Rabu, 13 Julai 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Cincin RM74 Juta.. Bangle ini pula berapa Juta RM Rosmah?

Posted: 13 Jul 2011 01:52 AM PDT

Semalam beberapa blog pro Pakatan Rakyat telah menyiarkan artikel mengenai sebentuk Cincin yang dibeli oleh Rosmah (Bini Najib) berdasarkan dari Sistem Maklumat Kastam yang telah didedahkan bahawa Rosmah Mansor Wanita yang menganggap dirinya sebagai First Lady Of Malaysia telah mengimport sebentuk cincin berlian yang dikenali sebagai 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut"

Dan hari ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j (Bukan RM Bro.. tapi USD)


Ada yang menuduh Rosmah tidak membayar cukai barangan tersebut tetapi sebenarnya barang kemas tidak dikenakan cukai oleh kerajaan Malaysia kerana Najib (Suami Rosmah) telah menghapuskan cukai bagi barang berkenaan pada Oktober 2010, namun begitu ianya perlu diistihar atau ikrar kepada Kastam .






Ada juga pencacai UMNO yang mempertahankan pembelian Cincin Permata yang berharga jutaan ringgit itu.. katanya "Takkan lah kita tidak mampu Berfikir, Jika Datin Seri Rosmah beli cincin berharga 24.4 juta tu dan beliau seorang isteri Kepada Perdana Menteri beliau boleh pakai sahaja cincin tu dan tidak perlu untuk mengistihar barangan dilaluan Kastam. Rosmah boleh lalu sahaja dihadapan Kastam Malaysia.

Demi mempertahankan pembelian Cincin Permata yang bernilai jutaan Ringgit itu pencacai itu mendakwa apa yang terpapar di screen Sistem Maklumat Kastam itu adalah fitnah.

Yang menimbulkan persoalan disini bagaimanakah Rosmah Mansor mampu memiliki wang sebegitu banyak iaitu USD24,458,400.00 untuk membayar harga Cincin Permata itu sedangkan beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri?

Itu mengenai Cincin yang berharga USD24,458,400.00.. bagaimana pula dengan Bangle ini yang juga telah dibeli oleh Rosmah (Bini Najib) juga dari Jacob & Co? Berapa juta pulakah yang dihabiskannya untuk memiliki Bangle ini?





Pagi tadi dilaman website Jacob and Co, sila lihat di SINI jika korang klik dekat ikon Who's wearing Jacob & Co korang akan melihat beberapa orang celebriti dunia memperagakan barang kemas yang mereka beli dari Jacob & Co.

Antaranya ialah..



Halle Barry


Beyonce Knowles


Jennifer Lopez


Dan paparan yang terakhir ialah gambar Rosmah (Bini Najib) menggayakan Zebra Safari Bangle


Itu pagi tadi.. kalau korang klik sekarang gambar yang terakhir ialah gambar mamat kat bawah ni pasal gambar Rosmah (Bini Najib) dah dikeluarkan tengahhari tadi..






Rosmah (Bini Najib)menggayakan Zebra Safari Bangle


Zebra print pave diamond bangle from Safari collection.
Features: white and black pave diamonds total carat weight 65.77 in 18k white gold.






Kalau cincin berlian yang dikenali sebagai 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut" itu berharga USD24,458,400.00 atau lebihkurang RM74 Juta.. korang agak berapa pula harga Zebra Safari Bangle yang juga dibeli dari Jacob & Co milik yahudi??

Najib tidak disambut dengan Permaidini Merah di Britain?

Posted: 13 Jul 2011 01:03 AM PDT

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.


Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.

"Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

"Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.

"David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima," katanya.

Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan."

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tiada perubahan

Posted: 13 Jul 2011 12:23 AM PDT

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.


Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

"Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,"ujarnya.

"Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,"ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

"Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,"ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat.


Harakahdaily

Tuduhan Liwat : Perbicaraan ditetapkan 8 - 26 Ogos ini

Posted: 12 Jul 2011 10:02 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.


Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


[Baca berita penuh]

Babi, Biawak dan Itik ditujukan kepada Siapa oleh Siapa?

Posted: 12 Jul 2011 08:14 PM PDT

Semalam setelah mengosongkan Komtar apabila menerima panggilan bahawa terdapat bom telah diletakkan dibangunana itu, pihak Polis menemui tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Babi, Biawak dan Itik?

Kalau korang pernah terlihat gambar diatas semasa demo Anti-BERSIH yang kononnya tiada kaitan dengan UMNO Pulau Pinang, pasti korang akan terlihat beberapa orang manusia membawa itik..


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya apa kaitan itik itu dengan BERSIH 2.0? tetapi setelah bersembang dengan seorang sahabat baru aku tahu itik itu adalah simbolik kepada YB Malik Kassim yang dikatakan bersuara itik..

Jadi kalau tiga binatang diatas iaitu Babi, Biawak dan Itik ditemui polis diletakkan didalam Beg Hitam yang dikatakan Bom itu.. korang pasti tahu ketiga-tiga binatang itu ditujukan kepada siapa dan oleh siapa?

Kalau korang tak tahu tapi nak tahu.. Babi ditujukan kepada Guan Eng KM Pulau Pinang, Biawak pula ditujukan kepada P. Ramasamy TKM Pulau Pinang manakala itik pula simbolik kepada YB Abdul Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang..

Korang boleh agak tak siapa punya kerja??


Bukan bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

- Bernama

BERSIH 2.0 : Catatan seorang peserta Cina yang turut serta..

Posted: 12 Jul 2011 10:47 AM PDT



... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.



"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.



Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.


MerdekaReview

Chua Soi Lek kata Gambar dan Video tidak menyatakan kebenaran..

Posted: 12 Jul 2011 09:54 AM PDT

Orang kata "a picture tells a thousand words" tapi Presiden MCA ni lain pulak ceritanya..

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek hari ini mendakwa photo dan video rakaman tentang Polis menembak Gas Pemedih mata kedalam kawasan Hospital Tung Shin tidak semestinya menceritakan kejadian yang sebenar kerana ianya boleh dimanipulasi..


Mungkin Presiden MCA ini tidak pernah mendengar apa yang dikata "a picture tells a thousand words" kerana dalam kenyataannya yang cuba untuk menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan kononnya pihak Polis tidak menembak gas Pemedih mata kekawasan Hospital beliau telah berkata gambar boleh menipu dan adalah sukar untuk menterjemahkan apa sebenarnya telah berlaku.

Seterusnya korang bacalah kat bawah..

Hmmm… bak kata orang "Kepala Bapak Dia!!!".. berlambak video yang diupload kedalam YouTube, beratus gambar disiarkan oleh berbagai media termasuk Blog, dia masih menafikan hakikat sebenar.. adakah para pemimpin dalam BN masih tidak tahu majority rakyat tidaklah sebodoh pencacai UMNO/BN?

Bodoh kerana hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN tanpa memperdulikan siaran dari berita-berita lain yang lebih telus.

Kenyataan Presiden MCA itu sama bodohnya dengan kenyataan Liow Tiong Lai yang kelmarin telah menyalahkan angin yang meniup Gas Pemedih mata yang ditembak oleh Polis kedalam kawasan Hospital.. sila baca di SINI

Adakah mereka ini benar-benar bodoh atau sengaja memperbodohkan diri sendiri demi menegakkan benang basah?

Chua: Pictures, videos don't tell the truth

KUALA LUMPUR: MCA president Dr Chua Soi Lek must have not heard of the adage "a picture tells a thousand words". Today he came out in defence of the police firing tear gas into the compound of Tung Shin Hospital by saying pictures can be deceiving and it is difficult to determine what exactly transpired at the hospital on Saturday.

"A picture may not convey the total story, depending on the angle the picture is shot," he said.

"It's just like sometimes newspapers will show the picture of a politician: if they don't support the politician, they will always show him looking very angry, very sad."

Chua's shocking statement comes after numerous eyewitness accounts, and photographic and video evidence showed that the police had fired tear gas into Tung Shin Hospital.

He also said that the police were doing their job when they fired tear gas "near" the hospital.

Chua, a former health minister, said police did what they had to do because they wanted to protect the patients from Bersih 2.0 protesters who used the hospital as refuge.

He said that it was important that the situation be viewed impartially, adding that the police would have been criticised for failing to disperse the protesters who had gathered in the compound.

"If the police don't do anything, people will say the police failed to safeguard the patients in the hospital," he told a press conference at the party headquarters here.

Yesterday, Health Minister and MCA deputy president, Liow Tiong Lai, denied opposition allegation that tear gas was fired into the hospital compound.

However, opposition politicans claimed that pictures and videos depicting a true account of the incident have been circulating on the Internet.

Liow, who was also present at today's conference, said that he was informed by Tung Shin's management that the tear gas was fired into a nearby carpark and not into the hospital compound.

He said that both the health and home ministries will look into the incident, adding that the people should stop speculating and allow the police to do their job.

"If there is any other proof… let the police investigate. So be patient for the report," he said.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: