ALHUSSEYN |
| Najib lepas tangan, mungkir janji? Posted: 08 Jul 2011 05:02 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok. Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadium Merdeka. "Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?" soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini di sini. Jumpa disana esok! |
| You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan