani menjalankan projek raksaksa yang bernilai RM300Billion.. err.. komisyen berapa agaknya?

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).


Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

"Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail kepada pemberita selepas satu pengumuman di sini Mandarin Oriental Hotel di sini petang ini.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

Pembiayaan bagi projek akan datang daripada Rochester Foundation Inc, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana pengerusinya ialah Robert Smith Sr, yang juga rakan kongsi PanelPoint.

Che Nordin berkata, syarikat itu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Vietnam dan pembeli-pembeli gas berpotensi di China berhubung projek ini, tetapi belum ada perjanjian formal ditandatangani dengan mana-mana kerajaan.

Bagaimanapun katanya, PanelPoint sudah pun mengadakan perjanjian dasar dengan Vietnam berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara dua negara pada 2005 untuk membangunkan industri gas dan minyak di negara Asia Tenggara itu.

"Perjanjian kami dengan Vietnam masih sah," kata beliau.

Che Nordin juga berkata, PanelPoint juga telah mengadakan perbincangan dengan pembekal-pembekal gas berpotensi, tetapi mahu memulakan perbincangan rasmi dengan Petronas dalam dua bulan.

PanelPoint akan mula membina saluran paip dalam enam hingga 12 bulan di Malaysia ekoran respons yang baik diperoleh daripada Putrajaya dan kerajaan negeri Johor dan Pahang, dan saluran paip ini kemudian akan menghubungkan Rusia.


The Malaysian Insider

Transformasi Ala Guan Eng.. 200 Kontraktor Bumiputera mendapat Projek..

Posted: 28 Jul 2011 04:49 AM PDT

Artikel ini ditujukan khas buat Pencacai UMNO yang sering meninggalkan komen di dalam ruangan komen blog ini..

Bila aku menyiarkan satu berita yang dipetik dari Berita Harian yang aku tukar tajuknya dari ' Jual rumah, ikat perut tiada projek' kepada Transformasi 'Ala Najib.. 28,588 kontraktor Kelas F bakal gulung tikar ' sila baca di (SINI) beliau telah meninggalkan satu komen yang tak relevan langsung dengan tajuk artikel aku itu..

Komen Pencacai itu ialah..


'tak heran lah kontraktor kelas F kat Penang gulung tikar. dah memang dijangka. mau taknya yang perintah kerajaan DAP . manalah DAP ni nak beri projek terus kat kontraktor seperti yang beri biasa dibuat . tengoklah dalam kes Teoh Beng Hock . habis semua projek dibawah DUN dia disapunya . adalah barua melayu yang beri guna lesen tu ... dapatlah 10% jer . Bayangkan lah sebutharga dengan letterhead pembekal ada dalam komputer riba TEOH HOCK , yang hanya seorang pembantu kepada wakil rakyat dari parti DAP. nasib ah kau para kontraktor kat penang dan selangor , dah rakyat sana silap pilih kerajaan .

Aku tak mahu kata pencacai itu bodoh biarpun komennya itu mempamirkan kebodohannya.. kerana tajuk berita tersebut ialah tentang 28,588 kontraktor Kelas F seluruh Negara bukannya negeri Pulau Pinang sahaja.. komen beliau mengenai Kontraktor Pulau Pinang sahaja..

Kalau di bawah Program Transformasi Ala Najib kita telah membaca 28,588 kontraktor Kelas F bakal menggulung tikar.. berikut pula adalah berita mengenai Transformasi Ala Guan Eng..

200 Kontraktor Bumiputera telah dianugerahkan kontrak mendalamkan sungai di kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh Pulau Pinang..

Mereka dianugerhkan kontrak tersebut secara rawak melalui e-tender Kerajaan negeri Pulau Pinang bukannya kerana mereka mempunyai kabel di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

Ini barulah dikatakan Transformasi.. dari tiada kepada ada.. bukannya seperti Transformasi Ala Najib tu.. dari ada kepada tiada sampai kena ikat perut untuk terus hidup..


A deluge of river deepening projects

GEORGE TOWN: Some 200 bumiputra contractors in Penang have been awarded contracts worth RM15.7mil to carry out river deepening projects in flood-prone areas in the state.

Chief Minister Lim Guan Eng said the projects were awarded randomly through e-Tender on the state government's website.

A steady increase in the river deepening projects in the state had been recorded, he told a press conference after meeting with the contractors in his office.

In 1990, 128 projects were carried out while 187 were carried out last year and as of June this year, 243 projects have been given out to contractors.

Among the contractors, Nor Ana Nayan, 46, who is Gerak Restu Enterprise manager, said her company had been awarded the tender to maintain and clean some 45 rivers in Changkat, Nibong Tebal on the mainland.

"The cost of cleaning and maintaining all the rivers is about RM10,000 for each session and we do it five times a year," she said.

Impian Sejati Enterprise manager Zainidin Saleh, 63, said that his company also received the tender to clean rivers and drains in south Seberang Prai.

Penang Malay Contractors Asso-ciation president Datuk Mohamad Fadzill Hassan lauded the state's move but he urged the Penang Government to look into the plight of the 1,200 Class F Malay contractors in the state.

On the e-Perolehan system which contractors use to apply for tenders online, Fadzill said that to be more transparent, the state should start giving out tenders and contracts through a 'drawing lot' system.

The Star Online

Anugerah Ibrahim Ali : Ada orang dengki kat saya..

Posted: 28 Jul 2011 03:38 AM PDT

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.


"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.

Anugerah itu - yang dicadang diperkenalkan untuk menghargai mahasiswa yang terbukti "bersih dan konsisten" dengan prinsip memperkasa Melayu - telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk BN dan Pakatan Rakyat.

Sekalipun Naib Canselor UiTM Prof Sahol Hamid Abu Bakar telah mengeluarkan surat meminta pencalonan untuk anugerah itu pada awal bulan lalu, beliau kemudiannya menjelaskan ia adalah satu "kaji-selidik" untuk mendapat maklumbalas dari pensyarah, kerana ia belum diluluskan lagi oleh pihak Univesiti.

Senat univeristi itu akan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan anugerah tersebut dalam mesyuaratnya esok.

Malaysiakini

Bukti Najib dalam Bahaya?

Posted: 28 Jul 2011 01:48 AM PDT

Gambar disebelah dirakamkan pada tahun 2005.. DR. MAHATHIR Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Ali diraikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak pada majlis hari jadi beliau di Kuala Lumpur.

Sebahagian berita tentang sambutan hari lahir pada tahun 2005 itu.. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menjangkau usia ?? tahun pada 10 Julai ini tetap cergas dan sihat.Ini dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali diraikan pada majlis hari jadi yang dianjurkan oleh anak-anak mereka di Hotel J.W. Marriot di Kuala Lumpur malam tadi.


Turut meraikan beliau ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Kabinet yang lain.

Itu dulu...

Dibawah pula adalah gambar dari sambutan hari lahir Tun ke 83 baru-baru ini.. dimana Najib??


Bukan Lagi Mustahil Tawan Putrajaya - Kit Siang

Posted: 28 Jul 2011 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Setelah menempuhi liku sepanjang kariernya sebagai ahli politik pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini berani menyatakan bahawa gagasan itu kini berada di kemuncaknya dan berada di Putrajaya bukan lagi satu perkara mustahil.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.


Menurut Kit Siang, himpunan rakyat pada 9 Julai lalu menunjukkan bukti jelas bahawa rakyat mahukan perubahan ditambah pula dengan kepincangan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik," kata Kit Siang.

Kit Siang merupakan seorang tokoh terkenal yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Karier beliau bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987.

Perjalanan dunia politik Kit Siang sebenarnya penuh berliku. Beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

TVS News

RM100,000.00 Duit Raya untuk MP dari BN..

Posted: 27 Jul 2011 11:39 PM PDT

Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13..

Hmm.. bila aku kata UMNO/BN menganggap wang Kerajaan itu milik mereka ada pencacai UMNO yang marah... tapi tindakan Muhyiddin ini yang hanya memberikan geran segera RM100,000 kepada setiap MP dari BN membuktikan anggapan aku itu adalah benar..


Kerana jika peruntukan yang diberikan itu hanya kepada MP dari BN, sepatutnya dana tersebut datangnya dari Barisan Nasional sendiri bukannya dari perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

Sebabnya ialah seluruh ahli Parlimen itulah yang telah membentuk Kerajaan Malaysia tak kira samada ianya dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Jika alasan pemberian RM100,000.00 itu adalah untuk pembangunan dengan melaksanakan projek-projek kecil.. ianya bohong..

RM100,000.00 itu hanya cukup untuk membangunkan perut mereka sahaj sebenarnya..

Eh?? tapi kenapa minta kepada Muhyiddin bukannya Najib? sedangkan Menteri Kewangan itu adalah Najib??


Muhyiddin janji semua MP BN RM100,000 menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.

Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.

"Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil," kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN ke The Malaysian Insider.

Pemuda UMNO berlakon lagi..

Posted: 27 Jul 2011 07:43 PM PDT

PUTRAJAYA, 28 Julai — Tiga minggu selepas Himpunan Bersih 2.0, Pemuda Umno menyeru Pakatan Rakyat agar bekerjasama mendesak pembaharuan sistem pilihan raya dengan mengatakan kedua-dua parti perikatan itu mahu melihat transformasi sistem itu.

Datuk Zaki Zahid, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Putrajaya, memberitahu malam tadi semasa dialog umum dengan pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Umno juga mahukan pembaharuan sistem pilihan raya dilakukan dengan betul tetapi menegaskan, ia bolah dibuat melalui dialog awam dan debat bukan "demonstrasi jalanan."


"Pemuda Umno juga mahukan daftar pemilih dibersihkan, kami bersetuju bahawa sistem dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dikaji, tapi kita boleh lakukan tanpa demonstrasi jalanan.

"Kita ada persamaan . . . mari bekerjasama, kita dalam satu haluan," katanya.

Sementara itu Nik Nazmi yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR membalas dengan menekankan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mewakili 62 badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai niat menjatuhkan pentadbiran Najib, cuma mahukan transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia ini berkata, Bersih 2.0 telah menemui kerajaan dan SPR "banyak kali" sebelum 9 Julai, namun tiada usaha proaktif yang diambil.

"Saya rasa itu yang menyebabkan Bersih 2.0 turun ke jalanan, untuk meneruskan tekanan agar transformasi pilihan raya dilakukan," katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan menggunakan polis untuk menahan peserta Himpunan Bersih 2.0 serta menapis laporan media arus perdana — tidak memberi Barisan Nasional (BN) imej yang baik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Sebuah kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang tidak takut kepada demokrasi.

"Saya rasa kebimbangannya di sini adalah di mana anda mempunyai dua pasukan dalam satu padang tetapi tiada persaingan yang sama dan anda meragui pengadil (ketelusan)," katanya.

Zaki bagaimanapun menegaskan Umno tidak gentar untuk bersaing dalam pilihan raya yang adil.

"Umno tidak pernah takut dengan pilihan raya dan kami boleh menerima keputusan pilihan raya dengan hati yang terbuka," katanya.

Zaki dan Nik Nazmi juga bersetuju supaya lebih banyak forum dan dialog terbuka diadakan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

BN dilihat terpaksa bersikap mempertahankan diri mengenai Himpunan Bersih 2.0 sejak seminggu lalu kerana masyarakat antarabangsa dari Singapura dan United Kingdom mengkritik cara kerajaan menangani perkara itu.

Bersih 2.0 mendakwa 50,000 rakyat telah menyertai perhimpunan pada 9 Julai walaupun dihalang polis yang hanya menganggarkan 6,000 orang yang berada di ibu negara.

Perhimpunan yang turut disokong Pakatan Rakyat itu menjadi huru-hara apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap ribuan peserta yang menyaksikan hampir 1,700 ditahan, ramai yang cedera dan satu kematian — Baharuddin Ahmad, seorang ahli PAS.

Kerajaan telah berjanji akan menyiasat tuduhan tentang keganasan polis manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga akan mengadakan satu siasatan awam bulan depan.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan: