Sabtu, 23 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Wujudnya AMANAH membuktikan Rasuah,Kronisma dan Rasis makin parah dalam UMNO

Posted: 23 Jul 2011 07:19 AM PDT

Kata Ku Li ketika melancarkan AMANAH .."Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama.. jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif.. terhadap buruk laku dan keadaan dashyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita,"

Sedikit sebanyak kata-kata beliau membuktikan memang benar rasuah, kronisme dan krisis perkauman semakin teruk dibawah pentadbiran Najib sekarang..


Tertubuhnya AMANAH yang dilancarkan oleh Ku Li itu sebenarnya membuktikan kepada kita UMNO sememangnya telah lari dari perjuangan asal dimana diawal penubuhannya dulu UMNO memang memperjuangkan nasib masyarakat Melayu tetapi kini apa yang diperjuangkan adalah nasib segelintir pemimpin yang rakus membina harta buat kaum keluarga bukannya bangsa.

Apa yang menghairankan ialah bagaimana ramai pencacai mereka masih mempercayai UMNO memperjuangkan bangsa hakikatnya hakikatnya bukan bangsa yang diperjuangkan pemimpin mereka tetapi harta..

Adakah mereka telah buta?? Buta Hati dan Buta Perut…

Baca apa yang pemimpin UMNO ini nyatakan.. apa dan mengapa AMANAH ditubuhkan..


Menunggu perubahan yang tak kunjung tiba - AMANAH terpaksa menggerak langkah

Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) semalam merupakan satu pengisytiharan bagi kita melakukan perubahan kepada susur galur perjalanan kearah mencapai masyarakat dan rakyat yang berpadu, satu-satunya perjuangan yang diusahakan oleh pimpinan kita yang terdahulu khususnya perjuangan YTM Tunku Abdul Rahman dan sahabat-sahabat pemimpin seperti Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambantahan dan yang lain-lain yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Bagi sesiapa yang mengamati matlamat AMANAH ianya merupakan perjuangan dan usaha untuk membina hanya satu matlamat iaitu perpaduan di antara semua kaum yang telah berpecah belah kerana dipecah belahkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak untuk mendapat sokongan. Jika kita telek dan kaji dengan serius sebenarnya perjuangan pemimpin kita terdahulu hanyalah satu, iaitu perpaduan kaum yang hakiki.

Jika perpaduan kaum yang hakiki itu tercapai maka mudah bagi siapa yang memimpin untuk membina negara dalam semua bidang, samada politik, ekonomi, sosial dan apa-apa yang diperlukan untuk kehidupan rakyat berbilang kaum. Semuanya ini telah hampir tercapai tetapi sejak hampir 3 dekad dahulu apabila kita dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai nilai sebagai pemimpin yang sesuai dengan keadaan negara kita, maka keadaan beransur-ansur mengalami perpecahan mengikut sentimen perkauman yang menebal.

Kemerdekaan dicapai dengan perpaduan di antara semua kaum. Jika tidak ada perpaduan kemerdekaan berkemungkinan tidak akan tercapai. Tetapi dengan ketelusan dan kejujuran bapa-kemerdekaan kita bersama rakan-rakan seperjuangan dari semua kaum kita telah berjaya membina dengan kukuh asas yang terpenting sebelum negara mengisytiharkan kemerdekaan itu.

Ini sahaja sepatutnya di sedari oleh semua pihak yang perpaduan di antara kaum itu merupakan perkara terpenting dan usaha yang pertama untuk dijayakan sebelum apa-apa perancangan boleh di laksanakan. Kita boleh menggubal apa sahaja dasar yang molek-molek, tetapi jika perpaduan di antara kaum itu tidak wujud segala dasar tidak akan mencapai kejayaan.

Walaupun dasar itu hanya untuk kepentingan pembangunan bagi hanya satu bangsa ianya tidak juga akan berjaya tanpa persetujuan dan restu kaum-kaum yang lain di negara ini. Contohnya DEB yang digubal untuk kepentingan Bumiputra bagi membolehkan kaum Bumiputra berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dahulu pun hanya di lancarkan dengan persetujuan kaum-kaum yang lain di dalam negara kita.

Itulah sebabnya BN telah mencapai kejayaan untuk mendapatkan sokongan bulat dari semua rakyat berbilang kaum. DAN itu pun sebabnya kehadziran wakil-wakil pembangkang di dalam dewan-dewan lagislatif kita boleh di kira sebagai 'insignificant'. Walaupun dasar itu ialah khas untuk Bumiputra tetapi pimpinan besar kita telah berjaya mendapatkan sokongan dari pimpinan kaum-kaum lain dan mereka bersama-sama memberikan sokongan terhadap dasar yang murni itu.

Semua kaum bersetuju merapatkan jurang berbezaan ekonomi di antara kaum itu akan membawa negara kearah huru-hara dan kepincangan yang akan merugikan negara keseluruhannya pada masa depan. Semuanya ini merupakan 'wisdom' yang ketara yang ada kepada pemimpin kita khususnya kapada YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Husein. Nama-nama ini merupakan pemimpin-pemimpin yang berkorban dengan jiwa dan raga mereka tanpa memikirkan kekayaan dan harta yang menimbun untuk keluarga dan sanak saudara mereka.

Tetapi pemimpin selepas era itu tidak berjaya untuk menandingi kesabaran dan pengorbanan mereka , kerana selepas itu pemimpin sudah mula mengendung sekali nafsu untuk membina kekayaan mereka di samping membangunkan negara. Apabila pemimpin sudah ada kepentingan peribadi bermulalah kehilangan kepada nilai dan kualiti kepimpinan kita.

Jika pemimpin seperti Tunku, Razak dan Husein bersara dengan tiada apa-apa kekayaan yang dihimpunkannya pimpinan selepas itu lain pula keadaannya. Pemimpin selepas itu tidak lagi mahu menaiki penerbangan komersial tetapi terbang antara dunia dengan jet-jet eksekutif dan mewarisi kekayaan yang berbillion untuk anak-anak dan menantu mereka.

Di sinilah bermulanya kejatuhan nilai dan moral kepimpinan dan mengasuh rakyat untuk menjadi rakyat yang materialistik dan membiarkan harta kekayaan di kumpulkan dengan apa cara sekalipun waimma dengan rasuah dan salah guna kuasa yang tidak terkawal. Hasilnya kita sedang sama merasakannya sekarang. Politik tidak lagi mampu untuk membina perpaduan rakyat dan pengagihan kekayaan secara 'equitable' tetapi telah meruntuhkan segala institusi penting negara kita sehingga memusnahkan segala sistem unggul yang dibina oleh bapa kemerdekaan dan pimpinan kita yang terdahulu.

Rakyat berpecah belah, perhubungan di antara kaum merupakan zaman yang paling rendah, imej negara pada pandangan masyarakat antarabangsa kita merudum dan pelabur-pelabur asing lebih selesa untuk melabur di negara-negara jiran kita. Negara kita ketinggalan di belakang negara Indonesia, Thailand, serta Vietnam. Semuanya berada di dalam keadaan carca marba dan laungan pimpina kita dengan program transformasi politik dan ekonomi itu hanya tinggal sebagai laungan kosong semata-mata. Masalah yang kita sedang hadapi tidak kebah-kebah sehingga hari ini.

Sekarang ini ramai di antara pemimpin telah di letakan di tempat yang tidak sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana ketandusan kepimpinan. Pemimpin utama kita tidak dapat penghormatan masyarakat antarabangsa kerana di zaman teknoloji tanpa sempadan ini semua apa yang berlaku di negara kita di ikuti oleh semua pemimpin dan masyarakat antarabangsa.

Keadaan ini semakin hari kian bertambah ketara. Perbalahan di antara kaum semakin meruncing. Keadaan ini telah diperhatikan oleh pihak yang dikatakan sebagai 'the silent majority' yang selama ini tidak bertindak apa-apa kerana mengharapkan keadaan akan bertambah baik dengan kecerdasan kepimpinan dan kesejukan jiwa pemimpin yang dipertanggungjawabkan. Tetapi keadaan tidak juga bertambah baik malahan bertambah merbahaya. Kumpulan ini tidak lagi rela melihat perpecahan dan perbalahan ini yang akan membawa keruntuhan kepada semua yang telah di asaskan oleh pemimpin kemerdekaan kita.

Justru tertubuhlah apa yang di namakan AMANAH (Angkatan Amanah Merdeka) dengan matlamat membawa kembali rakyat berbilang kaum untuk bersatu seperti yang pernah kita alami dahulu. Amanah mahu bertindak dan melakukan apa yang telah dipandu dan diperjuangkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan kita dan rakan-rakan pemimpin berbilang kaum yang telah membawa kepada pencapaian kemerdekaan dahulu.

Inilah yang akan diperjuangkan oleh Angkatan Amanah Kemerdekaan (AMANAH), badan NGO yang di lancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semalam bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang mewakili berbilang kaum di negara ini. AMANAH akan melaksanakan matlamat dan tujuan ini dengan meminta semua kaum yang selama ini berdiam diri untuk keluar menunjukan kemahuan kita yang tidak mahu lagi melihat perpecahan ini berterusan.

Sebagai sebuah pertubuhan yang 'non-political' AMANAH akan menjelajah ke seluruh negara untuk mengingati kembali amanah kemerdekaan yang telah di tinggalkan oleh pimpinan terdahulu kepada kita semua. Ini negara kita dan ini hak kita untuk hidup tanpa menggunakan isu-isu rasis yang tidak menguntungkan mana-mana pihak malahan membawa kerugian kepada kita semua.

Kita perlu ingat kita telah merdeka dan kita mesti hidup dalam keadaan merdeka, yang tidak terkongkong dengan isu perkauman yang sempit. Kita mempunyai jiran-jiran yang berbilang kaum. Kita tidak rela berperang dengan jiran-jiran kita. Kita hendak hidup dalam harmonis dalam parameter slogan Muhibbah yang pernah menjadi slogan hidup rakyat berbilang kaum.

Dalam ucapan Tengku Razaleigh semalam, beliau telah mengingatkan kembali kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra yang sangat mudah tetapi bertenaga sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan 'magnanimity' dan 'finesse' beliau yang tinggi.

Di antara kata-kata YTM Tunku ialah "kalau kita hendak bersatu dalam satu keluarga yang besar, dan hidup di bawah satu bumbung bernama Malaysia kita mesti jujur di antara satu dengan yang lain – Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Siam dan yang lain – Muslim, Buddha, Hindu Christian dan lain-lain. Kalau kita jujur kita tidak boleh berkata-kata yang akan menyakitkan di antara satu dan yang lain. Kita tidak boleh melakukan perkara yang akan menyentuh perasaan satu dengan lain. Sebagai ahli keluarga yang besar kita mesti membantu di antara satu dengan yang lain. Yang kaya mesti membantu yang miskin dan yang berjaya mesti membantu yang tidak berkesempatan. Barulah kita menjadi rakyat dan negara yang bersatu. Maka kita akan di hormati oleh dunia…"

Elemen ini lah yang menjadikan kita bersatu dahulu dan dengan kehilangan elemen-elemen bernilai ini lah juga sebabnya kenapa kita sudah sampai keperingkat merbahaya di dalam perhubungan 'intra-kaum' dan 'inter-kaum' di negara ini.

AMANAH lah yang telah menawarkan untuk mengisi 'vacuum' yang terlalu luas sekarang ini AMANAH akan membawa seramai mana rakyat berbilang kaum untuk menujukan bukti yang kita serius untuk memberitahu rakyat yang perpaduan semua pihak itu amat penting jika kita mahu melihat negara kita menjadi sebuah negara yang kukuh dalam semua bidang dan dihormati oleh semua pihak di dalam masyarakat antarabangsa.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Usir William Bourdon : Apa yang disembunyikan Najib?

Posted: 23 Jul 2011 01:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

"Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).


"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari.

"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Sementara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion, jumlah besar berbanding dengan negara lain di rantau ini.

Pua mendedahkan ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Beliau melahirkan kekecewaannya walaupun menganggotai Jawatankuasa Kirawang Awam di parlimen, penyiasatan seperti ini lazimnya berakhir dengan alasan 'ia rahsia' dan 'tidak boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain.'

"Boleh tak kita minta pakar pertahanan ke PAC beri konsultasi, mereka kata tak boleh. PAC hanya panggil pegawai sahaja dan kemudian kes tutup...saya sudah nampak di PAC. sebab itu saya hargai usaha Suaram untuk siasat komisyen RM 500 juta Perimekar ini. Ia amat susah," kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau di bawah PAC.


TVS News

Buat apa saya tipu? - Mat Sabu

Posted: 22 Jul 2011 08:00 PM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.


"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," katanya.

Video rakaman penuh yang menunjukkan motorsikal dirempuh Waja sila lihat di (SINI)

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

Saleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

"Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Pemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

Sebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.


Malaysiakini

EKSKLUSIF!! Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis

Posted: 22 Jul 2011 09:23 AM PDT



PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan


Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider].

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.



Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.

Video dari PDRM..


Video asal..



Kuang.. Kuang.. Kuang... BOHONG lah lagi...

Kenali juga dan ketahuilah kenapa dan mengapa tiada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap Papagomo biarpun beliau diketahui menyiarkan dan menayangkan Video Lucah.. sila baca di SINI

Tiada ulasan: