Anak Sungai Derhaka |
- BERSIH 2.0 : Najib lidah biawak!
- BERSIH 2.0 : Tindakan Kerajaan Malaysia dipuji oleh PBB
- Pak Pandir, Pak Kaduk dan Molotov cocktail.
- Agong tak hingin jumpa PERKASA ? (Video Inside)
- Alahai PDRM.. apa korang buat ni??
- Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi!!
- Polis sebabkan kesesakan teruk
- BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
- Malaysia punyai penduduk Paling Tua di Dunia.. apa penjelasan SPR?
BERSIH 2.0 : Najib lidah biawak! Posted: 06 Jul 2011 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR 6 JULAI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan. Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu, tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu. Najib berkata mana-mana pihak yang membuat permohonan untuk perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Kenyataan itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah Najib sendiri menyatakan kesediaannya semalam untuk berjumpa dengan penganjur Bersih bagi membincangkan tawarannya itu. Bagaimanapun Perdana Menteri menukar rentaknya hari ini dan menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. "Kita serahkan kepada polis untuk membuat keputusan dengan mengambilkira soal keselamatan," kata beliau. Penganjur Bersih menegaskan pihaknya tidak boleh memerlukan sebarang pendaftaran kerana ia hanya merangkumi 62 pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi agenda untuk menuntut pilihanraya adil dan telus. Pengumuman terbaru Perdana Menteri membayangkan kerajaan masih keberatan untuk meluluskan perhimpunan Bersih sungguhpun penganjur membatalkan rancangan awal untuk berarak ke Istana Negara. Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa bahawa hakikat Yang DiPertuan Agong berjumpa rombongan Bersih semalam, tidak menjadikan gabungan itu sah dari segi undang-undang. Kenyataan Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu dibidas oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati institusi Istana Negara sendiri. Rombongan Bersih semalam memutuskan untuk membatalkan perarakan jalanan selepas di nasihati oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam. TVS News |
BERSIH 2.0 : Tindakan Kerajaan Malaysia dipuji oleh PBB Posted: 06 Jul 2011 06:16 AM PDT Malaysia mencipta satu lagi sejarah bila mana tindakan Kerajaan melalui pihak Polis untuk mengekang atau menghalang Perhimpunan BERSIH 2.0 mendapat pujian oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Rupert Colville. Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN juga dipuji kerana telah menahan aktivis-aktivis yang memakai dan memiliki Kemeja-T kuning dan risalah kempen Bersih.. Dipuji??? Korang bacalah kat bawah ni.. dipuji atau dikeji? OHCHR PRESS BRIEFING NOTE – Malaysia Spokesperson for the UN High Commissioner for Human Rights: Rupert Colville Location: Geneva 5 July 2011 Malaysia OHCHR has recently been receiving reports of a crackdown by the Malaysian authorities, including harassment, intimidation, arrests and threats, targeting members of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) in the lead-up to a peaceful demonstration scheduled for this coming Saturday, 9 July. According to reliable sources, at least 150 people have been summoned, arrested or charged, including a number of opposition Members of Parliament. The authorities have also reportedly arrested activists simply for possessing Bersih's distinctive yellow T-shirts and campaign pamphlets. We are very concerned about the various measures that are being taken by the authorities to restrict freedom of expression in Malaysia, including preventive detention, and the Government's decision to reportedly declare Bersih an unlawful organization. We call on the authorities to release all those being detained for peacefully exercising their freedom of expression. We also urge the Government to take steps to repeal preventive laws, including the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance of 1969, as already called for by the Working Group on Arbitrary Detention. For more information or interviews, please contact spokesperson Rupert Colville (+41 22 917 9767 or rcolville@ohchr.org ) or press officers: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 or rshamdasani@ohchr.org ) or Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 or xcelaya@ohchr.org ) Kalau tak berapa faham sila baca di SINI |
Pak Pandir, Pak Kaduk dan Molotov cocktail. Posted: 06 Jul 2011 05:57 AM PDT Setelah berfikir panjang, akhirnya Pak Pandir mendapat idea terbaik untuk mengelakkan daripada orang-orang kampung mengetahui dia memiliki wang simpanan yang banyak di rumahnya. Tanpa berlengah lagi, pada malam itu juga Pak Pandir segera mencapai cangkul dan menggali lubang betul-betul di bawah pokok rambutan di halaman rumahnya itu. Setelah lubang yang digalinya mencecah hampir dua kaki dalamnya, dia mencampakkan karung duitnya ke dalam lubang itu dan segera mengambusnya kembali. Tidak cukup dengan itu, bagi benar-benar memastikan tiada jiran-jirannya dapat mengesyaki ada duit tertanam di situ, Pak Pandir turut meletakkan papan tanda yang bertulis "tiada duit ditanam di sini" betul-betul di tempat dia menanam duitnya tadi. Keesokan harinya, alangkah terkejutnya Pak Pandir apabila terdapat sebuah lagi papan tanda lain terpacak bersebelahan papan tandanya yang berbunyi "bukan Pak Kaduk yang ambil duit ini!" Itulah kisah Pak Pandir yang lurus bendul cuba menyorokkan duit-duitnya dari diketahui orang-orang kampungnya tetapi akhirnya telah di curi oleh Pak Kaduk. Itu cerita Pak Pandir dan Pak Kaduk yang merupakan cerita hiburan penglipur lara masyarakat Melayu di masa-masa santai. Pada hari ini di dunia serba moden ini, kita masih boleh melihat kejadian-kejadian seumpama cerita Pak Pandir dan Pak Kaduk tadi yang mungkin pelik bagi sesetengah orang tetapi melucukan bagi sesetengah yang lain. Kalau kita masih ingat ketika gelombang reformasi sedang meledak di negara ini di penghujung 90an dahulu, pihak polis negara ini ketika itu telah menemui 'molotov cocktail' di satu tempat sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tetapi mungkin 'molotov cocktail' tersebut dibuat oleh Pak Pandir yang hanya cuba meniru-niru tanpa memahami bagaimana ia berfungsi, apabila 'molotov cocktail' itu hanya diperbuat daripada botol plastik air mineral. Baru-baru ini pula, ketika umumnya masyarakat negara ini mengetahui kerajaan negara ini sedang sedaya upaya untuk cuba menggagalkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), sekali lagi media melaporkan penemuan bom api buatan sendiri itu di lokasi asal perhimpunan itu bakal diadakan. Pemikiran ala Pak Pandir, Pak Kaduk Jika dalam kisah Pak Pandir dan Pak Kaduk, mereka meletakkan papan tanda penafian masing-masing, pihak yang meletakkan 'molotov cocktail' tersebut juga tidak kurang 'pandirnya' apabila menulis perkataan Bersih pada botol-botol 'molotov cocktail' itu. Selang beberapa hari selepas penemuan pertama itu, sekali lagi 'molotov cocktail' ditemui di sebuah lokasi lain bersama parang, pemetik api dan mercun. 'Molotov cocktail' yang ditemui kali ini tiada pula tertera perkataan Bersih tetapi turut ditemui bersama beberapa helai kemeja-t berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih 2.0. Jika difikirkan oleh fikiran yang stailnya ala-ala Pak Pandir atau Pak Kaduk, memang mudah untuk mengaitkan 'molotov cocktail' tersebut dengan pihak yang bakal mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 itu nanti. Namun jika diperhalusi, alangkah bodohnya bagi pihak yang kononnya menyokong perhimpunan Bersih 2.0 itu apabila menyimpan atau menyorokkan 'molotov cocktail' samada yang dilabelkan dengan perkataan Bersih atau pun yang disertakan kemeja-t Bersih bersama. Betul!-ia betul-betul bodoh! Bagaimana pula sekiranya tindakan meletakkan 'molotov cocktail' di situ merupakan tindakan sabotaj dari pihak lain bagi memburukkan imej Bersih di mata masyarakat dan menggagalkan perhimpunan itu nanti? Sama juga, ia masih kelihatan bodoh seperti Pak Pandir dan Pak Kaduk kerana tindakan seperti itu tidak masuk dek akal dan tidak akan mencapai maksud yang dihajatkan, malah akan mendorong masyarakat untuk cenderung mencurigai ketelusan pihak berkuasa demi menghalang perhimpunan itu diadakan. Taktik mudah dibaca Bahkan penemuan tersebut lebih menampakkan 'Pak Pandir' dan 'Pak Kaduk' ini dengan sengaja mahu mengaitkan 'molotov cocktail' tersebut dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu dan ternyata ia hanya menemukan kegagalan kerana taktik seperti ini begitu mudah dibaca. Malah ada juga suara-suara yang lebih berani dengan mengaitkan tindakan meletakkan 'molotov cocktail' tersebut dengan pihak berkuasa sendiri, lebih-lebih lagi dengan penemuan kedua yang turut terdapat kemeja-t Bersih 2.0 yang banyak dirampas oleh pihak berkuasa sebelumnya. Ketika artikel ini ditulis, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan belum ada mana-mana pihak yang ditahan berhubung isu yang menambah kehangatan isu perhimpunan Bersih 2.0 ini. Masyarakat di negara ini yang cintakan keamanan tentunya mengharapkan satu siasatan yang juga telus, bersih dan adil daripada pihak berkuasa negara ini. Walau apa pun, yang sudah nyata, tidak kira Pak Pandir atau Pak Kaduk mana sekali pun yang bertanggungjawab meletakkan 'molotov cocktail' itu, tahap pemikirannya lebih teruk berbanding watak Pak Pandir asal di dalam cerita penglipur lara masyarakat Melayu itu. Pak Pandir asal hanyalah seorang lelaki kampung, kolot dan lurus bendul tetapi tidaklah mempunyai agenda jahat terhadap masyarakat kampungnya seperti mana Pak Pandir yang meletakkan 'molotov cocktail' itu. |
Agong tak hingin jumpa PERKASA ? (Video Inside) Posted: 06 Jul 2011 01:14 AM PDT malaysiandigest melaporkan "Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty. According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him. Terjemahannya berbunyi lebih kurang macam ni.. Presiden PERKASA, Ibrahim Ali hari ini membatalkan jadualnya untuk masuk mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyerahkan surat memohon untuk mengadap kebawah Duli Tuanku. Menurut sumber, pembatalan itu adalah kerana pihak Istana tidak membenarkan PERKASA untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong.. Kah..kah..kah.. apa nak jadi ni?? Yang berapi-api mengaku memperjuangkan nasib Bangsa Melayu tak diterima masuk mengadap Raja Melayu? Memalukan sungguh.. Nampak sangat yang mengistihar PERKASA sebagai pertubuhan pejuang Melayu hanyalah beberapa kerat Pemimpin UMNO.. bukannya Raja-Raja Melayu sendiri.. Kalau begini eloklah ditukar agenda PERKASA tu dari memperjuangkan nasib Melayu kepada memperjuangkan nasib pemimpin UMNO.. BERSIH 2.0 yang diterajui oleh Ambiga kumpulan yang dikatakan Haram oleh Hishamuddin diterima masuk mengadap.. tapi PERKASA pertubuhan racist yang dihalalkan oleh Hishamuddin tak diterima masuk oleh Tuanku?? Malang sungguh nasib Pak Brahim.. ada gelaran 'Datuk' pun dah kena lucut.. nak jumpa Agong pula, Agong tak hingin nak jumap dia.. yang nil ah orang kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong… Malu weh!!! Video khas buat Ibrahim Ali.. |
Alahai PDRM.. apa korang buat ni?? Posted: 06 Jul 2011 12:25 AM PDT Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Hmm.. bagilah alasan yang lojik sikit.. takkanlah kat dalam KL tu tak ada kedai hardware yang menjual parang dan Petrol Pump yang menjual petrol untuk dijadikan Molotov Koktail yang botolnya menggunakan botol plastic seperti yang Polis jumpa tu… Kalau nak mencegah penyeludupan senjata kenapa buat di KL sedangkan senjata biasanya diseludup dari luar Negara, buatlah pemeriksaan kat sempadan tu, geledah semua kereta yang masuk Malaysia.. Lagipun menurut beberapa sahabat yang terperangkap dalam kesesakan pagi tadi, dia orang tak nampak pun kereta-kereta digeledah Polis… Alahai PDRM!! Nak buat rakyat marahkan BERSIH 2.0 korang yang dimarah.. pasal rakyat sekarang semakin bijak.. Polis: Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. Walaupun Tun Hisan (dua dari kiri), the Star Online memohon maaf kerana gangguan itu tetapi berkata tindakan berkenaan perlu kerana sepanjang 48 jam yang lalu pihak polis telah merampas sejumlah bom petrol, parang dan mercun. Katanya, polis percaya senjata berkenaan akan digunakan pada perhimpunan Sabtu ini. "Tindakan ini adalah pencegahan. Kami mempunyai tugas untuk melindungi orang ramai dan memastikan ketenteraman dan keselamatan terkawal dan aman sepanjang masa. "Kami harap orang ramai akan bersabar dan memberi kerjasama kerana bukan tujuan kami menimbulkan masalah. Kami mempunyai tanggungjawab dan terpaksa melakukannya," katanya. Tun Hisan berkata siasatan berhubung rampasan senjata itu akan tetap diteruskan meskipun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membatalkan perhimpunan jalanan dan bersetuju memindahkannya ke sebuah stadium. Semalam, polis mendakwa merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang dan mengaitkannya dengan perhimpunan, Sabtu ini. Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur, iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.Malaysiakini Berita pagi tadi... Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini. Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook. Berikut sebahagian daripada komen mereka. Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia. Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the..... Don Sha: Hapa pun tableh! Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau.... Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker? Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la! Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN? Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni. Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah. RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads... RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use. RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour! RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam! RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya. RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh! @kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents. |
Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi!! Posted: 05 Jul 2011 10:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya. Keputusan tiga anggota panel yang diketuai hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara membuat keputusan itu ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwa. Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop. Peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Pada 6 Jun lalu, Peguam Karpal Singh mengemukakan rayuan untuk menukar hakim bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perbicaraan yang adil. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rayuan selepas Zabidin menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan beliau daripada mendengar kes tersebut Karpal berpendapat Zabidin melakukan pra-penghakiman dan menjatuhkan hukuman sebelum mengarahkan Anwar untuk membela diri. Ia adalah kali ketiga peguam Anwar bertindak untuk menggugurkan Zabidin. Permohonan pertama dibuat Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu bagaimanapun ditolak. http://www.keadilandaily.com/?p=16657 |
Polis sebabkan kesesakan teruk Posted: 05 Jul 2011 10:08 PM PDT Kuala Lumpur dan jalan sekitar sesak teruk akibat sekatan jalan raya yang dilakukan polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini. Polis bertindak demikian meskipun Yang di Pertuan Agong telah menitah dan memperkenan supaya himpunan aman tersebut dijalankan di stadium. Antara jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan, lapor Malaysiakini. Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar berkata beliau mempersoalkan tujuan sebenar polis berbuat demikian, yang secara jelas cuba menakut-nakutkan rakyat yang mahu berhimpun secara aman Sabtu ini. "Agenda apa yang diaturkan mereka di sebalik sekatan jalan di pintu-pintu utama masuk ke ibu negara, apakah ada agenda lain daripada polis," ujarnya. Menurutnya, ia juga membuktikan polis engkar kepada Titah Khas Yang dipertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium. "Taktik ini selalu digunakan polis dan pihak tidak bertanggungjawab bagi menggagalkan perhimpunan dan rancangan rakyat," katanya. http://www.keadilandaily.com/?p=16651 |
BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka Posted: 05 Jul 2011 09:30 PM PDT Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang. Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini. Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini. Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif. Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta. Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. Malaysiakini |
Malaysia punyai penduduk Paling Tua di Dunia.. apa penjelasan SPR? Posted: 05 Jul 2011 11:15 AM PDT Dari 100 manusia yang paling panjang usianya yang disenaraikan oleh Wikipedia, manusia yang paling panjang usianya adalah seorang warga Perancis iaitu Jeanne Calment yang dilaporkan telah dilahirkan pada 21 Februari 1875 dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 164 hari pada 4 Ogos 1997. Manakala yang kedua panjang usianya pula adalah Sarah Knauss seorang warga United States yang dilahirkan pada 24 September 1880 dan meninggal dunia pada 30 Disember 1999 pada usia 119 tahun 97 hari. Antara yang tersenarai dalam 100 manusia yang paling panjang usianya tetapi masih hidup hingga kini adalah Besse Cooper yang masih hidup di United States, beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1896 dan telah berusia melebihi 114 tahun. Dan lima orang lagi juga telah berusia melebihi 114 tahun dan masih hidup ialah tiga warga Jepun, seorang warga Itali dan seorang lagi pula warga United States. Lagi 90 manusia tertua di dunia sila lihat di SINI Kita mungkin berkata panjangnya usia mereka adalah kerana tabiat pemakanan dan juga persekitaran mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka itu.. Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun? Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi.. Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia. Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi usia manusia paling tua di dunia iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan.. Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih.. No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur 790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132 800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131 850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126 850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126 450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125 870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124 881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123 881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123 881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123 890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122 901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121 910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120 910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120 921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119 921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119 931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118 931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118 931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118 930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118 930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118 941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117 940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117 940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117 941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117 951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116 950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116 960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115 961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115 961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115 960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115 971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114 970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114 971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114 980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113 981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113 980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113 980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113 980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113 981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113 980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113 981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113 991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112 991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112 991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112 991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112 991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112 991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112 990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112 990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112 Senarai penuh sila download di SINI Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan