Jumaat, 15 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa punya kerja ni??

Posted: 15 Jul 2011 06:50 AM PDT




Gambar diatas adalah gambar asal ketika Najib dan Rosmah Mansor menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.

Cantik saja kan warna kuning baju Ratu Elizabeth II tu.. tapi malam ini baju tersebut telah bertukar.. siapa punya kerja entahlah… tengoklah kat bawah..



I just want to warn you that this doctored photograph is circulating on the Internet. This photograph is not real. The BERSIH logo has been superimposed on the photograph. The real un-doctored photograph is below it. I trust you will not be fooled by this doctored photograph.




aku jumpa di Malaysia Today

Bila dah lompat menjadi Mesra BN.....

Posted: 15 Jul 2011 05:48 AM PDT

Kalaulah dia ni masih bersama PKR tentu hukuman yang dikenakan terhadap beliau adalah sebaliknya.. tapi memandangkan beliau kini sudah mesra BN maka hukumannya pun berbeza..

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai N

Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.


Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.

Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut

Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.

Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

"Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis.

"Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat," katanya.

Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.

"Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari," katanya.

- Bernama

APA?? Nasi, Ayam Goreng, Sayur dan Air Manis RM25??

Posted: 15 Jul 2011 12:58 AM PDT



PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

"Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan," ujar


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.

Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

"Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?" soal beliau.

"Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan," jelasnya.

Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku……makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut?

"Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang," katanya.

Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.


Free Malaysia Today

EKSKLUSIF! Gambar Najib di London yang tak akan disiarkan oleh TV3 atau Utusan..

Posted: 14 Jul 2011 09:17 PM PDT

Gambar-gambar berikut tidak mungkin akan kita lihat disiarkan oleh TV3 mahupun Utusan Malaysia, media yang ditunggangi UMNO..

Saksikan bagaimana meriahnya Najib disambut di London..


Najib tiba..



Najib melangkah keluar kenderaan..


Cuba hang tengok belakang kata mamat itu kepada Najib..


Eh..Eh.. kuningnya..


The New York Times hari ini melaporkan wartawan yang menyerbu Najib semasa hendak sampai ke Pejabat Perdana Menteri Britan, David Cameron di No 10, Downing Street dihujani pertanyaan mengapa tindakan ganas diperlakukan ke atas pejuang rakyat.

Najib dengan selamba menjawab, sekiranya tindakan tidak dilakukan, lebih banyak lagi himpunan yang serupa akan diadakan dan sudah pasti suasana tidak aman akan dialami terutamanya kepada pelancong asing. berita penuh dibawah..







Lagi gambar-gambar sila lihat dibawah.. baca berita ini dulu..



Malaysian Prime Minister Defends Muzzling of Protests

By MATTHEW SALTMARSH AND LIZ GOOCH
Published: July 14, 2011

LONDON — If the Malaysian government allowed street demonstrations of the kind seen in Kuala Lumpur last weekend, the country would face protracted instability, Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

Mr. Najib spoke after thousands of advocates of electoral change defied a government ban and held a large street protest Saturday, during which the police fired tear gas and water cannons and arrested nearly 1,700 demonstrators.

"Public order is very important in Malaysia because if we allow for street demonstrations, there's no end to it, there will be another group that wants to demonstrate," Mr. Najib told a small group of international reporters Wednesday in London, where he was to meet the British prime minister and attend an investment conference.

If protests are not controlled, "you will get a situation in which more and more of these street demonstrations will take place in Malaysia," he said.

On Thursday in Kuala Lumpur, the Human Rights Commission of Malaysia announced that it planned to hold an inquiry into police conduct during the rally. The police response has been condemned by rights advocates in Malaysia and abroad, including the U.N. High Commissioner for Human Rights.

Muhammad Sha'ani Abdullah, a member of the Malaysian commission, said Thursday that it decided to act after receiving complaints from the public, protest organizers and rights groups. "We are also acting on media reports and our own observations during the rally," he said.

He said that details of the inquiry would be determined by Tuesday.

In London, Mr. Najib defended the police, saying they had used "minimum force, and there was no physical contact at all with the demonstrators." The scale of the protest, he added, was exaggerated, and "a maximum of 15,000" people turned up. The police put the number at 5,000 to 6,000, while protest organizers contended it was 50,000.

The government had barred the protesters from gathering in Kuala Lumpur but said they could hold a rally outside the capital. The protest leaders insisted that it be held at Merdeka Stadium in the city, however.

"I was saddened by the fact that they didn't accept the government's offer," Mr. Najib said. "They still insisted on marching through the streets, because I think they wanted to get maximum publicity and secondly challenge authority in the hope that they can make this an issue."

The protest movement, led by the Coalition for Clean and Fair Elections, or Bersih, sees the situation differently. An amalgam of civic groups advocating changes in electoral laws, Bersih was declared illegal on July 1, after which hundreds of activists were arrested, though most have since been released. All those arrested on Saturday were released later that night.

The Malaysian Bar Council said in a report Tuesday that its monitors witnessed the police using tear gas and water cannons "arbitrarily, indiscriminately and excessively" and "beating, hitting and kicking the rally participants." The protesters, it said, acted in "peaceful and calm manner," except for an incident in which "one or more" people threw plastic bottles at a television reporter.

The Malaysian home minister, Hishammuddin Hussein, said Monday that the police force would review recordings of the incidents and that appropriate action would be taken if the police were found to have acted improperly. He also said that action would be taken against any journalists who were found to have sensationalized their reports with inaccurate information, reported The Star, a newspaper.

Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch, said Thursday: "The Malaysian authorities' crushing of Bersih's march shows that when basic liberties compete with the entrenched power of the state, the government is quick to throw respect for human rights out the window."- The New York Times
















Kereta Polis yang digunakan untuk menghalang pemandangan Najib..


Sumber gambar dari SINI

EKSKLUSIF!! Penampilan Istimewa Queen Elizabeth buat Najib?

Posted: 14 Jul 2011 06:36 PM PDT

Suratan atau kebetulan? tak tahulah pulak apa ayat yang betul..


Warna pilihan ketika bertemu Peter Robinson







Warna pilihannya ketika berjumpa Barrack dan Michelle Obama.


Ditemui oleh Najib dan Rosmah warna kuning jadi pilihannya..

Suratan atau kebetulan?

Takkanlah Queen tak tahu yang Najib itu fobia dengan warna kuning?? cuba lihat di SINI betapa fobianya Najib dengan warna Kuning tu, hingga terpaksa meminta bantuan Polis..

Fobia dengan Warna Kuning, Najib terpaksa minta bantuan Polis Britain..

Posted: 14 Jul 2011 10:03 AM PDT


Kenderaan Polis Britain menghalang pandangan Najib
dari melihat demonstrasi.

Fobia dengan warna kuning yang diharamkan olehnya di Malaysia baru-baru ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikhabarkan terpaksa meminta bantuan pihak Polis Britain bagi menghalang Najib dan rombongannya dari terlihat warna tersebut yang dipamirkan oleh rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di London.



Turut bersama delegasi Anak Najib dan Adik Najib (CEO CIMB)

Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.

Delegasi Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan rombongan Keluarga Najib itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames dengan mendapat sambutan meriah dari rakyat Malaysia di London.. meriah dengan kuning laa..



Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.



Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!



Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib ke arah mereka.

Ada yang menanti Najib menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.


Sumber : Jalan Pulang

Tiada ulasan: