Anak Sungai Derhaka |
- Cubaan Untuk Bunuh Anwar?
- Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib...
- Anwar pergunakan Indonesia pulakdah...
- Kesian kat Ibrahim Ali....
- Usir keluar kerajaan diktator
- 3Juta mahu Najib kekal PM... tapi yang sokong cuma ratus saja..
- Kerana Mereka.. Rosak nama PDRM..
- Anak Datuk mana ditangkap seludup Manusia ni?
- Propaganda dan Fitnah, agenda UMNO/BN Pulau Pinang
Posted: 20 Jul 2011 08:44 AM PDT Sebelum itu.. ada sesiapa yang tahu berkenaan arahan khas yang diterima oleh beberapa Hospital pada hari perhimpunan BERSIH 2.0 tak? KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu. Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian. "Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera," katanya. Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu. Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998. "Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera," tegasnya. Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius. " Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau. Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang. Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu. Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau. Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. " Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau. " Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi. TVS News |
Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib... Posted: 20 Jul 2011 05:02 AM PDT Polis Perancis diberitakan telah menemui "dokumen yang agak penting" dalam siasatannya berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene,yang disifatkan sebagai "bayaran komisyen" oleh gergasi pengeluar senjata Perancis, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib untuk melengkapkan perjanjian. Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dikatakan antara "pemain utama" dalam skandal tersebut di samping bekas orang kanannya, Abdul Razak Baginda, hingga membawa kepada pertikaian komisen pembayaran sekitar Euro114 juta (RM500 juta) melalui Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan bekas penterjemah dan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006. Adalah dipercayai, pihak berkuasa Perancis akan melengkapkan segala kertas siasatan pada September tahun ini dan dipercayai sudah mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari bukti kukuh bagi mengheret Najib ke Mahkamah Awam Perancis di Paris. Bad news for Najib: French police have found "crucial" Scorpene documents Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle French police have obtained "quite crucial documents" in the Scorpene submarines probe on whether French arms giant DCN had paid kickbacks to Malaysian officials, including Prime Minister Najib Razak, to secure the deal. The 58-year old Najib had been the Defense minister sanctioning the acquisition in 2002. Even then, there had been much public unhappiness over the price which was seen as too expensive, and furthernore, the high-tech submarines considered as unsuitable for patrolling the country's shallow coastline. Right now, both ships are docked in Sabah and hardly used. There have also been reports of system malfunctions due to the unsuitability of the territorial waters. "It is likely that in September we should have access to the first police conclusions from all the investigations that have taken place over the last 18 months. We know that the police seem to have obtained quite crucial documents," Asia Sentinel reported Paris-based lawyer William Bourdon assaying. VIP personality William is one of the French lawyers appointed by Malaysian NGO Suaram, which lodged a complaint on behalf of taxpayers against DCN for corruptly sealing the contract. It is illegal in France to offer bribes to secure a deal and if found guilty, DCN may have to pay compensation to Malaysian taxpayers for overcharging on the final price paid by the Malaysian government. The French lawyer is due to arrive on Thursday, where he will speak to a Penang audience and brief them on the latest developments in the case. Suaram has already hinted that William will touch on the identities of several 'new' personalities involved in the kickbacks. It is also believed that French investigators have managed to pin down a very important personality, who travelled with submarines negotiator Razak Baginda and murdered Mongolian translator, Altantuya Shaariibuu, to Macau as part of the complex negotiations. There is red-hot speculation that this person is Najib himself. If true, it will blow away the PM's previous denials he never knew Altantuya, who is believed to have been his lover before he "passed" her onto Razak, who was his confidante and representative. Such evidence paves the way for the re-opening of her murder trial, which had ended with two of Najib's former bodyguards being sentenced to hang for her 2006 killing. However, the 'mastermind' is believed to be still at large. Lesser personalities involved in the sprawling deal have also been traced and their identities likely to be revealed as well. William is also expected to drop a new bombshell - previously unknown commissions that have just been uncovered by the investigators. This will add to the growing list of murky details shrouding the shady acquisition engineereed and pushed for by Najib years ago, when he was the Defense minister directly in charge of key military procurements. No more secret places left for Najib It looks like unless the French government is willing to help him out and muzzle up the case, Najib may have run out of hiding places. Whatever time that he can buy will not last long either. And to pundits familar with all the ramifications both at the Malaysian and French ends, it is impossible for him to escape scot-free. One way or another, they say he will have to explain to his people the true extent of his involvement, not just in the kickbacks but also in the Altantuya murder. In fact, not even his UMNO party can save him. With the Scorpenes trial expected to be heard in the French open court in August or September, many of the party warlords are already gearing up to push him out and slam the door on his administration, which has been scarred by non-achievement, gutter politics and extensive corruption. It does not help that in recent months, Najib has felt the pressure and added to his own discomfort by making several disastrous decisions. The most recent was ordering a violent crackdown on a citizens rally for free and fair elections two weeks ago. His fast-fading popularity and plunging credibility makes him an easy target now. Rightfully, the BN government should have immediately lodged a compliant with the French authorities when news reports about the huge Scorpene kickbacks first came to light. However due to Najib's influence, no one in the Malaysian government has dared to call for a public probe so far. Even a suspicious 114 million euros (RM570 million) side-deal granted to Baginda's firm, Perimekar, has been whitewashed in Parliament as a "services" and "maintenance" contract, when it is obvious that the obscure firm has no experience or track-record in such a high-tech industry. Numerous reports have also been lodged by Malaysian citizens, who are alarmed that the RM7 billion price tag is still climbing. It is now apparent Najib may have hidden the full cost to Parliament, opting to gradually seek additional budget allocations to maintain the ships rather than to reveal at one-go the full 'damage' to taxpayers. Yet till now, Malaysian police as well as the Malaysian Anti-Corruption Commission have refused to initiate any investigation into the file at all. Seamy details in a sordid deal Numerous questions are likely to be asked by those attending the Suaram-organised sessions with William on 21, 22 and 23rd Jruly. Apart from the status of the case, the latest 'dirt' dug out so far, the greatest interest will surely centre around the beautiful but tragic Altantuya, who acted as translator for Baginda. Uppermost on Malaysian minds are exactly what sort of relationship Najib had with her. Not that they are voyeurs and wish to nose out all the seamy details of the love affair the two allegedly had, but because they want to know how much and to what extent their PM - who was then the DPM - was willing to lie and may have lied just to become prime minister. "If you want to know all these details, you have to come for the dinner, listen and ask," Suaram director Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle. - Malaysia Chronicle |
Anwar pergunakan Indonesia pulakdah... Posted: 20 Jul 2011 02:31 AM PDT Kononya Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia. Tekanan Antarabangsa?? kah..kah..kah.. Adakah Najib dan sekutunya akan melepaskan kuasa mereka kepada Pakatan Rakyat hanya kerana tekanan Antarabangsa? mana mungkin.. Kalau Anwar dikatakan menggunakan negara Indonesia untuk menekan Malaysia.. bagaimana pula dengan tindakan UMNO/BN yang memberikan IC kepada PATI? yang sekaligus membolehkan mereka kekal berkuasa melalui peti undi? Secara tak langsung Media tunggangan UMNO ini mengiktiraf akan pengaruh Anwar Ibrahim di Indonesia.. Anwar bina rangkaian di Indonesia? KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia. Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini. Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut. "Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik. "Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin. "Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti. "Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut. "Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan. "Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya. Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut. Lidah Rasmi UMNO |
Posted: 20 Jul 2011 12:00 AM PDT Butiran Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM telah dikeluarkan selepas dua hari menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak yang mempertikaikannya. Semakan Malaysiakini pada tengahari tadi mendapati laman itu tidak lagi wujud berikutan bidasan orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan. Laman web itu sebelum ini memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dengan menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri. Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober. Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menafikan bahawa pihak universiti telah meluluskan anugerah itu dan berkata pihak Impak "terlepas pandang" isu itu selepas disiarkan di laman webnya. Dalam kenyataan di Facebook, Sahol Hamid berkata UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarahnya. "Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan. "(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama)," katanya. Malaysiakini |
Posted: 19 Jul 2011 11:31 PM PDT Aku sokong 100%.. terutama sekali ayat yang aku merahkan.. PETALING JAYA: Seorang bekas hakim tersohor menyifatkan sesebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar pandangan dan luahan hati rakyatnya sebagai sebuah kerajaan diktator dan layak diusir keluar. N H Chan yang menulis dalam blok http://wwwloyarburok.com/ hari ini berkata, sebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dan enggan mengambil sebarang tindakan bukan sebuah kerajaan untuk rakyat. Mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) beliau berkata, Bersih merupakan sebuah gerakan massa, tidak menyokong mana-mana parti politik dan bukan kepunyaan mana-mana parti politik. "Bersih merupakan sebuah gerakan yang tidak mengendahkan fahaman politik. Tetapi ia menyokong sistem demokrasi iaitu sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat," jelas beliau. Chan berkata, apabila sesebuah kerajaan tidak memperdulikan masalah dan rungutan daripada rakyat, dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk mereka maka ia bukan kerajaan untuk rakyat. "Dan sebuah kerajaan bukan untuk rakyat, bukan sebuah kerajaan demokratik, ia sebuah kerajaan diktator," tegasnya. Menurut beliau, mesej yang disampaikan Bersih, yang menjadi mesej rakyat, adalah kuat dan jelas, "kami, rakyat di negara ini, tidak mahu sebuah kerajaan diktator." "Oleh kerana kami tidak mahu sebuah kerajaan diktator, pada pilihan raya umum akan datang kami akan mengundi supaya kerajaan ini diusir keluar dari pentadbirannya dan digantikan dengan pakatan baru, malahan sampai ke tahap mengundi untuk pembangkang. "Jika kerajaan baru juga gagal bertindak adil terhadap rakyat maka kita akan gantikan mereka pada pilihan raya yang seterusnya," katanya. Mengenai tuduhan para peserta Bersih terpengaruh dengan ideologi komunis yang cuba dihidupkan semula beliau berkata, mungkin pihak polis dan pemimpin kerajaan tidak sedar bahawa ideologi komunis sudah lama runtuh dan berkubur. "Sistem komunis sudah runtuh bersama runtuhnya tembok Berlin dan berpecahnya negara-negara di bawah Kesatuan Soviet Rusia. "Tidak ada lagi ancaman dari pengluasan fahaman komunis dari komunis Cina kerana negara China telah bertukar kepada sistem ekonomi kapitalis dan kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat," katanya. Free Malaysia Today |
3Juta mahu Najib kekal PM... tapi yang sokong cuma ratus saja.. Posted: 19 Jul 2011 10:08 PM PDT Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara. Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011) Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)". Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur. Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM. MerdekaReview |
Kerana Mereka.. Rosak nama PDRM.. Posted: 19 Jul 2011 08:20 PM PDT Bagi aku.. adalah tidak patut jika kita melabelkan semua anggota PDRM itu zalim dan tidak bertimbangrasa, apa yang mereka lakukan itu hanyalah kerana menurut arahan.. Apa yang menjadikan mereka bertindak zalim itu adalah kerana mengikut perasaan Tetapi oleh kerana tindakan segelintir dari mereka yang bertindak mengikut perasaan maka buruklah nama PDRM, umpama kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.. Gambar diatas adalah gambar seorang anggota Polis? yang bertindak mengikut perasaan.. Lihat video-video dibawah yang memperlihatkan kepada kita anggota-angota Polis yang melanggar SOP mereka.. |
Anak Datuk mana ditangkap seludup Manusia ni? Posted: 19 Jul 2011 06:31 PM PDT JOHOR BAHRU 19 Julai - Tiga lelaki, salah seorang daripadanya anak orang kenamaan (VIP) bergelar 'Datuk' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam jenayah penyeludupan manusia di Kota Tinggi dekat sini, baru-baru ini. Anak VIP itu yang berusia 21 tahun ditahan bersama dua rakannya di persimpangan tiga jalan besar Sungai Rengit-Teluk Ramunia pada pukul 8 malam kelmarin. Suspek merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan sedang bercuti semester. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, suspek menggunakan kenderaan Perodua MyVi miliknya mempunyai pelekat VIP untuk membawa empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di lokasi tersebut. "Polis sebelum itu menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan manusia di Sungai Rengit sejak beberapa bulan lalu. "Bagaimanapun ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri tetapi tiga suspek berjaya ditangkap bersama 15 PATI Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini. Tambah Muhammad, dua lagi rakan suspek berusia lingkungan 20-an dan siasatan awal mendapati, mereka biasanya membawa PATI dari Ulu Tiram ke Sungai Rengit sebelum diseludup pulang ke negara masing-masing. Katanya, setiap PATI biasanya dikenakan bayaran RM3,000 dan mereka dibawa menggunakan kenderaan lebih besar termasuk van sebelum diseludup keluar. Berikutan itu, polis sedang mengesan dua lelaki, Erey Azlan Abd. Ghani, 30, dari Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan dan Muhammad Redhuan Mat Sheh, 21, dari Taman Bukit Tiram, dekat sini, untuk membantu siasatan. Lidah Rasmi UMNO |
Propaganda dan Fitnah, agenda UMNO/BN Pulau Pinang Posted: 19 Jul 2011 09:43 AM PDT "BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial. PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat berkeyakinan dapat mengekal kerajaan negeri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata beberapa ahli Parlimen negeri itu hari ini. Bagaimanapun, menurut mereka kerajaan negeri perlu berwaspada dengan ancaman Barisan Nasional (BN) khususnya Umno untuk merampas negeri itu. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sokongan semasa pengundi Melayu masih memihak kepada PAS. "Tetapi saya mengingatkan supaya kita jangan leka dan berfikir bahawa Umno dan BN tidak boleh merampas Pulau Pinang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. "Namun saya percaya rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan gembira kerana sebahagian besar janji pilihan raya telah dapat ditunaikan," katanya. BN sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang dalam PRU ke 13 kelak. Bagi PKR, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang dibuat oleh Umno negeri. Oleh itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan hasrat BN merampas negeri Pulau Pinang dalam PRU akan datang sebagai mimpi di siang hari. Propaganda dan fitnah "BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial. "Dakyah bahawa hanya Umno yang menjadi juara Melayu hanya omong kosong dan tidak boleh dipakai," katanya. Mengenai gangguan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu terhadap kerajaan negeri, Yusmadi berkata, ia hanya kumpulan nakal yang membuat propaganda tetapi tidak akan bertahan lama. "Umpama bunyi petir yang kuat tetapi tidak ada hujan," tambahnya. Beberapa kumpulan terutama Umno dan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang sering kali mendakwa kerajaan DAP meminggirkan orang Melayu. Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan semua dakwaan tersebut. Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan