Anak Sungai Derhaka |
- BERSIH 2.0 : Tindakan Polis tidak wajar - Ku Li
- BERSIH 2.0 : Polis Nafi semua tuduhan (Video Inside)
- Tak pernah mohon tapi diberikan MyKad.. Nak dijadikan Pengundi Hantu kot??
- Teoh Beng Hock Bunuh Diri?
- Inkues Sarbini : Dokumen yang membuktikan Raja Petra merapu..
- Inkues Sarbaini : Raja Petra merapu?
- Peguam Perancis dijangka dedah pembunuhan Altantuya
- Apa Cerita ni? Dulu dikaitkan Komunis, sekarang BERSIH pula..
BERSIH 2.0 : Tindakan Polis tidak wajar - Ku Li Posted: 21 Jul 2011 06:10 AM PDT Ku Li atau nama sebenarnya Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus bertindak dingin dengan protes rakyat pada 9 Julai lalu, sebaliknya bersedia untuk mempertimbang lapan tuntutan Bersih 2.0 demi memperbaiki sistem demokrasi negara. "Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih)," ujarnya semalam. Veteran Umno itu turut menasihatkan Najib supaya tidak terus menggelarkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram kerana badan gabungan itu disertai oleh 62 badan bukan kerajaan yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Petubuhan (ROS). Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak keterlaluan. Justeru katanya, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak wajar bertindakan keras ke atas mereka yang menyertai perhimpunan aman tersebut. "Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu. "Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini...ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen. "Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat. "Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau. Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Naib Presiden Umno turut menyindir pentadbiran Najib supaya lebih peka pada peredaran masa dan perubahan teknologi. Beliau berkata tindakan kerajaan pusat yang diteraju oleh Barisan Nasional dan Umno menafikan hak parti pembangkang mendapat liputan media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah. "Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap. "Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam. "Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau. Penangdaily |
BERSIH 2.0 : Polis Nafi semua tuduhan (Video Inside) Posted: 21 Jul 2011 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan. Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin. "(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin). "Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk," katanya. Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil. "Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan," katanya. Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku. Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes "pelanggaran" Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis. "Polis menggunakan SOP yang telah ditetapkan dan kita tidak bertindak secara keras (terhadap peserta), kita bermula dengan meriam air dan sebelum kita tembak kita akan beri amaran dulu, kita tidak gunakan kekerasan. "Selain itu kita tidak melakukan kekerasan terhadap mereka yang ditahan, kita tangkap mereka secara berhemah dan mereka yang ditahan dibawa dengan van (untuk ke Pulapol) dan bukan black maria, di sana (Pulapol) kita sediakan tempat solat, kita beri makan macam makan kenduri, kita sediakan perkhidmatan dan mereka yang ditahan kita hantar ke tempat untuk mereka mudah dapatkan pengangkutan awam," kata Salleh. Jelas beliau, pendedahan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada enam jawatankuasa khas menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas pada 9 Julai lalu. Selain itu tegas Salleh, sepanjang bertugas pada Himpunan Bersih 2.0 semua polis bertindak secara berhemah dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan seperti mana yang didakwa. Bagaimanapun jelas beliau, peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bertindak di luar batasan dengan melakukan banyak provokasi termasuk cuba merempuh polis. "Insiden di KL Sentral mengenai gas pemedih mata, ketika itu ada kumpulan seramai 400 orang di KL Sentral... tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan di luar kawasan (KL Sentral) dan bukan di dalam (terowong), kita buang (tembak) di luar bukan di dalam. "Malah di sana Tian Chua (Naib Presiden PKR) cuba merempuh ke arah polis, namun selepas tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan, dia lari masuk ke dalam," katanya sambil menambah, anggota polis yang berada di kawasan itu diletakkan kira-kira 30 meter di luar KL Sentral. "Kenapa 30 meter? Itu sebab... ia adalah SOP jika mahu lepaskan gas pemedih mata," tambah Salleh. Justeru jelas beliau, sepanjang mengawal keselamatan dan menghuraikan Himpunan Bersih 2.0, polis telah bertindak secara profesional. "Langkah yang telah kita buat telah berjaya mengekang 300,000 orang datang dengan hanya tidak sampai 10,000 orang, perhimpunan itu mengambil masa tiga jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang. "Pendekatan tegas, adil dan berhemah ini berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, tiada kerosakan yang berlaku," katanya. Bersih 2.0 mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara. Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik. Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata. Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung. The Malaysian Insider |
Tak pernah mohon tapi diberikan MyKad.. Nak dijadikan Pengundi Hantu kot?? Posted: 21 Jul 2011 01:34 AM PDT Seorang Ahli Perniagaan dari Taiwan, Lin Yun Chun mahu Polis dan pihak berkuasa yang terbabit menyiasat bagaimana MyKad telah dikeluarkan atas nama beliau. (Gambar sebelah adalah contoh.. bukan MyKad Bussinesman Taiwan tu.. tak bagi tahu nanti Pencacai UMNO pertikai pulak.) Menurutnya beliau tidak pernah memohon MyKad tersebut dari Jabatan Pendaftaran Negara dan beliau juga tidak tahu berbahasa Malaysia . Beliau juga mendakwa MyKad yang telah dikeluarkan atas namanya itu mempunyai tarikh lahir yang berbeza dari apa yang tercatat didalam passportnya.. Hmmm… Itu seorang yang mempertikaikan bagaimana MyKad boleh dikeluarkan untuknya sedangkan beliau tidak pernah memohonnya, beliau mempertikaikannya kerana hartanah miliknya di Sabah telah ditukar milik tanpa pengetahuannya.. Bagaimana pula agaknya dengan PATI yang berada dalam Negara ini yang sememangnya mengharapkan untuk mendapatkan MyKad bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai rakyat Malaysia? Diiktiraf sebagai rakyat Malaysia yang boleh mengundi.. pasti lebih mudah proses untuk mereka kerana "I help you.. You help Me.." pasti digunapakai oleh pihak yang kini kelihatan berada di hujung kuasa.. How did I get a MyKad?, fumes cheated investor KOTA KINABALU: A puzzled Taiwanese businessman, Lin Yun Chun, wants the police and the relevant authority to investigate how and when a MyKad was issued in his name. "I have never applied to the National Registration Department (NRD) for the MyKad. I do not read English and Bahasa Malaysia. "I do not know how the MyKad was issued in my name, with different birth dates from my passport. "I purchased all my properties in Sabah using my Taiwan passport. "I urge the police and the relevant authority to investigate how and when the MyKad was issued in my name," he said in a statement issued through his representative Chia Chiew Pui. Chia, who holds power of attorney for Lin, lodged a police report here yesterday. He is seeking police assistance to investigate how a MyKad was issued in his name. Lin said he had always travelled to Sabah with his Taiwanese passport. He said his visits to Sabah was always either on a tourist or business visa. "The last time I traveled to Sabah was in 2000. I was on a tourist visa and then (they) granted (me a) business visa. "When my visa expired sometime in July 2000, the relevant authorities such as the Industrial Development Department and the Chief Minister's Department recommended to the Sabah Immigration to extend a one year business visa to me as an investor," he explained. Falsified documents He said this latest twist of event was not isolated but was in fact an addition to the multiple falsifications of documents by unscrupulous persons leading to the wrong issuance of copies of his title deeds which saw the exchange of hands of his properties. Lin said that he had been away from Sabah from 2000 to 2009 because of illness and had only discovered the fraud on returning here in August 2009. "When I returned, I was shocked that my properties had changed to third parties by way of falsified documentations. "I am still holding all the original title deeds to these properties. "How could I be selling my properties without surrendering my original titles to the lawyer preparing the sales and purchase agreement?" he said. Lin also dismissed 'as baseless and wrongful' allegation that he received RM800,000 for the sale of his house in Tangung Aru and or other properties via Chia. "I have never appointed anyone to sell my house or properties using power of attorney," he stressed. Lin claimed that the falsified documents such as the power of attorney (PA) and sales and purchase agreements purportedly signed by him in front of certain lawyer was done at the time when he was ill and was not present in Sabah. "I have never met the said lawyer who purportedly prepared the PA and the agreements," he added. Lin added that he had all the medical and immigration reports from Taiwan authorities to prove that he had never left Taiwan during the times when the properties purportedly change hands. He also noted that he had lodged two police reports in August 2009 when he returned to Sabah for the wrongful transfer of his properties based on falsified documents and wrongful issuance of titles. Lin said he has since engaged a local lawyer here to act on his behalf and has commenced legal action against the wrongdoers. Free Malaysia Today |
Posted: 21 Jul 2011 12:44 AM PDT Ini berita yang dipetik dari TV3 pada 05/01/2011 lalu Lebih setahun mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar. Namun kerana tiada bukti kukuh, Mahkamah Koroner memutuskan satu keputusan terbuka bagi kematian Teoh Beng Hock. Koroner, Azmil Muntapha Abas menjelaskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh, selain menolak pembabitan pihak ketiga. Koroner Azmil menjelaskan ada beberapa sebab mengapa keputusan itu dibuat. Beliau berkata keterangan pakar hanya menyatakan nota bunuh diri ditulis Teoh, namun tidak membuktikan tahap kewarasannya sebelum ditemui mati. Keterangan ahli keluarga mendiang sebaliknya, menolak kemungkinan Teoh membunuh diri. Bagi pembabitan pihak ketiga pula, ia kurang kukuh kerana keterangan tidak mempunyai sebarang nilai sebagai bukti. Sekadar hanya 'mengagak-agak' mangsa jatuh dari bangunan. Teoh, 30 tahun ditemui mati 16 Julai 2009 di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi kenyataan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM. Inkues yang didengar sejak 29 Julai 2009 diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan persoalan. Mendiang mati beberapa jam selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor. Teoh Lee Lan / Adik Mendiang Teoh Beng Hock: "Kami sangat tak puas hati dengan keputusan hari ini. 'Open verdict', adakah ini jawapan yang kita nak?! Kami mahu minta keputusan. Siasat bagaimana inkues dijalankan." Gobind Singh Deo / Peguam Pemerhati: "Saya rasa mereka perlu membuat siasatan lanjutan mengenai kes ini." Prosiding inkues dikendalikan peguam dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas. Sementara SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Datuk Abdul Razak Musa. Karpal Singh dan Gobind Singh Deo hadir sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Beng Hock. Hari ini pula.... Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri KUALA LUMPUR, 21 Julai – Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri. Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini. Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutua, Tan Sri James Foong. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan. Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu - UMNO Online |
Inkues Sarbini : Dokumen yang membuktikan Raja Petra merapu.. Posted: 20 Jul 2011 10:00 PM PDT Menurut Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.-sepenuhnya sila baca di (SINI) Berikut adalah dokumen Penyataan Dalam Pemeriksaan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diklasifikasikan sebagai Rahsia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) mengesahkan bahawa Raja Petra itu merapu.. korang lihat, baca dan nilaikan siapakah yang merapu? Raja Petra atau Peguam SPRM itu? |
Inkues Sarbaini : Raja Petra merapu? Posted: 20 Jul 2011 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar. Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh. "Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh. "Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu. "Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider. Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra. "Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian). "Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya. Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini. "Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri). "Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi. "Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau. Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu. Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian. Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu. Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya. Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu. Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh. Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. The Malaysian Insider |
Peguam Perancis dijangka dedah pembunuhan Altantuya Posted: 20 Jul 2011 09:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Beliau akan tiba ke Pulau Pinang esok bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh pada hari berikutnya. Bourdon, antara sekumpulan peguam yang dilantik Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene akan menceritakan perkembangan terkini kes itu yang kini dalam peringkat perbicaraan di mahkamah Perancis. Menurut laporan Harakahdaily hari ini, sumber Suaram memberitahu kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya Ogos. Pembelian kapal selam berkenaan yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion. Pada Disember 2009, Suaram telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di Perancis untuk memfailkan aduan mengenai skandal berhubung komisyen pembelian kapal berkenaan, yang menyalahi undang-undang negara itu. Pada April tahun lalu, mahkamah Perancis menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta atau hampir RM500 juta dari pembina kapal berkenaan, DCNS kepada Perimekar Sdn Bhd. Perundingan bagi pembelian itu dijalankan menerusi Perimekar untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris iaitu anak syarikat DCNS. Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak tersenarai antara pengarah Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang merupakan perantara bagi pembelian kapal selam berkenaan. Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 dari kementerian pertahanan di Puncak Alam pada Oktober 2006. Bagaimanapun dua lagi tertuduh iaitu pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman mati. Pada 2009, seorang bekas anggota cawangan khas, P Balasubramaniam yang juga pernah bertugas untuk Abdul Razak mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dalam akuan bersumpahnya. Sebelum ini Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Macau- bagi urusan pembelian kapal selam berkenan- yang turut dikaitkan dengan seorang lagi individu ketiga. http://www.keadilandaily.com/?p=17161 |
Apa Cerita ni? Dulu dikaitkan Komunis, sekarang BERSIH pula.. Posted: 20 Jul 2011 07:38 PM PDT Satu afidavit yang difailkan oleh pihak polis mengesahkan bahawa enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan peranan mereka dalam BERSIH 2.0, dan bukannya kerana aktiviti yang berkaitan dengan komunisme. Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut. Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat. Ia adalah jawapan kepada afidavit yang dikemukakan oleh ahli keluarga PSM6 untuk menyokong permohonan habeas corpus mereka, yang akan didengar pada hari Jumaat. Dokumen tersebut dengan jelas menyatakan sebab-sebab penahanan enam aktivis PSM itu. "...kerana saya percaya terdapat alasan-alasan bahawa pemohon pertama, pemohon kedua, pemohon ketiga, pemohon keempat, pemohon kelima dan pemohon keenam terlibat sebagai penggerak kepada pertubuhan tidak berdaftar BERSIH yang telah menggerakkan gabungan kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya orang ramai hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011," kata ACP Kamarul Zaman Mamat. Afidavit Kamarul juga berkata perhimpunan itu harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan harian masyarakat yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sehingga ramai orang awam membuat laporan polis menyatakan kegusaran mereka. Bagi menyokong dakwaannya itu, ACP Kamarul berkata, perhimpunan pertama Bersih pada November 2007 telah mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta benda dan memudaratkan ketenteraman awam. Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebelum ini berkata enam aktivis PSM itu disyaki bertindak untuk memulihkan komunisme. Bon berkata, afidavit itu membuktikan bahawa kenyataan Nazri adalah satu pembohongan. "Semua ini adalah pembohongan kerana pihak polis sendiri tidak menyebut satu perkataan pun tentang komunisme, Chin Peng atau semua perkara mengenainya (dalam afidavit tersebut)," kata peguam tersebut. Bon mendakwa, kerajaan menggunakan BERSIH 2.0 sebagai sebab yang mudah dan enam tahanan PSM itu sebagai kambing-hitam, hanya untuk mewujudkan keadaan seolah-olah darurat, untuk tidak menggalakkan orang ramai menyertai (perhimpunan) 9 Julai." Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan