AKU INGIN BEBAS |
AWAS!... BLOG PEMBANGKANG SEDANG DIPANTAU Posted: 04 Jul 2011 12:58 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat pemantauan internet secara khusus terhadap laman blog atau portal berita yang telah dikenalpasti selain daripada menjalankan pemantauan rambang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata, langkah ini diambil berikutan terlalu banyak laman web atau blog yang terdapat di internet dan sukar untuk pihak berkuasa memantau setiap laman itu satu persatu. Katanya, pemantauan juga dijalankan berdasarkan aduan orang awam. "SKMM sentiasa menggalakkan orang untuk membuat aduan ke Biro Aduan SKMM (aduan.skmm.gov.my), Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF-www.cmcf.my) dan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CfM-www.cfm.org.my) sekiranya mempunyai maklumat mengenai kandungan laman web atau blog yang menyalahi undang-undang," katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon. - Bernama |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan