Anak Sungai Derhaka |
- 9 Julai... Rakyat Bangkit!
- BERSIH 2.0 : Patutlah Peniaga Rugi...
- Kuala Lumpur milik rakyat Malaysia, jumpa di Stadium Merdeka esok!!
- BERSIH 2.0 : Kekerasan Najib akan mengundang padah buat BN
- Adakah mereka ini pengundi dari langit?
| Posted: 08 Jul 2011 08:04 AM PDT "Walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!", kata Bersih. Begitulah nampaknya! Sudah cukup rasanya Bersih dikhianati dan diaibkan oleh kerajaan yang kini telah hilang maruah diri!Dalam satu kenyataan tegas yang dikeluarkan lewat semalam, Bersih bertegas, "walau apa pun terjadi, kita akan terus mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai jam 2.00 petang!" Inilah jawapan terakhir Bersih untuk menangkis segala halangan, amaran dan alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk menyekat perhimpunan Bersih di stadium. Bersih tetap terus mengadakan perhimpunan walaupun berpindah lokasi dari demonstrasi di jalan raya ke stadium ekoran dari campurtangan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan selepas Najib menawarkan stadium sebagai lokasi untuk perhimpunan itu. Dan adalah sesuatu yang sungguh memeranjatkan apabila Najib dan kerajaannya pusing 360 darjah dalam tempuh sehari sahaja. Baru petang Selasa lalu (5 Julai) Bersih menghadap Seri Paduka ketika mereka menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium bagi menyelesaikan kemelut di antara Bersih dengan kerajaan. Dalam menangani isu ini kerajaan Barisan Nasional kelihatan sungguh panik apabila terserlah dari tindak tanduk mereka dengan membuat beberapa tangkapan bagi menghalang demonstrasi jalanan. Ketika Bersih bersetuju untuk tidak mengadakan demonstrasi jalanan, Najib segera menyatakan kesudiannya untuk bertemu dengan Bersih mengenai stadium yang sesuai untuk tujuan itu. Pada hari berikutnya, Rabu (6 Julai), Bersih menyatakan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka berdasarkan tempat itu mempunyai kesan sejarah dan kedudukannya yang strategik. Bersih turut menyatakan bahawa mereka yakin stadium itu boleh digunakan pada 9 Julai memandangkan konsert yang dijadualkan esok telah dibatalkan. Penentangan dari Pemuda Umno Tetapi Pemuda Umno lantas berkata, "kami menentang penggunaan Stadium Merdeka oleh Bersih. Ini bukan tempat untuk perhimpunan politik. Lakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat." Seterusnya pihak pengurusan stadium menolak permohonan Bersih dengan alasan ada "acara sukan staf pengurusan" dan "penambaikan stadium". Apa yang Perdana Menteri, yang bersetuju perhimpunan itu diadakan di stadium, katakan berhubung perhimpunan di Stadium Merdeka? Beliau berkata terpulanglah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menangani isu ini untuk bertindak mengikut keperluan keselamatan dan ketenteraman negara. Najib menekankan bahawa kelulusan hanya akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar tetapi Bersih tidak pernah berdaftar maka ianya sebuah pertubuhan haram. Beliau tidak pula menunjukkan tanda-tanda bahawa Bersih boleh mendapat kelulusan untuk menggunakan stadium itu. Kemudian Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang telah pun mengisyitharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram, membuat pengumuman yang mengejut dan memeranjatkan. Katanya, Bersih masih haram walaupun isu ini berjaya diatasi mengikut kehendak Perdana Menteri di mana Seri Paduka bertindak sebagai orang tengah. Hishammuddin berkata, "mereka telah diharamkan. Tidak ada sesiapa yang boleh meletak mereka di atas undang-undang. Hanya kerana Seri Paduka bertemu dengan mereka, ini tidak bermakna mereka tidak lagi haram." Walaupun ianya dianggap sebuah pertubuhan haram, Hishammuddin membuat kenyataan bahawa Bersih masih boleh membuat permohonan untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi tidak memberi jaminan bahawa permit itu akan diluluskan. Bersih dikhianati Akhirnya pintu untuk Bersih mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur telah ditutup apabila Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk mengharamkan Bersih dari mengadakan demonstrasi di mana-mana stadium di sekitar Kuala Lumpur. Sebaliknya, Rais mencadangkan supaya Bersih mengadakan perhimpunan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sementara itu, tekanan polis terhadap penyokong Besih berterusan, menahan siapa saja yang memakai baju T bewarna kuning atau membwa apa saja cenderahati atau bahan berkaitan Bersih. Setakat ini, terdapat lebih 200 tangkapan telah dibuat, termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. Setengahnya didakwa di mahkamah manakala yang lain didakwa di bawah akta zalim, Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara yang secara tradisinya digunakan untuk membendung kegiatan jenayah maksiat. Menteri-menteri dan pihak polis memberi amaran bahawa walaupun kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium diluluskan tetapi sesiapa sahaja yang menyokong Bersih termasuk memakai baju T kuning akan dtahan. Undang-undang karut-marut Maka, Bersih telah dipermainkan! Bersih berkompromi dengan melepaskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi jalanan adalah atas dasar hormat kepada Agong dan bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri. Tetapi sebagai balasannya, Bersih dinafikan penggunaan stadium untuk perhimpunan aman itu. Para penyokong terus diburu dan didakwa melalui salah guna polis yang berleluasa dan berselindung disebalik undang-undang yang didakwa sah. Hishammuddin mendakwa Bersih sebuah pertubuhan haram kerana ianya tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan maka mana-mana bahagian atau aktiviti yang mempromosi Bersih adalah haram, termasuk demonstrasi jalanan. Tetapi ini betul-betul merupakan undang-undang yang karut. Bersih bersifat sementara dan gabungan yang longgar melibatkan 62 buah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar, yang bersama-sama turut bekerjasama menuntut reformasi pilihan raya bersih dan adil. Jika NGO-NGO ini merupakan entiti yang berdaftar, bagaimana mungkin mereka menjadi haram hanya kerana mereka bersatu padu dalam mencapai objektif yang murni? Jika Bersih diharamkan maka kesemua NGO dalam kumpulan ini juga dianggap haram dan termasuk ahli-ahli yang menganggotai NGO -NGO ini. Begitu juga, dengan mana-mana kumpulan yang berdaftar yang menyertai perjuangan yang mempunyai matlamat bersama juga mesti dianggap sebagai haram termasuk Pakatan Rakyat, yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP. Kenapa Hishammuddin tidak mengharamkan Pakatan Rakyat dan mengisytihar matlamat bersama mereka juga haram? Bolehkah Hishammuddin menjelaskan kenapa pihak polis masih memburu dan menangkap individu-individu yang memakai simbol Bersih, gabungan yang diakui sah oleh Perdana Menteri sendiri ketika menawarkan stadium sebagai tempat alternatif? Bukankah seluruh jentera kerajaan Barisan Nasional – Perdana Menteri, kabinet, polis dan kehakiman – menunjukkan kebodohan mereka apabila mendakwa gerakan-gerakan massa ini dengan memperalatkan undang-undang yang direkacipta? Tidak menghormati Agong Tetap dengan pendiriannya bahawa Bersih adalah haram walaupun persetujuan telah dicapai dengan PM di bawah naungan Seri Paduka, bukankah ini bermakna Hishammuddin telah mencemar ke bawah duli Tuanku dan menghina Agong serta sekaligus tidak menghormati dua pemimpin tertinggi di negara ini? PM pula kelihatan seolah-olah mempersenda usaha murni Seri Paduka untuk mencapai persetujuan apabila Najib tidak mematuhi janjinya sendiri untuk membenarkan Bersih meneruskan perhimpunan aman itu. Ditengah-tengah pengkhianatan para pemimpin BN, kita ingin merakamkan tahniah kepada Bersih di atas tekad dan keazaman mereka untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Dalam satu kenyataannya yang ditandatangani oleh kesemua 14 ahli jawatankuasa pemandu semalam, Bersih berkata, "Sebagai anggota masyarakat yang komited dengan prinsip integriti, kami bertekad untuk mematuhi arahan Seri Paduka dan akan menganjurkan perhimpunan kami dalam stadium bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Sama ada kerajaan akan mematuhi prinsip mereka atau tidak, kami sebagai rakyat Malaysia akan memegang kepada prinsip kami. "Keazaman dan tekad kami untuk menggunakan hak kami yang dijamin dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi memperjuangkan matlamat yang murni dan adil ini tidak pernah luntur." Memandangkan Bersih kini mengendalikan operasinya dengan berhemah, kita juga harus memberi respon dan kerjasama sepertinya. Inilah masanya untuk kita bangun untuk menuntut hak kita – kebebasan dan maruah serta hak kita untuk menentukan masa depan kita sendiri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Marilah kita keluar beramai-ramai dengan memakai serba kuning dan biarlah pengkhianat-pengkhianat negara tenggelam dalam lautan kuning di Kuala Lumpur esok. Jadikan 9 Julai sebagai satu tarikh yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai hari di mana rakyat Malaysia akhirnya bangkit untuk menuntut hak mereka daripada cengkaman pemerintah yang zalim. Free Malaysia Today |
| BERSIH 2.0 : Patutlah Peniaga Rugi... Posted: 08 Jul 2011 05:23 AM PDT Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok. Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka. azlanMenurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara. Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. NONESehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok. Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini. NONESelain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0. Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka. Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat. Malaysiakini |
| Kuala Lumpur milik rakyat Malaysia, jumpa di Stadium Merdeka esok!! Posted: 07 Jul 2011 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan bahawa Kuala Lumpur adalah milik semua rakyat Malaysia dan kerajaan tidak berhak untuk melarang mereka memasuki bandaraya itu.Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi NGO itu, Bersih mengingat rakyat tidak kira samada kerajaan melarang atau tidak, himpunan aman tetap akan diadakan di Stadium Merdeka esok. "Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka," petik kenyataan itu. NGO itu juga secara sinis menegaskan Kuala Lumpur bukan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. "Pihak berkuasa terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tercinta ini milik semua rakyat dan bukan milik Najib dan Rosmah," kenyataan Bersih yang dipetik. Semalam, pihak polis mengeluarkan perintah larangan mengharamkan 91 individu termasuk pemimpin bersih, masyarakat sicil dan pemimpin politik memasuki Kuala Lumpur pada himpunan aman Sabtu ini. Daripada 91 individu yang dilarang, seramai 66 orang adalah dari kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya. Manakala ahli politik Pakatan Rakyat terdiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu. Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. "Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan. "Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa Bersih 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil." "Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara rakyat yang aman akan didengar di Kuala Lumpur 9 Julai ini," jelas kenyataan tersebut. Menurut Bersih, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam dan Najib tidak perlu menunjukkan kuasanya sebagai diktator. "Bersih 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang untuk semua," jelas kenyataan tersebut. http://www.keadilandaily.com/?p=16795 |
| BERSIH 2.0 : Kekerasan Najib akan mengundang padah buat BN Posted: 07 Jul 2011 09:42 PM PDT Tindakan keras kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil) boleh menjejaskan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata bahawa pengundi mungkin berpaling menentang Umno-BN jika mereka merasakan bahawa kerajaan sedang mencabuli hak-hak mereka. "Apa sahaja yang kerajaan lakukan (sekarang), ia akan dipantulkan pada pilihan raya. Jika mereka (pengundi) merasakan bahawa kerajaan ini menindas, mungkin kerajaan akan kehilangan undi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. "Tetapi ada beberapa orang yang berfikir bahawa kerajaan terlalu lembut ... contohnya, (ada yang bertanya) "Mengapa mereka harus membenarkan demonstrasi di dalam dewan?" Mahathir bagaimanapun, mengelak sama ada kerajaan telah keterlaluan dalam tindakan keras ke atas Bersih, sambil berkata "itu sekadar pendapat". "Saya fikir kerajaan berpendapat mereka perlu mengambil tindakan keras, sesetengah orang berfikir kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan keras. Malah di dalam kerajaan, terdapat beberapa (orang) yang setuju, dan ada beberapa (orang) yang tidak; ini adalah perkara biasa," katanya. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan telah mengambil tindakan keras ke atas aktivis dan penyokong Bersih. Untuk demonstrasi, Mahathir berkata bahawa mereka hanya boleh dibenarkan jika sudah tidak mempunyai jalan lain. "Jika anda mahu berdemonstrasi, lakukan apabila sudah tiada cara lain untuk menyuarakan pandangan," katanya, sambil menambah bahawa tuntutan pilihan raya Bersih dapat diselesaikan dengan cara yang lain. Beliau juga berkata demonstrasi adalah hak kebebasan yang dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi. Walau bagaimanapun, dengan melihat Mesir sebagai contoh, beliau memberi amaran bahawa perhimpunan yang berterusan mungkin mempunyai kesan yang menjejaskan sesebuah negara. "Anda perlu berhati-hati setiap kali anda melakukan perkara ini. Saya baru pulang dari Mesir ... mereka melakukan demonstrasi besar untuk menumbangkan kerajaan. Tetapi selepas itu, mereka masih melakukan demonstrasi," katanya. Mahathir menambah bahawa sebagai kesan daripada demonstrasi yang berterusan di sana, negara itu telah mengalami kemerosotan ekonomi. Beliau juga berkata bahawa dia mengetatkan kawalan demonstrasi dari kedua-dua belah pihak politik ketika beliau berkuasa. "Pada tahun 1986, apabila Umno mahu menunjukkan kekuatan, mereka mahu membawa masuk 500,000 orang ke Kuala Lumpur. Kami menghalangnya. Bukan sahaja kepada pembangkang, kita juga menghalang walaupun dari pihak kerajaan," katanya. Bagaimanapun beliau mengelak apabila merujuk kepada komen pedas anak perempuannya Marina Mahathir terhadap penghapusan Bersih. "Saya tidak selalunya bersetuju dengan anak perempuan saya, tetapi itu adalah haknya. Saya memberikan kebebasan demokrasi. Saya tidak ada pendapat (mengenai dirinya)," katanya sambil ketawa. Marina sebelum ini mengutuk kerajaan seperti "negara dunia ketiga", dan menyerang pihak-pihak tertentu yang melakukan serangan peribadi terhadap Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan. |
| Adakah mereka ini pengundi dari langit? Posted: 07 Jul 2011 11:05 AM PDT Imej diatas menunjukkan nama No. Kad Pengenalan, Nama, Alamat , lokaliti dan juga daerah mengundi tiga manusia tertua didunia yang masih hidup dan boleh mengundi kini tinggal di Perak. Mereka adalah antara 1538 warga emas yang usianya melebihi 100 tahun dimana Sembilan dari mereka sepatutnya tersenarai dalam "100 manusia paling tua" Wikipedia, namun tidak tersenarai dimana silapnya hanya SPR yang tahu. Senarai No. Kad Pengenalan, Alamat dan usia mereka sila lihat di (SINI) Bayangkan apa pandangan dunia terhadap Malaysia jika dunia mengetahui di Malaysia ramai rakyatnya yang berusia melebihi 100 tahun, pasti dunia akan kagum.. Walaupun nama mereka tidak tersenarai dalam Wikipedia, mereka masih boleh berbangga kerana mereka punya tempat tinggal, ini terbukti melalui alamat yang terpapar dalam imej diatas. Mereka boleh berbangga kerana mereka tidak berkongsi tempat tinggal atau berkongsi alamat dengan 87 orang lagi ataupun 63 orang lagi seperti yang boleh kita lihat di (SINI) Mereka mempunyai alamat tempat tinggal, begitu juga dengan 88 dan juga 64 pengundi yang berkongsi dua alamat yang berbeza, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang disenaraikan dibawah.. Mereka-mereka dibawah ini yang mempunyai No. Kad Pengenalan, Nama, lokaliti dan juga daerah mengundi tetapi mereka tidak mempunyai alamat tempat tinggal… Bagaimana agaknya petugas-petugas pilihanraya terutamanya yang bertugas sebagai 'Polling And Counting Agent' (PACA) samada dari pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional boleh mengenali mereka? Jika mereka tiada alamat tempat tinggal bagaimanakah nama mereka boleh tersenarai sebagai pengundi? Adakah mereka ini bakal diturunkan dari langit bila tiba hari mengundi? Jawapannya ada ditangan SPR.. Disemak dari daftar pemilih dibawah.. (click image to enlarge view) |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan