Isnin, 18 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Cincin 24 Juta, Rosmah cuba diselamatkan.

Posted: 18 Jul 2011 06:48 AM PDT

Dua dokumen di bawah muncul di laman2 blog Pro UMNO untuk membela Rosmah kononnya sebagai bukti bahawa Cincin yang bernilai USD24Juta itu bukanlah milik Rosmah tetapi dipinjamkan untuk pameran..

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian 24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah

- gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
- A. Krishnan tidak wujud
- tidak ada belian semahal RM24.45 j


Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan





Kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...

Cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.

Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

by cheguBard

Fitnah, Media Tunggangan UMNO bakal disaman

Posted: 18 Jul 2011 04:25 AM PDT



KUALA LUMPUR, 18 Julai – Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.




Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk "seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi "perusuh guna senjata, batu, lawan polis" adalah tidak benar.




Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan "Ajak" berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.

Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk "Peaceful (Aman)?" pada muka depan.

"Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.

"Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya," kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.

Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat," kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara)," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.

"Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.

"Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.


The Malaysian Insider

Kerana BERSIH 2.0, BN kini panik dan terancam - Marina

Posted: 18 Jul 2011 01:28 AM PDT



BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,Datuk Paduka Marina Mahathir.


"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya," kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.


Malaysiakini

PAS mahu tutup Pusat Hiburan.. UMNO lanjutkan masa operasi..

Posted: 17 Jul 2011 10:03 PM PDT

Inilah yang bangga-banggakan oleh Pencacai UMNO.. Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Ugama.. sempena menyambut bulan Ramadhan ini UMNO Melaka akan melanjutkan tempoh Operasi Pusat-pusat hiburan..

Kononnya tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit..

Ketika kerajaan Kedah berusaha menyekat budaya hiburan bulan Ramadhan ini ke atas orang Islam, tiba-tiba kerajaan Melaka BN melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga jam 3.00 pagi. Semakin jelas sekarang UMNO BNlah penyumbang paling besar gejala maksiat dan keruntuhan akhlak rakyat di negara ini. Mana pula perginya para ulama UMNO yg sebelum ini begitu lantang mengharamkan himpunan Bersih - Misbah Munir


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

"Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik," katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.


Malaysiakini

Allahyarhamah Dr Lo'Lo Selamat Dikebumikan

Posted: 17 Jul 2011 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.


Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Jenazah dikebumikan di Lorong 9, Tanah Perkuburan Datuk Keramat.


TVS News

Jenazah Dr Lo’ Lo’ dikebumikan hari ini

Posted: 17 Jul 2011 08:15 PM PDT



KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Dato' Keramat, di sini.

Jenazah kini berada di Masjid Al-Akram Dato' Keramat, sudah dimandi dan dikapankan sebelum menunggu untuk disembahyangkan pada pukul 10pagi.


Masjid Al-Akram sejak malam tadi sehingga sekarang tidak putus-putus diziarahi orang ramai termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Lo' Lo'.

Antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Mohd Yusuff, dan Exco Selangor Dr Halimah Ali.





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir ke Masjid Al-Akram Dato' Keramat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang kira-kira 10.15 malam tadi selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Lo' Lo', 54, meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini buat pertama kalinya menjadi ahli parlimen apabila menang kerusi Titiwangsa semasa Pilihanraya Umum lalu (PRU12) mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya yang hanya memperolehi 15,885 undi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir ke Masjid Al-Akram Dato' Keramat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.


Free Malaysia Today

Pusat Hiburan : UMNO bila nak ikut Kedah?

Posted: 17 Jul 2011 07:27 PM PDT

PAS hari ini mencabar kerajaan pimpinan Umno-BN supaya melaksanakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri-negeri pimpinan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kelantangan parti MCA dan Gerakan yang menentang rancangan kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan enakmen yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka.


"Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno akan dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, sekutu sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

Langkah kerajaan negeri turut dilihat oleh sesetengah pihak berfikiran sempit sebagai memberi nadi hidup kepada MCA untuk menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam.

Terjerat dengan taktik iti, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO.

Namun, kontroversi itu berjaya diselesaikan selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.

"Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam satu sidang akhbar semalam juga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam, dan dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat dalam bulan Ramadan yang suci.

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," kata Hadi dipetik Harkahdaily.

Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah berkenaan telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lalu.

"Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.

"Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan ini di negeri-negeri mereka pula," bidas Tuan Ibrahim.


Malaysiakini

Al-Fatihah! Dr. Lo Lo telah kembali ke rahmatullah.

Posted: 17 Jul 2011 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.


Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.


Tiada ulasan: