Anak Sungai Derhaka |
- BERSIH 2.0 : Polis tak peduli titah Agong?
- 10,000 Pengundi Hantu dikesan di Selangor
- Bersih di Stadium : SMS Orang sakit hati..
- BERSIH di Stadium.. Pemuda UMNO boleh jaga Pintu Stadium pula.. (Video Inside)
- Pengundi Klon ganti Pengundi Hantu?
- Pakatan terima Himpunan Bersih 2.0 di stadium
- Ambiga dah masuk Istana ni.. mana puak yang nak pertahan Istana hari tu?
- 125 Pengundi yang dibantah di Kota Raja diterima SPR
- Bahan letupan, senjata ditemui.. Siapa punya kerja ni??
- Kalau dah BODOH, jangan nak tunjuk pandai..
- Tapi Pakcik... Yang berkawan dengan Komunis itu UMNO..
BERSIH 2.0 : Polis tak peduli titah Agong? Posted: 05 Jul 2011 09:01 AM PDT KOTA DAMANSARA: Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi. Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini. Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun. Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan. Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu. Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram. Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit. Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan. Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih. "Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium. Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan. "Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara," kata beliau. Sementara itu, polis menahan Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Rembau, Norliza Samsudin di Balai polis Alor Gajah, Melaka. Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dilaman twitternya, Norliza ditahan hanya kerana pihak polis menjumpai lencana Bersih di dalam poket bajunya. Sehingga kini Norliza tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga dan pihak peguam. http://www.keadilandaily.com/?p=16632 |
10,000 Pengundi Hantu dikesan di Selangor Posted: 05 Jul 2011 06:07 AM PDT Sebelum itu... Seorang warga emas penyokong tegar UMNO telah berkata kepada seorang sahabat aku bila isu 88 pengundi satu alamat dibangkitkan "BOHONG!! mana ada benda macam tu.. kita ni dah 54 tahun Merdeka, tak mungkin ada lagi benda macam tu...aku tak percaya, hang tunjuk bukti kat aku.." Panas telinga kawan aku mendengarnya lalu dia meminta tempoh sehari atau dua hari bagi membuktikan dakwaan itu.. Biarpun aku tak faham apa kena mengena Merdeka dengan isu 88 pengundi satu alamat tu.. aku tolong juga kawan aku tu buktikannya.. print keluar semua daftar pengundi yang ada alamat tu jumlahnya lebih dari 100 helai dan semak semula jumlah pengundi di situ.. jumlahnya ialah 91 orang semuanya bukan 88 orang.. Tak tahulah pulak macam mana muka warga emas itu bila melihat seluruh daftar pemilih yang ada alamt yang sama tu.. Berita ini juga berkenaan pengundi hantu.. korang bacalah.. nampaknya semakin banyak hantu yang berdaftar sebagai pengundi sekarang.. Pemuda PAS dakwa 10, 000 pengundi hantu di Selangor SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian. "Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang. "Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini. "Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN," katanya. Sokong Bersih Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil. Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini. Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang. "Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu," katanya. Free Malaysia Today |
Bersih di Stadium : SMS Orang sakit hati.. Posted: 05 Jul 2011 04:58 AM PDT Tak tahulah beruk mana punya kerja ni.. yang pasti manusia atau beruk yang menghantar SMS ni mesti bengang kerana Ambiga yang mewakili BERSIH 2.0 diterima masuk mengadap Yang Dipertuan Agong, sekaligus menjadikan Hishamuddin terpinga-pinga samada untuk terus mengekalkan pengharaman terhadap BERSIH 2.0 atau tidak.. Manusia yang menghantar SMS ini juga semestinya bengang kerana dalam puaknya berapi-api mahu mempertahankan Istana dari dikunjungi Ambiga, Ambiga pula diperkenankan masuk mengadap.. Cadangan buat puak yang nak mempertahankan pintu Istana tu.. sekarang korang bolehlah tolong kitaorang jaga pintu Stadium pula.. err.. tolong kira berapa orang yang masuk, tapi ingat masuk percuma tau.. jangan kutip duit pulak.. Mungkin kerana sakit hati bilamana Tuanku memperkenankan BERSIH 2.0 diadakan di Stadium maka SMS untuk menganiaya pemimpin PKR/PR ini disebar mereka.. JOM KITA AMIK DUIT BELANJA RM200 SEORG & T SHIRT 'BERSIH' UTK DIPAKAI DALAM 'PERHIMPUNAN BERSIH' DI KL. DAPATKN DARI YB MALIK KASIM DI NO 3 JALAN JELITI, SUNWAY TUNAS, JLN PMTG DAMAR LAUT, BYN LEPAS, DAN YB MANSOR OTHMAN, 66. TKT NIBONG KECIL 12, TMN SRI NIBONG, SG NIBONG, MULAI 6 PTG INI. DTG CEPAT SEBELUM HABIS. HEBAHKAN KPD SDRA2 KITA. SMS liar: 2 Exco Pulau Pinang jadi mangsa Dua exco Kerajaan Pulau Pinang menjadi mangsa provokasi pihak tertentu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) secara liar. Mereka, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato' Mansor Othman dan Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kasim. SMS liar itu berbunyi, JOM KITA AMIK DUIT BELANJA RM200 SEORG & T SHIRT 'BERSIH' UTK DIPAKAI DALAM 'PERHIMPUNAN BERSIH' DI KL. DAPATKN DARI YB MALIK KASIM DI NO 3 JALAN JELITI, SUNWAY TUNAS, JLN PMTG DAMAR LAUT, BYN LEPAS, DAN YB MANSOR OTHMAN, 66. TKT NIBONG KECIL 12, TMN SRI NIBONG, SG NIBONG, MULAI 6 PTG INI. DTG CEPAT SEBELUM HABIS. HEBAHKAN KPD SDRA2 KITA. Mohamad Fauzi Noordin, 50, memberitahu Penangdaily bahawa, beliau menerima mesej liar itu kira-kira 4.00 petang lalu. Mansor setakat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas lanjut. Bagaimanapun, Abdul Malik khabarnya dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Negeri untuk membuat laporan polis. Aksi provokasi tersebut dipercaya ada kaitan dengan beberapa aksi Umno dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa yang merancang untuk untuk bertembung dengan perarakan aman rakyat. Bagaimanapun, Presiden Bersih 2.0, Dr S Ambiga sebentar tadi memberitahu bahawa perhimpunan akan diteruskan di Stadium demi menjunjung titah Seri Paduka. Penangdaily |
BERSIH di Stadium.. Pemuda UMNO boleh jaga Pintu Stadium pula.. (Video Inside) Posted: 05 Jul 2011 02:21 AM PDT Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah. Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi. Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya". Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan. Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. |
Pengundi Klon ganti Pengundi Hantu? Posted: 05 Jul 2011 02:03 AM PDT KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didakwa gagal mengesan berlakunya penipuan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan fenomena seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, trend pengundi hantu menjelang pilihan raya kini dilihat sudah berubah apabila muncul trend baru yang juga dikenal pasti sebagai pengundi klon. Beliau juga mendakwa dalam semakannya di laman web SPR berjaya mengesan perkara itu. "Semakan hampir satu jam yang dibuat semalam berjaya menemukan lebih 60 data mewakili seorang pengundi yang mempunyai dua identiti berbeza, berdaftar dalam daftar pemilih SPR. "Saya yakin, jika terus melakukan semakan, masih banyak lagi pengundi klon yang berjaya dikesan. "Justeru, saya mengambil keputusan untuk tampil menunjukkan bukti terdapat penipuan dalam daftar pemilih," katanya ketika ditemui semalam. Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata, taktik ini merupakan satu perkara baru yang diketahui serta SPR kini terpaksa berdepan dengan isu yang lebih mencabar. "Dari segi kelayakan, mereka memang layak untuk mengundi kerana mempunyai butiran diri lengkap yang telah didaftarkan. "Saya tidak terkejut mengapa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih diteruskan biarpun mendapat tentangan daripada parti pemerintah. Bersih dijalankan bukan untuk tuntutan politik, sebaliknya untuk mencari kebenaran," katanya. Beliau mahu SPR tampil membuat pengakuan bahawa wujudnya penipuan dalam daftar pemilih serta mahu pihak berkenaan membersihkan data-data pengundi klon bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan secara adil. "SPR perlu melakukan sesuatu kerana saya bimbang jika perkara ini tiada penyelesaian segera, ia akan mengelirukan rakyat dan pengundi. Hanya SPR sahaja yang mempunyai hak untuk membersihkan pendaftaran pengundi klon. "Sekiranya pihak SPR mengesahkan perkara tersebut dengan segera dan mendedahkan kepada masyarakat, ia adalahpeluang keemasan untuk redakan ketegangan berikutan perhimpunan Bersih yang semakin hebat diperkatakan. "Jika tidak, saya yakin pasti ada pihak yang akan terus mempertikai perhimpunan Bersih," katanya. Sinar Harian |
Pakatan terima Himpunan Bersih 2.0 di stadium Posted: 05 Jul 2011 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. "Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok. Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut. Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0. "Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini. "Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," kata kenyataan itu lagi. Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan. The Malaysian Insider |
Ambiga dah masuk Istana ni.. mana puak yang nak pertahan Istana hari tu? Posted: 04 Jul 2011 11:50 PM PDT Kah..kah..kah.. mana puak-puak yang berapi-api nak pertahankan Istana bagi menghalang Ambiga dan BERSIH dari berjumpa Agong hari tu?? tak nak halang dah ke? Itu pasal puak yang sibuk nak pertahan pintu Istana.. ini pula pasal PERKASA, nampak sangat betapa tak bernilainya kata-kata Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sekarang ni.. kata-katanya umpama Anjing menyalak Bukit kini.. korang baca kedua-dua berita ini.. Berita Pertama Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan. "Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi. Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti. Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu. "Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara. "Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara," katanya.- sepenuhnya sila baca di (SINI) Berita Kedua BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara. Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan. Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi. Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.- Malaysiakini err.. mana puak-puak yang nak mempertahankan pintu Istana Negara hari tu.. Ambiga dah masuk Istana ni.. |
125 Pengundi yang dibantah di Kota Raja diterima SPR Posted: 04 Jul 2011 11:15 PM PDT Kesemua 125 bantahan yang dikemukakan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja diterima oleh SPR semlam yang merupakan hari terakhir bagi siasatan awam SPR untuk suku tahun pertama tahun 2011. Seramai 15 orang pembantah telah hadir termasuk YB Dr Siti Mariah yang menjadi pembantah terakhir dan menang 100% dari bantahan yang dibuat oleh beliau. Blog Parlimen Kota Raja melaporkan dari jumlah 140 bantahan yang dibuat, sejumlah 125 kes kita menang dan hanya 15 kes sahaja ditolak iaitu 3 dari DUN Sri Muda dan 12 dari DUN Sri Andalas. PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan tahniah kepada Tn Hj Hakim Kari yang juga Pengarah JPrD Sri Muda yang mengetuai operasi bantahan ini dan telah berjaya membuktikan kepada SPR bahawa OKB memang bukan pemastautin di Daerah Mengundi yang di daftarkan. Turut hadir memberi sokongan moral pagi tadi ialah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiee. Berdasarkan pengalaman ini, kepada semua PAS Kawasan sila bersedia dengan RDPT suku tahun 2/2011 yang dijangka akan dikeluar pada minggu ketiga bulan ini (takut-takut dimasukkan balik atau dipindahkan pula ketempat lain dan sebagainya) Inilah bantuan PAS Kota Raja dan Selangor kepada SPR supaya pilihanraya menjadi BERSIH. Kita WAJIB meneruskan usaha ini walau pun dipandang sinis oleh SPR. |
Bahan letupan, senjata ditemui.. Siapa punya kerja ni?? Posted: 04 Jul 2011 09:05 PM PDT Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini. Korang ingat lagi tak insiden gereja dibom dengan menggunakan Molotov Koktail? Korang agak kali ni siapa punya kerja? KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini. Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini. Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan. Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci. "Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur. Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan. Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu. Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi 'Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.' Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam. Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu. Berita Harian |
Kalau dah BODOH, jangan nak tunjuk pandai.. Posted: 04 Jul 2011 07:14 PM PDT Apabila aku menyiarkan satu artikel yang meminta penjelasan dari SPR berkenaan satu rumah yang mempunyai 64 pengundi dan satu lagi rumah yang mempunyai 88 pengundi (korang baca di SINI) ramai pencacai UMNO yang tak tahu hujung pangkal cerita cuba mahu menjadi Hero. Ada yang mengatakan ini adalah fitnah terbesar, ada yang mengatakan ini adalah rekaan semata-mata untuk memusnahkan kredibiliti SPR. Aku tak faham apa yang dikatakan fitnah itu, sedangkan apa yang aku dedahkan itu sumbernya dari daftar pemilih SPR yang telah dikemaskini 19 Mei 2011. Bagaimanapun antara komen yang menarik perhatian aku ialah komen ini, komen yang mahu menegakkan benang basah.. yang membuatkan aku tertanya-tanya, Mamat ni dah periksa sendiri atau belum senarai nama pengundi yang aku siarkan tu.. Sebenarnya link yang disertakan dan gambar link yang disertakan adalah MIRROR HOAX... Dia kata fitnah.. padahal daftar pemilih tu datangnya dari SPR sendiri.. Bagaimanapun tanda Tanya yang timbul dalam benak aku tentang siapa mamat yang meninggalkan komen itu terjawab bila Perisik Rakyat menyiarkan artikel dari Anti PKR.. Maaf kalau Email ini mengganggu pihak tuan. Korang nampak tak apa persamaan komen dan juga e-mail yang kononnya diterima oleh Anti PKR tu? Aku lebih senang membiarkan pencacai pencacai UMNO terus hidup dibelenggu kebodohan mereka, jadi aku malas nak layan lebih lebih sangat mereka-mereka itu.. Tetapi Perisik Rakyat lebih baik sikit dari aku kerana dia tak mahu melihat Pencacai UMNO terus hidup diselubungi kebodohan mereka.. Korang jenguklah kat Perisik Rakyat ni untuk mempelajari bagaimana untuk menyemak daftar Pemilih.. klik (SINI) |
Tapi Pakcik... Yang berkawan dengan Komunis itu UMNO.. Posted: 04 Jul 2011 09:33 AM PDT "Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini. Tapi Pak Cik.. sekarang mereka-mereka yang dituduh cuba menerapkan Ideologi Komunis itu telah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan cubaan mengangkat kembali Ideologi Kuminis itu telah terkurung bersama mereka.. Cuba Pakcik baca pula kenyataan Hishamuddin ni.. "Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua bahan berkaitan komunisme dan bekas pemimpin komunis akan melalui proses pemeriksaan biasa selagi ia tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan "ideologi subversif" akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0." Dia tak pedulipun akan perasaan Pak Cik – Pak Cik semua.. Dia tak peduli kerana Pak Cik – Pak Cik mungkin tak tahu.. yang bersahabat dengan Komunis itu adalah UMNO.. Yang tidak memperdulikan betapa peritnya ranjau yang Pak Cik – Pak Cik semua lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini itu adalah UMNO sendiri.. Cuba Pak Cik – Pak Cik semua baca sebahagian artikel yang memetik kebanyakkan laporan tentang UMNO dan Komunis dari portal UMNO Online ini… Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. Bekas perajurit mahu kerajaan tegas halang usaha hidupkan komunis KODIANG: "Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini. Katanya, cubaan menghidupkan kembali komunisme seperti sengaja menyalakan api yang sudah lama terpadam dalam diri perajurit negara dan tidak sepatutnya dibenarkan. "Golongan ini tidak tahu erti perjuangan dan apa akan jadi kepada negara ini jika komunis menang dan memerintah negara ini. Saya tidak fikir mereka juga akan menikmati kehidupan yang baik seperti hari ini," katanya kepada Berita Harian. Saad yang mula berkhidmat dalam Unit 5 Rejimen Renjer sebelum bersara 13 tahun kemudian, berkata hingga hari ini beliau masih mengingati detik cemas ketika bertempur dengan komunis di kawasan Bentong dan Karak, Pahang sekitar tahun 70-an. "Ramai rakan saya terkorban dalam pertempuran dan kami kenal benar siapa itu komunis... mereka terlalu kejam. Hari ini saya kesal kerana pengaruh yang kami padam dengan darah perjuangan masih berbenih di bumi ini," katanya. Mejar (B) Mahamad Basri Din, 60, berkata perasaan bekas perajurit seluruh negara terguris dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang tidak memahami sensitiviti orang lain. Katanya, cubaan mengembalikan idealisme komunisme terlalu sensitif kepada bekas perajurit yang menyaksikan sendiri kekejaman komunis, selain kehilangan ramai rakan seperjuangan di medan peperangan. "Kami adalah saksi yang masih hidup untuk menceritakan kekejaman komunis dan kami juga melihat sendiri pengorbanan anak bangsa menegakkan sebuah negara berdaulat," katanya. Di LENGGONG, bekas Konstabel Khas (SC) yang pernah berjuang menentang komunis di Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 73, berkata beliau tidak rela jika ada pihak cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini. "Saya masih ingat, antara kekejaman komunis diketuai Chin Peng, termasuk mengikat tangan penduduk ke tiang seri rumah sebelum membakar rumah itu di Kampung Chepor dan Bukit Sapi di Lenggong. "Jadi, bukan saja melihatnya, sebut nama pun menyirap darah kami kerana dendam hutang darah selepas mereka membunuh kira-kira 10,000 ahli SC selain penduduk tidak berdosa," katanya. Abdul Rani yang kini menetap di Kampung Padang, Grik, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan anasir subversif itu dan pada masa sama memberi penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai kekejaman komunis. Seorang lagi bekas SC, Wan Nik Wan Ngah, 87, berkata: "Selagi hidup, saya tidak rela melihat komunis bertapak di bumi aman dan makmur ini. "Jangan sekali-kali cuba bermain api dengan menghidupkan semula fahaman komunis kerana padahnya akan menyesal tiada kesudahan hingga ke anak cucu menderita jika komunis berkuasa," katanya. - Berita Harian Online Artikel ini adalah jawapan kepada saudara tapi musuh (saudara dalam Islam, musuh dalam politik) se Parlimen aku iaitu Media Permatang Pauh..(MPP) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan